Thursday, March 21, 2013

CoReLLe NeW DeSiGn LaGi !!

B-Frame 16pcs (ada 3 warna biru,coklat & purple)

Splendor Vio 16pc

Soleil Rose 16pc

Dibuka untuk pre-order ETA Julai, whatapps kami di 0122361090.Terima kasih!

Wednesday, March 20, 2013

CoReLLe NeW DeSiGn !!

Blushing Rose 16pcs

Jacacaranda 16pcs

Sincerely Yours 16pcs

Spring Faenza 16pcs
Woodlands Leave 16pcs

Pre - order ETA Julai di buka mulai akhir Mac, boleh buat tempahan dengan deposit serendah RM100 dan baki dibayar dengan 3 kali ansuran. Harga adalah tidak termasuk kos post, kos post ialah RM15/set atau anda boleh datang ke Shah Alam untuk self collect.
Whatapps kami untuk reply yang lebih cepat 0122361090.Terima kasih.

Monday, March 18, 2013

Burung Helang di Atas Batu Kawi = LANGKAWI!!

haaaa...kalau nak tau mana LANGKAWI mendapat nama...baca tajuk entry aku nih. At least tak sia2 gak aku pegi Langkawi ni..dapat gak sebutir pengetahuan daripadanya...hahahah!


Pagi pertama di Langkawi..anak2 bagun awal (excited tak habis lagi) mereka nak tengok laut dan main pasir..aku masih terkebil2 penat tak habis..sebab tidor himpit2 cam sardin dalam tin...aku dengar gedebuk malam tadi..aku rasa Am jatuh katil...bila tanya dia tak ngaku..hahahaha! Naseb lah bang!



Kejap jer aku bagi main pasir..lagipun air laut cetek sikit..aku tak kasik budak2 ni mandi..kami siap2 terus gi sarapan...ni gambar kat umah kawan aku tu..kawan aku ni duduk memang betul2 kat Pantai Cenang,keluarga suaminya memang buat bisnes resort, kedai makan dan segala yang berkaitan dengan perlancongan di Langkawi ni. Umar suka betul dapat main pasir..lagi pulak aku dah belikan set sodok pasir tu..maka beria - ia lah dia menyodok bagai.

Tapi aku tak puas hati dok Mali Best..bilik kecik untuk kami yang 5 orang ni...so end up check out tgh hari tu and check in tempat baru >> Resort World (Awana Porto). Nanti sambung balik yer

Saturday, March 16, 2013

HaMZaH Is 2! 110311-110313

Alhamdulillah..11/3/13 yang lepas Hamzah Qayyum genap berusia 2 tahun...sekejap masa berlalu anak kecil yang dulu aku macam terkejut menerima berita kehamilan kini dah besar dan sangat menggembira kan hati walau kadang2 tu mak panas gak hati..al maklum anak jantan..masih kecik pun dah pandai bergaduh. Dia lahir tatkala Jepun dilanda musibah Tsunami yang amat dahsyat...ingat Tsunami Jepun..ingatlah ulangtahun kelahiran Hamzah.

Semoga anakku menjadi insan yang beramal dengan ilmu dan agamanya. In sya Allah!

Holiday di Musim bukan cuti !


Assalammualaikum all...
lama dah menyepi tak update blog kan...semenjak masuk kerja di tempat baru, aku sangat2 takde masa nak menjenguk blog apalagi nak mengarang bagai..
rutin harian 100% bertukar..sekian lama aku tak rasa bagaimana itu "bekerja" now aku sedang mengubah hala kehidupan menjadi seorang isteri,ibu dan wanita yag bekerjaya. Selama ni rutin goyang kaki ku di office lama kat Subang Jaya sudah berakhir...yang penting duit retrentcment bakal masuk..hiphiphoooray!

Baru kerja masuk bulan yang kedua (pun tak habis bulan Mac lagi) aku dah apply cuti 4 hari terus kau...naseb lah kalau effect prohibition ke apa? sebab aku dah planned cuti aku ni semenjak last year lagi..dengan tiket beli salah tarikhnya (aku ingat time ni cuti sekolah dah)...anak aku si Feesa ponteng sekolah 4 hari jugak...hahaha!

Kami bertolak dari rumah pukul 130 tg..flight janjinya 330 berlepas dari LCCT tapi janji tak ditepati maka nak pukul 4 baru bukak gate bagai..anak2 yang excited cam nak pegi obersee gamaknya dah restless dok dalam departure hall tu...melalak, bergaduh,berlari dan merengek tunggu kapalterebang sangat! Pow aku beli coklat 3 beradik dah 11 hengget...sakitnya hati sebab mahal sangat.
Tengok gambar atas, muka laki aku dah berkerut 5 atas dahi nak tahan peel dua beradik yang melasak ni. Si Hamzah bangsa tak paham bahasa sangat..si Umar pulak bangsa buat-buat tak paham bahasa. Berbeza tu walau bunyiknya dekat2....
Masuk jer kapalterebang...aku dah mcm OMG anak2 aku..bukan sebab mereka kelihatan batak dapat naik kapalterebang, tapi sebab Umar dan Feesa pulak bergaduh nak duduk tepi tingkap.Si Feesa pulak jenis tak akan mengalah walau kapal tu nak pecah dengar tangisan adik dia...huuhuu sabor je lah..sampai aku cakap kat steward tu...kalau ada tempat kosong tepi tingkap bagi saya duduk..selamat flight tak penuh..maka lepas tu aku suka-suka hati ler duduk tepi tingkap mana sekali pun...hambeekk ko..jgn gaduh2...nak duduk tepi tingkap jamban sekalipun boleh..manusia kurang pagi tu.

 Ini pengalaman pertama naik kapalterbang untuk Umar Zidan dan Hamzah..Umar dah pandai tunjuk excitednya dengan bercerita pada nenek yang dia nak naik eeracia (AirAsia) pegi Langkawi.Dah besar anak aku dan kemahiran berbahasanya jugak semakin bertambah..lagi2 part mengata kakaknya "gemok"!
Sepanjang 1 jam dalam kapal...2 orang budak excited ni..bertambah energy..Umar masih boleh di ajak berbincang tapi Hamzah..panjat kerusi dari depan ke belakang, yang kelakornya..steward tak mesra kanak2 dalam kapal tu dok jegil2 bijik mata kat anak aku yang jenis tak heran orang nak marah ke haper....kakakaka..anak aku buat tak paham jer..kesian budak steward tu..jegilan mu tidak berjaya menakutkan anak2 aku yg lasak tu...so aku pun penat.

Sesampai kat airport Langkawi kawan baik aku dah tunggu...lepas dia ambik kita orang terus ikut dia ambik anak2 dia balik sekolah..singgah pasar malam, makan malam kat umah dia dan baru check in Malibest Resort.Masuk2 jer hati aku dah rasa tak best...bilik kecik dengan kami yang 5 orang ni..aku rasa masa tgk gambar besor jer biliknya..sungguh2 aku kena camera trick.Hajat di hati nak tidor 2 malam kat situ terus aku cancel for the 2nd night. Esok paginya aku gi breaksfast kat kampung Temonyong, makan roti canai, nasik lemak ngan kawan baik aku ni...lepas tu aku pegi ronda2 sampai ke Kuah dan tak beli apa2 pun sebab hati masih runsing tak buat booking untuk bilik malam kedua n ketiga lagi...balik dari Kuah dengan cuaca yang sangat panas tu..aku pegi umah kawan au lagi...lepak2 sambil searching Agoda.Aku dah tekad nak duduk kat Resort World pulak..sekali nak booking guna CC aku tak boleh...aku pun call hotel...caj hotel dan online agent ni berbeza tau...aku call depa cakap harga bilik paling murah ialah RM385/night sedangkan offer di Agoda/Asiawebdirect cuma RM170/night incl breakfast lagi. Kelam kabut mintak tolong seorang kawan yg sangat2 baik hati...terus dia bookingkan bilik dengan bayaran penuh. Alhmadulillah aku dikelilingi kawan2 yang sangat  mudah berbuat baik..semoga kalian diberkati Allah dalam kehidupan.

Okey..banyak pulak aku mengarang...nanti sambung balik.

Wednesday, February 13, 2013

CoReLLe DaH SaMpaI & BanYaK Ler PuLoK

 Hello all
sorry lama menyepi..sekarang tengah sedikit huru hara
stok corelle juga baru sampai ..selamat time cuti, dapatlah membelai set2 ni dulu sebelum diambik tuan punya....hahaha.

Ok, kepada tuan punya..sila lah collect set anda semua yer..rumah kami yg kecik tu tak mampu nak tampung hampir 78 set..lagi pulak humban semua kat ruang tamu..anak-anak kecikku yg takde pelajaran tu pakat-pakat turun naik kotak corelle tu macamkan tangga...alahai anak..kalau pecah jenuh mak ngko nak mengganti.





Thursday, January 31, 2013

BakEd ChessY Omelette

aku masak ni malam tadi..
yg sebenarnya makanan ni sesuai untuk sarapan pagi..dah tak menahan nak buat..aku bantai jer.
Dalam dia hirisan sosej dan bawang kuning yg sudah di tumis.
Pecah telur 4-5 biji dan perasakan curah then dalam casserole, sebelum tu dah letak la sosej & bawang tumis tadi.
Kemudian letak hirisan tomato dan tabur cheddar atau mozarella.
Bakar 25minit.
siap sedia untuk di makan.

BaLik KamPuNg Jua AkhIrNya ....

 hello all..
lama menyepi...banyak hal buat aku termalas nak update blog.Last weekend kami balik kampung setelah hampir 5 bulan tak balik semenjak hari raya Aidilfitri yg lepas..semua sebab bapak budak2 ni punye hal plus nenek+atok bebudak ni selalu benor dtg Shah Alam...so kami jumpa kat Shah Alam je lah.
Tapi bila lama tak balik..rasa rindu nak balik tu memang ada....si Umar sangat excited sampai dia yang bersiap paling awal dan duduk standby dalam kereta tunggu berlepas (cam naik kapalterbang la pulak).
Last weekend kan cuti..so jalan agak sesak plus cuaca sekarang agak panas berdenting gak.
Untuk menyedapkan badan yg panas..aku suggest bawak budak2 ni mandi kat Sungai Ulu Bendol...hampir 10 thn aku kawin..ini kali pertama aku bawak anak2 mandi sedangkan ini memang laluan kami balik ke kampung setiap kali...Am cuma pernah bawak aku lalu tengok dalam tu pun cuma sekali jer...kalau aku tak ajak dia pun tak teringin nak bawak anak2..sian anakku!






 Sessi sebelum sampai kampung..hahahah benornya OTW nak balik Shah Alam pun kami singgah lagi..kesian anak2..dah lama benor aku tak bawak jalan2, cuti sekolah 6 minggu hujung thn pun kami tak ke mana so ambiklah peluang ni.

Ini pulak gambar sessi sebelum pulang ke Shah Alam, bagi aku tempat ni best jugak sebab tak ramai orang, bersih pun iye jugak.Cuma kami ni mandi kejap ler benor..sessi pertama 30 minit, sessi ke-2 panjang sikit 50minit.Hahahaha...budak Hamzah & Umar baru pertama kali celup kaki dalam sungai..sangat kasihan!
Tapi dia orang happy sangat! See...the happiness of children is priceless...plus you don't need money!


Ok..next time misi balik kampung adalah tidak ada lagi dalam agenda..mungkin cuti sekolah mid year..InsyaAllah.

Monday, January 21, 2013

PRE-ORDER Corelle ETA end April!!

Dibuka sekarang sehingga 15 Februari
sila buat pilihan anda yang mana satu design yg berkenan di hati
deposit serendah RM100/set dan ansuran sehingga 4 kali
jgn lupa klik LIKE! di page Corelle & Friends kami untuk corak pilihan yang lebih banyak.

Offer untuk TFal ada juga...kuantiti terhad...jom buat pilihan sekarang!


Wednesday, January 9, 2013

My NeW SkIn CaRe !!

Hello....
start tahun baru ni aku berazam nak jaga kulit muka aku yang dah usang menjelang mid 30's ni. Seriously aku bukan seorang yg kisah hal-hal penampilan muka aku ni, hari-hari muka aku plain jer, takde bedak, gincu apalagi nak berkrim bagai. Cara aku senang jer, cuma cuci dengan pencuci muka masa mandi dan selesai kerja aku membelai muka....lagi satu tipsnya..aku maleh tengok cermin, jadi aku tak perasan dah muka aku ni dah rupa buruh binaan buat bangunan aku rasa..berkeladak kaedahnya.

So azam aku telah mengakibatkan duit aku habes beli skin care baru...kalau tak sesuai memang aku sagat jer muka aku ngan kertas pasir kasik licin.
So Ahad lepas aku pegi kedai The Body Shop n shopping mopping macamkan free.






 Ini range yang aku beli, tapi memandangkan kulit aku ni jenis combination, kadang kering cam nenek2, tetiba kan berminyak cam nak goreng ayam...mulalah aku pun beli campur2..dengan muka yang tak cukup vitamin ni, aku beli lah set pencuci muka, toner & moisture day cream dari range Vit E.









Bila part night cream pulak aku guna seaweed extract, aku suka kesannya yang tak berminyak, waterbase gitu, bangun pagi takdelah muka aku keluar minyak dagu bagai, lembut jer.




Seaweed night intensive care



Lagi satu yang aku paling suka ialah scrub vit C ni, memang habis di tebasnya semua blackhead & whitehead kat muka aku ni, lepas pakai lembut giler muka jadinya, effectnya cam ko pegi buat facial gitu.Hadoi..ker aku jer yg tak pernah rasa sebab selalu cuci muka biasa2 jer?? Kesian kan...duit dah habis beratus ni jangan aku angan2 taik ayam jer.
Vit c scrub






So far dah masuk hari yang ke-4 aku pakai semua ni kecuali scrub aku pakai 2 hari sekali, nanti pakai hari2 mau nipis kulit muka aku.Dah la boleh tahan mahal gak scrub tu.
Ok, kalau korang nak beli, beli dari online lagi murah, all skincare dapat -10%off.

Korang masuk sini The Body Shop

TaHuN BaRu 2013!

Salam tahun baru...anak debab aku masuk darjah 3 tahun ni.Semoga dia makin slim aku harap....saiz baju dah saiz budak tingkatan 2 pakai, jenuh aku bawak pegi memotong kat tukang jahit Mak Jemah, kain pun sama, saiz 28...apa maknanya tu?? Maknanya saiz perut dia 28 inci..aku pun kalah..mak pakai levi's saiz 27 jer tau..heheheheh!

Jurujual atau orang-orang yang terserempak ngan Feesa with aku mak dia ni selalu dok ingat aku ni kakak dia yang tak cukup zat makanan..tapi kalau tengok Feesa with papanya..semua cakap anak bapak ni. Memang anak bapak poonn!!



Kasut sekolah dia, aku pun boleh sarung sekali, saiz 4 ngko..haih la anak..cepat lah ko selim, sebab takde saiz baju yg cute2 dah untuk mak belikan..yg tak cute pun semua slim cutting, takkan nak beli baju nenek-nenek pulak.
Semoga Feesa jadi anak yang solehah mak dah puas hati tak kisah lah gemok ker debab ker..lagi satu yang penting...mesti sihat!

Friday, December 28, 2012

1,2,3




 Salam Jumaat,
lama dah tak cerita pasal anak-anak..kata blog nak simpan cerita anak kan..aku asik cerita pingan mangkk & piring jerk..
terpinggir memory untuk anak2 kelak..kot iye blog ni hidup lagi 10 thn lagi.
esok-esok anak aku komplen..yg piring tu adik beradik dia yang bapaknya mangkuk ker? hahahaha
sudah..

My cheeky Umar..budak ni mulut becok mcm mak nenek..sungguh pun lelaki..hamboi cam Kak Nam mulut ko yer

Ini baby Hamzah...la ni dah pandai main berlakon- berlakon, time dia nak jadi Ultraman..aku asiklah kena jadi raksaksa.Tak cute aku rasa

Aiiiyyooo...budak ni kalau aku bawak mana-mana semua cakap makin tembun..mau tak tembun..kain sekolah ajer saiz 28"..hahahah ko mampu? Thn depan nak masuk darjah 3


Wah Umar...ko bergaya cam mat bangla di Amsterdam gitu

Kihkihkih...comel jer Hamzah..ini kakak punyer kerja,,,aku suruh kakak test tudung sekolah,dia bantai suruh adik dia yg pakai




Okeylah...Alhamdulillah anak-anak aku semua sihat2..demam pun jarang2 cuma Hamzah tu cam fragile sikit, tak boleh makan sebarangan, nanti semput atau gatal2..tapi demam memang jarang sekali.

Si Umar pulak lasak dia semakin menjadi-jadi..masa lapang kalau aku bukak grill pintu..dia lepak atas bumbung kereta....membuas mintak rotan namanya!

Si kakak pulak..ewah2 menjawab nasihat aku asyik  sekali....suruh jawab periksa ntah apa yg dibuat.Tapi dia punya soalan harian kat aku.."ada makanan tak?"

Thursday, December 27, 2012

RoYaL BLuE - CoLoR oF The YeaR !!

 Hello all...
tepu otak nak tulis kat blog...
so far color of the year aku (nth bila tahun ntah) ialah BIRU atau Royal Blue!!
Sangat menarik hati, maka aku telah membeli 1,2,3 pasang baju kaler royal blue ni.
Asal terpandang apa-apa mesti carik royal blue ni...sangat menarik!
Mungkin tema raya thn hadapan royal blue jugak..hahahaha sementara masih berminat la kot.Kot nanti thn depan dah pusing minat pulak ker?? aku tepek ler kat sini lagi.







Apa apa pun..selamat bercuti kawan-kawan..sikit hari lagi sekolah  dah nak buka.Bersedialah.

Monday, December 24, 2012

PRe-OrDeR CoRellE DiBuKa LaGI!!

Salam all...
pre order corelle dibuka lagi untuk program ansuran >> semuanya untuk ETA April 2013 so kawan-kawan boleh buat bayaran up to 5 times! Menarik kan?? Dapat corelle & bayar secara ansuran tanpa caj tambahan kecuali caj penghantaran la opkos!

Jom cuci mata di album kami kat Facebook sana.

Corelle & Friends

Tarikh tutup pre-order ialah sebelum 15 Feb, siapa start cepat boleh bayar sehungga 5 kali, siapa start lewat mungkin boleh bayar up to 3 times jer tau.
Yang penting sediakan deposit serendah RM100/set lepas dividen ASB bukak...hikhikhik!

Thursday, December 20, 2012

CoReLLe In ReaL LaGi CaNTiK!!

 Hello....
set corelle dah beransur-ansur di agihkan..tinggal 4-5 set lagi orang tak datang collect. Orang-orang ni kadang kita pening gak..ada yang tak sabar-sabar nak tunggu set corelle depa..ada pulak yang jenis tak kisah..ada satu customer since raya hari tu tak dtg collect lagi corelle dia, duit dah bayar habis dah...risau pulak! Takut anakanda kami dok meloncat atas kotak tu..walau dah duduk bawah tangga..budak2 ni tau lah..banayk jer projek depa.







Ini antara set-set yang dah deliver to customer, nanti next time snap set lain pulak..nak bagi tau..sesiapa nak stok cepat, ada beberapa set yg ex-stock pada Januari nanti.Jap lagi buat entry yer. Babai!

Monday, December 17, 2012

MoNDaY RocK !!

Assalammualaikum all..
lama tak update blog, sibuk sikit-sikit yang selebihnya tak sibuk mana pun,
Feesa cuti sekolah, mak takde duit nak bawak jalan2...
nak jalan2 yg tak pakai duit asik hujan jerr pulak..
makanya baik kita bergusti jer kat rumah anak beranak...dah penat gusti, nanges 2-3 rangkap and tidor!!

Okey, last week collect set corelle...later aku upload gambor tercantik aku snap kat umah..nak siap2 buat watermark dulu..hahahaha poyo melebihi segalanya!
So itulah antara kesibukan aku 3-4 hari ni..mengambik, mengecheck payment, menghantar, mengPM,mengepos,menalipon...segalanya-galanya nak kena bereskan..baru 20 set..next shipment 45 set, agaknya???? Memengsanlah aku gamaknya!! Dah la berat gak kotak corelle tu..satu set 16pcs busuk2 5 kilo okeh!! ketat muscle lengan aku lepas nih...

OOhhh yer..2-3 malam lepas aku book package ke Korea, tapi ada transit kat Istanbul! Apasal eekkk???


;
;
;
;
;

Pasal aku mimpi daaa...nanti check in balik...ta ta!


Monday, December 3, 2012

BiLa SuAmI BeKeRJa Di HaRi MinGGu!!

HHuuwaaaa....tak bleh tahan loorrr..
Encik Am keje setiap Sabtu dan Ahad sudah lebih 5 bulan, tapi sejak 2 minggu ni lebih extreme, hari Sabtu dan Ahad kerja dari 7 pagi sampai 11 malam. security guard memang cam gitu..huh!
Tensen la wei...aku 2 hari 2 malam tak keluar rumah, tepu aku ngan gelagat anak2 yg tak berapa nak comel tu...kalau si Umar dia punya susu satu jam satu kali aku membancuh, rasa nak beli termos besar simpan susu siap bancuh dalam tu..dan yg ada paip dia sekali..senang dia berdikari nak ambik susu sendiri.

Si kecik aku tak paham bahasa kampoochia dia..yg aku paham man,man >>> maksudnya ultraman!!

Ultraman pun satu hal..hari sabtu ahad dia keluar petang2 jer...sakitt hati aku! Kenapa ko tak keluar 1 jam sekali..senyap sikit anak2 jantan aku tu!

Kalau ngan Pica..aku asik membebel & gaduh jer ngan dia..sebab dia dah pandai membalas kata2 aku..jadinya..aku mana mau kalah..so laser dia balik! hahahahah!

tensen la mak!! rasa nak pegi memanjakan perut..tekak dah mengigau nak makan kek jer nih..tanda2 cik P nak mai gitu lah..makan selera antarabangsa yang manis serta creamy.Gemoklah weeeii!

Bulan December pun dah sampai...awal2 masuk tahun baru nanti tetiba jer aku mesti terkejut..terkejut sebab Am nyer birthday..selalu aku tak prepare hadiah untuk dia selaku membalas dendam sebab dia asik cakap tak tau nak belikan hadiah apa untuk aku sempena birthday aku.Tapi kali ni..dia macam hint2 nak sebuah wallet baru..itu hari dia nampak wallet, tapi tanya aku pulak..nak beli lah wallet tu?? habis dah kenapa...nak beli, beli ajerlah kan?? Tentulah maksudnya kalau ayang dia yang hadiahkan lagi berkepuk nanti duit dia dalam tu..iye ker bang?? Ko bior benor..kalau cam tu aku beli sekarang jugak..tak payah tunggu harijadi ker haribesok ker dah!!

Apalah yang aku melalut ni...aku rasa tahap bengong aku dah melampau..tak dapat dibendung lagi..
haruslah aku memanjakan diri sendiri setelah berpenat lelah menjerit-jerit menjaga anak2 di rumah!!

Popular Posts