Wednesday, November 10, 2010

JaLaN2 PeNaNg - PaRT FiVe !!

Haih!! Banyak betul episod jalan2 Penang ni yer??
heheheheheh..aii jarang2 dapat jalan..so kalau masih tahan..layan ajer lah okkey!

Petang tu ialah masa untuk mandi kolam......kolam kat sini memang paling best..lagi2 untuk budak.Untuk mak buyung seperti ku..takde apa yang seronok kecuali dok snap gambar anak2nya!





Cik Feesa pun nak posing kasik nampak itu view.Bawah memang kolam renang jugak..bilik tingkat bawah sekali unit yang boleh terjun kolam dari veranda...
tapi ku rasa bising la dok unit depan kolam.
Dah la bayar mahal..confirm la kan!!



Ewwaahhh..pandai ko bergaya yer!




Korang..nengoklah laki den yang mandi kolam dengan formal attire nya..kahkahkah!
suka2 dia jer pakai baju apa pun.
Tapi takkan nak suruh pakai swimming trunk pulak..mau ada yang terapung kat kolam tu nanti!
selamat jugak guard2 kolam ni tak begitu strict tentang pakaian mandi..al maklum kami pun bukan berenang2 ke sana ke mari macam mat salleh semua tu....cuma sibuk dok jaga anak jer.



Sessi mandi manda pun bermula..bebudak ni kasik mandi 1 jam jer dah cukup..tak boleh lebih2...Umar Zidan setiap kali mandi kolam.bila masuk bilik melalak kemain...dia penat tapi susah betul nak tidor.asik meragam jer serba tak kena.
Tu yang kadang papanya malas nak bawak dia mandi.

JaLaN2 PeNaNg - PaRT FoUr !!

Next hotel...kami bermalam kat sini pulak, tau lah kan kat mana??
Lokasi : Batu Feringghi
Jalan nak ke sana berbukit bukau, ala ala nak ke genting pulak ku rasa, dan paling best..hotel ni paling hujung antara hotel2 yang lain.


Hard Rock Hotel, Penang


Bilik kami hat yang macam ini, Deluxe Seaview, dapat tingkat 5, bilik 502..hat yang hujung2 sekali..bilik sebelah paling hujung 501. Agaknya sebab bawak budak..dia letak lah kami dok jauh2.....kang terganggu pulak orang lain yang nak enjoy ker haper.
semua ada 6 tingkat, kami dapat tingkat 5.okeylah tu kan..dapat hat tinggi2 ni gayat akak!
ku ni camera dah tak cukup memory sebab tu banyak gambar yang takde motif sudah ku delete.Last2 sikit jer dapat snap gambar dalam bilik..hat ni gambar curi dari google!

Bilik air cam ni lah....paling kelakar..masa baru sampai..ku ni dah tak menahan nak terkucil..masuklah cepat2 dalam toilet..sekali ...
eeehhhh! apasal aku boleh nampak TV pulak..lepas tu nampak Am tengah baring kat katil..
laaaa.....rupanya bilik air ni boleh sorong tarik cermin dalam tu..boleh terus nampak tepi katil & ruang TV tu.
Haiiiihhhh!! selamat nampak sendiri..malu la kan!! hahahahahah!

Feesa sibuk minum masa baru sampai ....panas time tu!



Waaahhh! Muka aii cam terlebih bedak pulak?? mana aii ada pakai bedak pun...
kehkehkeh!


Ni haaa gambor biliknya..ntah apa2 yg ku snap..atas tu ada gambor The Beattles..pun sekerat jer ku snap!
Yang best..katil empuk & cukup nak himpit 4 orang sekali..hahahahah!


Masa baru sampai....Encik Am jadik Bell Boy angkat beg dan Umar Zidan..buat cam umah sendiri...malah lebih dari umah sendiri.
Siap bukak tutup hifi & DVD player kat situ...panjat atas kabinet tu..siap ketuk2 TV..
haiihhh..kalaulah jahanam TV tu..mampus mak nak bayar! Ada yang masuk jail pulak nanti!



Eeewwwaaaahhh.....
mak buyung awal2 lagi dah sibuk nak posing! Belah sana tu hat tengah2 hotel...ada pool!

~ bersambung~

JaLaN2 PeNaNg - PaRT ThRee !!

Rumah Kelahiran P.Ramle

Satu-satunya tempat yang kami lawati di Penang ini hanyalah ke Rumah P.Ramlee, ini pun gara2 terbaca kisah lawatan Kak Eynda bulan lepas kot.Kalau tak....kita pun tak tau ada rumah P.Ramlee kat Penang ni.
Masuk sini, takde admission fee, yang penting...tangkap gambor depan umah. Atas beranda tu ada 2 ekor keluang tengah bersidai..si Feesa tak takut katanya, mak dia pulak jeling2 jer nengok! hehehehehe!





Susah nak dapat bergambar sekeluarga kalau takde siapa yang sudi menolong...
makanya, kami telah mencekup seorang mamat untuk tolong snapkan gambar kami sekeluarga.
Terima kasih yer...lupa nak tanya nama! hihihihi!



Eeehhhh...awat termenung bang ooiii???
Lokasi : Padang Kota Lama (lagi dan lagi)
it's lunch time!

Lepas ni kami check -in hotel lain pulak!


Tuesday, November 9, 2010

JaLaN2 PeNaNg - PaRT TwO !!

(for my own reference)
Nama Hotel : Naza Talyya, Tanjung Bungah.
Hotel pertama sekali kat area Tanjung Bungah tu, sebelah kanan (kalau pandang laut) ada gereja kot, sebelah kiri Tanjung Bungah Resort!
Rate : Good!! untuk 3 star hotel dan budget holiday tapi nak kolam renang! Macam kami sangat affordable!
Harga : RM160/= (superior with 2 single bed with breakfast)
yang penting hotel ni nampaknya serba serbi baru....mungkin tak sampai 3 tahun operasi!


As usual...my kids excited giler kalau dapat masuk hotel.Al maklum setahun setengah sekali jer kot boleh bawak depa ni check in hotel. As for Umar Zidan..this is the very 1st time..so dia punya excited macam tertelan pil kuda gituk..tak tidor2 satu hal..memanjat setiap inci bilik..selamat tak boleh manjat dinding, kalau boleh haku rasa dah naik sampai ceiling agaknya! Dan satu hal yang paling ku pening...asik bukak tutup lampu kat katil tu ajer, non stop selagi tangan tu tak kena babap!



Kakak dah slow down sikit..bukak baju sebab dah kepanasan..si adik tetap dengan aktiviti menawaf setiap inci bilik!


Time ni dah petang..bebudak dah tak keruan asik terkurung dalam bilik...lepas papa depa dapat tidor 1 jam lebih gitu...silalah bawak anak2 mandi di kolam renang ye!




Ooohhh mak buyung tak mandi kolam ye...sejak pandai snap gambor sendiri..inilah hasilnya.Hahahahahaha!
Korang nampak tak sebintik kat pipi ku ittew...jerawat degil 2-3 minggu lepas dah kasik parut kat muka haku yang dah ready tak cun tu!
Macam nak sental dengan haper yer kasik hilang??
GGgrrrrrr! (aku marah ni)
Ker nak ku hitamkan terus supaya ianya kelihatan seperti tahi lalat...manis gitu agaknya!!
kahkahkah!


Budak bertuah ni dapat mandi kolam..happy kemain! Lepas tu tak ku benarkan mandi kolam lagi ..sebab apa???
Bila papanya jaga dia dalam kolam...dia nak keluar kolam..dengan harapan papa akan keluar kolam la jugak...tapi lepas tu..niat hatinya nak masuk kolam sendiri berjalan kaki....lalu terus la pluk!! masuk kolam..
"ko ingat sama rata ker jalan ngan dalam kolam tu anak ooii??"
Heiiii...cam nak panggang jer budak tak paham bahasa ni!


Lepas dah separa puas mandi..ajak la depa ni jalan2 kat pantai..pantainya cantik dan bersih..cuma ombaknya terlalu kuat.Sampai time tidur malam pun boleh dengar deruan ombak dari dalam bilik.
Mak ku pulak..bila kami call..asik dok ingat kan..takut Tsunami! Ayyyooooooooo!


Dinner malam tu..kami pusing2 town nak 40 minit semata2 nak carik Nasi Kandar Line Clear..siang tadi dah nampak.bila malam pening lalat kami memusing.
Selamat jumpa.
Sorry takdak gambar...lupa bawak camera!
Makan 2 orang - RM19/= termasuk air..nasik satu lauk ayam goreng + telur masin, satu lagi lauk sotong 2 ekor! Seeedddaaappp.kari tak pedas..Am nak ngulang lagi esok2 tapi aii tak mau..nanti bau cam kari daaa!


2nd day after breakfast!

Muka sedey sebab tak di benarkan mandi kolam.

Marilah kita lihat orang lain mandi kolam sahaja yer...!

Si Feesa ngan aksi dugong tersandar di tepi kolam!

Lepas Feesa puas mandi...kami check out pukl 12.00 tgh hari.

~ Bersambung (nak pi Putrajaya sat) ~

JaLaN2 PeNaNg - PaRT OnE !!



(For my own reference!)
Tarikh : 6 ~ 8 November 2010
Waktu Bertolak dari Shah Alam : 8.07 pagi
Waktu sampai di tol Jambatan Pulau Pinang : 12.28tgh
Harga tiket tol : RM7
Keadaan Cuaca : Sangat baik kecuali sedikit mendung di daerah selatan Perak, Pulau Pinang - panas terik!


Makan-makan sebaik sampai kat pulau..kami terjah Padang Kota Lama.Makan Passembor la apa lagi.


Yang ni..pilih punya pilih kena RM14/=, nasib baik memang sedap! Kalau tak...habislah ku maki hamun dalam hati sebab mahal wwwoooo!Tapi orang2 sebelum kami tu lagi kena caj mahal2..ada yang sampai 22 hengget..34 hengget!


Ini lah kedainya...tak nampak pulak namanya apa??? Tukang ambik gambor yang tak bertauliah!

Bergambar2 sikit kat taman tepi pantai tu lepas dah makan separa kenyang!
Lepas ni entry kami kat hotel malam pertama tempat persinggahan kami di Penang!

BiRtHDaY AyAh - AL RaWsHa !!

Hari Deepavali yang lalu...
bersamaan dengan harijadi ayahku yang ke-70!!
Semoga ayah panjang umur dan sihat selalu!
So..kami belanja ayah pi makan nasi Arab kat Al-Rawsha, Kampung Pandan, KL!
Thanks to Nieza sebab sebelum bertolak, ku call dia dulu nak cari landmak jalan.Selamat tak sesat lansung!


Masa baru sampai..haruslah snap gambar dulu sebab masih cerah!


Ini budak yang separa santun..bila nampak pak arab pakai tarbush tu dia kejung kejap...takut agaknya! Selebihnya..takkan pak arab tu nak nengok dia jer kan!

Semua yang kami order. Nasi kambing tu namanya Lamb Madghut, boleh di makan untuk 5-6 orang perut Melayu.Kalau perut arab untuk 4 orang tulisnya!
Harg RM50/=
Yang macam bergedel gambar hujung atas tu...Falafel - RM10/= (5 biji) rasanya pelik sikit..tapi sedap la jugak (sebab habis)


Yang ini salad..namanya Tabbouleh - RM12/=
walaupun bunyik cam tak boleh..tapi rasanya boleh laa..sebab makan ngan nasik tu, sedap!!

Yang ini Ladies Finger with Meat..cam kari dhal la kot rasanya...tak ingat dah.Dia kasik ngan roti nan sekali. Harga - RM18/= (mahal eeehhh)


Ini muka aii dengan anak debab aii..makan sampai licin okkey!



Sessi bergambar sebelum balik rumah...perut masing2 dah kenyang...sebelum ti tapau nasik kambing yang balance2 tu..dapat 2 bekas polysterine + 1 kebab ayam.

Overall makan kat sini sedap..dan sesuai untuk acara istemewa keluarga, sebab makanannya mahal2 belaka dan tempatnya special gitu.
Lain kali...kami nak cuba makan kat restoren lain pulak!

Happy Birthday Ayah!!

Thursday, November 4, 2010

SyoK EeHH TanGKaP GaMbOR SeNSoRaNg DaLaM KeReTa !!


u
Poyo tau akak ni...
ini hari masuk kerja terlebih dari half day..pukul 130 baru sampai opis..
sebab kena ambik Feesa balik sekolah
nenek ada appointment jumpa doktor kat sepital.
Jadinya sementara menunggu Feesa keluar kelas..
akak ni posing sorang2 dlam kereta...
sebab hari ni pakai tudung baru..lalalalalala!
sekali..tak sudah2 snap muka sendiri..ada jer yang tak kena.
Itu yang baru akak tau...syok jugak ehh snap muka sendiri dalam kereta.
Kahkahkahkah! (ayat perasan!!)
Selama ni selalu nampak orang lain buat..tapi tak pernah pun buat walau sekali..
oooiii la!!

NooDLe sTaTiOn, SACC MaLL !!


Malam tadi pulak kami pi makan kat Noodle Station SACC Mall...kes yang sama jugak..sebab hantar Feesa pegi Enopi.Hahahahah! Mak bapak budak ni makan time anak takde!
Kali ini....saya beri suggestion sebab last week ada melepak ngan member2 kat sini, minuman kat sini..sedap2 belaka!



Haaaaaa...ini yang kami order
Teh O Lychee & Ice Age!
Waaaaa....ice age namanya..sedap betul tau.Campuran yogurt, vanilla ice cream ngan apa ntah.Sedap, sedap!
Gelas dia pun tak rupa gelas...dah rupa vase bunga pun iye!


Ammi order chicken chop with black pepper sauce..hat ini sedddaaappp sangat!
Selalu Ammi mana suka makan chicken chop ni!



Hat ini Kuew Teow Ladna ntah apa2 ntah nama lainnya.
Sedap jugak..ini untuk Am!

Lagi sedap sebab masa menunggu makanan sekejap dan Umar Zidan sedang nyenyak tidur dalam pangkuan sampai sessi terakhir kami makan...baru dia terjaga!


Le LaC ReStAuRanT, SeKsYeN 7 !!

Hari Selasa malam lepas hantar Feesa ke kelas Enopi,
mak bapak budak ni dah kelaparan, bila tanya masing2 tak tahu nak makan apa??
kat kedai mana??
benci okkey berteka teki begitu.
So, pergilah kat kedai ni, restorannya cantik berdekatan dengan tasik rekreasi Seksyen 7 tu. Kami pun cubalah , 1 st trial ni!


Ini order kami...
korang paham tak??? nak tergelak ku membacanya!
Crt.Susu - carrot susu
Hanidiu - honeydew
A.S - air suam
Lamp chop (lampu okkey) - lamb chop
Yemi kelepot - Yee mee claypot
Ok lah tu...asal dia paham udah!


Tapi overall..sangat tidak best!!
Dan saya tidak akan jejak lagi ke restoran ini
Lamb chop paling hampa..dengan hirisan oren lah..ntah haper2.



Lagi kisah nak makan tak senang..bila budak ni membuas!



Wednesday, November 3, 2010

LiNCaH Nya KaMu AnAkkU UmAR !!

pagi tadi...
masa mak dia tengah gosok kain baju nak pegi opis...
si budak kecik Umar Zidan..
bergelandangan di dapur..
bunyik kedengaran seperti menghentak botol di atas permukaan pangkin dapur buruk kami itu..
sesambil menggosok..sesambil itu mak ni memanggil si anak..
dan sesambil itu jugak menasihati si anak supaya berhati2 dalam apa jua tindakannya!

Cepat2 jugak si emak menggosok baju untuk melihat perilaku apekah yang sedang dilakukan si anak.
Alangkah terkejutnya si emak apabila mendapati si anak sedang duduk di atas pangkin dapur yang tingginya lebih kurang 2 kaki setengah dari lantai sambil menghentak botol sos tiram ke atas permukaan batu pangkin tersebut.
Lagi mengejutkan si emak..bagaimanakah si pendek anak yang baru 76cm ini boleh naik ke atas pangskin itu...?? kerana ketika itu tiada pula kelihatan tong beras (yang biasa dibuat lonjakan untuk memanjat) berdekatan dengan pangkin tersebut!

Hairan memikirkan lalu si emak menurunkan si anak dan bertanya :

Emak : Hai la budak....macam mana ko boleh naik atas dapur ni???
Anak : Ni..ni..

Si anak telah tunjukkan tin susu 1.7kg yang hendak di buang tapi belum di buang sebelah tong gas.Sesambil itu jugak si anak menepuk2 perut tong gas.

Hah!! Taulah aku....
Umar Zidan ni panjat dulu tin susu...lepas tu panjat tong gas...panjat lagi melangkah satu penunu dapur gas sampai tercabut sambungan tempat keluar api tu ke tempat gas..langkah lagi satu penunu dapur gas..dan sampai ke destinasi kawasan separa lapang untuk bergendang dengan botol sos tiram aku.


Bahaya betul ini budak!!

Kalau ini tak dikatakan lasak..atau lasak biasa budak lelaki..memang aku pengsan selalu lepas anak aku lagi satu keluar dan beregu pulak ngan abangnya!!




* Moralnya...lain kali cepat2 buang tin susu yang dah habis tu*

MaRi ToNToN FeeSa MeRePeK !!



Video ni ambik masa awal tahun hari tu....
si Feesa suka jer di rakam aksinya dalam video capture..
lepas tu merepek2 ntah haper2..
sajer2 suka2 nak tempek kat sini....
tak sangka masa ni dia slim lagi...
jangan sekarang..badannya sihat bagai di pam2.
Mak ni dah mula pening sebab lepas ni dah cuti sekolah...janganlah berat naik mendadak!
Now dah 25kg kot!


22 Wks!!

Pejam celik tak sangka2....dah masuk 22 weeks pregnancy.
Gender baby dah tau kan???
Geng bermain si Umar Zidan!
Makanya....mak dia takde mood nak shopping apa2untuk adik baby...sebab masa Umar Zidan dulu 90% baju dan keperluannya yang baru belaka.
Dah besar2 ni baru pakai baju Feesa masa baby dulu....

Kandungan dan kesihatan mama ni sangat okkey...cumanya...ada sedikit sakit kat tengkuk dan upper back abdominal....cam tegang2 belakang bahu tu. Salah bantal atau tilamku keras??

Kena tukar tilam Vono ni nampaknya....kikikikiki!

Next check up will be on 1st Disember! Nak tengok sama ada uri dah naik ke belum...sebab masa last check up ..uri tu dok lay down bawah baby....kat bahagian bawah la kiranya. sebab tu ada sedikit sakit bila lepas mengosongkan tank urine!hikhikhik!

Tuesday, November 2, 2010

Kah!KaH! Kah!

Mula mula..ingat tak entry pasal ni...???


Kalau tak ingat...pi baca baik....
'
'
'
'
'
'
'
nothing special pon kan???

tetapi ,.....setelah di translate oleh google...ceritanya menjadi begini...
;
;
;
;
;
;
;
;


Layan!!!

Kecik good boy this character at 1 year 7 months due on the day we pay this month (hihihihi)
Berpekerti even more precious nature of the thickened kesantunannya (uuweeekkk!!)

Umah pi birthday party yesterday .. good people glasses that she does not fall into lantai.sekali libas again mak jadik rescue the situation ... .. I think about the past incidents then, should we merambus Ajer of the tu.Malu ddaaaaaa .... Umah !

The Miniature ni finished my dress stockings but to fight because he pitch ready to go out jogging Umah.

Face is the recent past he was eating yogurt a few days ago after he grew this month!


Bergegor2 gambor mom snap .. want to keep camera from his article!
Polite children are ready to eat this ... mother lying face kat!
Like your heart is Posted Ooi!

2Nd RoUnD PeArL HaYa !!



Kakakakakak..ini orang sudah angau nak tudung baru lagi..
2nd round sudah masuk wish list..
Acik Nieza cakap...next month (NOvember kot) dapat 30% off..
dengan tak malunya..ambe nak ngikut membontot untuk cilok dia punya 30% diskaun.
Ini design 2 di atas...nak masuk koleksi acik!

Hahahahahahah!

*kegilaan melampau*

Monday, November 1, 2010

HeNPoN BaRu ????

tak payah la weiiii
kim salam jauh2.....
sebab......

haaaaaa....kena panggil Ilmu Alam Ghaib buat shooting ni...

henpon ku telah hidup semula!!!
agegegegege!

Popular Posts