Hello all...
happy deepavali..walau dah berlalu deepavalinya..ucap jgn tak ucap!
deepavali aku takde yg special..maklum tak sambut..cuma dimeriahkan dengan dentuman mercun sumbu basah jiran depan rumah..aku ingat dia tak bakor mercun, sekali nak pukul 1 pagi dia bakor..selamat 1 papan jer..kalau 2-3 papan, aku baling tibi dah kat anak dia yg bakor mercun tu..
Lagi pulak malam tu Umar Zidan demam ..dah lama dia tak demam..dalam tahun ni, ini kali ke 2 dia demam..tapi pesen demam malam jer..suspen sikit kalau budak2 demam malam, selamat bapak dia ada malam tu..rasa selamat sikit kot2 ada apa2 hal emergency!
So esoknya kami ke klinik kat DeMC, ambik ubat, tapi time jumpa doktor tu tak demam pulak..so takdelah apa sangat aku nak tonjolkan kat doktor tu.Dah dapat ubat, isi perut makan tempoyak patin, balik umah tidor. Semalam panas eeehhhh..tapi petang sikit hujan pulak..syukur la, dapat gak menyidai baju bajan yg terperap lama.
Meh tengok gambar bebudak ni...satu pandang camera, satu pandang tepi lagi satu dah hilang nak menuju tangga...selamat escalator tu tak bergerak..sejak dah berakal ni...si Hamzah lasak betul..jgn ko tak tau..dengar ajer muzik Super Star Astro Ceria tu..boleh dia buat aksi breakdance, kaki terjongket ke atas, ada masa aku snap gambor dia...katanya dia Ultraman...mana ada ultraman pendek cam ko dik ooii! hahahaha
until next entry
Wednesday, November 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
1 comment:
makin kuruihhhh la ko mi .. hihihi
Post a Comment