Monday, December 21, 2009

HaRi AhAd !!

Hari Ahad kami ke Ekspo Perladangan dan Ternakan Negeri Selangor (iye kot) kat perkarangan stadium Shah Alam , pergi dengan PIL, anak anak buah dan adik beradik ipar. Tengok kambing, rusa, kancil, kuda pun ada. Haaa....kat situ pun ada macam macam jualan dari seluruh peserta IKS tempatan Negeri Selangor.
Feesa dan sepupu.
Haa..nak cerita jugak.Kat situ ada boot Permata Hijrah, yang ubat ubat mata tu.So ku pun kenalah try on kat mata ku.Kotlah jadi elok, Alhamdulillah.Free je pun, tapi resultnya dapatlah melegakan pressure pada mataku ini. Kena lah beli dulu supplement mata ni kalau nak elok kan, takkan pakai hat trial ni terus baik, tak balik modal ler org tu berniaga!


Ha..ini massage spec, jgn korang ingat sun glass haku pulak, buruk benor gayanya!! Mesin ni urut2 sekeliling mata kita, tu yang buat lega tu.Ada jual jugak benda ni tapi tak tau harga berapa?? Kalau betul2 ku minat nanti barulah beli, balik tu pegi Tesco dan telah tempah satu spec baru!!
So, lambat lagi lah ku nak ber Permata Hijrah ni.

HP CSL ??

kikikiki..korang..HP CSL yang ku tepek gambarnya tu cuma berharga RM199. Korang percaya tak??Ku dah nengok kat Tesco, murah giller!
Tapi ku tak beli pun, sebab HP tu cuma untuk calling & SMS jer (which is sgt sesuai untukku) No camera!! Kat belakangnya adalah gaya cam lens camera tapi itu hanyalah gimmick semata!!

Oleh itu, duit budget telefon telah tu transformkan jadi sepasang kaca mataku yang baru! Dah berzaman tak tukar spec! Haruslah aku ada sedikit transformasi kan this coming new year!

~lalalalalal~

Saturday, December 19, 2009

aQUariA, KLCC !!

Akhirnya, hari ni baru kami sampai ke Aquaria KLCC bawak Feesa. Sampai dalam pukul 1.30 kot sebab kami pergi makan dulu kat Wong Solo di Kg Baru. Bila perut dah isi barulah syok nak bergerak, hmmmm jalan jammed di Federal Highway dan rupanya sama jugak di Aquaria ni.Orang packed betul, nak beratur beli tiket pun dah 35 minit.
HHuuwwaaa..dah sampai punya pasal, mak beraturlah jugak. Am kena baby sit Umar, sebab kadang2 dia nak berdokong. Tiket kami 3 beranak tadi RM78 kalau tak silap.
Siap ambik gambar kenangan dekat dengan entrance tu.
Ikan pari tu sangat besar okkkeyy! Kalau buat BBQ harus panggil orang sekampung!
Ini shark dengan gigi yang tajam, hhmm hat ni nak buat shark fin soup boleh kot.Tapi tak lah banyak isi kot.Besar lebih kurang 7 kaki.
Hat gambar ni ok lah jugak sebab di kawasan terang.Hat lain lain tu kelam sikit sebab tidak di benarkan menggunakan flash ketika mengambil gambar. Tapi ada jugak yang spesis tak paham bahasa, rasanya takut menimbulkan ketidak stabilan emosi ikan tu kot kalau ber flash bagai.kikikikii!!


MAcam biasa, kalau hakak yang snap gambor sana sini, gambor sendiri mestilah kurang, kalau ada pun yang rupa rupa gini ada ler...huhuhuhu!
Balik beli sourvenir kenangan! Fridge magnet dan Feesa dengan globe ikannya!
Lepas tu cepat2 pegi toilet sebab nak change diaper Umar, dia telah buat "majlis" selama di dalam Aquaria itu. After the diapers changed, we decide to go back home! Kaki hakak pun dah lenguh2 sebab pakai kasut wedges!! No shopping mopping ookey!
Sebab semalam ajer dah beli 2 pairs of DKNY Jeans!!


Thursday, December 17, 2009

NeW HP! MaYbE ???

hahahahha,,

HP hakak ni dah hazab okkey. Kalu nak bercakap suara akan kedengaran sayup sayup macam dari atas banjaran..tak pun tak dengar lansung.

Puaslah berhello bagai..haram tak dengar!


Almaklum..HP ni pun HP ehsan suami..rasanya HP ni hakak yang kasik dia masa birthday dia, boleh pulak dia kasik hakak balik!!

Sebenarnya, hakak ko ni betul2 tak heran pasal HP yang canggih2, tertutup nafsuku. Ura ura macam nak lepas tu tak dapat pun tak kisah, so korang semua dah nampak tak..i'm not in to it! Tapi jangan ko cerita baju baby hat comel2...sale baju bebudak murah murahan..takde duitpun akan ku adakan jugak!kikikikiki...


Tapi, oleh kerana HP ni dah hazab tinggal nak padam, tapi kira masih panjang umurnya sebab masih tak padam padam walaupun menjadi mangsa marahku sekali sekala dan mangsa kepada Umar Zidan buat mainan dia.Hmmmm, makanya tak sampai hati nak kebumikan dulu, ohhhh..hakak boleh bagi balik as represent kepada suami hakak..birthday dia awal tahun nanti! kakakakakak! kita haruslah berjimat cermat ookey!

So, biar the first time ever hakak nak beli HP baru yang cantik, canggih dan murah.


Apa kata kita beli HP CSL Blueberry-e....ntah la. kot ookey.kot tidak..melayang duit hakak yang tak berapa nak ada nih!

haa...cantik kan!! suka suka..harap harganya adalah murah!!

Wednesday, December 16, 2009

ALhAmDuLiLLaH !!

Syukur, kami semua telah sihat lebih baik daripada awal minggu ini. Tapi papa bebudak ni adalah sikit demam. But now, InsyaAllah akan terus sihat hendaknya.

Hmmmm...apa nak update blog pun tak tau, tapi PIL nak mari sini jenguk umah SIL yang baru pindah. For sure dia tak mari rumah kotak kami, sebab anak memantunya yang lagi satu tu ada rumah kotak yang lebih besar berkali ganda dari rumah kotak kami.

Oleh itu, saya punya agenda untuk bawak Feesa melancong ke KLCC...wakakakaka...al maklum itu kan memang tempat tumpuan pelancong.Kalau tak menyabor pegi KLCC hari Jumaat, kalau masih boleh sabar kita pegi hari Sabtu. Yang pasti, ku takkan ajak lagi askar upahan Jambi ikut sekali.OOOhhh!! tunggu lah sehingga ku dapat tebalkan tahap sabar ku ini menghadap perangai bebudak!

Lepas tu nak bawak pegi mana yer PIL ku??? nak bawak pegi makan makan ker?? Hmmmm tak tau lah. Wait & See!!

Tuesday, December 15, 2009

Hari InI ....

giler tak larat nak pegi office, oohhh! Saya pulak demam selepas Umar dah okey pagi ni, dia dah pindahkan virus dia pada mama. So harap Umar sihat sahaja, mama sakit sikit takpe sebab still boleh berblogging kaedahnya.

Tapi ...hhmmm..itu papa bebudak ni pun nak demam jugak..ingatkan boleh ler mama nak demam "lebih2" sikit. Bila papa kamu take turn malam ni..huhuhu siapalah nak jaga 2 beradik tu.???

HUhuhuhuh..nak pegi recover my energy sebelum kena jaga kanak kanak riang berdua tu petang ni.

Monday, December 14, 2009

FeeSa is GoInG To ScHOOL NeXt YeAr !!

hahahahha..kejap jer kan..next year cuma tinggal 2-3 minggu je lagi.Hari2 Feesa asik tanya, bila nak sekolah ma??

huhuuhu..esok bila dah masuk semester jgn lah kamu malas pulak yer nak ooi!

Kasut sekolah dah beli, baru sepasang dan akan beli lagi sepasang. Beg semua tak payah, mungkin beli lah sikit stationery set buat bakar semangat di Tahun Baru!

haaa...lagi satu jangan lupa ..ku mesti nak kena register kan Feesa kat Cambridge, untuk English tuition dia setiap Sabtu. Lepas tu kalau boleh nak daftar kan jugak kelas Iqra, tak pun biar dia belajar mangaji Muqaddam kat makcik depan umah ni.

Tapi lately ni, Feesa berperangai sangat menguji Iman mak pak dia...
waaa very the mengada ngada! Tak boleh di sangkal...nak jer ku sepuk2 3-4 das...
hei!! Masuk ICU cepat haku jawabnya.

HHmmmm..macam nak beli jer baju sekolah Feesa untuk next year...ker cam melampau excited haku nih???

HHmmmm..MaCaM MaCaM !!

Hai
Hari Ahad semalam, banyak aktiviti yang kami buat, dari pagi sampai ke malam baru balik rumah. OOhhh ! Tapi hujung minggu ni kurang best sikit bila Umar Zidan pulak start demam tengah malam minggu tu. Malam minggu lepas Am balik kerja, kami pergi SACC beli Big Apple, lepas tu singgah rumah Mak Ngah Feesa (Kakak Am) di Seksyen 7, saje nak makan Big Apple sama sama. Kami balik dari rumah mereka pukul 12 malam.Start selepas itu, Umar Zidan macam tak sihat, so pagi pagi Ahad kami terus ke klinik.Umar ada sedikit demam dan tetiba jadi terbatuk kong kong pulak.Sampai takde suara, kesian jugak.

Tapi kami dah buat agenda dah hari tu, nak pegi beli kasut sekolah Feesa kat kilang BATA di JAlan Kapar, angkut jugak Mak Ngah Feesa dan anak anak serta Pak Su Feesa yang ada sekali kat sini. Jauh siot berjalan, sampai waktu makan kami ker Pantai Remis kat Jeram sanun. Budak budak ni seronoklah, dapat main layang layang. Tapi saya adalah hazab nak dengar Feesa dan her cousins yang lagi 2 beradik tu asik bergaduh jer. Pening haku!! dengan naik kereta bersama dah penuh macam bot haram..huhuhuhu!
Tensen ku sampai terlupa anak tu anak orang, haku sauk jer sekali dua kalau dah terlebih suda. Harap korang serik lah lepas ni nak keluar ngan Mak Lang ko ni!! Mak Lang lagi serik..selamat tak transform jadikLangsuir.

Sepanjang perjalanan tu, Umar Zidan sihat walafiat jer...tapi bila dah sampai rumah Mak Ngah,,dia dah start panas dan nafas berbunyik. MAcam ada hingus pekat melekat kat tekak dia.
Malam tadi dia tak tidur lena, agak2 hingus tu blocking tekak dia, dia melalak, tapi mata pejam sebab ngantuk.
Huhuhuhu..so pagi tadi dah bawak ke klinik lagi, Tapi doktor kata setakat ni paru2 dia masih ok jadi tak perlu nak buat nab.
HArap harap Umar cepat sembuh!

* Sayang betul tak bawak kamera semalam, battery dah weak dan tertinggal pun kamera tu kat umah!*

Saturday, December 12, 2009

BeRiADaH Di TaMaN !!

Petang semalam, kami beriadah di taman tasik Seksyen 7 Shah Alam, tapi time tu dah petang la jugak, nak pukul 6. Orang ramai sangat, yang bawak anak bermain dan ada jugak yang berjogging. Kami pulak siap bawak bekal nak berkelah bagai. Huhuhu semua orang pandang jer..kakakaka.Agaknya mesti lain kali depa pun nak berkelah jugak.



Saya masak spaghetti carbonara lagik, dengan salmon shashimi. Nyum!! Hebat betul makanan berkelah kami.



Ohhh! Nafeesa dengan basikal kecik kenot untuk dia berkayuh kat sini.


Umar suka bila di bawa berjalan macam ni, tak meragam lansung, Tapi ni kenapa muka ngantuk jer?? Ntah!
Tak lama lepas tu hujan la pulak..apalagi cepat2 carik tempat berteduh.Nasib baik kat sana banyak pankin berteduh tu..boleh duduk ramai orang pulak.Kami pun berkelah je lah kat situ sesambil tunggu hujan berhenti.Hujannya kejap2 jer. Pukul 7 malam...dah la, blah dari situ.
Hhhmmmm....tak puas rasanya, tengoklah lain kali kita pergi lagi.




Friday, December 11, 2009

Sakit hati...
geram pun iyer..cemana nak cakap pun tak tau...apa lagi nak menaip!
Tapi haku sememangnya hangin..
kali ini dengan Pakcik Mat pulak..beliau adalah suami Acik Peah aka Opang angkat Umar Zidan.
Semalam masa ambik Umar, setiap hari time ku datang tu memang si Pakcik Mat ni yang pegang.
Dengan nada biasa dia cakap "Umar ni semua nak..tadi dia minum KOPI..iye..K.O.P.I.

Haku dah tak tau nak kontrol muka macam mana, terkejut macam haper yer, sib baik tak meloncat.Tapi dah memang haku ni lambat sikit tunjang reflek nak bertindak maka ku sengih2 jer.Bodohnya aku....kenapalah haku tak sound effect terus pakcik tu!

Lepas tu terus pegi rumah mak..marah marah sedih dengan apa yang menimpa anakku.
Haaa...bila six sense aku nak ke udara..maka sebelum tidur haruslah aku jampi serapah dulu.
Resultnya..pagi pagi tadi Pakcik Mat datang umah, alasan nak bawak Umar jalan2.Tapi sebab Umar tak mandi lagi, dia cancel lah..dan orang suruhan aku telah menyound Pakcik Mat itu..
"hei, kenapa bagi adik kita minum kopi?" "Dia kecik lagi".

Haaaaaa....ambik sebaris ayat. Terus Pakcik Mat cakap "dia yang nak" tarik jer apa yang dia nak masuk mulut"

OOhhhhh...sakit hatiku..nanti akan ku hantar utusan melalui orang suruhanku lagi..lepas ni giliran Acik Peah!!

Aaahhhhh!! Harus ku detox perut Umar Zidan nih!

Wednesday, December 9, 2009

BeG IDaMaN ~ KoNoN KoNoN ~








konon konon jer taww!! Ai bukan ada duit pun nak beli beg mahal ni...tapi ini antara design yang ai minat. Lagi satu...asal kaler "cekelat" jer ai pasti terminat. Oooohh lupa..lupa!! Sebab warna kulit ai ialah "cekelat' jugak.

Lagi satu..ai suka bag daripada leather daripada beg yang buat daripada fabric,sebab kalau fabric nanti adalah cepat kotor.

Tapi hat atas sekali tu rasa meterialnya adalah daripada fabric, tapi designnya cantik macam diapers bag. Sebab tu masuk dalam list beg idaman ~ konon konon ~ ai.

Dah la..you all mesti ada jugak beg idaman..malah mesti ada yang dah tercapai pun....
ai ni...dapat berangan jer pun dah cukup bagus.Untung la encik Am ku.


Salam....

SaYa MaSaK SaLMoN !!

Malam tadi kami dinner salmon la...

ini cara saya yang paling simple ...saya masak sesempat saya jer al maklum balik kerja terus melapar.

Salmon yang dah dicuci...kena lap dulu yer dengan paper towel atau apa apa jer, supaya tidak basah dan bahan perap boleh melekat.

Saya tak perap pun..just tabur salt & pepper!

Selepas itu goreng dengan butter, benornya butter tu sikit tapi nampak banyak sebab ianya berbuih buih.
Blurp!!Blurp!! (sound effect bunyik buih)

Yang ini pulak side dishes la konon..sebelum tu saya dah rebuskan carrot dan potatoes tu sampai empuk, lepas tu saya tumiskan bawang kuning yang di potong dadu dengan lebihan minyak goreng ikan tadi.
Bila bawang dah layu, masukkan carrot & potatoes itu, campur salt & pepper dan saya juga tambahkan serbuk basil dan parsley.
Ala ala sauteed kan nama proses ni.Lantaklah!
Siap!!


Haaa....dah siap! Tapi nampak tak hidangan ni berkuah,
kuahnya pulak, panaskan butter sesudu dan perahkan lemon sebelah potong. Bila kuah ni nak agak pekat, tapi ia jadi tak pekat la sangat..atau kalau nak pekat letaklah bancuhan tepung.Tutup api dan sos sedia untuk di curah ke atas hidangan. Rasanya masam.



Lepas tu ngap ler apa lagi!!




SaLMoN PuRee FoR BaBy !!









Baby Food Recipe - Tasty Salmon Puree


It’s important to encourage a liking for fish early on. This baby food recipe is quick and easy to prepare and combining it with root vegetables is a good way to introduce fish to your baby. Oily fish like salmon, trout, tuna and sardines are especially good as they contain omega-3 essential fatty acids which are very important for visual and brain development. Tinned tuna however does not contain omega 3s only fresh tuna.



Its true that fish is good for the brain - omega-3 essential fatty acids are found in oily fish and they make up 40% of the brain. A baby’s brain grows rapidly between birth and three years and most of the growth takes place in the first year.


Ingredients
200g carrots, topped and tailed and sliced125g salmon fillet, skinned60ml orange juice40g grated Cheddar cheesea knob of butter2 tbsp milk

Method:
Put the carrots into a saucepan, cover with water, bring to the boil and cook over a medium heat for about 20 minutes until tender. Alternatively, place the vegetables in a steamer and cook for 20 minutes.
Meanwhile, place the salmon in a suitable dish, pour over the orange juice and scatter over the cheese. Cover, leaving an air vent and microwave on high for about 2 minutes or until the fish flakes easily with a fork . Alternatively, cover with foil and cook in a pre-heated oven for about 20 minutes.
Flake the fish with a fork, carefully removing any bones. Drain the carrots, mix with the butter and milk and puree in a blender together with the flaked fish and its sauce. For older babies, mash the carrots together with the butter and the milk and then mix the flaked fish with the mashed carrots.
Information: Suitable from 7 months
Suitable for freezingMAKES 3 PORTIONS

Tuesday, December 8, 2009

MeReKa DaH MaSak SaLMon!!

Hai..just nak share kawan kawan kita yang pandai pandai masak salmon, walaupun cubaan pertama, jika ada keinginan..di situ ada jalan.

http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2009/12/salmon-steak.html - Blog Cik Ana Suzana

http://mamataya.blogspot.com/2009/12/aduh-lazatnya-salmon.html - Blog Cik ME Alamaktuan

http://yesterdaymemoir.blogspot.com/2009/12/rakan-subahat.html - Blog Cik Yra

lepas ni sesiapa yang kecur segala boleh la kongsi beli salmon untuk 2nd batch!

DiSeMBeR YaNg PoKaI !!

hhhmmm
haruskah menyalah kan bulan Disember kalau duit poket dah kering kontang
eeeeiii! jap jap...haku ni naik bingit mendengar siulan seruling daripada seorang siapa ntah kat kedai nombor ekor bawah opis ni..
tak penat ker wei asik meniup dari pagi tadi..telinga haku ni dah meleleh larvanya asik mendengar lagu mendayu dayu tu. Orang itu adalah dari negara China ku pikir sebab bila dengar alunan seruling tu..ku rasa macam kat pergunungan tepi tasik kat negara China (macam lah pernah sampai) oooHH..lupa! according to cerita cina di TV8 okkey!

ewwaahh..start balik!

ok lah..sesambil menaip entry pasal duit kering kontang akibat sale sana sini, dengan di background muzik kan oleh tiupan seruling tu..
seronok sikit nakmenaip ni.

errr...hari Khamis nak ke satu lagi warehouse sale yang agak ku tunggu tunggu...
iaitu FOS warehouse sale..so far baru sekali la kot..ntah la..apa yg di jual..yang pasti kain baju belaka. Dan target adalah untuk seseorang..

dan kerana bulan ini bulan 12..ku adalah terlalu banyak wish list sampai tak ter type dah...
dari yang dekat2 sampai yang jauh2...
dari yang naik motor..sampai yang naik kapal terbang..

oohhh...tapi jangan lupa yer..budget nak masuk sekolah Feesa, nak regiser dia di Cambridge English For Life (CEFL) start Jan 9. a Few hundred jugak...
selepas itu...ku adalah berikrar untuk tidak shopping lagi at least untuk bulan 1 dan 2..
tapi raya cina kan....kan ...mesti ada sale.

Agenda bulan 12 ialah...untuk celebrate birthday papa Feesa which is 2/1
koman2 mesti nak beli kek sepotong tiga potong (sebab 3 orang yg makan)..
kasiklah hadiah...kesian..wakakakakaka!

untuk diri sendiri..konon nak coach..boleh pulak parcel org tu stop ntah kat mana? tunggu je lah..kalau sampai adalah, kalau tak..bak mari duit ku balik.
lepas tu..henpon pulak ala ala orang pekak gayanya ku bercakap bila orang call..
dah semedang semua tak boleh mendengar suaraku..nak buat cemana? penuh air liur Umar Zidan dalam tu.

Dah la..malas nak tulis..kalau nak beli salmon tulis comment!

SaLMoN 2nd BaTch OrDer !!

hai... (its a sticky entry until 28th Dicember 2009)
ada sesiapa lagi nak order salmon untuk 2nd batch ini?
Kalau ada, sila tinggalkan comment & no phone or email, nanti saya contact.
Harga adalah RM30/kg sampai hujung tahun ini sahaja..!!
sebab si penjual tu kata next year naik harga, tak tau apa sebabnya, kalau boleh nanti saya mintak dia kurangkan lah sikit harganya tu. Dapat lah kita enjoy makan salmon dengan harga murah!

Ramai yang dah beli....
lepas tu ramai pulak yang meleleh air liur..
next year saya tak berani nak beli kalau harganya dah naik..macam dengar jadik 34 ke 35 se kg.

Saya nak beli dalam 15 atau 20 keping , so far dah ada 5 keping reserved. Tinggal 15 atau 10 keping saja lagi.

sekian, terima kasih!

HaH !!

Semalam....
makcik boss dah pesan.."Puan Umi, next week saya nak pegi dah (UK).kalau nak kirim apa apa..haaaaa..sediakan lah duitnya"
Bunyiknya sedap sekali...tapi part last tu macam kureng la sikit.
Kalau makcik boss kasik gaji cepat lagi lah cepat cik puan ni pegi money changer! HAhahahahaha! Saya yang harus belanja berhemah bukan berkhemah !

Monday, December 7, 2009

ReVise Price !!

Wall sticker decor tu telah turun harga..sebab ku rasa mahal la pulak..bila tuan tokey kata okey..
harganya telah menjadi..

3 keping RM15 dengan post laju......

Sekian, terima kasih!

Sunday, December 6, 2009

JaLaN JaLaN SaCC !!



Cheeaahh ! Ini gambar dua orang hero ku...hero hat kaler pink tu tak boleh snap photo dia dekat dekat!

Hat Hero kecik ni pun...dah menggeliat sini sana kalau tambat dalam stroller! Aaakkk..uukkkk...nak keluar gamaknya!

Hat heroin zaman moden ni jer okey..ikut mood jugak!
Lepas balik dari rumah kenduri, kami terus ke SACC sebab ada Pre Scholl Exibition, sajer mensurvey sekolah tambahan untuk Feesa. Sebelum balik singgah MPH membeli buku aktiviti Feesa dan ke Giant beli lemon!

SeLaMaT PeNgAnTiN BaRu !!

Hari ini, kami pergi makan nasik kenduri kawin rumah kawan Am di Sekyen 19 Shah Alam. Dah pukul 2 lebih baru sampai, nasib baik pengantin pun baru jer nak ber arak So, ngam ngam je lah.


Ini dia...pengantin lelaki ni kawan baik papa Feesa!

Selamat Pengantin Baru ~ MOhd Azrin dan Azlieza ~

Saturday, December 5, 2009

HaSiL ShOppIngKu UnTuK SaUdAra2 Ku!!

Haaaaa...sama tapi tak serupa.
Ahkak suka untuk ke sekian kalinya! Enjoy lagi di MJ sale..sakan hakak!

1st TrIaL - RaW SaLMoN!!

Hari ni konon konon nak jugak try cara cik ME kita makan raw salmon, makanya saya ke Giant membeli Wasabi & Kikoman Sushi & Shashimi Soy Sauce. Saya ingat saya tak lalu nak makan ni semua...tapi..it's not bad. Paling terkejut..si Am adalah yang paling banyak sekali makan. Boleh pulak dia makan gini dengan perut Melayu standednya yang telah saya modified 50%..hehehehehehe!

Inilah dia...cuma terkurang sikit..takde penyepit!

Akibat mak ayahnya makan tak ingat anak..anakku Feesa melalak lalak tak dapat bahagian. So, ku gorengkan untuk dia sepotong salmon, diperap dengan salt & pepper, tabur jugak dengan parsly & basil.
Makan cicah sos cili. Sodap!!

DaH PaSaNg WaLL StIcKer !!

Hey...
rumah saya dah pasang dengan wall sticker decor..rumah you all bila lagi?? Yang paling best, sticker ni senang jer nak pasang dan cabut, so bila bila tak nak dah corak begitu..tukarlah corak lain pulak.

HHmmm...harga semakin murah
1 keping RM7 atau 2 keping RM14 dengan free post!

Abaikan yer..rumah ku memang ala kadar jer!

Tapi jadi menarik.


Yang ini idea Feesa,nak sangat corak gini, layan je lah, kalau dah jemu tukar lain.

Friday, December 4, 2009

WaLL StIcKer DeCor !!

No.1


No.2

No.3


No.4



No.5

No.6

No.7

No.8

No.9

No.10


No.11


No.12



No.13
Satu keping cuma RM7
Sila Buat tempahan kalau berminat.


MaRi MeMBaCa !!

huhuhuuuhu....
setiap hari (baru 2 hari) ku memikirkan...dialog apa yang paling manis yang dapat ku hamburkan kepadanya, agar dia tidak kecewa lagi pulak terasa hati.

Setiap kali ku berlatih dialog sendirian...ku mula terpikir begitu begini gayanya kelak memberi respon terhadap kata kataku itu nanti.

Ohhhh...susahnya nak mengatur kehendak ku kalau dia jugak ada kehendaknya sendiri.

waallaaa...baik punye mukadimah..
yang benornya..
aku geram dengan Acik Peah aka Opah angkat Umar Zidan..
Beliau telah mencampurkan KICAP!!! ookeyy KICAP ke dalam bubur nasi bekalan aku untuk Umar Zidan santap!

Terkedu aku di situ bila dia kata "kita tambah kicap dalam bubur dia..suka dia makan"
WTH ^%^%*&&*&^$%&^^8...
OOoohhhhhhh Acik Peah yang ku ingati selalu...
kenapa?? WHY?? WHY???


haaaa...pitam aku nak meng adjust dialog! setelah itu...2 hari (semalam dan hari ini)
aku tak bekalkan Umar Zidan dengan bubur nasi..kasik Heinz dan biskut ajer..sian anakku.
So, start minggu depan..sessi berdialog akan bermula. Harap dia tak terasa hati. Jgn biskut pun di letak kicap udah..harus ku tonggengkan Umar Zidan keluarkan itu kicap!

Adoi la Acik Peah ooii!!

MJ WaREHoUsE SaLe LaGik ???

waaaaa...semalam akak dah mengulang...
tapi nampak gaya akak akan terus mengulanginya...
so, akak nak tunggu sampai hari Ahad baru pergi lagi..nak buat closing la kiranya
sebab Khamis lepas dah buat opening kan! hahahahaha..

Bukan apa...akak kan suka jer menyopping hak orang lain..
kakakakakka...sesambil tu nak belikan untuk Feesa jugak..semalam dah beli sandal bertumit Disney Princess, sangat cun wwwoo (sebab murah jadik 4-5 kali cunnya), harga cuma RM10. selalu brand Disney ni mahal nak pitam. Saiz dah betul..saiz 30..tetapi sebab akibat kaki gemuk..tak masuklah kakinya sampai ke depan....kalau di pakai macam ruper selipar pinjam la pulak!

Kesian anakku..bukan setakat saiz luar negara pun susah nak agak.....ssometimes agak ketat di sana sini, saiz di sini..jangan ko tanya?? Baju nya ada yang saiz 11-12..hai la anak!

Saiz seluar hat oversea...6X tak pun 7
hat MAlaysia raya 8 ataupun 9

Saiz baju oversea - 8-9
hat sini sini 10-11....susah mak tau..terpaksalah mak beli baju adik jer! huhuhuhu!

Thursday, December 3, 2009

MaRI MeNDoBi BaJu !!

Saban hari asik hujan ajer...so baju ku baaaaanyaaakkk yang tak terbasuh..malah yang dah dibasuh bila di sidai tak kering. Mana tak nya..kalau tengah hari dah kering, time kami balik ke rumah dah hujan pulak! Ish..ish..ish...

nak tak nak...kain baju dah 4-5 round tak berbasuh.

Inisiatif yang di ambil...bawak ler ke pusat dobi layan diri..haaa..selang sebaris jer ngan office ku..so ini hari ku telah membawa segerombolan kain baju tak basuh ke kedai dobi itu.


Oleh kerana terlampau banyak baju yang tak berbasuh tu...haaa ku sumbat jer dalam kotak Drypers tu, so satu kotak dan satu bakul.
Kapasiti washing machine ialah 14kg = RM5 = 45minit.
Sementara menunggu tu..ku pergi lah lunch dulu.

Banyak mesin kat sini...


Ha...yang ni semua mesin pengering, so baju tu semua masuk dalam mesin ni , caj nya RM4=32 minit.
Masa keringkan ni..ku tinggal jer dalam mesin tu dan terus balik ke office, nak balik baru ngambik.
Lalalalala..ini jadinya kalau asik tak nyempat nak cuci & keringkan baju.

Wednesday, December 2, 2009

HaSiL KeR ???

Rompers Baby Gap, RM9 each
Seluar berenang renang di kolam RM13

Hat ni untuk anak kawan, semua baju dan seluar tu RM9 kecuali tees merah tu RM12.

Ntah..adakah ini di namakan hasil membeli atau kerugian membeli. Lantak pi..asal saya suka udah..tak lebih bajet dan hati riang ria.
LAyan!!

WaLL StIcKer DeCor !!

hallo all...
lepas ni ..saya jual wall sticker decor pulak
dengan harga yang sangat murah..
malah..murah giler la pulak..
hhhmmm..
nanti dah ada stok...saya tepek gambarnya di sini..!!
daaa...

HeLLo !!!

hai
saya dah pulang dari bertempur di medan membeli membelah..
walla..hari ni , Metrojya warehouse Sale di Stadium Melawati Shah Alam..
saya pikir antara yang terbest pernah saya pergi..
sebab????
sebab banyak pilihan baju kanak kanak dengan harga yang sangat berpatutan..
jumlah pembelian 10 helai..total 97 ringgit sahaja...so satu jatuh 9.70..yang best ada Baby Gap & Poney.
Malam nanti saya update gambar...walaupun sebenarnya baju untuk anak sendiri cuma 4 helai..
dan selebihnya beli untuk kiriman kawan..achik ko ni dah happy sesangat!
oohh!! ada jugak Guess Kid..which is 50% off...cantik tapi adalah tidak berbaloi untuk membeli baju mahal di saat ini! Handbag Guess jugak melambak..
sebab bawak duit 103 hengget jer...akak ni buat buat je lah mata kelip2.

Petang ni nak melenjan lagi...membeli baju bajan anak ku barang sehelai dua untuk Nafeesa & baju kiriman orang..
seronok kan..dapat ku melampiaskan nafsu shoppingku dengan duit orang. Sungguh la korang ni percaya ngan taste haku!!
huhuhuh!

Tuesday, December 1, 2009

MJ WaREHoUsE SaLe !!

ialah esok..
di Stadium Melawati Shah Alam
sale yang dah di adakan 3-4 kali setahun
so yang ini kira yang penutup
akak nak carik periuk belanga...
waaalla..ada ker??
yang pasti..aimed lain ..lain yg di beli..
bawak duit 50 hengget jer..
huhuhuhuh! sila percaya!

Popular Posts