Monday, April 2, 2012

UmAr ZiDaN..SuDaH 3 TaHuN !!

 Assalamualaikum semua..
25hb Mac yang lepas..genap Umar Zidan berumur 3 tahun
hhmmm...baby mak dah besar dah....kalau dulu, dialah yang dikandung penuh harapan dan sangat di nanti-natikan buat teman kakak Feesa..tapi now dia dah besar pun.Dah 3 tahun, dah jadi abang jugak...
Alhamdulillah...perangai budak yang sorang ni...walau aktif seperti kanak-kanak lain dan kadang tak macam budak lain pun ada jugak...tapi yang penting Umar Zidan selalu di berikan kesihatan yang baik.
Budak yang sangat jarang mendapat demam dan sangat mudah di urus.




 Tapi kalau dah nama budak...tetap lah budak jugak kan...satu peel yang buat mak tak tahan..setiap hari nak pakai seluar jeans.Selamat seluar jeans nya ada 5 helai.
Part ni dis macam tak nak bertolak ansur pulak..nak pakai seluar jeansssss ajer!!




 Ini gambar masa kami meraikan harijadi Umar Zidan & Hamzah Qayyum serentak..
dah alang2 the boys lahir bulan 3..buatlah serentak kan..senang.

 Yang paling best...sebelum nak cecah 3 tahun ni..Umar Zidan sudah diaperless 90%, kecuali malam sahaja.
Bagi kategori budak lelaki..mak rasa anak mak sangat cemerlang!!
Congrats Umar!
Lagi satu kalau nak tahu...dia sangat pandai berkata-kata..
ayat terbaru bila kita suruh dia ambik sesuatu..
dia akan jawab.."mama ambiklah sendiri"
huuuwaaaaa!!



2 comments:

Zana said...

Happy birthday Umar!!!!!

ammi said...

TQ Auntie Zana

Popular Posts