Wednesday, November 24, 2010

CeRiTa BiaSa SaYa !!

Lately takde mende nak cerita sangat..
aktiviti selain buat keje ala kadar kat opis ni
saya adalah sibuk bershopping internet dan bukan internet
ini hari sibuk di Reject Shop warehouse sale..
beli baju baby sahaja..
Encik Am cakap jangan tunjuk kat orang dah...nanti kena tolong pi beli pulak.
Benornya dia tak kisah..
saya pun tak kisah
kisahnya terucap setelah..balik shopping..bini dia buat muka senget benget sebab penat.
Tapi saya memang suka buat keje tu..apa nak kata bang..
selain bukan duit kita yang punya...napsu serakah tu dapat di salurkan ke tempat lain.
Janji puas hati..
adoi laaaa!!!

Tuesday, November 23, 2010

ProGrAm CuTi UnTuK FeeSa !!

hahahahaha...
cuti pun dah start..
so saya dok mikir2 nak masukkan Feesa any short school holiday programme untuk dia.
Search punya search...
saya jumpa program ini di Dzul Iman.
Nak hantar dia ke kelas Qiraati selama cuti sekolah ni..memandangkan bila atuk @ nenek yang ajar dia mengaji kat rumah..dia asik mengelat malas jer..
baik di hantar ke formal class terus.

Kat Dzul Iman ni ada kelas KAFA jugak..
rasanya kalau takde aral dan masalah pengangkutan nak ke sekolah tu akan hantar Feesa belajar KAFA kat sana jer.
Tempat paling dekat dengan kediaman kami ialah di Seksyen 23...so time cuti ni kenalah mintak tolong atuk yang hantar dan ambik.
Masuk darjah 1 nanti harap2 ada transporter yang datang ambik dan hantar pulang.Senang ..tak payah nyusahkan atuk.

* mak budak sedang pening memkirkan bajetnya cukup ker tak??*

GeRaM GiLeR !!!

Kat siapa?????
Kat jiran depan rumah..!!
sebab Apa???

Sebab semalam petang..sedang anakku Umar Zidan main main depan rumah (dalam pagar rumah)
Jiran lelaki depan rumah tu boleh park kereta dia betul2 depan gate rumah aku dengan keadaan laju dan brek mengejut..sedangkan anak aku ada depan pagar tu.
Kot lah jadi apa2 ker..terlajak ker...terhenjut ker kereta dia tu ke depan.
Anak aku nak jadi apa??
Bongok tau orang macam ni...
bahay betul..
aku tau la dia nak parking sekejap jer sebab ada lori nak turunkan barang kat rumah dia..
tapi cara dia nak parking sementara tu dengan anak aku yang ada kat depan gate masa tu buat aku geram.
Lepas tu dia gelak kat aku sebab anak aku lari ketakutan.
Heeeiii...bengap nyer!!!
rasa cam nak lempang dan kasik amaran!!

Monday, November 22, 2010

VeRaNGaN NaK SLiM !!

waaaaaHH
belum bersalin lagi dah sibuk nak menyelim!
ini mak budak dah angau2 dan mimpi di siang hari nak beli baju gini untuk lepas pantang nanti..
tau lah..time pantang saya ni tak suka pakai bengkung okkey! Kalau pakai pun adalah 7-8 hari jer...selebihnya, free style gitu!
Kerana itu lah spare tyre tak pancit2 sampai anak umur 2 tahun!
At least kalau pakai baju ni kat dalam..dari luar kita boleh la menipu orang di sekeliling dengan pujian mereka kelak !
Hamboiii....."cepatnya selim lepas beranak"
Suka tak dengar pujian begitu walau hakikatnya tidak laaa??

Tak kisah laaaaa....baju di atas adalah daripada sebuah laman web dari USA...kalau ada yang teringin jugak...boleh la order melalui agent2 di USA seperti Soyaree Closet ini.

Baju2 ini pulak boleh di view dari web site ini Spanx.


* nak menabung dulu sehingga tahun depan*

UmAr ZiDaN NaK UmUr 20 BuLan !!

Dah besar panjang anak bujang sorang ni...
25hb ni genap dah umur dia 20 bulan!
Gambar ni masa dia tengah tidor semalam lepas balik dari Tesco...
dah tak berbaju sebab bajunya basah kena air...
Sikit hari lagi dah nak jadi abang,
macam kesian sangat! Apa nak buat...tak dapat manja2kan Umar lama2 macam kakak dapat dulu.

Itu laaa..memang selalu orang cakap...anak ke-2 ni akan ada perangai pelik sikit dan lain dari anak2 yang lain.
Yang pastinya..Umar Zidan nampak lebih manja pada mak dia ni..tak macam si kakak dulu!
Ohhh lupa..kakak dulu sangat pandai berdikari, sebab tu buat tak kisah jer ngan mama dia!


Jangan nakal2 eekk!

Friday, November 19, 2010

PoNeY WaReHoUSE SaLe !!

Hari ni I pepagi dah terpacak kat SACC Mall nak menyopping Poney...
kata bukak pukul 10 pagi, maka orang yang bijaksana menepati masa cam I ni soheh la 950 dah ada di sana.
Sekali dia bukak pukul 1030 ngko! Bongok tau..penat I ke hulu hilir tanpa tujuan!
Yang pasti...ini hasil shoppingan..untuk anak sendiri dan anakbuahku!




Baju Umar Zidan setakat tawaf hari pertama hanyalah 3 helai baju + 1 seluar pendek
Setiap satu tees berharga RM9 dan kemeja tu RM15.






Baju anak buah...
Tees ada 4 helai..setiap satu RM9 kecuali yang berkolar tepi kiri tu RM12.
Gown yang sangat comel itu cuma RM19.

Petang ni ada satu lagi trip tawaf untuk satu lagi misi kiriman orang.

Ada lagi 2-3 helai baju tak ambik gambar..sebab baju budak besar (Feesa) yang dah tak begitu comel!!

AnA SuZaNa BuaT GiVeAwaY !!



Hello Ana.....
ku sudah join..kerana sangat tertarik dengan hadiah yang di tawarkan...
kakakakakak! Kalau tak best hadiahnya..kim salam la nak masuk contest2 ni...kikikikii!
Dengan penuh harapan..aku lah yang menjadi juara!!!!


Tag kepada : Mamataya Meabadi & Kak Neisya



Syarat2 nak join mudah je :

1. Keutamaan bg yg jd followers blog ana.. yg takde blog pun boleh gak jd follower, just create google akaun je..

2. Copy paste entry ni balik dan Letak banner ni kat sidebar korang bagi yg ada blog.. yg takde blog korang email je ye..
3. Tag 2 org kawan anda..

4. Yang dah join sila letak link kat komen ye.. utk ana buat terjahan.. takyah wish apa2 pun.. nak wish pun leh gak.. kekeke..
5. Keputusan ana akan umumkan pada hari anniversary ana pada 28 Nov nanti..

Hadiah2 yg di tawarkan :
Hadiah utama : Size P2-M


Hadiah Kedua : Size P2-M

Cepattt.. ada seminggu je.. tarik tutup 26 Nov okey..

Sayangggg Koranggg...!! Muahsss..

Thursday, November 18, 2010

Pagi RaYa QuRBaN !!

Selamat Hari Raya AidilAdha....
walaupun tak kemana2 sebab cuti cuma 1 hari...
bebudak ni sibuk jugak nak pakai baju raya bila nengok papanya pakai baju Melayu nak pegi sembahyang raya!





Mak dia pun sama okkey..
(sekarang makin tak malu tunjuk muka dlama blog)
Nak tunjuk tudung baru yang terdondon pulak dengan baju purple ittew!
lalalalalala...





Eeeiiiii...cam samseng seksyen 17!
Tak pegi mana pun..ronda2 naik motor sambil melihat kambing dan lembu yang belum terkorban selepas tu baru balik kampung emak!
Makan..makan dan makan!

KeK CaNtIk MaNis !!




Cantik tak kek ni...??yang penting rasanya pun sedappp sangat! Ammi tempah daripada seorang amatur pembuat kek di Seksyen 7 Shah Alam.Tempat sama Ammi tempah untuk birthday kek Feesa.
Tapi yang ini ambik flavour butter vanilla, cadang2 nak buat 'kepala meja' untuk hari raya semalam kat kampung...
tetapi...tinggal kenangan sebab....



Semua orang dah tak sabar nak ngap pada malam hari raya tu jugak...termasuklah si kecik ini!




Terkorban sudaaaaa...

Tuesday, November 16, 2010

TooL BoX BuDaK KeCiK !!



Comel tak??
Berhajat nak carikkan mainan berasaskan tools buat Umar Zidan.
La ni dia memang menunjukkan bakat2 semulajadi nak menukang dan me'momen'
kalau dapat screw driver kat umah..habih dia ketuk TV bagai...terbalikkan basikla ride on dia tu dan proses menukang pun bermula.
Kadang tu lagi advance..sampai si Feesa pun di ketuknya sekali...bahaya ini budak.
Harus beli hat plastik jer untuk dia.
Nanti lah..mama pi tengok kat kedai roncit..berapa regenya??

FeeSa AmBiK SiJiL !!


Konvokesyen tu namanya...
Tarikh : 12hb November, 2010
Waktu : 8.30 pagi



Camera mak ni hampeh betul..ntah kenapa dia gelap gelita!

Penuh cam bulan muka anak dara mama ni.Comel!! ;)
sebelum tu..dia tak perasan mak dia ni dah datang..sebab dah ramai dalam dewan tu...melilau2 dia mencari muka mak dia..mukanya monyok betul! Sekali bila dia dah nampak mak dia...ceria sungguh...ku bayangkan , kalaulah ku tak dapat datang masa tu..kesiannya anakku!

Muka ceria sesambil menunggu giliran ambik sijil bersama kawan2 sekelas.

Monday, November 15, 2010

BukU MuSiM CuTi SeKoLaH !!

Semalam dah start shopping buku2 untuk Feesa habiskan sempena musim cuti sekolah hujung minggu ini.
Dan dia jugak telah ku belikan buku siap sedia untuk budak darjah 1.
Sekali nengok..alahai, senangnyer!! takkan macam tu ajer silibus budak darjah 1..harap Feesa cepat paham dalam tempoh cuti sekolah ni.
Buku kanan tu pulak..buku cerita.




Mak Feesa ni suka sangat buku cerita tu....
sangat cantik berwarna warni..macam nak belikan lagi...nak penuhkan semua koleksi buku cerita tu.Saboorrr eeekkkk...tunggu anak tu habis baca dulu.
Tapi serius...I memang suka buku kanak2 yang berwarna warni..al maklum, zaman I kecik2...buku2 hat gini mahal sangat.So memang tak merasa lah!



Huruf tak berapa kecil dan tidak begitu besar..Feesa dah boleh membaca dengan baik walau kadang tershasul jugak!
it's ok..practice make perfect!


Bukan penuh dengan cerita ajer..ada aktiviti jugak!




Antara tajuk lain dalam koleksi buku ini! Lain kali akan dapatkan semua!



Nama buku : Puteri Kemilau Cahaya - Anna Raihana
Harga : RM22/=
Tempat beli : MPH

SaBa ReSTaUrAnT, CyBerJayA !!

Weeehhhh! parah ni..bengkrap pun boleh jadik jugak.
Makan tak hingat2. Nak makan nasik Arab jerk....ada ker possibility anak aku nanti keluar hidung mancung cam Arab2???
Naya kang..laki aku tak percaya bini dia pulak.
Kakakakaka..kalau keluar jadi Arab hat gelap2 dia percaya la kot..sebab dia kan pesen ala ala cam mamak sesat sikit.
Kot lah anak ku nanti keluar cantik benor...mau aku pengsan sendiri.Kikikikiki!
Sila jangan perasan yer Puan Umi Selawa......




Kelakar tau..chicken chop siap ada cili sebatang
Hat ni Feesa punye...walaupun dia tak gemor ayam benornya..ku paksa jugak dia order yang ini, sebab ku nak makan sekali!
Jangan banyak mulut..redho ajer yer anak oooii..nampak tak cili tu??


Hat ini yang ku order..nasiknya sedappp..tapi itu ayam cam kering sikit! Big potion yang pasti..ku makan pun tak habis...order 2 makanan ni kami makan kongsi 3 beranak.Berhemah kaedahnya!

Yang pasti...kedai2 Arab ni..ayer minumnya mahal bebenor..kat sini jus buah2an satu gelas biasa tu RM7..
kalau kat Al-Rawsha..satu gelas RM10
Milo Ais ajer RM6..giler babas!

AnEkA MaKaNaN Di MaLaYSiA !!


Lokasi : Pasar Stadium Shah Alam
Setiap Ahad pagi sampai 1 tgh hari.



Kanak-kanak yang leka menonton mainan berjoget!


Popia goreng & popia basah & kuih muih


Air Soya Segar



Ayam golek


Aneka Cendol

Burger prospepper! Seeddaaapp!


Jacket potatoes..ada macam2 rasa!

Thursday, November 11, 2010

PeRKeMbAnGaN FeeSa !!


Salam all....
saja nak update kat sini...
rata2 anak2 orang lain dapat keputusan peperiksaan dah hujung2 tahun ni
Kat sekolah dia takde peperiksaan tapi cuma ambik sijil jer.
Dan esok ialah Graduation Day untuk dia!

So far....banyak perkembangan positif Feesa sejak pertengahan tahun yang lalu
masa tu dia tak tahu membaca lagi..
mengeja tersasul-sasul apalagi nak membaca!
So, ku ambik inisiatif belikan buku bacaan...
dalam masa 1 bulan dia dah lancar membaca....syukur sangat!
Kalau sekarang...tak payah eja dah..lancar jer dia membaca...tapi kalau dah nama budak umur 6 tahun kan...kadang2 ada gak datang angin tak pandai dia tu.

Satu lagi nak update pasal kelas E.nopi yang Feesa masuk
masuk bulan ni dah 4 bulan kami enroll dia dalam kelas tu
dia dah pandai menambah sampai jadi berbelas-belas..
contoh cam 12+3...14+6 ....10+3..
macam tu lah..satu lagi perkembangan yang sangat membanggakan
setahu mak dia ni dulu, ala ala bengap matematik...
kira2 duit jer yang ku pandai.
Masuk darjah 1..tolak & tambah selalu keliru.
Harap dapat anak ni bijaklah lebih dari mak dia ni yer.

Wednesday, November 10, 2010

JaLaN2 PeNaNg - LaSt !!

Tempat wajib bergambor konon....padahal bukan masuk pun kat cafe tu!



Bukan main pandai anak dara ni kalau di suruh bergambor...posing tak payah di ajar2!




Gambar 2 keping ni kat depan lif tingkat 5 tu....artis rambut gerbang dalam gambar tu....ntah siapa?? hahahahaha!


Dah laaaaaa....apalagi nak ku coret..
overal pengalaman dapat ke Penang sangat mengujakan
lagi2 pengalaman di HRH (Hard Rock Hotel)
tapi kalau dengan bebudak ni..paham2 lah..percutian kami lebih kepada penat melayan anak2 yang perangai tak keruan..excited terlebih kaedahnya! Seronok yerr!
Ada rezeki kami datang lagi!
Dalam kereta sebelum keluar parking HRH....
ku cakap ngan Feesa...."next 3 years..Feesa dah besar...baby kecik dah 3 tahun..semua tinggal kat umah...mama papa nak honeymoon kat sini untuk anniversary ke-10!"



Masa nak keluar pulau kami naik feri...Feesa punyalah seronok siap ajak naik atas lagi...aloh..mak mana larat nak panjat tangga tu..kasiklah dia tengok kat tepi feri tu pun jadiklah.
Lain kali dia nak naik feri lain pulak katanya...sebab dia tengok feri kami naik tu buruk benor! hikhikhik!


Kalau nak tau.......kalau kami pi jalan2..selalunya memang tak shopping apa pun...
sampai nak beli jeruk pun tak tau mana hala tuju...tapi belilah jugak sikit..jeruk 20 hengget!
Baju Penang Bridge untuk Feesa & Umar sorang sepasang.

Dan...ini pulak sourvenier untuk kami sorang satu...satu Am...satu Mi punya!


Apa tu????
;
;
;
;
;
;
;;
;
;
;
;
;
;
;
;
;




A leather key chain untuk Am!



Si mak buyung masih nak ber tees Hard Rock lagi..asal muat sudah..saiz L tu ooii!




Ada rezeki...insyaAllah kami datang lagi.....tengoklah...3-4 tahun lagi ker!



~ wa tammat ~

JaLaN2 PeNaNg - PaRT FiVe !!

Haih!! Banyak betul episod jalan2 Penang ni yer??
heheheheheh..aii jarang2 dapat jalan..so kalau masih tahan..layan ajer lah okkey!

Petang tu ialah masa untuk mandi kolam......kolam kat sini memang paling best..lagi2 untuk budak.Untuk mak buyung seperti ku..takde apa yang seronok kecuali dok snap gambar anak2nya!





Cik Feesa pun nak posing kasik nampak itu view.Bawah memang kolam renang jugak..bilik tingkat bawah sekali unit yang boleh terjun kolam dari veranda...
tapi ku rasa bising la dok unit depan kolam.
Dah la bayar mahal..confirm la kan!!



Ewwaahhh..pandai ko bergaya yer!




Korang..nengoklah laki den yang mandi kolam dengan formal attire nya..kahkahkah!
suka2 dia jer pakai baju apa pun.
Tapi takkan nak suruh pakai swimming trunk pulak..mau ada yang terapung kat kolam tu nanti!
selamat jugak guard2 kolam ni tak begitu strict tentang pakaian mandi..al maklum kami pun bukan berenang2 ke sana ke mari macam mat salleh semua tu....cuma sibuk dok jaga anak jer.



Sessi mandi manda pun bermula..bebudak ni kasik mandi 1 jam jer dah cukup..tak boleh lebih2...Umar Zidan setiap kali mandi kolam.bila masuk bilik melalak kemain...dia penat tapi susah betul nak tidor.asik meragam jer serba tak kena.
Tu yang kadang papanya malas nak bawak dia mandi.

Popular Posts