Iftar semalam...wah macam nak raya pulak rasanya..kek yg ku dok idam2 sangat nak makan telah sampai di buat khas oleh kawan kita yang duduk kat Nilai.Terima kasih Kak Yra sebab sudi buatkan kita kek RV marbeles merembes di bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga pemberianmu ini mendapat balas yang berlipat ganda daripada Allah sebab bagi makanan kepada orang yang berpuasa.
Inlah keknya....lepas makan nasi kami makan kek pulak....sedapp woooo..kek ni kena makan selepas dikeluarkan dari peti ais dalam 10 minit camtu..kalau tak kek tu keras so nanti bila makan tak feel the softness gitu.Terbaik la memang..aku buat pun tak pernahnya sedap..sampai malas dah aku nak bikin.Tapi takkan nak mintak selalu kan?? Dah ada resepi yang gerenti sedap nanti aku post kat sini eekk.
Oohh tak lupa jugak...tahap nak memasak bulan puasa ni bergantung kepada 'keteringinan' aku untuk makan sesuatu..semalam masak siakap 3 rasa & makan nasi//siakap tu adalah dalam setengah kilo kot..kami makan & tinggalkan sikit untuk sahur.So sahur pagi tadi cuma goreng telur dadar.
Hahahaha...tajuk kat atas tu propa jer lebih..sowi!
No comments:
Post a Comment