Monday, May 16, 2011

SeLaMaT HaRi GuRu !!

Kepada guru-guru yang pernah mendidik daku...
walau tak berapa menjadi pandai..
at least aku tidak lah begitu bodoh...
bolehlah nak main internet dan bergoyang kaki di office..
walau bukan duduk di bangku pengarah!

Terima kasih cikgu.....
walau aku jarang kena marah di zaman persekolah..
tapi sebenarnya.........pernah jugak!
Rentetan pengalaman yang memalukan diri sendiri...
biar ku kenangkan di sini...tak nak aku tanggung sediri kan...
marilah .....aku ceritakan sedikit pengalaman yang aku sendiri malu dengan diri aku...

Cerita dengan Puan Ong!! (aku tak sangka cikgu ni hidup lagi dan sekarang tengah ajar Feesa pulak)
Ketika itu tahun 1989 (aku darjah 3 Melur)
aku kena cubit sepulangnya dari pergi ke tandas...
sebab apa??? sebab sebelum aku keluar ke tandas....
aku telah melipat muka surat tengah report card milik Kamarul Zaman (ngko hidup lagi ker tidak?)
So cikgu tu terus panggil aku kat depan dan tanya siapa buat..?? (off course aku tak ngaku) tapi ada pulak kawan aku mulut puaka ni pegi cakap aku yang lipat..padahal dia tu rakan kongsi aku yang berkomplot membuli Kamarul Zaman ni..
cissss bedebah !! Lansung aku kena cubit kat perut..
adalah sangat memalukan okkey untuk menjadi mangsa cubitan seorang cikgu di khalayak kelas ketika berumur 9 tahun!!
Memori yang menjadi kebencian aku...
Oleh itu..aku pesan kat Feesa..bahawa Puan Ong itu garang...!! (tapi aku tak cerita yang aku ni nakal)
Harap dia paham dan tidak mengulangi kisah aku di tahun 89 yang lalu...kalau tak....aku geget ngko Puan Ong!! (keh keh keh!!)

Kisah tahun 1992 pulak....(masa tu aku darjah 6 Anggerik)
- Cikgu kelas aku namanya cikgu Baharin...
aku ni tak tahulah..kategori kuat bercakap kat kelas kot..sebab bila selak balik report card aku masa sekolah..semua komen cikgu.."kurangkan bercakap, beri tumpuan waktu belajar"
hagaknya haku ni kuat borak kot di mata cikgu...kah kah kah!Tapi aku rasa aku biasa2 jer...borak pun hagak2 jugak..itu pandangan haku lah..yang nak membela diri sendiri.kikikiki!
Sekali kan..cikgu ni pun pernah cubit aku....
sebab aku ni kuat nooorrr melawan cakap dia (bukan lawan..tapi berbalas)
asalnya aku duduk pada barisan ke-2..
akibat sakan membebel jer haku ni...
cikgu letakkan aku kat meja depan sekali ngan budak lelaki...
aku nak tunjuk protes..korang tahu tak aku buat apa..???
aku buli budak Azmi yang duduk sebelah aku tu...so budak tu selalulah mengadu kat cikgu aku kacau dia! Cikgu Baharin pun pening kepala ngan perangai aku...
kalau tak aku duduk dengan Sofia..yakni cikgu kelas Feesa sekarang..
ooohhhh Cikgu Sofia..jangan ko cerita kisah silam aku kat anak aku sudah ler...!
Kah kah kah.....nakal jugak aku ni yer..patutlah anak aku....dot dot dot!

Okeylah...itu baru cerita sekolah rendah...belum sekolah menengah lagi..
buat guru2ku tersayang....
Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu setiap kali selepas solat..
moga cikgu jugak doakan anak murid cikgu yer...!!

SELAMAT HARI GURU!!

No comments:

Popular Posts