Monday, March 12, 2012

HaMZaH TuRN One YeSteRDaY !!

Happy Monday Morning all..
semalam birthday Hamzah Qayyum yang pertama!!
Happy la sangat mak ni kan...anak dah 1 tahun pun usianya..
gigi pun dah 3 batang..bawah 2 dan atas pulak 1..oohh sangat weird pemandangan satu gigi di atas! kekekekek! selalu gigi akan tumbuh bersama 2...2!Ini tidak..sebatang ajer tumbuh di atas tu.

Ok, let's share apa yang kami buat semalam....satu hari mak bergelumang ngan anak2..bila papa mereka menjadi volunteer bekerja sampai 16jam semalam.Bravo bang..hujung bulan I merasa pakai beg Gucci kalau cam ni!

Hello semua! Ini muka budak tak mandi pagi lagi..,as always Hamzah memang ceria sahaja selepas bangun tidur.

Kemudian...selepas semua dalam rumah tu dah mandi....
acara gilang gemilang pun bermula...
iaitu acara menyanyi lagu "selamat harijadi" lead by Feesa & supported by Umar Zidan pun berkumandang...
dan semalam..Hamzah Qayyum terlebih gula sebab mama kasi dia makan birthday kek iaitu..
home made pavlova!!
waaawwweeee...


"uuuiii..apa tu??"

"meh la jemput makan sekali kaka & abam"


'tak nak ker? kita makanlah dulu"


"uuiiii, tak sangka sedap, pandai mama buat"
;;)))..
"baik cekop dua tangan terus"


"lahai...sikitnya, dah habis dah, jilat mangkuk pun jadilah, kasik licin"

Haaa...jangan tak caya..Hamzah pun dah pandai berdialog..sebab anak-anak mak pesen semua mulut time kecik2 gini cam anak burung..asik berkicauan ajer....sedap ajer mendengar.
Dah besar sikit cam Umar tu..mak rasa nak tenyeh2 ajer..pandai berbahas pulak kaedahnya.
Dah besar Feesa lagi pulak..mau konfrantasi kami anak beranak seharian.

Alhamdulillah...Allah panjangkan umur Hamzah Qayyum untuk bersama-sama kami dalam kehidupan ini, dia dah pandai melangkah 2-3 tapak dan jatuh..satu permulaan baru dalam kehidupannya selepas ini...
semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat!...
begitu juga kepada semua anak-anakku!


No comments:

Popular Posts