Friday, January 1, 2010

SaLmON di TaHuN BaRu !!

Hari ni , kita masak salmon lagi. Kalau tak si Am tu asik nak makan raw salmon ajer..huahuahua..lepas ni kami anak beranak boleh dah masuk Fear Factor!
Dasyat dah kami...ala ala karnivor pulak!!
Grill salmon, lepas tu saute tomato tu, kentang tu rebuskan ajer.Selamat menjamu mata!

HaI 2010 !!

Salam Tahun Baru
Malam tahun baru kami malam tadi tiada yang istimewa selain daripada tidur berdengkuran 4 beranak. Rasanya kami lelap dalam jam 1120 kot. Tetapi saya terjaga tatkala terdengar dentuman bunga api yang ntah dari mana?? Dum..dam..dum..dam. Terkejut sekejap, tapi lepas tu lelap balik.

So..pagi tahun bari ni pulak, saya berkejaran menghantar salmon kepada pembeli2 yang telah berjanji. Temujanji pertama di Giant Seksyen 13, jumpa kawan blogger Eynda. Lepas tu pergi umah kawan baikku kat Bukit Bandaraya pulak, hantar salmon untuk dia sesambil lepak. Tapi sebelum tu, kami pegi mengisi perut di sebuah restoren di Seksyen 8.

Makan bagai nak rak....ada pulak yang mengangkat tangan pada saya yang selebet pagi tadi.
Waaallaaa..macam mana ni...pakwe lama sekolah rendah la pulak!! Kah...kah..kah. Baru padan muka....dia dah lama dok tenung kami, sebab nak mengiyakan..betulkah itu si Umi Salwa.
Katanya pada isteri beliau, kalau spec matanya retak, sah lah itu si Umi Salwa..kakakakakak.
weiii...haku lah ni..tapi mana ada spec retak lagi dah.

Kawan lama sejak sekolah rendah, beliau kerja di kapal kargo tak silap, sedang bercuti selama 3 bulan dan lepas ni belayar semula. Am cakap..tengok, orang kerja macam tu pun ada..6-7 bulan baru balik jumpa family, Abang baru kena kerja shift isteri dah banyak peel!
Hahahaha..itu tidak mengapa bang, sebab dia bukan laki saya, kalau laki saya..jawapannya no way!! Nanti hakak carik bapak angkat untuk anak anak ni!

Hopefully, ini permulaan hari yang baik dan bagus untuk saya melayari hidup di 2010. InsyaAllah kalau Allah masih panjangkan umur. Kita berblog lagi sampai akhir 2010.

Thursday, December 31, 2009

The Last Day of 2009 !!

Hari ini..hari terakhir tahun 2009

Tahun yang agak mencabar bagi diri saya dan tahun yang paling mengembirakan saya.

Tahun ini jugak saya telah mengandung dan melahirkan anak ke-2 saya setelah lebih 4 tahun beranak satu jer.

Saya jugak rasa, tahun 2009 ini adalah tahun rezeki untuk saya kerana Allah tak pernah putus memberi rezeki kepada kami sekeluarga.Alhamdulillah.

Oleh kerana masa nak memulakan tahun 2009 yang lalu, saya berazam untuk "tidak mempunyai azam"..oleh itu azam itu telah tercapai dengan jayanya.Aiiiyyoooo..aci tak??


Tapi tahun ini pula merupakan tahun yang mana kesihatan saya di tarik nikmatnya oleh Allah, saya sering demam selepas melahirkan.Sekerap 2 bulan sekali, atau akan selesema sebulan sekali.Sedangkan saya biasanya adalah orang yang paling kuat antibodi untuk di hinggapi penyakit2 begini.


Oleh itu..dengan berbesar hatinya..saya akan memaparkan "unreveal image of me" untuk readers semua.Wallaaa..cam artis pulak....oh tidak..muka selebet saya tak sesuai jadi artis, saya nak jadi saintis tapi tak kesampaian jugak...!! Setakat ujikaji membuat
manusia.."yeeaayyyy..saya telah berjaya'!!

Apasal haku tak pandai senyum depan camera???????? Gambar paling buruk actually dengan Umar dengan muka kena paksa tu. hahahahahahah!

Selamat Tahun Baru!

Wednesday, December 30, 2009

IkAn SaLMoN KiTa !!



sajer nak menunjuk betapa besarnya salmon yang ku dapat kali ni..ini antara yang terbesar lah yer...
rasanya dalam 1.5kg kot..tak timbang lagi.
tak sabar sabar nak goreng buat makan malam ni.

Tuesday, December 29, 2009

DaH AdA AzAm ???

Untuk tahun depan..saya dah bercita cita nak buat azam, untuk kebaikan kami sekeluarga.
Apa yang perlu adalah jati diri dan disiplin diri yang kuat.
Sedang menambah dan menolak azam yang agak agak boleh tercapai di akal.
Akan saya listkan menjelang malam tahun baru !

HaRI AhAd ~ Ke PaNtAi !!


Hai..

Hari Ahad lepas kami berkelah di Pantai Klanang.Lokasi Kuala Langat, Selangor..kira dekat dekat Morib lah. Pantai pantai kat Selangor ni korang sedia maklum lah yer..memang tak cantik lansung, tapi sebab nak berkelah punya pasal, hakak hentam jer.

Kami keluar rumah pukul 8 pagi..dengan itu ini..sampai sana pukul 10.15 pagi. Pergi jugak bersama mak ayahku, abang dan jugak adikku.




Ini foto Nafeesa mandi ngan sepupunya, Irfan.Haaaa..anak daraku boleh dia bukak baju masa mandi tu.



Time ni belum mandi lagi, baru sampai tapi masing2 dah tak menyabor.


Si kenit ni tak mandi pun..just pijak pijak pasir pantai.
Pukul 3.30 balik dari sana..panas dan penat!



OtAk Ku DaH JaMMeD kEr HaPer??

hhuuwaaaa...
kenapa aku tak dapat nak kawal otak ni suruh stop daripada terus menyanyi dalam hati korus lagu band Hendonesia tu..apa tu?? Wali Band, lagu Cari Jodoh..

nak sewel ker haper....?????

i'm tired okkey......tapi the signal can't proccess the order..brain damaged ker sedikit kemek ker haper??


So now on..aku sedang berzikir......


* ini akibatnya dari mendengar lagu ni sebanyak 3 kali masa dalam kereta hari Ahad dan nengok tak iklan Jangan Tidur Lagi...huhuhuhuhu*

NaK BeLi DaH TaU - SaLMoN !!

hi all,
esok saya nak pegi beli salmon dah..sesambil tu sesiapa yang dah order tu..silalah bank in deposit RM30 yer...sebab apa..saya nak kena modal lebih kurang RM500++, mana nak cekau duit kalau saya tak sempat nak hantar..al maklum anak nak masuk sekolah...

sekian, terima kasih!

KiSaH BeNaR - MeNjAwAb TaG !!

~ Mari kita menjawab tag dari orang Nilai.....

1. First time jumpa with ur hubby bila n kat mana?
~ Early 1998, di Shah Alam

2. Love at first sight?
~ Gila ngko..time tu aku dah ada pakwe lain

3. Who is he when the first time u meet him?
~ buruh paksa dan mat rempit

4. How long it takes for him to ask u out of a date?~
~ so long, 3 bulan kot

5. First place dating?
~ ialah di gerai makan kat Seksyen 17 tu...ha ngko, tak romantik lansung.

6. How he proposed?
~ Can't remembered, ada ker..ker aku yang ajak dia kahwin..wakakakaak!

7. Special Date with your hubby?
~ Pergi Genting Highland selepas bertunang (special ker??)

8. Changes that he asked u to do?
~ he asked me to be a fat mommy.....fantasy apakah ittew???


9. What is about him that u love him so much?
~ Never say 'NO' to any of my dreams or wishlist..kalau aku nak bulan pun dia akan kata "OK nanti abang pegi belikan" wth!!


10. What is about him that u wish he would like change?
~I wish that he can flat his tummy..it will look more younger i think!! kakakakaka....

11. U will lose ur mind n crack ur head when he?
~ Ada kekasih gelap ker? Giler ngko..takkan aku nak senyum manis pulak kan.

12. U will smile thru ur eyes for the whole day when he?
~ menghadiahkan saya sepohon pokok yang berdaun "duit"...waaaa mata duitan teramat..bukan whole day jer haku senyum..mau senyum sampai padam!

13. Complete below sentences 'My love towards my hubby is as big as..?
~the univers.......

Monday, December 28, 2009

CriStMaS DaY - OU !!

Hari Jumaat, bersamaan Hari Krimas tu, kami jalan jalan ke OU, tapi dah petang pun. nak pukul 6 lebih. Sebab kat umah takde buat apa, perut pulak asik melapar...dalam kepala hotak nak makan cheezy2 food dan burger.(wahhh..kenapakah itu?)

Puaslah dok search dalam internet The Best Burger in KL, rata rata ntah kat mana mana, Ampang lah, kat Melaka pun ada..aiyyaakkk! manyak jauh ooo...yang lain lain ku tau jugak...kat Seremban, pernah pegi makan sekali, burger dia besar dan mervellous!Tapi takkan nak pegi Seremban sebab nak makan burger punye pasal.

So, kami telah menanamkan iktikad untuk makan di Carl's Jr sahaja, lokasi OU. Tapi penuhlah cabarannya, takpe...mengidam (haiih) punya pasal..ku turutkan jua!
Cabaran pertama : Nak cari parking punyalah susah, berpusing 3-4 kali baru dapat. So lega
Cabaran kedua : Bila dah sampai, nak pegi carik ATM machine pulak, duit memang ada 30 hengget jer (suka betul buat peel gini), carik sana sini semua Out of Service, akhirnya dapatlah jugak.
Cabaran ketiga : Bila dah order..kami pun makanlah..cadang nak lepak lama sikit, makan2 dan relax, tapi si Feesa telah keluar isi perut atas dulang yang ku letak fries (adalah sangat *^^%^%^&)
Cabaran keempat : Si Umar Zidan jugak...dah buat "majlis"...malah terlebih sudah sampai terkeluar dari diapers hingga melimpah ruah ke baju dan terus kena di baby chair (adalah jugak sangat ^&^%$%^)

GGRrrrrrr....aku adalah sangat tension nak sewel....terus lap lap apa yang patut, alaskan stroller ngan tisu banyak2 dan stroll the boy to the toilet.
Sampai kat toilet, selamat ada toilet khas untuk nappy changing, so kami anak beranak sekali masuk dalam toilet tu, dengan tak bawak baju sparenya, bila nak terkena ni, tak ulak ku bawak baju spare, selalu tu ada jer. Tapi dalam beg tu ada baju yang dah Umar pakai last week kot (nampak betul mak pemalas, baju kotor last week pun tak keluar beg lagi) dan satu jaket, so pakai je lah seluar dan jaket tu.
Kelam kabut punya pasal, nak keluar toilet tu sampai tertinggal hanbag mama...nasib baik acik Indon cleaner tu beritahu.

So, dah selesai aksi kelam kabut...kami pun jalan jalan cuci mata.....
Ternamak butik Coach, hati ni gatal gatal nak masuk....sebab nampak ramai dalam tu, selalu tak nak masuk, segan aiiihh..kami ni orang selekeh jer. Tapi takde rezeki jugak..dah sampai betul2 depan pintu...
anak aku si Nafeesa ni pulak pi pijak sandal bapak dia...lansung terputus ngko. Lepas tu ku pikir..nak masuk ke undur..so haku undur je lah kan...

wwaaaaaaaaaaaaa!!!!!! tensionnya haku....satu satu halnya.So papa dia lepak la kejap kat kerusi2 rehat sebelah butik tu.Haku pun dah tawar hati dan tak masuk pun. Sesambil si Am melepak, ku pun masuk butik DKNY kat belakang tu...tertengok beg yang pernah ku masukkan dalam wish list hanbag ku itu...harganya ialah RM1188...walla....boleh tidur kat Redang 4H3M.Tapi sajer jer menengok kan........tak salah!

Walaupun Am dengan sandal putusnya itu, kami masih berlegar2 sambil mencari kedai selipar yang terdekat, heran haku takde pulak ku nampak kedai BATA yang dekat, lakiku kata dia ok jer..nanti balik gam lah yang tercabut (actually, bukan putus) tu. Tapi..takkan aku nak nengok laki haku berselipar tak senonoh sedangkan haku berwedges Clarks, anak bersandal Nike.
huhuhuhu! Cariklah Studio R..beli lah sandal buat alas kaki..mahal ngko...42 hengget.itupun 40% off.Asal ada sudah..

Panjang betul karangan ku, end up memang tak beli apa apa..kami keluar OU pukul 10.30 malam. Kekekekekeek!

*yang best bawak kamera tapi tak bawak battery*

Saturday, December 26, 2009

UmAr ZiDaN TuRns 9MoNtH!!


Hi all,
semalam 25hb ialah hari Cristmas...hehehehehe! Bersamaan dengan itu jugak umur Umar Zidan dah masuk bulan yang ke-9!
Hohohohoo.....banyak betul kebolehan dia malah terlebih suda.Ini budak ada bakat nak jadi budak lasak.Budak lelaki lah katakan, bersiap sedia aje lah mama nak menampan kelasakannya.
Last 2 week dia juga telah jatuh dari katil buat pertama kalinya, tapi lepas tu dia telah menjadi pandai merangkak! (ada kena mengena ker?)Hhhhmmmm....sorry lah anak, mama sedikit cuai sebab time tu mengantuk sangat.
Antara kebolehnya sekarang :
~ Merangkak
~ cuba memanjat tangga (dah naik 2 anak tangga pun)
~ suka naik motor
~ suka cium lantai
~ suka berdiri pegang grill pintu

Dan akibat lasaknya itu jugak, dah pernah lebam kat dahi, dan dah agak pandai nak mengikut mama papa bila nak ditinggalkan kat rumah Acik Peah.
*Semoga Umar menjadi anak yang soleh dan bijaksana, sihat selalu dan kurangkan sikit melasak tu*

Thursday, December 24, 2009

SaYa BeRWaJaH BaRU !!



Yeeaaayyy !! Saya dah pun ambik spec baru saya pagi tadi, dan sekarang sedang menyesuaikan mata dengan spec baru ini, gambar saya memakai spec ini akan saya masukkan bila dah petang nanti, sebab tak bawak camera lah kat opis ni. Yang pasti, muka saya ada nampak sedikit lain, walaupun tak jadi semkain cun, tapi cukup buat saya makin teruja (teruja ngaper pulak??).

wahahahahahaha! A gift for myself!

Wednesday, December 23, 2009

MenJaWaB TaG!

Mari menjawab tag daripada cik ME@Alamaktuan.



1. Anda rasa anda HOT?

~ hhhmmm..not at all....dari segi penampilan HOT atau perangai HOT..

saya adalah sangat cooollll!! Tapi kadang kadang saya jugak boleh jadik HOT, tak tau bila?


2. Upload gambar kegemaran anda

3. Tentang gambar ni kan....

~ Of course la kan gambar Umar Zidan ketaika montelnya dulu, time tu dia berumur 2 bulan lebih.Comel kan?

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

~ last week, Pizza Hut Special Delivery.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

~ eeerrrr...apa yer?? tak ingat lah.

6. Apa yang anda buat selain menyiapkan TAG ini?

~ mendengar kawan kat office ni membebel tentang cara cara nak mengisi borang.huhuhu

7. Selain nama anda sendiri...anda dipanggil nama apa?

~ hhhmmmm....mak ayah dan abangku panggil UMI

~ Adikku panggil kakak,

~ Anakku panggil mama

~ Hubbyku panggil, ayang, Mi atau mama jugak.

8. TAG lagi 6 orang

~ siapa yer???

1. Shabiela

2. Iena Sha

3. Kak Neisya

4. MR

5. Ana Suzana

6. siapa yer..macam semua dah ada...

9. Siapa org no.1 pada anda
~Shabiela..haaa, kawan di forum cari, nama dia semacam nama Feesa.tu yang buat saya teringat dia bila panggil nama Feesa.

10. No.3 ada hubungan dengan sesiapa?
~ yak paham soalan ni...kalau Kak Neisya tentulah dia ada hubungan ngan suaminya..Annur Azmin namanya kan?kekekeke

11. Kata sesuatu mengenai orang no.5?
~ oohhh Cik Ana Suzana ni, sangat pemurah dan baik hati.Tapi bila bercakap laju kalah bullet train, katanya keturunan! wakakakak

12. Bagaimana pula orang no.4?

~ ohh si MR ni..ala ala kawan alam maya yang paling kelakar, tak percaya..baca blog dia.

13. Pesanan kepada org no.6?

~ tiada orang no.6, makanya tiada pesanan!!

haaa..korang , kalau ada masa terbaca tag ni, jawab ler.

AsiK LaH MeLApAr !!

huhuhuhu..setiap hari belum tiba waktu makan..perutku sudah start melapar..
huhuhuhh, tak ikut timing betul.
dah 2 malam asik masak pasta kat rumah...Isnin malam buat pasta with meatball soup, malam tadi fettucine with cheese and herbs gravy tu..tambah dengan tuna in olive oil.

tapi tak sempat nak tidur perut dah start melapar....
perut ku sungguh melapar nasik jugak rupanya..so malam ni nak masak nasi jer lah..makan ngan ikan goreng.

okeh....adik adik dan kawan kawan..start minggu ni boleh buat deposit salmon sebanyak RM30 untuk sekeping, sebab ku nak pegi beli on next Tuesday..nanti sat, nak kena setting appointment ngan orang jual salmon tu dulu, kot lah dia cuti Krismas lama ker.
Tapi yang ku tau..ku dah tak sabar nak makan shashimi lagi....waaaaaa, ini semua angkara cik ME kita lah..terliur liur rasanya kat tekak ni.
Nak beli lebih untuk buat stok..sebab lepas ni katanya harga jadi lebih mahal...so sementara masih RM30/kg ni, belilah 2-3 buat stok. Nampaknya terlebih omega 3 lah kami anak beranak selagi ada salmon dalam fridge.

ta..taaa..

Tuesday, December 22, 2009

NaFeeSa iS GoiNg To CEFL ????

hhhmmm.....
semalam dah ke CEFL Branch di SACC Mall, pusat pendidikan Bahasa Inggeris untuk kanak kanak dan dewasa.

So far kami sangat teruja untuk menghantar Feesa tuiton di sini, iaitu setiap hari Sabtu pukul 9-11 pagi. Tapi bila melihat fees cost nya, agak nak luruh segala bulu di badan.
1st paymentnya ialah RM680 untuk 1 terms which is consist of 10 weeks or equal to 20 hours learning programme.

Tapi...setelah di tenung2 dan di fikir2 sampai masak ranum...kami berhasrat untuk meneruskan tuiton Feesa di sini. Class akan bermula pada 9hb Januari, dan saya akan dapat kerja tambahan untuk menghantar Feesa ke class itu setiap Sabtu.Tapi...leceh jugak, kalau kena hantar Feesa time ngan Umar Zidan jer..sure nak kena parking dulu, sebab classnya berada di tingkat 3.

Oohh....haruslah saya buat jadual begini dan begitu..mintak tolong Acik Peah jagakan sekejap ker??
kerr???????

Kami pun tengok pada prestasi Feesa jugak, sama ada dia boleh pick up dengan pelajaran yang dia belajar di sana atau tidak, kalau dah habis course still ookk eekk ookk eeekk merapu..baik ku stop kan jer!!

wait & see !

Monday, December 21, 2009

KePaLa KeReTaPi.....TaPi ???

i bought something special for myself, but suddenly after received it,i dont feel so excited as the 1st time I saw it in the website.


hhhmmm....after thinking for a while, now i assumed that my passion is not in to it. I'm not so up to date into a fashion world or beauty world, i'm just can wear anything that i think most suitable for myself.


But, i think i will keep it and use it when i really want to.


or else, to let it go.....


kakakakakakakaka!!

Apa barangnya..biarlah rahsia!!






HaRi AhAd !!

Hari Ahad kami ke Ekspo Perladangan dan Ternakan Negeri Selangor (iye kot) kat perkarangan stadium Shah Alam , pergi dengan PIL, anak anak buah dan adik beradik ipar. Tengok kambing, rusa, kancil, kuda pun ada. Haaa....kat situ pun ada macam macam jualan dari seluruh peserta IKS tempatan Negeri Selangor.
Feesa dan sepupu.
Haa..nak cerita jugak.Kat situ ada boot Permata Hijrah, yang ubat ubat mata tu.So ku pun kenalah try on kat mata ku.Kotlah jadi elok, Alhamdulillah.Free je pun, tapi resultnya dapatlah melegakan pressure pada mataku ini. Kena lah beli dulu supplement mata ni kalau nak elok kan, takkan pakai hat trial ni terus baik, tak balik modal ler org tu berniaga!


Ha..ini massage spec, jgn korang ingat sun glass haku pulak, buruk benor gayanya!! Mesin ni urut2 sekeliling mata kita, tu yang buat lega tu.Ada jual jugak benda ni tapi tak tau harga berapa?? Kalau betul2 ku minat nanti barulah beli, balik tu pegi Tesco dan telah tempah satu spec baru!!
So, lambat lagi lah ku nak ber Permata Hijrah ni.

HP CSL ??

kikikiki..korang..HP CSL yang ku tepek gambarnya tu cuma berharga RM199. Korang percaya tak??Ku dah nengok kat Tesco, murah giller!
Tapi ku tak beli pun, sebab HP tu cuma untuk calling & SMS jer (which is sgt sesuai untukku) No camera!! Kat belakangnya adalah gaya cam lens camera tapi itu hanyalah gimmick semata!!

Oleh itu, duit budget telefon telah tu transformkan jadi sepasang kaca mataku yang baru! Dah berzaman tak tukar spec! Haruslah aku ada sedikit transformasi kan this coming new year!

~lalalalalal~

Saturday, December 19, 2009

aQUariA, KLCC !!

Akhirnya, hari ni baru kami sampai ke Aquaria KLCC bawak Feesa. Sampai dalam pukul 1.30 kot sebab kami pergi makan dulu kat Wong Solo di Kg Baru. Bila perut dah isi barulah syok nak bergerak, hmmmm jalan jammed di Federal Highway dan rupanya sama jugak di Aquaria ni.Orang packed betul, nak beratur beli tiket pun dah 35 minit.
HHuuwwaaa..dah sampai punya pasal, mak beraturlah jugak. Am kena baby sit Umar, sebab kadang2 dia nak berdokong. Tiket kami 3 beranak tadi RM78 kalau tak silap.
Siap ambik gambar kenangan dekat dengan entrance tu.
Ikan pari tu sangat besar okkkeyy! Kalau buat BBQ harus panggil orang sekampung!
Ini shark dengan gigi yang tajam, hhmm hat ni nak buat shark fin soup boleh kot.Tapi tak lah banyak isi kot.Besar lebih kurang 7 kaki.
Hat gambar ni ok lah jugak sebab di kawasan terang.Hat lain lain tu kelam sikit sebab tidak di benarkan menggunakan flash ketika mengambil gambar. Tapi ada jugak yang spesis tak paham bahasa, rasanya takut menimbulkan ketidak stabilan emosi ikan tu kot kalau ber flash bagai.kikikikii!!


MAcam biasa, kalau hakak yang snap gambor sana sini, gambor sendiri mestilah kurang, kalau ada pun yang rupa rupa gini ada ler...huhuhuhu!
Balik beli sourvenir kenangan! Fridge magnet dan Feesa dengan globe ikannya!
Lepas tu cepat2 pegi toilet sebab nak change diaper Umar, dia telah buat "majlis" selama di dalam Aquaria itu. After the diapers changed, we decide to go back home! Kaki hakak pun dah lenguh2 sebab pakai kasut wedges!! No shopping mopping ookey!
Sebab semalam ajer dah beli 2 pairs of DKNY Jeans!!


Thursday, December 17, 2009

NeW HP! MaYbE ???

hahahahha,,

HP hakak ni dah hazab okkey. Kalu nak bercakap suara akan kedengaran sayup sayup macam dari atas banjaran..tak pun tak dengar lansung.

Puaslah berhello bagai..haram tak dengar!


Almaklum..HP ni pun HP ehsan suami..rasanya HP ni hakak yang kasik dia masa birthday dia, boleh pulak dia kasik hakak balik!!

Sebenarnya, hakak ko ni betul2 tak heran pasal HP yang canggih2, tertutup nafsuku. Ura ura macam nak lepas tu tak dapat pun tak kisah, so korang semua dah nampak tak..i'm not in to it! Tapi jangan ko cerita baju baby hat comel2...sale baju bebudak murah murahan..takde duitpun akan ku adakan jugak!kikikikiki...


Tapi, oleh kerana HP ni dah hazab tinggal nak padam, tapi kira masih panjang umurnya sebab masih tak padam padam walaupun menjadi mangsa marahku sekali sekala dan mangsa kepada Umar Zidan buat mainan dia.Hmmmm, makanya tak sampai hati nak kebumikan dulu, ohhhh..hakak boleh bagi balik as represent kepada suami hakak..birthday dia awal tahun nanti! kakakakakak! kita haruslah berjimat cermat ookey!

So, biar the first time ever hakak nak beli HP baru yang cantik, canggih dan murah.


Apa kata kita beli HP CSL Blueberry-e....ntah la. kot ookey.kot tidak..melayang duit hakak yang tak berapa nak ada nih!

haa...cantik kan!! suka suka..harap harganya adalah murah!!

Popular Posts