Thursday, January 27, 2011

UmAr ZiDaN - 22 BuLaN !!

Setiap 25hb....umur Umar Zidan meningkat lagi sebulan, maka pada 25hb yang lalu, beliau telah masuk umur yang ke 22 bulan.
Sekejap jer rasanya, dah besar anak jantan lasakku..mulut pulak dah pandai berceloteh, kadang2 betul apa yang di cakap, kadang2 cam mak nenek potpet2 tak paham kami bijik butirnya.
Antara yang paling kerap di sebut :
"mana kakak?"
"mana papa?"
"tepi aarr sikit"
"nanak" (kadang2 betul.."tak nak"
"ibuk laaaa" (sibuk laaa, kekekeke!)

Okeh...maka dengan rasa berbahagia dan bermurah hati, semalam mama telah belikan dia sebuah motorsikal kecil warna putih untuk Umar Zidan bermain di rumah.
Kesian dia...dulu masa Feesa kecik, kami kerap belikan Feesa toys yang mahal2 dan besar2.
Seingat mama ni, Umar cuma ada 3 toys sahaja, yang lain2 semua Umar Zidan main hak kakak punya. Itu pulak kelebihannya bila beli mainan yang berkualiti ni..tahan lama lah kan..tau lah bebudak ni main cemana?







Jeng..jeng!!
Comel tak?? Mak suka tau..Feesa lagi suka...sayang seribu kali sayang..Feesa tak boleh la nak numpang..mau ranap semua tayar motor tu.
Kami beli kat Puchong, nama kedai tu DRC Toys, kat mudah.com mereka ada advertise iklan kereta/motor berbateri ni.

So, ini adalah hadiah untuk harijadi Umar yang ke 22 bulan merangkap yang ke-2 thn pada 25hb Mac nanti, sebab time tu mama dia berpantang, so mungkin takde celebration kaedahnya!

1 comment:

Ya ALiya said...

selamat berpantang...insyaallah sebaya la nak kita untuk 2011 ni....due ya bulan 9 t....

Popular Posts