Friday, June 10, 2011

MaRi BuAt PuDiNg !!!

Bila angin rajin menyepoikan bayunya,
mak budak ni rajinlah sikit,
kali ini kita buat puding triffles...
resepi adalah di cilok dari ntah mana punya blog..
I pun dah lupa..
tapi yang penting..sedap sehingga menjilat bekas tupperware...dan I buat sampai 2 kali you!!
Kelllaassss tak kerajinan I kali ini....sungguh tidak terperi!

Okeh...bahan2nya....




Kek Swiss Roll beli di Giant
Susu Sejat
Cocktail Buah-buahan
1 paket agar2
Gula
Tepung Kastard
Yogurt



Mula-mula..potongkan kek dan susun seperti di atas, kemudian siramkan dengan syrup dari tin cocktail buah-buahan supaya kek itu lembut.




Selepas tu...bolehlah...masak susu sejat, air 1 tin susu tu & 7 sudu gula.Sesambil tu...bancuh 4 sudu tepung kastard bersama setengah tin air dalam bekas lain.
Bila susu dah mendidih, kecik kan api dan masukkan bancuhan kastard pulak.
Kacau sehingga likat sedikit dan tutup api.



Biarkan kastard tadi sebentar (dalam5 minit)...lepas tu korang siram lah atas kek tadi.





Dah lepas siram.....taburlah buah-buah cocktail tu....biarkan sekejap sesambil masak agar2.
Ikutlah instruction kat peket agar2 tu kan...
lepas tu siram pulak agar2 atas lapisan buah tadi...
kemudian dah siap..masukkan dalam fridge.Makanlah bila agar2 tu dah keras, sebelum tu..
I letak kan yogurt di atas permukaan puding tadi..so ada rasa masam2 sikit untuk lawankan dengan manis-manis buah tu.

Selamat mencuba!!!

2 comments:

Sofya said...

yg tepung kastard tu mmg tak lembut ka? tak keras macm agar2 ka? pernah try n jadi camtu tapi xtahu la kira jadi ke tak tu..

ammi said...

tepung kastard tu tak buat jadi keras cam agar2...tapi mcam puding laaa..kan smooth jer...

Popular Posts