Tuesday, December 21, 2010

ShoPPinG BaCk tO ScHooL - SeLeSaI SuDaH!!

Hari Sabtu, misi nak melengkapkan keperluan sekolah Feesa sudah selesai.
Kami jalan2 pi OU untuk carik beg dia.
Selamat anak dara ni tak berapa nak memilih benor...mak dia pun suka hatilah pilih mana yang agak2 mak dia berkenan. Mak memang tak suka dia pakai beg beroda..satu sebab berat, satu lagi cepat rosak, lagi satu..mahal jer lebih, kualiti tak dok.
Baik beli hok gini..sangkut ler belakang badan kamu.Kalau rosak pun..memang kena beli yang baru jugak.
Harap2 beg ni tahan ler sampai setahun.



Anak gegirl mesti nak beg kaler pink okkey!
Hambekk ko..mengerlip2 bak bintang!
heheheheh!


Tuan beg yang tersangat excited dapat beg baru.Usung kulu kilir dan tak lupa jugak..dah masukkan pun buku2 sekolah dia dalam tu.
Jangan rajin awal tahun jer yer.

Kalau dah jalan2...tak sah kalau tak nyopping untuk si adik pulak.
Kat Baby Gap la ni tengah ada sale....30% - 50%!
Lagi pulak, beli 3 items dapat extra 10%off
beli 5 items dapat extra 20% off,
tapi idaklah ku memenuhkan quota tersebut.Beringat la jugak bahawa baju Umar Zidan dah melimpah cam banjir!!



Motif menepek baju Umar Zidan???
Adalah yang nak menengok tu...anda tahu siapa anda!!
Kikikikiki...beli hok murah jer..satu tu less 50%,
2 pasang baru 45 hengget!

So, shopping back to school untuk Feesa dah complete....
cuma satu jer lagi...


Kasut sekolah..nak belikan dia sepsang jer cukup...sebab hat thn lepas tu masih muat kott!!
so beli satu jer lagi sudah memadai!

Thursday, December 16, 2010

MaRi MeNiMbA ILmU !!

Terpanggil untuk berkongsi sebuah laman web yang penuh ilmu ini untuk di kongsi bersama....
tetapi adalah di dalam bahasa Mat Salleh okkey!! Agak2 hakak ni tak paham..hakak ignore kan sahaja...untuk ilmu apa salahnya!
Sila lihat di sini - Family Education

Lagi satu...2 hari lepas, sesambil menunggu masa nak pegi opis..saya tertengok program MHI, bercerita tentang Smart Money Kid, program ini di buat di dua tempat iaitu di Cheras dan satu lagi di The Curve.
Program ni lebih kepada the way to teach kids about money! Interesting!!
Ini websitenya http://www.abacusformoney.com/smart-money-kid.htm

hhhmmmmm...ada hati nak menghantar Feesa ke sana...
tak pun..mak belajar sungguh2 dalam web site mana2..balik umah praktikkan kat anak.
Nak praktik kat diri sendiri cam..boleh ker???
hahahahaha...harap2 lepas ni ku pun terpengaruh la jugak...
at least...i know how to handle my money!

huwaaaa!!!

ShoPPinG BaCk tO ScHooL !!

hahahaa..
anakku yang sulung, si Saidatul Nafeesa nak masuk adarjah satu 2011 ni.
Dah besar dia..sesuai la ngan berat dia yang 30kg tu!!
Terkejut tak?? haku lagi terkejut!
Tak pe.....nanti dah masuk sekolah..sure dia letih lesu (harapan) dan tak lalu nak makan..maka dia akan slim sedikit (at least).

Hujung minggu ni...
harus lah selesaikan shopping baju sekolah Feesa..
sebab mak dia ni dah tak larat la nak jalan2 sangat..sebab apa..baby kali ni macam turun sikit ke bawah (mengikut acik mengurut tu lah)
ada masa mak rasa cam kepala baby ni dah engaged kat serviks... bior betul ko Umi ooiii?
ntah laaa..itu yang ku rasa!!
Nanti pulak..bila cuti Krismas..sure shopping complex dan tak complex (Giant, Tesco dsb) penuh sesak..orang dah bergaji...semua pun baru nak shopping baju sekolah anak!
Tak nak lah bersesak pulak....
tensi!

Bukan banyak pon nak top up lagi....
tinggal baju kurung sehelai, beg, kasut & stationery.
Buku sekolah akan beli hari Sabtu ini....lepas tu..Feesa dah patut get ready untuk ke hari suai kenal pada 1/1/2011.

Yeeaaayyy!!

Wednesday, December 15, 2010

ABC PaLiNg BeSt KaT ShAh aLaM !!

Dah pernah cuba????
kalau tak pernah lagi....hahahahaha..mari cuba sekali.
Mesti teringat2 selalu.... :))
Lokasi : Medan Makan Seksyen 2 Shah Alam, berhadapan Klinik Anis.








Semalam petang Ammi dok teringat2 ABC Special ni.dah lama tak pi beli, tapi bila tetiba teringat..haruslah di carikkan.Nanti anakku meleleh air liur...
kami beli 2 bekas untuk bawa pulang, sesambil tu curi2 snap gambar ABC orderan orang lain.
Mengancam tak?? Mesti cuba kalau mari Shah Alam!!
hikhikhik!!

Monday, December 13, 2010

NeStuM FrUiTs - MeSti CuBa !!






Korang....
dah pernah cuba ker belum..?? semalam masa di Tesco..adalah orang kasi test macam2 produk yang mereka jual kan...so semalam I telah menerai Nestum Fruits Mixed Cereals ini.
Waaallla! Rasanya adalah sangat best! Didatangkan dengan 3 perisa berbeza, Apple & Cranberry, Apple & Orange dan Prune.I cuba kesemua 3 perisa (giler haloba)....dan telah mencuba untuk pek pertama dengan perisa Apple & Cranberry.
Padahal.....yang perisa Prune tu sedap sangat....ngade2 nak cranberry la konon...padahal ntah haper benda cranberry tu pun bukan I tau benor!!
Satu pek ada 8 sachet x 28g kot (giler teliti promo haku nih)
harga pulak RM7.99...seringgit la satu sachet tu kiranya...
sesuai la buat isi perut mak buyung yang sentiasa kelaparan...
kalau tak percaya..sila lah cuba..
beli sendirik tau!!




Ini jugak model Nestum tak berbayor...dengan tak mandinya..sibuk jer nak masuk muka lam camera!!

RooM SeRViCe DeLiVeRiES !!




Hallo!!
Berita baik kepada warga Lembah Klang...
kot yang belum tahu....Room Service Deliveries ni ialah sebuah hab penghantaran makanan daripada restoren2 terpilih di sekitar Lembah Klang terus ke rumah.
Ada banyak pilihan restoren2nya..
kotlah ada yang malas nak dine in kat luar....api nak makan Nando's ker, TGIF's ker, Tarbush ker...haaaa..dah ada dah services delivery dari restoren2 ni...
untuk keterangan lanjut...

sila layari laman web ini : Room Service Deliveries


*Berkhidmat sekali sekala*

Friday, December 10, 2010

SeMaLaM .....

kan....
ku MC setelah badan ni sakit2 semua tempat
benornya dah 2 minggu jugak sakit badan..
sakit bawah perut tu..pinggang sengal-sengal..
rasa cepat letih dan termengah2
sebabnya...penat terlebih.
Dari lepas balik dari Penang memang ku tak rehat lansung..
sehinggalah badan dah nak "kong"..
nasib baik kong bukan kiok!!

So malam tadi pegi mengurut....
makcik urut kata baby dah macam turun sikit...
sebab itu nak jalan susah...nak tidur pun tak selesa..
pinggang sakit, kaki lenguh!
Pegi sale sana sini ngko..haaaaaa, hambek ngko sekali!

Tapi yang best...makcik tu cakap...
"perut bulat ni macam dapat baby girl"
agagagagagag! itu jam...aii punya kepala hotak pikir shopping baju baby girl.
Astagafirullah.....Selawa..Selawa!!

AnAk SoLeH 3% !!





Ini Umar Zidan nak sembahyang jugak berjemaah ngan papa & kakaknya..tapi orang menghadap kiblat..dia menghadap mak dia!!
Pandai yer....gila glamor time sembahyang adalah tidak diterima solatnya!
Janganlah kau nak tonggang tonggeng sebab ada kamera jer..
hik!hik!hik! itu sebab tajuk entry ini, anak soleh 3%...97% lagi tak complete.InsyaAllah, on the way!
Mama ni doa dan tunjukkan contoh yang terbaik untuk anak2 mama...tetapi bukan seperti, laki & anak dara sembahyang..ko pegi nangkap gambor pulak!
Heheheehe! Bukan apa weh....kenalah bergilir gitu..nanti Umar Zidan kudakan mak dia ni takde saper yang tolong..orang dah sujud rakaat ke-3, aku masih menonggeng di kudakan anak sendiri!!
Bukan tak pernah....selalu kalau ku sembahyang...Umar Zidan suka tarik telekung haku..sampai senget2 kepala aku time sembahyang tu..lepas tu aku jegilkan mata dengan harapan dia sedau lepas aku sembahyang ni ada yang nak kena lepuk..tapi harammm nak paham!!
Di terimakah sembahyang ku itu??
Sembahyang sambil jegil bijik mata kat anak..adoi laaa!
Sebab tu aku prefer sembahyang dulu atau kemudian dari orang lain.

Apa-apapun...Feesa slowly sudah ku train sembahyang berjemaah, tapi bab Umar Zidan ni..aku selitkan jugak dia di adegan2 yang tak mengganggu orang lain.Dia siap tahu mana letak kopiah dia tu...harap2 anak2ku jadilah anak soleh & solehah!

Wednesday, December 8, 2010

Di ICT PaDa MaLaM MaaL HiJraH!!

Malam tahun baru Hijrah kami ke ICT Selangor, time masuk free dulu tak nak masuk..dah kena bayar 10 hengget ni baru sibuk.Malam tu pegi sekali ngan anak2 buah Am dan adik lelakinya.Sajer nak bawak bebudak tu kasik happy..last2 kepalaku yang pening, orang ramai dan Umar Zidan nak berkeliaran sendiri.








Pandai ngko si kenit ni nak posing kat sini!



Ramai orang dah sampai kan....so takde mende lah ku nak cerita lagi!

SeLeRa AnAk2 !!



Bercerita tentang selera makan anak-anak sendiri dengan anak-anak orang lain, sungguh banyak bezanya. Lain orang, lain2 pulak seleranya.
Tapi yang ku paham benor tentang anak2ku sendiri...
mesti makan nasi setiap hari dengan lauk apa pun jadi.
Paling best..Feesa jenis tak memilih makan lansung...dah besar pun kan.
Cuma yang ku tahu, ayam dan daging bukan makanan yang di gemarinya, dia lebih suka makan ikan,ikan dan ikan.Ikan masin pun suka....haih laaa!
Kalau Umar Zidan pulak...si kenit 20 bulan ni macam suka makan tulang la pulak..
haih...bukan la tulang semata..cam tulang ayam bersama sedikit cebisan daging tu menjadi faveret dia mengunyah kalau mama dia goreng ayam atau buat sup ayam.
Pernah jugak ku tertangkap dia sedang mencuri makan ikan bersama tulang..bahaya la sungguh!
Tapi itulah anak2ku...
si Feesa pandai menggunakan fork & spoon masa umurnya 1 tahun manakala Umar Zidan pulak cuma pandai gunakan spoon masa umur 14 bulan sehingga sekarang.
Cara ku mengajar anak2 makan ialah dengan menetapkan waktu makan...
maka kami akan makan setiap kali waktu makan bersama-sama....breakfast (hari cuti), lunch & dinner.
si Umar Zidan pun tidak terkecuali...biar lah dia makan bersepah mana pun...dia tetap akan makan bersama-sama.tetapi jangan lah membazirkan..seperti cogankata di atas.....love food hate waste!
Maka si Umar Zidan..kalau dah start main2 dengan nasik dia..biar mak dia suap jer terus masuk mulut..baru cepat sikit!

Lagi satu nak cerita....anak2ku memang tidak over limit dalam penyusuan. Minum susu sekadar mengisi waktu sebelum makan dan untuk melelapkan mata, Umar Zidan menyusu lebih sikit kuantitinya daraipada si Feesa masa umur yang sama, la ni si Umar minum susu 7 to 8oz 5@6 kali sehari.So, satu tin Anmum 1.7kg itu tahan untuk tempoh satu bulan atau kalau terlebihpun dalam 1.8kg gitu sebulan.Jimat makkkkk.....! Bukan apa, tak mahu anak jadi penggemar susu tegar sampai tak mahu makanan lain.

Itu sahaja..cecehan untuk hari ini....cerita lain adalah tiada.

Monday, December 6, 2010

TiNGGaL 2 KeTuL ni AjE!!

Tinggal ini 2 ketul jer wish list untuk baby baru.
Lain2 adalah tidak kooooottt!



Hat ini dalam perancangan sebab soheh ku maleh nak kendong anak...kecuali terpaksa.
Sebab takde mood nak beli stroller..dan adalah tidak ada new stroller yang mengujakan ku!
Maka yang di atas ini adalah optional!



Yang ini pulak adalah wajibun..sebab ...hok lama masa Umar Zidan tu..my Madela Swing dah ku jual.Pandai la sangat kan haku ni.
So kenalah beli yang baru..
itu hari kat MAHA ada jual pam pemerah susu...
katanya seklai pamp dalam 6 minit dapat banyak susu ngko!!

tetapi rupanya..itu pam susu kambing laaa....
kakakakakaka..sajer jer melawak petang2 Maal Hijrah ni!

Bye!!

HaSiL MeNgOmBaH TaK JeMu2 !!

Kalau cerita pasal sale baju budak2..memang cik Ammi ni takde noktahnya.Sale tu pulak asik ada lagi dan lagi...mengada betul!!
Hasil kerja keras sampai rasa sengal2 kat bawah perut ni (rasa cam nak beranak tapi tak sakit)
huahuahuahua.....cik Ammi memang juara pegi sale hok dekat2 ni.
Hok jauh2...mintak mahap ler kalau takde yang nak jadi drebarnya...!



Barulah berniat beli baju baby..ini hasil masa kat Reject Shop last week...sale udah habis baru boleh taruk sini! Ini je lah pun kalau yang baru..lain2 memang tak nak beli...sebab baju Umar Zidan membanjir banyak tak surut2!
eeerrrr....betul ker ku dapat boy jugak dalam peut ni???

Hok atas ni terselit satu kiriman orang....masa pegi tu..sauk je lah sekali!



Haaaaaa...ini yang terlatest ...semalam punya sale kat Anakku..
takde niat pun nak pegi awalnya...
tetapi tetiba bila dah terseru nak pegi tu..layan je lah kan.Ada pulak Happy Hour masa ku datang tu..apalagi kaut je lah hat atas ni...
baju2 ni semua stok baru dari gudang untuk jualan kat kedai.Bukan hok clearance warehouse punya yang memang ku tak terhingin nak beli, sebab baju & seluar jual asing...siap beli dapat habuk sekali ngko!!

Yang atas ni.....ialah 2 set Pj's dan 2 set short!
Hat baju hijau kolar tu harga asalnya RM29.90, yang Pj's satu set RM23.90 dan baju biru tu satu set RM18.90.

Mahal siooottttttt!!




Tapi aii beli cuma RM10 jer sepasang!!
Hikhikhik!!

Ada lagi happy hour time tu..
mak budak ni dapat beli bra 5 helai Rm20 jer...
huwaaaaa....baju anak sepoloh hengget sepasang..baju dalam mak 4 hengget jer sehelai.
huhuhuhu!!


Bukan orang nampak pon kan????




:)))))!!

Thursday, December 2, 2010

NiKoN P7000!!



Saya sudah pegi test drive ini camera tadi....sangat best!best! dan best!
Yang lagi best...takde duit daaaaa!
Harga offer RM1499 ker RM1449? lupa daaa!

Kalau nak info...sila lihat page ini... Nikon P7000

CrOcS WaReHOuSe SaLe !!

Harap maklum!!
cik Ammi memang kaki sopping okeh! Tak payah terkejut, tak payah nak menceceh...
asal tak bayar pakai CC acik Ammi dah soker hati banget.
Semalam cik Ammi dapat special invitation untuk ke pre warehousesale Crocs & etc kat Atria Mall yang sepatutnya berlansung hari ni.VIP la bebenor kononnya..sekali sampai..adalah jugak kaum kerabat 'mereka' dalam 10 orang kat sana.
Hasil......
takdelah membeli membuta tuli...sebab semua ni adalah masuk dalam wish list cik Ammi.







Kasut ni tak masuk dalam wish list pun...untuk Umar Zidan..
harga cuma RM40, soker mak!Sebab tu masuk dalam bill jugak ;))



Wishlist sudah tercapai!
A Rainforest Take Along Baby Swing
Cuma RM200 sahaja...harga biasa RM459 kot..haku pun tak tau..tapi soheh 200 tak dapat kalau sale kat mana2 pun..kecuali di sini!

Wednesday, December 1, 2010

KaMpUnG GiRL !!

huuuwaaaaa
masuk hari ni dah 4 hari Feesa di kampung
dia mintak nak tinggal kat rumah nenek..
temankan nenek sementara atuknya takde..
baik betul anakku itteew!!
sehingga mama mu menitiskan air mata bertitis2 tatkala pulang ke bandar.
Huuwaaaaa....
dia sudah semakin besar, hendak pulak berjauhan dengan kami.
Ingatkan mama jer nangis sedih2 manja gitu..
papa kamu yang rupa ala-ala ramboo padang pasir tu pun bergenang2 air mata jugak (kahkahkah)
macam lah anak tu pegi belajar kat obersea.
HHmmm..cepatlah hari Sabtu....sebab Feesa nak balik dah..
bermulalah episod kami seperti biasa...yang sepatutnya!

* tak suka bila anak suka tidur rumah orang walaupun di rumah neneknya...nanti dia spoiled*
*nak adjust pun payah tau!*

yang MAHA penat 2010!!

sesungguhnya ku ni tak tau penat kalau bab-bab berjalan...
bayangkan..cuti 5 hari sejak Khamis lepas sampai Isnin...
kerjaku berjalan sana sini
Khamis...Sunway Pyramid (bawak Feesa tgk wayang)
Jumaat ...Mid Valley
Sabtu-Ahad ...balik kampung Am
Ahad petang....dah sampai MAHA dengan jammed nak 1jam15minit sampai tempat parking
Isni..lepas check up..ngulang ke MAHA lagi yang sesungguhnya ku MAHA penat!! Tapi kali ni bawak ayahku sekali!



Meh tengok apa ada????
Ada buah tembikai 4 segi!




Ayahku suka bab2 menunjuk bakat tak jadi gini..bertempat di Rumah Perak..
mari membuat tembikar yang tak jadi akhirnya!!
Hahahahah!




Rumah ni wajib pegi..kalau tak nangis cik abang Am..
Rumah Noghori Sembilan.



OOhhh...siapa yang posing ayu tu???
hahahahaha....cik Ammi bersama pokok kobis yang di buat hiasan.Cantiknya kamu kobis ooiii!



Waaaaahhh...cilinya comel2 belaka.Rasa nak petik2 ajer!






Sessi wajib tayang...kat sinilah tempat tujuan utama ku nak pegi
Gerai Popular Malaysia..
semua kedai makanan yang popular ada meniaga kat sini
dapatlah ku makan Mee Udang, Laksa Kuala Perlis, Mee Derga Alor Star, Asam Pedas Melaka, Puding Raja, Murtabak Singapore & macam2 lagi...
Dengan free tasting pelbagai makanan..buat perutku kenyang!!


ooohhh...kenal tak mamat yang salam ngan ayahku ittew??
Beliau ialah Aziz Desa...
ayah memang suka bikin glamor..siap suruh snap gambau lagi!


Kami melawat2 dalam tu naik tram....turun naik tram sampai ku dah tertinggal dodol sebekas entah kat mana?
Huuuwaaaaaa...dah la sebekas 12 hengget..ku tinggal sia sia jer!!
Penat...sangat penat....sampai ku tak tau apa nak beli bawak balik umah..dah kekenyangan giler!

JaLaN2 DgN AnAk2!!

Ini cerita last week...
boleh la kan dari takde...
kejadian berlaku hari Jumaat lepas di Jusco Mid Valley...
mak dia sibuk nak pegi 1st Mom Exhibition apa ntah kat exhibition hall MV tu
Dah selesai bersesak-sesak kat sana..
bawak ler bebudak berdua ni ke Jusco..beli baju sekolah Feesa 2-3 helai dan selebihnya..
layan mereka bermain kereta2 henjut menghabiskan duit ni.




Si kenit ni excited betul...
sekarang dah tau jugak dia suka main apa..??
jawapannya...
stereng kereta dan kunci!!





Gambar ni pulak cerita hari Khamis....
(dah malas ku nak susun gambar)
bawak Feesa nengok wayang..tapi bukan cerita Rapunzel tu
kami tengok cerita Harry Potter..
cerita yang wajib ku tengok setiap kali keluar kat panggung!
Feesa nak pegi nengok Rapunzel tu...eeerrrrr..lain kalilah yer.

Popular Posts