Friday, April 26, 2013

nEw LooK !!

Assalammualaikum semua..salam Jumaat yang berkah..
aaaiiiihhh...sambil aku menaip ni ada pulak kereta hon-hon kat bawah ni..aku turun jap lagi tunggu!!
Hahahaha...memekak jer..nak type pun hilang konsentrasi..
Tunggu bukan aku nak ikut..aku nak kasik pelempang sekali...ewaahhh..hon lagik...ok pedulikkan..budak2 agaknya.

Alhamdulillah masuk bulan ini aku dah 2 bulan lebih bekerja di tempat baru..so far so good..dan banyak pulak amanah2 kerja yg dipertanggungjawabkan..aku suka bekerja bila seseorang memberi kepercayaan kepada aku untuk laksanakan..kalau boleh aku harap aku dapat berkhidmat seikhlas hati supaya rezeki yang kita bawak balik untuk diberi pada ibu ayah dan juga anak2 itu berkat dan halal...

Kerja kat sini memberi aku satu cabaran baru..aku sebenarnya jenis yang tak suka bekerja dalam kumpulan yang ramai, aku jenis tak suka mendengar rungutan penuh emosi dan tak berakal manusia2 lain, aku harap mereka lebih ikhlas bekerja dan niatkan hati untuk bekerja sambil mendapat keredhaan Allah.
Tak mampu nak nyatakan luahan penuh emosi dan tidak berakal mereka setiap hari..perkataan BODOH sudah menjadi seperti manisan bibir...seringkali di ucapkan buat aku rasa sangat irritated!

HHHmmmm....takpe lah...tatkala ini aku sedang mengawal aura positif dalam diri aku supaya ianya tidak berkurang..kalaupun tak bertambah biaralah ianya kekal di paras ini...

Ceria-ceria selalu...


*ehhhh hari ni aku mengarang macamkan menulis untuk ruangan merawat hati pulak*

No comments:

Popular Posts