Wednesday, January 14, 2015

Deco Bilik Tidur - Part 1

Assalamualaikum....

Okey sejak sebulan yang lalu aku dah canang nak cantikkan sikit bilik tidur aku tu kan...so kali ini aku buat betul2..walau masih tak 100% seperti yang aku idamkan..aat least usaha tu dah ada..

Aku dah beli dan dah cat pun dinding bilik aku tu..walau kat umah pikir nak beli warna lain sampai kedai atu beli pulak warna lain...lepas tu warna sama pulak tu..tone dia jer berbeza..kali ni gelap sikit tapi tetap la warna PINK.
Selamat laki aku cakap okey bila lepas cat tu, maka aku pun berhasrat untuk teruskan semangat deco bilik tido ni.


Cat yang aku beli ialah dari jenis Vinilex Easywash- Low Odour, memang takde bau lepas cat. Warna yang aku beli Zinnia Ruffles 7124T.
Aku suka beli cat bila nak dekat raya cina sebab dapat discount, Aku beli cat ini untuk 1L sahaja, harga RM36.30 after less jadi RM30.85 jer, untong tau.



Aku tak boleh la nak tunjuk sekarang cemana bilik aku tu sebab yang dah siap cuma dinding jer...yang lain2 tak siap mende pun..
tapi aku bagi korang tengok project sketch aku tu..
btw dinding yang aku cat cumalah di dua bahagian dinding iaitu di bahagian kepala katil dan dinding yang berhadapan dengannya, cuma dalam sketch ni tak boleh pulak aku nak pilih2 dinding mana yg aku nak letak warna.



Tadaaaa.....hakikatnya jauh labih cantik gambar ni dari apa yang aku ada..hahaha
nanti aku update lagi.





Wednesday, January 7, 2015

Dolce Gusto Mini Me

Okeh..
last month aku post pasal mesin kopi yang aku nak tu...yang itu cancel tak jadi..ambik yang ini pulak..sebab? ...senang je, sebab harganya lebih murah.




Dolce Gusto Mini Me ni kat Malaysia harganya tak silap RM699... aku beli dari online seller, mereka beli dari UK rasanya...yang penting harganya bukan 400, bukan 300..tapi cuma RM260 je.
Aku dah siap2 belajar cemana nak guna mesin ni nanti kat youtube...tapi lambat la lagi nak sampainya..bulan 4 ngko..sebelum mesin ni sampai aku beli la coffee pod dia dulu..nak beli kat Malaysia boleh..sekotak ada 8 pods tak silap..RM29.90..kalau nak online dari UK pun boleh..tapi rasanya tak lah murah mana...lebih kurang..

so mana-mana pun boleh..since mesin pun belum sampai..dok diam2 je lah.

Tuesday, December 23, 2014

Azam 2015 - Deko Bilik Tidur

Assalamualaikum...
kita dah sampai ke penghujung 2014
seingat aku macam takde azam awal tahun itu hari...
maka sempena nak tahun baru ni..aku tetiba ada sebuah azam yang terpendam.
Rasanya dah 2 tahun cerita nak deko bilik tidor ni tergendala...
aku baru sampai part beli tilam baru dan cat dinding bilik jer.
Kemudian cerita deko2 tu tergantung macam tu ajer. Lenyap lansung. aku pun tak tidor lansung kat bilik tu..timbun balik semua barang dan jadilah stor semula.
Laki aku simpan basikal la...simpan TV rosak la..simpan Hifi rosak la..eehhh semua ada la..tikus pun ada.hahaha..

Ok, sejak 2 bulan lepas aku dah pindah tidor bilik stor balik..
aku dah kemas la sesikit..dah clear, nak tidor atas katil pun dah boleh..kalau tak aku letak periuk atas tilam aku tu..huhu.

Dan sekarang idea mendeko dan nak nak shopping barang bilik menjadi-jadi.
Tetiba rasa dah lama sangat tak pernah tukar katil baru...katil yang ada tu aku beli masa sebelum nak kawin.
Katil murah je kot.. tapi tahan lama ooiiii...tak goyang tak bunyik2. Jadi takdelah pernah aku teringin nak beli katil baru...tapi la ni asik termimpi mimpi tidur atas katil kayu warna putih je.. hahaha alahai!
Meh tunjuk katil aku sekarang...

Ini bukan katil aku la..cuma lebih kurang...jenis kaki dan kepala katil tu tinggi, katil aku pulak besi hitamnya tu bersilang-silang bukan lurus macam ni.

So sekarang antara design2 katil yang aku suka..meh tepek kat bawah ni...(berangan je ni tau)

Aku tetiba teringin sangat nak katil kayu warna putih..pilihan aku still jenis yang lubang kat bawah supaya senang aku boleh simpan barang. So set katil divan tak pernah masuk dalam list katil kegemaran aku dan satu lagi ciri2 katil yang aku suka ialah kaki dan kepala katil mestilah tinggi jugak ketinggian katil dari lantai mesti tinggi.
Tapi la ni aku perasan banyak katil2 yang di jual rendah2 belaka..nak sumbat barang pun cam terhad jer..tak suka tak suka.


Tiba-tiba jugak..masa survey2 katil recently..aku rupanya still suka katil besi...aku suka design yang agak classic..tak suka yang moden sangat. Yang macam atas ni aku rasa sweet sangat. Katil/perabot warna putih sesuai dipadankan dengan apa jua warna dinding. Lagi terserlah kalau dinding tu warna pestel pekat, kebaboom sangat. Buat masa ni aku belum decide lagi nak beli katil apa, asik pusing sana sini makin pening so stop pencarian dulu.

Jom kita servey warna dinding pulak...dinding bilik sekarang warna pink kat bahagian kepala katil dan dinding kanan kiri warna putih, kiranya putih & pink la. 
Aku rasa nak cat dinding warna "tiffany blue".... cantik ker? Tunggu je laaa...
Next update, jadi ke tak tukar kaler dinding jadi tiffany blue.


Thursday, December 18, 2014

Dolce Gusto Melody III

Okeh..lama tak tulis tetiba nak meroyan gadget dapur.

Lama dah aku ngidam mesin kopi Dolce Gusto - Melody 3 ni...

harga kat Malaysia RM699...huuiii mahal bebenor memang sampai tua la baru cukup duit aku kalau gitu.Tapi kat UK nun di sanun ada sale..tgh discount...harganya almost 50% lebih murah dari harga kat Malaysia ni. Aku apalagi...siap2 duit deposit nanti hujung bulan 3 baru dapat stok..jadiklah..

Sementara tu eloklah aku stock up coffee pods dia dulu..ada lebih daripada 30 perisa untuk dicuba.
aku dah senarai pendekkan perisa yang aku nak dan bajet sebulan aku nak beli 2 jenis.
So dalam bulan 3 aku dah ada 6 jenis perisa coffee ni..hahah!



yeaayyy new gadget untuk dapur aku. Boleh la mengkopi bila2 masa.




Tuesday, November 25, 2014

Manukan Island / Pulau Manukan Sabah

Apa yang menarik sangat kat pulau Manukan tu?
ntah aku pun tak pasti..
pegi dan tengok sendiri
Naik bot kat Jasselton Point Jetty
Aku memang tak banyak masa nak rikki...ambik jer nath kat kaunter mana
1 pulau (Manukan) 5 beranak RM115 dengan 4 jaket mandi dan 2 snorkel mask.
Orang kata mahal...sebab masa kat Manukan aku jumpa satu family ni dia dapat 2 trip pulau cuma RM25 seorang,
okey dah terbeli nak cakap apa...balun jer!






Dia punye view, superb aku cakap! Maklum aku rasa selain kat Pulau Beras Basah kat Langkawi yang pernah aku pegi ini adalah lebih cantik!
Lagi best dapat bawak anak2 sekali, melepak 4 jam kat situ..aku ni kan suka lepak pantai tapi tak suka mandi sebab nanti badan melekit..tapi bila kat sini..
dah la tak bawak baju spare..aku mandi jer ngko! 
dah basah lencun sampai tudung aku naik la ke darat semula..keringkan baju sambil layar internet.
lepas tu aku mandi balik...2,3 kali macam tu..wakakak..laki aku cakap "senang hidup mak ngko"
senang lah bang..kang dapat bini cerewet abang yang tak senang hidup!

Sebuah cerita kenangan yang paling menyedihkan masa perjalanan nak balik ke jetty..Topi Umar Zidan telah diterbangkan angin kuat masa naik bot laju...melalak-lalak anak jantan aku tu...
maklum topi tu aku beli sejak umur dia 8 bulan..
aku pun sedih jugak...apetah lagi anak aku..
habih nak buat cemana??aku baru nak toleh  kat dia cakap.."Umar bukak topi"...topi tu dah terebang!
Tak pe lah Umar...

Until next entry!



Monday, November 24, 2014

Sabah Trip 2014 Jalan-jalan Sabah!

Akhirnya...
penangan tiket murah since last year tertunai jugak..
percutian 14/11 - 18/11 (5h4m)
kami naik AirAsia penerbangan pukul 1105 pagi..okey sebab dah lama sangat kami tak fly..plus aku busy giler last minute sebelum nak bercuti, boarding pass pun aku tak print out..sampai KLIA2 je pun dah 5 minit lagi nak pukul 10, memang tak sempat la aku nak self check in dan print out boarding pass tu, maka bayor je la sorang Rm10 untuk boarding pass tu, total RM50!



Perjalanan agak panjang, 2 jam 30 minit terasa biasa sahaja, lepas 1 jam penerbangan aku anak beranak tidor semuanya, yang tak best bila bangun mcm kena selesema pulak memasing, tapi kejap je la, lepas take off semua pun dah ok dan penerbangan hari itu sangat lancar, cuaca baik dan tiba tepat pada masanya.
Sesampai sana, ambik bagasi dan pemilik kereta sewa dah tunggu, kami sewa kereta dengan KeretasewaBorneo(nama kat FB) Myvi 1.0 dengan rate RM90/sehari, murah jika nak banding dgn tempat lain yang aku dah survey, murah2 pun RM110 untuk Myvi.
Dapat je kereta mula la menggagau jalan nak carik hotel...laki aku bawak terus jer...tak sempat aku nak bukak Navitotal bagai..tetiba aku ternampak Jalan Pinang tapi dah terlepas...
hek eleh...tak sampai 500meter rupanya hotel aku inap tu dgn KKIA2 itu sebab tak sempat nak search bagai.
2 malam aku inap kat The Crown Borneo Hotel...okey hotel kecik yang biasa2 ajer, tapi bersih!
Cuma tak best sebab takde lift, dah la aku bawak beg besor bapak beg..kena la laki aku angkut naik atas bilik, tingkat 2 lagik tu.
Untuk Bilik 1 katil Queen + 1 katil single charge adalah RM145/night.

Ini gambar google

Lepas check-in macam biasa anak2 aku cam kejutan budaya buat bising cam pasar la kan..lepas tu semua pakat melapar..mak baru nak lurus badan.
selamat aku bawak bekal makanan, meggi, biskut,roti, nescafe 3in1 semua ada. Petang tu ajer meggi aku dah kena bedal 3 bungkus..muahaha..biskut pun dah habis sebungkus.
Makan je la..sebab petang tu kami nak pegi dinner kat KK..makan seafood.


Udang segar yang besor gini RM65/kg

kerang dia besar penumbuk Hamzah..giler bapak besor takut aku nak ambik.


Sotong gitu RM18/kg, aku ambik sekor RM14 buat goreng tepung, bila dia bawak ke meja satu piring lonjong tu penuhnya.


aku makan kat kedai ni...jangan tak tau kedai ni actually recommended by seorang kawan aku yang baru lepas ke sana 2 minggu lepas, aku makan kat sini 2 kali hokeh,sedap tak tipu.
Gerai Sinar Delima - lokasi berdepan Hyatt Hotel, kawasan niaga waktu malam sebelah pasar besar KK.



Malam tu aku order 2 jenis udang, 1 masak butter, satu masak telur masin. Giler sedap!! teringat la pulak!

Ini namanya rumpai laut..sedap jugak, makan gitu jer macam ulam, mereka serve dengan sambal belacan.terangkat bha...aku siap beli dan bawak balik sini masa last day, mak aku cakap sedap.

Tom yam dia..aku mintak mangkuk kecik..bila sampai mangkuk dia besor ni, aku rasa 6 orang boleh makan...
1 gambar jer takde sotong goreng tepung aku tu...
sebab aku dah lapor..dia sampai lambat maka bila dah masuk bab melantak memang tak pandang camera ke henpon ker, huuuiiii sedap! Siap bungkus udang butter dan sotong goreng tepung sebab cam terlebih lauk je aku rasa malam tu...selamat aku tapau..bila balik bilik anak2 aku kelaparan.
Total makan 1st dinner RM100. bagi aku murah sebab buat perut aku sendat!

Till next entry!







Tuesday, October 28, 2014

Nafeesa Turn 10 (2004~2014)

Betapa cepatnya masa berlalu...
anak kecil saya yang paling mudah dijaga... paling petah berbicara
Sempena hari ulangtahun kelahirannya yang ke-10
sengaja panggil kawan-kawannya untuk berkongsi kegembiraan dan rezeki bersama
saya memang suka buat maka-makan untuk sambut hari kelahiran..
hari berkongsi rezeki dan kegembiraan bagi saya





Monday, October 27, 2014

Bila Rasa Malas ...

Pernah tak rasa down atau malas sangat2???

Okey,
aku sedang mengalami masalah malas ...
lagi teruk aku malas pegi kerja...
last week aku pegi keje 2 hari jer...
selebihnya selain Deepavali, aku dok rumah ngan pegi jalan-jalan jer.
Office call semua aku tak angkat...
kecuali semalam ada la 2-3 office call yang aku angkat.

Okey,
aku stress bila buat kerja tak boleh nak buat finishing...
tak success hidup aku. aku rasa
bosan nak menunggu keputusan dan segala pekerjaan nampak tiada kesudahan
aku memang jenis tak sabar..
bila bab kerja aku selalu akan beri full commitment dan selalunya lebih lagi..
tapi bila ada baaaannnyaaak faktor lain buat kerja aku tertunggak dan tertangguh
memang aku jadi fed up!

Cukup,
luahan hati jer nih...
tak tau nak cerita kat siapa?? sebab aku tak selalu merundum malas macam ni..
tapi memang terus terang aku cakap kat boss, once I fed up..do ask me anymore!

Tuesday, October 21, 2014

Peluang untuk dapatkan rawatan laser percuma!!

Dear bloggers....
atau kawan2 yang kenal dengan bloggers2 yang ramai pembaca..sebuah klinik aesthetic di Shah Alam ingin menjemput anda yang terpilih untuk mendapatkan rawatan aesthetic secara percuma, 
boleh email atau sms saya untuk keterangan lanjut.

Syarat-syaratnya :

Mereka yang aktif berblogging dan mempunyai ramai pembaca
Mempunyai masalah kulit wajah (warna tidak sekata, berparut dll)
Anda hendaklah menulis pengalaman anda menerima rawatan di klinik yang memberi tajaan.

Itu saja..
senang kan..sesiapa berminat atau kenal mereka yang memenuhi kriteria di atas..boleh email atau sms saya jugak.

Mintak share kepada kawan2 yang lain yer.

Terima kasih.

sms-0185704633
email : amminafeesa@gmail.com

Tuesday, October 7, 2014

Raya Haji - 2 hari 1 malam

Salam Aidil Adha kepada semua kawan2 yang sudi baca blog lapuk ni..
lama dah tak mentype di sini..banyak keje dan takde modal nak mengarang...takkan la nak bercerita kisah aku bangun pagi gosok gigi mandi gi kerja pulak kan?? tak syok maaaa...
Nak masuk resepi pun tak boleh pasal aku dah lama tak masak...masak air ada la..

Okey, sempena kesibukan aku bekerja sepanjang tahun (echeh)...
kali ni cuti raya haji lama sikit...3 hari Sabtu Ahad Isnin...so aku decide bawak anak2 shot vacation yang tak dirancang, hari Khamis baru aku booking bilik..mujur lah ada....
sesekali bawak anak ke pantai..sukanya dia orang..cam monyet pun ada, tak nak dok diam.Hahaha..


View dari balcony bilik..aku benornya mintak yang sea facing..makanya di bagi bilik yang ini..memang sea facing tapi nampak pokok...nampak la lautnya celah2 batang pokok tu..yang penting waktu malam & pagi bila bangun aku dengar desiran ombak..sesuatu yang beratus hari aku tak dapat di Shah Alam..okey, lama giler aku tak pegi jalan..more than 400 days aku tak pernah pegi bercuti ke pantai kecuali la dinner kat Jeram tu..huhu.





Kat mana ni?? Dari tadi tak tulis hotel mana...okey kali ni aku bawak anak2 ke Swiss Garden Spa & Resort Damai Laut...
Cerita kelakarnya....aku macam tau tempat ni kat mana..bila sampai sana aku dah tersalah tuju...boleh aku pegi Teluk Batik..sekali salah jalan..lagi 22km nak ke Damai Laut dari Teluk Batik ngko...
Pukul 3.15 baru nak check in..sengal la...dah la bertolak dari pukul 1030 pagi..kebas bontot.

Okey la...apa lagi nak cakap..belanja lebih sikit la asal anak2 happy...happy ker?? asik bergaduh jer..tensi mak nok...
tapi dah dapat dengar bunyik ombak dah kira cukup bagus..tengok anak2 meloncat bergurau senda dah cukup bingit tapi bukan rungutan...sebab perkara ini biasa..kalau mereka dok terbaring lagi aku susah hati.
But believe me...anak2 aku memang buas...yang jantan dah tentu..yang pompuan aku tak boleh jamin keayuannya...hahah.

Cerita balik semalam lagi best..singgah sana sini..dari 1215 sampai rumah 7.05 malam.

Till then..

Thursday, September 25, 2014

Anak Jantan Memang Macam ni ...

Khamis lepas sebelum balik kampung.....
anak jantan kecik buat hal kat rumah..pegi tolak pintu pagar sekuat hati sampai pintu tu bounce semula kena tepi mata...lalu cedera anak jantan kecik mak.

adddoooiiii...aku ngeri sikit bab-bab berdarah terluka ni...
selamat laki ada dia tolong bersihkan luka Hamzah dan tampal dulu dengan cotton wool dan letak minyak gamat.

Itu la...mama dah cakap jangan ganas-ganas selalu...kan dah cedera.




Kalau tak berani tak payah tengok la ye...
masa ni kat DEMC, mak punyalah takut kot-kot la Hamzah nak kena jahit kan...cuak!
Sekali selamat doktor tu cakap kita gam saje...dia orang guna macam cecair warna pepel dan cantumkan semula luka koyakkan tu...selamat tak nangis. Aku cakap dah budak2 ni memang lasak sungguh...ingat dulu masa Umar kena air panas, mana ada nangis2....rengek2 ada la masa kena cuci tu.

Jangan la lasak2/ganas2 ye anak jantan mak...seriau mak!

Tuesday, September 9, 2014

Japanese Buffet Dinner


Sabtu malam Ahad lepas punya cerita....
Lepas Encik Am balik keje dia ajak jalan-jalan..mula katanya nak nengok henpon..maleh tul nak layan...selamat kejap, tau la kalau bawak budak2 mana maunnya tunggu bapak belek2 henpon.
So far kami tak pernah beli henpon sampai lebih dari satu jam. Paling cepat 30 minit bayar & terus balik.

Dah lepas tu...sebagai upah untuk aku...bapak budak ajak gi makan Japanese Buffet....kat KL lagi.
Hahaha....






 Korang tengok...tiap kali pegi jalan asik gambar budak 2 orang ni ajer...mana si kakak?? Si kakak asal hujung minggu nak tidor rumah nenek...bila aku nak pick up ambik dia dah berjalan ikut auntie...habis cemana?? Terlepas la peluang nak makan sushi unlimited. Umar dgn Hamzah dok ulang sushi, dah puas makan jumpa pulak longan ngan laici, sorang makan 2 mangkuk. Dah kenyang mula lari sana sini..selamat masa kita orang datang tu orang semua dah balik..maklum, pukul 9 baru sampai...apalagi lepak sampai restoren tutup.

Sebenarnya sebab apa kami sampai pegi makan kat sini...
sebab kawan Encik Am Restaurant Manager kat sini...maka....enjoy 50% off...hahahaha! 


Cerita Hari Ahad...


Assalamualaikum...
lama tak mengupdate blog...
bebanan kerja tak pernah surut...semoga rezekiku berkat untuk anak-anak.

Oh ye....ini cerita Ahad lepas, kat Giant 13..maklum sejak 5-6 bulan aku memang jadi pelanggan tetap Giant walau ramai yang cakap mahal, tapi aku suka beli daging, lamb ngan ayam ikan kat sini berbanding Tesco atau kedai lain..maaf lah Tesco dah hampir 6 bulan aku tak membeli sebab barang basah dia selalunya tak best!

Kat tapak parking luar tu kebetulan ada pesta apa ntah...pesta jualan la apa lagi...
anak bujang 2 orang ni tak takut maskot...kalau si Feesa nampak gini harus terpekik terlolong cam tarzan masuk pekan.Tapi yang hero berdua ni..siap nak bergambor-gambor lagi..
hari tu..kami kenyang makan product sampling..hahah.


 Pandai korang berposing eeekkkk...walaupun cuma nak bergambor dengan Mamee Monster & 
Mr Potato.



Till next entry....

Japanese Buffet Dinner

Friday, August 22, 2014

Promosi Emas Habib Merdeka

Semalam aku dapat surat daripada Habib Jewel..
depa buat promosi emas start 29 - 1hb nanti rasanya, kat Habib Ampang Point...
nak pegi ke tak??

Masa hari raya hari tu.... sempena anniversary kami yang ke-11...
laki hadiahkan cincin emas pilihan sendiri..
haruslah yang besor gajah aku ambik...
gasak...


terima kasih abang...raya pertama jer aku pakai...sekarang dah simpan semula...ada majlis yang sesuai aku pakai la, takkan nak pakai gi opis....mana mau! hehe

Thursday, August 21, 2014

Panduan Hari Berkabung - 22 Ogos 2014

Esok..
Semoga ahli keluarga penumpang dan krew MH17 tabah menghadapi dugaan...tiada kata-kata yang dapat mengubati kedukaan di hati mereka...semoga Allah menggantikan mereka dengan sesuatu yang lebih baik di sisiNya..Insya Allah!


Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17 MAS 
•Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan 
•Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut 
•Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang 
•Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam 
•Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan mysumber.com : Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17

Basikal Pertama - Umar Zidan

Masih ingatkah pada basikal pertama kita??
Aku ada basikal pertama masa umur 5 tahun, BMX warna biru..masa tu semua budak tak kira laki pompuan semua nak BMX...it was 29 years ago.hehe...

Banyak pengalaman naik basikal pertama masa kecik2 dulu...it was my first bike until my second bike when I was nearly 18!! wwooohhoooo...
masa aku kecik aku ialah spesis budak perempuan yang lasak seperti lelaki AKA Tomboy...waktu dulu mana ada istilah lain untuk budak perempuan lasak selain Tomboy..nyampah aku dengar perkataan tu.
Aku suka pakai seluar pendek dan berambut pendek jugak..haha..
dulu aku takde kawan selain abang aku yang tak la aku sayang sangat tapi the only friend yang aku ada..sebab jarak aku ngan adik aku jauh..almost 6 years...so tempias gen-gen jantan tu terpercik lah kat aku.
Dengan BMX aku tu..aku pernah masuk longkang...2 kali okeh..masa jatuh tu aku rasa makkk haiii matilah aku...masuk longkang dengan basikal2 sekali...sakitnya macam nak mati..longkang besor cemana nak keluar ni..dengan basikal sekali iye tak?? Sekali adalah sorang uncle india ni dia nampak insiden aku tertonggeng dalam longkang dengan basikal tu...lalu dia pun tolong la aku angkat basikal aku..aku dia tak angkat pasal aku boleh panjat sendiri....masa tu aku 5 tahun...aku rasa longkang tu mak haiiii besornya...
sekarang ni bila aku tengok longkang tempat aku tertonggeng tu...idok le besor mana pun....tinggi lutut ni aje...alahai...sadis betul....kenangan habis!! haha...

Itu kisah aku....29 tahun yang lalu
Minggu lepas...
aku belikan Umar Zidan his 1st bike. Ya Allah gembira bukan kepalang anak bujang aku tu....terpercik gembira dia menusuk kalbu aku....bersyukur sangat aku ada rezeki lebih nak belikan dia basikal dan buat dia gembira..semoga dia ingat setiap detik kegembiraan ini dalam memori kehidupannya..insya Allah.

Cuma aku nak pastikan yang anak aku tak masuk longkang la naik basikal mascam aku
di umur 5 tahun dia dah pandai naik basikal 2 roda, cepat betul kemajuan dia..dulu masa aku masuk longkang tu aku naik basikal roda 4 lagi tau... haha.


Semoga Umar jadi anak yang soleh dunia dan akhirat.




Wednesday, August 6, 2014

11 tahun dan selamanya ....

2 Ogos 2014 = Sabtu....
sama hari dengan hari pernikahan kami 11 tahun yang lalu...hari Sabtu jugak.
So Sabtu lepas kami sambut ulangtahun perkahwinan di kampung halaman jer...sebab kami balik kampung untuk hari raya...betapa lambatnya raya kami tahun ni...dah raya ke-5 baru balik kampung....asal selamat jumpa mak ayah dah happy sangat...adik beradik suami pun ada sekali...lama dah kami tak berumpul bersama.

semoga ikatan ini kekal barokah dengan nikmat yang Allah berikan, di kurniakan anak-anak yang hebat, penuh kasih sayang, diberikan kesihatan yang baik...Insya Allah teringin benar nak menunaikan umrah dengan suami....semoga doa diperkenan...Aaamin.


Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Semoga perjalanan kawan-kawan semua selamat
kami tak balik kampung lah kot (Negeri Sembilan)
Sebab my suami Am kerja...cuti dia start Jumaat depan sahaja by then saya pulak dah start kerja.
Kemudian la pikir balik atau tak
Takde perasaan...
biasa-biasa saja..saya dah biasa dengan kehidupan macam ni...
InsyaAllah raya tahun depan baru Am boleh cuti raya pertama mungkin.
Tapi disebabkan dia kerja malam raya..so pagi raya baru dia balik rumah.
Tahun ni macam nak ajak Am pegi bawak kami solat raya di Masjid Sultan Salahuddin
saya tak solat raya, jaga Hamzah mungkin

Untuk semua yang pulang ke kampung halaman...
berhati-hati di jalan raya..
semoga selamat sampai!
Ampun maaf di pinta andai ada terkasar bahasa
saya orangnya agak tidak bersopan santun sangat...suka langgar itu dan ini.
Mohon maaf yer semua kawan-kawan yang membaca.

Salam Aidilfitri

Thursday, July 24, 2014

Ekspedisi Shopping Raya ....

Semalam....
kami suami isteri gagah perkasa bercuti konon nak penuhkan wishlist shopping raya anak2 dan sekeluarga...
anak2 tak beli kekasut lagi....
bapak anak satu mende pun takde beli lagi kecuali sepasang baju melayu...
mak anak konon2 nak carik lah selipar yang agak2 berseri sikit ....
namun....
dari pukul 12 tgh hari aku keluar sampai malam balik cuma dapat kasut anak2 sorang sepasang...
ko bayangkan....apalah yang kami buat beli kasut 3 pasang ajer ambik masa 8 jam....???
Taubat aku dah....lepas ni tak nak dah bawak bebudak ni gi shooping bulan puasa.

Mula2 bawak ayah aku belikan ayah baju kurta kat Anggerik Mall...
kat Shah Alam ni kalau nak masuk sana sini dah sesak benor tapi kat sini aman damai dan tenang jeeerrr...
yang buat tak tenang..si Hamzah asik mintak nak beli mainan...selagi tak dapat dia dok bergayut kat kaki aku sambil menangis.Lepas ayah aku beli terus balik rumah semula hantar ayah balik sebab kami nak buat ekspedisi membeli keperluan raya yang aku sebut kat atas tu, kami pegi OU jer.
Pekak dengar Hamzah nangis nak mainan..aku belikan transformer murahan kat kedai india depan rumah..senyap la seketika sehingga tayar kereta tu tercabut pulak...dasar!!

Dah la malas nak cerita...aku penat teramat sangat ...terutama dengan perangai Hamzah..dah dapat mainan memasing melapar pulak...dasar tak puasa

My boys nak kasut transformers dan berlampu..aduhai kerasukan apekah??

Umar dapat yang ini

Lampu depan tu menyala kalau berjalan.

Si Hamzah punyer kasut aku tak ingat dah rupa cemana..beli kat Jusco jer...asal berlampu sudah...lepas bayor terus nak pakai..takde peraturan betul la budak ni..tensi sangat aku ngan dia..gasak ler.
Umat masih boleh di bawak berbincang...labih sweet lepas aku bayar dia terus cakap "time kasih mama".
Si kakak nak kasut bertumit bagai..itu lagi sorang..aku layan jer malas dengar merengek-rengek ni..dia beli kasut jenis wedges..maklum dah nak anak dara haruslah melaram...jangan tak habis pakai sudah.

Lastly...si bapa tak dapat apa2 pun selain penat...aku pun...haruslah dapat penat sahaja.
Semalam aku dah tertengok satu cincin kat Habib Jewel...fullaaammmakkkkk....tak tido malam beb!!
Mesti grab satu...takde selipar raya pun aku tak kisah..al kisah masa aku nak tengok si Hamzah start buat perangai balik...ko tau dia tarik2 kaki aku ...terkangkang-kangkang aku kat kedai tu dah macam haper jer....Ya Allah....malu aku terus blah dari kedai tu sambil cakap nanti hari Sabtu akak datang balik..kehkehkeh!

Till then....enjoy your saki baki Ramadhan guys.





Monday, July 21, 2014

Peti Ais Baru - Brand Yang Bagus Anda Rasa ....?

Salam semua,
masuk tahun ke-10 barang letrik rumah aku semua buat hal
mula-mula mesin basuh....setelah di rehatkan 2-3 bulan sihat balik rupanya so padam niat nak membeli baru.
Kemudian peti ais pulak buat hal...kejap sejuk kejap lansung tak rasa dingin terus...banyak bahan makanan aku rosak...dan sejak peti ais tu meragam dah 2 kali kami betulkan...kos nak rm200 jugak lah...apalagi bergumbira aku laki bini tak payah keluar modal beli yang baru.

Tapi akhirnya...mungkin dah sampai ke penghujung waktu perkhidmatannya...
kami decide untuk beli yang baru gantikan yang ada ni ...yang kami beli sejak baru mula kahwin dulu...waaaa sentimetal value sangat. 
Tak beli nanti tak boleh nak simpan makanan...sejak dua menjak ni aku simpan mana2 makanan semua kat bahgaian atas, sebab bahagian bawah lansung tak sejuk...bila bukak je berbau ..huhuh..anak2 semua takut nak bukak peti ais, sebab busuk..hehe!

Peti ais yang 10 tahun berkhidmat cemerlang dengan aku tu brand Samsung...so secara tak lansungnya aku yakin dengan brand ni...10 tahun kira dah bagus dah khidmat untuk barang letrik ni kepada kita, kalau lebih lagi..., lagiiii bagus.
So aku setia kepada brand ini untuk satu tempoh yang akan datang...
kami pilih fridge ini 


Samsung 2 door fridge 300L

Specifications
  • 255 Total Net Capacity
  • 53 Net Freezer
  • 202 Net Refrigerator
  • Shelves x 2ea ( 1ea Slide out)
  • Glass of Shelves
  • Number of Vegetable&Fruit Drawer: 1
  • Spill-Proof Shelves x 1
  • Door Pocket x 5
  • Type of Door Pocket: Transparent
  • Egg Container available
  • Deodoriser available
  • LED Interior Light
  • 1 Chill Compartment
  • 1 MoistFresh Zone with Vegetable Box
  • Net Dimensions(W x H x D): 555 x 1,635 x 637mm
  • Net Weight : 50.7kg

Dan yang ini dapat 5 bintang dari segi penjimatan elektrik yang di gunakan....kalau beli barang letrik kena tengok berapa bintang mereka rate untuk barang letrik kita, lgi banyak bintang lagi jimat.
Aku beli kat HLK Seksyen 23 Shah Alam, so far kedai tu bagi harga paling murah dari kedai2 lain...aku dah malas nak survey sana sini..aku pegi jer beli terus, harga dia letak RM1299 tapi lepas mintak tawar2 sikit dia bagi RM1150..murah banyak tu..suka la kan.

Okeylah..semoga dia berkhidmat dengan baik untuk keluarga aku...harapnya dengan jaminan compressor selama 10 tahun...10 tahun lagilah baru aku beli baru yer.Aku ni bukan jenis suka2 nak tukar barang kat rumah kalau tak betul2 rosak...see my washing machine, walau hampir 6 bulan boleh kata kejap onn kejap off aku tetap tak beli.

Mak aku selalu pikir aku ni kedekut...hahah..memang poonnn!



Popular Posts