Monday, July 18, 2011

RuMaH aKu AdA uLtRaMaN....RuMaH Ko AdA Ke ???


Mereka adalah ultraman Taro bersaudara...
tinggal di Seksyen 17 Shah Alam setelah negara Jepun di landa Tsunami yang hebat pada Mac yang lalu.
Pada ketika bencana tersebut melanda, Taro Jr (yang kecik lagi pendek tu) baru di lahirkan dan terus di hantar ke Shah Alam untuk tujuan "pengekalan" waris dan keturunan Ultraman di muka bumi ini.
Selepas ini....tiada lagi keturunan Ultaraman yang berasal dari negara matahari terbit itu lagi..
kerana mereka semua ada di rumah aku.





Krisis identiti....
si Taro Sr (abang Ultaraman) tetiba terkam adiknya..
sebab dia ingat dia jadi raksaksa pulak.
Haihh....cemana nih??


Lepas kena terkam..si adik tidak berlengah-lengah lagi untuk transform dirinya menjadi Ultraman semula.
Dibantu BEN10 (jam tangan)..maka dia akan jadi Taro yang lebih perkasa lagi.



Taro Sr : wek..wek....tak jadi pun!!
Taro Jr : Cemana nak jadi...jam aku tercabut!!
Nanti kau!





Rasakan kuasa aku..sebelum itu, posing dulu!


Malangnya...Taro Jr masih belum boleh nak keluarkan montot dia dari kerusi hijau itu...maka episod Ultraman kita tamat disini sahaja.

No comments:

Popular Posts