Tuesday, May 31, 2011

MaLaS MaSaK TaPi NaK MaKan ....

huh...
bini siapa lah tu???
hmmmmm......lama dah ku tak masak...
pertama sekali MALAS! Tiada alasan yang lagi molek nak back up diri sendiri ni...
hujung minggu yang lalu..masakkan bubur nasi & goreng ikan bilis jer untuk anak2...
sian anak2...tapi apa nak kesah...asal mak ko ni masak...mak orang lain ko jangan kisahkan!! hahahahahaa!!!

Kedua nya - stok barang basah (ikan, udang..soton ker) takde tempat nak simpan.Freezer dah jadi tempat tukun susu EBM, sampai beli nugget sepeket pun jenuh nak sumbat..kang dah sumbat susah nak keluar pulak.Mau berterabur botol & bag EBM aku....huhuhuhuh! Alasan..terbaekkk!

Hari ni tiba2, aku berkobar2 nak masak untuk keluarga....sekalinya aku ada plan nak pegi hospital pulak.
Macam cancel la jugak harapan nak memasak.......
Umar Zidan semalam tunjuk protes nak sangat merasa masakan mak dia ni kot...dia bantai makan nasik sejuk dalam peti ais.. Laki aku pun...nasik kalau simpan dalam peti sejuk bukan boleh makan balik bang oooiii..keras jadiknya!
oohohoh..aku lupa nak ajar dia..lantaklah bang ooii!

Janji hari2 aku masak air!!

SaLmON NaK DaTaNg LaGi !!

Hallo..
kepada semua peminat salmon...
pre order di buka sekarang...

harga terkini : RM38/kg!

Sila bank in duit pre order per kg kepada saya kalau nak beli..
balance COD!
Boleh ambik salmon di Giant Seksyen 13 atau datang ke rumah saya, Seksyen 17 Shah Alam @ Subang Jaya SS15 (office hour)

BaJu HaRi RaYa....


hahahahaha.....
kalau cerita pasal baju raya anak2...
aku ni selalunya lebih advance.....
belum puasa lagi....tak pun lagi teruk...belum tukar tahun lagi stok baju raya anak2 semua dah cukup.
Macam tahun ni....baju kurung Feesa dah settle kot...cuma tunggu tukang jahit siap jahit ajer lah kan...baju2 biasa dah ada...tinggal tunggu pakai jer...tapi tak tahulah muat ker tidak...seluar dah nak raya baru beli kalau tak alamatnya, time raya tu ada yang pakai seluar tak berkancing.
Anak dares semakin hari semakin berat...ingatkan makin hari makin selim..berat dah 30kg ngko...sikit lagi sama berat ngan mama camno nih????

Umar Zidan pulak...makin hari makin tinggal tulang.....berat tak sampai 10kg...baru 9.4kg!! Itu hari makan tak nak berhenti...sekali demam la pulak..lansung jadi cikeding ding dong!
Kali ni...hari rayaku semakin havoc...kalau last year nak hadap Umar Zidan yang tak reti dok diam...kali ni, tak tau la cemana "meriah" nya hari raya kami.Semalam terjah Jakel lagi...kali ni beli kain baju Melayu untuk the boys...konon2 nak sedondon la kan...
you all...kat mana tempah baju melayu budak yang morah yer????




Waaahhh! Comelnya kamu nak....ini gambar kenangan raya last year..oohhh, baju Melayu tu dah tak muat pun...lagi best, seluarnya dah missing in action!!

Monday, May 30, 2011

SaLMoN ....

salam all....
cerita salmon macam tergendala sebentar..
iyelah..banyak benda nak difikirkan bila mak kita tak sihat..
sampai ku mandi bersyampoo pencuci intimacy pun pernah...
haiii...ketatlah kepala aku lepas ni...wakakakakak!
runsing punya pasal!!

Okeh..berbalik cerita salmon..
by this week....kalau akak2 yang confirm nak beli ni bank in duit...
Ammi pegi belikan yer...
terus terang cakap..kali ni ammi takde ambik untung lansung...
beramal sesama insan namanya..
sebab boleh merasa makan salmon lagi.
Sekian terima kasih!!

Friday, May 27, 2011

AlHaMDuLiLLAh....JuMaaT LaGi...

Salam Jumaat kawan2...
Alhamdulillah...masih ku bernafas untuk ke sekian kalinya di bumi Allah ini...
sedikit berita gembira yang menceriakana hati ini untuk sekian hari..
my emak sudah beransur pulih..dan sejak semalam sudah boleh bercakap2 walau dalam keaadaan kudrat yang terhad.
Mak jugak dah menjalani 4 kali sessi hemodialisis...mungkin jugak sebab itu kesihatan mak beransur baik.
Tetapi...mak masih tak boleh makan seperti biasa...mak makan menggunakan tiub yang di pasang dari hidung..kesian mak! Semalam pulak tiub tu di cabut sebab senget...mak kata sakit rasa hidungnya..hari ni mungkin akan di masukkan semula tiub tu.hhhhmmmmmm....sabar ye mak!

Harap mak segera sembuh ....
asal mak boleh bernafas tanpa oksigen tambahan ... kami semua dah bersyukur sangat!

Thank you Allah!

Monday, May 23, 2011

CeRiTa DaRi HoSpiTaL ....

Salam kawan-kawan dan pembaca budiman....
terima kasih di atas simpati dan doa kalian untuk emak saya....
Hari Jumaat yang lalu...saya demam dan sakit kepala yang teramat sangat..ini semua gara2 terkena hujan pada petang Khamis yang lepas.
Jadi saya ambik MC pada hari Jumaat..cadangnya nak berehat2 lah dulu di rumah...
tiba2 pada pukul 3 petang...saya di kejutkan dengan panggilan talipon daripada adik saya.
Dengan nada yang teresak2 kerana menangis..dia bercakap tanpa saya paham bijik butirnya..
yang saya paham..saya akan terus ke hospital..tapi mula2 kena ambik ayah..call Am dan ambik Feesa terus.
Alhamdulillah..dalam tergesa2 begitu..Am di benarkan ambik cuti..jadinya dia boleh lah ikut kami semua ke hospital juga..tak tahulah saya kalau saya terpaksa sendiri nak drive sampai hospital..dah lah sakit kepala..
ayah jugak demam pada hari yang sama.kesian ayah! Ayah saya sudah berumur 71 tahun pada tahun ini.....hhhmmmmmm!!!
Sedih bila melihat keadaan ibu bapa bila mereka tak sihat di usia2 begini.Hampa rasanya!

Waktu kami sampai...ramai jugak adik beradik mak yang dah berada di sana...mak saya anak sulung daripada 11 orang adik beradik....9 orang ada di sini dan 2 orang tinggal di luar negara.Jadi yang ada di sini semua sudah datang melawat mak.

Hari Jumaat itu menjadi begitu pilu kerana.....
mak seperti meninggalkan pesanan dan "amanat" terakhir yang tak sanggup untuk di dengari..
kata2nya bagai sudah tiada hari esok lagi.....mak macam nak "berserah" sahaja pada takdir.
Mak jugak sudah pakai alat bantuan pernafasan ketika itu...
sekarang saya semakin jelas apa penyakit mak...
mak sememangnya pesakit diabetes sudah lebih 20 tahun...
jadinya..buah pinggangnya sudah rosak...
sekarang,,,paru2nya lemah (ada sedikit air)....membuatkan jantungnya lemah.
Darah dalam badan mak sudah tidak bersih akibat kegagalan buah pinggang...
jadi malam tu (malam Sabtu)..mak telah menjalani proses dialisis..
yang menjadi punca mak terus susah hati..
ialah sebab jantung mak yang lemah....tapi setelah mendengar penerangan doktor..kami bersetuju supaya emak menjalani dialisis. Doktor cakap..waktu ini masih dalam peringkat awal..
cuma memang ada beberapa kemungkinan sebab jantung mak yang lemah.
Bila dengar risiko2 begitu..itu yang buat kami semua teragak2 walau dah bersetuju..
semuanya kami serah pada Allah...
tapi dalam hati tetap berdoa semoga emak selamat....
Alhamdulillah,...sehingga semalam mak dah buat 2 kali proses dialisis...
dialisis ini di buat supaya darah mak bersih dari jangkitan dan boleh membuatkan paru2 mak cepat sembuh.
Pernafasan mak semakin baik walau masih menggunakan oksigen...dan 4 jam sekali akan ambik nebulizer.
Cumanya mak tak nak makan....ia takde selera...dia cuma nak minum sahaja..
nak tidur pun amat payah untuk mak..mungkin dari kesan ubat..keadaan persekitaran dan ketidak selesaan yang mak hadapi di sana.
Kami sedang usahakan untuk menempatkan mak ke wad kelas pertama....tapi masih tak di luluskan memandangkan mak masih di pantau rapi.
Semalam mak sibuk mintak ubat tidur dari doktor..tapi doktor tak kasi..dia rasa stress giler sebab tak boleh rehat untuk tidor..mak tidor kejap2 benornya, cuma dia jer yang tak perasan.
Saya rasa otak dia yang tak boleh tidur..badan dia nampak tidur jer...


uuiiiii...dah panjang mencoret..nanti saya sambung lagi dengan cerita terkini..

Thursday, May 19, 2011

iye.....

aku sedang berdukacita...my emak warded di HBTAR Klang sejak Hari Wesak.
semalam petang baru aku sempat jenguk mak..
sedih melihat keadaan emak..lagi2 bila berada di hospital kerajaan...
apa kan daya..
kalau aku ada duit mesti aku masukkan emak di hospital swasta....bila lah aku nak ada duit tu?
Mak kena radang paru2..iye ker? ntah la aku tak pasti benornya apa sakit mak kali ni..tapi adalah sedikit komplikasi berkenaan paru-parunya yang menyebabkan mak susah nak bernafas...so emak pakai alat oxygen tu.
Semalam jugak dada mak di tebuk..di masukkan wayar apa ntah..tujuannya untuk menyukat air dalam paru2 sambil mengalirkan air pada jantung..
lagi sekali aku tak confirm betul ke apa yang aku tulis ni...sebab masa aku datang tu..takde doktor pun..bila tanya mak..dia pun cam tak paham benor.
Mak jugak asik tidur aje kat sana walau keadaannya sangatlah tidak selesa.

Lagi haru...katil pesakit depan mak tu...."orang sewel" ngko!!
Orang seberang pulak tu...mula2 aku melangkah masuk wad 7B tu..aku tunduk jer..aku tak suka dengan "pemandangan" yang aku lihat sepanjang nak sampai ke katil mak tu...ntah, tiap kali ke sepital Klang ni..aku cam ngeri sangat!
Mula2 aku ingat orang sewel tu cakap dengan talipon..iyelah sebab cakap sorang2 kan..
sekali mak aiihh..macam2 cerita pulak yang keluar..sekali aku toleh..rupanya tangan & kakinya terikat pada katil..mulut memang non-stop membebel ntah haper2..kadang2 cakap..boss..boss!
akekekekeke!
Tak tahu apa yang sakit kat orang tu..tapi aku tau..otak dia pun sakit sama.

Mak...oo mak...
adik harap mak cepat2 baik....walau adik tau yang mak takkan boleh sihat 100%..tapi adik jugak tak sanggup tengok mak di cucuk sana sini!


* lagi kesian semalam masa makan tengah hari,,,
mak cakap dia tak larat sangat tapi nak la jugak makan sikit kan...mak makan sambil tangan tak berdaya..habis selimut & baju mak kotor...lepas tu mak cerita dia orang sediakan lauk ayam..sekali mak nak makan ntah macam mana..ayam tu jatuh ke lantai..menitis air mata aku (tapi aku sorokkan) masa mak cerita tu*

Sayangilah ibu kita selagi mereka masih ada.....itulah yang sedang aku buat...sebab kadang2 aku juga lalai menjadi seorang 'anak'.!!

Wednesday, May 18, 2011

KeRjA KoSoNg !

Hai all....
terbuka kepada lelaki yang tahan lasak/tahan telinga/dan tahan sabar untuk menjaga seorang warga emas (94 tahun) lelaki yang rich & famous!
Gaji adalah sangat lumayan....RM12/jam.
Tetapi...
adalah anda kena duduk sekali di rumah mereka iaitu di PJ.
Warga emas ni sudah terlalu uzur untuk mengurus diri sendiri...tapi beliau masih boleh bercakap dan dalam keadaan sedar.Cuma nya dah naik wheel chair!

Sesiapa yang agak2 mempunyai ciri2 di atas...
silakan meng apply kerja ini...!
Kalau beliau panjang umur...lama lah kot boleh kerja kat sana (gaji lumayan)
Kalau tidak....hanya Allah sahaja yang tahu!

Monday, May 16, 2011

SeLaMaT HaRi GuRu !!

Kepada guru-guru yang pernah mendidik daku...
walau tak berapa menjadi pandai..
at least aku tidak lah begitu bodoh...
bolehlah nak main internet dan bergoyang kaki di office..
walau bukan duduk di bangku pengarah!

Terima kasih cikgu.....
walau aku jarang kena marah di zaman persekolah..
tapi sebenarnya.........pernah jugak!
Rentetan pengalaman yang memalukan diri sendiri...
biar ku kenangkan di sini...tak nak aku tanggung sediri kan...
marilah .....aku ceritakan sedikit pengalaman yang aku sendiri malu dengan diri aku...

Cerita dengan Puan Ong!! (aku tak sangka cikgu ni hidup lagi dan sekarang tengah ajar Feesa pulak)
Ketika itu tahun 1989 (aku darjah 3 Melur)
aku kena cubit sepulangnya dari pergi ke tandas...
sebab apa??? sebab sebelum aku keluar ke tandas....
aku telah melipat muka surat tengah report card milik Kamarul Zaman (ngko hidup lagi ker tidak?)
So cikgu tu terus panggil aku kat depan dan tanya siapa buat..?? (off course aku tak ngaku) tapi ada pulak kawan aku mulut puaka ni pegi cakap aku yang lipat..padahal dia tu rakan kongsi aku yang berkomplot membuli Kamarul Zaman ni..
cissss bedebah !! Lansung aku kena cubit kat perut..
adalah sangat memalukan okkey untuk menjadi mangsa cubitan seorang cikgu di khalayak kelas ketika berumur 9 tahun!!
Memori yang menjadi kebencian aku...
Oleh itu..aku pesan kat Feesa..bahawa Puan Ong itu garang...!! (tapi aku tak cerita yang aku ni nakal)
Harap dia paham dan tidak mengulangi kisah aku di tahun 89 yang lalu...kalau tak....aku geget ngko Puan Ong!! (keh keh keh!!)

Kisah tahun 1992 pulak....(masa tu aku darjah 6 Anggerik)
- Cikgu kelas aku namanya cikgu Baharin...
aku ni tak tahulah..kategori kuat bercakap kat kelas kot..sebab bila selak balik report card aku masa sekolah..semua komen cikgu.."kurangkan bercakap, beri tumpuan waktu belajar"
hagaknya haku ni kuat borak kot di mata cikgu...kah kah kah!Tapi aku rasa aku biasa2 jer...borak pun hagak2 jugak..itu pandangan haku lah..yang nak membela diri sendiri.kikikiki!
Sekali kan..cikgu ni pun pernah cubit aku....
sebab aku ni kuat nooorrr melawan cakap dia (bukan lawan..tapi berbalas)
asalnya aku duduk pada barisan ke-2..
akibat sakan membebel jer haku ni...
cikgu letakkan aku kat meja depan sekali ngan budak lelaki...
aku nak tunjuk protes..korang tahu tak aku buat apa..???
aku buli budak Azmi yang duduk sebelah aku tu...so budak tu selalulah mengadu kat cikgu aku kacau dia! Cikgu Baharin pun pening kepala ngan perangai aku...
kalau tak aku duduk dengan Sofia..yakni cikgu kelas Feesa sekarang..
ooohhhh Cikgu Sofia..jangan ko cerita kisah silam aku kat anak aku sudah ler...!
Kah kah kah.....nakal jugak aku ni yer..patutlah anak aku....dot dot dot!

Okeylah...itu baru cerita sekolah rendah...belum sekolah menengah lagi..
buat guru2ku tersayang....
Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu setiap kali selepas solat..
moga cikgu jugak doakan anak murid cikgu yer...!!

SELAMAT HARI GURU!!

Thursday, May 12, 2011

OOhhh...DuGaaN!!

Semalam...
seketika saya menghadapi saat2 cemas...
takut sekali kalau terjadi lagi..
masa tu waktu petang...saya datang ke rumah mak untuk ambik Feesa..
cadangnya lepas tu nak ke Seksyen 7..
tapi bila masuk ke rumah...tengok mak tengah di urut ayah...
pada fikiran saya.."ohh, mak sakit perut lagik kot" (mak memang kadang2 sakit perut yang amat sangat)
Jadi saya pun tolong lah picit2 mak sekali...
sambil tanya2 mak...kenapa, sejak bila sakit? sebab pagi tadi saya call dia tak mengadu sakit apa2 pun...
sekali.......mak pandang saya tapi macam tak fokus..
macam mana yer nak cakap..matanya macam bergerak2 sana sini tapi dia tengok kita.
Saya macam pernah menghadapi situasi begini..
masa waktu sekolah dulu..yang saya pernah cerita tentang kawan yang kerasukan tu..
huwaaaaa... lagi takut..
bila mak tak menjawab lansung pertanyaan saya...dia cuma pandang...dan tiba2 melentok ke arah saya..tapi tak tumbang (masa tu dia duduk kat lantai)
Apa nak buat?? saya suruh ayah stop memicit bahu mak..sebab saya rasa mak bukan sakit "fizikal" nya..sebab saya tak pernah tengok mak dalam keadaan ini.
Saya terus mintak ayah pegi panggil kawannya yang pandai berubat tradisional..malangnya orang tu takde kat umah..
tapi ayah ni buat lawak pulak..tiba2 dia bawak balik mangga muda...
saya ingat benda tu nak buat ubat...
rupanya ayah ke rumah imam...imam tu pulak tengah mengait mangga...itu yang ayah bawak balik mangga.
Orang tengah cemas2 ni..ayah bersantai2 bawak mangga pulak..hadoi laaa!

Tak lama kemudia abang saya dan isterinya sampai...(sebab saya dah call)
masa tu mak baring jer..sambil depang tangan..
ada satu kali tu...mak macam mendengus2....bunyik cam apa yer??? cam lembu kot...
tak taulah cemana nak imejin...
abang terus pasangkan MP3 ayat2 Al-Quran kat telinga mak...
tiba2 mak nak duduk pulak...]
beberapa minit nak azan Maghrib...
tiba-tiba mak boleh bercakap....
dia cakap dia nak kencing....
kami ni semua sibuk lah dok nak papah mak masuk bilik air...
mak pulak sibuk cakap "nak kencing macam biasa' ulang2 kali..
(of course la macam biasa..ada ker kencing luar biasa mak ni pun)
Bila nampak mak macam susah sangat nak berjalan bila di papah...
saya cakap biarkan mak jalan sendiri..
sekali...........
memang betul mak elok macam biasa...
masuk bilik tandas...dan seketika dia keluar..
elok dah boleh bercakap2 macam biasa.
Bila di tanya2..mak cakap, dia tak perasan lansung yang kami datang dan tak sedar pun..apa yang kami tanya2.
Mak tiba2 berada dalam keadaan tidak sedar..
tapi masih boleh mengikut arahan..
sebab bila saya suruh minum air..berteguk2 dia minum..
bila saya suruh bukak mulut sebab nak suapkan air...elok jer dia ikut..
tapi bila kita tanya..dia tak jawab!

Segala2nya dah kembali normal walau kami tak harapkan mak boleh terus sihat serta merta...
malam tadi pukul 10 malam kami balik rumah..abang saya balik lewat sikitlah kot.
Pagi tadi saya jenguk mak lagi..mak ok...buat kerja2 rumah sikit..tapi saya larang..
saya dah kemas, sapukan rumah dan buatkan air minum dia pagi tadi sebelum pergi kerja.
Harap mak terus sihat...
Ya Allah....berikanlah kesihatan & kesejahteraan kepada kedua orang tua ku...
KAsihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani ku sejak dari kecil..
Amin Ya Rabbal Alamin!

Wednesday, May 11, 2011

BuSy WeH !!

Semalam baru start keje..
makanya hakak sangat busy...
hari ni pun sama...
tapi masih teringat..hari ni hari ulang bulan Hamzah Qayyum ke 2 bulan!
Esok sambung lagi..
chow!

Monday, May 9, 2011

SeLamaT hArI iBU !!

itu semalam...
macam mana you all menyambutnya...??
saya di cium anak sulung selepas dia bangun tidur dengan ucapan "Selamat Hari Ibu Mama"
aaahh...terharunya!!
Si bapak budak pulak...ucap hari ibu kepada mak budak ni setelah di ingatkan ajer..kalau tak?? Jangan harap kot....al maklum..kita bukan mak dia...tapi bila suruh ucap pada mak dia pun kena cakap banyak kali jugak...dasar tidak sensitip punya orang! Haiihhh!

Semalam...saya pun cuma peluk dan cium mak saya sambil ucap selamat hari ibu...tapi lepas tu..saya ajak mak saya pergi Pearl Haya ..kali ni belanja mak sehelai tudung.
Dan saya dah agak..mak terkejut nengok harga tudung tu...tapi sebab ada 30% +5% (untuk ahli)
saya belikan ajer..buat masa ni mak nak sehelai jer..nanti nak raya nak belikan lagi sehelai..sebab dah tau saiz...suka bila tengok mak gembira..mana tau mak gembira??
sebab mak cam senyum2 sambil bersungguh pilih dan carik saiz yang sesuai.Seronoknya.
Oleh itu..bila nak balik kampung mertua pulak tengah bulan 5 nanti..nak belikan mak kampung pulak.MEsti dia seronok jugak...!
(jangan adik hipar haku dok cakap tudung hendon pulak..mau haku sepak tayar kete dia)<>

okeh..itu aje nak coret....duit semakin tipis...
tapi sebab guna ayat2 magic yang laki saya ajarkan...berbunyi begini "masa ada duit nak beli..beli lah..dah takde nanti baru pikir"
(tapi haku heran..duit belum la habis licin kan..dia dah terpikir2 bila nak gaji...hahahahahaha!)

Saturday, May 7, 2011

mY woNdeR Kids!!

Tiba-tiba..macam baru tersedar...


ehhhhh, anak aku dah 3 orang!


Tiba-tiba jugak aku bangga tak hengngat! Bangga..memang aku bangga!

Bangga dengan anak2 kurniaan Allah...

inilah permata hati kami..





Si budak tepi sekali ni memang buas tak sudah..jenuh nak snap gambar..sudahnya dah rupa alien!




Kesian adik baby..kejap si Feesa tarik rambut Umar..lepas tu Umar tarik rambut kakak.

Lantak korang lah!!




BiLa JaKeL SaLe......aKu BeNgKrAp!!

huwaaaaa.....


2 Jumaat berturut-turut...ku turutkan hati melangkah kaki ke Jakel...


masa lawatan kali pertama....bawak Hamzah..makanya...capai ajer mana yang nak...


jadinya...bila balik termimpi2 nampak kain cantik..


makanya semalam...selepas balik mengurut badan...


anak2 pulak kat umah babysitter....


laki pulak sibuk nak buat taik mata..


haku dengan hati penuh berbunga....memandu terus ke Jakel...


pusing sampai 2 kali masa nak carik parking pun tidak menjadi hal..


dapat parking jauh nun di sana di waktu panas terik pun tidak menjadi penghalang..


ku gagahkan juga!!! (hakak memang gagoh perkaso pun..heheheh!)




Sekali masuk dalam...


"mak aiiii...cam pasar borong pun ada"


terus pulak terdengar perkataan "Happy Hour"

Makanya di lelong kain2 ela yang sepasang harga RM65 jadi 2 pasang RM80.

Haku pun tak terhagak....macam kena pukau pun ada...terus jer suruh budak tu potong hat ni sepasang hat ni sepasang..


kuang..kuang..kuang!!

Sambung lagi naik tingkat atas...mak aii....cam pasar malam la pulak!


Pusing 4-5 kali carik kain yang berkenan....



lepas tu naik atas lagi, bahagian langsir dan cadar..


merembat cadar la pulak...


heh!! duit bawak 50 hengget jer ni...


takpe...kali ni guna kad pelastik la pulak..lama dah tak seret!!




Sekali...bila dah potong kain sana sini....


boleh kad pelastik aku tak ade....what?????


Ohh my!! Selamat boleh guna kad ATM...maka gores dan bengkrap la haku bulan ni..


duit belanja bertahan untuk tempoh 10 hari jer lagi..


selebihnya mintak ehsan Encik Am..itu pun kalau dia kesian..


bila balik...baru ku tau..kad pelastik itu ada padanya.


Hampeh you bang!!







Time beli kain kat atas ni..adalah pada 2 hari yang berbeza..bila bawak balik rupanya sama ajer kalernya.


Time ni aku keliru warna...


kain kat atas untuk Feesa, anakku cakap.."apasal baju Feesa sama jer kalernya??"


Ntah!!






Hat atas ni haku punye....tetiba terkenan hat kelabu taik hanjing...(kain kasa rubiah)



Feesa pun kenan jugak...(dia adalah mempunyai ciri2 suka berbaju boria ngan mak dia..nehi,,nehi)



baju utama kononnya yang kaler coklat tu..tapi entahlah..kotlah tukar tema jadik kaler kelabu ker tahun ni.











ya ampun..dua kain kat atas ni lah yang rege 2 pasang rm80 tu...


aku tak pernah beli kain corak gini benornya..


terlalu ekstrem seperti pekerja atasan di sektor awam (mereka kan pakai baju cantik2 belaka setiap hari)


Lain lah aku....yang asiklah pakai baju buruk..


nehi..nehi...dah buang 3-4 helai baju kurung yang dah 4 tahun aku ulang alik pakai.


dah berbulu pun.




hhmmmm...memang over shopping JAkel aku thn ni...


sebab rasanya....akan pegi lagi untuk ke akhir kalinya...


wawawawawa!





Wednesday, May 4, 2011

KeMbALi MeNdIVaH .....

ha..ha..haak tuih la haku nak mendivah la konon!


Tapi ..minggu depan dah nak masuk kerja semula

oleh itu..kena lah dok perapi sikit penampilan ni

tak perlu baju kembang di perut lagi...

tak perlu kasut yang rata dengan lantai lagi..

marilah kita menukar kasut setelah setahun tidak bertukar.

Sekali pompuan ni ada selera nak beli kasut..

hambek ngkau...sampai 3 pasang sekali ku beli...


ntah lah...kenapa 2 pasang ni ku beli kaler lebih kurang jer...

satu lagi kaler putih...dah lenjan..

so tidak masuk dalam ini gambar..sebab ada dlm kereta.

kasut ku memang yang simple2 jer...(aka kasut mak nenek style)

jenama pilihan selalunya BATA..

tapi sebab kasut BATA tiada yang menarik...

belilah kasut Vincci hat 50%

Hat satu lagi tu pun memang kasut jenama pilihanku..

sebab ada 50% jugak lah haku rembat sepasang.


Selamat mendivah!!

BaNTaL OH BaNTaL ....!!

Holaaa

latelty kalau lepas bangun tidur..

mesti punya ada sakit kat bahu dan urat2 tengkuk ni..



ku bajet salah posisi tidur...ntah mengerekot cemana gaya ntah...al maklum dok menyusukan anak sambil membuta....freestyle gitu.

So....keazaman untuk membeli bantal yang memberi keselesaan dan kelegaan selepas bangun dari tidur itu penting hokkey....

menggigih ku carik bantal itu di sana sini....benornya kat mana2 kedai pun ada..tapi kalau menjadi diriku..haruslah mencari yang murah sahaja instead of the original price...eeeiiii tetiba ngengada tulis omputih!








Haaaaa....yang inilah yang ku beli..ada buluh campur arang lagik.



Jangan haku rentung sudah!!!







Nampak tu...apa kelebihan bantal ini...yang penting.."Stress Relief"!


Hak..hak..hak...nak cerita banyak tak boleh..sebab tak guna lagi..nak tunggu ketibaan tilam baru....baru nak rasmikan bantal ini.


Harganya RM45 beli kat Jusco.




Benornya ada macam2 jenis lagi tau..tapi ikut kitalah nak kelebihan yang mana satu..ada yang with Lavender, with Green Tea Leaf..lagi satu apa ntah..


korang kalau minat bolehlah jenguk2!



Tuesday, May 3, 2011

JaKeL TeNgaH SaLe....

hollaaa...
sekarang nak beli kain pun dah senang..tak payah nak meredah KL.Kat Shah Alam dah ada beberapa kedai jual kain..dan yang paling best mestilah Jakel..kakakakaka!
Baru-baru ni....hakak ni pegi lah menyopping kat Jakel ni..sementara ada sale kan..ingatkan 4 hari jer sale itu hari..menggigih hakak tak sedor diri baru benor habis pantang dah berdesup pi shopping....sekali sale tu dah lanjut sampai 17hb daaaa...
ohhh takpe....nanti dah 17hb duit dah takde..sementara masih berbaki duit ni..baik kita beli baju raya dulu.Sekurang2nya..dapatlah sepasang.
Sampai jer sana...(ohhh..kami pergi bertiga ajer..ngan Am & Hamzah)...terus membelek2 kain2 kat ground floor tu...memang cantik2 woooo...
tapi hakak tersangat minat nak pakai baju kain kosong takde corak ngan kain Thai Silk...
makanya.....kena pegi tingkat atas...ada escalator you....!
Maka hakak ni tergezut melaampau nampak kain2 yang cantik2 belaka....
mahal la pulak walau dah sale...tapi hok hakak beli murah2 jer...sepasang tak sampi 100 hengget pun.
Dapatlah jugak beli untuk anak dara gebu gebas tu jugak sepasang, tapi hakak ni jenis beli membuta jer...konon nak sama warna....last2..mak punya kaler coklat...anak punya kaler peach..tapi hakak 'set' dalam otak...."ooo....sedondonnya"!(bengongnya aku)
Nanti hakak masuk gambar yer...baru la havoc belog hakak ni..barulah korang pun berpusu2 nak beli kain baju raya, hahahaha!
Paling best....hakak beli baju kurung siap kain cotton...harga pastinya yg paling morah....kalau pakai 5-6 kali dah koyak ker..hakak redho aje lah..sebab 45 hengget jer sepasang..apalagi rembatlah 2 pasang buat pegi keje.

Tadi memang nak masuk beberapa gambar..tapi....tak taulah mana perginya camera canggih hakak semenjak Umar Zidan dah berakal menangkap gambor ala ala jurugambar propesional in the making....!Huh!!

KaSiHaN AnAk2 .....

Salam all.....
hari ni saya dah hantar Hamzah ke rumah pengasuh yang paling terkemuka sekali..
hahahahaha...umah siapa lagi kalau bukan umah Opah Peah.
Alhamdulillah sangat2....kalau tak sebelum ni memang saya tak tau nak hantar ke mana baby kecit ni.Sebab memang berharap sangat Opah Peah dapat jaga Hamzah bersama2 abang kesayangannya...si Umar Zidan....tapi tidaklah saya bertanya...sehinggalah my emak yang tolong tanyakan..Apa daaaa...anak dah berderet 3 pun masih suruh mak tanyakan..kikikiki!

Setiap kali menghantar anak untuk kali pertama ke rumah pengasuh....perasaan saya sedikit tersentuh dan bersedih...kejap je laaaa...
apa taknya....inilah nasib anak2 yang terpaksa di tinggalkan ibu yang bekerja...terpaksa membawa diri berdikari di rumah orang..huwaaaaa..sedihnya.
Saya dah pernah merasainya...saya tahu..bahawa duduk di rumah orang sementara mak pergi kerja tu sangat menyedihkan ya tuan2 dan puan2.
Untunglah pada sesiapa yang dijaga ibunya sepenuh masa semasa kecil...contoh terdekat...
Encik Am.....dia sungguhlah tak tau kenapalah bini dia emosi terlebih bila mula nak hantar anak ke rumah pengasuh...(rasa cam nak bom jer kepala dia..sebab suka gelakkkan haku!)

Oklah.....hari pertama di rumah pengasuh berlalu dengan jayanya...
minggu depan saya dah nak pergi kerja....dan bermulalah episod kehidupan kamu wahai anakku!!

Popular Posts