Wednesday, February 23, 2011

HaMpIR TiBa MaSaNya !!

Assalamualaikum kawan-kawan..
lama dah tak update kat sini..
semalam saya pegi checkup untuk minggu yang ke-38.
Doktor dah scan baby dan estimated berat baby sudah 3.1kg...plus minus mungkin dalam 200-300gm.
Saya sangat harap2 baby saya less 3kg sahaja...
sebab doktor sudah ajak temujanji check in hospital 1/3 nanti.
OOhhhhh tidak! melahirkan secara di paksa sangat menakutkan.
Lagi takut kalau kena ceaser...mana mau cekau ongkos 7-8k! Harus saya pengsan disitu situ jugak!!

Hahahahaha..
harap semua selamat ..yang penting!!

Kalau lah kata 1hb tu takde tanda2 nak beranak..memang saya akan postponed ajer check in hospital ni...saya nak bersalin 2hb lah..
senang nak ingat tarikh lahir kami-kami semua ni nanti..
mesti nak persamaan kan..??
Encik Am 2hb, Mama mereka ni 22hb..Feesa pulak 23hb & Umar Zidan 25hb...so eloklah kiranya si baby ni nanti 2hb sama cam papanya.

huhuuuhu..semua kita yang merancang...
tetiba pulak petang ni asik merengat2..
entah2 esok tak pun Jumaat.

Huuwaaaaaaa...selamat meneran!!

No comments:

Popular Posts