Sunday, November 15, 2009

GRaDuaTioN DaY oF NaFeeSa!!




Nampak tak semua kat mana??? Kat Bangunan Persekutuan, Petaling Jaya, asalnya macam tak nak pegi sebab last call cakap Feesa tak masuk menari tu, tapi still boleh la datang untuk ambik sijil. Acara start pukul 2 petang, tapi kami saja datang lewat pukul 3.15 baru sampai.




Ohh, ini orang kuat mama & Feesa! Teleng 2 beranak ni nengok apa ntah?





Cak !
I think she's look so gorgeous wearing the graduation uniform!

Kawan kat depan tu pulak..mama tanya siapa tu??

Dia cakap "ini kakak"..agegegegge, keciknya kakak ko tu!!



Suka mama tengok, harap Feesa besar nanti dapat graduation di universiti pulak, InsyaAllah!!




Time ni naik atas pentas, salam cium tangan & terus jer jalan..sampai salah jalan!kekekeke!


Selamat sempat jugak Feesa attend ambik sijil ni, sebab sekolah dia adalah yang terakhir sekali dalam list tu, fuuhhh! Kalau tak, macam rugi jer, mama dulu tak pergi tadika, nasib Feesa sempat ada kenangan yang macam ni!


Gambar dalm sijil ni lagi cute kan??
heheheheh...tergelak kami laki bini masa tengok sijil dia ni ha!

Saya telah tamat belajar di Tabika Perpaduan Malaysia, Seksyen 17 Shah Alam tahun 2009 (Kelas 5 tahun)

Bye! Bye! Lepas ni Feesa masuk sekolah Pra pulak!










LeMoN CHicKeN RoSeMarY !!

Okey semua, ini lunch kami semalam, ai tempah ayam lazat ni di blogspot ini yer -> www.dj-lrc.blogspot.com

Rasanya..sangat lah okey kat tekak ni..lebih2 lagi baunya..ala ala Kenny Rogers Roaster gituk, tapi KEnny Rogers tu mahal sungguh la ni, so ini lah alternative untuk makan di rumah dengan rasa yang tak kurang sedapnya.Nak pi makan di kedai kalau macam ai ni kena pikir 4-5 kali dengan bawak Umar Zidan, kenkadang dia ok, kenkadang nak buat peel jer! Tak nak pening2 makan je lah kat umah, nak makan pakai seluar pendek jer pun boleh!! kekekekek!

The packaging kelasss!!

Haaa...ini lah ayamnya, Lemon Rosemary Chicken.

Side dishes, baked stuffed potatoes -> satu cuma RM2


Kalau makan ayam jer sure tak kenyang, so ai telah buat pasta de'olio yang telah terlupa letak garam, jadinya tawar meluar!!

Sesiapa yang nak cuba, silalah yer!

Friday, November 13, 2009

MacaM MaNa NaK MaSaK SaLmOn ??

haaaaaa...
sejak sejak ni, blog ni asik keluar cerita salmon jer kan..
sebab ku ni tgh nak membuat perkongsian pembelian salmon fillet ni dengan kawan2 yang lain..
harga sangat murah daripada pasaran iaitu cuma RM30/kg berbanding kat luar yang lebih daripada harga yang ai dapat tu.

Ada yang tanya ..macam mana nak masak...??
kalau ikut ai yang sekolah tak berapa nak tinggi ni...
ai pandai jer nak cari resepi & nak jer belajar benda yang baru..
ooo sebabnya...lupa lupa..sebab ai ni masuk dalam kategori rajin la jugak memasak untuk keluarga tersayang. Ada time memang malas, tapi still kena sempatkan jugak masa tu untuk keluarga!
Lagi satu....ai jugak memang sangat meminati apa juga masakan yang menggunakan ikan salmon ni.
semenjak dua menjak ni jer yang pandai...
sebab ikan ni pun bukan berasal dari laut kat Pantai Timur tu...jadik time kecik2 ai rasa semua orang tak pernah rasa. Sedara mara ai..ai confirmed la begitu..kalau orang lain mungkin ada kot yang dah rasa masa time kecik2.

Kalau dulu...kalau tak pegi makan kat kedai mahal..(time berduit je lah kan)...
ai carik jugak kat Cold Storage..tapi hat yang morah2 la..tak la morah mana pun..makan laki bini pun tak cukup dah 18 hengget!
So , dengan pembelian ini, ai tak payah dah meleleh air liur lagi sebab...satu keping fillet tu ai masak 3 kali untuk 3 kali makan ..3 malam lagik!! (paham ker??) sama jer kot!!

Okey..lepas ni jgn kata tak tau nak masak cemana yer..
kalau nak masak lemak cili api pun boleh...cadangan lakiku yang pure sangat Negeri's nya!!

SaLmOn ReCeIpe!!


Ingredients
2 pounds salmon fillets
1/2 cup vegetable oil
1/2 cup lemon juice
4 green onions, thinly sliced
3 tablespoons minced fresh parsley
1 1/2 teaspoons minced fresh rosemary
1/2 teaspoon salt
1/8 teaspoon pepper
Directions
Place salmon in shallow dish. Combine remaining ingredients and mix well. Set aside 1/4 cup for basting; pour the rest over the salmon. Cover and refrigerate for 30 minutes. Drain, discarding marinade. Grill salmon over medium coals, skin side down, for 15-20 minutes or until fish flakes easily with a fork. Baste occasionally with reserved marinade.






Ingredients
1 1/2 pounds salmon fillets
lemon pepper to taste
garlic powder to taste
salt to taste
1/3 cup soy sauce
1/3 cup brown sugar
1/3 cup water
1/4 cup vegetable oil
Directions
Season salmon fillets with lemon pepper, garlic powder, and salt.
In a small bowl, stir together soy sauce, brown sugar, water, and vegetable oil until sugar is dissolved. Place fish in a large resealable plastic bag with the soy sauce mixture, seal, and turn to coat. Refrigerate for at least 2 hours.
Preheat grill for medium heat.
Lightly oil grill grate. Place salmon on the preheated grill, and discard marinade. Cook salmon for 6 to 8 minutes per side, or until the fish flakes easily with a fork.

My NeW WiSh !! DaTanG LaGi !!










hahahahaha..
korang tau la kan..ku ni kalau dah berlist list bagai..dah tentu la sebab ada yang nak ke "sana" tu....
wakakakakaka!!!
tapi perlu ker yer??? sebab sikit lagi, takkan si Umar ni asik nak makan makanan yang lembik2 ni, cam bubur & puree tu sampai dia dah ada gigi..
tunggul2 gigi memang masih belum berputik...tapi mungkin dalam 2 bulan lagi dah start nak bergigi kot...
hmmmmmm...mari kita renungkan bersama!!

Thursday, November 12, 2009

KeNaPa Laa PuLaK!!

haih....background blog ni still tak muncul ker???
KER pc KAT OFFICE NI TAKBOLEH SUPPORT..KALAU KAT UMAH MACAM OK JER..
ASAL KU ON KAT OFFICE TAK BOLEH PULAK??MUSKIL AKAK...
NI KENAPA PULAK AKAK TER CAPS LOCK PULAK...
GONDOL BETUL!! LANTAK LAH..LAYANZZ!!

Tuesday, November 10, 2009

DiNNer TaDi !!

ini makan malam kami tadi, sebab salmon masih ada, so menunya kenalah ada salmon. Malam ni makan ngan spaghetti pulak, tambahan dengan steam carrot. Hmmmm ..sedap carrot ni, manis!

FrOZeN SaLmoN !!

Haaaaaa..
baca tak entry saya masak salmon tu...kat kilang tempat saya beli tu ada menjual jugak salmon fillet untuk orang2 yang nak beli macam saya ni (org awam lerr) kalau tak dia memang supply kepada hotel2 sekitar Shah Alam & PJ sahaja.
tapi dia jual dalam satu carton yang jumlahnya 25kg..
so, kepada sesiapa yang nak berkongsi pembelian dengan saya.....terutama kepada yg berada di Lembah Klang
bolehlah contact saya...
harganya satu kg RM30 (mahal sikit dari yg saya beli tu)..
kalau yg macam saya beli tu mungkin dalam 1.2kg ++..boleh dapat sebanyak 10 atau ke 11 potongan.

Kalau harga di pasaran biasa (Carrefour) salmon block ialah RM38.90, bukan fillet yer..
kalau filler lagilah mahal!

do not hesitate to contact me!!

email ler : amminafeesa@yahoo.com

SoRRy eeekkk!!

Patutnya background colour blog ni kan warna hitam from the bloggity ke ntah haper benda tu..
tapi ntah pegi mana benda alah tu..tinggal kaler putih jer..
sian kawan2 ku nak baca coretan hampagas haku nih!! Dah lepas ni sispa mata rosak baca blog haku..sila claim kat akhirat nanti!!

BaBy FooD!!

haaaaa..
bila bercerita tentang makanan bayi..
wawawawa..ini mama sudah pening pening nak fikir menu & resepi yang sesuai..selain dari beri Umar Zidan makan Nestum & puree instant dalam botol, kadang kala mama ni buatla jugak puree sweet potato untuk dia. Umar Zidan suka yang amat (mengikut kata acik Peah la kan), makan sambil tergedik2 nak mencapai mangkuk!

So...bila Umar Zidan duduk di rumah Sabtu & Ahad dengan mama..mama pun plan ler nak bikin baby food untuk dia selain nestum biasa tu..cam muak la kan setiap hari makan yang sama..nak la jugak Kentucky Fried Chicken ker..Mekdi ker..tu mama lah kan..Umar mama boleh lagi!!

Hari ni..mama jalan jalan naik kereta google carik resepi makanan untuk Umar..dah jumpa pown!!
Sabtu & Ahad ni kita bikin ini yerkk!!

Honey Banana Porridge
Stage : 2Serves : 2 servingsMark for this recipe : 1
: 20 minutesCooking : :
Utensils : Usual kitchen utensils
Ingredients 160 ml warm water 50 gm NESTLÉ® Infant Cereal Wheat and Honey 50 gm mashed banana
Cooking Instructions1. In a bowl, mix all ingredients. 2. Mix well and serve immediately.
Nutrition count per serving Energy : 70 Kcal Protein : 1g Fat : 0.2g Carbohydrates : 16g Good To Know Banana is a good source of potassium that is needed for regulation of neuromuscular activity Good To Remember Nutritious, tasty and filling, banana is an excellent snack for children

Carrot and Spinach Porridge
Stage : 2Serves : 2 servings0
: 15minutesCooking : :
Utensils : Usual kitchen utensils
Ingredients 50 gm carrot 50 gm spinach 150 ml warm water 50 gm NESTLÉ® Infant Cereal Rice with Milk
Cooking Instructions1. In a saucepan, boil carrot and spinach until softened, then puree. 2. Then stir in pureed vegetables in warm water and add NESTLÉ® Infant Cereal Rice with Milk 3. Serve immediately.
1g Protein, 4g Fat, 17 Carbohydrates, Energy 124 Kcal Good To Know Spinach is a good source of iron and calcium Good To Remember Iron is a component of haemoglobin in red blood cell.

aNy IdEa ??

Macam mana saya nak pastikan barangan yang di post dari luar negara selamat sampai ke tangan saya????
tanpa menjadi mangsa kecurian di pejabat post atau di pejabat kastam Malaysia ni???
aNYONE WITH BRILLIANT IDEA????

Sunday, November 8, 2009

SaLMon & PaSta!!

haaaaaaaaaaaaaaa....
malam ni kita dinner western style gitu..
sebab apa???
sebab dapat beli salmon dengan harga yang sangat murah!! Murah ke??
Murah lah kalau dapat yang sebesar hampir dua tapak tangan & sepanjang tangan ku ini cuma RM30. Oohhh lupa nak tulis..beli kat kilang TCBoy..ala kilang produk buat sardin & bread spread tu, tuna in mayonaise ker haper tu. Itu lah..kilang tu buat warehouse sale masa hari Sabtu, sekali nampak pulak,,kebetulan last day masa tu, apalagi, nyinggah le kejap..ada pulak jual salmon tu. Tak lepas peluang sebab salmon ni memang mahal..mana dapt sebesar itu dengan harga semurah itu.

Makanya malam ini tadi kita semua makan salmon & pasta!
Ntah apa apa resepi..asal jadi sudah!






Nampak tak lemon tu...sangat kecik nampaknya berbanding ngan ikan tu.


Tadaaaa...ini lah yang ku masak..pasta de'olio + grill salmon cik Ammi style!

Ni Haa BaJu SeMaLaM tu!!





saya rasa baju ni sangat cantik di mata saya, harganya tak sampai rm20..sekarang ku suka lah corak corak gini untuk baju Feesa..ada a few lagi yang coraknya ala ala Ed Hardy punyer design label..cantik!!
Nak pakaikan anak Ed Hardy cam melampau pulak kan...
dapat yang ala ala pun jadiklah!

CoNgRaTS NeGri's!!

hahahahaa..
seribu Tahniah kepad apasukan Negeri Sembilan di atas kemenangan sebagai Juara Piala Malaysia tahun ini.

Ohhh..ahkak benornya tak la menyokong benor..tapi memandangkan suami dunia akhirat ku itu is Negri's, maka ahkak ni termalu malu kucing kena jugak bersorak time bola dah masuk goal tu!Kikikiki..
Paling kelakar bila Feesa asik lah mengulang setiap perkataan yang papa nya komen masa tengok match tu..
Hadoi la...dia pun terjebak!

Tapi..letih la pulak bila telepon cik abang ni asik berdering jer..kalau boleh satu kawan pejabat nak call dia ucap tahniah..hamboi..bukan laki ahkak pun yang main..tapi cik abang sangatlah di ingati oleh kawan2 sebab dia memang bercakap loghat Negri's jer walau dah duduk Shah Alam ni nak 11 tahun! Kuat sungguh jatinya!

Apa apa pun..tahniah sekali lagi..

Hobin Jang Hobin!!


*Ikhlas daripada,
Isteri orang Negeri Sembilan...

Saturday, November 7, 2009

Waaaaa....MeReMBeSS HaKak!!

ala..ala..ala..

malam tadi tengok Oprah Show...

tajuk Oprah Favourite Receipe ker Favourite Food...

dia tunjuk minuman ini..

wawawawa...kalau lah boleh order hantar ke sini..memang la best! Tapi mahal giler shipping cost dia walau antara negeri dalam US tu...



errr...ada ker sesiapa yang punyer kenalan kat New York..

bolehlah kirim..

nak sangat!!

Weh..bukan hat yang dah siap gini tau...dia ada dalam peket untuk kita bancuh kat sini.

Ini resepinya..kotlah jadi sesedap ni kalau kita buat sendiri.

Ingredients:
6 pieces (1/2-ounce) chocolate , a variety of your favorites
2 teaspoons store-bought hot chocolate mix
1 1/2 tablespoons sugar
1 1/2 cups milk
3 cups ice
Whipped cream
Chocolate shavings
Chop the chocolate into small pieces. Place it in the top of a double boiler over simmering water. Stir occasionally until melted. Add the hot chocolate mix and sugar. Stir until completely melted. Remove from heat and slowly add ½ cup of milk until smooth. Cool to room temperature.In a blender, place the remaining cup of milk, the room-temperature chocolate mixture and the ice. Blend on high speed until smooth and the consistency of a frozen daiquiri. Pour into a giant goblet and top with whipped cream and chocolate shavings.

PoNeY CLeaRaNCe SaLe !!

hhahahaha..
konon cakap tak nak pegi kan....
tapi saya pergi jugak...untuk membuat buletin blogspot..
wakakaka...
seperti jangkaan...baju baby boy adalah sangat limited yang discount..
maksud saya yang 50% & 70%
tapi baju gegirl dan bebudak besar adalah sangat banyak pilihan dengan discount yang agak menarik..
tapi bukan Poney jer..brand Renew pun ada..
waaa cecantik tau baju brand Renew ni..sebelum ni saya cuma pernah beli sekali seluar brand ini untuk Feesa which is 70% off..
jadinya..kalau dah puji lelebih tu...saya telah membeli sehelai blouse yang sangat saya suka untuk Feesa..harganya off couse yang less 70%.
errrr...tapi camera takde bateri la nak masuk gambar..nanti ada masa saya upload sini.Feesa punya saiz amatlah jauh berbeza ngan umur dia..
kalau brand REnew yang saya beli tadi..say abeli saiz 11/12..agegegeg!
Kalau Poney saiz 7-9 adalah ketat melekat kat perut dia..
so, memang dah jarang shopping baju Feesa kalau tak bawak dia.

Friday, November 6, 2009

a NeW StRoLLer ??

hhhmmm..... (in thinking mood)

what kind of a car can make me happy! it's a baby stroller car!
wallaaa....my wish list while i'm pregnant dulu ada sebut nak new stroller when my baby turn 6 months, now...he's 7 months old ++ already!
Mula mula...macam dah tak heran nak ber new stroller...
tapi lately..sejak kempen "save my money".....keinginan tu datang meluap luap...
hahah.......ini tentu angkara si syaitan durjana..sajer je kan ko nak cucuk cucuk aku suruh aku berbelanja...dah tau dah siapa ko..dasar setan!! wkakakaakak!!

But now..my new wishlist turn to to be this stroller...

a Quinny Senz...
nak tepek gambor dia takleh save lah..korang nengok kat sin i yer..
http://www.quinny.com/quinny/productdetail.aspx?id=87

sekali tengok tengok kat website ni..ada pulak a new Quinny Zapp - Twine namanya..
the seat material is just like tikar mengkuang..oohh no!!..ada lobang lobang angin..sure berangin gitu!

wakakaka....

ai like Buzz jugak actually..but it seem too big and take space in the car boot..so, i will definately gigit jari with it!

so.....keep up berangan!!

MiNd TeRaPhY vs ShoPPinG TeRaPhy !!

hahahahahha...
really tenson latelaty around the corner...
azam yang sendiri bikin iaitu " no more shopping baju baju comel or whatsoever untuk Umar"..& "increase my saving" make me sick!!!

tapi..tapi..tapi...
dah list kan a few warehouse sale yang wajib/harus pegi..
sebab sale ni cuma 4 bulan sekali...so apalah salahnya (Ohhh..azam, ampunkanlah aku)
satu jer pun..macam banyak, PUreen Warehouse sale..sale yang biasa ku pegi every 4 months. Tak caya, selak la page warehouse ku..no more shopping baju2 I hope!! I hope pulak dah...bukan JANGAN ke???

Pagi tadi selak2 paper..terbaca pulak Poney ada buat sale clearance kat SACC...so it's make me more tergedik2 uncontrolled! Damn it!!
Haruskah ku pejam mata...off course tak lena tidurku...
hhhmmm...takpe..apakata..let me go and just having a relaxing mind teraphy, at least...untuk melenakan tidurku.
Kalau mahal kan..sure tak beli punye..duit bawak RM20 jer..so kita boleh beli Big Apple after the visit.

Pray to save my money!!

Thursday, November 5, 2009

69 !!

Pada tarikh ini...69 tahun yang lalu...ayahku di lahirkan di Taiping, Perak.
Hari ini..Alhamdulillah..ayah masih diberi umur yang panjang untuk melihat dunia & menikmati kehidupan yang sementara ini.
Ayah masih sihat dan boleh memandu kereta..masih berlawak jenaka mengarut ngarut lagi..
masa wish birthday padanya pagi tadi menerusi telephone, ayah tak nak cake..bosan katanya, so hari Sabtu nanti nak bawak ayah ke Kampung Baru, KL untuk makan di Wong Solo, restoren ayam penyet yang di khabarkan sangat sedap masakannya.

Semoga ayah terus sihat & panjang umur...!!

Tuesday, November 3, 2009

FaCeBooK!

hahahahha...
anda ada facebook! ececececeehhh!!
saya pun ada...
kelakar la facebook ni...ia adalah waddah yang telah menemukan saya dengan geng geng lama sewaktu di sekolah dulu.
UUuwaaaaa yang paling malu bila gossip gossip zaman dulu di ungkit balik..lawak pun iye!!

Saya jumpa semula kawan baik masa di sekolah rendah..
dah jadi cikgu dia rupanya...
jumpa jugak konon konon pakwe lama...tapi sebenarnya dia bukan pakwe saya pun..gossip liar!
Satu pakwe gossip sekolah rendah..satu lagi pakwe gossip sekolah menengah. Yang hat sekolah rendah tu dah kerja kat Petronas..hat lagi satu ni..eerrrmmm maleh nak bertanya khabar! eksen gitu!! wakakakkakak..sebabnya masih bujang.Maleh la nak ambik port!

Apapun, saya sangat happy dapat menjalinkan semula ikatan silaturrahim sesama kalian..kawan lama mahupun kawan baru, saya sangat senang dengan anda semua. Harap anda juga berasa senang berkawan dengan saya!

Love all of you!

Monday, November 2, 2009

AlMosT EnD Of The YeAr !!

huhuhuu...
tak sangka sangka kan..masa begitu cepat berlalu...
last year di bulan November..saya sedang mengandung 5 bulan lebih.
Tapi November tahun ini..saya bersama bayi yang di kandung dulu yang sudah pun menginjak umur 7 bulan.
Bulan ini jugak..5hb..harijadi ayah saya yang ke-69...huhuhu, sungguh panjang perjalanan hidup ayah untuk sampai ke umur itu. Adakah saya juga boleh selanjut usia ayah ini?? Wallalhualam!

Pencapaian apakah yang telah saya kecapi untuk tahun ini...???
seingat saya, saya tak pasang azam...cuma azam saya "tidak mahu ada azam" telah tercapai! Apa daa...

Tahun ini jugak....saya dan suami telah berjaya memiliki rumah sendiri secara hutang. Maka kena tingkatkan usaha dan daya selagi ada untuk bekerja lebih keras membayar hutang! adui laaa....ada orang konon cakap, kalau hidup ada saving tapi still berhutang tak guna jugak!
Tapi bagi saya..lainlah kalau kita ni mewaris harta orang tua..maka tak payah bikin ribut ribut nak mentarbiyah orang sedangkan duit tu pun bukan dia yang bikin! hohohohoh...
hutang dan saving adalah dua perkara yang ada pada semua orang...termasuk orang kaya!!
Mendapat uwang dengan cara mewarisi adalah tidak sama dengan cara mendapatkannya sendiri!
Tapi still best jugaklah part yang kalau dapat mewarisi tu! Tipu lah kalau ada yang kata dia tak nak..
kalau tak nak kasik kat aku!! wakakakaa..

Lain lain hal...oohh..semua pun tahu..off course lah ku telah berjaya melahirkan anak yang ke-2 pada bulan Mac yang lalu. Kejayaan lain...
let me recall back..
bye!!

Sunday, November 1, 2009

OOii BuDaK TeCiT!!

Hari ni lunch kat Ani Sup Utara..
ini budak tecit...wawawawa sangat gedik gedik nak capai semua benda atas meja makan. Ini air yang saya pegang...sedaya upaya dia nak minum jugak. Bila di beri..ini yang dia buat, jilat luar gelas!!
hadoi laa...

1st TriAl On KuIh LaPis !!

huuhuhuhuh....

sedih laa.....ini my 1st trial on making kuih lapis. Tapi ada extra sikit kuih lapis ni..ada lapisan pulut di bawah sekali. Ntah apa lah dosanya...tak menjadi lah...lapisan pulut tu melekat. Tapi mungkin jugak sebab dengan perkakasan yang tak lengkap..maklum..loyang pun guna ntah loyang saper kat umah ni....lepas tu kukus guna periuk nasi lama yang ada alat penapis tu.

Hasilnya...



Tapi......patutnya kena tunggu sejuk lebih kurang 4 jam dulu.Si Am ni tak sabar sabar nak rasa..ku pun sama, maka tonggengkan je lah loyang tu.Kuih lapis ni menjadi benornya..yang tak jadi cuma lapisan pulutnya
tu, melekat..mungkin masa masak pulut ni kurang kering kot..tu yang lembap jer!

haaa...hambik ko....tapi habis jugak! maksudnya resepi ni betul..kuih lapis ni sedap! Yang salah pulut..pulut yang salah..salahkan pulut!

Sekarang tgh masak kuih lapis jer..sebab masih ada santan berbaki tadi..tunggulah.jadi ker tak?? kalau tak jadi jugak!! Apa pulak yang tak kena lagi ??

Friday, October 30, 2009

Yeeaaayy !!



Yeeaaayyy..ini lah puding buah buahan yang saya kata nak buat tu..senang jer.Tapi ...macam tak jadi sikit lah...mungkin saya terlebih sukat tepung kastard.Jadinya puding ni macam ter keras sikit. Tak pe, percubaan pertama yang sangat best!



Ini gambar selingan..aksi Umar Zidan di rumah!






BaBy FooD !!

ookkkeeeyyy....

kalau cerita bab bab memberi makanan kepada anak anak ni..

hhhmmm...saya ada cara yang tersendiri...

ini pendekatan yang saya buat dari Feesa start her 1st spoon of solid food lagi!

Feesa hanya di suap nestum untuk 2 bulan pertama

selepas berumur 8 bulan, slowly saya ajarkan dia makan bubur nasi, selama 2 bulan jugak. Sementara itu jugak

anak saya tak di ajar minum Ribena, Vitagen, Glukos atau air kosong sekalipun sewaktu dia berumur bawah 2 tahun. Apalagi kopi, nescafe ataupun teh "O".

Seingat saya, Feesa berselera betul makan bubur dengan sup kosong, kadangkala saya buat sup tofu. Dah besar sikit, dia suka macaroni soup pulak. Feesa memang suka makan sejak baby lagi, walaupun badannya tak lah begitu bam bam sangat! Tapi jangan sekarang, semua yang tengok terkejut.

Kalau sekarang.....minuman kegemaran Feesa ialah Crysyntimum Tea & air sirap.8;)

Tapi sekarang, saya sangat suka belikan Umar makanan instant dalam botol ni.Tapi makanan ni untuk dia makan hujung minggu jer.Cukup 2 botol yang begini, saje buat dia tukar2 selera. Haaaa...yang bawah ni untuk hujung minggu ni, saje nak cubakan dia makan epal. Pagi tadi saya buat sendiri puree keledek manis. Acik Peah kata..dia sangat suka!

Okey....nanti kalau saya rajin, saya cerita lagi cara saya berikan anak makan!

MaSiH PaNjAnG UmUr!!

waaaaa..
dah 2 petang time balik kerja ku mandi air hujan..
tapi yang semalam adalah yang sangat lebat.
Tapi ntah kenapa?? Kami redah jugak..oohhh, kami pergi kerja naik motorsikal kuasa 110cc sahaja yer...maka semalam...ku habis basah lencun tak terkecuali apa dah..panties ker bra ker...tak lepas dah..semua lencun. Konon konon ku telah mencipta sehelai baju hujan express..iaitu dengan memakai plastik hitam sampah yang telah digunting menjadi bentuk baju.

10 mnit pertama..baju itu agak ok lah dalam mengcover kadar air yang mengenai baju..tapi..nak masuk highway jer..hujan adalah sgt lebat! Sampai tak nampak jalan. So berhenti kejap di Shell sebelum toll Batu 3 tu..adalah 20 minit, tapi hujan still tak menunjukkan kadar penurunan.
Kami gamble jer dan terus balik....dalam hati..Tuhan aje yang tahu..masa tu macam nak nangis...teringat kat anak anak di rumah..kalau lah ada sesuatu yang terjadi pada kami.Tak sanggup rasanya anak anak ditinggal begitu...
HHmmmmm..hati sangat sayu masa tu...sesambil berjaga jaga sebab kot lah Che Am terlepas pandang di mana mana.

Alhamdulillah..akhirnya kami sampai di rumah...hujan masih turun. Terus mandi takut demam..dan terus memasak sebab masing2 dah lapar.Ambik Umar dari rumah pengasuh pukul 6.45 dan terus ambik Feesa pulak. Terasa rindu sangat2 pada anak2 lagi lagi kerana masih di panjangkan umur untuk berada dalam nikmatNya!

Thursday, October 29, 2009

SaYa YaNg BoRiNg!!

alahai..bosannya duk dalam office ni sensorang...

yang lain lain masuk lambat pulak hari ni..perut lapar..tapi perangai mals ni tak hilang2 lagi..

mungkin faktor cuaca kot yang membuatkan diri ni rasa malas jer!

Iye lah..kat luar tu..banyak mendung dari teriknya..so yang di dalam ni pun mendung je lah.



Umar Zidan pulak..asik turn bangun awal jer sejak dua menjak ni..pukul 7 dah start pusing sini sana atas katil..haruslah kena bawak turun bawah kan..nanti 'berlentung' pulak kepalanya jatuh katil! Huuuii..mintak mintak di jauhkan! Tapi..tak nak di letakkan sendiri la pulak akalnya..nak berdokong ajer..mama ni pagi pagi nak gosok baju sekolah Feesa..lepas tu baju kerja mama.So harap Umar pahamlah yer! HHmmm..jgn harap lah, dia tetap dengan hal dia!



Malam tadi masak...huii..dalam malas2..kerja memasak tetap lah kan..sebab Am ada di rumah waktu malam minggu ni, so malam tadi telah berjaya masak bening sayur bayam merah + ikan tenggiri goreng.Patutnya ada sambal belacan baru ngam..tapi, jenis orang macam ni..buat sambal belacan pun tak pernah..ker pernah..?? tak kot! selalu mintak mak tolong buatkan.Sebab sambal belacan buatan mak sangatlah sedap!



Malam ni nak masak apa yer..oohhh..boleh lah tumis cendawan bersama???? ntah ada apa dalam fridge tu..& goreng ikan sardin garing2..waaaa! Petang ni jugak..kalau rajin, nak beli bahan bahan buat puding fruit cocktail..resepi telah di curi di sini.
Nampak sedap..rasanya pasti sedap ! Nak cuba!

Wednesday, October 28, 2009

KaSuT MuRaH MuRaH !!

Hasil rembatan kat warehouse sale di Stadium Malawati Shah Alam..as for me..ini jer yang sangat berbaloi..oohh ada lagi..bingkai cermin mata pelbagai jenama macam Gucci, CD, LV & apa apa ntah lagi cuma RM299..waa sgt murah. Merembes ahkak...sayangnya tak bawak duit dan kat mana mana pun tak de duit tu..wawawawawa!!


Kasut Feesa saiz 13C..harga asal RM179

Photobucket

Uwwaaa...mak meroyan..kasut Umar pun dah ada..saiz 5C (sgt cute ookkey!!) Harga asal RM129

kasut kasut ni semua less 70%.Berbaloi baloi!

SeBaB aPa TaU......

tak ada gambar Feesa tiup lilin harijadi...
lagi lagi mama dah belikan dia lilin No.5 sempena harijadi dia yang ke-5..
sebab pertama...kerana mama capture video mood + sibuk sibuk takde pun snap guna photo mode.
sebab ke-2 pulak....lilin No.5 tu by the time nak tiup tiup & nyanyi tu..dia sudah "padam"..sumbunya dah habis ngko!!! Sebab dah pasang awal..bebudak ni nak tunggu kawan lah..lansung "padam"
akhirnya..mama kasi lilin "black out" untuk Feesa tiup...
sian Feesa..tapi dia tetap happy walau apa pun bentuk lilinnya!!
* MOrralnya..jangan light up the candle too early!!!!

Monday, October 26, 2009

HaPPy , SaD & TiReD!!

huhuhuhu....

last weekend adalah weekend ku yang paling mencabar..macam macam peristiwa suka suka, penat lelah sampai la ke duka lara!


Start Jumaat, kami buat celebration kecil kecilan untuk birthday party Feesa yang ke-5.Tak de menjemput sesiapa, kecuali kawan kawan sepermainan Feesa kat depan rumah tu.



Lepas tu..hari Sabtu pulak..malamnya MIL ku datang rumah dengan adik ipar & kak ipar. Makan malam special yang ku masak cumalah menumis sayur boncis! Ooohhh...dengan beberapa kepingan lamb shoulder. Sungguh la haku ni menantu ntah apa apa!

Dan malam tu jugak..MIL dan sanak saudara yang lain tidur di rumah tumpangan kami iaitu di rumah abangku.Rumah dia besar dan tak di huni..so, ku longgok la semua saudara maraku di sana. Kami tidur jugak di sana malam tu. So, menantu orang ni kenalah bangun awal pagi Ahad tu yer..masak breakfast pagi pagi. Goreng mee & goreng karipap!

Ok..siangnya...bawaklah saudara mara tu pegi jalan jalan kat pasar stadium tu..tapi tak lama..dah panas..nak pukul 12.Kekekeke!Lepas tu terus ke rumah kak ipar kat PJ pulak. Kami lunch kat sana jer, MIL pun nak gerak balik ke kampung lepas Asar.

Ku pulak ....tersangatlah penuh dengan bermacam macam agenda, nak ke Sungai Buloh ambik barang, lepas tu nak ke Puncak Alam beli breast pump accessories dan kalau sempat terus nak hantar breast pump tu ke BUkit Kemuning pulak. Giler busy bunyiknya! So, lepas lucng pukul 3 kami blah dari PJ & terus ke Sungai Buloh. Nak di pendekkan cerita...cik abang suamiku tercinta dunia akhirat ni telah buat aksi stuntman untuk bini dia, dengan memberi break kecemasan without warning dulu (off course la kan) kat atas jejantas berhampiran pasaraya The Store kat Sg Buloh tu. Maka kami telah berjaya dunia akhirat daripada men'cium' bontot kereta di depan. OOhhhh ! sangat lega ookkey!! terer laki aku!!!

baru nak tarik napas lega ke happy an...satu dentuman kuat telah membuatkan haku berhenjut ke depan...wawawawa..aksi terlampau ke-3 untuk tahun ini. Ini adalah berita buruk bila ada sebuah 'kereta kebal' mencium pulak bontot kereta kami.

Ooohhhh NO!! not again! dulu..........1st time ku kena kejutan henjutan dalam kereta semasa CNY awal thn lalu.Masa tu masih preggy...la ni...syukur anak anak semua selamat. Umar Zidan sedang elok terlentang dlm dakapan & Feesa pulak tengah tidur kat seat depan dengan pakai seat belt.

Reaksi akak.."alah..aku banyak keje ni" bila la nak siap kalau macam ni?

hhmmm...haku tak oookkk...haku tak eeekkk..sebab selagi muka haku ni tak tersembam di mana mana lokasi..adalah ia tidak menjadi kemarahan aku!

Cuma akak boring laaa.....orang tu takde duit pulak nak bayar kerosakan kereta kami..& di pendekkan cerita..jadi panjang jugak sebab kena buat report kat balai.

repair2 semua claime insurans.

Dah ...malas haku nak taip!

FeeSa BiRtHdaY PaRtY !!

Hari Jumaat yang lalu...iaitu 23/10/2009, genap umur anakku Saidatul Nafeesa 5 tahun.So, kami buat lah jugak celebration party kecil sekecil kecilnya untuk dia.
Biar ada dari tak ada, yang penting asal Feesa happy.
Kek ini ..tempah khas dari http://www.chomelcupcakes.blogspot.com
dan ia adalah highly recomended by me. Semua yang datang & jiran tetangga serta saudara mara yang rasa cakap "sedapnya kek ni". Beli kat mana?? Ada yang cakap Secret Receipe pulak!
Dan ia hanyalah Chocolate Cheese Brownis!

Ini jer pun kawan sepermainan Feesa yang datang!


Hahahaha...konon konon mama dia buat special decoration la ni..boleh la!

Semoga Saidatul Nafeesa panjang umur, di murahkan rezeki dan menjadi anak solehah untuk mama & papa!
~Amin~

LittLe UmAr 7MoNtH oLd!!



Hiii...
Umar Zidan dah 7 month old.
Kebolehan sejak berumur 6 bulan setengah..sudah pandai duduk. Tapi bukanlah bangun & duduk sendiri, kalau kita duduk kan tu dia dah boleh duduk dengan tegap.
Berguling guling serata rumah pun dah pass sangat!
Dia jugak dah start melunjur ke depan dengan penuh semangat walaupun terkial kial.
Makan..apa pun boleh.Tapi masih beri makan nestum sebab nak kenalkan bubur nasi masa umurnya 8 bulan jer nanti.
Makanan orang dewasa adalah di larang sama sekali. Tapi tak tau lah kalau ada jugak dia termakan suapan orang orang yang suka jer suap si Umar ni dengan makanan orang tua.
Ohhh...yang pasti ianya tak akan berlaku di depan mata saya, kerana nescaya saya akan beri mukadimah pemanis mulut yang paling sesuai sekali mengikut peringkat umur supaya mereka faham akan motif saya!
Semoga Umar Zidan sihat sahaja hendaknya!


SoY CoLLaGen !!

Dengan bangganya (malu malu benornya), nak umumkan yang saya sedang consumed Soy Collagen untuk pertama kalinya.

Orang lain dah makan makan & cuba macam2 product.Tapi...saya ni baru nak cuba!

Kusam sangat ker muka ni?? Ntah la...yang penting untuk kepuasan diri sendiri.Tapi yang kelakarnya...pagi tadi dah start minum 1 sachet..tetiba asik nengok muka jer kat side mirror motor..wakakakaka...pas tu cam perasan..'eeehhh, muka aku macam cerah jer"

adoi laa.....laki saya pun naik pitam dengar penjelasan tak tau malu daripada isteri dia!

Lantak lah...asal saya happy! Yaaayyy!

Info di bawah ni saya copy dari Nurbeutyline punye website, saje kasi info ni untuk diri sendiri!

Would you like to have a younger, brighter and even skin?Collagen soy is the answer. This drink is formulated from the combination of Soy and collagen to help solve common skin problems such as facial lines, wrinkle, dull and uneven due to aging, stress, pollution exposure to sunlight and other harmful factors.
This natural formula will restore the firmness of your skin 3 weeks, reducing the signs of aging and premature skin as well as gradually making your skin whiter and smoother.
As a result, your skin will feel and look healthier and brighter. Soy collagen drink is suitable for women of all ages, and it is especially good for expecting mothers.
This product contains 2 main ingredients:
Soy- Acts as a natural essence that makes your skin whiter and smoother. It also helps to reduce the cholesterol level and body temperature, while providing the energy needed by our body.
Collagen is a natural substance that extracts liquid from our body and provides structure to a different organs. Collagen plays an important role in making our skin looks healthier, younger, smoother and even. However, due to factors like the aging process, the natural production of collagen in our body decreases over time. With collagen supplied in this product, facial lines and wrinkles will diminish to reveal a healthier skin. A regular and consistent consumption following recommended dosage will give you a youthful look with a healthier and younger skin. Altogether, it helps to prevent the formation of new lines and wrinkles.

Friday, October 23, 2009

BiRthDaY GiRL !!

Ini kisah malam tadi, Feesa sibuk tolong mama siapkan goodies untuk kawan kawan sekolahnya. Excited dia...malah, terlebih suda.!





Sepah sepahkan semua yang di beli di atas lantai..kemudian baru masukkan ke dalam plastic bag yang sangat comel itu!



Tadaa...model aksi terlampau di malam harijadi di samping goody bag!


Thursday, October 22, 2009

To LeT Go !!

yang ni..nak jual cooler bag(beg yang kecik tu) dengan 4 biji botol (new)

RM100


Used Medela Swing & New accessories RM450 (2 times installment accept)
Cuma guna 3 bulan lebih, still in good condition.
~ SOLD ~

Used Combi Stroller but without the shopping basket.
Can be use from newborn to toddler.
RM140

Bio AuRa WaTer FiLtEr !!

haaallooo....
adalah dengan ini..ingin saya war war kan...
saya ada menjual Water Filter Bio Aura seperti yang di iklankan di TV3..
tapi...
saya jual murah sikit sebab dah tolak duit bonus!
Malah..kaedah installment tanpa faedah juga di sediakan.
Tiada cagaran...!!
Just calling calling!!
* Ana Suzana..meh ler beli kat haku ni kalau nak ler lagi...tak payah mintak kat umah jiran mu si Azizah Ariffin tu..aekekekeke!*

Wednesday, October 21, 2009

BaLiK KaMpUnG !!


hi...

just nak share kisah kami balik kampung last week..

mula2 ke open office Am kat Shah Alam, lepas tu terus bergerak secara konvoi ke Kampung Peladang, Batu Kikir Negeri Sembilan.

Tengok pengantin....kawan Am



Haa..ni dok berkumpul depan umah pengantin tu..nak cukupkan korumn..ada pulak yang terlepas simpang!
Nampak tak Umar Zidan menunduk jer..sebab pakai topi!!

Mula mula macam kaget..siapalah yang parking kereta sampai depan pelamin tu..gila batak!!
Rupanya, si pengantin lelaki ni adalah geng kereta berhias hias ni..so buat macam show lah kat depan tu..ada lagi 2-3 bijik..tapi hat ni yang ter cute! Paling kelakor jugak bunyik honk nya..lagu "Mary had a little Lamb" .


Eceh!! dengan mulut penuh pun nak posing jugak!
Bini saper lah ni??


Yang ni masa kat kampung...inilah kawan kawan Am yang datang rumah kampung kami, sessi makan makan yang tak sudah sudah!
Haaa...ini gambar masa kami dah nak balik Shah Alam, Nafeesa & Umar dengan sepupu kat kampung..Amsyar!

Popular Posts