Tuesday, December 31, 2013

Colour Of The Year 2014 - TEAL





Kaler ni macam hijau macam biru..tapi kita gelarkan ia TEAL !
Selamat tahun 2014

Selamat Kembali ke Sekolah Anak-anak Malaysia

Hari ini hari terakhir 2013
tahun yang penuh cabaran...
Anak-anak syurga yang ku belai setiap hari dah semakin membesar.
Ye...tahun depan Umar Zidan dah mula bersekolah tadika untuk 5 tahun,
Aku hantar kat Tadika Kemas jer...no kindergarten atau Montessori sebab aku yakin anak-anak aku mampu beraksi setanding anak-anak bertuah yang lain.

Nafeesa bakal naik darjah 4..
Alhamdulillah prestasi pelajaran dia meningkat..dia naik kelas untuk tahun depan, pencapaian yang aku terima dengan positif sekali, puji2 la sikit anak tu...bukan depan orang tapi depan anak tu sendiri.
Ramai antara kita suka puji anak depan orang tapi bukan depan anak2.
Dia macam biasa..makin besar dan membesar..pinggang kain 33"..ko mampu??
Aku pun tak mampu okeh!!
Jadiknya aku tempah kain2 sekolah dia...kalau beli buat bazir jer, mau lebih sejengkal kena potong!

Cerita pasal anak-anak...
yang berdua ni dah tentulah pasal hal sekolahnya...
tapi si Hamzah?? Aku tak tau cemana dia nanti bila ditinggalkan sorang2 dengan atuk nenek jer? Sebab sekarang pun bila aku cakap nanti Umar pegi sekolah, dia pun cakap "baby nak pigi kolah"
Jangan lah pulak si Hamzah nangis2 nak ke sekolah jugak, penat aku kot nak mujuk dia hari2. aduhai

Selamat kembali bertugas ibu-ibu suri rumah yang menyumbang kudrat menghantar dan mengambil anak pegi dan balik sekolah, semoga anda semua selamat di perjalanan setiap hari.

Aku doakan semoga kita semua mencapai kemakmuran dan sentiasa hidup di bawah keredhaan Allah, demi untuk mewariskan kehidupan yang lebih bererti kepada anak-anak kita.
Amiiinn!


........

membaca sorotan orang lain membawa anak-anak bercuti pada cuti akhir tahun ni buat aku tiba-tiba sayu..sebab tak bawak anak2 ke mana-mana pun kecuali balik kampung 3H2M 2 minggu yang lalu.

Okey...
next time kita gi Sydney yer anak3!!


*saje meriangkan hati sendiri*

Monday, December 30, 2013

Rawatan Laser Kali Ke 6 - Fractional Co2 !! Adoooiii

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment...
saya buat last week hari Jumaat 27/12/2013 pukul 1130...details sungguh..eehhh tempat tak tulis...di Radiant Clinique, Bukit Jelutong Shah Alam.

Kali ini doktor suggest buat Fractional Co2 atau senang cakap Co2 je lah yer. Tujuannya untuk menghilangkan bekas2 parut jerawat dan sekutu-sekutu yang tak berapa cantik atas kulit muka ni, jeragat, tanda penuaan awal dan sebagainya. Bila kulit terkena pancaran laser tersebut, kulit kita akan "cedera", akibat dari "kecederaan" tersebut, maka collagen kulit akan bergiat aktif untuk membina sel-sel kulit baru menggantikan tempat yang "tercedera" tadi, hasilnya...muka lebih cerah dengan kulit baru dan tanda2 yang tidak diingini itu akan pulih hasil daripada si budak collagen tadi yang bekerja keras....gitu la ceritanya.
Kalau salah sila rujuk pada yang pakar.

Mula mula masa pegi klinik...mereka buat facial kat muka dulu..bersihkan muka sebersih-bersihnya. Kemudian sapu krim kebas...okey me dengar cam scary kah proses ini sampai kena sapu krim kebas? Krim kebas di sapu dan dibiarkan selama 30 minit...sebelum tu di tepek plastik kat muka ni..supaya krim tu diserap cepat dalam kulit muka...
sedar tak sedar..merah padam muka me masa tu...panas pipi mak..tetiba cam blushing gitu!uwweekkk!


Ni mesin2 dalam klinik..mula2 aku ingat guna mesin tu...tapi bila aku belek2 nampak cam mesin nak sedut lemak je benda tu...heh bior betul? Ahahaha spekulasi tak sudah2..itu bukan mesinnya. Itu mesin lain.

 Keadaan muka setelah di sapu krim kebas...di letak plastik pembalut biar cepat krim tu meresap..time ni bila pegang pipi rasa hangatnya. Sekali tengok muka..merah tak padam2 rupanya...takut okeh! Selepas 30 minit..muka start rasa kebas2 sikit...especially kat bahagian yang di sapu krim tu.

Kemudian mulakan lah sessi melaser tu..tapi bukan kat bilik ni..bilik lagi satu...dan siapa pulak nak rakan kan..you all boleh search kat youtube, ada tunjuk sessi laser tu cemana. Hasilnya muka bergrid-grid kotak. Down time yang doktor beri lebih kuran 4-7 hari...
Malam pertama...waaahhh ayat!
Sebelum malam..semasa masih di opis, muka cam merah2...tak boleh kena panas syukur hari tu agak redup dan petang hujan. Tapi the burning feel tu tetap ada, doktor bekalkan aloe vera gel..so applied la 1 jam sekali kalau rasa panas tu. But seriously , this time punya laser ada sikit "terasa"...muka perit,pedih sikit dan panas. Rasanya adalah seperti muka kena sunburn yang melampau.

 Yang ini muka di malam pertama...wakakaka! Kalau malam pertama pengantin muka mek cam ni..laki lari okeh!
Balik rumah..seluruh umat rumah tangga mak cakap "kenapa muka mama ni?" Sian mama!
Laki pulak cakap "kesian muka mak ko..teruknya"...di penghujung ayat dia sebut "eeeiiiii"
ooohhh helloooo.....haaaiiisshhhh!-jgn tambah dosa tak baik~heheheh
Malam itu...masih pedih2...bila lap muka pun perlahan2...sebab pedih la di beberapa tempat dan malam tu saya sapu muka dengan argan oil, supaya sentiasa moist dan tidak kering.Esok paginya...dah semakin pulih..
kesan sunburn masih nampak tapi tak sehebat malam pertama tu...cam udang kena panggang...dan sedikit hitam..lepas cuci muka me letak aloe vera lagi.
Sabtu Ahad, 2 hari 2 malam tak keluar mana2 okeh..solehah duduk umah tengok tibi!


Ini gambar siang Ahad..aka hari ke 2...kesan merah semakin hilang...tapi hari ni Isnin..dia timbul cam keropeng lepas kena luka tu...bergrid2 kat muka ni.
Hari ni sebelum pegi kerja applied gold serum..nanti saya review produk ni...best jugak..al maklum dapat free so bolehla review sikit, kendian yer.
Pagi ni jugak semua staff saya tanya " eeehhhh kak, kenapa muka ko kotak2?"
hahahahahaha....jgn ko tanya!

Okey..2 hari lagi saya update kesan dan perkembangan terbaru.

Tunggu!

Thursday, December 26, 2013

Koleksi Poh Kong...yang ini agak mahal!




Charm ini seketul ajer dah RM1299, gambor beg  tangan tu, sadur rose gold...
satu lagi edisi buat aku rambang mata tapi hampir nak tershekik shekik dengar harganya.
Kita boleh jer aimed sesuatu untuk diri sendiri tapi agak berpadalah..
hat yang ini tak sepadan ngan aku..
aku tukar versi morah sikit tapi lebih berharga..tunggu!

Koleksi emas Tranz - Semakin Mengancam Aku !!

haaaaa.....
aku selalu akan menjauhkan diri untuk beli di kedai2 meas ternama sejak dah kenal kedai emas murah kat Kuala Pilah..
tapi sekarang...
terjenguk sekali ke Poh Kong..malam2 tak lena tidurku..

meh jenguk koleksi Tranz di Poh Kong, sangat menawan kalbu.

 Cincin atas dan bawah ni kan...ialah jenis 2 in 1..ia boleh diasingkan dan kamu akan ada 2 bentuk cincin sebenarnya. Cute sangat tapi regenya 1000 onward..tershekik tulang mak dengor!




Satu lagi ilmu aku nak turunkan...
kalau nak tau harga bagi koleksi Tranz adalah FIX aka TETAP...
aku tak tau macam mana mereka kira tapi mereka cakap kerana barang ini adalah "trademark item"..so mereka jual by individual itemised price....eeehh betul ke aku explain ni.
Dia cam jual bukan ikut berat emas tu..tapi ikut design.
Dan ianya agak mahal...mahal daripada kita beli barang kemas biasa yang takde brand2 ni.
Poyo jer..tapi seriuosly..cantik.
Pejam mata, doa, usaha dan tawakal..doa hari2 takpe...hanya Allah je yang sudi mendengar permintaan kita..
laki kita tentulah tidak..lahai....!

Emas Murah..Semakin Murah

Hello all...
ramai dok blogwalking tanya harga emas semasa..
hari ini aku rasa masih sama...
Kedai komersial RM145/g
Kuala Pilah RM121/g
Kedai2 tidak di bawah persatuan RM130/g lebih sikit atau murah sedikit

Last week aku pegi Tomei kat PKNS Shah Alam...
harga emas yg ditawarkan ialah RM135/g instead of RM145/g waktu tu
dan..dan... aku tertarik ngan satu bangle ringan ni..8.22g
tapi masalah buat aku tersekat nak membeli tu sebab rege upahnya yang nak RM250
mahal wwwoooo..untuk barang berat tak sampai 10g dan upah banyak tu adalah sangat mahal okeh..
at least kalau dia boleh bagi aku upah tu RM180 memang aku zassss jer.

Now sedang berlansung jualan cuci gudang Habib di Ampang Point...
hajat macam nak pegi tapi tunggulah dulu...
kalau terlepas Alhamdulillah..
kalau gedik jugak nak pegi..tengok lah nanti apa yang aku rembat!

* Spekulasi cakap..harga emas akan semakin menurun....aaaiiikkkk merudum betul ekonomi dunia..dan selalunya spekulasi yang aku dengar tak pernah salah*

BEST OF LUCK TO YOU

Bil Api Kurang RM 20,YiPPi !!

Okeh...
ingat lagi langkah2 penjimatan elektrik yang pernah aku tulis sebelum ni??
kalau tak sudi baca aku tak kisah..
aku tak rugi..malah bulan ni aku jimat RM20 atas kesedaran diri aku untuk berjimat cermat.

Memang ternyata benar, kaedah mencabut segala plug daripada soketnya selepas digunakan sangat membantu dalam mengurangkan kadar bil elektrik aku.

Selalu bill aku mencecah hampir RM90 kadangkala...atau biasa-biasa RM70-RM79 sahaja...
tapi kali ini cuma RM55++ sahaja.
Penjimatan hampir 25%...siapa tak nak tak perlu susah payah..tapi aku nak.

Sekarang juga...semenjak musim hujan ni...penggunaan penghawa dingin sangat2 aku kurangkan..
dalam 3 jam setiap malam atau kalau lebih pun 4 jam sahaja.
Mungkin selepas ini aku akan hadkan 4 jam penggunaan penghawa dingin untuk setiap malam dan lihat berapa lagi aku boleh jimat.

Ini adalah cara bagaimana aku mengawal hidup dan perbelanjaan ikut keperluan aku..
sering aku ingatkan diri..
*berbelanjalah ikut keperluan, bukan mengikut kemampuan*

Senyum!

Tuesday, December 24, 2013

Anak Bermain Gajet

lately macam terbaca artikel pasal bahaya mendedahkan anak-anak kecil bermain gajet. Aku pernah utarakan masalah ini dalam Forum Keibubapaan Cari.com bawah tajuk "Fenomena Anak-Anak Bermain Gajet Dewasa"

Responditerima agak baik dan rata2 ibu bapa yang menjawab memberitahu mereka meberi anak mereka bermain gajet tetapi dengan kawalan.
Sejauh mana kawalan yang dilakukan aku tak pasti, kadang kala kita hebat ketika menulis tetapi tidak pada tindakan.

Anak-anak aku??
Masih bermain seperti aku bermain dahulu...mereka kerap bermain di luar waktu petang kecuali sekarang ni musim hujan selalu, maka agak terhad waktu mereka di luar tapi tetap bermain di dalam rumah. Bergumpal tu dah memang setiap hari..wajib katakau!
Lain-lain aktiviti....
Umar dengan kereta dan motor2nya..disusun di bawah kerusi dan dia mula berangan.
Feesa dengan dunia TV nya - which aku dah sekat banyak waktu TV nya..sebab dia suka rancangan merepek kerepek.
Hamzah - my little baby ini yang selalu tak pandai bawak diri...dan dia sangat pandai main game!

Aku tak tau macam mana Hamzah sangat pandai bermain tab..bermain game. Dia suka mainan yang jaga babies tu, mandikan baby,potong rambut dan pakaikan baju cantik..
Bukan itu jer..dia jugak pandai main Plant vs Zombie jugak Subway Surf, haaaa satu lagi Minion Rush.
Dia bermain lebih baik daripada Umar apatah lagi Feesa...Feesa memang tak pandai lansung main game hokeh..lega aku..Umar pulak selalu takde peluang dek kerana Hamzah dan dia pun tak berapa minat main game.Bolehla setakat 20 minit sehari...selebihnya dia malas.

Tapi Hamzah???
Dia bermain sekurang-kurangnya30-40 minit sehari..dalam 2-3 sessi gitu.
selalunya pagi selepas bangun tidor dalam 10 minit...yang ni jarang2 sebab kadang dia bangun lambat dan aku dah nak pergi kerja. Ohhh ya tab aku ni aku bawak pegi kerja, so mereka ada peluang main time aku ada di rumah sahaja.
Bila aku balik jer kerja..Hamzah terus mintak nak main game, waktu ni lama sikit dalam 20-30 minit gitu sebab aku pun nak relax2 kejap so biar dia leka dulu...dan selepas daripada itu adalah tertakluk pd keadaan, kalau aku guna memang tak merasalah anak2..tapi kalau aku tak guna..Hamzah lah orang yang akan guna at least 10-20 minit jugak sebelum tidur.

Tapi sekarang aku dah hadkan dia bermain tab ni....aku cuma beri peluang dia bermain bila aku balik kerja jer, dalam 10-20 minit sudah mencukupi, memang dia marah bila aku mintak,mula2 nangis tapi kena layan dia bagi dia lupa, ajak tengok TV atau makan (dia suka makan) atau ajak main gusti2...memang terus dia lupakan.

Aku tak nak dia jadi budak yang dok hadap gajet jer seharian tak reti nak buat apa2 nanti. Akhirnya jadik pemalas.Kayuh basikal pun tak tau.....huhu!



Thursday, December 19, 2013

My Superhero - Umar Zidan!

Aku rasa, dan aku selalu cakap dalam hati..Umar anak pilhan aku, nampak macam tak adil tapi ada sebab aku selalu rasa begitu.
Well...aku adalah seperti ibu2 orang lain aku rasa...yang selalu memilih kasih, memilih anak yang disukai untuk di layan dengan sedikit keistimewaan...tapi sebenarnya tak pun! Dasar anak2, masa menjadi budak serba serbi tak kena, mak ayah sentiasa tak adil pada pandangan mereka.Adik dapat lebih, kakak dapat sikit...baby dapat gula2, abang dapat tengok jer. Hahaha...gitu lah aku rasa.

Okey..bercerita pasal Umar Zidan...
dia kemalangan kecil di rumah pada 7/12/2013 - 7.35mlm...
masa tu aku baru habis solat Maghrib, masih duduk atas sejadah selesai salam terakhir...baru nak zikir sikit2 sebelum baca doa..si papa tengah mandi manda dalam bilir air.
Tiba-tiba, aku dengar Umar menjerit sekuatnya dari dapur...kuat sangat..aku toleh dan nampak dia berlari ke arah aku sambil bukak baju..masa tu mata aku terus nampak kulit bahunya melepuh...tak dan dan aku terus bawak dia masuk bilik air sambil jerit "bang, Umar kena air panas..siram dia cepat.

Satu part yang aku paling geram....sampai sekarang aku sakit hati sangat dengan tindakan reflect partner aku yang cukup lembap aku rasa...aku suruh siram air..kenapa ko tepek2 jer air kaut pakai telapak tangan..kat belakang badan pulak tu sedangkan anak aku menahan panas terkena air panas dari atas bahu kanan sampai pergelangan. Ntah...aku berdosa kalau tulis panjang2 tapi yang pasti aku sakit hati sangat.
Aku pulak masa tu masih bertelekung..terjerit jerit aku suruh siram...siram..siram!!!!!!!
Agaknya dah beberapa saat baru otak dia menjana arahan aku..barulah dia siram pakai getah paip terus..gayung pun ada..tapi itulah, nak buat cemana? Perkara dah terjadi pun.

Hasilnya....
banyak kesan lepuh lebih2 lagi bahagian bahu..paling besar dan nampak lebih parah.
Aku terus siap2 dan bawak Umar pegi Hospital Salam...buat dressing.
Yang aku kagum...Umar menangis kesakitan seperti kanak kanak lain aku rasa...tapi dia lebih nangis sebab takut bapaknya marah sebab jatuhkan air dan terkena badan dia. Dia asik cakap."sorry papa Umar jatuhkan air...Umar nak ambik sudu"...sedih..sedih sebab dia lebih takutkan apa yang dia telah terbuat dari apa yang dia sedang tanggung.

Siapa berani boleh tengok gambar


Ini gambar malam selepas kena tu..masa kena tu aku takde makna nak snap2 gambar aiiiihhhh...kelam kabut sangat. Nurse buat dressing, buang kulit2 yang melepuh tu kemudian tampal bactigras ,sapu krim melecur dan balut.
Anak hebat aku tak menangis okey...itu sebab aku panggil dia superhero. Dia cuma..eeekkk..eeekkk sikit2 jer.



Gambar atas ni masa 2nd day nak dressing, macam biasa..dia tetap tak nangis dan kalau boleh asik nak tengok apa orang buat kat tangan dia.Yang pasti dia nak aku peluk dia masa tu.


Masa ni pulak...hari ke-5 aku rasa...tak ingat dah...sudah semakin sembuh tapi part yang paling dia takuti bila nurse nak cabut kulit2 mati kat bahu...bahagian lain dia tak kisah..bila tang bahu dia cam nak lari2 jer.
Tapi dia redha jer..nak buat cemana? Nak baik mesti kena kuat,sebab tu aku selalu cakap pada Umar..
"Umar anak mama yang kuat, sebab tu Umar yang kena air panas, kalau nak jadi bomba mesti jadi orang yang tahan sakit" - Dengan nada terpaksa dia jawab " baik mama" - maksudnya memang dia nak jadi bomba sangat.

Maka 2-3 kali lepas balik buat dressing, si papa kena bawak kami semua masuk Balai Bomba Seksyen 15, pusing sikit dalam tu kasik dia tengok kereta bomba.Selamat la takde ahli bomba tanya " ko buat haper anak beranak masuk balai bomba ni ha?"
Setelah 6 kali sessi dressing, Umar sudah pulih..sekarang dia sihat2 sahaja..dan dah mula melask kembali..sebelum ni, masa tangan dia kena balut, dia macam tak menggunakan khidmat tangan kanannya..semua guna tangan kiri..padahal jari2nya tak kena air panas tu pun. Mungkin takut sakit or ntah la...but now..dia dah pulih dari melecur..semua luka dah kering..tinggal 5% jer lagi..
kadar penyembuhan dia sangat cepat..cuma dalam tempoh 7 hari jer..amazing! Masya Allah..

Semoga Umar menjadi anak yang kuat, boleh berbakti pada agama,ibu bapa, bangsa dan negara. Patriotik sangat doa mama ni nak.

Mama sayang Umar sangat2 sebab Umar anak mama yang kuat!



Tuesday, December 17, 2013

Corelle & Friends - Pre Order 2014

Masih dibuka...
kalau ada sesiapa nak tambah order dipersilakan
wasap me at 0185704633 atau email at amminafeesa@yahoo.com

Cookware set di tawarkan dengan harg ayang paling berpatutan :


Stevens Gourmet 6pc Cookware Set

Set up your kitchen with this chef-quality stainless steel gourmet cookware set in six useful pieces from Stevenscook. The set includes three saucepans with tempered glass lids (16cm, 18cm, and 20cm), a 24cm casserole with a tempered glass lid, a 24cm frypan, and a universal steamer to fit 16cm, 18cm, and 20cm saucepans. This quality stainless steel cookware features a heavy 5mm internal aluminium core and a durable, impact bonded base. Finished with cast stainless steel riveted handles and internal capacity markings, this range is suitable for all cooktops.


Sangat berbaloi untuk dimiliki..percayalah..giler-giler murah. Harga asal $599AUD okeh...tak mampu nak darabkan.

1 set sahaja....3 minggu lagi sampai Tanah Malayu. Siapa cepat dia punya...kalau tak ...aku yang punya!

Monday, December 16, 2013

Big Bad Wolf Sale 2013 Kami


Lama tak update...
okeh nak share sikit cerita pegi Big Bad Wolf Sale kali ini..
ini kali ke-3 aku pernah pegi sale ni..
so setiap tahun aku pastikan aku takkan miss untuk pegi sale mereka.
Last year aku rasa tak best jualan mereka but this year..not bad plus anak2 cuma ambik buku yang betul2 mereka nak jer.
Umar Zidan dengan pilihannya...tentulah segala-gala tentang Firetruck Engine, aku sua buku lain kekanak dia tak nak ngko..dia beli encyclopedia








Nampak tak..dia usung sana sini..kat rumah dia kepit je buku tu, selak2 dan tanya macam-macam, obses sangat ngan kereta bomba, sejak dia sakit hari tu (nanti ku cerita) dia asik nak tengok kereta bomba..aku layan je..masuk balai bomba Seksyen 15 ngko.hahaha..3 kali kot aku pegi...layan je lah..dia tengah sakit.

Si Hamzah tak pandai lagi memilih apa dia nak..tapi aku belikan jugak 2 buah..aku suka benornya buku budak..sangat warna warni..riang ria je rasanya. Asal aku tunjuk jer dia cakap no,no,no! Sia buat jari telunjuk kanan kiri lagi..hamboi. Selamat aku belikan..kalau tak bergaduh la kat rumah.







Dah la...apa lagi nak tulis,...end up ini jer aku beli. Bird Coloration tu encyclopedia Feesa, dia suka binatang, sebelum ni dia nak buku Tropical Fishes sekali juma buku tu cam tak berkenan pulak aku, sebab tulisannya susah nak baca plus gambar jenis illustrasi dan tidak menarik.

Buku bawah bagak2 tu aku punya...
well aku ialah seorang yang sukakan dekorasi dan architecture rumah2 ni, so memang aku buat koleksi buku architecture yang menarik buat berangan.

Total spend RM60 only. 

Friday, December 6, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale 2013 datang lagi


Sale buku ni datang lagi..
yang ditunggu-tunggu telah tiba..
bajet tak berapa nak ada..
tapi anak3 suka buku..yang tak pandai baca suka gambar warna warni..
yang dah pandai baca haruslah baca satu satu walupun merangkak...

Jom ramai ramai...24hrs you all...
agak-agak tak nak tido tu..layan buku la kat sini!

Thursday, December 5, 2013

Emas Murah

Okey hari ni..harga emas sedang turun dan jatuh..
harga macam ni sekejap ajer bertahan
now harga di Kuala Pilah dalam range RM124 down tu RM122 dah lebih 4 hari.
Harga commercial biasa - aku panggil harga commercial ni merujuk kepada harga di kedai2 besar dalam mall...Poh Kong, Habib Tomei dsb ialah RM145/g which is lower than before > RM155/g

Banyak barang naik harga..tapi sekarang emas sedang turun..
jangan buang masa sebab dalam bulan 1 dijangka naik semula sebab nak CNY!

Aku..aku...aku...
balik2 aku jer yang nak beli lagi...
new additional will be pendant 10g..cukup!!

Wednesday, December 4, 2013

Naik Tariff Elektrik - Aku Tak Terkesan Pun !


aku menggunakan antara 270 ke 350kWh..dan aku pastikan aku akan gunakan tidak lebih 300kWh setiap bulan supaya aku tidak menerima kesannya.
Oleh itu..ikutlah tips2 penjimatan eletrik yang telah aku tulis sebelum ini..

Cara Jimatkan Bil Elektrik

Assalamualaikum semua
tatkala ramai yang sering mengeluh tak cukup pendapatan...walaupun ada jer orang yang dapat lebih pendapatan itu tak mengapa.Dah nama rezeki mereka..maka biar merasa nikmat itu dan Allah akan beri kita nikmat2Nya yang lain..yang lebih sesuai dengan setiap keluhan kita (sinis)

Mulai 1 Januari 2014, tariff elektrik akan naik sebanyak 15%..
Maka aku yang menggunakan bill sebanyak RM70++ ini akan terkesan menerima peningkatan bill sebanyak RM10.50++

Sebelum ni rasanya ada jugak peningkatan tariff eletrik..masa tu aku praktikkan jugak cara nak jimatkan bill..
lepas2 dah tu mula lah lupa...
manusia..memang begitu fitrahnya.

Okey...kali ini eh kita shared sesuatu yang lebih bermanfaat daripada kita menceceh kenapa..kenapa tariff elektrik naik.

1. Pastikan semua plug dicabut daripada soket apabila tidak digunakan.
2. Plug TV yang tidak dicabut adalah antara penyumbang meter elektrik kita bergerak setiap masa.
3..Cabut plug PC anda selepas di gunakan
4. Cabut segala plug pengecas telefon/gadjet anda apabila telah selesai mengecas. Alat ini sangat aktif menggunakan sumber tenaga walupun tidak mengecas.
5. Cabut plug selepas guna / had kan penggunaan permainan video/console
6. Penggunaan Digital Frames adalah salah satu alat yang menggunakan sumber elektrik yang banyak.

Mencabut plug daripada soket adalah perkara yang harus dibuat kalau nak jimat elektrik bukan sekadar menutup suis tanpa mencabut plug tersebut.Percayalah!

Apa yang masih aku praktikkan ialah..
memasang lampu pada waktu malam tidak lebih daripda 2 tempat
Contohnya budak2 memang berada di depan setiap masa...
maka kami cuma pasang lampu ruang tamu dan mungkin lampu dapur..kalau taida orang di dapur memang lampu tak perlu dinyalakan.Juga lampu bilik air.

Ada orang yang suka memasang lampu ketika tidur..perbuatan ini hanya menambah bill eletrik anda, apa kata beli lampu tido yang kecil tu dan pasang..atau aku...memang tidur dalam gelap gulita.

Tuesday, December 3, 2013

Dinosor Datang Shah Alam

Hari Ahad lepas...
bawak gak la anak2 jalan sekitar sini sini je pun..
Laki me coti...bawak la budak pegi tengok dinosor kat Muzium Shah Alam
bayaran RM25 sekeluarga
2a2c..tapi oleh kerana Umar dan HAmzah tak perlu bayar (bawah 4thn) maka aku bayar untuk aku dan apoknya sajer ler...
si kakak tu tak nak masuk..penakut yang amat,dengar bunyik dinosor luar pintu ajer dah nangis2...aku rasa cam nak suruh dinosor tu makan dia la senang...bingit jer!
Maka aku tinggalkan jer dia kat luar..kejap je pun masuk dalam tu..
berapa kerat jer bangkai dinosornya...adalah 10 ekor agaknya.
Selamat la boboy semua steady..haruslah kan..kalau tak memang aku kasik dinosor makan korang ni semua.
Umar happy betul..maklum aku dah lama benor tak bawak dia jalan2 cuti2 cam hari yang kami pegi ni..sian anak mak!

Bergambar bersama tulang temulang TRex..yang ni dah hampir kat pintu luar..apoknya panggil anak girl kesayangannya tu masuk ambik berkat tulang!!whahahahaaa



Sebelum balik snap gambor kat keretapi lama depan tu...jadiklah jalan-ja;an cuti sekolah katanya!

Monday, December 2, 2013

Belanja Keperluan Sekolah - Shopping Part 1

Okeh..
semalam sempena laki me ambik cuti..aku bawak anak3 pegi jalan2...dari pagi sampai petang, break kejap malam keluar lagi...dasar!!
Giler lama dah aku tak berjalan2 hari Ahad...lama sungguh....sampai tak ingat bila kali terakhir, sebab laki me keje hari Ahad, so setiap hari Ahad aku cuma tengok Nona aje kat tibi.

Okeh..berbalik pada kisah di atas..
so far apa yang aku dah belikan untuk Feesa

Kain ela kat Jakel 7 meter @rm5.90/m, aku harap dapat 4 helai kain
Kasut sekolah 2 pasang - Pallas
Stoking 3 pasang - RM9.90
Pencil case RM18.90 less 10%...huwwaaa yang ini aku terkena..mahal giler, aku tak perasaan dia hangkut yg mahal..siap ko!Mak cantas duit pensil kaler ngko!
Pembalut buku teks 10pcs @RM5.50x2

Tengah bulan ni akan ada 2nd trip shopping barang sekolah
aku dah senaraikan apa lagi yang mau beli
Baju kurung 4 helai
Tudung 2 helai
Serkup berhelai-helai
Beg sekolah = Bajet RM180

 Ini kasut yang Feesa naaakkkk sangat..belilah...harga RM31.90 saiz 4..ooomaaaiii besor gajah kaki anak aku!
Yang ini aku tak pasti kenapa dia naaaaaakkkk sangat jugak...kasut nurse aku panggil harga RM27.90, saiz dah tentulah sama...ekceli besor sikit la jugak, tapi aku tak nak dia ni susah banyak..kasut tu ngam2 nanti dia tak nak pakai..lantaklah..daripada dia merengek buat jantung aku mendidih ....kan!
Aku beli jer.


Friday, November 29, 2013

White Gold Ring - Cincin Emas putih sadur semula

Assalammualaikum semua...
okeh, entry ni sambungan daripada entry sebelum ni pasal cincin emas sadur semula..
aku dah ambik cincin yang telah disadur semula tu semalam..
resultnya sangat mempersonakan...riangnya hati dapat cincin macam baru keluar kedai permata ngko..
berkilat2 batu2nya..mereka polish batu2 tu semua dan ia buat cincin lama nampak baru!


It's cost me RM55 only. muahahaha..mula2 tanya Habib mereka kata cost nya RM100, ooii mahal...so pegi balik kedai yang aku tempah cincin ni, dan itulah harga yang aku bayar.
berkilat2 bintang batu delima aku tu...

Tak tau la apasal....aku ni asik tertarik dengan cincin jer, tgh mood gitu kan nak kata apa..tak dapat yang baru..yang lama kita kasik polish la.

ok, salam Jumaat semua.

Rawatan Laser Muka - Kali ke 5

Assalamualaikum semua..
Ramai yang tanya saya pasal rawatan ni dan semua nak tahu keputusannya..
Untuk masalah kecil saya yang cuma ada banyak jerawat dan parut ni rasanya dah 90% settle
Doktor jugak cakap progress muka saya sangat bagus..mungkin faktor usia (ahaks)
Tapi my emak angkat yang buat laser treatment kat sini untuk pudarkan jeragat nampak result secepat selepas rawatan pertama.
Dia happy betul...kalau tak dia bermasalah di bahagian kulit tulang pipi tu...gelap berjeragat...after 1 treatment nampak kesan tu dah pudar, dalam masa sebulan memang ketara perubahannya.Alhamdulillah.

Masalah baru saya sekarang adalah untuk maintain momentum menjaga ,membelai kulit muka ni..
al mak malas la kadang2..hasilnya...facial cleanser dah habis pun buat donno jer...hehehe
so semalam doktor suggest produk facial wash baru untuk saya yang akan control oily tu.
Yang ini product description tapi bukan dari saya ye..dari website :

Obagi Foaming Gel combines a blend of herbs, natural cleansers and Aloe Vera to create this gentle formula. It frees your skin of pollutants and excess oils without damaging the skins own natural moisture content. It leaves even oily skin clean and touchably soft.

Dan bila saya serach kat amazon US, product ini mendapat 5 starts daripada 149 users review.


Obagi Foaming Gel

Walaupun harganya mahal (I mean it)..ada orang cakap yang mahal tak semestinya baik..tapi kalau tak cuba kita tak tahu kan..saya pun berbelah bagi nak membayar harga untuk pencuci muka ni..tapi sebab boleh guna sampai at least more than 6 months..me pejam mata je la..gosok je siang malam tau2 habis.kihkihkih!
Hopefully it goes well with my skin..tiba2 cakap omputih...
iyelah (cakap melayu balik) betapa saya sangat menghargai situasi kulit muka saya sekarang..jauh bezanya daripada apa yang saya alami dulu, saya bukan nak cantik...saya tak boleh nak dapat kulit semulus Nora Danish sebab bapak saya bukan nama Danish (eeehhh tetiba)..
tapi sekurang-kurangnya saya mempunyai kulit muka tahap terbaik yang saya pernah ada (kecuali kulit saya di zaman bayi-jgn bandingkan) Alhamdulillah.

Next appointment - 27/12 saya akan buat CO2 fractional...
till then, tunggu next entry

Wednesday, November 27, 2013

Belanja Keperluan Sekolah - Tips Vol.II

Tips untuk beg sekolah :
Jangan beli yang beroda kerana beg itu sangatlah berat tanpa buku
Roda cepat rosak
harga pun mahal
kalau anak dapat kelas bawah boleh la dipertimbangkan..kalau kelas atas baiklah jangan.

Tip beli baju sekolah :
Brand canggih kualiti kain sangat bagus....me beli Canggih sebelum ni tapi sakit hati jugak sebab anak me lasak yang amat habis bajunya kotor cam kain lap lantai.
kain jenis tahan lasak dan tahan untuk setahun,
kalau nak less bajet,boleh beli 2 pasang canggih, 2 pasang brand biasa.

Tips Beli Stationery:
Stationery elok beli in bulk
beli di Mydin murah dan banyak..
Untuk budak tak perlu beli yang mahal sebab jangka hayat adalah less than 3 months..
kalau pencil mungkin seminggu 2 batang 
pencil kaler kalau anak dah besar boleh lah beli Faber Castell (mahal) atau Luna...dengan harapan ianya tahan at least 6 bulan pertama.
Tapi kalau masuk darjah 1..beli yang murah2 saja dan beli pada belian bundle kat Mydin, murah sket.
sebab sebulan sekali akan hilang semua yang dalam kotak

Tips Simpan Stationery:
Sediakan tupperware 4 segi yang biasa tu..
kegunaannya untuk kumpul semua pencil2 dan pencil warna yang bakal mereka sepahkan di sana sini..kutip dan simpan dalam bekas..insya Allah ianya sangat berguna nanti.

Beli shaperner yang letak atas meja tu...kalau anak nak tajamkan pencil kita buatkan seminggu sekali..
kalau belikan mereka sharperner dan bawak ke sekolah, mereka akan tajamkan pencil sampai kontot!

Belanja Keperluan Sekolah - Tips

Salam semua,
every year bila sekolah start cuti akhir tahun, saya dah berkira2 untuk beli keperluan sekolah anak (seorang,perempuan naik darjah 4 2014)
So nak kongsi beberapa tips untuk kawan2 dan kita berkongsi idea mana2 yang boleh menjimatkan belanja permulaan naik kelas awal tahun yang saya rasa setiap tahun lebih kurang RM700.

Baju sekolah :
Baju kurung 5 helai (tempah atau beli siap dan alter)
Kain kurung : 2 helai kebangsaan,3 helai agama (tempah)
Tudung 4@5 helai
Baju sukan sepasang
Kasut 3 pasang
Beg - 1
BUku sekolah kebangsaan - rm30-35
BUku sekolah agama - RM20-35
Yuran sekolah agama - RM168
Alat tulis - pencil case, pencil pemadam & so on
Pembalut buku teks x 6 roll wajib
Stokin - 5 pasang 

Tips :
Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak bila diberus
Jangan beli jenama barbie ka BEn10 ka...cepat rosak
Saya beli BATA Spark atau Pallas

Kalau beli bag...elok beli SWAN..walau pun mahal dalam RM69.90 ke atas..
boleh pakai sampai thn depan, dah terbukti..setiap tahun memang beli swan.so jimat beli 1 bag sahaja setahun.

Tunggu artikel bajet saya lagi selepas ini.

Thursday, November 21, 2013

Jalan-Jalan Guna Duit

Okeh...
musim cuti sekolah..aku memang takde rancangan nak bawak anak berjalan..
tapi bila tgk muka bosan masing2 yang bangun tidor jer mesti kat Seksyen 17 jugak..kesian sangat!
Okey, aku dah listdown tempat2 kunjungan sekitar KL/Selangor ni yang jadi tumpuan pada cuti sekolah.
Dan....
Semuanya berbayar

Aku tulis harga ni untuk semua kami di bawah
1 Family aku = Aku, Am,Feesa, Umar & Hamzah

Kidzania = RM225
icity waterpark = RM115
Sunway Lagoon = RM275 (2A2C)
Zoo Negara = RM80
Petrosains = RM30 (2A2C)

Aku rasa.....semua aku tak nak.
Aku takde mood la weh nak pegi jalan2 ..kerja ni..kalau aku cuti nanti lepas cuti aku jadik lagi stress.Sengalnya laaaaaaa....

Berkelah tak pakai duit banyak sangat dan pengalamannya pun best...
tapi musim2 hujan tak banyak masa untuk buat aktiviti luar..
aku cadang nak ke Pangkor...tapi mcm leceh sangat nak sewa kereta dan naik feri bagai, kurang2 2 malam baru relax sikit
Nak pegi PD pantainya tak best sungguh...
Kalau ke Fraser Hill hujan2 begini .... pun apalah aktiviti nak dibuat ye tak..memerap lepas tu perut lapor takde dapur nak masak2.

Balik kampung pun best jugak..sebelum sampai kampung kita singgah air sungai kat Kuala Pilah tu..aku pun lupa namanya apa daaa...

Korang pegi mana noks??

Wednesday, November 20, 2013

Koyok Cap Katak - Ubat Bisul

Assalamualaikum semua..
since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya,
ramai yang berkunjung untuk mengetahui apakah ubat yang boleh mengurangkan bengkak bisul.

Masa saya tulis entry tersebut,
mula-mula saya letak kapur makan di sekeliling kawasan bisul itu supaya "mata" bisul cepat keluar..
selagi "mata" bisul tak keluar..rasa sakit tak akan berkurang..akan rasa berdenyut2 sebab bisul tu membengkak dan sakit.
Umar alami bisul yang amat besar pada masa tersebut, benjolannya hampir sebesar sebiji buah rambai.
Kemudian saya tampalkan dengan koyok cap katak..
koyok ini boleh didapati di kedai sinsei cina, belilah 2,3 keping.

Cara nak guna :
Mula-mula bukak pembungkus koyok, koyok  ni ada ubat kaler coklat, ubat tu mcm pejal sikit,
lepas tu korang tepek la koyok tu (yg bahagian putih) kat badan cerek panas atau seterika kasik ubat tu lembut sikit, kemudian bolehlah tepek di tempat bisul. Jangan pulak tepek time panas2..kot lah panas sangat ker kan...agak2 lah suhunya.

Lepas sehari boleh buka dan tukar koyok yang baru, Insya Allah dalam masa 2-3 hari bisul tu dah mengecut, jadi kita tinggal jaga luka bisul tu cuci,keringkan dan tampal plaster.

Selamat mencuba....
btw Umar tak pernah kena bisul lagi ditempat yang sama atau di tempat lain.Alhamdulillah.

Burger Bakar Itu Tidak Sedap

ooohhhh mai..
malam tadi pertama kali aku pegi melayan tekak aku bawak anak makan burger bakar yang femes la sangat tu...
lokasi Seksyen 7 Shah Alam, so orang2 sini sure dah tau burger bakar yang mana aku tuju.
Aku order sejenis burger daging bersama cheese di atasnya 1
burger kambing 1, set meatball 1 dan air gas 3 total RM37.10
Bila sampai jer burger yang di pesan mata aku tertancap pada satu objek seakan-akan udang goreng tempura dalam burger tu...
mak aaaiiii hebat nooooo..dalam burger ada "udang tempura".
nak ngap sekali semua memang tak luas nak nganga mulut aku ni...
maka aku keluarkanlah "udang tempura" tu dulu...
maka terbukalah rahsia "udang tempura" aku itu sebenarnya ialah cendawan goreng tepung!
Aaaiiiiyyoooo...dalam burger ada cendawan goreng tepung..berminyak pulak tu...
hhhmmmmmm.......no turning back!

Tuesday, November 19, 2013

White Gold Harus disadur semula ???

Hello all...
aku pun tak tau yang barangan white gold boleh luntur..
antara pelajaran yang aku baru tau..
mereka kata jangan pakai barang white gold sebelah dengan barang yellow gold, sebab barang white gold akan terkikis.
Yang terbukti..memang cincin white gold aku terluntur bahagian bawah ring tu..
lagi pun memang dah lama aku tak pakai cincin ni.
Bila jenguk2 bahagian bawahnya dah warna cam kuning2 emas pudar..
so aku bawak lah kat kedai tempat aku tempah tu untuk polish aku kata..
rupanya tak boleh di polish yer puan-puan..
ianya perlu disadur semula.
Kos aku menyadur semula di kedai emas Melayu Kelantan di PKNS cuma RM50 dan tambah berlian ciplak kecik2 tu sebijik (dah tanggal) kos RM5.
Tapi itu cuma kos kasar (awal)...kos akhir tak dapat ditentukan lagi.
Tunggu hasil dan kos sebenar 2 minggu lagi.




Monday, November 18, 2013

Pre-Order Dibuka Lagi - Corelle & Friends

Jom join pre-order Corelle ETA Feb 2014
Cuma deposit RM100-150 dan bakinya boleh ansuran selama 3 kali

Cambridge Silversmiths Sienna Mirror 65-Piece Flatware Set with 5-Piece Hostess Set

  • Set includes:
    • 12 salad forks
    • 12 dinner forks
    • 12 dinner knives
    • 12 dinner spoons
    • 12 teaspoons
  • Service for 12
  • Material content: 18/0 stainless steel
  • Dishwasher safe
  • Never needs polishing

Harga kami menarik dan tertarik, berbaloi dengan jumlah dan kualiti barang. Email cepat2cepat, tarikh tutup sebelum 1/12/2013, deposit cuma rm150

Cambridge Silversmiths Swirl Sand 89-Piece Flatware Set with 5-Piece Hostess Set

  • Set includes:
    • 24 salad forks
    • 24 teaspoons
    • 12 dinner forks
    • 12 dinner knives
    • 12 dinner spoons
    • 1 serving spoon
    • 1 slotted serving spoon
    • 1 cold meat fork
    • 1 sugar shell
    • 1 butter knife
  • Service for 12
  • Material content: 18/0 stainless steel
  • Dishwasher safe
  • Never needs polishing

Lagi menarik..lagi banyak jumlahnya...harga pun tak banyak beza, syarat dan waktu sampainya sama..depositnya juga sama RM150 sahaja.

Jom...jangan lambat2 nanti tertinggal kapal, nak beli cash takut nak guna duit ke lain..so boleh bayar ansuran grab ler dulu.

Thursday, November 14, 2013

Cincin Berlian itu .....

Okeh ...
malam tadi aku dengan jaket biru, tshirt kembang merah, seluar pallazo pepel dan selipar jamban biru (rainbow sangat!)pegi Plaza Masalam Seksyen 9 sebab nak tengok apa ke halnya cik Tab aku sebuah ni?
Dah seminggu bila charge ajer tak penuh2 batterynya..kejap nyala kejap padam..
semalam lansung tak boleh recharge terus...
maka senyap sunyi wall FB aku...kikikiki!
Setelah di godek-godek...masalah datang dari wire charger aku yang dah terputus kot urat dalamannya...maka beli wire yang baru yang cost me RM35 sahaja...ingatkan nak kena tukar battery baru...tanya kedai Samseng tu...mula2 cakap seratus lebey..tanya betul2 jadi 200 lebey pulak..tapi kalau nak bagus lagi 300 lebey katanya. PPuuuiiihhh la...nak sebat duit haku terus pelbagai harga keluar...hampeh nyer orang!

Okeh...misi selesai...
tapi misi tak diundang ialah..
menjeling kedai omeh...
apalah penyakit aku ni?? tenat betul dah aku rasa...
vengkrap macam ni...
mula2 try rantai tangan...sib baik bawak anak2 tak cukup umur..melompat sana sini aku suruh SA tu simpan dulu..nanti2 akak datang lagi kata aku ... kalau tak ?? takkan nak beli lagi...laki aku tak terkata...
kang kalau termengata aku suruh dia bayau! Takut kan....so dok diam2 katanya...hahahaha!

Ingatkan habis sampai di situ saja..
aku jeling pulak promosi diamond...dia tulis besor RM699...murah tak noks???


Setiap satu yer..bukan satu set di atas..kalau semua di atas aku rembat dah..tapi sure bukan berlian asli.
Aku suka cincin maka aku pun try ler cincin dia...hamboi manis betul kat jari aku ni...malangnya takde saiz daaaa...yang paling kecik saiz 12, tapi..tapi ..tapi...budak SA tu cakap kalau nak dia boleh tolong carikkan.
OOoooohhhh baiknya hati kau bab2 nak menggoda aku beli kan...
Laki aku tak berapa suka berlian ni sebab no 2nd value..tapi aku punya konsep adalah...
ada 1 sudah memadai...lagi pun murah..harga asal ialah RM1500...tapi cam tak syok jer beli cincin berlian sendiri...lebih afdhal dan bermakna kalau dibelikan laki kan..kan..kan..

Tak boleh..tak boleh...
laki aku dah bayorkan rantai yang beli itu hari...
lepas tu anak nak masuk sekolah next year..banyak belanja...
hhhhmmmmmmm.....tebus duit corelle la gamknya...
jom Corelle....ETA Februari 2014, ansuran sehingga 4 kali.
Email saya amminafeesa@yahoo.com atau sms 018-5704633
Demi mencapai target cincin berlian aku...
jom ramai2..


Wednesday, November 13, 2013

Tahniah Anak Anak Cemerlang Akademik

Cerita akhir tahun apalagi mak bapak ni kan..
semua dok update status anak cemerlang akedemik...
ada yang dok naik pentas tetiap hujung tahun..TAHNIAH belaka!
Anak aku...
kalau naik pentas tu ajaib benor aku rasa...
sebab apa??
Sebab dia adalah seorang kanak kanak perempuan yang malas belajar..
aku rasa selalunya budak lelaki jer yang malas belajar...
tapi anak perempuan aku tergolong pulak dalam kategori tu.
Malas dia sampai aku rasa nak seret2 dia pegi buat kerja sekolah, sampai aku nak punggah semua isi beg sekolah dia suruh susun buku, nak bawak kasut sekolah depan muka dia suruh dia berus,
awal tahun dia masih boleh susun buku ikut jadual...
dah tgh tahun dia bantai bawak semua buku dalam beg dan tak payah tgk jadual lagi..
lagi malas kalau esok ada Pendidikan Seni..sekolah tengah hari...
balik sekolah agama pukul 11 pagi dia pulun bapak dia carik barang untuk seni tu..
hangin jer bapak dia! Selamat aku keja...hehe! Kalau tak...lunyai dia.

Aku dah tak kuasa nak pulun2 dia tetiap hari ,tetiap minggu , tetiap bulan..
dah memang dia gitu...
malas sebab badan dia berat kot...aku bajet la....
Tapi satu hal yang aku perasan nak marah pun tak jadi ....
dia boleh kata excel gak dalam pelajaran dan kelas,
tahun ni ada 2 subjek dia dapat 100%, periksa pulak nombor 9 dalam kelas..
maka takde sebab aku nak bebel lebih2..
paling2 aku bebel sebab matematik dapat 68%..haruslah kan..memang subjek yang paling dia lemah!

Cumanya aku tak nak dia pikir "aku pandai"
tak payah belajar pun bukannya "aku corot"
hheeeiiii...kalau ginilah minda ko Pica ooii...aku tak tau la apa nak jadi ko ni esok besor.
Now nak cuti memang aku bebel2 kan sebab nanti dia akan meleser baring ajer depan tibi...
geram!!

Monday, November 11, 2013

Bukan waktu Untuk bersantai di kala ini ...

sebab aku dijangka akan mengalami beban kerja yang tinggi during this month hingga ke end of the year.
Meeting,meeting yang tiada kesudahannya sehingga awal tahun hadapan..
maklum opis aku nak bukak branch baru yang jauh pulak tu...
kat Penang je pun..tapi disebabkan semua tenaga kerja / kuli bataknya ada kat BJ ni, maka yang kat sini ler yang bertungkus lumus buat kerja kat tempat jauh di mata tu.
Lepas dari Penang...tungkus lumus lagi sebab branch KLIA2 pulak nak menyusul..damn!
Macam lah aku sibuk sangat..
ooohhh secretary okeh..haruslah!

anak-anak...
musim cuti sekolah ni manalah mak nak hangkutkan korang yer..sian nenek atuk kita tu...penat nanti melayan kamu-kamu yang ramai, berpuak2 dan suka bergusti tu.
Marilah meng agenda kan sebuah percutian pendek lagi bantut untuk mereka.
Pilih-pilih tarikh....
Middle Disember ada cuti birthday Sultan Selangor,lepas tu cuti krismas tapi dah nak bukak sekolah pulak.

nanti  ler mak pikir...
alahai nak bikin bajet sekolah untuk Feesa next year pulak.
Nanti mak reveal kat sini okeh..chow!

Friday, November 8, 2013

Eehhhh Dah Jumaat!

assalamualaikum...
salam Jumaat semua..
berdebor-debor la rasa hati hari ni...
petang ni ada meeting pasal company ni nak bukak branch kat Penang Airport,
aku takut aku kena kerja kat sana kejap...
sedey mak..tapi ramai jer yang bujang2 kat sini, eloklah hantar anak2 ikan aku dulu yer..mak ikan menyusul kemudian atau tak perlu pun takpe aku rasa..eheh!

Jumaat lepas aku pegi Hospital Sungai Buloh, nak merujuk kes benjolan kecil di leher aku tu
setelah 6 minggu sempel di ambil dari benjolan leher aku tu.
Keputusannya adalah -ve daripada penyakit berbahaya >>> mereka tak cakap tapi kebarangkaliannya kalau ada simptom begitu ialah KANSER!
Alhamdulillah...
Am adalah orang yang paling gembira dan berdebor-debor cam nak terjun kapal terbang gitu...
aku tau la dia sayang sangat kat bini dia ni..over you bang!
Semua suami pun sama cam tu kot.....untung lah badan kata orang lain!
Gembira sangat hati aku, lagi gembira hati laki aku..dia macam suspek macam2 perkara yang dia tak terjangka mungkin kalau kami di landa ujian yang mungkin tak berapa kuat untuk di tanggung.
Alhamdulillah, walau tidak di uji dengan penyakit, mungkin Allah menguji aku dengan kesenangan..adakah aku akan terus mengingatiNya jika diberi peluang bersenang lenang sentiasa...???
Masya Allah..semoga aku terus menerus menundukkan diriku kepadaMu Ya Allah!

Hasil ujian tu doktor mengesahkan cuma terdapat virus jangkitan biasa pada sampel yang di ambil..dan benjolan tu pun dan hilang benornya sejak 4-5 minggu yang lalu.
Tapi doktor pesan, kalau ada kesakitan atau benjolan lagi boleh datang semula.
Legaaaaaa mendengar, lapang lagi hati ini.

Lepas keluar hospital tu kami terus menuju ke kereta, nak balik cepat-cepat, dah la bawak budak 2 oarng tu...lagi lama kat situ lagi memacam peel mereka keluar.

Ok lah...itu jer nak type..nak buat ingatan untuk aku..yg leher aku pernah benjol kecil, kena ambik darah, sampel dan tunggu keputusan ujian di hospital kerajaan untuk pertama kalinya.
Perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan Hospital Sungai Buloh Department SOPD adalah 5 bintang.
Terima kasih semua!

Wednesday, November 6, 2013

Zakat Emas - Kalau Tak Tahu

Zakat Emas & Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Dalil Wajib Zakat:

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
Surah At-Taubah: (34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:
  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

Aku copypaste daripada website Lembaga Zakat Selangor, sekadar peringatan dan penuhkan ilmu di dada.

Popular Posts