Salam....
kita semua menghitung hari nak merayakan Aidilfitri, apa yang kita ingat semua adalah nak melengkapkan semua keperluan hari raya.Kadangkala sampai terlupa, yang di beli tu cuma nak pakai sementara jer..so, elakkan pembaziran.
Tahun ini...rasanya adalah hari raya yang paling sederhana dalam hidup saya. Sebabnya, sampai la ni...bau bau gaji pun tak ade lagi...apalagi nak terbau duit bonus...ker duit raya.Sangat jauh..tak terhidu dek hidung!
So, saya cuma ada baju kurung 3 pasang, tudung sehelai (huhuhuhu), kasut 2 pasang..(semalam beli selipar goblok aje dah RM40), dan bra raya sehelai (kekekek), bakal menyusul seluar jeans sehelai. Eeehhh lupa, saya jugak beli handbag murahan baru yang pastinya senang untuk saya mengusung segala mala barang barang anak dan jugak suami ..(rasa elok bawak gobok jer time berjalan, banyak benor nak di angkut).
Lagi kesian, suamiku cuma ada sepasang baju Melayu & sehelai shirt dan bakal menyusul sehelai jeans. Mungkin nak belanja dia lagi satu helai t-shirt..tapi tunggulah puan boss masuk & memberi upah bulanan.
Untuk anak anak..dah semestinya mereka yang paling utama...tak payah cerita sebab keperluan mereka dah lebih dari cukup...saya pulak yang naik pitam bila tengok lambakan baju baru..macam boleh bukak bazar tau...but..i like it!
Ginilah raya gaya sederhana saya untuk keluarga, nak balik kampung jygak guna banyak belanja, duit raya lagi..tak tau mana nak cekup..tapi still kena bagi, biarlah saya sengkek sikit, asal dapat tengok yang menanti tu gembira.
Semalam dah service kereta, kereta dah uzur..nak jugak mintak belanja sampai RM250. Ntah haper yang berkeriok kat keretatu..untuk keselamatan...ku redhakan aje. Korang, jangan lupa service kereta yer!
Monday, September 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
No comments:
Post a Comment