Friday, March 28, 2014

Umar pun pandai selfie ...adoi la.



Semenjak kebelakangan ni dia dah pandai sangat buat video selfie sendiri..
bila aku selak gallery henpon, hambek kau...bersusun video selfie anak bujang ngan anak dara aku.
gelak sorang2 mak di buatnya...kenangan ni, sekejap jer masa berlalu, anak2 dah meningkat usia, dah pandai bawak diri dan semakin ingin berdikari, maksudnya sikit lagi mereka dah tak pedulikan kita lagi. Banyak lagi agenda dia nak buat, tuisyen la, sekolah la, main lah, jumpa kawan lah...

enjoy la yer dengar Umar menyanyi.hehe

Tuesday, March 18, 2014

Reverse Eskayvie - Product Riview

Salam...
Ada sesiapa dah pernah cuba Reverse daripada Eskayvie.
Aku dah cuba product ini buat pertama kalinya sejak awal bulan ini..
meh sini korang baca




Aku dah makan Reverse ni hampir 3 minggu...kesannya ..nak cakap menakjubkan macam overrated sangat tapi memang lebih dari yang di harapkan.
Actually aku tak de la harap apa-apa sangat, tapi sebab product ni ada jual kat farmasi aku keje ni maka haruslah menyokong barang2 jualan kompeni sendiri.
Tapi sungguh lah tak menyesal...mantop gitu!! hehehe cam gatal bunyiknya kan..nyampah aku!

Pasal tulisan Shatavari kat atas tu aku cam terkesima pulak membacanya = Wanita yang Mempunyai 100 Suami" gilo apo?? haduh..Power ker?? hahaha...jangan nak menggatal la..aku takkan la nak review pasal cerita queen bed aku kan...menjaga aib ye kita ni puan-puan semua.

Sesiapa belum pernah cuba, aku sarankan cuba....takkan rugi! Gerenti puas hati sebab memang akan nampak kesannya dalam masa 2 minggu...at least la walau mereka tulis 3 hari.

bab-bab menganjal tu memang terbukti, tapi bab-bab menegang otot perut tu aku cam tak nampak lagi..perut aku makin solid bulat lagi ada la..huhuhu malu la.


Deko Bilik Anak

Okey...
lama dah aku tak touch up mana-mana bahagian rumah sejak deko 2 tahun lepas,
kali ni aku nak kemaskan sikit bilik anak-anak
bagi dia orang seronok untuk tidor sendiri malam-malam.
Sabtu lepas aku dah kemaskan semua dalam bilik mereka...habuk,sawang,sampah, buku-buku lama jugak baju-baju sendat Feesa semua licin. Terima kasih kepada topeng kalis jerebu sebab bila aku kemas rumah berhabuk selalunya aku akan jatuh selesema lepas tu..sekarang dah pakai topeng maka kami semua selamat, eheh.

Tinggal satu lemari jer aku nak letak mana yer lepas ni...okeh...letak rumah mak la...buat simpan pakaian anak2 kat rumah mak...lemari tu kan ialah lemari laci dari aku umur 10 tahun..mak yang belikan buat aku simpan baju.Nostalgia sangat sebab masih boleh di gunakan.

Then ruang kosong tu aku nak letak ini. Dah decide pun perabot apa yang nak letak.



Haaaa...aku nak letak set Stuva ni.Combination nya seperti di atas tapi lemari sebelah kiri sekali tu aku tak nak.aku nak pasang wall shelf 2 ketul dah cukup.
Tunggulah bebila free aku masuk gambar...btw projek pun tak mula lagi.Mak busy la,a insyaAllah lepas projek KLIA2. Soon.

Friday, March 14, 2014

Selamat Hari Jumaat

Semoga hari Jumaat kali ini lebih banyak berkat dan rahmat dari Allah...
Insya Allah....

Malam tadi sebelum tidur aku mengulang baca buku Sirah Nabi Muhammad....
terasa rindu sekali..
malam tadi aku ada termimpi sesuatu tapi bila menjelang pagi ni aku tak berapa ingat..
nanti aku cuba fokus dan ingat kembali.

Ia adalah ayat peringatan dari seseorang, ayat itu di ulang 3 kali, waktu itu aku berada di antara dinding dan pintu yang terbuka.....

Masya Allah.........


nanti sambung lagi.

Thursday, March 13, 2014

Benjolan Kecil Di Belakang Leher ... Bahagian II

Kalau masih ingat dulu aku pernah cerita yang bahagian belakang leher aku ada seperti benjolan kecil seperti jelly atau apa yg aku tak pasti..tapi ia bergerak-gerak kalau di pegang.

Sebenarnya episod tu dah berlalu tapi sebab aku rasa ada orang yang mencari info tentang masalah yang lebih kurang aku mungkin, aku kongsikan kat sini apa yang telah aku jalani.

Aku pergi buat pemeriksaan lanjutan di Hospital Sungai Buluh, mula2 doktor cuma ambik sampel darah dan ukur kebesaran benjolan itu, masa pertama kali pegi tu benjolan memang agak besar..hampir 3cm!

Next appointment adalah lagi 6 minggu tak silap untuk keputusan ujian darah.
Keputusan ujian darah aku membuktikan tidak terdapat sel-sel kanser, semuanya nampak ok. Dan kemudian doktor mengukur saiz benjolan tersebut yang sudah mengecil sedikit dalam 1.5cm ke 1.7cm, tapi time tu doktor ambil sampel kat leher pulak.
Tau tak mcm mana dia ambik sempel tu?? Dia cucuk leher aku ngan jarum cam nak ambik darah tu sambil pusing2kan picagari tu...adoiiiii...gile sakit, berdenyut denyut leher aku 4-5 hari.

Berakhir episod tu dan tunggu lagi 4 minggu untuk reasultnya....
akhirnya result yang amat menggembiarkan..aku takde apa-apa penyakit tapi benjolan itu terjadi sebab jangkitan kuman..yang aku pun tak pasti dari mana? mungkin dari selesema atau batuk.


Wednesday, March 12, 2014

Hari Ke -5 ..... #MH370


Kisah ini bermula dan berakhir begini....

Manusia hidup bersama TEKNOLOGI ciptaannya yang maha hebat > boleh terbang di langit yang luas, pantas, besar dan mampu ke mana-mana > sistem itu dan ini yang mampu segala-galanya > kemudian ciptaan ini GHAIB tanpa boleh di kesan, hilang..full stop!> manusia menggerakkan lagi ciptaan canggih mereka yang sangat mustahil untuk tidak dapat menjejaki sang pesawat> kerana semua ini di bawa oleh teknologi yang di cipta manusia sendiri, tetapi HAMPA > Bermulalah episod mencari pertolongan sang PENCIPTA> meratap merayu, memohon dengan penuh harapan yang baik > Bila Allah mengIZINkan > maka BERTEMUlah kita dengan mereka > Yang akhirnya kita semua akan kembali kepada sebuah REALITI!> iaitu .....

Realitinya adalah sesuatu yang memang itu suratannya....sesuatu yang dari langit, laju dan berat .....
mengambil masa yang sangat lama untuk di jumpai..fikirkan lah..........

segalanya milik Allah..maka berserah lah.....

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Tuesday, March 11, 2014

Ia ghaib atas kehendak Allah .... # MH370

Masuk hari ke - 4 pencarian masih tiada bukti dan jalan yang jelas ke mana mereka hilang.
Team paranormal yang meminta bantuan jin pun ada berbagai informasi yang kurang sahih.
Kalau benar ia di situ segerakan lah mencari,
kalau masih belum di izin Allah untuk kita menemuinya jangan berputus harap, panjatkan doa dari tangan-tangan kita yang penuh dosa ini semoga kita semua di ampunkan dosa-dosa yang lalu.

Zikirlah dengan nama dan zat Allah

19
al-Alim
العليم
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)

Selamat beramal, doa untuk #MH370

Hamzah is 3 !!

Masa umur dalam pantang


My apricot little baby is turn 3 today.
Alhamdullillah, terima kasih Allah atas kurniaanMu.

Monday, March 10, 2014

Doaku Bersamamu ...#MH370

Assalammualaikum semua,
aku cuma insan biasa yang punya hati yang rapuh, yang boleh saja bila2 menangisi sebuah tragedi yang tidak ada kena mengena dengan diri aku sekalipun.


Ini sesuatu yang tragik, yang sangat jarang berlaku dalam kehidupan kita di Malaysia juga di mana-mana negara sekalipun.Tetapi ianya tetap juga boleh terjadi kerana semua ini ketentuan Illahi, malah dugaan lebih besar juga mungkin boleh berlaku.
Aku berdoa semoga Allah merahmati mereka sama ada mereka hidup atau sebaliknya, kerana perancangan Allah ni lebih hebat dari apa yang kita selalu inginkan.Subhanallah.
Banyakkan berzikir, insya Allah jika di izinkan, kita akan ketemu dengan mereka sama ada buruk atau baik kerana itu tetap atas izinNya.



Thursday, March 6, 2014

Apa tu....Event Coordinator?

holaaa....
aku jadi cam sibuk pulak bulan ni..
padahal selalunya setiap bulan 3 jadi bulan aku berseronok-seronok sebab bulan hari lahir aku..
tapi nampaknya tidak untuk tahun ini.

Tak sangka2...selalu aku buat birthday party jer bulan 3 tapi nampak gaya kali ni aku kena organize sebuah event untuk company tempat aku keje ni.
Giler gelabah..aku tak pandai benornya dan tidak berpengalaman..
tapi Insya Allah dengan team member yang aku ada, aku harap dia org akan tolong aku....jadi tak jadi aku paksa sampai jadi.

Event tu akan berlansung pada 5/4/2014 - di bawah nama Mylife Healthcare Bukit Jelutong Carnival 2014.
Hah ...bagi kawan2 yang nak try buat laser treatment, aku pastikan Radiant Clinique akan beri diskaun istimewa dengan harga paling berpatutan, jangan lepaskan peluang.

Nanti aku update lagi.

Popular Posts