Friday, July 19, 2013

Noktah 9 minggu !!

Assalamualaikum semua..
salam Jumaat yang indah lagi berakah..
esok..penantian 9 minggu aku dan anak-anak bakal berakhir..
Suami dan papa anak anak bakal pulang dan kami akan hidup seperti biasa...seperti 9 minggu sebelum ini...
seperti hampir 10 tahun yang ku lalui bersama...

Hati berbunga riang...
makin dekat harinya makin hari-hari nak terima call darinya...
Semoga Allah memberkati jodoh kami..
Insya Allah.




Lama tak tepek gambar Hamzah yang sudah makin pandai bergaya...
Sikit-sikit nak pakai seluar jim..seluar jim!!
Selamat seluar jim Umar dulu banyak..so dia pakai jer seluar jim abang!

*mak tak sabar nak tunggu esok*

Thursday, July 18, 2013

Ikat Nafsu, Kawal Belanja di Musim Perayaan !!

Salam semua...
sering kali kita dengar perbelanjaan melampau dan kawalan bajet yang longgar atau kita terikut napsu yang berkehendakkan itu dan ini setiap kali menjelang perayaan.

Nak tak nak...
paling kurang bajet yang harus disediakan adalah dalam linkungan 1 ribu ringgit atau lebih, bagi yang berkeluarga kecil..kurang dari bajet yang dinyatakan adalah lebih baik.

Jangan dilupa...
tahun ini kita bakal menyambut Syawal pada 8hb Ogos, maka gaji mungkin akan diberi seperti bulan kebiasaan iaitu pada 25hb..syukur di situ sebab kalau bagi gaji awal sangat takut ada yang tak cukup duit sambil nak menunggu giliran gaji akan datang.

Seboleh-bolehnya...
untuk mengawal napsu dari membeli yang bukan-bukan..
cuba senaraikan apa lagi perbelanjaan yang kita perlukan atau inginkan untuk hari raya nanti..
mana-mana yang dirasakan tidak perlu atau hanya dipakai sekejap sahaja, cuba abaikan!

Apa yang lebih baik...
kita hendaklah berbelanja mengikut senarai dan bajet yang telah ditetapkan,disiplinkan diri untuk tidak sesekali melanggar senarai atau bajet yang telah dibuat. Ayat dalam hati yang sering sekali terbit macam "takpelah..beli jer dulu" selalunya akan mendukacitakan kita kemudian hari, biasanya selepas pulang berhari raya dari kampung, jangan dilupa rutin harian selepas itu yang menuntut perbelanjaan harian seperti biasa.

Untuk musim perayaan kali ini..
Kami telah buat peruntukan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak kami sekeluarga, juga termasuk dalam bajet ialah pemberian kepada insan tersayang iaitu ibu bapa dan mertua semestinya.

Till next episode!


DaPuR KoToR !!

Salam semua...
huhuu..sedih la aku sekarang ni...
dapur aku selalu kotor sebab dikunjungi tetamu tak diundang...
kalau dulu datang carik sampah jer...
sekarang siap tinggalkan najis lagi...
bersepah sana sini...geli mak!!
Setiap petang balik kerja aku kena bersihkan dapur sebelum masak..
malam sebelum tidur pun aku pastikan dapur bersih sebersihnya dan tak tinggalkan sampah lansung.
Semua sampah terus buang ke tong besar.
Tapi bila time sahur aku nak panaskan lauk...
dapur kotor kembali..bau busuk dan najis sana sini.
Tension la weh...
aku takut mana tau kalau aku cuci pinggan mangkuk yang digunakan tu tak bersih ker??
Lepas tu guna untuk makan..NAuzubillah..
Aku tunggu Am balik ni..
hari2 aku dok ngadu ngan dia...
tetamu tu datang bawak anak kecik 3 ekor lagi...
Am cakap tunggu dia balik..dia projek kemas dapur dan pasang perangkap...
siap lah kau!! Aku dah cakap ngan laki aku!!

Tuesday, July 16, 2013

Corelle Murah sempena Ramadhan!

Untuk pembaca dan pencari corelle sempena hari raya nanti
kami dengan sukacitanya membuat tawaran istimewa sempena bulan yang berkat ini

Hanami Garden x 1 set

Garden Sketch x 2 set

Camellia x 2 set


Harga terendah di pasaran :
RM330 COD! 

Cepat sebelum kehabisan.
SMS di 0185704633

COrelle Stok Julai - HampIr TiBa !!

Assalamualaikum semua..
stok pre order corelle sudah tiba di Malaysia tapi masih ada pada supplier..

ada 2 design yang available untuk di beli secara COD

Hanami x 1 set

Garden sketch x 2 set


sms saya untuk details :0185704633

Monday, July 15, 2013

GelanG Emas Hari Raya !!

Assalammualaikum semua..
kenapa orang perempuan akan berpusu-pusu tiap kali nak raya ke kedai emas?
sedangkan emas tu harganya bukanlah murah yer...
seingat aku 2 tahun lepas tak silap harga melangkau RM195/g...
time tu memang syok sekali kalau nak pajak atau gadai.

Tapi waktu ini harga emas sedang menyusut...
paling susut ialah RM142/g...tapi itu harga komersial nya...
harga sebenar adalah lebih murah benornya..
dah tua bangka macam ni aku baru bijak sikit nak beli emas yang lebih murah dari harga kedai2 ternama biasa cam Poh Kong, Tomei atau Habib.

Okey...
ada sebuah kedai cina kat Kuala Pilah jual emas hari ini RM126/g sedangkan harga di kedai biasa ialah RM145/g
sebuah lagi kedai di Jalan Masjid India KL jual emas sekitar RM128/g semasa kedai2 ternama jual emas mereka dengan harga RM145/g.
Dan kat kedai emas kat KL ni ambik trade in barang lama dengan susut nilai 10% sahaja.
Giler berbaloi!

semalam aku pegi Habib Jewel..
takde harapan untuk membeli..nak menengok pun kena kejap2 jer sebab aku bawak budak3 ni..
baru aku nak acu gelang lat tangan..si kecik dah keluar kedai pegi menebeng kedai donut kat depan tu..
Si kakak pulak datang cakap "Ma..kesian baby nak makan donut" - eleh ntah2 ko yg meleleh air liur tgk donut!
Dah aku kasi duit beli donut...
masuk lagi nak beli donut lagi satu - Umar pulak nak!
Haaaiissshhh!!!
Bagi la duit...okey senyap kejap..mak keluar la itu ini nak acu kat tangan..
kejap jer dah masuk balik askar aku ni...
nak duit beli air pulak.

Last2 aku tak beli mende pun...


hhhmmmmm...
abang balik lah cepat!!!




Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Pertama Kami - Sederhana Sekali!!

Salam Ramadhan all
semalam...
hari pertama berpuasa macam semua orang lain dalam dunia ni..
cerita aku..paling tak happening bila bersahur berdua dengan Feesa..macam tu jugak bila berbuka!
Semalam aku tak pegi kerja...
Takde orang jaga anak2 kecik so aku ambik cuti..
macam biasa kalau 1st day puasa aku is like takde tulang belakang..
so aku melepek setengah hari sebelum keluar hantar Feesa gi sekolah...
lepas tu sambung melepek semula...giler aaahhh punyalah lama aku boleh tidorr...
selalu kalau tak pergi kerja..aku paling2 tidor lepas lunch ajer kat rumah..itu pun dalam 1 jam jer..
tapi semalam memang rekod habis dan aku memang dah jangka kan pun sebab saban tahun aku mmg cam gitu gayanya..hahahah!

Tapi berbuka semalam aku masak tau...
sebab banyak benor tidor nak bangun pun payah..
pukul 630 baru aku start masak...
masak nasik,hiris cili,bawang & kobis..
tumis air sayur kobis, gorengkan ayam sebab permintaan Feesa dan goreng la bergedel 4 ketul.
Bergedel ni aku dah buat awal2...bekukan dalam freezer dan bila nak cuma turunkan lebih awal dan boleh goreng bila tiba masanya.
Feesa lak semalam agaknya terliur air sirap..so aku suruh la dia beli air batu ngan pati sirap..sekali ngko sebotol besor pati sirap yang dia beli..hhmmmm boleh la guna sampai raya sekali nanti..hahaha bajet betul bagi air sirap je kat orang!

Tapi kan....
Ramadhan yang indah selalunya time waktu berbuka..
walaupun semalam hari pertama berbuka aku tak lah berapa indah benor..
sedang azan berkumandang, selalu semua berebut nak baca doa dan minum air dulu...
well..kami pun sama...
aku baru minum seteguk..kemudian letak cawan dan pegi ke belakang kejap (ntah ambik apa)
sekali aku nak datang...
jeng jeng jeng...Hamzah telah menumpahkan secawan air sirap merah ke lantai bawah meja..
hati panas sikit..so aku pun terdebik la budak tecit tu..
uwwwaaa..uuwwaaa..dia nangis..aku bukak baju dia dan campak atas sofa
azan belum habis lagi ni kat TV..
aku dok terbongkok-bongkok lap lantai mengulang ke sinki 4-5 kali..
kang kalau tak lap habislah semut & melekit...
sedeh okey..
abang cepatlah balik..walau lagi 8 hari....
setiap jam aku dok kira bila la ko nak balik bang oooiii!!!

Spanx Dah Sampai !!

Hello all...
yang di nanti-nantikan telah tiba...
aku purchase online 25hb Jun sampai sini 9hb Julai ... cuma ambik masa 14 hari untuk sampai ke tangan aku.
Okey puas hati lain kali boleh order kat sini lagi... Freshpair.com


Sampai 


Tapi kan....
aku tak tau lah kalau kastam bukak atau memang dah begitu gayanya packaging spanx aku tu cam dah terbuka dan di selotape semula..lipatan pun cam dah dilipat semula.Harap takde lah sesiapa yang pakai try kat anu dia sudahlah kan!
Huh!
Yang lagi satu tu aku belikan untuk Am, sebab dia selalu sakit belakang so dengan pemakaian baju cam ala-ala korset yang menggrip bahagian perut dan belakang, tak lah terasa sakit sangat nanti harapnya. orangnya pun takde aku nak tanya testimonial.

Kalau nak testimonial aku...begini aku nak tulis.

Mula-mula nak pakai seluar tu rasa macam tak boleh masuk jer, sebab macam kecik sangat tapi kainnya yang expandable sangat elastic tu membantu untuk kita tarik dan memakainya dengan lebih mudah.
Bila dah pakai....hahahaha...perkara pertama paling suka ialah...perut 3 bulan setengah dah jadi perut sebulan okeh. Yang best  jugak...part pergelangan seluar kat peha tu takde kesan ..so kalau kita pakai jubah plain color ker..takde lah nampak bentuk seluar dalam kita dari luar..
kadang kan malu jer bila terpandang orang pakai jubah lepas tu nampak garisan seluar dalam...aku selalunya akan pakai seluar lain lagi satu lapis kalau pakai jubah itu pun masih nampak kesan..huhu!
So rasanya lepas ni takde lah lagi...yang penting perut kempes la sikit dari yang sepatutnya.

Ada rezeki boleh sambar 1 lagi.

Bye

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan Al MuBarak !!

Assalamualaikum semua
Sehari sebelum Ramadhan menjelang ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf andai tulisan dan gurauan di sini ada yang menyentap hati sesiapa...

Ramadhan kali ini sangat berbeza bagi diri aku...
kalau sebelum ini aku terpaksa membiasakan diri bersahur atau berbuka sendiri sebab suami terpaksa mengikut jadual kerjanya....
Ramadhan yang lepas aku ingat lagi...
walau dia ada di sisi (tapi bekerja) aku terkena waktu sahur dan berbuka sendiri di rumah dengan anak3...masa tu aku dah rasa sedih sendiri walau cuma dapat dengar suaranya dalam talifon.

Tapi kali ini...lagilah sedih....
suamiku hanya akan pulang setelah Ramadhan yang ke 11....
aku rasa time tu dah rasa nak raya jer..
apa boleh buat??? Tuntutan kerja melebihi segalanya
takkan nak berhenti kursus sebab nak puasa ngan aku je kan??
Sabar aje lah...aku dah setabah 7 minggu menunggu dia habis kursus takkan aku tak boleh nak tunggu lagi 11 hari lagi kan?

So semalam aku dah bertungkus lumus masak lauk rendang untuk kami bersahur pagi esok...durasi memasak aku semalam punyalah lama..nak 1jam 40 minit aku masak rendang ....takpe lah..demi nak tunaikan permintaan anak3 aku paksa jer diri aku ni..kalau ikut hati malas la weh...pada aku siapa jer nak makan? Itu jawapan standard kepada kemalasan aku untuk memasak lauk yang pelbagai sejak Am takde kat rumah.

Okey...
apa-apa pun..sebelum nak puasa ni...kita makan siang puas-puas dulu hari ni yer.
Hahaha...


Monday, July 8, 2013

MeDLItE LaSeR - PaRT II


Okey, sambung cerita melaser kita last week..atas ni lah laser machine yang digunakan dalam proses melaser muka aku tempoh hari. Laser ni paling berkesan nak laser buang tattoo, untuk yang tak bertatoo cam aku ni, aku buang ler parut jerawat kat muka ni.

Selepas buat scanning muka tu, nurse (nurse ker??ntah) bersihkan lagi muka aku dan picit segala mak nenek black head aku yang dah terbenam dalam kulit muka..cam nak nanges aku menahan pedih....kembang urat mata aku keluar air mata.Takkan nak melalak pulak kan?? Sudahnya kesedihan ler aku menahan nurse tu korek segala mak nenek jerawat dan blackhead tu semua...
selesai sudah sessi yang menyedihkan tu...
doktor pun masuk untuk buat laser, mula2 dia akan cubakan kuasa laser tu pada tangan kita untuk uji sejauh mana kita tahan dengan percikan laser tu. Dia macam api patri yang merecik2 kat kulit, so korang nanti mesti cam terkejut-kejut sikit tapi sakitnya masih boleh tahan lah...sakit lagi nak beranak aku rasa.Hahahaha yang itu tak boleh compared lah kan!

Masa treatment tu berlaku..kita dipakaikan google gelap takut cahaya tu merosakkan mata mungkin, maka sessi terkejut-kejut aku pun bermula..siap ada bau rambut terbakar lagi..aaiiikkk doktor, rambat saya dah hangus ker??
Rupanya yang bau tu ialah bau bulu muka aku yang terbakar...cuak aku,aku bajet gelap gulita muka aku lepas ni...panas gak lah laser ni kena kat muka..cam perit2 sikit kat jendul dahi aku tu..atas kening pun merah2 sikit.Kalau tak tahan aku berkerut la dahi..maka doktor tu pun paham tapi dia buat jerk.hahaha, betullah orang cakap nak cantik tu perit! Tapi aku bukan nak cantik pun..aku nak muka takde jerawat jer.pphhuuuiiihh!!

Okey...selesai sessi melaser dalam 7-8 minit macam tu...mereka sapukan essence dan vit.C serum, sambil digosok-gosok dengan alat apa ntah...sejuk sangat alat tu,lega muka aku time ni..iye lah, kena laser tu panas okeh,dah selesai treatment tu apalagi...jumpa doktor semula dan boleh balik, next appointment next wednesday.

So far setelah 5-6 hari dari hari kejadian...
mula2 muka aku memang cam gelap sikit la....bengkak2 sebab di korek jerawat dan keropeng sebab luka kena korek jerawat memang amat ketara, bengkak2 gak pipi aku ni sikit sebab dia korek jerawat aku mmg kaw-kaw punya...hari ni keropeng yang kat pipi dah hampir tiada,cuma yg kat dahi ada lagi. Muka dah jadi cerah dalam masa 1-2 hari selepas treatment, jerawat kat dahi dah hilang, tapi malam tadi tumbuh lagi sebijik.Paling best, parut kat pipi depan muka aku hampir 80% tiada, la ni aku cam takde lah malu sangat nak jalan pandang depan dengan tak tepek bedak di muka.Paling tiba2 aku terkejut, dagu berlapis aku dah hampir tiada..mana pegi eeehhh???

Mengikut bacaan aku, setelah treatment tu, collagen dalam kulit kita akan bekerja dan membaikpulih segala sel2 kulit kita dengan lebih aktif,sebab tu ianya agak memakan masa,bergantung kepada berapa aktifnya collagen kita bertindak selepas di laser.
Aku akan update lagi kisah laser melaser aku next week!
Bye-bye.




Thursday, July 4, 2013

Jerawat Dan Parut Di Muka - Jom Laser!

Assalamualaikum semua,
sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah ada lah jugak perubahan yang aku alami,kulit muka jelas jadi berkilat (mengelupas agaknya) sebab aku guna yang jenis whitening.


Aku cuma guna cleanser dia + toner dia jer...itu pun dah RM50++ (harga staff kat farmasi aku,murah ler) kalau kat luar mau dalam RM60 ke RM70, tapi memang mengagumkan.

Tapi aku stop je lah nak review pasal Hada LAbo ni sebab semalam aku dah buat appointment dengan aesthetic clinic. Haaaaa....apa aku buat kat sana.....???
Penyelesaian (aku harap) kepada masalah kulit muka aku yang subur jerawat dan kesan parut yang bercapuk2 di sana sini.
Seriously aku macam dah tersangat low confident dengan penampilan aku, pakai produk semua tak membantu, makin berjerawat cam kena kena baja suburnya tau tak?
Fed up giler...nak hadap muka boss2 jantan aku yg hensem lagi licin mulus kulit depa dari kulit aku okeh...malu la hai! Selamat laki aku takde....jadi aku konon2 nak buat construction project kat muka aku ni...rupanya tak jugak jalan.

Dulu mula2 aku guna Body Shop kan...mula2 okeh, lama2 cam kuali penuh minyak muka aku,jerawat tumbuh kat dahi,pipi dan bawah dagu subur sekali,lagi2 time nak period..benjol sana sini.

======================================================================
Aku buat rawatan di Radiant Clinique, Bukit Jelutong iaitu klinik kecantikan under management tempat kerja aku.
Mula - mula aku nak dengar jer apa masalah kulit aku ni, yg degil sangat asik nak keluar jerawat, salah makan ke, salah tepek pencuci ker, ada kilang jerawat ke dalam kulit tu kan?
So mereka scan muka aku guna Visia scanner...


Tu muka aku ler tu..dalam screen PC scanner tu...scanner ni boleh analyse untuk 8 jenis masalah kulit yang kita alami antaranya yang aku ingat UV damages,measurement of pore depth,wrinkle analysis, pigmentation,brown spot, bacteria dalam kulit dan ada lah lagi beberapa yang aku tak berapa ingat.
Makin rendah percentage kita dapat, maka makin sakitlah kulit kita tu sebenarnya.
Untuk aku yang paling teruk ialah bacaan untuk analisis recognition of porphyrine & bacteria,21% je kot..HHhmmmm...muka aku banyak bacteria rupanya,doktor cakap sebab pencuci muka yang aku gunakan, tu tak berkesan untuk kulit aku, so sudah kumpul banyak bakteria sebab tu senang berjerawat.
Lagi satu wrinkle aku bacaannya 56% maksudnya sesuai untuk org umur 40 tahun ke atas, sebab kulit muka aku kering kurang moisturize..ooohh okeh,okeh cam nak fengsan malu sendiri! Malas nak type dah..

Lepas dah analyse semua, jumpa doktor dan doktor terangkan masalah kulit kita segala base on scan result tu lah kan,dan apa tujuan kita datang ke klinik tu..untuk lain2 orang macam2 matlamat dan tujuannya, untuk aku....aku cuma tak nak jerawat subur dan hilangkan parut2 jerawat yang sangat comel kat muka aku ni.
Dan doktor sarankan aku buat Medlite laser + serum & vit.c treatment. OOohhhh apekah itu??

Nanti aku sambung lagi....
nak cari maklumat tepat dulu untuk semua sebab aku tengok tak banyak blog yang ceritakan pengalaman buat laser treatment ni, puas aku google dalam 2-3 blog jer yang ada cerita pasal laser treatment ni, mungkin ramai yang masih tak berani nak cuba, tapi kalau dah putus cara cam aku ni...
aku malas nak pikir lagi...pulak tu..kat tempat kerja sendiri kan...bunyik dia macam pucuk dicita ulam mendatang, org tak pujuk aku sendiri yang datang!

hehe...sambung..



Tuesday, July 2, 2013

KeNaPa ExCiTeD TiaP KaLI NaK RaYa ....????

entah kan...manusia.. ke yang jenis perempuan..
kalau nak raya walau puasa pun belum..
excitednya mesti dah sampai dulu...
selalunya aku tak excited pasal nak raya-raya sangat ni..,
tapi dalam tak excited di bibir...
persiapan aku buat jugak..
diam-diam langsir setinggan aku dah tempah lama pun..
tapi tak tau siap ke tidak...tak pulak aku jenguk!

Dalam tak excited nak raya tu...
selamat masih ada orang sudi jahitkan baju kurung aku..
cuma aku terlepas satu pasang kat kedai di PKNS Shah Alam..
nak nangis bila ingat balik,tempah baju kurung ajer 140 hengget! Rasa nak mencarut... sendiri cakap sendiri dengar jer! HUH!!

Kalau bab baju budak3 ni..aku rasa tetiap minggu dah aku dok ngulang sana sini,
asal comel jer aku sambar, tapi kalau untuk Feesa asal boleh masuk je badan dia aku belikan...tak kira corak dah.
Kasut budak2 pun dah settle, tingal baju melayu anak jantan,
aku nak beli tunggu bapak mereka balik..
so ingatnya ini tahun nak beli bila harga dah lelong nanti kat PKNS
tak kisah la..aku takde makna nak konsep2 tahun ni dah..
asal murah sudah!

Kalau dah settle semua sebelum puasa alangkah bagusnya..
sebab time puasa aku memang akan flat habis la...
tak tau la memang jenis darah rendah ke haper aku ni...
kalau bulan puasa aku cam melepek kelepek melekat kat lantai gamaknya...
nak sidai kain pun cam tak larat...
tapi seingat aku..sebelum ni aku minum 100 plus buat aku sedikit bertenaga di bulan puasa.
so mari buat stok 100pluss dalam peti sejuk!

Thursday, June 27, 2013

UnTuK GiRL PLuS SiZe...MaK DaH JuMpa !!

Okey..
sebelum ni aku pernah tulis betapa susahnya nak carik baju/seluar untuk saiz Feesa.
Sekarang mak dah ada penyelesaian untuk masalah tersebut...
ianya dari O'Kayce..
ya range pakaian dari O'Kayce ada saiz baju/seluar/skirt untuk Feesa..
semalam gak mak dah belikan sepasang untuk dia untuk hari raya nanti.
Al maklum kebetulan ada diskaun 50% sebat ler jugak..

Dia tak suka pakai seluar, sebab ketat sana sini kan..dia tak selesa..
so semalam kat O'Kayce tu ada banyak jenis skirt labuh yang cantik2..
mek tu dah ambik sehelai skirt labuh saiz M (waaahh) dan sehelai baju kembang di perut saiz XL sebab nak masukkan lengan muscle dia tu kita kena beli extra saiz untuk dia.
Syukur sangat akhirnya ada jugak jenama baju yang keluarkan saiz baju untuk anak aku.

Actually dulu pernah gak beli, tapi tak perasan kot..
lagipun shopping baju bukan selalu..setahun sekali je kot lagi2 untuk Feesa, setakat baju harian kita beli yang murah2 jer..
Kalau nak raya ni aku belikan jugak lah walau sepasang nak harga 100 hengget (pphhuuuh)..
kesian dia..selalunya dia memang akan pakai baju 2nd hand adik aku jer...
aku memang dah lama sangat tak belikan dia baju, sampai kadang dia cemburu tengok aku asik belikan Umar dan Hamzah.
Ok lah kakak, lepas ni kita shopping baju kakak jer lagi sepasang yer..lepas tu, tutup buku shopping sebab nak puasa sudah.

YoUr InTiMaTeS ...

Hello all..
tetiba kan hari ni aku nak update cerita pasal intimate lingeries ni...
selama ni aku cam tak de lah kisah benor tentang lingeries fashion ni semua...
memang giler tak ambik kesah sebab membeli 2 tahun sekali jer..
sejak berminat dengan SPANX, semalam aku ke PARKSON Subang Parade untuk lihat sendiri tekstur textile Spanx ni. Ohh ya, Spanx ada di jual di Malaysia di seluruh store Parkson, Robinson, Tang dan beberapa lagi store terkemuka.Tapi harganya, kalau berani boleh jer beli...
Tapi jenis yang aku nak tu takde..so tak boleh nak compare kan harganya.
Pada pengamatan aku, material nya sangat kukuh kalau nak mengetatkan bahagian2 badan yang terpilih untuk disarungkan Spanx tu,lembut dan sangat stretchable,yang penting sediakan ongkosnya.

Untuk aku yang dah order online, sabar je la menanti..
sesambil tu aku singgah jugak kedai sebelahnya iaitu Audrey's...dan terjebak dengan sesuatu yang berharga 65 hengget 4 keping!!
Giler mahal weh!!! Ker aku dah lama tak membeli sampai tak tahu harga pasaran...
hat yang biasa2 jer pun 4 keping 20 hengget! Inikan pulak Audrey's.

Tapi yang aku beli ni pun jenis yang boleh grip perut la sikit...aku naik loya dah tengok perut semangkuk aku tu,sungguh mengerikan!

Meh aku share gambar antara jenis2 "keping" yang aku maksudkan tu.Tapi ni bukan dari Audrey's, ini gambar dari Sorella.

Yang atas ni jenis microfibre katanya...jenis ni cam bawah pusat kot, aku suka jenis bawah sikit dari  pusat, baru sedap nak grip perut.



Jenis macam atas ni aku ambik 3 helai,then aku realize yang aku suka jenis yang atas sekali.
Eeeiiii...jenis yang atas ni cantik jugak yer..tak tengok pulak kat kedai Sorella semalam.
Wwweeeeiiii....yang hat atas ni cantik lah weh.
Nak gi tengok lah nanti..

Kalau nak tau..kat Malaysia sekarang store2 besar pun dah ada bisnes secara online macam Tesco dan Parkson.
So bolehlah beli secara online kalau kita tak sempat nak pegi shopping kan...
tapi kalau nama aku..tetiap minggu adalah masa untuk aku terapi minda sambil bawak anak2 aku melepaskan stress!

Satu yang patut aku hindari selepas ini ialah untuk bawak Umar Zidan bersama ke tempat2 lingerie ni..
tau tak dia cakap apa kalau nampak patung pakai bra ngan seluar keping tu???

Dia cakap..."eeeeiiii cantiknya!!!"

hhuhuhuu ngeri mak!


Tuesday, June 25, 2013

Reward For MySelf !!

Good day everyone....
Hari ni keadaan cuaca dah kurang jerebunya dari semalam..
yes!! Semalam is teribble than today aku rasa..
tapi mereka cakap IPU di Shah Alam is 289 this morning...
tapi semalam yang 171 tu lagi teruk dari hari ini.

Tiba-tiba by this month kan...
aku macam nak beli sesuatu untuk diri sendiri...
selalu kalau yang aku beli biasa2 takde lah nak tulis reward bagai kan...
tapi kali ni...orang kata sekali sekala kita kena reward something untuk diri sendiri kan...
kalau ada ongkos lebih lagilah seronot bonot!

Apa ada dalam kepala aku la ni ialah....

Spanx with Tummy Control

Yesss!! Aku ialah dalam kategori tidak gemuk..tetapi aku ialah dalam kategori berperut buncit!! Tak macam dalam gambor perut org atas ni...yang sangat leper macam tak ada perut! Jeles aku!!
Maklum...buncit,kembung,leper dan buncit semula sampai 3 round kan..hahahaha itu pasal anak aku ada 3 orang...lagi benci kalau duduk dalam kereta...
seseorang akan perasan akan kebuncitan itu..menyerlah sangat nak tunjuk muka! Haiihh la...
bukan kata pakai ni jadi leper perut tapi at least la kan..aku ada sesuatu yang nak cover perut aku kalau pakai baju kurung atau jubah ker kan..

Aku dah order...tgh process from freshpair.com , shipping ke Malaysia cuma $9.95 jer..murah dari online seller jual..so kita boleh beli 2-3 barang lain dan dapatkan same rate shipping cost tu.

Okey..kalau dah sampai nanti ku bagi review yer..
buat masa ni kita melantaklah dulu....

Monday, June 24, 2013

SaLaM IsNiN YaNg JeReBu ....

Hello semua...
hai hai hai..
lately aku cam happy sikit...
sebab last weekend ngan semalam Mr Am balik rumah sekejap..
masa last week tu...dia tumpang kawan dia..maka sampai rumah dah pukul 12 tengah hari dan pukul 3 dah nak bertolak balik ke Rawang semula...
sedeynya lah hati masa tu...lagi pulak hari tu Hari Bapa, kami makan kat luar kejap dan balik semua ke rumah..tak sempat nak borak panjang dia dah kelam kabut nak balik semula.
Satu yang aku perasaan ..Mr Am adalah orang yang sangat punctual kala berjanji masa dengan orang atau ke tempat kerja....tapi kalau janji ngan haku..takde makne nyer sokmo lewat 15 minit!!

Semalam pulak...
aku pagi2 dah bangun dan paksa kanak3 mandi dan kami pegi Rawang fetch up papa mereka...9.43pagi dah sampai..
2 minit aku sampai mereka yang botak2 tu pun dilepaskan..& Mr Am orang yang pertama sekali keluar dari pagar..sebab aku dah suruh dia awal2 lagi beratur cepat2..jangan buang masa...hahahaha..terasa masa untuk bersama ni tersangatlah berharga sampai aku tak kasi dia tangguh2.

Ikut rulesnya tak boleh keluar dari pekan Rawang, tapi apa nak buat kan kat Rawang tu..takkan nak pusing2 naik kereta sampai habis minyak?? Baiklah kami balik Shah Alam, pegi Tesco beli barang dapur dulu, beli lauk dan balik rumah makan tengah hari, Mr Am kata dia tak nak makan kat kedai,dah lama dia tak makan kat rumah katanya..ooohh mmyyy..you're so sweet abang!

Balik rumah kan.....
dia pegi dapur...
dia cakap "hhuuuiiiii...kenapa dapur abang bersepah ni?"
hahahaha...bukan bersepah la...ntah?? tapi semalam dia kemaskan sikit2 dan memang nampak lebih kemas dari sebelum tu.
nampak sangat aku tak sempat nak kemas2 dapur..adalah 3-4 bijik botol kosong kat lantai aku susun baik punye..hahahaha.
Semestinya memang mengemas dapur adalah rutin Mr Am...

So 4 petang kami berangkat semula ke Rawang, sampai Rawang dalam pukul 5 Mr Am dah tak sabar2 nak masuk..patut masuk sebelum pukul 6, tapi sebab jenis punctual punya orang cam laki aku ni..seboleh-boleh dia nak masuk awal dari waktu yang ditetapkan.
Ok lah abang...
masuklah...nanti 2 minggu lagi kita jumpa semula...
aku pun drive balik ke Shah Alam bersama anak3....menyusuri jalan Pekan Rawang keluar Highway PLUS dan masuk Highway Guthrie...

Inilah kehidupan aku setiap hujung minggu bila Mr Am ada..
kalau dia takde..aku asik ngulang Giant,Tesco,Subang Parade dan ntah mana-manalah yang aku sanggup redah.

Wednesday, June 19, 2013

KaSuT PiLiHaN ....

Hello all...
tetiba kan..aku sibuk nak shopping kasut la pulak..itu tandanya aku tengah takde duit,maka gigih gatal nak nyopping!
Sebelum shopping jom kita cuci mata dulu...free jer!

Selalukan..kasut2 pilihan aku datang dari brand yang sama...selalunya...actually tak selalu..aku beli kasut dalam 2 pasang jer setahun..
kasut aku pegi keje sekarang cuma sandal mary jane Crocs yg aku beli 1.5 tahun yg lalu..
kasut terakhir yang aku beli pulak ialah flat sandal BATA 3 bulan lepas tapi aku tak pakai sebab kasut tu gigit kaki aku!
Brand pilihan aku adalah CLARKS dan BATA jer kot...CROCS bukan pilihan sebab baru pernah beli 2 pasang jer.
Setiap kali aku nak kasut yang elok2 sikit..sebab aku cuma beli setahun sekali je lah kot yg mahal cam ni setahun sekali atau setahun setengah sekali tak tentu,ikut mood jugak,tapi bukanlah setahun 6 kali kan beli
kasut.

Okey jom tengok pilihan pertama aku....
Namanya Crinkle Gold Nude Leather, comelkan aku suka sangat malangnya takde dah saiz aku..so sedey and have to decide other option.

 Yang atas ni pulak Popple Samba Tan Leather....style adalah sangat santai..sesuai kot dengan aku yang malas benornya nak ikat2 tali kat kasut bagai....warna pilihan pertama aku yang atas ni,coklat atau yang bawah ni?? Mana satu yang menarik yer??


HHHmmmmmm...think,think,think!

Tetiba pulak...bling!! Nak yang macam bawah ni pulak..
Namanya Dublin Reel...
aku rasa aku terpikat dengan warna Nude macam bawah dan atas tu...
sebab apa..kalau pakai kasut warna cerah gini...cam terserlah sikit kaki kita yang tak berapa cerah tu...
bukan terserlah lagi gelap..tapi cam berseri sikit.Pada pendapat aku lah...hahaha!






So ...aku sebenarnya tgh cuci mata jer, bukan nak beli sangat pun..tapi ada seorang online seller kat FB ni memang jual murah dari seller lain..
kasut2 ni semua aku skodeng kat Clarks.com, harga kasut in GBP korang kali dgn RM5 dan postage cost sehingga ke pintu rumah anda cuma RM50 sahaja.

Jom cuci mata.Clarks.com tengah online sale up to 50%

Tuesday, June 18, 2013

Bagaimana Nak Melupuskan Pakaian Dalaman ....???

hahahaha...ilmiah betul tajuk entry aku kali ni??
sebenarnya ramai yang tak tahu atau tak pasti atau lebih tepat hampir tak pernah buat!
Biar betul?

Pada hemat ingatan aku ni...
cemana yer aku lupuskan stok-stok lama pakaian dalaman aku..???
1 cara yang aku pernah buat...sekali dalam seumur hidup aku ialah
aku BAKOR kan sajer....stok untuk 18 tahun mungkin...
selepas tu aku memang tak pernah lupuskan lagi pakaian dalaman yang tak digunakan lagi.

Nak buang gitu ajer masuk plastik???
Ko berani ker??
Nanti bangla ambik sampah simpan kat umah dia baru ko tau??
hahaha..naya jer tetiap minggu 3 kali tunggu abang bangla kutip sampah lalu depan rumah!
Rindu katanya...kikikiki!

Semenjak dua menjak ni aku rasa stok pakaian dalaman aku yang nak dilupuskan semakin meningkat (bukab sebab beli baru..tapi sebab dah tak selesa dipakai)
maka tibalah masanya aku nak membakorkan mereka sahaja...
siapkan minyak tanah nak buat api!!
wweeeee....
lepas tu kita shopping yang baru!

Saturday, June 15, 2013

SeLaMaT HaRi BaPa

Untuk bapa saya...
untuk bapa anak-anak saya....
kalau ada rezeki mungkin kami bertemu esok..
kalau tidak tunggulah lagi 4 minggu yer anak-anakku..

cerita terpencil yg sedikit menyentuh hati aku semalam...
aku bawak anak2 pegi makan malam kat Giant 13,
lepas makan mereka main riang ria dalam playground berjaring dalam Giant tu..
playground baru yang cantik sayangnya anak2 kita tak reti guna kemudahan..
memanjat, baling2 barang/bola,panjat rumah plastik tu..sampai pintu rumah tu pun dah tercabut..
sakai sungguh...
nak ajar anak2 cam monyet senang jer..
aku kenalah jari tarzan..
naseb lah..anak orang pun aku jerkah..iyelah dah besar2 melasak tak kira tempat..langgar semua budak2 kecik bawah umur..
baling2 barang tak hagak2...memang aku jeritkan ajer.Selamat takde mak budak yg serang aku..hahah!

Berbalik pada cerita aku nak cerita tu..
ada sorang budak perempuan ni unur dalam 5 tahun menangis kat dalam playground ni..
bapak dia duduk sebelah aku kat luar jaring tu tunggu anak2 main...
masa tu Feesa depan aku (dalam kawasan playground tu)
budak yg nangis tu pegilah dekat dengan tempat bapak dia duduk dan mengadu..sambil nangis2..
bapak dia reply "jangan nangis, abah ada kat sini"
Feesa dengar perbualan tu ..iyelah sebelah aku je kan...
aku nampak mata Feesa macam berkaca-kaca..
lepas tu aku dengar dia cakap sendiri...
"bapak kita takde"

HHmmmmm...
aku buat -buat tak dengar...
mungkin dia rindu papanya kot...
alahai anak!

Friday, June 14, 2013

DeKo RuMaH HaRi RaYa Ni??

Hello all....
tajuk kat atas macam ada gaya aku nak menambah/menukar barang kat rumah.
kalau tak barang pun...
aku rasa macam nak tambah kaler dinding aku yang oren tu...
aku rasa aku nak cat sikit warna lain kat tengah2 tu....
apa kata kita try Nippon Momento



Cat ni mahal aku rasa...
dulu2 aku pernah nampak tak silap 2 liter ker?? Dalam rm150 harganya..giler mahal cam kertas dinding harganya...katanya kan effect cam kertas dinding..sebab tu ler harganya pun macam tu.

warna kelabu hat atas tu cam cantik kan??
hhhmmmm....nak jalan2 kedai cat pun takde mood....aku rasa la ni kedai cat ada yg buat offer sempena nak raya. Jom kita cuba tengok!

SeMoGa DiA SeLaMaT

Assalamualaikum...salam Jumaat penuh rahmat..
malam tadi aku terima call dari si dia..
pukul 12 lebih macam tu...
dia cakap "esok abang tak dapat call...abang masuk hutan 1 malam"
hhhhmmmmm....tak tau apa nak cakap.
Aku cuma nasihatkan supaya dia berhati-hati dan semoga semuanya selamat
lepas letak phone..aku tak boleh lelap..
aku pikir dalam hutan banyak dot dot dot!
simpang malaikat!!!

Macam2 yang aku bayangkan...
dari yang bergayut sampai yg pakai dress putih....
kesian dia....
tak dapat nak tolong! kalau aku yang kena..confirm aku buat2 pengsan sebelum bergerak ke hutan tu.
Selamat aku pompuan...hahahah!
Takde yg selamat kalau dah masuk kem macam tu...kesian lah kat pompuan2 yg dalam kem tu...
tak dapek nak nolong yo.

Dari jauh ku panjatkan doa..semoga hijab matamu tertutup dari melihat sesuatu yang bisa mengugurkan jiwa...sesungguhnya aku kalau dengar bunyik tikus berlari atas ceiling pun dah ingat mcm2...inikan pulak terpaksa duduk di dalam hutan semalaman...yg waktu malamnya hitam pekat likat tanpa cahaya.

Lindungi dia untukku Ya Allah!

Amin.

Wednesday, June 12, 2013

ini ler bajunya ....



Haaaaa...
sajer gatal takde keje nak menepek baju anak...
bukan anak baju yer..
yang itu kalau gatai sangat nak menayang aku tak tau lah kan...haha!

Baju biru ngan baju coklat tu Umar Zidan yang punya..
baju biru tu kalau boleh dia nak pakai dah sekarang ni jugak..aku sorok siap cakap..
mama takde duit nak beli baju raya lagi...kalau dah pakai sekarang raya nanti Umar pakai baju buruk.
Tak puas hati..dia pakai kejap2 la...
dia cakap ini bukan baju raya,,ini baju jalan...
hhhhmmmmm...tak boleh jadik..sorok cecepat!
Baju kuning tu baju Hamzah yang mahal aku tulis sebelum ni...
budak kecik tu pun dah pandai nak baju baru...
so aku bagi dia baju baru yang lain...selamat bangsa takde lah nak pakai sampai bila2,senang pulak aku nak cabut simpan balik..
itu je pun nak tayang...
aku kan kebosanan takde aktiviti masak memasak...maklum!
hahaha

Tuesday, June 11, 2013

SeLiPaR RaYa...CrOcS ??

Hello...
lately aku malas buat keje..
asal masuk opis, check attendance budak2...kemas2 meja sikit..
aku round on line shopping world...
belinya tak jugak..
sajer cuci mata! 


Aku sedang dilanda penyakit tak tau nak beli apa gamaknya...
selalu kalau aku suka suki nak itu ini benornya time tu aku tak berduit...
tapi sejak pegang duit lebih sikit ni aku cam bebal sikit nak shopping apa?
Beli barang dapur pun ntah haper2..balik umah takde makanan jugak..
yang aku beli sabun cuci baju sampai 2 botol..
patut beli la softner kan??hhmmm sudah lari tajuk pulak.

Okey...last week aku gi shopping la kononnya..
mula-mula aku pegi Subang Parade masuk Mothercare..okeh kedai dia dah besar dan ada ELC sekali,
lokasi tingkat atas sekali sebelah Parkson.
HHmmmm takde lah diskaun gempak sangat...
10% - 50% jer...
tapi ada sehelai baju tu terperuk 60% off aku ambik ler untuk Umar.
Mula2 cam ambik 3-4 helai baju..end up aku rasa cam mahal sebab mostly diskaun cuma 20%
last2 aku sauk jer 2 helai, satu untuk Umar yang 60% off tu dan satu lagi untuk Hamzah...
sekali bayar eeehhhhhhh...kenapa cam mahal jer,sebab Umar punya dah less 60% dalam 20++ jer...
rupanya si Hamzah punya tu mahal..harga asal ajer dah RM56..
see...bebal tak?? Iye aku jadi semakin tak berhati-hati dan semakin taste off dengan fesyen baju budak2 sekarang ni.Semua cam biasa2 jer pada mata aku plus mahal pulak tu.
Cashier pun dah punch harga..nak tak nak aku bayor je lah...2 helai baju tu 70 hengget!
Balik rumah laju2 aku campak baju masuk lemari rahsia!


Tiba2 hari ni aku teringat kasut nak pakai raya pulak..
ikut hati kering aku nak belikan selipar jer...
tapi dah banyak benor selipar budak2 ni...
mak ayah aku rajin belikan selipar lagi2 untuk Hamzah si kaki ayam..
kalau nak tau..
Hamzah ialah anak aku yang paling sinonim dengan kaki ayam..
bukan sebab kakinya cam ayam..
tapi sebab tak suka pakai selipar atau kasut..puncanya sejak dah beranak 3..aku malas nak belikan dia kasut atau pun selipar...dah lah tak belikan..malas pakaikan pulak.
Sudahnya dia cam tak biasa nak pakai kasut atau selipar..
manjang kalau aku hantarkat rumah mak aku...time mak aku nak bawak gi kedai ke haper..mak aku seret jer dia dengan kaki ayamnya....nenek mana sanggup tengok cucunya macam tu kan..so belikanlah..aku rasa dah 5 pasang selipar mak aku belikan untuk Hamzah jer.

Dan untuk memasang niat shopping aku kali ini..aku nak belikan Umar dan Hamzah sorang sepasang selipar cap buaya ni..
comel kan...tapi nak beli bukan depan mereka..sebab nanti tak sabar2 mereka nak pakai..
sebelum tu..kita pegi check sizing dulu dan kemudian mak pegi beli senyap2...
hahahaha!!



Biru tua untuk Umar Zidan dan kuning beringin untuk Hamzah Qayyum!

Monday, June 10, 2013

setelah 3 minggu ....

akhirnya semalam...
aku drive sendiri bawak anak3 di pagi Ahad yang mendung..
ketika hujan membasahi bumi dengan selebat2nya...
kerana panggilan dia aku gagah pandu kereta walau tak tahu benar mana nak tuju..
aku tau Bukit Beruntung ke Bukit Sentosa..
berpandukan ingatan pudar aku atas hasil carian google...
aku gigih kerana sekeping hati ini...

Aku bajet pukul 10 pagi aku dah sampai...
tapi dok kerana buta arah..aku terlajak sedikit....
undur balik dan sampai!!

Selesai melapor kat pengawal...
kami tunggu dalam kereta...sama macam orang2 lain yang tunggu ahli keluarga mereka jugak...
anak2 dah resah gelisah sebab tak sabar tunggu papa dia orang..
aku kena la control ayu bajet tak ler batak sangat walau tak jumpa dah 3 minggu...
anak2 dah jerit.."ma...papa sampai"
aku pun semakin control ayu dengan terhegeh-hegeh tutup game candy crush saga aku lalu keluar dari kereta.
Iye..dia datang dengan kepala botak dan muka tersengih-sengih...
dia bukan tersengih tapi bergenang air mata!!
Walla!! he's very sweet guy...dia sangat terharu bila nampak muka2 kesayangannya.Peluk dan cium setiap orang anaknya dan last sekali aku..bininya!!

Kami melepak sampai la pukul 3 petang...
aku dah penat duduk..ada sekali aku baring kat atas tikar..aku siap bawak bekal makanan, wagon dan tikar bagai..
bajetnya memang tak boleh keluar dari kawasan tu..so memang melepak setengah hari kat situ.

Aku harap lepas aku jumpa dia..
hati aku dah terubat la rindu kononnya...
makin tak boleh blah adelah..
bongok betul aku ni!Hati kaca betul..

Dia makin hitam..muka macam sangat letih/lesu atau mungkin turun sedikit berat badan..
muka macam tak berapa berisi...
atau mungkin sebab kepalanya botak dan tak bermisai.

Untuk diri aku..
bertabahlah untuk 5 minggu lagi..

Friday, June 7, 2013

Shopping Baju Raya....JoM !!

Good morning beautiful!
Tajuk..shopping la sangat...
aku benornya dah berjalan last week kat shopping mall..
malangnya sale belum start lagi...
dengar2 this week dah ada yg start sale macam MOthercare, Sogo dah start sampai 16 June tak silap..
Zara coming soon katanya...

Aku dah lama menyepi bab2 menyopping baju anak3 lately...
sibuk dengan waktu kerja aku yang pack 9-6 sampai umah nak 7 malam buat hidup aku terhad sangat...
hari Sabtu pun aku keje tapi half day lah..tapi sebetulnya sebulan ada la 2 kali jer kot aku dtg hari Sabtu..malas!

1st week of July nak puasa dah..
macam biasa bulan puasa aku jadi paling lemah gemalai letih lesu tak bertulang...
bangsa tak cukup zat memang mcm aku ni...
So agenda nak bershopping-shopping memang takde lah...
aku tabik pada orang yang boleh keluar pagi2 dan pegi shopping 3-4 jam kat mall di bulan puasa...
kalau aku...nak pegi bazar Ramadhan pun kena rest 3 jam dulu baru boleh langkah...hahahaha!

Cerita pasal nak shopping...
drawer Umar Zidan is almost empty...
budak tu lately dah tebal sikit aku tengok dari paras perut ke punggung...
boleh tahan jugak ...aku bajet dia jadi anak aku paling kerempeng sebab bab makan dia ikut mood...bukan sentiasa ON  macam Pica & Hamzah.
last aku belikan baju Umar ialah bulan 1 hari tu...itupun 2 helai tees sahaja...
seluar pendek,jeans ke haper semua beli masa raya last year.
Sian anak aku sorang ni...
dia takde baju sebab dia anak lelaki pertama aku..takkan dia nak pakai skirt kakak Pica pulak kan??
Lagi pun Pica is takde baju saiz 4...masa dia 4 thn baju dia semua saiz 6!
Tapi Hamzah aku tak risau sebab dia akan pakai baju hand over Umar Zidan...

So kemana kita hujung minggu ini dan hujung minggu seterusnya sehingga sebelum puasa??
Aku target nak ke Sogo yg jauh berbatu-batu tu...
bajet nak cari baju basahan Umar & sikit2 lah baju raya dia orang..
Sebelum tu kena tulis bajet dan target...
Target baju basahan Umar 4 pasang, baju raya 2 pasang/anak...
aku selalu memang kena siap2 target & bajet dari rumah kalau tak selalu terbabas je kejenya.
hahaha!


Thursday, June 6, 2013

GiRL PLuS SiZe !!

Hello semua
hari raya lama lagi..sebelum tu puasa dulu..
yang pasti aku tak ganti puasa pun lagi...
Hari ni nak tulis pasal Nafeesa aka Feesa aka Pica
dah 2-3 tahun dia pandai puasa..
tapi end up tiap kali aku belek album raya tahun sebelumnya..badan dia makin naik dari yang dalam gambor tu...
maknanya...anak aku saban tahun tak selim jugak..makin bertambah adalah!

Sekarang ni...makin susah aku nak belikan baju/seluar
sebelum ni aku ada tempahkan skirt 2 helai kat Makcik Rehan...
itulah yang dia sebat setiap kali nak jalan2...
seluar lain semua sendat2 belaka...
bukan aku tak belikan...
tapi bila beli 2-3 bulan ajer dah sendat..
so aku belikanlah seluar cam kain biasa2 tu..tahulah berapa lama sangat tahannya???
Ada yang terkoyak..ada yang lusuh tak sesuai buat berjalan..
bila kami semua pakai seluar jeans Feesa macam sedih sebab dia cakap dia sorang je pakai seluar biasa2..
alahai....sedih mak!!

Puas aku menggoogle girl plus size .. kat US macam tu adalah jugak..tapi terhad pilihannya..
tiba2 aku mulalah datang akal nak meniaga...
sebelum tu baik aku carikkan baju anak aku dulu untuk dia pakai raya at least la kan...
sian anak debab aku...

aku dah jumpa..kat OLD NAVY,kat MACY, kat KOHL's dan beberapa web lagi memang ada jual baju Plus Size.
Kalau hat size budak biasa aku kena belikan Feesa saiz 14, kalau baju pun nanti melekat kat badan..
so aku nak cuba beli yg hat plus size ni....at least kalau seluar tu takdelah labuh bebenor jadiknya.


Isnin lepas aku belikan seluar untuk dia kat H&M...beli kat department teen saiz XL okeh.HHHmmmmmm...cepatlah ko tinggi lagi Feesa ooiiiii....


Wednesday, June 5, 2013

CoreLLe DeviDeD PlaTe



2 design plate yang baru tiba

Tuesday, June 4, 2013

BaRaNg DaPuR ....

Lately aku macam tak reti apa barang aku nak beli untuk dapur aku...
yang sebenarnya aku adalah sangat malas nak masak waktu ni...
bukan mabuk simpan budak dalam perut yer..
tapi malas takde kesian punye...
sampai nak beli barang dapur pun aku jadi blur2 gitu...
minyak masak, beras dah top up...
tapi masih tak guna pun sebab yg lama masih berbaki...
tapi yang nak buat anak2 aku makan time aku malas nak masak (hari2 okeh)
aku beli cereal sekotak 2 hari dah licin...
aku beli susu kotak 2 liter 3 hari dah tinggal titisan terakhir...
aku beli bubur instant 2peket jer pun..dah lama habis sebab Pica kelaparan malam2 aku malas masak
meggie aku last kopek sebungkus semalam Umar Zidan dah sebat..

Takde makna aku nak beli sayur2an bagai...
mau semua layu dalam peti ais jawabnya...
takkan lah bagi anak aku makanan segera jer...???
apa punya emak la...pegi kedai beli lauk pun aku malas...
malas makan kaedahnya..hahahah!

Iyelah..aku sebenarnya malas makan..
bukan malas masak...
kalau lapar malam2 aku terus tidor...
pagi ni benornya aku lapar sangat...
tapi malas jugak nak makan...
so tengahhari nanti je lah aku makan...

Jimat belanja...
tapi aku jenuh nak mikir barang makanan buat anak2 kat rumah malam2...???
telur 10 bijik aku beli dah 10 hari masih ada 6 bijik lagi...
sardin dalam tin kira-kira balik malam tadi ada 3 tin lagi rupanya...
nampak sangat kemalasan melanda...

Yeeaayyy...aku telah mendapat idea...
beli roti putih dan kaya sahaja kita malam ni anak2 oooii!


Friday, May 31, 2013

SaNgAt MeNaKuTKaN ....

Diari terbuka untuk suami...

Salam abang,
perkara menakutkan datang tatkala abang takde bersama kami...
berhari-hari Mi berdoa jangan lah ada sesuatu yang datang pada keluarga kita tatkala abang tidak di sisi...
semalam Mi bercerita dengan staf2 di kedai...
janganlah ia muncul tatkala ini...di waktu aku ketiadaan suami...
aku takut,ngeri dan tak dapat nak menempuhinya...
bantulah aku jikalau ianya terjadi suatu hari nanti didalam tempoh ini.

Tup-tup abang nak tau apa??
Ia muncul di depan pintu rumah kita...
terkejutnya Mi hampir putus harap nak keluar dari rumah...mintak pertolongan.
Siapa nak ku harapkan?? jiran kiri kita tak beroperasi hari ni...
jiran kanan kita masih tidur lagi barang kali...
suami siapa nak ku cekup buat gantikan abang???
kebetulan takde suami orang pun yang lalu lalang...

Demi anak2...
Mi gagahkan diri keluar rumah mintak bantuan...
kebetulan Aci mak si Banu tu ada di luar tengah buang sampah...
dengan nada sedih Mi cakap
"auntie......ada tikus mati depan rumah saya"
tanpa berlengah dia ambik penyodok dan sodok bangkai tikus tu.
PPhhheeewwww! Leganya rasa hatiku abang.
Dapatlah Mi keluarkan semua anak2 kita masuk dalam kereta dan keluar pergi kerja..
Umar tak boleh harap lagi bang,
Mama suruh dia angkat bangkai tu dia cakap dia kecik lagi..plus dia cakap dia rasa ngantuk pulak tiba2!
Haaaaiiihhhh!!


Believe me abang, yg kat rumah tadi tidaklah secomel yang di dalam gambar ini!

Orang cakap...dengan Cik Ti ni ko jgn sebut2 nama dia..sekali ko sebut 2-3 kali dia ingat kat ko!!
huhuhuu...jangan dia baca blog aku sudah!

Devided Plate - Corelle!!

Assalammualaikum..salam Jumaat yang penuh berkat..
produk baru daripada Corelle & Friends
Devided plate
stok sedia ada, minimum kuantiti belian ialah 3pcs
harga sebiji RM22/pc (saiz kecik)
RM28/pc (saiz besar)
Harga kombo menarik:
RM20/pcs untuk 6pcs (kecik)
dan
RM25/pc untuk 6pcs (besar)





Email saya di amminafeesa@yahoo.com atau sms 0185704633

Thursday, May 30, 2013

SuDaH 12 HaRI .....

aku tak berlaki....
laki aku takde kat rumah laa...
aku pandai bawak anak3 aku naik motor bapak dia...
walau sampai hencot2 selamat tak jatuh...
aku paling benci time Pica naik & turun motor...
dia akan bebankan berat badan dia pada pedal pemijak untuk naik atas motor..
maka terhoyong hayang mak ko yang kurus ni nak tahan berat dia...benci mak!

Semalam hari aku sangat penat...
bukan penat sangat sebab balik kerja...
ntah??
mungkin sebab 12 hari ni ...
badan belakang aku dah sakit menunjukkan tanda2 aku sedang stress...
sebelum Subuh aku terjaga...
sejurus azan Subuh boleh aku tertidur...
sungguh2 syaiton dah menang dan tidur Subuhku tadi berselimutkan kulit khinzir...MasyaAllah!

Duit gaji belum masuk...
sebelum dia masuk, list aku dah berjela...
aku cadang nak shopping sikit baju raya anak3...
Al maklum, minggu ke 3 puasa sahaja baru bapak korang balik rumah...
ntah sama macam dulu ke tidak...???
sungguh aku musykil kursus bapak korang ni...
jangan ada yg speku laki aku berbini baru...
sebab semua ATM card dia bagi kat aku...

Dah lama aku tak berstatus di FB...
malas nak bercengkerama laki takde takut nanti terlepas cakap...
biarlah aku tulis dalam blog peribadi aku buat aku melepaskan perasaan...
sebab aku tau bukan ramai pun yang baca kalau tak kisah Corelle Murah aku...
Tiba tiba pulak aku terpikir nak set corelle baru tuk hari raya nanti...

korang bila lagi???

hahahah!


Tuesday, May 28, 2013

TaiLoR aKu TaK AmBiK TeMPaHaN DaH!!

Huuuuwwwaaaa...
semalam baru dok teringat kain ela aku beli ada 5-6 pasang nak buat baju raya...
sekali aku pun call la tailor aku...
jeng jeng jeng!!
Dia tak ambik tempahan pulak tahun ni...sudah membuyung terimester ke3 katanya, bulan puasa nak meletup.
Nak nangis rasanya sebab sekarang  keramaian tailor dah banyak ambik tempahan
ada ker yang masih sudi menerima tempahan untuk aku lagi???
Takkan nak pakai kain ela pulak masa raya....ada yang melondeh depan pintu nanti.
Atau pun aku try menjahit sendiri...ko rasa cemana???
Aku potong kain ikut baju aku..lepas tu cantumkan?? ko rasa jadik tak??kain aku buat ler mcm skirt jer,habis cerita...hancur kain ela aku!
Huuuhuhuhuu....

Monday, May 27, 2013

CoMeiNya...




Wah meriahnya colorful...
hari tu ada seorang customer datang kedai,
masa dia nak bayar dia keluarkan purse dia..
maka aku pun jeling2 paku tengok purse dia yang comei..
nak describe tak tau apa nama aku nak panggil..
aku google jer jelly purse..
gamaknya yg atas ni yg keluar..
comei..comei..comei!!

Tetiba masuk wish list!!

Saturday, May 25, 2013

SaTu MinGGu YanG ......

Assallamualaikum semua
lama tak menulis kat sisi blog sendiri ni
hidup tak berapa nak ceria..
my other half is not around..aku cam hidup sedikit tak lengkap...
he's away kursus 2 bulan tanpa boleh di hubungi..
so aku melangut la tunggu kot2 henpon berbunyi terima panggilannya...
terpaksa pasrah..masa 2-3 hari dia takde tu aku dail2 gak henpon dia, nasib malang cuma awek telefonis yang menjawab...henpon still off.
Sudah di beritahu memang tak boleh contact at least 1 bulan pertama ni...
tapi aku yang buat2 tak paham bahasa...dengar je lah sora awek telefonis tu.

Dalam tempoh masa ni..
dapatlah jugak aku memuhasabah diri..
mengukur setiap kekurangan aku sebagai isteri melayannya...
sebab kadang kala bila kita tak pernah berjauhan..kita jarang sekali nak mengukur sedalam mana bakti,layanan dan cinta kita terhadapan pasangan...al maklum..
tahun ni masuk tahun ke 10 perkahwinan kami..
masih ada sopak sopek kekurangan dari aku untuknya..
jadi tempoh ini aku gunakan untuk mendidik diri menjadi isteri yang lebih bertanggung jawab,
redha dan ikhlas melayan dan membantu dia yang bernama
SUAMI!


* i miss u abang*


Camelia .. available!



1 set available kat rumah
harga rm350
Corelle Camelia 16pcs

email @ amminafeesa@yahoo.com

Tuesday, May 14, 2013

He WiLL Be AwAy ....

Hhhmmmm...
mana nak start???
end of this week...Mr Am will be away for 8 weeks!
rasa nak nangis tapi tak tau nak start nangis sebab apa? Jangan nak ngengade sangat boleh tak?
So sepanjang ketiadaannya...aku kenalah jadi super mak jaga anak3, selamat rumah mak dekat..bolehlah mintak simpati kat mak ayah kot2 supermak dah nak rebah ker kan...hohoho,mintak2 aku kuat lah nak hadap budak2 ni lagi2 hari Sabtu Ahad...
Lepas tu cuti sekolah pulak...huuuwaaaa..mau tercabut bulu bulu aku hadap 3 beradik tu..atau nak kena bawak mereka jalan2 walau cuma ke Tesco sahaja membeli barang keperluan...
Am pulak dah tetiap malam asik cakap.."cemanalah mak ngko nanti kalau papa takde?"
Abang kesiankan saya ker? Kalau kesian tak payah pegi...huhu!Jangan ko harap.
So far...kerja yang aku kena ambik alih kalau Am pegi nanti ialah :
1. Buang sampah
2. Gosok baju sekolah Feesa
3. Basuh/sidai/angkat/lipat baju
4. Bayar segala bil

And the rest...yang memang kerja aku....oohhhh masak kurang lah sikit kot...makan ler apa2 sikit2 anak beranak...makan roti ker, meggi ker,roti ker,meggi ker and so on.

Lepas tu puasa ....
berbuka dan bersahur kali pertama tanpa suami aku dah biasa lalui...sebab tuntutan kerja suami.
tapi berpuasa 2 minggu pertama tanpa suami adalah sangat aku sedihkan....
aku cadang nak bangun pukul 4 pagi di hari bekerja dan 445 pagi kalau hari tak bekerja.
Makin kerempeng la jawabnya aku puasa ni nanti..sebab aku malas masak dan malas pegi pasar...kesian ayah aku..mesti dia kena pegi pasar nanti.

Dah la...
harap jer lah aku jadi mak yang kuat serta gagah perkasa menjaga semua anak3 dan diri sendiri.
Good luck abang!



Wednesday, May 8, 2013

Bila Kehendak Melebihi Keperluan

makanya kita boleh jatuh miskin...
dapat gaji serba serbi tak cukup..
belum bergaji dah panjang lebar wishlist kita..
nak tukar kereta kalau boleh 3 tahun sekali..
dah ada kereta kalau boleh nak 3-4 bijik terus..
makan kfc kalau boleh hari2..
secret receipe kalau boleh tetiap minggu..
beli buku biar banyak tak baca pun takpe..
beli kain biar berelung sekalipun takpe sebab murah..
beli baju 3 tahun depan baru muat pun takpe..sebab dah suka..

*-*- selamat takde credit card..penyumbang segala hutang piutang -*-*

Tuesday, May 7, 2013

MaTa LeTiH

Saya sedang mengalami masalah mata letih...bahagian keliling mata ni rasa sangat tertekan..macam penat sangat..
ada petua kata kita boleh letak uncang teh yang telah digunakan pada mata seketika untuk melegakan tekanan pada mata tu..
ntah la..belum cuba...
nak pegi farmasi kejap nak carik kalau ada apa2 solution lain yang dapat membantu.

Monday, May 6, 2013

ReZeKi DaTanG LaGi !!

Alhamdulillah...
bekerja di tempat baru..dah confirmed dengan kenaikan gaji yang sangat2 aku syukuri untuk kami sekeluarga..semestinya untuk mak ayah aku dan anak2...Alhamdulillah atas rezekimu ya Allah.
At least aku merasalah jugak kenaikan gaji setelah....hahahaha!
Takpe babe...aku selalu positif dengan diri walau gaji tak bertambah selama hampir 4 tahun.Maka aku keje tempat baru ni memang layak lah aku bergaji banyak ni...bukan banyak pon...banyak bagi aku sudah memadai.

Ok...
got to go..nanti sambung lagi...aku nak buat wish list!

IRoN MaN 3 SaNGaT BeST !!

Kami dah tgk pun Iron Man 3 semalam...gigih siap beli tiket hari Sabtu dan kemudian semalam pegi lagi tempat yg sama nak tgk cerita ni punye pasal.

Aku memang penggemar action fiksyen movie tak masuk akal cam nih...
lagi best kalau dapat tengok 3D version.Semalam bawak anak2 dan sorang lagi anak buah...rentikanlah nak ber 3D..bunag duit aku jer nanti..si Umar dah la sibuk main kat tangga....selamat tak menyungkur gelap2 tu.Haiiihh la!

tetiba aku mcm nak pakai baju robot Iron Man 3..rasa cam gagah sekali.Huuuuwwaaaaa...berangan tak hagak2.

TAkpe lah...aku realisasikan impian aku dengan melihat Umar berpakaian seperti ini sudah tercapai separuh impian nak pakai baju robot aku tuh..
hahahaha


Thursday, May 2, 2013

ArGan OiL !!


Assalammualaikum...
pernah dengar tentang pahon Argan??Di atas kehendak Allah ianya dikatakan tidak ada di tempat lain di dunia kecuali tumbuh hanya di kawasan Selatan Morocco di Benua Afrika Utara. Jauh tu kalau nak pegi....tak payah pegi pun takpe sebab sekarang, mereka telah mengkomersilkan minyak yang di perah dari biji pohon Argan ini untuk kita mendapatkan khasiat darinya.

Minyak yang diperah dari isirong biji pohon Argan ini juga dikenali sebagai "Liquid Gold of Morocco" kerana merupakan antara minyak yang termahal di dunia disebabkan oleh mutu dan khasiat yang dimilikinya...sebenarnya minyak ni dah berabad lamanya digunakan oleh penduduk Morocco sebagai minyak dalam makanan juga untuk menjaga kecantikan rambut, kulit dan juga kuku...so beberapa bulan kebelakangan ini jer kita baru dengar dan diperkenalkan dengan produk ini di Malaysia.

Sebab apa saya nak kenalkan pula pada anda semua....
sebab saya hanya menjual dan memberi komen kepada produk yang betul-betul memberi kesan terbaik sahaja untuk tatapan anda.
So mari saya list kan khasiat minyak Argan ini antaranya ;

1. Bagus digunakan untuk melembap dan mengembalikan keanjalan kulit - yang ini sangat terbukti!
2. Sebagai agen anti penuaan  mengurangkan jerawat,kedutan awal dan melewatkan permulaan kedutan di muka.
3. Menjadi agen terbaik untuk merawat pesakit eczema dan psoriasis.
3. Melembapkan kulit muka kering dan tidak bermaya, mengembalikan kesegaran wajah akibat daripada pendedahan kpd matahari, stress, oxidation dan persekitaran kita yang tidak bersih.
4. Paling best dapat memudarkan parut jerawat dan chicken pox di muka - macam yang saya alami!
5. Dapat mencegah daripada tanda regangan di perut dari proses mengandung.
6. Bagus untuk kesihatan rambut...untuk rambut yang bermasalah seperti bercabang..elok sapukan sedikit minyak ini dihujung rambut anda dan boleh digunakan untuk menguatkan akar rambut.
7.Memperbaiki dan merapi kuku supaya lebih sihat dan kuat - ada sesetengah orang mempunyai masalah kuku rapuh,produk ini sangat membantu.

InsyaAllah dengan izin daripadaNya..usaha yang kita buat ini membuahkan hasil.

So kepada seiapa yang berminat untuk membeli produk ini..
saya dengan rasa sukacita menawarkan produk ini dengan harga pengenalan iaitu RM70.00/botol termasuk kos poslaju. Kuantiti adalah terhad, selepas ini boleh dapatkan dengan harga RM79.90/botol.

Wasap me at 0122361090.

Terima kasih.





Popular Posts