Thursday, November 14, 2013

Cincin Berlian itu .....

Okeh ...
malam tadi aku dengan jaket biru, tshirt kembang merah, seluar pallazo pepel dan selipar jamban biru (rainbow sangat!)pegi Plaza Masalam Seksyen 9 sebab nak tengok apa ke halnya cik Tab aku sebuah ni?
Dah seminggu bila charge ajer tak penuh2 batterynya..kejap nyala kejap padam..
semalam lansung tak boleh recharge terus...
maka senyap sunyi wall FB aku...kikikiki!
Setelah di godek-godek...masalah datang dari wire charger aku yang dah terputus kot urat dalamannya...maka beli wire yang baru yang cost me RM35 sahaja...ingatkan nak kena tukar battery baru...tanya kedai Samseng tu...mula2 cakap seratus lebey..tanya betul2 jadi 200 lebey pulak..tapi kalau nak bagus lagi 300 lebey katanya. PPuuuiiihhh la...nak sebat duit haku terus pelbagai harga keluar...hampeh nyer orang!

Okeh...misi selesai...
tapi misi tak diundang ialah..
menjeling kedai omeh...
apalah penyakit aku ni?? tenat betul dah aku rasa...
vengkrap macam ni...
mula2 try rantai tangan...sib baik bawak anak2 tak cukup umur..melompat sana sini aku suruh SA tu simpan dulu..nanti2 akak datang lagi kata aku ... kalau tak ?? takkan nak beli lagi...laki aku tak terkata...
kang kalau termengata aku suruh dia bayau! Takut kan....so dok diam2 katanya...hahahaha!

Ingatkan habis sampai di situ saja..
aku jeling pulak promosi diamond...dia tulis besor RM699...murah tak noks???


Setiap satu yer..bukan satu set di atas..kalau semua di atas aku rembat dah..tapi sure bukan berlian asli.
Aku suka cincin maka aku pun try ler cincin dia...hamboi manis betul kat jari aku ni...malangnya takde saiz daaaa...yang paling kecik saiz 12, tapi..tapi ..tapi...budak SA tu cakap kalau nak dia boleh tolong carikkan.
OOoooohhhh baiknya hati kau bab2 nak menggoda aku beli kan...
Laki aku tak berapa suka berlian ni sebab no 2nd value..tapi aku punya konsep adalah...
ada 1 sudah memadai...lagi pun murah..harga asal ialah RM1500...tapi cam tak syok jer beli cincin berlian sendiri...lebih afdhal dan bermakna kalau dibelikan laki kan..kan..kan..

Tak boleh..tak boleh...
laki aku dah bayorkan rantai yang beli itu hari...
lepas tu anak nak masuk sekolah next year..banyak belanja...
hhhhmmmmmmm.....tebus duit corelle la gamknya...
jom Corelle....ETA Februari 2014, ansuran sehingga 4 kali.
Email saya amminafeesa@yahoo.com atau sms 018-5704633
Demi mencapai target cincin berlian aku...
jom ramai2..


Wednesday, November 13, 2013

Tahniah Anak Anak Cemerlang Akademik

Cerita akhir tahun apalagi mak bapak ni kan..
semua dok update status anak cemerlang akedemik...
ada yang dok naik pentas tetiap hujung tahun..TAHNIAH belaka!
Anak aku...
kalau naik pentas tu ajaib benor aku rasa...
sebab apa??
Sebab dia adalah seorang kanak kanak perempuan yang malas belajar..
aku rasa selalunya budak lelaki jer yang malas belajar...
tapi anak perempuan aku tergolong pulak dalam kategori tu.
Malas dia sampai aku rasa nak seret2 dia pegi buat kerja sekolah, sampai aku nak punggah semua isi beg sekolah dia suruh susun buku, nak bawak kasut sekolah depan muka dia suruh dia berus,
awal tahun dia masih boleh susun buku ikut jadual...
dah tgh tahun dia bantai bawak semua buku dalam beg dan tak payah tgk jadual lagi..
lagi malas kalau esok ada Pendidikan Seni..sekolah tengah hari...
balik sekolah agama pukul 11 pagi dia pulun bapak dia carik barang untuk seni tu..
hangin jer bapak dia! Selamat aku keja...hehe! Kalau tak...lunyai dia.

Aku dah tak kuasa nak pulun2 dia tetiap hari ,tetiap minggu , tetiap bulan..
dah memang dia gitu...
malas sebab badan dia berat kot...aku bajet la....
Tapi satu hal yang aku perasan nak marah pun tak jadi ....
dia boleh kata excel gak dalam pelajaran dan kelas,
tahun ni ada 2 subjek dia dapat 100%, periksa pulak nombor 9 dalam kelas..
maka takde sebab aku nak bebel lebih2..
paling2 aku bebel sebab matematik dapat 68%..haruslah kan..memang subjek yang paling dia lemah!

Cumanya aku tak nak dia pikir "aku pandai"
tak payah belajar pun bukannya "aku corot"
hheeeiiii...kalau ginilah minda ko Pica ooii...aku tak tau la apa nak jadi ko ni esok besor.
Now nak cuti memang aku bebel2 kan sebab nanti dia akan meleser baring ajer depan tibi...
geram!!

Monday, November 11, 2013

Bukan waktu Untuk bersantai di kala ini ...

sebab aku dijangka akan mengalami beban kerja yang tinggi during this month hingga ke end of the year.
Meeting,meeting yang tiada kesudahannya sehingga awal tahun hadapan..
maklum opis aku nak bukak branch baru yang jauh pulak tu...
kat Penang je pun..tapi disebabkan semua tenaga kerja / kuli bataknya ada kat BJ ni, maka yang kat sini ler yang bertungkus lumus buat kerja kat tempat jauh di mata tu.
Lepas dari Penang...tungkus lumus lagi sebab branch KLIA2 pulak nak menyusul..damn!
Macam lah aku sibuk sangat..
ooohhh secretary okeh..haruslah!

anak-anak...
musim cuti sekolah ni manalah mak nak hangkutkan korang yer..sian nenek atuk kita tu...penat nanti melayan kamu-kamu yang ramai, berpuak2 dan suka bergusti tu.
Marilah meng agenda kan sebuah percutian pendek lagi bantut untuk mereka.
Pilih-pilih tarikh....
Middle Disember ada cuti birthday Sultan Selangor,lepas tu cuti krismas tapi dah nak bukak sekolah pulak.

nanti  ler mak pikir...
alahai nak bikin bajet sekolah untuk Feesa next year pulak.
Nanti mak reveal kat sini okeh..chow!

Friday, November 8, 2013

Eehhhh Dah Jumaat!

assalamualaikum...
salam Jumaat semua..
berdebor-debor la rasa hati hari ni...
petang ni ada meeting pasal company ni nak bukak branch kat Penang Airport,
aku takut aku kena kerja kat sana kejap...
sedey mak..tapi ramai jer yang bujang2 kat sini, eloklah hantar anak2 ikan aku dulu yer..mak ikan menyusul kemudian atau tak perlu pun takpe aku rasa..eheh!

Jumaat lepas aku pegi Hospital Sungai Buloh, nak merujuk kes benjolan kecil di leher aku tu
setelah 6 minggu sempel di ambil dari benjolan leher aku tu.
Keputusannya adalah -ve daripada penyakit berbahaya >>> mereka tak cakap tapi kebarangkaliannya kalau ada simptom begitu ialah KANSER!
Alhamdulillah...
Am adalah orang yang paling gembira dan berdebor-debor cam nak terjun kapal terbang gitu...
aku tau la dia sayang sangat kat bini dia ni..over you bang!
Semua suami pun sama cam tu kot.....untung lah badan kata orang lain!
Gembira sangat hati aku, lagi gembira hati laki aku..dia macam suspek macam2 perkara yang dia tak terjangka mungkin kalau kami di landa ujian yang mungkin tak berapa kuat untuk di tanggung.
Alhamdulillah, walau tidak di uji dengan penyakit, mungkin Allah menguji aku dengan kesenangan..adakah aku akan terus mengingatiNya jika diberi peluang bersenang lenang sentiasa...???
Masya Allah..semoga aku terus menerus menundukkan diriku kepadaMu Ya Allah!

Hasil ujian tu doktor mengesahkan cuma terdapat virus jangkitan biasa pada sampel yang di ambil..dan benjolan tu pun dan hilang benornya sejak 4-5 minggu yang lalu.
Tapi doktor pesan, kalau ada kesakitan atau benjolan lagi boleh datang semula.
Legaaaaaa mendengar, lapang lagi hati ini.

Lepas keluar hospital tu kami terus menuju ke kereta, nak balik cepat-cepat, dah la bawak budak 2 oarng tu...lagi lama kat situ lagi memacam peel mereka keluar.

Ok lah...itu jer nak type..nak buat ingatan untuk aku..yg leher aku pernah benjol kecil, kena ambik darah, sampel dan tunggu keputusan ujian di hospital kerajaan untuk pertama kalinya.
Perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan Hospital Sungai Buloh Department SOPD adalah 5 bintang.
Terima kasih semua!

Wednesday, November 6, 2013

Zakat Emas - Kalau Tak Tahu

Zakat Emas & Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Dalil Wajib Zakat:

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
Surah At-Taubah: (34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:
  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

Aku copypaste daripada website Lembaga Zakat Selangor, sekadar peringatan dan penuhkan ilmu di dada.

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...
okeh..semalam hari yang sangat menyenangkan aku..
walaupun anak-anak lelaki buat kucar kacir dan onar di rumah...
banyak lagi perkara lain yang harus aku gembirakan ....
Semalam ialah ulangtahun kelahiran ayahku tersayang ke 73 tahun...syukur Alhamdulillah ayah masih sihat dan ceria. Kami tak buat apa2 just buat makan-makan adik beradik kat rumah mak...
aku yang paling malas kali ni just masak kari telur dgn lempeng tepung.
GIler pemalas aku ni...hahahah

Semalam jugak mak kampung pulang dari menunaikan ibadat haji...
Alhamdulillah beliau sihat dan pulang dengan cerianya.
Cuma aku tak dapat berjumpa lagi sebab beliau terus balik kampung sejurus pulang...
Mr Am dan adiknya hantar ke kampung malam tadi..
so aku anak beranak tinggal ler kat rumah...takde cuti laaa...
budak2 ni aku suruh ikut bapak dia org balik kampung semua nangis2 tak nak.
Semua tanya...mama nak pegi mana?
Mama nak pegi keje ler...dia org cam tak boleh berenggang ngan aku..
pada mereka aku mesti turut serta ke mana-mana sahaja acara keluarga kecuali aku pergi kerja.
ialah balik kampung tu kira cam acara keluarga la jugak kan.hahaha

dah la apalagi nak cerita...
kang cerita aku beli rantai omeh org bilang aku banyak duit...
tapi memang aku beli pun...hahahaha, tapi duit tak banyak mana pun..sama jer. Beli yang ringan2 sudah la


Cincin tu aku beli sempena ikatan aku dan BFF aku yang lagi 2 orang, ooohhh aku dikurniakan ramai BFF yang sanggup susah senang bersama, Thank you Allah.
Kami beli semua corak yang sama, berat jer yang berbeza..benci betul...kalau tiap kali beli barang kena turn aku jer semua yang paling mahal.
Aku punya cincin paling berat....maka aku ler yang bayor lebih...dasar!
Yang rantai tu beli saja2...eehhh aku ngidam nak rantai gitu...dah masuk kedai kan..rembat jer lah sekali.
Pompuan betul aku nih..nak ber omeh2 cm anak mami pulak..
tak ler..aku benornya menyimpan ler sesikit..takde duit ada jugak yang ku gadai nanti.
Plan aku adalah...meng gazetkan setiap belian barang kemas aku untuk setiap anak, maka mereka bakal....bakal yer tak janji so tak pasti...akan terima set lengkap barang kemas serba satu setiap seorang untuk kegunaan masa depan.
Apa nak buat...nak simpan harta banyak2 kat anak ni kadang tak berbaloi...
tapi at least aku dah allocate la sedikit untuk bekalan mereka masa hadapan..mana tau nak kawin takdak cukup duit ka...
nak belajar tak cukup belanja ker....tetiba dilanda musibah ker...perkara2 begini memang selau aku beringat..beringat sebelum kena...then kalau dah kena (minta2 dijauhkan) at least kita ringan sikit menghadapinya.
Insya Allah.

Salam Maal Hijrah...
berhijrah supaya lebih baik di pandangan Allah.



Wednesday, October 30, 2013

A Doll House - For Me?

Aku sebenarnya ada minat sendiri tapi tak mampu aku nak realisasikan dengan tiada kepentingan pun benda alah yang aku minat ni...maka minat tu macam angin lalu jer.

Aku sangat teringin nak mempunyai sebuah doll house.....atau sebenarnya bukan la doll house yang macam budak2 main tu..yg aku nak sebenarnya a replica house..my dream house > tapi dari sudut replica jer la!
Aku rasa aku boleh jer buat replica house aku tu..cumanya aku takde masa dan aku masih tak beriya-iya nak membinanya...tunggu lah....saat dan ketikanya..




tapi hat yang atas2 ni comel gak...

Feesa Dah 9 Tahun

ok...sebelum aku lupa nak coret kat sini
last 23rd October birthday Feesa yang ke 9
dah besar anak dara aku...
besar dia sehingga sama saiz kasut dengan aku
besar dia sehingga pakai baju sama saiz dengan aku
besar dia sampai skirt aku pun dia boleh sarung dengan sendat nya
Dia anak yang bijak...tapi mengada ngada ya ampun rasa nak lagakan kepala dia kat pintu...
stress aku bila dengar dia merengek!

Last Sunday, dalam aku penat2 sebab seminggu lepas aku banyak kerja kat office..
aku buat jugak makan-makan kat rumah..
tak ajak sesiapa, cuma atok nenek, mak long paklong, auntie dia ngan sepupu dia kat Seksyen 7 tu...
sajer la dok ramai2 makan2 dan bergembira sambil terpekik2...
maklum rumah kecik..budak2 8 orang..main dalam rumah..
sebab kebetulan hari Ahad lepas tu seharian hujan...so semua dok dalam je la...
beli kek 2 bij...makan ler sampai lebam...aku kan jakun kek..haruslah 2.

Lepas ni nak buat birthday ayah aku pulak.
selalunya akulah anak yang akan menyambut birthday mak dan ayah setiap tahun..
masak2 dan makan

Tuesday, October 29, 2013

Laser Treatment kali ke-4

Okeh...last week 24hb aku buat rawatan laser untukkali yang ke-4
kali ni doktor buat Fractional Co2 Laser pulak...
sikit je la..kat bahagian bawah mata tu...sebab ada banyak bintil bintil kat muka aku ni...
bintil bintil tu terjadi akibat peningkatan usia dan pendedahan kepada cahaya matahari..
nama scientific nya aku tak tahu apa sebenarnya....

Mula-mula macam biasa, buat facial ala kadar jer..lepas tu ambik gambar!
Bukti la kata ada peningkatan ke tak lepas buat ni kan...
lepas tu.....doktor pun mula la nak buat Co2 ni....
aku bajet tak la sakit sangat...sama lah kot macam biasa aku buat medlite tu...
1st shoot ajer aku dah terkejut kejap....keras tangan aku.
Mana tak..dia punya shot tu buat aku mcm nak cakap "adooiii"
tapi malu la pulak...hahahaha,
serius menyengat dan panas terbakar....tapi kejap jer, lepas tu mereka terus sapu bahagian tu dgn tisu lembap.
Doktor kata kulit tu terbakar dan matikan sel-sel yang berkenaan...
maksud aku bintil2 tu la...
habis buat Co2 doktor buat Medlite kat seluruh muka kecuali lah yg kat bahagian sekitar bawah mata tu.
Yang situ tak payah laser lagi dah..kang mau legam muka aku..dah la terbakor semua bulu roma aku...cam bau rambut terbakor tu ler....masa kecik2 kan kalau umah takde lampu..pasang lilin aku selalulah bakor rambut2 yang gugur..
bukan bakor rambut yang kat kepala...mau rentung aku tak berambut kalau gitu caranya masa kecik2 dulu..hahaha.

Lepas selesai sessi tu...aku pun tengok la cermin...sebab kalau buat Co2 memang akan ada downtime..doktor cakap 3-4 hari...
hasil lepas buat tu...tempat yang di laser Co2 berbintat bintat macam kena gigit nyamuk tu...bulat2 bengkak, tapi kecik je la.dan bintil tu semua cam keropeng kudis tu,terbakar dan..kering! kecik-kecik kat bawah2 mata
doktor kasi ubat antibiotik krim untuk suruh sapu supaya tak terkena jangkitan kuman..
dalam 1 jam ada gak pedih2..lepas tu elok dah aku...
down time aku pun cuma 3 hari jer kot...keropeng2 semua dah takde...
so now kulit muka aku meningkat satu step lagi dari yang sebelum ini...
maksud aku bertambah baik la kulit muka, tekstur dan warna kulit muka aku dah sekarang ni dari sebelum ini.
Tunjuk gambar...oh no...nanti lah..

Next session..24/11/2013

*salah info..me tak buat Co2 masa ni...it's actually medlite treatment* sorry

Monday, October 21, 2013

Perfume Lama Tukar Baru


Hello all....
okey this time aku nak carik perfume baru
current perfume aku yang aku dapat last year dah hampir nak habis
Ia adalah Signorina - Salvatore Ferragamo
Bau dia, ffuuuhhhh sangat elegant, aku suka..sebab tu pakai sampai dah nak habis.
tak percaya korang boleh cuba bau dia kat mana-mana kaunter.
But this time aku nak carik yang lain..
pilihan aku semestinya daripada range brand ESCADA







Escada Sentiment ni antara pilihan aku, mungkin..sebab wangian ini merupakan hadiah hantaran masa aku nak kawin 10 tahun yang lalu.memang bau tu macam ada sentimental fragrance la kalau tercium kan. ..heheheh!

Yang atas ni pun aku ada lagi sikit sekarang, beli last year jugak kalau tak silap...tapi yg atas ni laki aku yang sebat, dia suka perfumes pilihan aku. Dia jenis tak suka wangian yang keras2 untuk lelaki, aku pun cam tak suka jugak, sakit tunas hidung aku, kembang kempis nak adjust bau2an begitu.
Tapi tak lah kot nak beli yang ini lagi...next ...


Haaaaa...yang atas ni pilihan terbaru aku....tapi yg ini yang terbaru, sebelum ni ada Escada Especially Delicates Note, bau dia tenang sekali...kurang bau manis dan lebih mendatar..macam rose.
Kalau nak tau Escada range selalu bau2anya manis2 sikit...ada yg macam buah2an campur floral, i like!
Sesuai la untuk aku yang manis ni kan?? ahaks!
Ok la..nak kena buat pilihan betul2 sebab kalau dah beli kenalah aku pakai sampai habis, aku kalau ada perfumes bukan jenis suka menyimpan, selalunya aku akan pakai sampai habis sebotol tu barulah cari pilihan yang lain.
Tata!

masak-masak & masin

Hello all...
hujung minggu semalam aku macam rajin sangat memasak...
pagi semalam aku buat pasta & fish ball soup untuk breakfast
lunch aku masak sambal hitam & goreng ikan pekasam....ini feveret laki aku..memang nasik 3 pot licin sekali makan.
Malam pulak aku daah siap buat sambal tumis kosong, goreng ayam & tumis buncis...
pagi ni aku masak nasik lemak, telur rebus dan goreng ikan bilis. Sambal tumis malam tadi buat sambal nasik lemak, senang dah tak payah aku nak menyambal pagi2.
 Heran sikit, setiap kali aku masak asik masin jer....
semalam soup aku masin, semalam gak sambal aku masin, puas aku tambah air still masin gak..
nasik lemak aku pun sedikit masin la jugak aku rasa. Ntah apa-apa ntah..
patut la laki aku kelat2 jer makan sambal tu malam tadi.
Anak anak aku jer cakap aku masak sedap...miahahaha! ini memang dah tradisi mereka....
apa jer aku masak mesti mereka cakap "sedap mama masak"
terutama Umar, tadi dia call aku siap cakap "terima kasih mama masak sedap"
ooohhhh ok! Sama sama kasih.
Walau pun laukku cukup masin....kau tetap puji sedap...
ker garam tu masin sangat..ntah????

Friday, October 18, 2013

Takbir Raya Aidil Adha di TV3

dibacakan oleh seorang kanak-kanak lelaki yang nampak sangat tenang dan sopan..
suaranya Masya Allah...merdu sungguh..
sampai aku berkali-kali berdoa moga Umar atau Hamzah dapat mengalunkan bacaan Al Quran atau laungan azan semerdu suara mereka yang Allah kurniakan bakat sebegitu.Insya Allah, Amin!

Nama kanak kanak itu ialah : Amnan Sani baru berusia 9 thn, Masya Allah, besar betul bakat yang di miliki, eloklah dibawa ke jalan Allah, mengalunkan ayat2 suci dan memuji Allah dengan suaranya yang sangat memukau.

Korang boleh searh di Facebook/google pasal Bilal Muda Amnan ni....beliau peserta Qari Junior 2012 Anjuran TV3 tetapi telah tersingkir...
ada jugak youtube ketika beliau mengalunkan azan di masjid Shah Alam, korang google lah yer.
Sajer jer nak kongsi sebab sangat kagum dengan kelunakan suara Bilal Muda ni.

Pilih-pilih Mesin Basuh Baru

Assalamualaikum semua....
aku masih tak beli mesin basuh baru lagi ...sejak yg ada tu rosak...ooohhh 3 bulan telah berlalu.
Takkan 3 bulan aku tak basuh baju atau 3 bulan aku asik ke dobi?
kalaulah aku asik ke dobi selama 3 bulan duit dobi tu aku rasa dah boleh buat beli mesin murah2 dah.
Sedih ni nak bagitau aku tumpang basuh baju umah mak aku....
dasar anak2 sekarang kan..tak nyusahkan mak ayah memang tak sah.

So dah 2 malam aku jalan2 kedai letrik...

Pilihan aku tetap dari brand Samsung sebab yg lama tu telah membuktikan yang jenama ni tahan lebih dari 5 tahun, Insya Allah..tengok jugak gaya kita gunakan cemana.
Hat atas ni..aku lebih kurang je lah yer...murah la jugak kat satu kedai Seksyen 23 ni, 
7.5kg cuma RM650 (wobble technology with diamond drum)



Dan yang bawah ni benornya aku terpikat...tak silap 9kg - RM1399 (wobble technology & diamond drum)


Aku benornya tak boleh beli hat besor2, nanti takde tempat nak sidai baju, kalau siang boleh la sangkut kat pagar tapi aku selalunya mesin baju waktu malam, jadi kapasiti 8kg dah sangat mencukupi, hat yang lama ni 6kg jer, itu aku dah rasa tak cukup muatan sebab masih ada baju tak berbasuh bila sekali pusing. Nak pusing banyak2 kali ambik masa dan duit letrik okeh.

Apa itu wobble technology??
Katanya kalau basuh baju dgn mesin berteknologi wobble tu, baju kita tak bergumpal2 bila di keluarkan, mereka akan terpisah satu2, so baju tak cepat rosak.
HHhmmmmm...ada aku kesah..aku ni asal baju bersih dah cukup bagus dah tapi kalau dah wujud teknologi yang canggih2 ni apa salahnya kita terima jer kan..hahaha!
Bukan apa, lambat baju rosak lambat ler ko nak beli baju baru lain..tak gitu Senah?? kikikikiki

Okey lah...malam ni aku tak tau nak jalan kedai mana lagi..
so far 2 kedai yang aku pegi menawarkan harga yang berbeza, walau beza RM100 untuk model yang sama,amaun tersebut adalah sangat besar bagi aku.




Thursday, October 17, 2013

Raya Haji 2013

Okey raya haji yang lepas kami tak pegi mana2...
laki mak keje, maka aku bantai tido ngan anak2..
Umar Zidan jer semangat bangun awal siap solat raya sensorang kat bawah..
kesian anak aku, dia dah besar sekarang dah pandai ajak papa dia gi solat kat masjid...apakan daya hari tu papanya kerja, maka dia solat ler pepandai dia sensorang kat bawah pukul 8 pagi.
Nak gelak pun ada aku ngan dia tu.
Lepas tu Umar asik menyanyi , tanya aku macam2 ajak tgk lembulah...
aku pun tak jadi dah nak sambung membuta,
bangun semua sekali aku kejut,
suruh mandi, makan breakfast aku bawak anak2 aku tengok lembu kat padang.
Orang tak ramai betul kali ni..jalan raya pun lengang, aku park kereta tepi umah orang, pasang kaki tepi longkang tengok lembu.
Sekali lembu yang kena ikat kat pokok betul2 depan aku lepak tu meloncat2...
haaaiiihhh tak boleh jadi, sebelum dia loncat terkam aku, baik aku cabut.
Masa tu dah sekor kena sembelih, aku ajak anak2 naik kereta kita pegi tempat lain.



Ini gambar sebelum mandi, kesian pulak tengok, cakap jer nak pegi tengok lembu semua bangun mandi siap2 pakai baju raya.



Lepas tu aku bawak anak2 tengok lembu kat surau pulak...kat sini okey lagi sebab ada tembok.Umar siap panjat tepi tembok tu tengok lembu kena sembelih..bila lembu tu bunyik krroohhh...kroooohhh nak mati tu, dia jerit2 tanya aku sambil buat bunyi tu?? Dia cakap kenapa dia bunyik ktrrrrrrooohhh2 mcm tu Ma??
Dahsyat la anak aku ni, tengok sesuatu yang violent aku agak..patutnya 13PG tapi mereka buat kat open stage gitu. hahahaha!
Kejap jer la..apa lagi mau buat...dah la bau taik lembu, lama dah tak tercium bau taik lembu...nostalgia sangat! Kami pun pusing2 naik kereta, dah penat balik umah tido. Habis cerita hari raya haji kami tahun ini.


TupperWare Lagi ....


Okey...
2 barang ni aku dah terima hari ni..
alamak...habis duit aku tengah2 bulan ni..
dah la lepas ni dok diam2..jangan tgk apa apa lagi dah.

*boleh ker??

Monday, October 14, 2013

Esok Nak Raya

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua....
semoga selamat menunaikan ibadat haji dan qurban untuk mereka yang mengerjakannya..
aku anak beranak is duduk rumah golek2 ke depan kebelakang je la kot.
Apalagi nak buat??
Laki pun keje...
aku pun malas..
cuti pun 2 hari..duit pun kering...malas la nak pikir macam2
bawak bebudak tengok lembu je lah...
it's free okeh!!

Friday, October 11, 2013

Langsaikan Hutang 100k dalam masa 10 Tahun ???

Boleh ker??
okey, ini worksheet aku, aku persilakan kepada sesiapa pun kalau nak buat panduan, aku tak memaksa korang mengikut cara aku menjana simpanan tapi ini jer cara aku mengadakan tabungan masa hadapan.
Aku harap aku berkongsi sesuatu yang bermanfaat.
Andaian dividen 8% setahun
Modal Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Jumlah div.shj Jumlah pelaburan
50,000       4,000.00               4,032.00          4,642.56           5,013.96           5,415.08                23,103.60                     73,103.60
60,000       4,800.00               5,184.00          5,598.72           6,046.62           6,530.34                28,159.68                     88,159.68
70,000       5,600.00               6,048.00          6,531.84           7,054.38           7,618.73                32,852.95                  102,852.95
80,000       6,400.00               6,912.00          7,464.96           8,062.16           8,707.13                37,546.25                  117,546.25
90,000       7,200.00               7,776.00          8,398.08           9,069.93           9,795.52                42,239.53                  132,239.53
100,000       8,000.00               8,640.00          9,331.20         10,077.70         10,883.91                46,932.81                  146,932.81
Modal+Div  Tahun 6   Tahun 7   Tahun 8   Tahun 9   Tahun 10   Tunai anda 
         73,103.60       5,848.29               6,316.15          6,821.44           7,367.16           7,956.53                34,309.57                  107,413.17                57,413.17
         88,159.68       7,052.77               7,617.00          8,226.36           8,884.46           9,595.22                41,375.81                  129,535.49                69,535.49
       102,852.95       8,228.24               8,886.49          9,597.41         10,365.21         11,194.42                48,271.78                  151,124.73                81,124.73
       117,546.25       9,403.70             10,156.00        10,968.48         11,845.95         12,793.63                55,167.76                  172,714.01                92,714.01
       132,239.53     10,579.16             11,425.50        12,339.54         13,326.70         14,392.83                62,063.72                  194,303.25              104,303.25
       146,932.81     11,754.62             12,694.99        13,710.59         14,807.44         15,992.04                68,959.69                  215,892.50              115,892.50


Dengan jumlah tunai terkumpul yang ada selepas 10 tahun, kita dah boleh bayar semua pinjaman modal yang telah kita buat, kalau buat pinjaman 20 tahun kita dah hampir bayar 50% jumlah keseluruhan pinjaman. Jadi kita bolehlah langsaikan baki pinjaman modal, dapat seluruh modal dan baki tunai....jap aku buat jadual.

Pinjaman 50,000 bayaran semula 240 bulan (20thn),bulanan RM329x240bulan = RM78,960 (jumlah seluruh pinjaman)
RM329x120 (10thn) =RM39,480 (yang kita dah ansur pada bank)
Baki lagi RM39,480 boleh lah bayar menggunakan tunai di tangan.

Let say selepas 10 thn tunai di tangan untuk modal RM50,000 ialah RM57,413.17 tolak baki pinjaman RM39,480.00
= tinggal RM17,933.17.

Hahahaha......jangan lupa duit kita bukan tinggal RM17k jer, tapi jumlah loan yang di lansaikan tu...kita dapatlah duit pokoknya iaitu RM50k.
Maka total kita boleh ada dalam masa 10 tahun dengan modal pinjaman 50k ialah RM67,933.17 tanpa ada apa-apa lagi komitmen pinjaman.
Tapi kalau kita still nak menggandakan pelaburan, simpan jer jumlah keseluruhan modal + dividen dan bawak sehingga 10 tahun lagi (tahun ke 20), insya Allah makin bertambah lah jawabnya.

Ini juga caranya untuk kita langsaikan hutang pinjaman ASB dalam masa 10 tahun dengan banyak mana amount sekalipun.

Ada paham....
syabas kepada mereka yang berjaya!



















Thursday, October 10, 2013

Macam Mana Nak Menjana 26k dalam masa 5 Tahun??

okey..
dalam otak aku sentiasa pikir duit dan macam mana nak kembangkan simpanan jugak bagaimana aku nak melampiaskan nafsu shopping aku yang kadang2 tak masuk akal.

Banyak cara kita boleh jana duit kita jadi simpanan ...
cuma selama ni kita culas jer nak menyimpan,,
tapi kalau berhutang?? semua orang pun akan cepat2 pegi bayarkan..lagi2 kalau hutang kat Along, tak bayor nanti kena kerat di mana2...mintak2 di jauhkan.

Okey..
ini yang aku fikirkan....
buat loan ASB...aku rasa ramai yang dah tahu dan ramai pun yang dah buat.
Tapi berapa ramai yang tak usik2 duit dividen setiap akhir tahun tu??
end up habis loan dapat duit pokok loan jer...hasilnya semua dah habis di telan...akulah jugak tu! >aptb<

Solutionnya...
buat 2 akaun loan ASB
Akaun 1 - 60k - pastikan korang mampu bayar ansurannya
Akaun 2 - 60k - tak payah pikir

Akaun 1 dah apply sejak awal tahun so end of this year dapat full dividen, bulan disember apply akaun 2 so hopefully approve by early Jan next year.

Macam mana nak bayar???
Dapat dividen akaun 1, sila buat bayaran penuh untuk 1 tahun ansuran akaun 1 atau akaun 2 pilih la mana2 pun sebab amaunnya lebih kurang sama.
Jadi kita cuma bayar ansuran (dgn duit gaji) untuk 1 akaun sahaja dengan amaun yang sama.
So kita tak terbeban untuk membayar ansuran 2 kali ganda pada tahun pertama akaun 2 dilancarkan.

Bila akhir tahun hadapan - kita dapat 2 dividen daripada 2 akuan 60k+60k
bajetlah 8% setahun maka kita boleh dapat RM9600
Buat macam langkah di atas, bayar ansuran penuh untuk salah satu akaun dan ansuran biasa untuk 1 akaun lagi, dan baki dividen bolehlah disimpan rapi, katakan bakinya RM5000, jangan usik dividen ini sehingga 5 thn.
Anda akan dapat lihat akaun kita ada 25 ke 26 ribu ringgit in cash.
Boleh ke kita menyimpan 25k dalam masa 5 thn???
Kalau boleh Alhamdulillah...kalau tak boleh

memang tak boleh la sampai bila bila pun...

Sebab apa buat 2 akaun ASB bukan 1 akaun jer terus 120k..., jawapannya senang...
jikalau terjadi sesuatu yang tidak dijangka seperti hilang punca pendapatan (takde kerja) mana tau nak duduk umah tak mau keje pulak ker dah tentu tak mampu nak bayar ansuran..jadi kita cuma perlu let go salah satu akaun sahaja, instead of terpaksa me let go satu2nya loan yang kita ada.
Sebab itu aku target 5 thn tak akan usik dividen ASB hanya untuk 1 akaun sahaja selepas tu aku tak perlu dah nak pikir bayaran ansuran untuk ke 2-2 akaun sekali.

Bunyiknya mudah..cuba aku buat dulu..jadik tak?? hahah

Wednesday, October 9, 2013

Bedak Muka

Dah lama aku tak tepek bedak kat muka sejak jerawat mekar subur kat muka aku dulu..
lepas buat laser malas dah aku nak tepek2 bedak.
Sebab bila aku pakai bedak muka aku naik berjerawat....so aku tak pakai apa2 dah dan hasilnya muka aku memang tak berjerawat lagi.
Tapi takkan tak nak pakai bedak lansung kan...???
sedih sangat la pulak ...dah la parut2 masih ada, tak pakai bedak lagi nampak sangat tak berseri (la sangat)

Tadi kat kedai aku pakai la hat sample2 produk..
kali ni aku try pakai bedak Ronasutra
aku suka..aku suka..nampak natural sangat pada wajah. Tak lah nampak cam aku beriya benor pakai bedak..
nanti time gaji nak ambik la satu...



Aku pakai warna ni 
Namanya : 

Ronasutra 2-in-1 Mineral Foundation & Powder 'Honey' (04)

harga kat farmasi RM48
harga aku murah lagi lah kot.
Yang pasti ia diperbuat daripada 100% bahan mineral, bukan chemical yer.

So siapa-siapa nak beli boleh dapatkan di farmasi Mylife Bukit Jelutong ok!

Tupperware Saya Lagi


Semalam tupperware aku sampai rumah...
balik2 jer laki aku dah susun atas meja,
berbunga hati aku berwarna warni lagi.


Tadaaaa....8 bijik yer,yang jual ni kakak angkat Am masa sekolah menengah dulu. Maklum laki aku ni dulu konon2 yang paling hensem kat kampung dia, tu yang bersusun kakak angkat, kalau kakak angkat dia tengok dia sekarang...mau dia nyesal tak sudah! hahahaha!
Set atas ni aku beli dengan harga RM90 sahaja, murah ke tak aku tak tau...aku rasa berbaloi la kot.

lepas dapat...aku pun berangan la nak organize barang makan minum dalam gobok buruk aku dengan tupperware 
gambar atas ni selepas aku menyusun dengan berhemah sekali yer..kalau tak sebelum ni aku malu nak snap dan tayang kat sini.Sebab situasinya adalah lebih hebat daripada dilanggar garuda...tak tau nak describe dah.
Dalam bekas2 panjang tu aku letaklah satu bekas isi nescafe 3 in 1, 1 bekas isi kopi aik cheong, 1 bekas isi teh serbuk, 1 bekas lagi isi gula.
Bekas yang kecik2 aku nak buat isi makanan jer kot...

target lepas ni ....


Bekas bawang...
la ni ada offer, buy 1 at full price 2nd purchase at 50% off.
Harus rembat 2 sekalik kan...
dasar...

Tuesday, October 8, 2013

Harga Barang Mahal, Betul Ke?

Salam semua...
tajuk aku tulis tu sensitif sangat tau...semua orang cakap barang makin mahal...
tapi kenapa aku rasa semuanya hanyalah keinginan yang makin bertambah?
Okey sebelum ni kalau nak tau aku memang jarang masak..
selalu pun beli, beli beli terutamanya untuk makan malam.
Paling dukacitanya bila beli tak sedap dan kadang budak2 ni tak kenyang pun.
Belanjanya bukan sikit yer...untuk aku makan 5 beranak paling murah ialah RM12 untuk makan nasik lemak waktu malam atau RM16 untuk beli lauk di kedai tomyam.
Biasanya sebab dah namanya membeli, pula tu dengan terasa nak makan itu dan ini..order la 2 lauk maksimum
tapi lain pulak situasinya bila kita kena masak di rumah...
maka aku yang malas masak ni cuma akan masak 1 lauk sahaja sudah memadai lebih tepat lagi ianya menepati citarasa dan anak2 makan dengan selera sekali = kenyang = senang tido! hahaha

Cara aku membajet duit dapur dan aku pastikan pembelian itu berbaloi sebab orang kata barang kan mahal..so sangat tidak elok waktu2 begini kita membazir dengan rezeki Allah ialah dengan memasak makan malam dan hujung minggu.
Kalau masak makan malam waktu hari bekerja cukuplah 1 lauk sahaja dan aku pastikan aku memasak makan malam paling kurang 4 kali seminggu, maknanya tak boleh kurang dari 4 kali.

Sekarang aku suka beli bahan masak fresh kat Giant, dulu aku tak suka pegi Giant sebab harga barang lain lagi mahal dari Tesco, tapi sebab bahan fresh mereka lebih pelbagai dan semua pun ada, aku pegi Giant jer untuk shopping fresh food.

Last Saturday aku pegi Giant dan belanja RM50 untuk bahan masakan sahaja, aku bajet untuk 10 kali masak maka 1 kali masak modal aku hanyalah RM5 ++...tapi tak lah exactly aku dapat 1 masakan jer setiap kali..dia lebih kurang la gitu.

Apa aku beli :
Ayam setengah ekor
Ayam drumstick 5 ketul
Ayam fillet 500gm
Salmon 2 ketul
Chilled Beef
Fresh beef minced
Bayam se ikat
Buncis sepaket
Chili padi
Fettucine pasta
Penne Pasta
Pasta sos sebotol
(yang merah aku dah masak)

So aku dah masak 3 kali, ada lagi 7 slot masakan aku dengan barang/bahan di atas, jap nak senaraikan :
1) Ayam setengah ekor - masak kari
2) Chilled beef - masak black pepper
3) beef minced + pasta sos - masak spaghetti
4) buncis - tumis lepas tu goreng telur dadar
5) penne pasta - aku nak goreng dgn sosej
6)
7)

alah....cam tak cukup pulak bahan2 aku tu...tapi bahan lain masih ada macam ikan bilis,tomato,telur dan sardin - yang ini stoknya aku pastikan sentiasa ada di rumah,supaya takde insiden kehabisan barang makanan.
Jom...bijak berbelanja.

Monday, October 7, 2013

Umar Nak Jadi Ahli Bomba


Hari Sabtu lepas bertempat di sebelah Giant Seksyen 13 ada pameran Bomba bersama masyarakat, sebenarnya kami tak jangka pun tapi sebab memang kebetulan beli barang dapur dan terserempak dengan banner bomba ni kami singgah.
Sangat bertuah aku rasa ada pulak pameran bomba ni...sebabnya anak aku Umar Zidan tu peminat no.1 Bomba...eeehhhh ada peminat gak eehhh. Anak aku tu siap ada dunia khayalan dia lagi...
Dia merasakan yang dia sebenarnya ialah seorang anggota Bomba yang mempunyai rakan sekerja bernama Hasim dan sorang lagi Malik.
Umar jugak cakap kawannya si Hasim tu selalu kentut kat dia...tak senonoh betul rakan khayalan ko tu yer Umar....aku pulak memang gelak berdekah2 dengar kisah dia dan rakan sekerjanya tu.

Sebab tu setiap kali kami ke mana2 papa dia akan bawak lalu depan balai bomba seksyen 15, dan dan Umar terus cakap.."hari ni Umar off day, tak keje"
okey kami anak beranak dah paham yer yang Umar kerja di Jabatan Bomba dan Penyelamat secara khayalan jadik layankan aje.

So berbalik pada cerita hari Sabtu yang lalu, ada pulak sessi pakai baju bomba kanak2 untuk bergambar...wah apalagi...si Umar berbunga hatinya cuma macam malu2 bila orang Bomba tu ambik gambar dia. Hamzah walau tak tau apa2 sangat tetap bagi support kat abangnya, selamat ada banyak baju so sarungkan ajer walaupun besor...untuk kenang-kengangan.
Seronoknya lah jadi budak2 kan..nanti sure sampai ke tua mereka ingat.
Macam yang pernah emak dan ayah aku buat..mereka pernah bawak aku pegi ke pameran ATM, aku ambik gambar atas kereta kebal dengan muka berkerut bersama abang aku.hehehe...



Baju Kerja Baru ...

okey...
lama aku tak shopping baju kerja baru...
sejak aku masuk air tak dapat beli gelang omeh idaman hati
aku tukar mode shopping jadi memborong baju kerja pulak.
Tapi memang lama dah aku tak beli baju kerja baru..sejak bulan 2 ke 3 aku rasa.
Asik2 pakai baju yang sama jer bosan pulak mak...
Baju murah jer....
so end up dapat lah 5 helai baju, 1 skirt, 1 pallazo dan 1 skort.


5 helai baju aku ada warna kuning,hijau,purple,coklat dan hitam...macam2 warna aku sebat.
Baju purple, coklat dan seluar skort aku beli kat Belle, baju kat situ cantik2 belaka tapi mahal sikit la...since aku dah daftar sebagai ahli, lepas ni setiap 5hb pemegang kad ahli akan dapat diskaun 25%. Boleh la daripada takde kan.



Tapi yang paling best baju atas ni cuma RM39.80 sepasang, murah giler, aku beli kat booth dalam Giant Seksyen 13, setiap item kat booth tu cuma RM19.90 so aku beli 2 blouse dipadankan dengan pallazo dan skirt setiap satunya. Murah kan! I Like! Nak beli lagi laaaaaaa.....dasar tak cukup sikit nak banyak ajer.
Hari ni aku dah pakai pun baju kuning tu dengan skirt biru.....skirt dia kembang cam Cinderella gitu!

*dengar2 boss aku nak bagi duit raya haji pulak...kaya betul la kompeni orang ni*
Alhamdulillah


Wednesday, October 2, 2013

CerIta Laser Kulit Muka ....

Semalam untuk kali ke 3 aku buat appointment rawatan Medlite laser..
sejak kali yang pertama pada 3/7/2013, yang kali ke 2 ialah 3 minggu lepas, yang semalam adalah yang terbaru.

So far banyak perubahan yang berlaku walau aku rasa parut kat muka masih ada tapi dah pudar sebanyak 75%..kalau tak dulu...malu aiiihhh nak cerita apa lagi nak tunjuk muka. Siap ngan jerawat bernanah pun ada..sakit jer mata memandang laju pulak jari2 nak memicit.

Sekarang, kalau tanya laki aku dia mesti cakap "muka mak ko dah cerah"
memang dah cerah berbanding dulu...bukan sebab aku ambik minuman campuran klorok yer..tapi sebab rawatan laser ni aku rasa sebab aku cuma ambik vitamin C sahaja sebagai supplement.
Minuman goncang2 jadi putih dalam 2 minggu tu memang aku tak ambik lansung.

Lepas ni doktor aku nak buatkan Fractional Co2 Laser, katanya proses ni lagi mencepatkan parut2 ni hilang...mungkin dalam 1-2 kali, aku maleh la nak buat banyak2 kali, sebenarnya setakat peringkat hari ini pun (3 kali laser) aku dah puas hati sangat, perbezaan adalah 80%, parut pudar dan jerawat 99% tiada.


Ini pencuci muka yang aku gunakan sekarang, sangat2 membantu dan aku malas dah nak tukar brand2 lain.

ini pulak Vit.C yang aku makan, 1000mg dan ianya Doctor Grade! 


Tuesday, October 1, 2013

My 1st Tupperware Gitu !!


Aku benornya pernah jadi ahli Tupperware atas pembelian kuali mak aku...
tapi lepas tu aku tak layan pun tupperware ni...sampailah expired keahlian aku.
sejak mantan boss aku selalu hadiahkan tupperware, aku jadi terpikat pulak.
Sebenarnya kan..masa aku kecik2 dulu mak aku ada jugak koleksi tupperware. Maklum..cikgu cikgi kan suka kumpul2 pembelian, masa dulu nak beli apa2 semua main kutu/ansuran.
Sama jer macam orang sekarang, cuma kalau takde minat duit habis macam tu je lah. Tak nampak apa yang dibelinya, tapi mungkin banyak kot simpanan mereka.

So inilah pembelian pertama produk tupperware aku...ntah kenapa aku rasa cam comel sangat. Alah batak sungguh aku ni kan..maklum, 1st time beli,kenalah tulis dalam diary gitu.
Jangan tak percaya...lepas dah beli ni...aku dah beli lagi yang lain..tapi belum sampai...adik beradik ada 9 bijik.
Gasak ngko..itu cerita belum gaji.

Cerita dah gaji dengan promo tupperware October ni...
aku hoder ini pulak


My 1st Freezer Mate...dasar juara ngabihkan duit memang aku orangnya!

Mesin Basuh

Hampir terlupa mesin basuh aku dah rosak nak 2 bulan jugak kot.
Maklum kerja membasuh ni aku tak handle maka aku tak perasan pulak nak kisahkan tentang hal rumah aku tak bermesin basuh.
Semua Mr Am yang handle, cuci,sidai,angkat dan kadang kala melipat - so bila semuanya settle jer depan mata maka mak relax jer lah kan.

Tetiba pikir sampai bila aku nak membasuh di dobi atau kadang kala ke rumah mak...???

Jom belek mesin basuh....


Hok atas ni canggih kan outlook nyer..bergaya sangat..agak2 boleh lipat terus tak kain2 aku kat dalam tu? Brand Panasonic, rasa cam tak pernah nampak kat kedai sini lagi...maaf kedai mesin basuh pun aku tak pegi benornya cemana nak nampak.

Yang atas ni brand Samsung, washer + dryer, abang aku dah ada mesin ni dia cakap bil letrik macam biasa macam sebelum dia guna mesin ber dryer bagai ni.So jimat la jugak kan..aku bajet kalau mesin guna dryer mahal bil letriknya.

Hamboi...wish list nak mesin front load sesajer...mengikut peredaran zaman gitu. Hahaha
aku rasa aku tak beli kot...sebab aku nak ambik mesin basuh lama abang aku.
Sajer cuci mata.

Popular Posts