Tuesday, October 20, 2009

CoMeL TaK ???



hahahahaha....

suka betul ngan baju ni...macam comel betul kalau Umar Zidan yang pakai!

waaaaa....mama budak ni dah meroyan nak "Batman" kan anak dia....!!!
Sangat suka..suka sangat..sangat sangat suka!!
Tapi ....
takde jual kot kat sini...
macam mana anakku nak jadi Batman ni..??
harus ku transform jadi Superwomen ni..
akekeke!

Thursday, October 15, 2009

SaTu RaMaDhAn - 5 ThN yAnG LaLu!!

Masa tu...
aku still larat berpuasa..tapi Am suruh tak perlu puasa.
Setelah nampak aku okkey jer...dia beri untuk aku teruskan puasa.
Malam tu berbuka puasa di Kelana Seafood...siap makan ketam & udang bagai...sampai kekenyangan, nak jalan pun susah!
Harap harap masih belum masanya lagi!

I LiKe mY cRiB !!

Sometimes...i like to get some rest inside my crib...

Some other times..I also can play under my crib!


But most of the time, I was stuck under it!

Wednesday, October 14, 2009

DaH SiMpaN DuIt RaYa aNaK ????

haaalllooo...
just nak remind uolls..dah simpan ker duit raya anak anak uoll dalam saving account mereka? Iolls dah buat semalam..tapi untuk Feesa jer..untuk Umar Zidan , tengah terhegeh hegeh isi form nak bukak ASD. Untuk ASD..pulangan dividen so so aje..last 2 years dapat 7%..this year cuma 6.3%.
As iolls...masuk dalam ASD ni sebab susah nak withdraw ajer.....sebab kalau hat lain macam senang jer nak access...tapi kalau dah terdesak tu...pegi jugak..lagi pun kat mana mana bank ada jer kaunter PNB ni..

Oohhh...duit raya Feesa this year cuma 200 lebih..tak ingat berapa, semalam pun top up la sikit. Umar Zidan punya almost 700++ sebab campur duit pemberian masa kelahiran dia dulu. Agak agak la...harap ioll ni ingat jugak nak menyimpan sikit2 untuk anak anak. Masukkanlah jugak insuran untuk depa ni walau pun sedikit...
biar ada dari tak ada!

Yang iolls pastikan ialah...semua simpanan yang dari iolls untuk depa ni sama..takde kurang & takde yang lebih!

Tuesday, October 13, 2009

BaNyAk KeJe NaK KeNe BeRes !!

haaaaa....
hujung minggu ni kami nak balik kampung Am...sebabnya Hari Sabtu ni ada kawan Am kawin kat Batu Kikir, Negeri Sembilan..lepas tu, kawan kawan Am yang lain tu nak datang beraya di kampung.
So nak tak nak..terpaksalah kami bermalam di kampung....
kena lah extend coti sampai Isnin...cuti tahun ntah tinggal berapa hari..??
oohhhh..keje kalau kat "company macam bapak aku yang punya ni"..cuti tak payah kira..nak cuti tak payah datang jer.Senang!!
Tak dapat increement jangan nangis nangis yer..nanti mama boss kasi hentam satu kali baru tau!! kekekeke..
Lepas tu pulak..23hb ni nak buat birthday party Feesa..
tapi tak buat di rumah yer..buat di sekolah dia jer, saje nak jamu kawan2 dia..
lagi pun...time gini jer dapat buat birthday party kat sekolah..dah masuk primary nanti tentu tak boleh dah!
Kalau mengikut sejarah diri sendiri..ooohhh...saya tak pergi sekolah tadika yer. Sebab over cerdik! Jadinya saya nak anak saya ada kenangan memori daun pisang buat birthday party di sekolah.
Makanya...hari Jumaat tu...cotilah jugak!!
Kalau nak berpary party..tunggu next year..nak buat party hari jadi diri sendiri & for the 1st year untuk Umar Zidan! Waaaaaa...in advance sungguh daku ni!
Takde ker suami ku yang nak plan any suprise or half suprise party....???
HHmmmm..geget jari lah...segala jari boleh geget..sure takkan adanyer dalam sejarah hidupku!
OooooHHH...!! a few things nak kena prepare, macam goodies untuk kengkawan Feesa.
Nanti dah half ready ku masuk pic ookkeeyy!!

Monday, October 12, 2009

OpEn HoUsE oooHHhhh OpEn HoUse !!

haiiii...
sepanjang hujung minggu yang lalu...
banyak betul jemputan open house..sana sini...+ kenduri kahwin tidak di lupai...
Hari Sabtu saya ke KGSAAS...ada majlis kahwin..malamnya ke deretan rumah emak, ada open house pulak...
Hari Ahad..lagi full kecuali malam..
tengah hari dah ke rumah Sis Eynda kat Seksyen 13 (otw balik selisih dengan sebuah Ferrari hitam...cunn wwwooo)..
balik jer rumah...angkat kain jemuran & golek2 kejap...lepas tu ke rumah jiran depan, makan nasik dagang..nasi kerabu pun ada..maklumlah orang Kelantan.
Lepas tu ada lagi satu rumah jiran tetangga...tapi oleh kerana Umar Zidan dah merengek nak tidur..maka Am dan Nafeesa jer yang ke rumah jiran lagi satu tu...
saya tidurkan Umar dan diri sendiri...Uuuwwaaa sangat ngantuk ookkey maklumlah bangun pun awal pagi tu.
Takde photo pun snap di mana mana..saya ni malas benor nak snap gambar !!
wawawawawa.

Sunday, October 11, 2009

SaLaM AhAd!!

Haaaiii..
haaaa...selalu pagi pagi minggu ni ku bangun lambat...tapi pagi ni...setelah Umar Zidan buat projek mega pukul 6.15...mama dia terus tak boleh tidur.
Umar dah lama pun tidur semula...ku mesin kain baju lagi satu round walau tau yang ampaian kat luar tu dah tak boleh menahan beban lagi.
Yang kat luar tu ialah 2 round mesin punya yang belum kering.
Hari ni nak ke rumah Sis Eynda...ada open house katanya..kalau tak open house pun memang kami nak datang..ber hari raya!
Lepas tu balik rumah lah kot...sebab petang pun ada jemputan dari jiran tetanggaku.....huhuhuhuu...nak makan lamb shoulder laaa...
kat Giant ada discount...kekekekeke...so harus ke sana sebelum pulang ke rumah!
Enjoy Your Great Sunday Every Body!

Wednesday, October 7, 2009

KaDaNgKaLa Ku TeRpikiR.....

nak berhenti kerja & duduk di rumah menjaga anak...
tapi waktu lain pulak....
alangkah seronoknya berada di pejabat tanpa anak anak & membuat di kerja rumah...

Adakala ku terpikir....
alangkah bahagianya dapat bangun lambat dan tak terikat dengan due date kerja...
tapi kadang kadang bila pikir balik akhir bulan orang lain dapat gaji..sah sah aku tak dapat gaji kalau aku tak bekerja...

apa kata kalau aku tak pergi kerja tapi aku buat kerja...
yang ada dalam kepala ni...ntah kenapa..aku percaya sangat yang aku ada talent mengurut!
Kalau talent mengarut tu dah sah sah aku queen nya...ini mengurut...
aku mimpi la..mimpi tu cakap aku ada talent mengurut!

Lama dah aku percaya aku boleh mengurut...tapi tak pegi belajar je lagi...
haruskah aku menukar profession menjadi tukang urut???
Bukan tukang urut yang half naked tu yer...maunya pendek umur aku kalau gitu.
Wait & see laa...aku nak kena bertapa!

Tuesday, October 6, 2009

UmAr ZiDaN tUrNs 6M!!



Hallloooo....haaaa...
ini lah gambar anak teruna sejak turns 6 months itu hari. Mata maintain bolats. Gambar 1st tu ialah gambar 1st spoon of solid food untuk Umar..dia adalah sangat teruja + terkulat kulat pada mulanya kerana 1st time merasa nestum kaedahnya!
La ni dah suap dia dengan Heinz carrot & pumpkin mash, biskut baby bites tu & nestum campuran susu Nestle.Belum try kasi bubur nasik..seingatku..macam Feesa dulu start 8 bulan baru ku kasi bubur nasi.
Kepandaian : Menyebut paaa..paaa...(papa kah itu maksudnya??)
Meniarap dan buat pusing 360 degree tapi tak maju ke depan pun.
Sangat mudah tersengih bila di tegur.
Sudah kenal siapa mamanya (siapa pakai speck semua mama dia)
Sangat suka bila berdokong..automatik menangis bila tukang dokong duduk!
Hari ni ambik jab untuk Umar bagi vaksin 5 bulan & 6 bulan sekali...sian dia..sure demam kot..sebab cucuk sekali 2 vaksin..doktor ni pun satu lah...huhuhuhu sedihnya dalam hati! Petang ni nak ambik cepat!

Monday, October 5, 2009

HHmmmmm...

asik rasa tak sihat jer lately...
tak tau kenapa?? tapi orang kata musim2 raya memang gini lah..
tapi tak sihat ku ini sejak bulan puasa..off & on 2 minggu sekali..
bulan puasa jer dah demam nak 3 kali...
la ni pulak nak masuk 2 kali asik batuk, selesema, sakit kepala...last sekali demam sikit.
Paling benci nak gi klinik...doktor bukan buat apa pun..baik telan saki baki ubat kat umah...resultnya lebih kurang jugak!
Hhhhhmmmm..sendiri doa biar lekas baik lah....nak makan cendol pulut !

Sunday, October 4, 2009

SePuPuku KaHwIn Daa!!

haaaiiiii......semalam 3hb ada majlis kahwin sepupuku kat Alam Budiman, Shah Alam (iye kot dlm jajahan Shah Alam)

So, sejak dari Jumaat malam Sabtu tu memang kami dah berkampung di sana, menghabiskan masa bergelak ketawa (ada ker patut) dan makan makan.



Feesa dan 2 pupunya.Dulu masa ku kecik2 pun..mesti ada gambar atas pelamin :)

Haaaa..ini lah pengantinnya, merah mak ngah!
Semoga kekal ke akhir hayat!

Kikikii...ini adalah pose hensem anak teruna ku dengan abayanya dari Qatar! calon menantu saper lah ni???
Kuang!Kuang!Kuang!















Friday, October 2, 2009

TaKdE CeRiTa BaRu ....


halllooo...Salam Jumaat!

Bukan takde cerita baru...tapi kesempatan nak menaip ni membuatkan cerita cerita itu terpaksa ku block dulu di mana mana until ada kesempatan yang tiba.


Cheewaaahh! Patut ada gambar Umar Zidan turns 6 Months & gambar dia dengan acara his 1st solid food. Tapi ...tunggu sempat yerk!


Petang ni...ada majlis nikah sepupuku kat Alam Budiman...tapi sorrylah tak dapat hadir majlis tu...lepas balik opis nanti ..tak pun..malam barulah ahkak ko ni muncul di sana. Bukan tak sudi..tapi tak nyempat dik ooii...bekerja makan gaji..beginilah..tak korje..takde lah hasilnya. Nak tunggu duit foundation haku yang ntah bila nak muncul...dalam mimpi je lah! kikikiki....!!


apa pun....hadoi!! Berdesing la ni telingaku mendengar deruan enjin jet pejuang Sukhoi! Tatkala ini...sangatlah ku berbangga menjadi anak Malaysia...bangga giler sebab Malaysia ada jet perjuang yang sangatlah canggih....

semalam ku nampak jet jet ni terbang buat rehearsal...

ffuuhhyyooooo!! dia terbang menegak 90 darjah ke langit & berpusing balik menjunam ke bawah...

bunyiknya.....kalau dekat mau gugur jantung aku ni..


Jangan tak tau...Malaysia beli 18 buah jet pejuang Sukhoi ni dengan harga $USD50juta.



Monday, September 28, 2009

PoKai !! PoKai !! PoKai !!

huhuhuhuuh....

walaupun tahun ini tahun saya berhari raya dengan kadar yang paling minimum sekali, ternyata itu tidak bermaksud yang saya dapat mencukupkan budget yang dah di buat.OOhhhhh....segala galanya macam terlebih jugak dari budget asal.

Makanya....pada waktu ketika ini...banyak keinginan yang harus di pendamkan.hehehehe..ada lagi ker yang ku teringinkan...????


A Flat Screen LCD TV....maybe!!

Sunday, September 27, 2009

Thursday, September 24, 2009

On tHe DaY oF HaRi RaYa 2009!!

Ha...inilah potret raya kami sekeluarga untuk tahun 2009!
Ntah apa apa ntah..part Zidan tu..selekeh jer ku tengok dia..papa lah ni..tak kasi adjust baju dia cecantik! Lengan baju sebelah panjang sebelah senteng.GGrrrrrr!!




Kami dengan tema purpple ciptaan haku.Ntah apa apa..asal purpple!

Haaaa...ini anak bujang in action!


Ewaahhh! Ini gambar masa kami dah keluar nak balik kampung papa kat Gemencheh, jarak masa perjalanan adalah 20 minit.


Tetapi...sebab hari raya..makanya kampung papa dilanda jammed kalah kat KL, nak keluar simpang ajer beratur nak 15 minit.
Lokasi gambar : Simpang 3 Felda Pasir Besar

ThE DaY BeFoRe HaRi RaYa!!

Haaa...yang ni pulak action captured on the day before Hari Raya, hari itu ialah hari Sabtu, kami tak ke mana mana sebab MIL dah sibuk nak masak masak, kat nogori ni memang wajibun bakar lemang & lauk wajibun kat sini (umah MIL) ialah Rendang Maman!


Haaa..itulah rendangnya..time ni belum masak lagi.



Ohhh..setelah mama Zidan penat melayan Zidan..tiba pulak giliran papanya melayan!


Petang tu dalam pukul 3 kami ke pekan Gemas, membeli sikit barang2 keperluan yang masihlah tak cukup2. Ku beli brooch sebutir dua, Che Am nak carik butang baju Melayu & BIL nak belikan adiknya & FIL baju Melayu. On the way to Gemas ...these two little babies tidur!





Malam tu macam biasa..Feesa nak main munger api...tapi kali ni papa nya join sekali.
Tunggu next entry pulak yer!!

2 DaYs BeFoRe HaRi RaYa !!

Ok....
semua ni gambar masa 1st day kami nak nak balik kampung, masa tu hari Jumaat.

So, sebelum balik kampung...wajibun kami pergi ke rumah nenek dulu untuk 'beraya'. Setelah selesai sessi 'beraya' kami tu, kami terus ke Salam Medical Centre, sebab Zidan yang tak sihat tu nak buat nebulizer lagi sekali sebelum kami balik ke kampung.


Hari tu rupanya sangat terik panasnya...sian anakku Zidan sampai demam di buatnya .Mukanya merah padam sebab panas sangat, kami patah balik ke Salam Medical Centre tu untuk mintak ubat oral demam pulak, sebab Zidan dah tak larat nak makan ubat. Tengoklah..sian sangat!

Hari itu jugak..kereta berderet di highway dari KL-Seremban, di Nilai...banyak kaca kaca pecah bertaburan di tengah jalan.Rupanya berlaku kemalangan yang rasanya berpunca daripada kes break mengejut, adalah 7-8 bijik kereta tersadai sebelah jalan...& rasanya lebih banyak daripada yang kami nampak.Sebab time tu dah petang & rasanya accident tu terjadi lebih awal dari waktu yang kami sampai tu, makanya kereta2 yang accident tu dah di bawak ke bengkel.

Malam tu, macam biasa..Feesa mestilah menuntut janjinya nak main bunga api.

HaRi iNi...5 SYawaL !!

Salam Aidilfitri.....
hari ini 5 Syawal 1430H....saya dah berkerja seperti biasa. Tapi boleh di katakan takde mood nak bekerja lagi sebab kat office ni takde orang lain selain saya, saya dan saya.
So....hari ni saya bawak bodyguard kecil yang banyak memeningkan kepala saya...Ohhh Tidak!! esok saya pastikan yang budak kecil ini tidak ikut saya lagi ke office....dan dia adalah Saidatul Nafeesa.

Hhhmmm..belum ada mood nak bercerita pasal hari raya sebab tak boleh uploadkan gambar..so nanti cerita ceritanya macam tak dapat nak feel the mood itu.

Okkey..tunggu my next entry yang sure berbaloi baloi..kekekekek! poyo jer..ada ker oorang nak baca blog time raya ni..semua pakat busy beraya sakan!

Thursday, September 17, 2009

SaLam AiDiL FiTRi !!

Salam Aidil Fitri di ucapkan
kepada semua pembaca blog ini.
Maaf Zahir & Batin
Ingatan tulus ikhlas daripada kami
Am, Mi, Nafeesa & Umar

Wednesday, September 16, 2009

BeRBuKa SeMaLam !!

Salam...
bila ahkak ko ni terlampau rajin...haaaa, inilah hasil masakkannya..
semalam masak nasi beriyani + ayam masak merah
dessert tropical punch (yang putih tu) dengan air sirap bandung.
Walla...1st trial buat nasi beriyani dan.....ianya menjadi!
Am siap puji "pandai mak ko masak".
Haaaaa..oleh itu abang...sila annouce bini abang pandai masak bila papamu tanya makan apa hari ni.Boleh??
Jangan cerita asik makan di kedai aje..nanti dia pikir anak menantunya tak pandai masak.

Tuesday, September 15, 2009

SessI MeNaYanG BaJu RaYa AnAk !!

haaaaaa...
la ni baru nak menepek baju raya kekanak riang berdua tu..
tapi baju Feesa..tak banyak dan semeriah baju Umar.Ada lagi 4 helai tees & 2 helai seluar panjang + 1 dress
Haaaa...tapi baju kurung ni yang spesel sangat, Feesa kata.."macam baju pengantin".
Beli kat Mydin cuma RM19.90.







Baju Umar Zidan of course melampau banyak nyer sampai haku pun pening sekejap.



AaaRRrrGgGhh !!

Giler bengang...la ni hidung asik tersumbat + tetiba nak batuk batuk la pulak.

Selama ini, haku lah orangnya yang paling tepu kuman nak jangkit...so di bulan baik ini, ku kasik depa menyerang seluruh sistem imuniti haku untuk tak sihat selama 2 kali.



Jadinya, bila ku tak sihat, anak anak turut berjangkit....resultnya...Umar Zidan jugak batuk + selesema sejak hari Ahad malam.



Harap harap..menjelang Syawal, anak anak sihat walafiat dan haku dapat mengecapi nikmat kesihatan yang baik dari Allah semula.



Amin!!

Monday, September 14, 2009

Di SaaT iNi Ku TeRiNgaT .....

hari rayaku ketika kanak kanak...
rumah kampung nenek yang dilimpahi lampu terang benderang...
melihat pelita dipasang di setiap penjuru rumah...
ketika bermain bunga api & mercun bersama sepupu dan pakcik pakcik...
berebut bilik air di kampung bila nak mandi di pagi raya...
bergilir gilir nak mengiron baju baru di pagi raya (sampai kain baju raya ku lobang dek kerana terpanas benor iron tu)...
kami beratur memohon maaf bersama ibu bapa dan atuk nenek...
sessi bergambar kami seluruh keluarga...
kami semua ber 'baraan' seluruh kampung melawat saudara mara...
kami tidur bersama beramai ramai di ruang tamu yang tak sebesar mana tu...
tapi...
tapi...
tapi...
itu semua dulu....semasa arwah atuk & nenek masih hidup...yang pasti.., ianya tak kan berulang lagi.

HaMpIr NaK RaYa DaH !!

Salam....
kita semua menghitung hari nak merayakan Aidilfitri, apa yang kita ingat semua adalah nak melengkapkan semua keperluan hari raya.Kadangkala sampai terlupa, yang di beli tu cuma nak pakai sementara jer..so, elakkan pembaziran.

Tahun ini...rasanya adalah hari raya yang paling sederhana dalam hidup saya. Sebabnya, sampai la ni...bau bau gaji pun tak ade lagi...apalagi nak terbau duit bonus...ker duit raya.Sangat jauh..tak terhidu dek hidung!

So, saya cuma ada baju kurung 3 pasang, tudung sehelai (huhuhuhu), kasut 2 pasang..(semalam beli selipar goblok aje dah RM40), dan bra raya sehelai (kekekek), bakal menyusul seluar jeans sehelai. Eeehhh lupa, saya jugak beli handbag murahan baru yang pastinya senang untuk saya mengusung segala mala barang barang anak dan jugak suami ..(rasa elok bawak gobok jer time berjalan, banyak benor nak di angkut).

Lagi kesian, suamiku cuma ada sepasang baju Melayu & sehelai shirt dan bakal menyusul sehelai jeans. Mungkin nak belanja dia lagi satu helai t-shirt..tapi tunggulah puan boss masuk & memberi upah bulanan.

Untuk anak anak..dah semestinya mereka yang paling utama...tak payah cerita sebab keperluan mereka dah lebih dari cukup...saya pulak yang naik pitam bila tengok lambakan baju baru..macam boleh bukak bazar tau...but..i like it!

Ginilah raya gaya sederhana saya untuk keluarga, nak balik kampung jygak guna banyak belanja, duit raya lagi..tak tau mana nak cekup..tapi still kena bagi, biarlah saya sengkek sikit, asal dapat tengok yang menanti tu gembira.

Semalam dah service kereta, kereta dah uzur..nak jugak mintak belanja sampai RM250. Ntah haper yang berkeriok kat keretatu..untuk keselamatan...ku redhakan aje. Korang, jangan lupa service kereta yer!

Thursday, September 10, 2009

PoSt BeRGaMBaR 223!!

Okey...
mula mula nak tunaikan janji, hari tu kata nak masukkan pic Feesa sembahyang berjemaah ngan papanya kan. Haaa, tengoklah..tengah sembahyang pun boleh berpaling tengok kamera. Bila orang sujud 2 kali, dia after 1st sujud dah nak naik berdiri, tapi sempat adjust siap cakap "eehhh, salah pulak".






Yang ni pulak, Umar Zidan batuk batuk sejak hari Merdeka, so Sabtu berikutnya kami bawak pergi jumpa Paed dia, dan Umar kena buat neb 2 hari kat rumah. Ini lah rupanya si baby dengan nebulizernya.Jenuh nak menepis, dia jugak yang nak pegang corong tu.


haaa..yang ni pulak, nugget yang sangat sedap.tak percaya..sila cuba.ku biasa beli nugget ni daripada yang Ayamas punye, tak suka yg ber breaded tu.

TuDuNg CT laH PuLak !!

okkkey....

yang ni sesambil ku beli..boleh lah promote kedai makcik ku ...errrr tak tau lah exact nama lokasi tu ..tapi kat Subang Airport lama....area sanalah..nanti update the exact address.
Tudung CT orang panggil...ku ni bab bab nak melawo tak pandai yer benornya..
tapi..ada orang kata tudung ni cantik..haku sauk jer..







ku punya kaler purple.


2nd PoLo RL fOr FeeSa !!










hahahaha....hat ni bukan baju raya...

hajatnya nak buat pakai bila birthday Feesa nanti..

yang ni kirim kat kawan alam maya di USA...hat ni jugak tak bayor lagi..tapi sebab excited terlebih sudaaaa..ngade jer publish kat sini.

hat ni jugak beli sebab ada less 60%..kalau kat kedai sini..mau gadai tanah baru dapat beli. Kiranya yang ini ialah 2nd POLO RL Feesa lah..sebelum ni ada polo tees saja kaler oren.

Selamat cuci mata.

Saturday, September 5, 2009

SaLaH TaJuK!!

hahahahaha...
ku rasa salah tajuklah entry before ni. Tajuk persiapan Aidilfitri, tapi satu bijik butir persiapan pun ku tak story mory. Sorry! Emo gamaknya lapor lapor ni!

So, sekarang ku on the mood lah jugak nak story tentang persiapan Aidilfitri, walaupun kami tak meraikannya dengan sangat meriah, tapi adalah jugak...buat anak anak.

Persiapan rumah cuma beli langsir umtuk tingkap 2 panel haku tu, rumah kami ni kecik ajer.Macam kotak..so takde lah nak pening mikir nak berlangsir bagai.Dah beli pun hari tu masa JCard Day kat MV. Lagi satu beli comforter set untuk katil kami, katil Feesa tak payah, last year beli 3 kat Aussino, semua masih cantik lagi.Tapi macam nak beli tikar macam si Ma & Ina beli lah..kat area Shah Alam ni ntah kat mana jual.Haaa..esok nak tengok kat pasar stadium. Tikar kat umah ni pun dah hazab, calar balar ntah ruper haper dah!

Kuih raya....
korang jangan tanya haku lah kalau pasal kuih raya. Every year memang confirmed tak beli lebih dari 2 jenis. So, tahun ni baru order dodol sekilo, dari kawan. Tinggal nak beli tart sebalang.Cukuplah buat makan sendiri.Orang datang ku hidang mee goreng aje.Depa pun tak pandang kuih raya dah masa tu.Senang cerita, takde saper pun yang datang kecuali family.Wakakakakaka !!

Cat rumah??
Hari tu sebelum raya memang teringin nak cat rumah..lama dah teringin, masa sebelum bersalin lagi.Tapi laki den ni ha..pemalas ker haper, tak tau lah spesis apa? Asik bertangguh, masa sewa umah ni, dia kata tunggulah kalau kita dah beli, bila dah beli, kata tunggulah sampai haku bersalin.Bila dah bersalin cakap pulak nanti bila nak raya.La ni dah puasa..bila ku tanya...hah,hambik ko lansung senyap! Hampeh trouble triple hampeh!

Baju baru....??
Baju anak anak lama dah tersedia, malah sampai boleh pakai stok raya haji nanti. Nak Gong Xi Fatt Chai sekali pun boleh, dah sesiap ada (maksudnya dah terover beli).
Umar jugak akan berbaju Melayu raya ni sedondon ngan kakaknya Feesa.
Baju kami...
baju kurung ku ada 3 pasang kat tailor.Warna haper pun dah luper, rasa cam bubur car car..kaler full sampai tak tau nak sebut kaler haper.
Untuk Am pulak, dah ada sepasang baju Melayu. Tinggal nak tunggu sehelai jeans & sehelai t-shirts. Lain lain tidak diperlukan.
Warna tema.....adalah purple!!
Ehhh..lupa, ku nak beli tudung yang sedondon.Dapat sehelai pun jadiklah.
Budget untuk diri sendiri memang kedekut, hajat nak ber handbag COACH pun haram!! Kalau handbag COACH tu untuk bebudak, ku rasa sanggup jer belikan untuk anak.Tapi ...untuk diri sendiri..tidak sekali.Sakit betullah haku ni!!

Nanti kita snap pic hasil belian persiapan raya yer. Saje kasik bakar semangat raya hangpa!

Friday, September 4, 2009

PeRsIaPan AiDiLfiTri !!

aloh.....

hhhmmmm..i'm actually not so excited nak merayakan Hari Raya, sebabnya..seronoknya cuma pada malam hari raya sampai habis raya pertama jer. selebihnya...seperti biasa. Lagi seronok time Ramadhan ni..dan itu lah sebetul nya cara kita meraikan Ramadhan, dengan memasang lampu lampu menerangi rumah dengan cahaya2 yang indah. Tapi..budaya di sini menjadikan semua ornag tertunggu tunggu Aidilfitri.

Well, i'm just follow the flow...dah tua tua ni, keseronokan Hari Raya tu hanyalah pada kegembiraan anak anak, seriously...i'm getting sad when Ramadhan near the end. Sekarang pun dah terasa benornya, sebab masih tak sempat nak berterawikh setiap malam, apalagi nak berjemaah..nak bertadarus..huhuh jauh sekali.Teringat masa remaja dulu, semua ni ada dalam kamus Ramadhan ku setiap tahun, seronok.Tapi...kenangan je lah.

arghhhhhh...sedihnya. Ramadhan jugak mengingatkan saya tentang permergian nenek pada tahun 1997, masa tu kalau tak silap dalam 28 Ramadhan (tak ingat lah). Pagi tu, dalam pukul 4 pagi tak silap, kami semua pergi ke SJMC, nenek dah tenat dan terus di masukkan ke unit ICU. Time tu ku macam tak faham sangat bijik butir & nampak macam biasa sebab nenek memang keluar masuk hospital dalam 1 tahun sebelum tu. Tak lama lepas tu ku balik sebab nak pegi sekolah pagi tu, tapi lepas balik dari sekolah, ayah beritahu yang nenek dah pergi buat selamanya. (HHmmmmm bergenang air mata masa menaip ni).

Ok lah...hari tu janji nak upload gambar Feesa sembahyang berjemaah kan..ala..lupa lah..plus kat rumah memang takde masanya nak buat semua ni. Plus si Umar Zidan batuk, selamat now dah ok tapi nafasnya berbunyi.

Next entry, sure ada gambar . Tapi sat, saje nak tepek gambar ni buat cuci mata.

Thursday, September 3, 2009

MinGGu Ini !!

Hai..hai..hai..
Hujung minggu ni tak tau lah dapat pi makan kat warong penyet lagi ker tak? Itu Inche Am sudah bising sebab anak hero dia batuk batuk sejak Hari Merdeka. Hari Selasa dah bawak pi klinik, doktor kasi Umar Zidan ubat kahak, demam & selesema. Mujur cuma batuk sahaja, tapi malam tadi agak panas sikit badannya, tapi sekejap je. Fuuuhh!! lega!
Am kata.."ni sebab kita keluar lah, mama dia sibuk nak makan kat kedai penyet"
Hamboi..sesuka hati jer pointing finger kat haku..dia yang lebih2 hari tu..macam lah haku ni dah nyanyuk benor untuk melupakan hasrat dia yang teringin sangat! Takpe yer abang...I tak hate you pun! Kesian anak Hero kita.

* Ala..baru ingat nak upload gambor Umar pi klinik..camera pulak tertinggal..sebab malam tadi snap gambar Feesa berjemaah Maghrib ngan papanya*

Haaa..kisah tu jugak sangat menarik untuk di kongsi..tapi kalau takde gambar tak best..tak real gitu.
Tunggu yer.!!

Popular Posts