Thursday, September 24, 2009

ThE DaY BeFoRe HaRi RaYa!!

Haaa...yang ni pulak action captured on the day before Hari Raya, hari itu ialah hari Sabtu, kami tak ke mana mana sebab MIL dah sibuk nak masak masak, kat nogori ni memang wajibun bakar lemang & lauk wajibun kat sini (umah MIL) ialah Rendang Maman!


Haaa..itulah rendangnya..time ni belum masak lagi.



Ohhh..setelah mama Zidan penat melayan Zidan..tiba pulak giliran papanya melayan!


Petang tu dalam pukul 3 kami ke pekan Gemas, membeli sikit barang2 keperluan yang masihlah tak cukup2. Ku beli brooch sebutir dua, Che Am nak carik butang baju Melayu & BIL nak belikan adiknya & FIL baju Melayu. On the way to Gemas ...these two little babies tidur!





Malam tu macam biasa..Feesa nak main munger api...tapi kali ni papa nya join sekali.
Tunggu next entry pulak yer!!

2 DaYs BeFoRe HaRi RaYa !!

Ok....
semua ni gambar masa 1st day kami nak nak balik kampung, masa tu hari Jumaat.

So, sebelum balik kampung...wajibun kami pergi ke rumah nenek dulu untuk 'beraya'. Setelah selesai sessi 'beraya' kami tu, kami terus ke Salam Medical Centre, sebab Zidan yang tak sihat tu nak buat nebulizer lagi sekali sebelum kami balik ke kampung.


Hari tu rupanya sangat terik panasnya...sian anakku Zidan sampai demam di buatnya .Mukanya merah padam sebab panas sangat, kami patah balik ke Salam Medical Centre tu untuk mintak ubat oral demam pulak, sebab Zidan dah tak larat nak makan ubat. Tengoklah..sian sangat!

Hari itu jugak..kereta berderet di highway dari KL-Seremban, di Nilai...banyak kaca kaca pecah bertaburan di tengah jalan.Rupanya berlaku kemalangan yang rasanya berpunca daripada kes break mengejut, adalah 7-8 bijik kereta tersadai sebelah jalan...& rasanya lebih banyak daripada yang kami nampak.Sebab time tu dah petang & rasanya accident tu terjadi lebih awal dari waktu yang kami sampai tu, makanya kereta2 yang accident tu dah di bawak ke bengkel.

Malam tu, macam biasa..Feesa mestilah menuntut janjinya nak main bunga api.

HaRi iNi...5 SYawaL !!

Salam Aidilfitri.....
hari ini 5 Syawal 1430H....saya dah berkerja seperti biasa. Tapi boleh di katakan takde mood nak bekerja lagi sebab kat office ni takde orang lain selain saya, saya dan saya.
So....hari ni saya bawak bodyguard kecil yang banyak memeningkan kepala saya...Ohhh Tidak!! esok saya pastikan yang budak kecil ini tidak ikut saya lagi ke office....dan dia adalah Saidatul Nafeesa.

Hhhmmm..belum ada mood nak bercerita pasal hari raya sebab tak boleh uploadkan gambar..so nanti cerita ceritanya macam tak dapat nak feel the mood itu.

Okkey..tunggu my next entry yang sure berbaloi baloi..kekekekek! poyo jer..ada ker oorang nak baca blog time raya ni..semua pakat busy beraya sakan!

Thursday, September 17, 2009

SaLam AiDiL FiTRi !!

Salam Aidil Fitri di ucapkan
kepada semua pembaca blog ini.
Maaf Zahir & Batin
Ingatan tulus ikhlas daripada kami
Am, Mi, Nafeesa & Umar

Wednesday, September 16, 2009

BeRBuKa SeMaLam !!

Salam...
bila ahkak ko ni terlampau rajin...haaaa, inilah hasil masakkannya..
semalam masak nasi beriyani + ayam masak merah
dessert tropical punch (yang putih tu) dengan air sirap bandung.
Walla...1st trial buat nasi beriyani dan.....ianya menjadi!
Am siap puji "pandai mak ko masak".
Haaaaa..oleh itu abang...sila annouce bini abang pandai masak bila papamu tanya makan apa hari ni.Boleh??
Jangan cerita asik makan di kedai aje..nanti dia pikir anak menantunya tak pandai masak.

Tuesday, September 15, 2009

SessI MeNaYanG BaJu RaYa AnAk !!

haaaaaa...
la ni baru nak menepek baju raya kekanak riang berdua tu..
tapi baju Feesa..tak banyak dan semeriah baju Umar.Ada lagi 4 helai tees & 2 helai seluar panjang + 1 dress
Haaaa...tapi baju kurung ni yang spesel sangat, Feesa kata.."macam baju pengantin".
Beli kat Mydin cuma RM19.90.







Baju Umar Zidan of course melampau banyak nyer sampai haku pun pening sekejap.



AaaRRrrGgGhh !!

Giler bengang...la ni hidung asik tersumbat + tetiba nak batuk batuk la pulak.

Selama ini, haku lah orangnya yang paling tepu kuman nak jangkit...so di bulan baik ini, ku kasik depa menyerang seluruh sistem imuniti haku untuk tak sihat selama 2 kali.



Jadinya, bila ku tak sihat, anak anak turut berjangkit....resultnya...Umar Zidan jugak batuk + selesema sejak hari Ahad malam.



Harap harap..menjelang Syawal, anak anak sihat walafiat dan haku dapat mengecapi nikmat kesihatan yang baik dari Allah semula.



Amin!!

Monday, September 14, 2009

Di SaaT iNi Ku TeRiNgaT .....

hari rayaku ketika kanak kanak...
rumah kampung nenek yang dilimpahi lampu terang benderang...
melihat pelita dipasang di setiap penjuru rumah...
ketika bermain bunga api & mercun bersama sepupu dan pakcik pakcik...
berebut bilik air di kampung bila nak mandi di pagi raya...
bergilir gilir nak mengiron baju baru di pagi raya (sampai kain baju raya ku lobang dek kerana terpanas benor iron tu)...
kami beratur memohon maaf bersama ibu bapa dan atuk nenek...
sessi bergambar kami seluruh keluarga...
kami semua ber 'baraan' seluruh kampung melawat saudara mara...
kami tidur bersama beramai ramai di ruang tamu yang tak sebesar mana tu...
tapi...
tapi...
tapi...
itu semua dulu....semasa arwah atuk & nenek masih hidup...yang pasti.., ianya tak kan berulang lagi.

HaMpIr NaK RaYa DaH !!

Salam....
kita semua menghitung hari nak merayakan Aidilfitri, apa yang kita ingat semua adalah nak melengkapkan semua keperluan hari raya.Kadangkala sampai terlupa, yang di beli tu cuma nak pakai sementara jer..so, elakkan pembaziran.

Tahun ini...rasanya adalah hari raya yang paling sederhana dalam hidup saya. Sebabnya, sampai la ni...bau bau gaji pun tak ade lagi...apalagi nak terbau duit bonus...ker duit raya.Sangat jauh..tak terhidu dek hidung!

So, saya cuma ada baju kurung 3 pasang, tudung sehelai (huhuhuhu), kasut 2 pasang..(semalam beli selipar goblok aje dah RM40), dan bra raya sehelai (kekekek), bakal menyusul seluar jeans sehelai. Eeehhh lupa, saya jugak beli handbag murahan baru yang pastinya senang untuk saya mengusung segala mala barang barang anak dan jugak suami ..(rasa elok bawak gobok jer time berjalan, banyak benor nak di angkut).

Lagi kesian, suamiku cuma ada sepasang baju Melayu & sehelai shirt dan bakal menyusul sehelai jeans. Mungkin nak belanja dia lagi satu helai t-shirt..tapi tunggulah puan boss masuk & memberi upah bulanan.

Untuk anak anak..dah semestinya mereka yang paling utama...tak payah cerita sebab keperluan mereka dah lebih dari cukup...saya pulak yang naik pitam bila tengok lambakan baju baru..macam boleh bukak bazar tau...but..i like it!

Ginilah raya gaya sederhana saya untuk keluarga, nak balik kampung jygak guna banyak belanja, duit raya lagi..tak tau mana nak cekup..tapi still kena bagi, biarlah saya sengkek sikit, asal dapat tengok yang menanti tu gembira.

Semalam dah service kereta, kereta dah uzur..nak jugak mintak belanja sampai RM250. Ntah haper yang berkeriok kat keretatu..untuk keselamatan...ku redhakan aje. Korang, jangan lupa service kereta yer!

Thursday, September 10, 2009

PoSt BeRGaMBaR 223!!

Okey...
mula mula nak tunaikan janji, hari tu kata nak masukkan pic Feesa sembahyang berjemaah ngan papanya kan. Haaa, tengoklah..tengah sembahyang pun boleh berpaling tengok kamera. Bila orang sujud 2 kali, dia after 1st sujud dah nak naik berdiri, tapi sempat adjust siap cakap "eehhh, salah pulak".






Yang ni pulak, Umar Zidan batuk batuk sejak hari Merdeka, so Sabtu berikutnya kami bawak pergi jumpa Paed dia, dan Umar kena buat neb 2 hari kat rumah. Ini lah rupanya si baby dengan nebulizernya.Jenuh nak menepis, dia jugak yang nak pegang corong tu.


haaa..yang ni pulak, nugget yang sangat sedap.tak percaya..sila cuba.ku biasa beli nugget ni daripada yang Ayamas punye, tak suka yg ber breaded tu.

TuDuNg CT laH PuLak !!

okkkey....

yang ni sesambil ku beli..boleh lah promote kedai makcik ku ...errrr tak tau lah exact nama lokasi tu ..tapi kat Subang Airport lama....area sanalah..nanti update the exact address.
Tudung CT orang panggil...ku ni bab bab nak melawo tak pandai yer benornya..
tapi..ada orang kata tudung ni cantik..haku sauk jer..







ku punya kaler purple.


2nd PoLo RL fOr FeeSa !!










hahahaha....hat ni bukan baju raya...

hajatnya nak buat pakai bila birthday Feesa nanti..

yang ni kirim kat kawan alam maya di USA...hat ni jugak tak bayor lagi..tapi sebab excited terlebih sudaaaa..ngade jer publish kat sini.

hat ni jugak beli sebab ada less 60%..kalau kat kedai sini..mau gadai tanah baru dapat beli. Kiranya yang ini ialah 2nd POLO RL Feesa lah..sebelum ni ada polo tees saja kaler oren.

Selamat cuci mata.

Saturday, September 5, 2009

SaLaH TaJuK!!

hahahahaha...
ku rasa salah tajuklah entry before ni. Tajuk persiapan Aidilfitri, tapi satu bijik butir persiapan pun ku tak story mory. Sorry! Emo gamaknya lapor lapor ni!

So, sekarang ku on the mood lah jugak nak story tentang persiapan Aidilfitri, walaupun kami tak meraikannya dengan sangat meriah, tapi adalah jugak...buat anak anak.

Persiapan rumah cuma beli langsir umtuk tingkap 2 panel haku tu, rumah kami ni kecik ajer.Macam kotak..so takde lah nak pening mikir nak berlangsir bagai.Dah beli pun hari tu masa JCard Day kat MV. Lagi satu beli comforter set untuk katil kami, katil Feesa tak payah, last year beli 3 kat Aussino, semua masih cantik lagi.Tapi macam nak beli tikar macam si Ma & Ina beli lah..kat area Shah Alam ni ntah kat mana jual.Haaa..esok nak tengok kat pasar stadium. Tikar kat umah ni pun dah hazab, calar balar ntah ruper haper dah!

Kuih raya....
korang jangan tanya haku lah kalau pasal kuih raya. Every year memang confirmed tak beli lebih dari 2 jenis. So, tahun ni baru order dodol sekilo, dari kawan. Tinggal nak beli tart sebalang.Cukuplah buat makan sendiri.Orang datang ku hidang mee goreng aje.Depa pun tak pandang kuih raya dah masa tu.Senang cerita, takde saper pun yang datang kecuali family.Wakakakakaka !!

Cat rumah??
Hari tu sebelum raya memang teringin nak cat rumah..lama dah teringin, masa sebelum bersalin lagi.Tapi laki den ni ha..pemalas ker haper, tak tau lah spesis apa? Asik bertangguh, masa sewa umah ni, dia kata tunggulah kalau kita dah beli, bila dah beli, kata tunggulah sampai haku bersalin.Bila dah bersalin cakap pulak nanti bila nak raya.La ni dah puasa..bila ku tanya...hah,hambik ko lansung senyap! Hampeh trouble triple hampeh!

Baju baru....??
Baju anak anak lama dah tersedia, malah sampai boleh pakai stok raya haji nanti. Nak Gong Xi Fatt Chai sekali pun boleh, dah sesiap ada (maksudnya dah terover beli).
Umar jugak akan berbaju Melayu raya ni sedondon ngan kakaknya Feesa.
Baju kami...
baju kurung ku ada 3 pasang kat tailor.Warna haper pun dah luper, rasa cam bubur car car..kaler full sampai tak tau nak sebut kaler haper.
Untuk Am pulak, dah ada sepasang baju Melayu. Tinggal nak tunggu sehelai jeans & sehelai t-shirts. Lain lain tidak diperlukan.
Warna tema.....adalah purple!!
Ehhh..lupa, ku nak beli tudung yang sedondon.Dapat sehelai pun jadiklah.
Budget untuk diri sendiri memang kedekut, hajat nak ber handbag COACH pun haram!! Kalau handbag COACH tu untuk bebudak, ku rasa sanggup jer belikan untuk anak.Tapi ...untuk diri sendiri..tidak sekali.Sakit betullah haku ni!!

Nanti kita snap pic hasil belian persiapan raya yer. Saje kasik bakar semangat raya hangpa!

Friday, September 4, 2009

PeRsIaPan AiDiLfiTri !!

aloh.....

hhhmmmm..i'm actually not so excited nak merayakan Hari Raya, sebabnya..seronoknya cuma pada malam hari raya sampai habis raya pertama jer. selebihnya...seperti biasa. Lagi seronok time Ramadhan ni..dan itu lah sebetul nya cara kita meraikan Ramadhan, dengan memasang lampu lampu menerangi rumah dengan cahaya2 yang indah. Tapi..budaya di sini menjadikan semua ornag tertunggu tunggu Aidilfitri.

Well, i'm just follow the flow...dah tua tua ni, keseronokan Hari Raya tu hanyalah pada kegembiraan anak anak, seriously...i'm getting sad when Ramadhan near the end. Sekarang pun dah terasa benornya, sebab masih tak sempat nak berterawikh setiap malam, apalagi nak berjemaah..nak bertadarus..huhuh jauh sekali.Teringat masa remaja dulu, semua ni ada dalam kamus Ramadhan ku setiap tahun, seronok.Tapi...kenangan je lah.

arghhhhhh...sedihnya. Ramadhan jugak mengingatkan saya tentang permergian nenek pada tahun 1997, masa tu kalau tak silap dalam 28 Ramadhan (tak ingat lah). Pagi tu, dalam pukul 4 pagi tak silap, kami semua pergi ke SJMC, nenek dah tenat dan terus di masukkan ke unit ICU. Time tu ku macam tak faham sangat bijik butir & nampak macam biasa sebab nenek memang keluar masuk hospital dalam 1 tahun sebelum tu. Tak lama lepas tu ku balik sebab nak pegi sekolah pagi tu, tapi lepas balik dari sekolah, ayah beritahu yang nenek dah pergi buat selamanya. (HHmmmmm bergenang air mata masa menaip ni).

Ok lah...hari tu janji nak upload gambar Feesa sembahyang berjemaah kan..ala..lupa lah..plus kat rumah memang takde masanya nak buat semua ni. Plus si Umar Zidan batuk, selamat now dah ok tapi nafasnya berbunyi.

Next entry, sure ada gambar . Tapi sat, saje nak tepek gambar ni buat cuci mata.

Thursday, September 3, 2009

MinGGu Ini !!

Hai..hai..hai..
Hujung minggu ni tak tau lah dapat pi makan kat warong penyet lagi ker tak? Itu Inche Am sudah bising sebab anak hero dia batuk batuk sejak Hari Merdeka. Hari Selasa dah bawak pi klinik, doktor kasi Umar Zidan ubat kahak, demam & selesema. Mujur cuma batuk sahaja, tapi malam tadi agak panas sikit badannya, tapi sekejap je. Fuuuhh!! lega!
Am kata.."ni sebab kita keluar lah, mama dia sibuk nak makan kat kedai penyet"
Hamboi..sesuka hati jer pointing finger kat haku..dia yang lebih2 hari tu..macam lah haku ni dah nyanyuk benor untuk melupakan hasrat dia yang teringin sangat! Takpe yer abang...I tak hate you pun! Kesian anak Hero kita.

* Ala..baru ingat nak upload gambor Umar pi klinik..camera pulak tertinggal..sebab malam tadi snap gambar Feesa berjemaah Maghrib ngan papanya*

Haaa..kisah tu jugak sangat menarik untuk di kongsi..tapi kalau takde gambar tak best..tak real gitu.
Tunggu yer.!!

Monday, August 31, 2009

WaRoeNg PeNyEt !!

waaaaa...
semalam akhirnya kami memecahkan matlamat nak duduk di rumah tanpa pergi ke tempat awam dengan berbuka puasa di Waroeng Penyet, The Curve.
Cadang memang nak berbuka puasa jer sesambil cuci mata kat BO & FOS, kalau ada baju yang Che Am kenan bolehlah rembat. Tapi itu suami haku agak cerewet jugak dengan baju pilihannya yang setahun sekali jer baru beli. So, tak membeli apalah.

Sampai sana pukul 6.40ptg, jalan jalan masuk BO.Wow!! banyak jugak baju yang cecantik & comel & mahal2 kat sana. Oleh kerana memang dah tetapkan matlamat tidak akan membeli lagi baju kekanak riang berdua ni, maka ku buat mata kelip kelip je lah (supaya antara nampak dengan tak).

Keluar BO, jam dah 7.20mlm..haaa, nak berbuka dah ni, so kami belilah air sahaja untuk berbuka tu, sebab dah tau confirm kat kedai makan tu semua dah penuh. Lepas tu berangkat lah jugak ke Waroeng Penyet tu...fuuuhhhh! manusianya ramai yang amat, lepak kat Baby's Room sebelah Mothercare tu sambil menyusukan si Umar. Akihrnya kami dapat tempat duduk dalam pukul 8.35 lah jugak. Perut dah start melapar time tu.

Makan malam tadi ialah, Ikan bakar, ayam bakar & nasi 3 pinggan. Sekali..ini family kebuluran dari Rwanda order lagi nasik 2 pinggan & keli penyet. Fuuhhh! Sedap sungguh ikan bakar & ayam bakar & keli penyet tu. Teringat2 sampai hari ni. Nak lagi lah. Confirm next week ku ke sana lagi. Kalau kat sana mesti jumpa artis, dulu jumpa JEhan Miskin, semalam jumpa budak AF la pulak, si Zizie & Qhaud.Yang lain mungkin ada kot, tapi haku tak kenal.

Akhirnya malam tadi sampai umah nak pukul 11. Sahur makan nasik dengan ikan goreng cicah kuah asam je. Pun sodap jugak!

Saturday, August 29, 2009

ShOppInG RaYa!!

haloooo....

haaa..part ni mesti ramai yang suka dengar!
tapi ku masih not on the mood untuk shopping raya..walau takde benda lah sangat nak beli kecuali kasut Feesa & baju Am..tapi still kena beli jugak.
Kasut Feesa wajibun kena beli sedetik dah nak raya..kalau tak asiklah di pakai kulu kilir, silap hari bulan nak pakai pi sekolah pulak nanti.Bebudak..bukan boleh harap..kalau kita dulu sayang, tengok hari hari..budak sekarang..suka kasut baru terus lenjan!Huh!!

Baju Am pulak..pun kenalah beli, sian laki den..beli baju setahun sekali jer. Tapi iyelah, baju yang beli setahun sekali tu pun kalau di himpun2 banyaklah jugak, semua masih cantik & elok. Sebab setiap kali raya memang akan beli baju dia yang mahal sikit, supaya nampak cantik sepanjang tahun. Waaaa....bajet cam kedekut jer kan...tapi itu lah hakikatnya..si Am pun ..kalau nak membeli setahun sekali ni...huuiii..demand branded jer ngko!!
Brand pasaraya ni tak nak dia..kalau tak masuk kodai London baik tak payah beli.akekekeke!!
I tak kisah bang..you punya baju..you punya duit..kenkadang duit i jugak!huhuhuhu!! Tapi memang confirmed sehelai je lah..haaa..padan muka.demanding sangat!
Macam tahun lepas, beli kat M&S..cariklah yang paling murah pada haku nih..haaa...hambik lah yer sehelai t-shirt aje 150++. Okey..sebab sehelai je..i redha!

Tahun ni tak membeli lagi sebab ku bawak pi Metrojaya, Jaya Jusco, so nan ado lah yang dia berkenan.Kalau haku, RENOMA tu pun cantik sangat, ada satu helai baju dia ku belikan, dia sarung jugak.

HHmmm...tak kisah lah kan..raya pun setahun sekali..asal semua ikut kemampuan kita..harap hari raya kita diberkati.Amalan kita dihitung sepanjang Ramadhan ni..kumpul2 buat bekalan hari kemudian.
Aku jer tak beli tudung lagi ni..
kasut tak payah..ada dah..tahun ni ..ahkak tinggi in advance 3 inci pakai wedges from Clarks...

daaaa...

Friday, August 28, 2009

KeNaNgAn RaMaDhAn II !!

hahahahaha.....
masih banyak kenangan Ramadhan yang selalu ajer bermain di benak hati tiap kali menjelangnya setiap tahun.
Antaranya....
dulu di kampung, arwah nenek ada sebuah kedai runcit. Jarak kedai dengan rumah nenek adalah dalam 100 meter gitu, satu malam ku memang ada kat kedai tu, tapi lepas tu sibuk nak balik cepat. Tak ingatlah pulak ku datang dengan siapa, tapi yang ku ingat sebab ku balik ke rumah jalan kaki sendirian malam malam.
Tau tau je lah, jalan kat kampung, malam2 kan gulap gulita, tatot ahkak! Tapi ahkak berani lah benornya..sebab malam tu ahkak balik jugak ke rumah nenek sendirian berjalan kaki bertemankan bunga api. Ku bakar bunga api tu satu satu ..jangan sampai terputus bekal pulak sambil berjalan laju.Akhirnya sampai jugak ke rumah..heran gila...macam mana ku boleh begitu berani, rasanya masa tu baru berumur 9 tahun.
Kalau sekarang pun...tak berani rasanya!
Tapi sekarang, nenek pun dah arwah, rumah kampung pun takde siap yang huni, mak dengar cerita...kat kampung tu dah jadi lubuk toyol..kot lah balik raya ni dapat jumpa...haku tangkap gambor dia masuk sini.baru glamer!!

GaMbAr 2 BeRaDiK!!






haaa....ini lah muka terbaru Feesa & Zidan, kat rumah lembap giler kalau nak upload. Lain kali tepek lagi.

Thursday, August 27, 2009

KeNaNgAn RaMaDhAn !!

Assalamualaikum...
Setiap kali Ramadhan...terkenang kisah "Rumah Kedai" yang suatu ketika dulu ku nanti nantikan depan kaca TV setiap petang. Dengar intro muziknya saje dah buatkan ku ingat pada bulan Ramadhan, lama dah cerita tu takde..a few actornya pun dah ada yang pergi menyahut seruan Illahi.Zaman tu ku masih kanak kanak lagi..sekolah rendah lagilah kot..iye lah..sekitar late 80's to early 90's kan time tu.

Kenangan Ramadhan waktu kanak kanak paling seronok ku rasa, bukan seronok sebab puasa, tapi seronok time berbuka & time selepas berbuka. Antara 3 orang adik beradik..ku ni ala ala yang paling kuat berjalan kulu kilir lah kiranya, sebab ramai kawan, tak tau lah sebab disukai atau apa (perasan) tapi memang ku ramai sangat kawan. I jenis yang tak memilih taww...!!
Masa bebudak dulu..ku ni ala ala tomboy la sikit..lasak ya amat, sebab tu jangan pening kalau Feesa pun lasak tahap kritikal.

Lepas aje waktu berbuka..haaaa., inilah masa yang di tunggu tunggu, berpeleseran ke rumah kawan kawan atau jiran tetangga...main bunga api, pasang lampu pelita & end up paling teruk bila bunga api dah habis ialah.......bakar surat khabar! hiiisshh!! Nakal tak hengngat!!

Kawan baik masa kecik sampai sekarang ialah INA...now dia dah berkeluarga & menetap di Langkawi. Miss u so much dear!! Tapi sayang, kawan baikku ini buta tuli IT, puas haku mujuknye register broad band...tak masuk2 jugak! Busy kaedahnya sejak jadi tokey kantin. Kawan sorang ni memang happening giler, until now..maybe a bit slow dengan 4 orang anaknya.Ekspress rakyat kau...hat ni tak kongsi pulak kita yer!! Kuang..kuang..kuang..dialah kawan bermain ku sejak kecik lagi..sejak umur 5 tahun okey!

Lepas aje makan berbuka..kalau ku tak pergi rumah Ina, dia akan datang rumah ku & main sama sama....seingat haku lah..kami tak pernah bergaduh...
Paling nakal sekali..bila kami pergi sembahyang terawikh..tapi lepas tu pergi merayau atau lepaks ngan kawan kawan.
Tapi seingat ku jugak..mak jarang marah sebab selalu time puasa jer ku keluar waktu malam, memang time tu bebudak sebaya ku ramai giler...satu lorong rumah tu kiranya adalah kot 10-20 orang budak lebih kurang baya, la ni...mana ada dah..yang sebaya tu pun dah sebaya haku lah jugak jawabnya!! nak 30 beb!!

Okey lah..ada lagi kenangan Ramadhan yang teringat di kepala ni, nanti ada masa kita create lagi.

Tuesday, August 25, 2009

UmAr dAh 5 BuLaN!!

semalam

25hb genap umur Umar Zidan 5 bulan..korang..apa yang ku ingat tentang tarikh lahir Umar ni ialah....hari GAJI!


masa nak lahirkan dia dulu..selalu cakap dalam hati..harap2 anak ni murah rezeki sebab lahir hari gaji..wakakakaka! InsyaAllah.




Akal dia la ni...pandai dah pegang kaki sendiri, angkat kaki tinggi tinggi & kenkadang melalak sakit hati sebab kena letak kat rocker, haipp! asik nak berdokong jer. Sahur pagi tadi pun dia bangun, sibuk jer.Kikkikiki!


Selain daripada tu....kebolehan meniarap & terlentang semakin expert, tangan jugak dah mula nak mencapai2 atau menggapai sesuatu, habis spec ku ni cekaunya.




Saturday, August 22, 2009

1st DaY RaMaDhAn !!

Assalamualaikum..
hari ini, 22/8/2009 bersamaan hari Sabtu merupakan hari pertama Ramadhan untuk tahun ini.
Oleh itu, malam tadi selepas sembahyang Isya' telah berlansung solat sunat Terawikh untuk malam yang pertama.Ruginya saya tak dapat berjemaah bersama dengan yang lain memandangkan saya terpaksa berada di rumah bersama anak yang masih kecil.
Tapi saya masih boleh membuat amalan sunat ini, itu pun lepas Am balik dari surau, maka tugas menjaga anak diserahkan sementara kepadanya.
Tapi sejak semalam, saya rasa tak berapa sihat, seperti nak kena lelah...oh..penyakit lama ini kadangkala datang jugak!
Makanya sampai pagi ini saya masih rasa tak berapa sihat..lenguh2 di badan..sakit kepala tapi tak demam & rasa nak lelah tu masih ada.
Pagi tadi kami bersahur pukul 4.30 pagi..memandangkan Am akan ke tempat kerja pada pukul 5 pagi, just masak sambal sardin & telur dadar + teh markisa & sedikit buah kurma.
Alhamdulillah.
hhhmmmm......petang ni plan nak masak apa yer untuk berbuka???
Macam nak masak mee kari..tapi kalau still tak sihat..malas lah!!

Friday, August 21, 2009

PaGi RaYa Di JlN TaR !!

hahahahahaha...
hari ni nak buat pengakuan benar...
kalau you all nak tau..last year Hari Raya, ku berada di Jalan Tuanku Abd Rahman sampai pukul 4 pagi. Gila tak gila...memang haku pun kelakar & menyesal giler..ntah haper yang ku buat kat sana sampai pagi raya sesubuh sapi'e...
kakakakaka...paling kesian...dengan mak haku sekali ku hangkut..
Ceritanya gini...
2 malam sebelum hari raya...ku pergi Jalan TAR dengan Am & Feesa..ini agenda si Am lah yang sibuk norr nak ngikut kawannya....apa lagi..jalan je lah...suka suka...happy happy..malam tu balik pukul 1 pagi.
Next night..malam raya ni..nak pegi lagi..kali ni ajak mak pulak..sian mak dok umah sensorang...
sekali pi sana sampai aje pukul 11 malam..parking pulak..haaa..hambik ko..kat belakang Medan MAra nun..
jalan kaki..cuci cuci mata...benornya...sepupuku..MIL nya ada kedai kat sana..so kami melepak kat kedai dia je..tak kemana pun..dok lepak2 tengok ragam orang..
tapi malam tu hujan. Masa tu jam dah melangkau pukul 1 pagi..hujan masih tak berhenti..orang masih ramai, kami pun hajatnya nak balik..tapi sebab parking jauh..nak tunggu lah hujan reda...
akhirnya.kami balik pukul 3.45 pagi gitu...
hambik ko..sampai umah pukul 4 lebih kot..jalan senyap sunyi sepi..
orang sedang lena tidur nak menyambut raya pagi tu...
kami ni buat kerja gile!!
TOBAT NASOHA lah haku weh!!!!
jangan di buat buat ....itu lah kenangan yang tak dapat ku lupakan!

Thursday, August 20, 2009

SaLaM RaMaDhAn KaReeM !!

Alhamdulillah...
akhirnya..InsyaAllah..dapat jugak kita menyambut Ramadhan tahun ini yang bakal menjelma pada hari Sabtu ini.
Di kesempatan ini, ingin saya pohonkan seribu keampunan daripada kawan kawan yang saya kenali, saudara mara (yang mungkin membaca) atau pembaca blog ini (jikalah ada)..jika ada salah laku bahasa atau keriakkan yang melampau batas. Harap dapat di ampunkan, agar bisa saya menjalani ibadah ini dengan penuh ketaqwaan, semoga di berkati dan dapat memahami erti sebenarnya Ramadhan!
Amin!!
Selamat Berpuasa Semua!!
* Terkenang arwah nenek yang meninggal pada bulan Ramadhan 1997, semoga rohnya di cucuri RahmatNya*

Monday, August 17, 2009

BNIB Clarks foR GiRL!!


RM85 + postage (can nego for serious buyer).
Size : 10 and a half F @ 28.5
hhmmm...i want to let go this new BNIB Clarks with very low price. huhuhuhu..so sad sebab Feesa tak muat..betul betul rugi sebab dah beli dengan harga yang murah.Hmmmm..agaknya si Feesa ni dah guna saiz 13 kot.!


so..my lost is yours again!!

Sunday, August 16, 2009

CeRiTa HuJuNG MinGGu !!

hai....
hujung minggu kali ini (Sabtu & Ahad), saya mengambil peluang untuk duduk berehat dan melayan keluarga serta mengemas rumah yang dah lama tak di gilap!
Ok..hari Sabtu...saya buat breakfast burger ayam, lunch dengan nasi berlauk tomyam seafood & dinner dengan mee hailam. Lama dah rasanya tak menyediakan makanan untuk seisi keluarga. Paling paling setiap hari cuma dapat masakkan dinner jer for family. Kadang kadang pun tak sempat..balik kerja sampai rumah dah lambat, end up malas dan beli saje makanan siap di kedai! Sedih tu!!
So..sebab hari ni tak kemana mana jugak..(mungkin petang baru memulakan langkah)..saya sediakan sandwich telur untuk breakfast & home cook nasi ayam for lunch. Untuk dinner???? takde agenda lagi!
Ok lah...ayam yang digereng kat dalam kuali dah mengeluarkan baunya..nak tengok dulu..hangus pulak tak syiokk la.!
Daaaa..

Friday, August 14, 2009

WhAt a BuSy DaY !!

uuwwaaaa....
hari ni tak sangka pulak busy bebenor..
tetiba terpaksa tolong boss yang nak buat preparation wedding anak dia pada 7 Syawal nanti. Kenalah menaip agenda & print sampul kad jemputan. Banyak pulak tu & still banyak ...duh!!
Tapi sian jugak kat dia..ibu tunggal yang cekal..terpaksa harungi sendiri hidup dengan 6 orang anak (tapi now dah besar gajah semuanya)
Ok...sebenarnya saya dah siap dengan agenda sendiri..nak ke Carrefour pukul 12 tgh hari untuk beli groceries. Tapi terpaksa tunda sebab nak selesaikan urusan tadi. Makanya saya keluar office awal...pukul 4 lagi dah keluar & terus ke Carrefour.
Then...beli , beli ..itu dan ini, pukul 5.45ptg dah nak chow..kenalah sorong trolley naik escalator sebab parking kereta kat atas kan...tetiba saya di sapa oleh seortang promoter jual induction cooker & other electric appliances. Dia cakap nak bagi recycle bag jer..so, saya kata ok lah..lepas tu nak suruh isi borang survey pulak..saya tak ambik, tapi suruh dia isi kan, sebab saya cakap saya nak cepat!
Lepas tu lagi..dalam kotak recycle bag tu..ada pulak kupon..sekalai saya pun bukak lah..kenkonon dapat voucher RM50..then kata dalam dapat hadiah..sekali tengok hadiah apa yang ku memang..1 induction cooker yang depa jual harga RM3980 & 1 water vacuum cleaner harga RM2680 kot..total hadiah RM5k++.Kenkonon depa ni terkejut badakz sumbu + siput vavi lah kan (saya dah geram nih)..siap telefon office bagai sebab terkejut dengan hadiah yang saya menang tu, siap nak suruh tangkap gambar masuk magazine..(hei..kepala hotak dia).Mula mula orang office buat2 terkejut..lepas tu boleh dia kata hadiah ni hanya di beri sebanyak 30 orang jer, hampeh double triple hampeh tul!
Seperti biasa..mestilah kena beli barang depa yang mahal nak mampus tahap dewa Siti Nurhaliza nyer umah jer guna..baru boleh bawak balik hadiah dalam kupon tu.
Barang2nya ialah...
induction cooker RM3k ++
steam oven RM3k++
water filter nak RM3k
Set periuk RM2k++ (ada set senduk sekali, ingatkan dia jual tu..saya katalah nak beli set senduk tu boleh??..dah tentu tak dapek kak oii!!)
& Vacuum cleaner RM2k++
Lepas tu datang lagi seorang...saper ntah..mati mati suruh saya beli..sebab katanya rugi kalau tak ambik...
sudah lah..korang ingat aku pegi Carrefour bawak duit juta juta ker..
belanja kat Carrefour cuma 87 hengget nak beli barang korang beribu riban..
Saya pun cakap takpe lah..saya mintak tangguh pun depa tak kasi, boleh2 nak sekarang jugak. Saya dah habiskan masa dengan haprak2 tu jer nak 20 minit..so, saya cakap saya nak balik lah..saya tak perlukan brg2 ni...
korang nak tau..apa action depa...????
Sekor pun tak cakap apa2 kat saya..semua buat tak nampak jer! Vavi hutan betul.....memang saya mencarut dalam hati sebab geram giler!!
Akhirnya sampai umah pukul 6.401
huh!!

Tuesday, August 11, 2009

KaSuT NaK LeT Go!!

Hah!

Kali ni nak let go kasut kasut ku yang tak berpakai..masa beli konon konon ku ni jenis nak melaram la..sekali bila dah beli..nak pakai pun kena paksa baru sarung! Lemah betul lah ku ni bab bab nak berhias ..asal senang jer ku sauk...la ni cuma sarung sandal BATA jer yang harga RM29. Yang beli beratus ratus regenya..pakai tak sampai 10 kali...5 kali kot.

Beli lah weh..kalau muat (ayat merayu)

kekekekeke! desperate betul!!

ku nak beli selipar BATA bebanyak lepas ni!

Original Crocs (tak ingat nama style)
Size : W7
RM70 include post




Clarks Original
Trek Mary Jane - Macara Suede
Size : UK4 @ 37
RM70 include post






Hush Puppies Wedges
Size : 5
RM50 include post




Adidas Supercup 2
Size : 7UK @ 24
RM35 include post







Monday, August 10, 2009

DaH BaLiK ShAH aLaM !!

hahahha!
hari ni saya dah balik dari kampung halaman suami saya di Negeri Sembilan, seperti biasa, setiap kali balik ke kampung..ibu mertua saya akan hidangkan lauk kegemaran kami semua (semua..termasuk saya yer) masak lemak cili api. Tapi kali ni special sikit..bersama maman! Sejenis tumbuhan yang tak saya kenali fizikal dan asal usulnya..yang saya tau bila di makan sedap sekali!
Walaupun dah 6 tahun saya menjadi menantu hantu ibu mertua...sekali pun saya tak belajar daripada beliau cara cara nak masak lauk kegemaran suami saya ni..sungguh malas kaedahnya saya ini! Keji..keji!!
Kalau nampak daun maman di pasar pun.saya agak saya memang tak kenal!
Ntah...tunggu lah saya berubah yer..berubah hati menjadi rajin di rumah ibu mertua. Saya sangatlah tak rajin di rumahnya..sebab beliau sangat rajin..maka saya menjadi malas!! Keji..Keji!!
Ohhh...lepas ni kami akan pulang lagi untuk berhari raya di sana..at least saya rajin mencuci pinggan mangkuk yang berlonggok pun kiranya saya dah berhijrah lah kan..atau lebih lagi ker?? Macam menyapu halaman rumah..atau..mencuci bilik air ker! Ntah!!

Friday, August 7, 2009

HaaaH!!

Puas hati dapat tukar lay out baru...
weh..patutnya kena kemas rumah..ni ku pegi kemas umah blog pulak!
Hampeh tull!
Dah la dulu..nanti buat balik kalau ada masa!

Thursday, August 6, 2009

EnTry Yg Ke-200 !!

yeayyy!!
ini entry ku untuk yang ke-200, walau takde mende nak cerita sangat..
just nak bagitau, yang esok akan pulang ke kampung halaman Am kat Palong, Negeri Sembilan. Makanya bergulai lomak lah den ni hari hari!
Hmmmm...
malam tadi, anakku Feesa..sangatlah sayang kot kat mak dia ni..
boleh pulak dia kata "papa, jangan buat mama, nanti Picha hentak papa ngan game Picha ni".
hamboi..kami laki bini pun dok bantai gelak..tapi lepas tu dia kena marah..sebab bahasanya sangat kasar!
Manalah ko kutip nak oooii???

Tuesday, August 4, 2009

ZiDaN TaKe TuRn !!

haaa..ini budak tecit nak mencelah..
Haaa...kan saya dah cakap..dia memang suka hisap jari!

Sunday, August 2, 2009

OuR 6th AnnIVerSary!!

hi...
today is the date of our nikah anniversary!
waaa..ada ker gitu..iye lah, sebab kami nikah 2hb & sanding pada 31hb.
hahahaha..
hari ni , hari kami di mulakan dengan bermalas malasan di rumah (as usual), kemas kemas rumah & kemudiannya keluar rumah setelah kebosanan!
Hari ni kami ke Sunway Pyramid...ohh, jarang sangat ke sini sebab...ntah sebab apa, tapi dulu masa bercintan cintun selalu gak ke sini! Sampai ada kes merajuk then kena tinggal balik sendiri naik bas. Haku lah tu..ngades!
Cadang datang ke sini ialah untuk makan makan special la konon.Tapi bila sampai sana (dah nak pukul 1 kot)..perut ni punyalah lapar..nak mencari kedai yang di hajati pun tak tau, banyak sangat pilihannya.
Mula mula teringin nak makan kat Japanese Restaurant..lepas tu ngade ngade tak nak pulak (haku lah tu),,nampak pulak Tony Romas sebelah Sushi King tu..so, kaki ni macam nak masuk sanan jer..sebelum ku menyesal, baik ku masuk jer.
wakakakaka..
malas haku nak masuk gambar, gambar makanan je kan, nanti korang jeles sampai terliur..kekekeke!
Am order Salmon apa ntah...sedap, ku order chicken mojito (iye lah kot),
Feesa dengan fish & chip nya!
hhmmm..cerita celebration jer yang lebih.
Yang pentingnya..ku harap semoga ikatan perkahwinan kami semakin semarak & intim serta lebih berseri dengan kehadiran anak anak, moga juga Allah lindungi keluarga kami dari segala kejahatan syaitan dan merahmati kami dengan barkah nya! Amin

DuRiAn & PuReeN !!

OK.....

semalam lepas balik dari birthday party Mia, kami pun of course la kebosanan kan kalau terus je balik rumah. Mula mula cadang nak ke Pureen Warehouse sale, so..kami menuju ke PJ area! Ohhh...tetiba teringat pulak pada keinginan yang satu ni..DURIAN! Teringat kat seorang kawan yang cakap durian kat sini best! Ia adalah berdekatan Balai Polis Sungai Way!..hhhhhmmm durian punya pasal, ku pusing pusing sampai jumpa. Takde lah nak makan banyak..tapi yang di citakan tu ialah buah durian yang isinya kuning dan tebal. Dalam hati cakap, dapat seulas pun jadik la, belilah yang harga RM6 sekilo tu, hambik ko..betul betul seulas jer yang macam ku idam kan tu.Haaa..makanya aku je lah sorang yang ngap! Kami beli 3 biji = 2kg, isinya cumalah 8-9 ulas. Tapi, kenyang giler & puas hati. So, takde lah nak teringin lagi dalam tempoh terdekat!



Lepas dah makan durian kat gerai tu, kami pun pergilah ke pureen tu, takde lah nak membeli sangat! Cuma yang penting penting je, macam detergent & baby wipes jugak bedak corn startch itu! Yang lain lain tu..barang tak penting yang wajib aku beli! Camno tuh??





Saturday, August 1, 2009

PrOgRaM HaRi iNi !!

Hai..

hari saya pada pada hari ini dimulakan dengan..bermalas malasan di rumah sehingga pukul 11.30 pagi.

Kami menuju ke Subang Parade untuk menghadiri party harijadi si Cheeky Mia @ Mcdonald. Sampai la tepat2 pukul 12..tapi nak ke MPH dulu mencari hadiah untuk birthday girl.

Ahkak tak banyak snap pic yer sebab dok pegang hero Malaya yang kenit ni.Selamat angin dia sangatlah baik..sampai tertidur tidur..walla..senang
hati ahkak nak melantak kek & burger!!

Popular Posts