Wednesday, April 30, 2014

KLIA2 Open Day

Hari Ahad lepas, mak kerja...kat kedai boss mak di KLIA2
hari Ahad tu...maka kerja setengah hari lepas tu mak import anak2 masuk terminal..automatic waktu kerja tamat.hehehehe..nasib!
For the whole week I had been quite very busy, ada yang balik sampai rumah 11 malam...aku rasa mak orang lain ada ker yang macam aku ni ha?? Aku ni keje opis jer tau...kerani je pulak tu...sabor aje lahh.









Ramai gak orang yang datang, ada kot lebih 10 ribu...tapi sebab tempat tu memang besar giler, takde lah crowded sangat, lagi pulak bahagian Gateaway tu shopping mall, harga aku tak pasti lagi mahal atau sama je sebab tak banyak kedai yang beroperasi lagi masa tu. Vincci ada kalau korang jalan2 sangat selipar putus pulak tetiba, kot lah terkurang bawak baju jalan sebelum berlepas boleh lah shopping kat FOS pulak, lepas tu kalau la nak masak2 kat rumah lepas mendarat boleh beli groceries kat Jaya Grocer, nak minum kopi pegi ajer Satarbucks, nak makan donut pegi Dunkin Donat, nak makan roti boleh pegi The Loaf,
senang cakap semua ada...mak ayah jer yang tak ada...hehe.

Layan gambar eekk...
nak berangkat lagi ke sana..till then.

Monday, April 28, 2014

Makan-makan @ Aroma Ikan Bakar Jeram

Lama dah tak pegi makan kat sini...last sekali kalau aku tak salah...bulan 5 tahun lepas, sebelum Encik Am pegi kursus 2 bulan masa tu.
Haaaaa....lama gitu, bila aku baca posting yang lepas2..lebih kurang setahun 2 kali la aku gi makan kat sini, dan 2 minggu lepas itu ialah yang pertama kali untuk tahun ni.
Last year aku pegi, makanan tak berapa sedap...serius aku cam maleh dah nak pegi tapi kali ni...dah tukar tukang masak agaknya..kali ini memang superb!



Aku order 3 jenis masakan jer, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung ngan pari bakar.
Ikan siakap tu kan, dia orang goreng dulu dgn tepung, rangup krup krap krup krap aku makan...kehkehkeh.Meleleh la pulak.


Nak makan pun tak senang..budak kecik2 asik nak duduk tepi pantai, air pulak tgh start nak naik.
Kat sini ada jenis tempat makan yang macam rumah2 buluh tu tau, tapi kene bayor yer, yang dekat pantai RM20 yang belah dalam sikit RM10. Tak kuasa aku nak duduk bersila sambil makan..tersepit perut aku..kehkehkeh!
Lain kali boleh la datang lagi...nak ajak mak ayah sekali, lama dah tak bawak dia orang jalan2.

Makan-makan @ Foodsbury, Seksyen 9 Shah Alam


Tempat makan baru yang bessstttt
aku suka dessert dia...terutama sekali Hazelnut crepe > aku tak pasti nama dia tapi confirmed sedapppp!!!
Cafe ni kat bangunan kedai belakang shell sekyen 9 Shah Alam, korang boleh add kat instagram mereka tgk apa lagi makanan yang mereka ada kat sana.



ini brownie apa ntah..aku makan ni masa 1st time visit, lama dah.sedaaaappp jugak.aku kan hantu kek, haruslah aku pilih yg sedap2 je.


 Haaaaa...inilah mille crepe almond salted caramel...sedapppp sepotong RM12 tak silap, sesekali boleh..3-4 kali rosak gigi nanti.heheh.




Baru-baru  ni, pegi lagikkkk....makan dgn BFF aku..dia tu nak kena makan nasik jer ntah pesen tekak mintak nasik selamat ada gak serve nasik kat sini walau cuma 1-2 menu jer. Aku pulak nak order spaghetti sekali takde pulak...so makan ini je la Chillies cheese fries.

Hujung minggu ni nak santap crepe lagi..lepas tu excercise jalan kaki 5 kilometer...phhuuuiiihhh!!



Masjid Sultan Salahuddin ....

Last week, aku keluar dah dekat nak maghrib, so sebelum meneruskan perjalanan baik singgah solat dulu kat masjid, lama dah tak singgah masjid negeri ni, orang Shah Alam biasa akan panggil masjid ni masjid negeri. Suasana malam tu dingin sangat, berangin sejuk...wwwooooo lama dah tak rasa angin sejuk.

Budak kecik ni sibuk nak ikut masuk masjid solat ngan papa & Umar, aku tak kasik sebab dia pakai seluar pendek plus kalau dia masuk memang tak solat jadiknya. So kena rotate la jaga dak kecik ni...melalak lalak nak ikut, nanti lepas ni boleh dah bawak dia kot, harap dia tak ler buat bising sangat, hehe.






Suka sangat aku spot gambar masjid waktu malam ni...perasaan pun rasa tenang dan asyyiikk jer.Umar ajak pegi lagi..Insya Allah kita pegi lagi nanti.

Wednesday, April 23, 2014

Jawatan Kosong - KLIA2

Company aku keje nak cari ramai staff untuk bekerja di KLIA2 secepat mungkin. Dah ada staff tapi masih tak cukup sebab kat sana akan bukak 24hrs.
Kalau tak aku kena keje siang hari kat sana..pengsan.

Jawatan yang di tawarkan :
Jurujual
Pembantu Ahli Farmasi
Ahli Farmasi (Locum)
Pembantu Klinik
Nurse

boleh email ke : hq.menara@yahoo.com atau jobs@mylife.com.my

Wednesday, April 16, 2014

Aku Tak Patut Sesibuk Ini ...

Bila baca blog orang bawak anak sana sini,
masak itu ini untuk anak-anak
short vacay di mana-mana...
aku macam terlihat aku tersangat kurang melayan anak-anak lately...jeles sesangat
aku balik kerja paling cepat 7 malam sampai rumah...
ada sampai 1030 malam buat aku rasa sesuatu sangat...
Sejak takde air lagilah jarang aku dapat masak..seminggu ni aku cuma masak hari Ahad jer,
bila anak-anak makan masakan aku macam aku tak pernah masak...sedap-sedap katanya memuji...alahai anak...sedeh mak nak.

Tatkala sedang berada dalam situasi terbaik dalam kerjaya kita terpaksa mengorbankan sesuatu di sisi lain kita...ini ker yang aku mahu?? Untuk sementara... InsyaAllah anak-anak ...


My precious and love 

Tuesday, April 8, 2014

Product Review - Sunblock Heliocare SPF50


Kali ni nak beri review untuk produk Heliocare, a sun protection product based on Fernblock. Apa itu fernblock? Nak terang macam tak pandai tapi korang boleh baca kat sini HELIOCARE.

Doktor cakap, kita ni kakak-kakak cantik manis kena pakai sunblock setiap kali keluar rumah dan jugak ketika dalam rumah kalau tengah nak masak-masak hebat > banyak2 (sebab terdedah panas)
Tapi kalau tak masak hebat2 atau lama2 kat dapur tu tak pe lah kot, ko pakai topeng pun takde siapa kesah! hihi.

Aku pakai product ni sejak 3-4 bulan yang lepas, tepek2 kat muka macam pakai foundation tapi nipis jer yer. Teksturnya seperti compact krim walau nampak macam compact powder, cara nak tepek biar minimum ialah dengan tidak menggunakan span yang di sediakan tu, kalau ko pakai dengan span tu..haruslah habis tengah bulan depan.Nak beli lagi mau pikir 8 juta kali sebab mahal...kalau aku kata mahal korang kene percaya sebab aku walau dah biasa beli benda mahal tapi bila benda kecik toet ni harga RM160 aku dah rasa cam nak main kutu jer...dapat duit kutu baru boleh beli..hehe!



Kenapa kita kena pakai sunblock? Sebab bila kulit kita terdedah cahaya matahari, lagi2 musim panas kering sebelum2 ni..haruslah muka kering dan sel2 kulit muka bahagian paling luar burn maka kedut la dengan cepat, aku dah la baru buat Co2, sia2 jer nanti kesakitan 3-4 hari yang aku lalui tu kalau tak jaga selepas buat treatment tu kan.

Tau tak...sebab pakai sunblock ni jugak..terpelihara la warna kulit sedikit cerah yang aku dapat hasil Co2 treatment itu hari, kalau tak mesti jadik kulit asal semula, maklum walau bekerja dalam pejabat, tapi tiap kali nak pegi makan aku kena keluar jugak.

Beli kat mana? Kat farmasi aku kerja ada jual tapi cuma kat Cawangan Tesco Shah Alam dan kat Radiant Clinique semestinya.

Kalau tak nak beli brand ini pun tak pe, yang penting kita semua kena pakai sunblock SPF50 paling sikit, kalau kurang ianya tak begitu protect kulit muka kita, ini apa yang aku belajar..doktor yang ajar.aku ikut jer mana yang baik..dan haruslah di kongsi bersama. 

Apa aku buat ?

Assalamualaikum...
lama tak menulis, sedikit sibuk di opis buat aku malas nak serabut otak mikir nak temberang apa kat sini.

Tadi kelebet-kelebet resipi kat internet...
lama sungguh tak masak yang bukan-bukan kat rumah tu (hehe)..setakat ikan cencaru goreng 2 ekor malam tadi tak payah ler nak masuk resepi kat belog kan..mau kena sumpah seranah 4 keturunan aku pulak nanti.haha!
Resepi yang aku kelebet2 tu tadi telah menemukan aku dengan agar-agar santan gula merah...vavava manyak syiiioookk wwoooo..lagi pulak aku baru terbeli santan M&S kotak kecik tu harganya cuma RM1.90 je, eehhh murah ker? Murah la kot aku ambik 2 kotak sekali, okey dan sekarang aku tak ingat aku simpan kat mana?
Nanti malam kalau rajin .... kalau yer bukan pasti ... aku nak ler buat agar-agar ni, tapi nampak gaya cam tak mungkin terjadi sebab petang ni ada meeting, harus pulang ke sarang lewat dan letih lesu sentap dan terus tido.
Hahahaha...sengal aku ni memang gini, kalau penat mood ke lautan api gamaknya...tapi jarang la...malam tadi je kot sebab anak2 syorga aku asik terjerit2 satu sama lain, mereka fefeling kat hutan agaknya...nasiblah!

Apa lagi mau coret, sehingga ketemu dicoretan seterusnya, adakah aku akan mengisi blog dengan hasil masakan atau hasil mengorder di kedai makan sahaja?..tunggu...



Popular Posts