Salam all
masuk minggu ni dah setiap hujung minggu aku mesti pegi klinik...
Ahad lepas,, si Hamzah main kat luar rumah...habis kakinya kena gigit semut api...
melalak-lalak lari masuk rumah bersama sebatang penyapu dan mengadu "ket..ket" (sakit le tu)
Aku terus cuci kaki dia dan letak mint\yak..3 minit lepas tu dia keluar balik pegi main ngan kakak & Umar...15 minit lepas tu masuk balik aku tengok satu badan dah bengkak2..dia pulak tergaru sana-sini..cepat2 aku sapu dia calamine lotion pastu aku tukar baju start kereta terus gi klinik.
Alahan daaaa!
Minggu ni pulak...
Hari Sabtu petang main jugak kat luar ngan kakak & abangnya...
masuk rumah napas dah berbunyi semput...aku ingat sekejapan..malam tu dia tak boleh tidor..pukul 130 pagi yang hening tu aku kendong dia turun dan buat neb untuk dia..kebetulan ada 1 ubat neb kat rumah..
tapi tak berhasil banyak..sebab dia masih tak boleh tidor..asik bangun setiap 30 minit....
end up pukul 9 pagi semalam (Ahad) aku pegi klinik balik.Selamat Am ada kat rumah malam tu.
HHmmm....
tapi Alhamdulillah dia dah okey sejak 7 malam semalam...
Syukur sangat2...
Aku agak dia makan oren dan minum jus oren banyak sangat....dia ni jenis pencinta buah sangat2..kalau aku bawak pegi ladang mau gondol pokok orang agaknya...
Lagi satu pulak..bapaknya cakap hari Khamis dia pecahkan 2 bijik telur dan makan telur mentah dengan gembiranya...hadoi laaaaa....
* aku sedang dalam mood bertabah untuk 10 minggu akan datang sebab Encik Am will be away*
Monday, April 29, 2013
IRONMAN 3!!
I rally want to watch this movie, aku dah janji nak bawak Umar Zidan sekali..
tapi mak keje lah..maybe this weekend after mengundi kita boleh terus cepat2 pegi jalan2 tengok movie...weee!!
Umar asik asik cakap "maaaa..Umar nak tgk citer Ironman Seven" hhhmmmm...mak tak janji lah nak ooii sebab yg ada la ni baru sampai NO.3...esok Umar pegilah sendiri kalau Ironman Seven dah keluar yer..hek eleh!!
Friday, April 26, 2013
nEw LooK !!
Assalammualaikum semua..salam Jumaat yang berkah..
aaaiiiihhh...sambil aku menaip ni ada pulak kereta hon-hon kat bawah ni..aku turun jap lagi tunggu!!
Hahahaha...memekak jer..nak type pun hilang konsentrasi..
Tunggu bukan aku nak ikut..aku nak kasik pelempang sekali...ewaahhh..hon lagik...ok pedulikkan..budak2 agaknya.
Alhamdulillah masuk bulan ini aku dah 2 bulan lebih bekerja di tempat baru..so far so good..dan banyak pulak amanah2 kerja yg dipertanggungjawabkan..aku suka bekerja bila seseorang memberi kepercayaan kepada aku untuk laksanakan..kalau boleh aku harap aku dapat berkhidmat seikhlas hati supaya rezeki yang kita bawak balik untuk diberi pada ibu ayah dan juga anak2 itu berkat dan halal...
Kerja kat sini memberi aku satu cabaran baru..aku sebenarnya jenis yang tak suka bekerja dalam kumpulan yang ramai, aku jenis tak suka mendengar rungutan penuh emosi dan tak berakal manusia2 lain, aku harap mereka lebih ikhlas bekerja dan niatkan hati untuk bekerja sambil mendapat keredhaan Allah.
Tak mampu nak nyatakan luahan penuh emosi dan tidak berakal mereka setiap hari..perkataan BODOH sudah menjadi seperti manisan bibir...seringkali di ucapkan buat aku rasa sangat irritated!
HHHmmmm....takpe lah...tatkala ini aku sedang mengawal aura positif dalam diri aku supaya ianya tidak berkurang..kalaupun tak bertambah biaralah ianya kekal di paras ini...
Ceria-ceria selalu...
*ehhhh hari ni aku mengarang macamkan menulis untuk ruangan merawat hati pulak*
Thursday, April 25, 2013
Hello All !!
Lama aku tak apdate pasal diri sendiri...
kisah aku tak ler se best cerita kak ton dan mak jemah yang lain...
aku ni biasa2 jer takde beda...
perkara yang buat aku tak senang duduk sekarang ni ialah sebab muka aku yg penuh ngan jerawat dan bekas jerawat.
Tangan aku pulak asik2 nak usap2 jer..
itu hari aku pakai product Body Shop kan??
mula2 mcm ok..lepas sebulan aku tukar cleanser dari Vit. E ke Tea Tree sebab muka aku berminyak-minyak cam penggali minyak kaedahnya...tak sanggup...
then..semua tu pun bermula...muka less minyak tapi jerawat,jeragat tumbuh sana sini...
tak selesanya...
malu weh....tak confident rasanya.
Aku dah pun beli satu jenis supplement nak kasik clean & clear muka aku ni..
laju-laju aku tempah dan harap esok aku boleh dapat dan terus telan..
tunggu review aku siap-siap..
aku pun dah siap2 snap gambar aku yang hodoh sepang barat ni konon2 nak buat testimoni.
Ada orang cakap hormon changes...?? Aku rasa aku kurang hormon apa yer...hormon apa yg banyak kalau kita ngandung?? yg itulah aku kurang sgt kot..sebab apa..tiap kali aku ngandung aku rasa muka aku bersih jer...takkan nak suh aku ngandung pulak??? Nanti lah dulu...huhu...
tunggu review aku kat produk baru tu..

Wednesday, April 24, 2013
CoReLLe MuRaH UnTuK HaRI RaYa !!
Wednesday, April 10, 2013
UbAt TiDo !!
Huuuwaaaa..
lately tido malam aku tak berapa nak lena..mungkin sebab cuaca yang panas sangat disamping aircond yang dah 3 tahun tak pernah aku panggil orang servis kan....
HHmmmm..dulu aku selalu ada masalah susah tido ni..nanti malam2 berjaga..mata ngantuk tapi otak pulak tak mau tido...walau mata tertutup otak asik ligat jer.Bahaya weh..aku rasa cam Mikel Jekson pulak..aku rasa lah..inilah yang dia alami sebab tu dia ambik ubat tido...tapi sebab dia femes la kan..aku femes ker masalahnya??
Sejak keje opis ada farmasi ni..aku tau lah jugak ubat2 yg sedang diperkatakan di pasaran..
salah satunya ubat untuk menenangkan...aka ubat tido tapi bukan drug yer...ianya campuran herbal, membantu kita mendapat tidur dan rehat yang sepatutnya.
Nama product tu nanti aku ingat balik..Relax Tab rasanya....aku belum la makan lagi...kalau aku agak kritikal sangat susah nak tido..boleh lah kot cuba.
Bestnya kalau dapat tido cam baby ni...

Friday, April 5, 2013
LaMa TaK BuAt WiShLisT !!
Assalammualaikum all...
lama dah aku tak tulis wish list merapu aku...
agak-agaknya masih ada lagi ker sesuatu yang aku idamkan...
dengar cerita harga emas sedang jatuh sekarang ni...inilah masanya kalau kita nak tambah pelaburan atau koleksi emas kita...
kisah aku...
aku minat gelang tangan yang pesennya macam ni..agak kolot kalau ikutkan fesyennya..tapi itulah aku...lagi satu jenis yang aku minat tentulah yang berjuntai-juntai kita panggil charm bracelet.Ada satu aku dah tgk kat sebuah kedai ..harga about 2.2k...telan air liur 7-8 kali sambil kelip2 mata, aku letak balik dan blah!
Itu hari aku sibuk nak iPhone, tetiba now dah tukar hajat nak Sony Xperia Z pulak. sebab design dia lagi cool dari iPhone....tapi harga handphone ajer dah beribu-ribu kan..baiklah aku tumpukan pada hajat melabur dengan beli emas.
Takpe...wishlist biar berjela biar hidup ni ada la jugak matlamatnya....supaya kita berusaha lebih gigih..dan jangan mudah mengalah dan suka meminta pada orang lain...kalau nak meminta..memintalah kepadaNya..bukan doa hari2 nak mintak handphone pulak..doalah supaya diberikan rezeki yang murah dan berkah daripadaNya...inSya Allah.

Wednesday, April 3, 2013
PrE - OrDeR CutLeRy / FlaTWaRe Set
Cambridge Nico Frost 45-Piece Buffet Server Flatware Set:
- 18/0 stainless steel
- 45-piece set
- Service for eight
- Two-tone, mirror and sand finish
- Five- piece hostess set
- Includes:
- Eight salad forks
- Eight dinner forks
- Eight dinner knives
- Eight dinner spoons
- Eight teaspoons
- One serving spoon
- One slotted serving spoon
- One serving fork
- One sugar spoon
- One butter knife
- One chrome drawer/buffet storage tray
International Silver Simplicity 53-Piece Flatware Set
International Silver Simplicity 53-Piece Flatware Set:
Pre OrDeR CoReLLe eTa JuLaI!!
Assalammualaikum..
pre-order corelle eta Julai mula dibuka untuk tempahan..deposit serendah rm100 dan bulanan cuma RM83++ sahaja.Apa tunggu lagi..tak rugi kita membeli secara ansuran sebab harganya sama jer kalau kita beli tunai..tapi kalau beli di Malaysia memang tak dapat yer harga macam ni ..RM350/set sahaja.
Jom whatapps untuk sebarang pertanyaan.
Terima kasih.
CeRiTa SaLMoN !!
Assalamualaikum...
lama tak cerita salmon..kali ni nak cerita Ammi takde masa buat kali ini untuk mengambil order dari kawan-kawan semua..
Minta maaf kepada yang sudi bertanya dan sms bertanyakan stok...
Insya Allah tiada aral..Ammi akan buka semula pre-order salmon selepas ketibaan stok Corelle...
Tunggu update salmon akan datang yer..
Bye!

Tuesday, March 26, 2013
I'm NoW DoUbLe 3 !!
Yeeaahhh..happy birthday to me..myself and I!!
Hahaha..last week 22nd March was my 33th birthday..
takde la happenig sangat tahun ni..semua yang lahir bulan 3 kali ni takde rasa sambutan meriah pun untuk birthday masing2..semalam birthday Umar pun mak tak belikan kek. Dia cuma nak nasik ngan sup..cukup!
Tapi yang tak happenig ni la best..Mr.Am belikan hadiah buat kali yang ke-berapa ntah...
Sekarang perangai dia cam dah ok sikit bila bab birthday aku..
dulu tak berapa nak kesah..seret aku masuk kedai kek suruh pilih nak makan kek apa?- very tak romantik
Second stage kebagusan dia bila dia suka belikan hadiah then kejut aku tgh2 malam pukul 12 suruh aku bukak hadiah...ada sekali tu dia belikan aku kasut NIKE..tgh malam tu jugak dia suruh aku pakai atas katil..it's like..hhaaiiiyyyoo lah bang ooii!
But now...dah tua agaknya.,..kek pun takde..huuuhuhu tapi dia belikan hadiah sebab dah 2-3 tahun gak aku tak mintak hadiah...hadiah to me is like when Am ajak aku gi kedai beli sesuatu yang dia nak aku ada..
so this time dia seret aku masuk kedai jam..walau aku dah ada jam Seiko 5 hadiah harijadi dia pada kau jugak..tapi dah 3-4 tahun yg lalu kot...
dan kali ni aku pilih yang ini..
Haaaa..cun tak?? Sangat cun hokeh..besar dan boleh keluar lampu...haaa dah tua2 ni aku beli jam keluar lampu..ko mampu?? Nak berlampu bagai kat jam tangan?? Hahahaha...
anyway thank you abang for your kind corcerned and love to me now and forever....
Next year kita mintak jam dinding pulak...

Monday, March 25, 2013
UMaR ZiDaN Is 4 !!
Assalammualaikum hari Isnin 25hb Mac 2013
Hari ni ulangtahun kelahiran anak mak Umar Zidan yang ke-4
sejak 3-4 lepas dia demam...dah lama sangat dia tak demam tiba2 demam..nak besar agaknya.
Dia lahir pukul 7.01ptg dengan tali pusat melilit lehernya..biru2 bibirnya dan kemudian hitam masa umurnya dalam pantang..
Alhamdulillah dia tiada masalah lain selepas itu...now dah besar dan lagaknya cuma nak jadi Ultraman..kadang bila tanya siapa namanya..dia akan sebut "Diego"..hampeh ko Ultraman Max!
Semoga Umar Zidan menjadi anak yang soleh,berbakti dan beramal dengan ilmu untuk agama bangsa dan negara

Thursday, March 21, 2013
i lOvE PaNDoRa !!
Hello all
tetiba nak tulis masuk blog yang aku minat Pandora...
tapi kena kumpul harta dulu baru leh beli gelang ni buat perhiasan..sebab apa??
Mahal bebenor beb..
gelang dan segala charms nya itu dijual bersingan..
gelang pun ada mcm2 jenis, silver,leather,gold dan harganya ikutlah jenisnya.
FFuuhhhhh hat atas ini sangat mengancam..roughly aku boleh cakap harganya almost 2K!
SeLaMaT AmBiL KePuTuSaN SPM!!
Assalammualaikum..
kepada adik sepupuku..selamat menempuhi perjalan baru dalam hidupmu kelak selepas keputusan SPM berada dalam genggaman..baik atau tidak keputusan itu..itu yang tertulis bukti dari apa yang kau usahakan.
Teringat zaman aku ambik result dulu...
pakai pun sememeh jer..aku ni jenis tak lah pandai bersosial benor time tu..tak pandai sangat jalan2 kulu kilir..paling2 pegilah Kompleks PKNS tu..naik bas 60sen...sejak habis sekolah tak jumpa kawan-kawan lain selain yang duduk dekat2 ngan umah mak ayah aku..time tu talipon tangan adalah sangat asing..apalagi nak memiliknya..sampai sekarang aku pernah beli henpon sekali jer dalam hidup aku..lain2 semua laki aku atau ada 1 tu adik aku yang belikan.OOhh masih kolot aku rupanya!
Okeh..hari nak ambik result ditunggu penuh debaran, masa tu aku dah kerja full time (contract basis) kat pejabat pos,gaji 25 hengget sehari.Lumayan tu..kalau time sekolah mak aku cuma bagi 50 hengget jer..untuk sebulan..bukan sehari atau seminggu yer..ko pandai2 lah.Aku mintak keluar kejap dari opis then mintak tolong abang posmen hantar aku...bukan naik motor tong tu yer..mana celah aku nak masukkan kaki aku nanti..takkan nak masuk kaki dalam tong pulak...naik van okeh!
Okey-okey dah sampai sekolah..terima kasih abang posmen hantar saya..doakan saya berjaya (la sangat,nnt abang posmen belanja makan..hikhik) Depan pintu opis dah penuh kawan2 yang bertukar wajah dan gaya...semua tak pakai baju sekolah masa ambik result..pakai baju biasa jer.sedang aku nak ambik post mencelah nak ambik nombor ke haper..makcik aku (dia cikgu sekolah aku time tu) terkam aku sambil bawak result aku...ooooommyyy so tak supprisee! Malu lah aku, makcik aku yg ambikkan.tgk result aku yang suram tu..aku yakin ianya suram...!! Dengan muka bahagia..makcik aku cakap aku lulus..aku cakap aggregat 30 ke..target aku agg 30 ngko..bongok siot! takde cita2
Makcik aku cakap "tak...bagus..agg. 25!! Muahahahah...gembira siot sebab sama pandai ngan abang aku yang aku rasa dah cukup bagus tu..tapi dia kelas sains la..aku kelas Prinsip Akaun yang dapat F9 tu.
Muauahahahaha...tak terkata gembiranya...balik ke pejabat pos semula dengan hatin yang gembira sekali....
* Aku memang orangnya yang biasa2 saja dalam pelajaran...aku tak berapa cemerlang seperti abang dan adik aku....aku selalu rasa aku ada keistimewaan lain selain dari belajar yg mana abang dan adik aku tak ada..walau aku takde kulit cerah seperti mereka sekalipun....tapi aku harap aku lebih membahagiakan ibu dan ayahku..In Sya Allah...*

CoReLLe NeW DeSiGn LaGi !!
Wednesday, March 20, 2013
CoReLLe NeW DeSiGn !!
![]() |
| Blushing Rose 16pcs |
![]() |
| Jacacaranda 16pcs |
![]() |
| Sincerely Yours 16pcs |
![]() |
| Spring Faenza 16pcs |
![]() |
| Woodlands Leave 16pcs |
Pre - order ETA Julai di buka mulai akhir Mac, boleh buat tempahan dengan deposit serendah RM100 dan baki dibayar dengan 3 kali ansuran. Harga adalah tidak termasuk kos post, kos post ialah RM15/set atau anda boleh datang ke Shah Alam untuk self collect.
Whatapps kami untuk reply yang lebih cepat 0122361090.Terima kasih.
Monday, March 18, 2013
Burung Helang di Atas Batu Kawi = LANGKAWI!!
haaaa...kalau nak tau mana LANGKAWI mendapat nama...baca tajuk entry aku nih. At least tak sia2 gak aku pegi Langkawi ni..dapat gak sebutir pengetahuan daripadanya...hahahah!
Pagi pertama di Langkawi..anak2 bagun awal (excited tak habis lagi) mereka nak tengok laut dan main pasir..aku masih terkebil2 penat tak habis..sebab tidor himpit2 cam sardin dalam tin...aku dengar gedebuk malam tadi..aku rasa Am jatuh katil...bila tanya dia tak ngaku..hahahaha! Naseb lah bang!
Kejap jer aku bagi main pasir..lagipun air laut cetek sikit..aku tak kasik budak2 ni mandi..kami siap2 terus gi sarapan...ni gambar kat umah kawan aku tu..kawan aku ni duduk memang betul2 kat Pantai Cenang,keluarga suaminya memang buat bisnes resort, kedai makan dan segala yang berkaitan dengan perlancongan di Langkawi ni. Umar suka betul dapat main pasir..lagi pulak aku dah belikan set sodok pasir tu..maka beria - ia lah dia menyodok bagai.
Tapi aku tak puas hati dok Mali Best..bilik kecik untuk kami yang 5 orang ni...so end up check out tgh hari tu and check in tempat baru >> Resort World (Awana Porto). Nanti sambung balik yer

Saturday, March 16, 2013
HaMZaH Is 2! 110311-110313
Alhamdulillah..11/3/13 yang lepas Hamzah Qayyum genap berusia 2 tahun...sekejap masa berlalu anak kecil yang dulu aku macam terkejut menerima berita kehamilan kini dah besar dan sangat menggembira kan hati walau kadang2 tu mak panas gak hati..al maklum anak jantan..masih kecik pun dah pandai bergaduh. Dia lahir tatkala Jepun dilanda musibah Tsunami yang amat dahsyat...ingat Tsunami Jepun..ingatlah ulangtahun kelahiran Hamzah.
Semoga anakku menjadi insan yang beramal dengan ilmu dan agamanya. In sya Allah!
Semoga anakku menjadi insan yang beramal dengan ilmu dan agamanya. In sya Allah!
Holiday di Musim bukan cuti !
Assalammualaikum all...
lama dah menyepi tak update blog kan...semenjak masuk kerja di tempat baru, aku sangat2 takde masa nak menjenguk blog apalagi nak mengarang bagai..
rutin harian 100% bertukar..sekian lama aku tak rasa bagaimana itu "bekerja" now aku sedang mengubah hala kehidupan menjadi seorang isteri,ibu dan wanita yag bekerjaya. Selama ni rutin goyang kaki ku di office lama kat Subang Jaya sudah berakhir...yang penting duit retrentcment bakal masuk..hiphiphoooray!
Baru kerja masuk bulan yang kedua (pun tak habis bulan Mac lagi) aku dah apply cuti 4 hari terus kau...naseb lah kalau effect prohibition ke apa? sebab aku dah planned cuti aku ni semenjak last year lagi..dengan tiket beli salah tarikhnya (aku ingat time ni cuti sekolah dah)...anak aku si Feesa ponteng sekolah 4 hari jugak...hahaha!
Kami bertolak dari rumah pukul 130 tg..flight janjinya 330 berlepas dari LCCT tapi janji tak ditepati maka nak pukul 4 baru bukak gate bagai..anak2 yang excited cam nak pegi obersee gamaknya dah restless dok dalam departure hall tu...melalak, bergaduh,berlari dan merengek tunggu kapalterebang sangat! Pow aku beli coklat 3 beradik dah 11 hengget...sakitnya hati sebab mahal sangat.
Tengok gambar atas, muka laki aku dah berkerut 5 atas dahi nak tahan peel dua beradik yang melasak ni. Si Hamzah bangsa tak paham bahasa sangat..si Umar pulak bangsa buat-buat tak paham bahasa. Berbeza tu walau bunyiknya dekat2....
Masuk jer kapalterebang...aku dah mcm OMG anak2 aku..bukan sebab mereka kelihatan batak dapat naik kapalterebang, tapi sebab Umar dan Feesa pulak bergaduh nak duduk tepi tingkap.Si Feesa pulak jenis tak akan mengalah walau kapal tu nak pecah dengar tangisan adik dia...huuhuu sabor je lah..sampai aku cakap kat steward tu...kalau ada tempat kosong tepi tingkap bagi saya duduk..selamat flight tak penuh..maka lepas tu aku suka-suka hati ler duduk tepi tingkap mana sekali pun...hambeekk ko..jgn gaduh2...nak duduk tepi tingkap jamban sekalipun boleh..manusia kurang pagi tu.
Ini pengalaman pertama naik kapalterbang untuk Umar Zidan dan Hamzah..Umar dah pandai tunjuk excitednya dengan bercerita pada nenek yang dia nak naik eeracia (AirAsia) pegi Langkawi.Dah besar anak aku dan kemahiran berbahasanya jugak semakin bertambah..lagi2 part mengata kakaknya "gemok"!
Sepanjang 1 jam dalam kapal...2 orang budak excited ni..bertambah energy..Umar masih boleh di ajak berbincang tapi Hamzah..panjat kerusi dari depan ke belakang, yang kelakornya..steward tak mesra kanak2 dalam kapal tu dok jegil2 bijik mata kat anak aku yang jenis tak heran orang nak marah ke haper....kakakaka..anak aku buat tak paham jer..kesian budak steward tu..jegilan mu tidak berjaya menakutkan anak2 aku yg lasak tu...so aku pun penat.
Sesampai kat airport Langkawi kawan baik aku dah tunggu...lepas dia ambik kita orang terus ikut dia ambik anak2 dia balik sekolah..singgah pasar malam, makan malam kat umah dia dan baru check in Malibest Resort.Masuk2 jer hati aku dah rasa tak best...bilik kecik dengan kami yang 5 orang ni..aku rasa masa tgk gambar besor jer biliknya..sungguh2 aku kena camera trick.Hajat di hati nak tidor 2 malam kat situ terus aku cancel for the 2nd night. Esok paginya aku gi breaksfast kat kampung Temonyong, makan roti canai, nasik lemak ngan kawan baik aku ni...lepas tu aku pegi ronda2 sampai ke Kuah dan tak beli apa2 pun sebab hati masih runsing tak buat booking untuk bilik malam kedua n ketiga lagi...balik dari Kuah dengan cuaca yang sangat panas tu..aku pegi umah kawan au lagi...lepak2 sambil searching Agoda.Aku dah tekad nak duduk kat Resort World pulak..sekali nak booking guna CC aku tak boleh...aku pun call hotel...caj hotel dan online agent ni berbeza tau...aku call depa cakap harga bilik paling murah ialah RM385/night sedangkan offer di Agoda/Asiawebdirect cuma RM170/night incl breakfast lagi. Kelam kabut mintak tolong seorang kawan yg sangat2 baik hati...terus dia bookingkan bilik dengan bayaran penuh. Alhmadulillah aku dikelilingi kawan2 yang sangat mudah berbuat baik..semoga kalian diberkati Allah dalam kehidupan.
Okey..banyak pulak aku mengarang...nanti sambung balik.
Wednesday, February 13, 2013
CoReLLe DaH SaMpaI & BanYaK Ler PuLoK
Hello all
sorry lama menyepi..sekarang tengah sedikit huru hara
stok corelle juga baru sampai ..selamat time cuti, dapatlah membelai set2 ni dulu sebelum diambik tuan punya....hahaha.
Ok, kepada tuan punya..sila lah collect set anda semua yer..rumah kami yg kecik tu tak mampu nak tampung hampir 78 set..lagi pulak humban semua kat ruang tamu..anak-anak kecikku yg takde pelajaran tu pakat-pakat turun naik kotak corelle tu macamkan tangga...alahai anak..kalau pecah jenuh mak ngko nak mengganti.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...