Wednesday, March 21, 2012

PoPCoRN GaRReT @@!!

Hello all...
Haha..ini adalah post saya yang ke-1000!!
last Friday sebenarnya I pegi Matta Fair kat PWTC tu..tapi takde yang menarik benor..takde lah nak kaborkan sangat kat sini.
Lepas balik dari PWTC tu...I naik LRT terus pegi KLCC (pegi ngan kawan pompuan okkey)
nak makan lunch walau dah pukul 230 petang...& satu lagi misinya, nak merasa keenakkan popcorn Garret ni ..betul ker enak>>??

Ramai yang cakap manis bebenor...memang iye manis sungguh, rasa nak tercabut gigi-gigi rapuh I ni...tapi sedddaapp you.
Alang-alang dah sampai KLCC, I beli sekali 2 bungkus, satu perisa Caramel Crisp pek size Small, satu lagi Caramel Crisp with almond pun saiz small sebab 2 bungkus ni ajer dah tigaplohlima hengget!!Fenggsann kalau beli tetiap minggu!







Yang atas ni yang biasa..yang bawah with almond..gila banyak & besar2 almond dia.
Tapi sayang..rege mahal nak fitam...
memandangkan I pegi KLCC setahun sekali..tu yang layankan 2 pack sekali..
kawan I pun beli jugak hat atas ni..dia cakap dia makan 2 hari baru habesss...
kami makan anak beranak...


Tak sampai sehari dah habis..
huwaaaaa!

Monday, March 19, 2012

KeK GuLa HanGuS !!

Haaaa...
ini hasil kerajinan minggu lepas..
malas masak tapi sibuk nak buat kek...
kek ni memang kegemaranku..tapi sebelum ni tak pernah pun sibuk nak tau apa resepinya.
Sekali google la sana sini..
mak aiii..senang yang amat..sekali buat jer terus jadi...haaa, ni yang buat gembira lebih ni!







Buat satu loyang kek kecik jer...
lepas bakar habis setengah loyang..
esok paginya terus langsai lagi setengah..lepas ni kalau nak buat..wa pejam mata jer..
hahahahah!

Ini resepi saya cilok dari mana pun tak ingat..
kalau nak..
sila lah copy!

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair.Kemudian masukkan air, hati-hati sikit sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata.
Perap adunan selama 3-4 jam . (Aku tak perap pun)

5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam

PLaStEr FuN HOuSe!!

Salam all..
ini cerita Khamis yang lepas..sempena cuti sekolah mak tak berkesempatan nak bawak anak debab mak si Feesa jalan2, so hari tu mak bawak dia pegi office dan selepas tu cabut ker Empire Shopping Gallery.
Apa kita buat di sana together-gether ngan anak dara??
Ahhaaaa....
masuk lift tekan tingkat 2..kami sampai di sini >>> Plaster Fun House!



Tempat ini ialah tempat untuk anak-anak atau orang dewasa pun boleh join jugak..untuk painting clay.Kat kedai tu ada macam2 bentuk clay yang kita boleh pilih, bayar & pilih tempat duduk.Nanti dia sediakan semua cat dan bolehlah mulakan aktiviti.
Nak makan minum pun boleh(bayor ler) , sebab kedai ni berkonsepkan cafe..tempat yang paling best untuk habiskan masa dengan anak-anak (yang dah besar & behave) sambil mencungkil kreativiti mereka.OOhhh..lepas ni nak pegi lagi..sebab mak pun nak panting clay jugak.

Feesa pilih sebuah clay berbentuk star, harganya RM11.90


Let's start the painting job!
Budak ni mula-mula cam takut2 nak cat, asik tanya,boleh ker kaler ni..cantik ker kaler ni??
Haaaiiihhh taram aje lah!



Ini cafenya..nak makan & minum pon boleh..tapi mak malas..kang tumpah segala.


Kat rak tu penuh dengan bermacam design clay, nak pemandangan ada, nak binatang,kereta, kapal terbang, angry bird,kuda semua ada...pilih jer.

Nampak tu...ada website dia..bolehlah you all terjah web dia..
www.plasterfunhouse.com

Lepas kita dah siap paint semuanya..bagi kat assistant kedai tu hasil kerja kita untuk di keringkan dan di syelek.Lepas tu kalau nak letak gold dust pun boleh.
Itu Feesa punya..sedang di keringkan.

Sapu gold dust.... okey dah siap..apalagi baliklah!
Yang ini boleh di gantung di dinding.
Hmmm..lupa pulak nak snap gambar yang dah siap tu.




Tuesday, March 13, 2012

WaLL PaPeR SuDaH PaSaNg !!

Hello semua..
Hari Sabtu lepas, wall paper man sudah datang fixed kami punye wall...tapi saya adalah tidak puas hati banyak..time dia fix tak pulak nak komen2..bila dia dah balik..
tak boleh tido malam la pulak.
So...solutionnya..nanti saya kena beli satu tin kecik cat kaler grey & touch up tepi2 yang tak fix tu..benornya kertas tu cukup..ada lagi lebihnya, tapi macam tak cukup sikit lah..so kalau nak pasang memang tak berapa nak ok kot..ntah lah!!End up saya cakap..pasang je lah asal boleh..




Kami pilih untuk pasang kat dinding sini, tempat meja makan


Selesai ukur..dia potong kertas tu..then sapu glue.

Start pasang....kejap jer kerjanya.

Dah siap....
tapi itulah..memang nanti kena touch up sikit..
At least....hhmmmm...3 tahun lagi baru tukar corak lah kot!

Monday, March 12, 2012

UmAr WiTh HiS FaV. ToY EvER !!

Hari Jumaat lepas,
mak bawak Umar Zidan ke office sebab on the way nak balik..mak dah janji nak belikan dia satu jeket kat Subang Parade.
Ok..jaket dah beli...macam biasa....jalan2 masuk Mothercare.Mak sajer nak cuci mata jer..sekali ini budak...asik nak beli itu lori sampah ajer..benornya tiap kali pegi Mothercare tu dia memang nak beli lori sampah tu...harga dah lah mahal..kecik pulak tu.After less RM21!! Bagi mak mahal lerr sebab lori "bodo2" jer...lainlah kot pakai battery ker pakai remote ker kan?Kecik pulak tu.

So ..apalagi..pujuklah ini budak bawak pegi Parkson pulak..dengan harapan adalah yang lebih bagus...or else lebih murah!
sekali ngko...hat yang paling besor dia mintak..ia ialah sebuah backhoe "bodo2" jugak...harga RM89.90..huwaaaa, aku ingat lari mulut buaya selamat..sekali masuk mulut naga lah pulak.Sudah dia usung kotak besor tu kulu kilir.



Huhuhu..hahahaha...
nak tak nak..??
kalau ikut aku..memang tak nak...sebab confirm backhoe tu tak boleh buat gapo??Kecuali kita jalankan..sorong sana..sorong sini..kot ada control aku belikan dah.
Ini hat biasa2 tu jer...
so...sessi memujuk kembali..
Selamat lah..mak ni jenis terror bab2 memujuk ni, anak2 dengan mak..tak tau antara mereka takut dengan aku atau memang aku terror pujuk dia orang..selalu memang berjaya without failed!!

hoooorraaayy! selamat duit mak..tapi, tak sampai hati gak benornya..sebab dah 3 minggu janji nanti mama belikan..nanti papa belikan..tapi tak beli2 lagi.
Kena ajor gak budak2 ni..jangan asal ko tunjuk jer semua dapat..kena lah belajar "mengidam" dulu..macam mak ngko ni!!kehkehkeh..
akhirnya kami belikan ler jugak....

hahahaha..beli kat Mydin jer weh..baru RM15.90..lagi best Umar Zidan main sampai bawak tidor..letak sebelah dia..siap bagi goodnight kiss & bye-bye bagai..
ooo terharunya!
La ni dia tengah merengek mintak aku belikan pasir..tapi kaler oren!!
Haddoiii..macam2 lah budak ni!

I BiKiN PaVLoVa !!

Semalam..
sempena birthday Hamzah..
kita bikin pavlova..
walau ntah jadi ke tidak..tapi rasanya tetap pavlova..
mungkin nak dibandingkan dengan pavlova kat restoren Serai di Empire tu memang jauh panggang dari api ...at least..percubaan yang berjaya untuk seorang ibu di rumah sendiri.

Nak cuba..
tiru saja resepi ini...di sini

Cuma apa yg ku nak adjust...1 cup sugar dalam adunan me-rang tu adalah sangat manis.so kurangkan menjadi setengah cup shaja.







Selamat mencuba..
lepas ni pun nak kena buat lagi..I punya cam tak cantik jer.

HaMZaH TuRN One YeSteRDaY !!

Happy Monday Morning all..
semalam birthday Hamzah Qayyum yang pertama!!
Happy la sangat mak ni kan...anak dah 1 tahun pun usianya..
gigi pun dah 3 batang..bawah 2 dan atas pulak 1..oohh sangat weird pemandangan satu gigi di atas! kekekekek! selalu gigi akan tumbuh bersama 2...2!Ini tidak..sebatang ajer tumbuh di atas tu.

Ok, let's share apa yang kami buat semalam....satu hari mak bergelumang ngan anak2..bila papa mereka menjadi volunteer bekerja sampai 16jam semalam.Bravo bang..hujung bulan I merasa pakai beg Gucci kalau cam ni!

Hello semua! Ini muka budak tak mandi pagi lagi..,as always Hamzah memang ceria sahaja selepas bangun tidur.

Kemudian...selepas semua dalam rumah tu dah mandi....
acara gilang gemilang pun bermula...
iaitu acara menyanyi lagu "selamat harijadi" lead by Feesa & supported by Umar Zidan pun berkumandang...
dan semalam..Hamzah Qayyum terlebih gula sebab mama kasi dia makan birthday kek iaitu..
home made pavlova!!
waaawwweeee...


"uuuiii..apa tu??"

"meh la jemput makan sekali kaka & abam"


'tak nak ker? kita makanlah dulu"


"uuiiii, tak sangka sedap, pandai mama buat"
;;)))..
"baik cekop dua tangan terus"


"lahai...sikitnya, dah habis dah, jilat mangkuk pun jadilah, kasik licin"

Haaa...jangan tak caya..Hamzah pun dah pandai berdialog..sebab anak-anak mak pesen semua mulut time kecik2 gini cam anak burung..asik berkicauan ajer....sedap ajer mendengar.
Dah besar sikit cam Umar tu..mak rasa nak tenyeh2 ajer..pandai berbahas pulak kaedahnya.
Dah besar Feesa lagi pulak..mau konfrantasi kami anak beranak seharian.

Alhamdulillah...Allah panjangkan umur Hamzah Qayyum untuk bersama-sama kami dalam kehidupan ini, dia dah pandai melangkah 2-3 tapak dan jatuh..satu permulaan baru dalam kehidupannya selepas ini...
semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat!...
begitu juga kepada semua anak-anakku!


Wednesday, March 7, 2012

IkEa SaLe !!

Mulai 8hb sehingga 25hb Mac!
So apalagi..
lampu yang kita sibuk nak beli hari tu dah ada discount..
dari harga RM49.90..now cuma RM40. Jimat RM9.90
Barang-barang lain pun ada...kalau nak check website ikea ok!



ShEPhErD's PiE !!

Hello semua...
Hari Ahad lepas kita masak shepherd's pie you all..
tetiba rajin pulak kan??
pernah ker makan masakan ni you all?? Kita ni..first time buat, first makan jugak..Alhamdulillah manjadi (lah kot)..sebab semua yang kat rumah suka makan.
HHmmm....so, dah tau dah cemana nak buat inii pie lain kali..senang bebenor...satu jer, pie ni guna kentang untuk tutup permukaan intinya dan di bakar.



Selalu orang buat pie guna casserole..hukhukhuk..orang lubuk macam kita ni mana ada casserole lagi..tengah naik kapal nak datang sini..ko tunggu!! Lepas ni aku masak pie lagi guna french white casserole!1uuppssss...budi bahasa ntah kemana ..lupa kita!

Ini lah hasilnya..malas dah nak snap sana..snap sini..sebab tak sabar2 nak mamam..uuiiitttt!
4 bintang kuas dua kita bagi!!
sedap!
Nak resepi??
ntah kat celah mana ku ambik..tapi yang ni hat the very simple one!!
Tatata!

Tuesday, March 6, 2012

RoUnD CoReLLe MaMpu MiLik !!

Salam all..
tadi dah update Corelle Square
kali ni koleksi Corelle Impression pulak...

Setiap set mengandungi :-
4 pinggan makan
4 piring
4 mangkuk
4 mug

So, kalau sikit sangat...hambeek la 2 set..sedang2 ajer dah tu.
Nak beli lemari ker apa ker kemudian..beli pinggan dulu..simpan dalam kotak..tak reput punyer.Tapi yang reput harganya..
harga macam ni tak tentu thn depan pun dapat..ntah2 bulan depan pun tak dapat dah rege gini...cuma RM350/per set!!

Malah...boleh dapat harga palliinng murahh!

Kali ni jer kita jual boleh bayar 4 kali..lain kali kita mintak 2 kali jer kot...

nak raya ni....beli kat sini apa celop??? mahei tu...bendanya sama jer.
Jom tengok2..

White Flower


Camelia

Callaway



Freesia

Summer Meadow

Chutney

Apricot Groove

Pewter

CoReLLe MaMpu MiLik !!

Assalammualaikum semua..
hari ni saya nak jemput semua kawan-kawan cuci mata seterusnya beli lah apa yang saya jual dalam blog ini buat julung2 kalinya atau yang terakhir kalinya.
dengan kaedah paling mampu untuk kita semua miliki iaitu set pinggan mangkuk dari jenama Corelle ini.
Cuma ada beberapa perkara yang haruslah di beri perhatian untuk memilik set 16pcs ini.

1) Pre order ditutup pada 20/3/2012 supaya barang ini semua akan sempat digunakan menjelang hari raya nanti..ETA early July.
2)Deposit untuk satu set ialah RM100 sahaja
3) Balancenya boleh di bayar secara ansuran selama 4 kali (RM62.50) atau lump sum apabila barang sampai nanti.
Tak payah guna calculator nak kira bagai sebab satu set cuma berharga RM350 sahaja.

Oleh itu....
bila saya dah lantik diri sendiri menjadi mak Corelle..
saya juga nak ajak kawan-kawan yang sudi jadi anak Corelle saya..
lebih discount & yang pasti..saya bagi harga paling murah di alam maya ni I tell you.
So cepat sebelum terlambat!!

Sila email saya atau letak email kawan-kawan kat bahagian comments :

amminafeesa@yahoo.com





Simple Line

Daisy Days




Urban Arc



Kobe


Bumbo Leaf

Hanami Garden

Paper Shadow


Fine Lines

Shadow Dance

Happy Days

Popular Posts