Tuesday, February 28, 2012

DiSaMpUk KuAsA MiStIk ??

hahahahaha..
tajuk mesti glamer kasik orang nak jenguk blog
padahal aku punya sakit ni tak berapa nak mistik..tapi mistik bagi kategori aku sendiri lah..sebab payah gak nak ubati
setakat ni dah nak sebulan aku menghidapi penyakit ni...
ia adalah penyakit "malasnakmasakentahkenapa"
secara saintifiknya...
aku malas masak sejak ternampak ular tedung kat belakang rumah kira2 sebulan yang lalu...adakah aku tersampuk apa2??
Tapi itulah last sekali aku masak banyak2 makananan...
sehingga last Khamis aku cuma masak apa ntah..aku pun dah lupa.
Lagi teruk punya penyakit..sampai makan pun tak berapa selera..paham2 aje lah, kalau dah tak selera nak makan..nak masak apa tah lagi.
Lagi tambah sakit..bila Encik Am semedang takde kat rumah waktu malam..so memang mak skip masak habbesss wa cakap lu!!
Habis takkan anak2 tak makan...
yang kecik2 mak buatkan bubur nasik pior punye..takde garam, takde bahan perisa takde bahan sampingan.cuma beras ngan air..kan malas!
Hamzah nak makan ker tak nak makan ker mak paksa gak.Hahahaa.kenyang gak!
Umar pun mak paksa..tapi dia kena la letak sikit kicap + gorengkan telur.Itu je pun kalau mak masak..
kalau tak belilah goreng pisang ker..mee goreng ker kasi depa makan..kalau Feesa pulak, petang makan kat umah nenek dulu.Budak ni kena pastikan dia kenyang..kalau tak..memang tak tentu lagi dia boleh tido malam.

Okey...petang ni konon2 nak masak nasik goreng..tapi belum tentu lagi sebab nak pegi pasar malam beli ikan & sotong...dengan harapan semangat memasak untuk suami dan anak2 kembali seperti sediakala....aku benornya jenis muak makan kat kedai kalau dah lebih 2 kali...nanti mulalah tak nak makan semua.Mana mak tak 47 kilo jer?

"semangat memasak.....cepatlah meresap ke jiwaku..barulah suamiku sudi belikan periuk belanga baru"

No comments:

Popular Posts