Hai...
hari ni saya off dari ke office semata mata nak hantar dan jemput Feesa balik sekolah pada hari pertama. Sekolahnya adalah teramat dekat dengan rumah nenek, so nanti lain kali nenek yang akan ambik Feesa balik dari sekolah pulak.
Walaupun kami cuma hantar dan terus pulang, tapi kami memang betul2 nak rasa pengalaman menghantar anak tu.Saya rasa tentu anak saya rasa seronok jugak kot dalam hati, sebab dulu masa saya kecik, mak ayah memang tak hantar pun saya pegi sekolah, seingat saya cuma hari pertama masa saya masuk darjah 1, lepas di tunjukkan kelas saya masuk sendiri dan bayar yuran sekolah sendiri. Selepas daripada itu, darjah 2 ke 3 ke, memang pegi sendiri. Almaklum sekolah cuma 20 meter dari rumah.
Waktu sekolah Feesa adalah 730 sehingga 1200, cikgu kata waktu pagi tu adalah waktu untuk breakfast di sekolah.Alahai cemana yer, sebab si Feesa ni tak biasa dan tak boleh makan pagi. Nanti dia "keluar isi perut" kat situ jugak. Huhuhuhu, saya dah siap pesan dengan Feesa, cakap dengan cikgu kalau Feesa tak nak makan tak perlu makan.
Balik hantar Feesa, kami kengantukan....wawawawa sebelum tertidur saya bercerita ngan AM, kot lah si Feesa pun ngantuk macam kami. Kakakaka..apa da... budak tu dah siap mencari kawan duduk kat sebelah dia dah pai pagi tadi. Mak kat umah ingat dia ngantuk pulak.
Kejap lagi nak pegi menjemput, sajer nak pegi awal sikit, nak intai dia buat apalah tu agaknya. Ku bajet dia ngantuk giler balik umah ni.
Monday, January 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
No comments:
Post a Comment