Friday, May 21, 2010

PaYaH SuNggUh KaLaU MaKaN di KeDai !!

Pernah tak you all alami, ada anak kecik yang tak dok diam time kita makan di kedai??
HHuuwaaaaa...ini Umar Zidan sangatlah seperti ulat, tak dok diam semenit.
Bila dah masuk dalam high chair pun..dia masih boleh panjat berdiri atau lebih ekstrem lagi, bersidaian di atas tempat letak tangan high chair tu seperti duduk di tepi tangga, siap goyang2 kaki lagi!

OOhhhh.....lagi satu hal..kedai2 makan ni, mana peginya belt kat high chair korang? Korang buat ikat plastik sampah ker?? semua high chair yang macam IKEA tu takde belt ker?? Mustahil...moskil tau!!Rasanya mesti ada.

HHmmm...alternativenya...ku mesti kena carik satu high chair booster seperti ini yang senang untuk di bawa ke mana2. Kalau tak sama pun...sipi2 lebih kurang gini pun okey la jugak.
Senang ku nak tambat Umar Zidan dalam tu..dan mak ni boleh la makan dengan aman dan damai.Kalau tak..tak sempat ku nak habis kunyah..terpaksa telan..sebelum Umar Zidan jatuh berlentung kat lantai atau aku mati tercekik makanan...eloklah lah cari jalan penyelesaian.



Semalam pegi makan kat The Crab apa ntah?? lupa, kat Bale 13 tu...dah la budak tu lupa nak masak ikan siakap kami...dengan Umar Zidan pelbagai aksi, sampai naik kering tangan aku makan nasik lauk asparagus, ikan masih tak sampai.Air pun dah tinggal suku gelas.Lepas jer budak hensem waiter tu (muka ala2 Joe Flizzow versi kurus) letak ikan siakap kami..ku terus mintak air watermelon juice. Dengan pesanan terakhir yang buat dia menyesal mendengarnya "tapi akak nak free yer!"
Muahahahaha..sesambil terkedu sesaat..dia kata okey!
Beres!!

2 comments:

Asu Bahiyah said...

Pasni nak mintak jugak lah air free kalau terkena kedai cam siput babas ni....hihihihi

Byeti said...

MINTAK JER...sakit hati menunggu okkey..bukan kedai murah..3 orang makan dah 70 hengget..tapi selow kalah siput!

Popular Posts