Aku rasa, dan aku selalu cakap dalam hati..Umar anak pilhan aku, nampak macam tak adil tapi ada sebab aku selalu rasa begitu.
Well...aku adalah seperti ibu2 orang lain aku rasa...yang selalu memilih kasih, memilih anak yang disukai untuk di layan dengan sedikit keistimewaan...tapi sebenarnya tak pun! Dasar anak2, masa menjadi budak serba serbi tak kena, mak ayah sentiasa tak adil pada pandangan mereka.Adik dapat lebih, kakak dapat sikit...baby dapat gula2, abang dapat tengok jer. Hahaha...gitu lah aku rasa.
Okey..bercerita pasal Umar Zidan...
dia kemalangan kecil di rumah pada 7/12/2013 - 7.35mlm...
masa tu aku baru habis solat Maghrib, masih duduk atas sejadah selesai salam terakhir...baru nak zikir sikit2 sebelum baca doa..si papa tengah mandi manda dalam bilir air.
Tiba-tiba, aku dengar Umar menjerit sekuatnya dari dapur...kuat sangat..aku toleh dan nampak dia berlari ke arah aku sambil bukak baju..masa tu mata aku terus nampak kulit bahunya melepuh...tak dan dan aku terus bawak dia masuk bilik air sambil jerit "bang, Umar kena air panas..siram dia cepat.
Satu part yang aku paling geram....sampai sekarang aku sakit hati sangat dengan tindakan reflect partner aku yang cukup lembap aku rasa...aku suruh siram air..kenapa ko tepek2 jer air kaut pakai telapak tangan..kat belakang badan pulak tu sedangkan anak aku menahan panas terkena air panas dari atas bahu kanan sampai pergelangan. Ntah...aku berdosa kalau tulis panjang2 tapi yang pasti aku sakit hati sangat.
Aku pulak masa tu masih bertelekung..terjerit jerit aku suruh siram...siram..siram!!!!!!!
Agaknya dah beberapa saat baru otak dia menjana arahan aku..barulah dia siram pakai getah paip terus..gayung pun ada..tapi itulah, nak buat cemana? Perkara dah terjadi pun.
Hasilnya....
banyak kesan lepuh lebih2 lagi bahagian bahu..paling besar dan nampak lebih parah.
Aku terus siap2 dan bawak Umar pegi Hospital Salam...buat dressing.
Yang aku kagum...Umar menangis kesakitan seperti kanak kanak lain aku rasa...tapi dia lebih nangis sebab takut bapaknya marah sebab jatuhkan air dan terkena badan dia. Dia asik cakap."sorry papa Umar jatuhkan air...Umar nak ambik sudu"...sedih..sedih sebab dia lebih takutkan apa yang dia telah terbuat dari apa yang dia sedang tanggung.
Siapa berani boleh tengok gambar
Ini gambar malam selepas kena tu..masa kena tu aku takde makna nak snap2 gambar aiiiihhhh...kelam kabut sangat. Nurse buat dressing, buang kulit2 yang melepuh tu kemudian tampal bactigras ,sapu krim melecur dan balut.
Anak hebat aku tak menangis okey...itu sebab aku panggil dia superhero. Dia cuma..eeekkk..eeekkk sikit2 jer.
Gambar atas ni masa 2nd day nak dressing, macam biasa..dia tetap tak nangis dan kalau boleh asik nak tengok apa orang buat kat tangan dia.Yang pasti dia nak aku peluk dia masa tu.
Masa ni pulak...hari ke-5 aku rasa...tak ingat dah...sudah semakin sembuh tapi part yang paling dia takuti bila nurse nak cabut kulit2 mati kat bahu...bahagian lain dia tak kisah..bila tang bahu dia cam nak lari2 jer.
Tapi dia redha jer..nak buat cemana? Nak baik mesti kena kuat,sebab tu aku selalu cakap pada Umar..
"Umar anak mama yang kuat, sebab tu Umar yang kena air panas, kalau nak jadi bomba mesti jadi orang yang tahan sakit" - Dengan nada terpaksa dia jawab " baik mama" - maksudnya memang dia nak jadi bomba sangat.
Maka 2-3 kali lepas balik buat dressing, si papa kena bawak kami semua masuk Balai Bomba Seksyen 15, pusing sikit dalam tu kasik dia tengok kereta bomba.Selamat la takde ahli bomba tanya " ko buat haper anak beranak masuk balai bomba ni ha?"
Setelah 6 kali sessi dressing, Umar sudah pulih..sekarang dia sihat2 sahaja..dan dah mula melask kembali..sebelum ni, masa tangan dia kena balut, dia macam tak menggunakan khidmat tangan kanannya..semua guna tangan kiri..padahal jari2nya tak kena air panas tu pun. Mungkin takut sakit or ntah la...but now..dia dah pulih dari melecur..semua luka dah kering..tinggal 5% jer lagi..
kadar penyembuhan dia sangat cepat..cuma dalam tempoh 7 hari jer..amazing! Masya Allah..
Semoga Umar menjadi anak yang kuat, boleh berbakti pada agama,ibu bapa, bangsa dan negara. Patriotik sangat doa mama ni nak.
Mama sayang Umar sangat2 sebab Umar anak mama yang kuat!