pagi tadi...
masa mak dia tengah gosok kain baju nak pegi opis...
si budak kecik Umar Zidan..
bergelandangan di dapur..
bunyik kedengaran seperti menghentak botol di atas permukaan pangkin dapur buruk kami itu..
sesambil menggosok..sesambil itu mak ni memanggil si anak..
dan sesambil itu jugak menasihati si anak supaya berhati2 dalam apa jua tindakannya!
Cepat2 jugak si emak menggosok baju untuk melihat perilaku apekah yang sedang dilakukan si anak.
Alangkah terkejutnya si emak apabila mendapati si anak sedang duduk di atas pangkin dapur yang tingginya lebih kurang 2 kaki setengah dari lantai sambil menghentak botol sos tiram ke atas permukaan batu pangkin tersebut.
Lagi mengejutkan si emak..bagaimanakah si pendek anak yang baru 76cm ini boleh naik ke atas pangskin itu...?? kerana ketika itu tiada pula kelihatan tong beras (yang biasa dibuat lonjakan untuk memanjat) berdekatan dengan pangkin tersebut!
Hairan memikirkan lalu si emak menurunkan si anak dan bertanya :
Emak : Hai la budak....macam mana ko boleh naik atas dapur ni???
Anak : Ni..ni..
Si anak telah tunjukkan tin susu 1.7kg yang hendak di buang tapi belum di buang sebelah tong gas.Sesambil itu jugak si anak menepuk2 perut tong gas.
Hah!! Taulah aku....
Umar Zidan ni panjat dulu tin susu...lepas tu panjat tong gas...panjat lagi melangkah satu penunu dapur gas sampai tercabut sambungan tempat keluar api tu ke tempat gas..langkah lagi satu penunu dapur gas..dan sampai ke destinasi kawasan separa lapang untuk bergendang dengan botol sos tiram aku.
Bahaya betul ini budak!!
Kalau ini tak dikatakan lasak..atau lasak biasa budak lelaki..memang aku pengsan selalu lepas anak aku lagi satu keluar dan beregu pulak ngan abangnya!!
* Moralnya...lain kali cepat2 buang tin susu yang dah habis tu*
Wednesday, November 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
2 comments:
Hadoi la Umar Zidan....very creative thinking & action...
dah ada geng nnt projek sure lagik besaq la...
itulah pasal....jenuh nak mikir keadaan akan dtg!
Post a Comment