Wednesday, December 9, 2009

SaYa MaSaK SaLMoN !!

Malam tadi kami dinner salmon la...

ini cara saya yang paling simple ...saya masak sesempat saya jer al maklum balik kerja terus melapar.

Salmon yang dah dicuci...kena lap dulu yer dengan paper towel atau apa apa jer, supaya tidak basah dan bahan perap boleh melekat.

Saya tak perap pun..just tabur salt & pepper!

Selepas itu goreng dengan butter, benornya butter tu sikit tapi nampak banyak sebab ianya berbuih buih.
Blurp!!Blurp!! (sound effect bunyik buih)

Yang ini pulak side dishes la konon..sebelum tu saya dah rebuskan carrot dan potatoes tu sampai empuk, lepas tu saya tumiskan bawang kuning yang di potong dadu dengan lebihan minyak goreng ikan tadi.
Bila bawang dah layu, masukkan carrot & potatoes itu, campur salt & pepper dan saya juga tambahkan serbuk basil dan parsley.
Ala ala sauteed kan nama proses ni.Lantaklah!
Siap!!


Haaa....dah siap! Tapi nampak tak hidangan ni berkuah,
kuahnya pulak, panaskan butter sesudu dan perahkan lemon sebelah potong. Bila kuah ni nak agak pekat, tapi ia jadi tak pekat la sangat..atau kalau nak pekat letaklah bancuhan tepung.Tutup api dan sos sedia untuk di curah ke atas hidangan. Rasanya masam.



Lepas tu ngap ler apa lagi!!




No comments:

Popular Posts