Monday, October 15, 2012

Aku & JoGGinG !!

Hello all..
lately aku demam jogging jer..konon2 nak menyihatkan badan..bukan tak sihat tapi pemalas!! peluh tak keluar setitik pun setakat pegi keje balik keje naik kereta, jalan 10 langkah naik tangga 16 anak lepas tu duduk menghadap PC.

Last week jugak aku try pakai kasut tumit...belum keluar pagar dah terpelecok..lepas tu aku pegi Al-Ikhsan carik kasut jogging kat Subang Parade ngan kasut tumit..malamnya..sakit seluruh kaki.huahuahua...semangat sungguh ni siap beli kasut & jogging outfit bagai. Memang aku benornya tak pernah pun ada kasut sport ni so apalah salahnya mempunyai sepasang kan..dengan harapan sikit hari lagi kaki Feesa dah besor..dia boleh take over kasut mak dan mak bolehlah beli lagi yang baru.


Nama kasut ni Nike Air Women Relentless 2...cun tak?? ringan jer tau & tak panas bila kita pakai ngan sock. Hari Sabtu lepas aku dah test dah menjogging kan diri bersama anak-anak kat Tasik Shah Alam belakang Muzium Shah Alam tu..sesambil aku menarik Umar & Hamzah dalam wagon mereka.

Penat berlarian la sangat...bawak pulak kat depan-depan tu..budak kecik ni nampak air pancut..sibuk nak basuh tangan..dia ingat paip air basuh tangan agaknya..selamat tak tertonggeng dalam tu. Oh yer...setiap kali kami bawak bebudak ni naik wagon..semua orang pandang2 mungkin sebab "transport" bebudak ni jarang nampak kat sini kan?? Ada sorang tu siap tanya "ini orang putih buat yer" aku rasa dia nak cakap "ini beli kat negeri org putih ker?" >> KG betul perkataan aku.."orang putih"!! So far berbaloi gak ada..sebab Hamzah memang setia duduk dalam tu sambil kami tarik bergilir-gilir 3 kali round tasik tu hehehe! Kalau tak mau aku larik kejar dia jer.

Esok ada dating berjogging lagi dengan Encik Am..kalau tak memang rugi ada kasut cantik tapi tak berjogging. Tata!

No comments:

Popular Posts