hahahahaha...
masa ni 1st Ramadhan sebagai seorang isteri.ahaks!!
perangai pulak masih tak macam bini orang..
bila time puasa lari berkampung kat umah mak....
sebab apa??
sebab masih tak biasa bangun untuk masak sahur.
Aii kan pemalas!!
Masa tu jugak...aii baru jer start mengandung! Tapi time tu takde sicknes2 ni.Sihat jer!
Tetapi....pada suatu pagi..terdapat brown spot kat panties..ingatkan gapo lah benda alah ni!
Pegi check up di klinik..doktor kasi MC 2 hari suruh rehat..
masa tu badan kuat lagi..aii pegi Giant ngan mak ayah! sesambil tu singgah membaca kat MPH sambil menyangkung! Tetiba terasa seperti sesuatu membasahi seluar...ohhh rupanya itu spotty keluar lagi.
Terus pegi klinik lagi sekali....dan kali ini doktor scan baby dalam perut.
Masa tu doktor cakap..kantung ada tapi kosong! Huwaaaaa time tu dah bertakung air mata terkenangkan yang mungkin kami takde rezeki.Terus call Am yang tengah kerja waktu tu untuk datang klinik.
Doktor terus bagi surat refferal ke Hospital Klang..maka petang itu..kami berdua pun pegilah ke Hospital Klang tu. Hazab weh sepital ni..sampai nak waktu berbuka dok tercongok kat wad bersalin tu..
nak ambik darah..siap dia pintal urat2 tangan ku nih.Sakit!! mimpi ngeri betul!
Lepas tu cuma nak tunggu pakar dia jer..pakar dia scan dan cakap kandungan ku masih terlalu awal..lingkungan 7 minggu...padahal nak masuk 13 minggu dah waktu tu.
Dia bagi satu lagi appointment bulan 12! Sungguh la hampeh!
Malas nak type panjang..akhirnya kami pegi klinik swasta dan aku di sahkan keguguran sebab janin tak membesar.
Itu lah kisah Ramdhan tahun 2003 yang menyedihkan...kami kehilangan kandungan zuriat yang pertama!
Thursday, August 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
No comments:
Post a Comment