Thursday, March 3, 2016

Kedai Lampu Murah - Puchong!


Okey, kalau search kedai lampu murah Puchong semua orang mesti jumpa ramai orang dok tulis dalam blog memasing, aku pun cari maklumat google blog orang jugak.

Aku dah pegi situ  mungkin 4 kali agakya, beli la..tukar barang la, tambah barang lagi la..semedang tak cukup. So far aku rasa murah la kot, sebab sebelum ni aku takde survey kedai lain sebab mengikut sejarah hidup aku ni hampir tak pernah membeli lampu benornya.hihi...









Patut ada banyak gambar lagi dalam henpon aku nih..tapi ini jer yang tinggal.
Nanti kalau ada gambar lagi aku tepek.

Oh ye...aku beli kipas KDK bilah saiz 48"cuma RM162 tak silap..mahal ke murah? macam mahal..lantak ler..tak pernah beli kipas pon seumur hidup.



Tuesday, February 23, 2016

Beli Tiles Murah - Niro Granite Shah Alam


Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan rumah aku, maka nak berbelas kali jugak aku ngulang ke sini.

Kalau nak tahu mereka ada clearance section di mana harga jualan serendah RM20/kotak atau lagi murah aku dapat cuma RM1 sekeping untuk tiles saiz 1x2. Sangat murah, pak indon tampal tiles rumah aku pun hampir tak percaya.

See...jadilah seperti saya..cari barang dengan harga yang murah sahaja!





 Yang ini tak murah..ini dalam showroom punye, saja tengok, aku suka tapi mahal weh..satu bentuk hexagon tu nak 30 ringgit lebih. Gullp!


 Ini untuk letak dalam bilik air atau atas kabinet dapur, ini pun mahal..ada yang sampai RM50 lebih sekeping, tapi masa pegi tu ada diskaun 30%.
Aku tak beli jugak...aku beli yang lain.


Yang atas ni cantik gak...konon aku nak letak kat lantai bilik air, tapi tak beli jugak. Haha...pergi kedai berpuluh kali, tapi tak beli jugak.

Nanti aku kongsi apa yang aku dah beli.



Extend Dapur - Renovation Phase II


Fasa pertama sudah berlalu...

ini masuk Fasa ke-2...dapur lama masih belum di robohkan..mereka start pasang rangka untuk buat atap konkrit tu. Masa diambil sejak hari pertama untuk sampai proses ni adalah 5 hari. Lepas buat atap konkrit, tunggu 4 hari untuk atap tu betul2 kukuh baru bukak papan kayu alasnya semua.









Gambar ni bila lepas alas kayu sudah di buka, ambik masa 4 hari ke 3 hari, tak ingat.

Okey nanti sambung lagi.

Friday, February 19, 2016

Tiles / Jubin Rumah


Part 1 - cerita mencari tiles rumah yang berkenan di hati juga sepdan di poket.

Macam biasa kalau rumah tengah renovation mesti kita nak kena carik jugak sikit2 barang..macam aku, aku suka pilih barang sendiri dari biar kontraktor yang pilihkan. 
Rupanya kerja nak carik tiles pilihan hati ni pun penat jugak..saban minggu aku pegi kedai tiles sampai anak2 dah muak..aku rasa mau 20 kali aku pegi kedai tiles berbilang tempat.Huhu...tapi percayalah..ini ialah passion aku. Sejak aku sekolah aku suka buat plan rumah macam yang selalu aku sketch kan tu. Kiranya sekarang ni macam impian hampir terlaksana gitu.



 Masa mula2 nampak tiles ni, aku cam lompat2 nak sangat...sekalinya baru ku tau sekotak ada 6pcs dan coraknya adalah random.Aku tak jadi la nak beli, takut serabut pemandangan nanti, harga sekeping RM11.++ kat kedai Jubin Super Ceramic.


 Yang ini pun aku suka...tapi mahal..RM19.50/sekeping, waaa kuat jugak ingatan aku ni..masih boleh ingat harga tiles ni. 










ini pun cantik kan...yang ini dari Homepro. harganya tak berapa mahal, sekeping dalam RM5 lebih.

Ok, tunggu next entry ye.

Extend Kitchen - Renovation Under Progress!


Salam semua,

Lama tak update, kali ni nak buat catatan pasal kami extend dapur rumah belakang. Selama bertahun2 kami menetap kat sini, dapur aku cuma selebar 5'x14' jer.
Alhamdulillah, apa yang ada aku guna je dulu. Rumah ni kami beli daripada orang yang sewakan rumah ni dulu, pakcik tu bekas Polis, dia nak pencen dan balik kampung jadi bila dia cakap nak jual tu...kami usahakan jugak untuk membeli. Malas la nak pindah randah, barang makin banyak tahun ke tahun.

So ini kiranya progress rumah fasa pertama, kami buat jenis atap konkrit (slab), sebab nanti kalau ada duit lebih ke boleh la tambah bilik kat atas dapur ni pulak.





Lubang2 ni dikorek untuk buat tiang. Kawasan rumah ni kalau tak buat basic yg kukuh nanti dalam masa 3-4 tahun mula la retak dinding. Macam jiran2 sebelah..semua dinding dah meretak.Bahaya!

 Ini la rupa dapur aku yang masih virgin lagi...orang lain semua dah menambah rumah sejak dulu lagi.

Ok, kontraktor pilihan setelah di timbang tara mengikut bajet kami..

TS Design & Construction, Bukit Kemuning Shah Alam.

Fasa pertama kami berlalu dengan cepat sekali, 2 minggu dah naik semua.

Thursday, December 17, 2015

Ubahsuai Rumah - Dapur Tambahan??

Baca la tajuk tu...siap tanda tanya lagi...

Al kisah nak menambah la sesikit dapur rumah buruk kami tu...
panggil kontraktor 3,4 orang. Saya prefer orang kita sebab saya harap saya dapat bantu orang sendiri...malangnya..antara mereka selalu tak tepati janji pada pertemuan pertama sekali pun, macam mana kata nak tolong, harap orang kita dapat ubah mentaliti tak apa tu.

1) Kontraktor pertama sangat dedikasi, orang kita..janji pukul 9 pagi, tepat sampai seperti yang di janjikan dan esoknya terus email quotation, tapi tak pernah follow up pun.

2) Kontraktor ke-2, alamat dekat jer ngan kawasan rumah kami, tapi janji pukul 10.30 pagi, 12.30 baru sampai.

3) Kontraktor Cina - lebih efisyen sebab janji pukul 12.30 pukul 12 dah sampai, haaa apa cerita orang kita ooii, esoknya keluar quotation buat temujanji lagi..pukul 1 patut jumpa 12.30 juga dia dah sampai.Dan follow up setiap masa, naik rimas gak.

4) Kontraktor ke-4 , ukur lebih kurang, bajet2 sampai 70k-80k, padahal orang lain bagi harga paling mahal pun 62k (atas kerja2 yang sama), mintak email address tapi sampai la ni takde email pun quotationnya.

Ada lagi satu malas la nak cerita ..janji nak datang lepas tu senyap.Then fine, kita tutup buku dan decide.

So far dapat 2 je pun quotation, dari kontraktor pertama dan kontraktor cina tu, harga lebih kurang cuma hat yang orang kita tu tak beri penerangan  pun, nak kena buat permit berapa pulak harganya ke? nak apply ke tidak? semua tak bincang, mungkin dia ingat kita saja-saja tanya kot...keputusan kami tentulah pada kontraktor yang beri komitmen sepenuhnya.

Ok, pening rupanya nak tambah rumah ni ye..padahal dapur sikit je pun, jom tgk layout anganan kami.

Ini layout dapur

Bilik Air

Pintu Dapur

Dapur - cantiknyalah dalam gambar ni    



Okey..till then.Bila projek start saya update lagi.

Monday, December 7, 2015

Belanja Masuk Sekolah 2016

Salam semua...
sedia maklum tahun ini antara tahun2 yang amat ketat untuk poket berbelanja itu dan ini, semua harga barang dan perkhidmatan ada caj tambahan, yang takde kena caj pun sengaja nak naikkan harga barang.

Aku selalu sedar kalau itu lah gayanya..walau gaji naik 4-5 ratus tapi tetap banyk itu jugak yang aku boleh belanja (sebab bila naik gaji naik juga harga barang..so sama je) maknanya memang tahap tu je rezeki yang Allah nak beri pada kita. Berdoa lah minta dicukupi.

Ok, oleh kerana next year 2016 aku ada 2 orang anak nak bersekolah..selama ni Feesa je..thn depan Umar dah masuk darjah 1..dah besar anak bujang aku. Maka strategy berbelanja aku kena mengikut keperluan, tepat dan jangan tergelincir dari matlamat bajet aku.

Sejak bulan 9 aku dah beli baju sekolah Umar, Mula2 beli baju sekolah 2 helai, kemudian beli baju melayu sepasang..lepas tu aku dah malas...hahaha..
Jadi gaji bulan lepas aku dah beli semua keperluan Umar..so lengkap semuanya.

Baju Melayu x 2 pasang
Baju sekolah rendah x 2 pasang
Sampin x 1 helai > nak kena top up lagi sehelai

Kain baju Feesa tahn ni aku cadang nak tempah, memandangkan selalu aku beli pun nak kena potong kain dengan tangan baju.Upah potong aje dan 7 ke 8 ringgit..forget it.Aku beli kain ela siap2 dan mintak tolong adik ipar aku jahitkan.Kain dah beli cuma belum hantar, aku harap sempat.

Baju kurung sekolah x 4 pasang (sekolah kebangsaan & sekolah agama)
Tudung  x 2 helai

Kekasut belum beli lagi, ingat nak pegi BATA warehouse sale tapi tak sempat la kot..maka aku beli kat sini2 je, TESCO ke GIANT.Sorang 2 pasang.

Alat tulis aku beli masa Beacon warehouse sale last week. Semua dapat la kaler sorang satu ngan set pencil.Jadik la.

Huwaaa...
banyak jugak aku tak beli lagi ni...bajet aku tinggal 500 jer lagi, nak beli kasut 4 pasang, tudung Feesa lagi 2, beg 2. Harap semua cukup.

Bila bukak sekolah lain pulak belanjanya..
Yuran Umar masuk darjah 1 sekolah rendah RM100 lebih, sekolah agama pun 100 lebih
Yuran Pica sekolah agama 240 kot..
Yuran Hamzah pun rasanya RM60++

Yuran saja 600 bajetnya.

Aku masih mampu nak korek sana sini..sedih bagi yang tak cukup duit nak korek sana sini...
tak beli baju baru sorang 2 pasang pun takpe..beli lah dulu sorang sepasang, pakai lagi sepasang hat yang lama..nanti bajet dah tak tight sangat bulan 2 ke boleh la beli yer.

Overall....
Belanja sekolah sorang anak RM700 ke RM750 tahun ini.
Mak ayah...moga rezeki kamu bertambah.






Emas Murah Kuala Pilah!

Salam all...

yeaaayy aku pegi Kuala Pilah juga akhirnya hari Sabtu yang lepas, harga di setiap kedai adalah berlainan. Aku pun cuma pegi 4 kedai ni jer..
LEE WAH - RM140/g
POH KONG - RM141/g
CHEAH POH HING - RM140/g
CHAN KWONG - RM150/g

Masuk Lee Wah..aku jenguk2 je sebab dulu pernah terkena beli cincin upah mahal..mintak kurang tak kasik dia..maleh nak datang lagi.

Masuk Poh Kong (tak pernah masuk & beli lagi) - jenguk2 je dulu, gelang banyak yang cantik.

Seberang ke jalan sebelah masuk Cheah Poh Hing - orang ramai, barang biasa2 jer, gelang tak menarik, rantai biasa2 jerk.hahaha

Jalan lagi ke depan masuk Chan Kwong - aiiyaaa manyak mahal..RM150/g..maleh nak tanya..jenguk2 dan keluar...

ulang kedai no.1 balik..hahahaha then decide nak beli kat kedai POH KONG..sengal kan..itu la pompuan.

Mintak rantai tangan..cuba itu cuba ini..nak yang keras kejap nak yang lembik..kejap nak yang padu letak balik ambik yg kosong, tak best pulak ambik yang padu balik. tengok berat? telan air liur!
Tengok rantai leher pulak...nak yang halus je...ambik itu keluar ini, cuba2 nak yang paling pendek sekali..belek2 suruh apek simpan semua.

Pegi tempat gelang balik..keluar itu tunjuk ini pandang tempat lain jugak.Suruh potong bagi pendek siap ukur bagai..hahaha stress ngko. Selamat laki aku steady!
Pang pung pang... 3 barang aku dapat last week.Alhamdulillah, ada orang belanja...rantai tangan, rantai halus ngan loket.
Nak tengok ke? heheh nanti lah..tak snap pun..semua dah bungkus.







Aku ada hati gak nak beli rantai cam tali break basikal ni...tapi setiap satu mau 30g lebih...lepas tu aku tak nak pun pakai.Habis buat mende beli..dasar!!



Popular Posts