Saturday, April 11, 2009

PhoTo 22nD MaRch!!









Semua photo ni di snap pada 22/3/2009 (masa birthday ku yang lalu)!
Enjoy the pic!!














NaK BaLiK daH !!

hhhmmmm....
setelah 6 hari 5 malam berpantang di rumah emak, hari ni kami akan pulang semula ke rumah menjalani kehidupan seperti biasa. I really miss my bed so much!
walaupun bilik tidurku tak secantik bilik tidur di hotel, tapi...rasa selesa & aman sekali kalau beradu di bilik tidur sendiri.
Tapi lepas ni..boleh ker ku menghandle baby Umar & kakaknya masa ketiadaan Am??? Harap harap Feesa memberikan kerjasama yang baik, sebab sejak kebelakangan ni dia macam susah sangat nak di minta tolong. Ada aje alasan & a bit ngade ngade!! Rasa nak "toing" jer kapala dia!!
Oh ya! By next week tempoh berpantang kami (me & Umar) dah nak masuk minggu yang ke-3. So, got another 3 more weeks to go!
Akan datang akan masukkan gambar Umar yang terkini. So, orang lain boleh perasan sama ada muka Umar ada perbezaan atau tidak?
Adios!!

Thursday, April 9, 2009

AfTer 15 dAyS!!

haaalloooo....
hari ni dah 15 hari ku berpantang...so masih ada lagi 29 hari lagi to go!!
arrrghhh!! tension nya...rasa nak pegi berjalan jalan tu dah mula terbit..sebab badan dah rasa sihat. Ini lah yang susahnya nak tahan sabar...hhmmmm...sabar 1000 kali!

Malam tadi Umar tidor & baik sekali..tak nangis & boleh terlelap sendiri lepas menyusu..
Malam sebelumnya..dia berjaga dari 2.30 pagi sampai ke azan subuh, bila dia dah jemu terjaga..mulalah buat suara nyaring mintak di alih. Adakah sebab saya makan ayam bakar secubit buat dia tak tidor malam?? heeiiii..anak anakku kalau dalam tempoh berpantang ni..tak bolehlah mamanya makan lain sikit..mula aje tak boleh lelap mata.
Oleh kerana itu..sampai ke hari ini saya tak makan lagi jamu NRPhytonatal tu..hhuhuuh..nampaknya hari ke-20 lah baru saya berani cuba.

OOhhhh..jangan di lupa..hasrat nak fully breast feed anak saya dalam proses untuk berjaya..saya dah simpan EBM frozen dalam 50 oz jumlahnya.
Setiap hari saya cuma dapat simpan dalam 4 ke 5 oz..saya harap cukup stock untuk minum anak saya nanti di rumah penjaga & tak putus stock.InsyaAllah!

Jumpa di post akan datang!!

Monday, April 6, 2009

My TiNy LittLe BoY !!



Ini 2nd photo fresh from the womb!

Ini gambar masa kat wad...after an hour!

After 5 days!

Heheheh..muka ni macam budak dah besar...rambut macam nak siap pegi sekolah jer.

Nama : Umar Zidan bin Hamdan

Tarikh Lahir : 25/3/2009

Waktu : 7.01 malam

Berat : 2.5kg

Panjang : 46cm

* Anakku Umar Zidan, semoga menjadi anak yang soleh & bijaksana*
~Amin!! ~

Halloooooo!!

Hai...
lama tak update...saya telah selamat melahirkan bayi lelaki (2nd child) pada 25/3/2009 pada jam 7.01 malam di PUSRAWI Kota Damansara. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar dan kami semakin beransur sihat & semakin boleh melakukan kerja kerja ringan untuk diri sendiri.

Ada banyak yang nak diceritakan...gambar pun banyak yang nak ditunjukkan..tapi mana ntah peginya wyre cabel memory card nih?? Nanti kalau jumpa saya uploadkan gambar UMAR ZIDAN.

Minggu ni saya berpantang di rumah emak...selama ni di rumah sendiri di bantu emak & Am..hari ni Am dah mula bekerja...shift petang balik malam pukul 11 lebih gitu...so, saya tak nak nanti kalau AM balik lambat buat Umar menangis malam..sangat tension!!

Sampai jumpa di post akan datang!!

Tuesday, March 24, 2009

I'm StiLL HeRe !!

hahahahah...
hari ini...saya masih di sini dan boleh menghadap PC untuk melayari internet seperti biasa. Maksudnya tak lagi menggendong baby seperti yang di harapkan.
Sejak malam tadi dah tiada tanda tanda contraction, cuma sikit sikit sekitar early evening..lepas tu malam saya di penuhi dengan tidur yang agak menyenangkan.
uuwwaaa...tapi malam tadi rumah saya di sembur dengan agent vektor..katanya banyak kes Denggi berbahaya sejak kebelakangan ini..rasanya baru 2 minggu lepas mereka sembur rumah saya. Yang meletihkan sebab lepas kena sembur tu..kenalah kita mop lantai rumah semula..sebab ada rasa lekit daripada semburan tu.waaaaaa...letih siot!! Selamat tak beranak pulak malam tadi...
Si Feesa pulak malam tadi tidur dalam kelaparan..bila tunggu papanya tak balik balik..dia pun tertidur...tapi pukul 4 pagi dia terjaga & mintak makan..selamat papanya ada beli pesanan saya semalam (bubur nasi)..so pepagi tadi saya suapkan Feesa makan bubur nasik pukul 4 pagi!
Pagi ni pulak hujan dari pukul 7 ... Feesa macam biasa bangun lambat nak pukul 8, & ke sekolah hampir pukul 8.15. Tak pe lah bebudak lagi..tapi jangan jadikan amalan tak suka menepati masa!
Ok lah...kalau saya masih sihat akan saya update perkembangan terbaru sebelum saat saat nak melahirkan..Adios!!

Monday, March 23, 2009

ConTrAcTioN KaH iTu??

hhhmmmmm....(a bit confused)

sejak pagi ni terasa mild contraction at the lower body part....tapi tak lah selalu sangat, dalam 2-3 kali dalam 1 jam. Saya fikir kalau cepat mungkin dalam 1-2 hari lagi, lagi pun my EDD lagi 13 hari daripada tarikh hari ini.
Nampak gayanya saya harus dah bersedia nak ke labour room (sedia mental & fizikal) sebab mungkin bila bila masa sahaja.
Apa lagi yang tak buat di rumah yer...???
Ohhh!! baby cot belum pasang lagi..kalau tak kerah robot di rumah sure tak beres lagi nak membina baby cot tu! Kelambu baby jugak belum pasang...my Medela Swing (Breast Pump) jugak belum sampai (mungkin esok). Barang dapur tak stock up lagi..biasalah nak tunggu gaji...
hmmmmm kalau baby boleh tunggu sampai semua ni selesai..alangkah bagusnya!
Sebab biasanya memang semua bebanan gini terpikul kat bahu sendiri, maklumlah..ginilah kita kalau dah jadi isteri & ibu. Tak puas hati kalau tak bereskan sendiri!

Apa apa pun..kalau senyap jer blog ni dalam beberapa ketika...maksudnya saya dah selamat.Tunggu aje lah perkhabaran ...Doakan saya!!

Sunday, March 22, 2009

My BirThdaY !!

hhhmmm....today is my birthday!!
tapi jugak jadi hari yang paling bosan & penuh tak bermakna...adakah sebab usia dah semakin meningkat??
Nothing to share with....adios!!

Friday, March 20, 2009

SuKa BottLe BaBy !!

hahahahaha...
untuk baby ke-2 ni..ku cadang cadang akan fully breast feed memandangkan dah ramai kawan kawan & kenalan yang buat macam ni. Teruja sangat!! Tengok stok susu yang diaorang simpan boleh beri baby minum sampai 3 bulan...waaaaa..melimpah limpah pulak tu!
Oleh itu...untuk menyimpan stok susu ku kelak..ku dah prepare beli bottle untuk storage & untuk feeding baby. Sebab kalau nak hantar baby kat rumah baby sitter nanti kan dia kena minum dari feeding bottle, so kena lah ajar jugak.
Dan yang terbaru...a few bottle ni kirim dengan somebody yang nak ke UK, kat sini mahal beb!! dapat lah jugak jimat 20-30 hengget!! Suka gituk!!



Thursday, March 19, 2009

Me @ 37wKs CheCk Up !!

hahahahaha.....
okkkeyyyy...petang semalam hari yang sangat panas! Saya sampai ke PUSRAWI dalam pukul 5.30 untuk routine check up mingguan. Pukul 6.20 macam tu baru dapat masuk jumpa Dr.
Setelah di scan...Dr cakap baby sihat sihat sahaja & tentang air ketuban yang kurang tu Dr cakap memang lumrah sebab dah dekat waktu untuk melahirkan..iye ker?? ntah lah, tapi sebab kan baby dah start lebih aktif sedikit berbanding last week tu...I hope everything should be ok!
So, berat saya semalam...58kg daripada 55.5kg (last checked up).
Next check up will be on 25/3/09..tapi tak tau lah sempat lagi ker nak check up bagai..ntah ntah dah selamat. Doakan saya!!

Wednesday, March 18, 2009

MEDELA MiNi E BrEaSt PumP !!


haaalllooooo.... ku nak let go Medela Mini E Breast Pump (New in Box) dengan harga pasaran yang sangat murah!

Kalau ada sesiapa yang berminat tu bolehlah beritahu yer!!

INFO :

Mini ElectricTM
Our Best-Seller and Award-Winner
The smallest electric handheld pump on the market
The Mini Electric offers optimal comfort for expressing breastmilk at home or on the go. Ideal for short-term and occasional use.
Easy to assemble, use and clean
Gentle and efficient expression
Full range adjustable vacuum
Bottle made of polypropylene, the safest plastic for storing breastmilk
Electric or battery-powered (mains adapter included)
Winner of various awards, e.g. "
mumsnet best"Mini ElectricTM
Our Best-Seller and Award-Winner
The smallest electric handheld pump on the market
The Mini Electric offers optimal comfort for expressing breastmilk at home or on the go. Ideal for short-term and occasional use.
Easy to assemble, use and clean
Gentle and efficient expression
Full range adjustable vacuum
Bottle made of polypropylene, the safest plastic for storing breastmilk
Electric or battery-powered (mains adapter included)
Winner of various awards, e.g. "
mumsnet best"

Tuesday, March 17, 2009

AlMoSt CoMpLeTe !!


hhhmmmm.....

rasanya semua barangan & keperluan baby baru dah lengkap...

cuma 2 item ni jer..

1) Avent Sealing Disc (nak storage EBM)

2) Medela Swing (BP) yang ini tunggu end of this month kot baru dapat giliran.

yang lain lain semua dah complete....termasuklah stok diapers sampai baby umur 1 tahun kot..akekekekek!! banyak tu...asal murah jer ku rembat, hasilnya nak setinggi ceiling rumah.

Ala..bukan basi pun kalau simpan...agak agak baby dah tak muat tu let go aje lah yang belum guna!
haaa...bantal ni pun dah beli 2 bulan lepas kot...tunggu masa nak guna jer. Dapat murah, beli dari sorang forumer dengan harga RM50..dia tak gunakan & memang masih baru sesangat.

Esok adalah hari untuk check up di PUSRAWI, mintak mintak semuanya okkey belaka. Tapi memang sekarang baby dah less movement, sebab waktunya semakin hampir.

Esok ku update report check up ya!! Daaa!!



Monday, March 16, 2009

UpiN & IpiN !!


Malam minggu yang lalu..seperti yang dah di janjikan dulu..kami bawak Feesa tengok Upin & Ipin kat Jusco Bukit Raja! Tengok tayangan pukul 9.20malam..waaahhh!! ingatkan dah tak ramai, rupanya hampir penuh jugak panggung.

OOhh!! cerita ni sangat best, rasanya Am lagi teruja tengok Upin & Ipin ni berbanding Feesa yang sibuk nak tengok orang kat belakang (heeiii, aku pun tak paham kenapa?) Tapi kali ni sebelum pergi kami tak cerita pun kat Feesa nak pergi tengok movie, so ala ala suprise la kan!!

Keluar panggung pukul 11 malam, hujan la pulak kat luar rupanya! Tak de lah kemana mana sebab dah malam benor, kami terus balik rumah & ZZZzzzzzz!!

BaBy CaR SeAt !!


haaaa....

satu lagi baby gear untuk melengkapkan package baby baru ni ialah baby car seat!

Baby carrier ni akan guna dalam kereta sebab nanti kalau nak hantar Feesa ke sekolah adik akan ikut sekali, kalau letak aje baby kat seat kereta bahaya!!

Friday, March 13, 2009

LuPa NaK UpDaTe !!

Masa checked up yang lepas...
berat baby (estimated) 2.7kg @ 36wks2d
berat Mi jadi 55.5kg dari 58kg (last checkup)

Thursday, March 12, 2009

I wIsH ThAt .......

hahahaha..saje jer...
harap harap dapat bersalin pada 23HB MAC 2009.
Poyo jer!!

Wednesday, March 11, 2009

Me @ 36wKs ChECk Up !!

hhhmmmm...
semalam Mi pergi check up di Hospital Bersalin Pusrawi, Kota Damansara dengan Dr Zarina Bebe...oohhh..beliau seperti orang Pakistan gitu & agak berumur..mungkin dalam 50++ nak ke 60 mungkin. Dalam hati masa mula2 nampak..mak aiiii tuanya makcik ni...boleh ker nak bidan kan saya nanti! Tapi dalam hati lain cakap..doktor ni tentunya banyak pengalaman.
Semasa di scan baby semalam...doktor cakap air ketuban sudah kurang...kurang berapa peratus?? Dia cakap kurang banyak!! Kalau emergency akan di C-sect!! uuwwaaaa...cuaknya dengar perkataan c-sect yang tak pernah bermain dalm fikiran saya. So, semalam jugak doktor buat CTG (untuk dengar degupan jantung baby)..lama gak lah saya baring dalam satu bilik tu..di pasang alat CTG di perut sesambil mendengar degupan jantung baby yang agak laju..bacaan >140bpm. Menurut doktor bacaan yang begini menunjukkan baby masih ok & aktif ..maksudnya tak lemah. Kalau kurang mungkin itu kebarangkalian saya harus di c-sect atau di induce segera.
uuuwwwaaaa!! (again) kalau boleh saya nak pain labour yang biasa...seperti melahirkan Feesa dulu..tak perlu di paksa, biar turun tanda baru pegi hospital. memandangkan doktor kata baby dah cukup matang, kalau tiada masalah yang sangat serius saya boleh jer malahirkan baby dalam jangka masa 2 minggu lagi (paling afdal).
Tapi buat masa sekarang ni..baby dah less movement..bila malam waktu saya tidur baby pun tidur sama, tak macam dulu. Kalau malam ada waktunya dia akan bergerak gerak. Tapi Alhamdulillah siang siang ok, cuma tak begitu lasak seperti 3 hari yang lepas. Mungkin ruang dah sempit kat dalam tu...
Apa apa pun saya harap saya dapat bersalin dengan cara yang normal tanpa ada sebarang masalah yang serius. Doakan saya!!

Tuesday, March 10, 2009

CeNdOL LeMaN DaWi !!




On the way nak balik ke Shah Alam, kami lalu jalan Rembau - Seremban, so mak buyung ni terhegeh hegeh nak sangat rasa cendol Leman Dawi yang famous kat Seremban tu...(kan itu hari masuk Majalah 3).

kami sampai pukul 2.30 petang..sekali....cendol dah habis!! uuwwwaaaa!!!


apa yang kami dapat..dapat dengar si Leman Dawi tu berceloteh tanpa henti...

bingit telingaku dengan perut losong tak dapat rasa keenakkan cendol Leman Dawi. kami tapau je air barli yang dia kasi free kat semua orang.


Huhuhuhu!! tak dok rezeki mak buyung kali ni..lain kali lah kot!

SaTaY KaJaNg !!

Hari Sabtu akhirnya kampung menjadi destinasi percutian kami di hujung minggu, tapi sebelum balik kampung tu macam macam lokasi kami dah terjah..mula mula ke SACC Mall..jalan jalan cuci mata..kemudian ke Puchong pulak..MYDEAR Warehouse sale tapi tak dapat beli apa yang ku carik. Akhirnya destinasi nak mengisi perut pulak sampai ke Kajang, makan satay Hj Samuri.
hhhhhmmmm...nampaknya lepas ni tak apa lah lagi yang nak ku idamkan..semua pun dah rasa.




Thursday, March 5, 2009

FeeSa Got A LeSSon !!

semalam.....
badan rasa macam tak berapa nak okkey sebab hati sedikit keciwa...
Feesa pulak ngade ngade bila disuruh bangun tidur..golek golek & terus hanyut..
ku apalaggi..kasik dia last warned.."kalau tak nak bangun tak payah pegi sekolah".."tidur ajelah nak ooiii"..
sambil ku turun dari bilik & sambung balik tidurku di depan TV.
Akhirnya pukul 8 pagi baru terdengar anak dara tu melalak dari bilik atas..."mama...papa...Feesa takde kawan" (apa ker halnya pulak nak berkawan pepagi ni)..
haaaa, padan muka...ku buat derk jer & suruh dia turun sendiri dari atas..
sampai bawah ku buat tak layan..maka makin kuatlah dia melalak, akhirnya diam sendiri bila ku peluk sikit (kuat betul vaksin haku yer)..
& ku terangkan kat dia.."kalau mama dah kejut tu tolong celik bijik mata yer..mama tak kuasa nak panggil Feesa 2-3-4-5 kali...letih tau!!"
So, pagi tadi...2 kali panggil jer terus berdiri atas katil...waaaa... Magic siot!!
hahahahaha.....baru kau tau siapa mama kau!!

35wKs ++ CheCk Up !!

haallloooooooo...
semalam tak masuk opis sebab lepas check up terasa berat betul kaki nak menekan pedal minyak untuk ke opis!.so, end up balik rumah & relax relax sahaja.
Semalam jugak buat 1st time nya pegi check up sendirian berhad tanpa di temani Am (merajuk punye pasal)...
Dr Hajar tu sugguh degil sebab tak mau scan perut ku...nak jimat ker haper tak tau lah...
dia cuma gunakan apa tu..doppler...(yang alat dengar degupan jantung baby) je. Sekali boleh pulak tak dengar, doktor ni buat muka confius la pulak..."ssshhh, takde pun" katanya. So, ku pun adalah rasa sedikit suspen tapi tak lah sangat sebab sebelum masuk bilik doktor tu baby memang ada gerak gerak.
So, nak tak nak doktor tu terpaksalah scan jugak...nampak lah kepala baby yang dah kat bawah tu. Nampaklah jugak degupan jantungnya...dengan bacaan 120bpm..ok kot..dulu pernah guna doppler last check up bacaan 145bpm..nervous kot!! akekekekek..
Tapi yang ku terkejut tu..nampak tangan dia...punyalah besar ker haper lah..takkan besor sangat..!!
tunggu je lah..sikit lagi nak keluar dah...
kalau cepat lagi 3 minggu..kalau ikut EDD lagi 4 ke 5 minggu!!
Doakan saya!!

Monday, March 2, 2009

BaRu JuMpa Pic FeeSa !!







Ini gambar masa Feesa 1st day @ school...sangat cool okkey!!




Nak PeGi MaNa Ye ??

hhhmmmmm....
cuti hujung minggu ni tak tau nak kemana lagi..hari tu cadang nak ke PD dah tak jadi...
tukar kepada cadangan nak balik umah MIL pulak..
tapi tak jadi jugak sebab MIL nak buat kenduri time cuti sekolah nanti, so kami akan balik waktu tu aje lah! Tapi ..ku tak tau lagi nak balik ke tak??? sebab sekarang ni pun macam tak selesa nak duduk lama lama dalam kereta lagi lagi long journey!
Dah dekat bersalin gamaknya...iye lah, by the time nak balik kampung tu nanti dah almost 38 wks...
mau terberanak dalam kereta nak balik kampung punya pasal...ohhhh tidak!!
Feesa bolehlah ikut papa balik kampung berdua yer..
biar mama holiday & relaxing myself kat rumah time tu...!! huhuhuhu...sekali nak terberanak pulak time tu sensorang kat umah...hhmmm,
hambik ko!!
Aloh...serba tak kena di buatnya!!

Saturday, February 28, 2009

1st TrIaL @ EbAy IntErNaTioNaL !!



wawawawa.....
saya semakin pandai bershopping thru internet, semakin pandai jugak menghabiskan duit tanpa ke shopping mall.
Apa nak jadi daaa....
Ini hasil 1st trial membeli thru Ebay International, mula mula takut tak sampai...tapi setelah 8 hari dalam perjalanan pos, 2 baju ni sampai ke tangan dengan selamatnya.
Lagi best sebab ianya sangat murah!!
Yang 2nd piecce tu khas untuk breast feeding nanti.
Macam ni bolehlah dok seraching barang lain lagi.

FeeSa WoRLd !!

Ini photo malam tadi...kami berdua keboringan sambil Feesa dah semakin pandai & mengenal ABC rupanya.


Ini jugak aksi Feesa dengan baju barunya, nak pakai bila balik kampung nanti..btw, langsir kat belakang tu pun baru tau.Beli masa JCard Day..cuma RM19.95..kalau mahal sure tak beli.

Memang saje beli dress ni yang besar & panjang..size pun 5-6 tahun.

Thursday, February 26, 2009

AmMi @ Jcard Day MV!!

hahahahaha...
semalam kami berdua menghabiskan kudrat & wang ringgit di Jcard Day @ Mid Valley!
saje saje nak release tension...al konon!!
beli lah sikit barang baby..yang pasti baju baju dah tak jenguk dah..
kali ni beli baju Feesa jer sebab semua outfit dia dah ketat ketat belaka. Poney ada discount up to 70% during the happy hour yang tak menghappykan ku..(dah sakit kaki)
tapi nak tak nak...5 jam jugak kami kat sana..
lunch at Teppanyaki (relax kejap) sesambil menghela nafas...
hahahahaha....nanti malam atau petang upload gambar baju baru Feesa....suka dia walau tak dapat ikut..
tapi macam nak merajuk jugak sebab tau mama & papa shopping tak bawak dia!!







Monday, February 23, 2009

MaLaS PaRt I !!

hhmmmmm.....
sejak hari tu rajin rajin memasak...dah tiba masanya ku rasa nak berehat lebih panjang sebelum kelahiran baby baru.
For sure nanti ku harus berikan lebih komitmen terhadap baby baru, baby lama & bapak baby!! How about my self??? hhhmmmm..., kalau orang lain tak ambik kisah....so ini lah masanya ku nak habiskan masa memanjakan diri..sebab lepas ni sure tidur malamku tak seempuk paling kurang untuk tempoh 2 tahun lagi. aaarggghh!! kesian aku!!
Hajat nak bercuti ke PD tak kesampaian sebab tak dapat booked hotel through BVC! malas nak buat kerja booking membooking ni...kami plan balik kampung jer sebelum ku get ready untuk bersalin. Nak buat apa eeekkk kat kampung??? tak tau lah...baring baring & tidur2 jer lah....al maklum nak memanjakan diri!!
Semalam..seharian menggoreng char kue tiaw..baru belajar & tak sangka menjadi ala ala kat kedai punye!! So, lepas ni tak payah pegi kedai semata mata nak makan char kue tiaw, sebab dah pandai cuma kena tunggu rajin ke tak!
hahahaha....
ini baru cerita malas part One...akan datang....tunggu!!



Tuesday, February 17, 2009

PaDDle PoP CakE!!

hahahahaha..
petang tadi cakap nak buat marble kek kan...
so balik dari office lepas pegi makan kat restoren nasi kandar...
ku pegi kedai membeli barangan nak buat kek...
so, ini lah hasilnya..walaupun colournya sungguh colurful....ala ala ice cream paddle pop gitu.
Rasanya...ok sangat!! (cheh..puji diri sendiri) tapi rasanya still kena buat 2-3 kali lagi, baru perfect! Tapi rasanya oven mak dah usang...sebab api bawah tak panas. So kena bakar lama sampai yang atas jadi hitam berkerak..tapi still sedap jugak lah!!
Pelik tetapi benar!!

Ini tangan yang dah kena perwarna.

Ini haaa...coraknya



Gini jadinya....dah siap kena ngap separuh.


Ini chef assistant yang banyak "membantu".





Monday, February 16, 2009

It'S PiZZa TiMe !!

hahahahaha....
daripada hari tu asiklah teringin nak buat pizza sendiri (eynda punya pasal)
so...semalam dengan rasminya dah beli semua bahan bahan nak buat pizza..this is my first trial at all.....
huhuhuhu...(macam tak best jer!!)
Ku buat doh dengan membeli tepung yang dah siap adunan untuk pizza kat kedai jual barang barang bakery ni..(Seksyen 13)..so tinggal campur air je lah..
sos pasta, capsicum & mozarella cheese. Nampak macam senang....
Masa nak buat...my chef assistant Cik Feesa masuk sekali tangan dia dalam mangkuk adunan dengan harapan dia menjadi anak yang solehah kerana membantu ibunya di dapur!! arrrgghhh!! tensen okkkey!!
Kemudian rehatkan doh supaya dia gemuk sedikit...lepas tu barulah canaikan...
dah canai & letak all those topping tu kami bakarlah untk 20 minit...
Tinggg!!!! oven berbunyi tanda dah masak...
sekali tengok...dohnya masih tak masak....tambah lagi 10 minit...
Tinggg!! jenguk lagi...pun tak masak jugak doh pizza ni....apalagi tambah lagi 10 minit....
waaaaa..tensinya....ku rasanya something wrng lah dengan doh buatan ku + Feesa ni...
apa salah ku eeekkkkk??? Feesa kena condemn..."ini semua tak jadi sebab Feesa sibuk sangat'!!
Kakakakakaka...haku lah ibu yang nak menang sajer!!!
Next time try lagi lah!!

WeeKend YanG RelAX !!

huhuhuu....
dah lama rasanya tak ke shopping mall....
sejak keluar falsafah cara kehidupan baru yang kami pilih & cuba terapkan...
dalam bulan ni memang jarang ke mall..tapi jadi asiklah ke Hypermarket....
so..., di rumah kerjaku asiklah mencuci pakaian, menyidai & melipat..kemudia memasak...
sampai sakit tumit kaki!!
Hari Sabtu ...duduk di rumah dengan Cik Feesa dari pagi sampai petang..bila Am balik kerja pukul 8 malam..haaa, apalagi, tak boleh dah di tahan tahan terus ajak pi Carrefour kat Jalan Kapar nun..jauhnya!! (rasanya asik pegi Careefour je)..tak lah membeli sangat.., just beli diapers yang harga promo tu. Lepas tu kami makan kat satu restoran ni..kat Batu Belah..
Style makan kat restoran ni best sangat..dia orang buat macam serambi rumah kampung & makan style bersila...
Feesa punyalah semangat..teringat dia kat kampung halaman papanya...tapi ku ni yang malas ...iye lah dah sarat sarat ni nak makan bersila ..heeiiii tak masuk perut nasik tu..letih mak nak ooii!! apa lagi ku duduk selunjur kaki jer lah..
Sayangnya tak bawak camera sebab adikku pinjam pi Langkawi...HP pulak memang style yang tak attach camera punya. akekekeke!!
Ok chow !!

Friday, February 13, 2009

ShOrT VaCaTiOn !!


hahahahaha...

kenapa terasa sangat nak bersantai santai di tepi pantai & lepak lepak dalam bilik hotel.


Terasa sangat relax sekali....oleh itu saya sedang berusaha booked hotel di PD untuk short vacation pada 7-9 March nanti..itu pun kalau dapat!! Kalau tak..cuti 3 hari tu mesti kena balik kampung Am. Pilihan yang tak berapa nak best sebab nanti hanya akan duduk duduk sampai kebas punggung!! aarrrghhhh!!

Tapi okey jugak sebab last sekali balik kampung Am akhir bulan 12 hari tu....mesti Feesa dah rindu dengan Pak Su nya.


Tunggu !!!

Wednesday, February 11, 2009

32wKs cHeCk Up!!

haaallllllllllloooooo.....,
semalam ke klinik untuk monthly check up...dah 32 wks rupanya..
tapi semalam, doktor tak scan pulak sebab lepas ni akan buat check up lagi another 3 weeks.
Ikut tali tape doktor...dia ukur perutku ni kecik..makanya anakku nanti bersaiz "S" je gamaknya...jangan harap nak dapat anak super "boom boom".
Tapi elok jugak...tak payah nak teran susah susah kot... macam Feesa dulu cuma 2.55kg jer masa lahir. La..ni dah 19.6kg...a bit "boom boom" sampai ada hati nak kuruskan badan katanya!! hehehehehe...
so beratku semalam naik 1.5kg = total 56.5kg...total weight gained 7.5kg @ 8 months old pregnancy!
Sekarang jugak tengah belajar minum susu tepung at least segelas sehari..sebenarnya untuk ibu mengandung, keperluannya adalah 3 gelas sehari. Tapi jadilah kan..dari tak ada...
Cadangnya pada minggu ke - 37 nanti nak pegi buat 1st check up kat Pusrawi, Kota Damansara untuk booked tempat bersalin sekali. eerrr...ku nak bersalin kat situ jer ker??? eeeiii.., macam tak rasa nak bersalin la pulak...hhhmmm, pegi aje lah..maleh dah nak pikir..kalau tak bersalin jer kat mana mana. Boleh ker??

Sunday, February 8, 2009

GaMbAr - GaMbAr YanG LaLu !!




Hahahahaha...ini lah kek biskut batik yang ku buat!




Ini gambar masa kat wedding Puan Amyza.


Yang ni...masa pi breakfast kat Pak Li Kopitiam

Ini gambar semalam..kami ke Carrefour Subang Jaya, Feesa sibuk nak tengok Lion Dance tu..kebetulan ada, bila lion tu keluar...

Cepat - cepat ajak papa balik!! Tatut....




Lepas tu kami lunch kat Pizza Hut Subang Parade



Yang ini pulak ada sepupu datang rumah dinner sekali..dia bawakkan J.CO untuk kami ngap!!





Wednesday, February 4, 2009

TaG *CuTe AwArd* !!

Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
~ http://luvubig.blogspot.com/ from this awek!!

* Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

Fakta atau hobi ye :
1) Sangat malas bercakap/merapu atau membebel..tapi suka bercerita.
2) Saya tak suka haiwan peliharaan walaupun kat rumah mak sampai sekarang ada kucing.
3) Saya sangat gila main PC game The Sim simulator (sampai kena banned)
4) Saya sangat suka belikan baju cantik kepada anak saya, tapi bukan baju untuk diri sendiri.
5) Sangat jarang bershopping untuk diri sendiri (kenapalah yer?? untung laki den!!)
6) Suka pergi makan makan di restoran yang orang recommend best
7) Saya suka membaca segala macam buku buku tetapi bukan buku hiburan
8) Sangat suka berangan...kalau saya ada tabung amanah RM5 juta (sewel kan??)
9) Saya paling tak suka dengar orang merungut & membebel..nanti saya jadi marah!!
10) Saya sangat sayang suami & anak saya...tapi kadang kadang saya sangat geram dengan peel mereka. Rasa nak tinggalkan kejap!! huhuhu..
Tag ini saya tak tau nak bagi siapa..saya pun saje jer nak tulis fakta / hobi saya. Biar orang tau..
Selalunya pun malas nak layan tag orang..saya sangat malas seperti di no.1 okkey!!
Saya hanya akan buat sesuatu yang saya suka saja. Suka suka hati aku jer!! akekekekek

Tuesday, February 3, 2009

ApA LaGi ???

hhmmm..minggu ni dah masuk minggu yang 31 kehamilanku.
So, tinggal beberapa saje saki baki kelengkapan yang masih belum tercukup untuk diri sendiri & baby..
antaranya...
1) Set jamu - pilihan ku.., beberapa jenis produk Nona Roguy (bukan yang set bersalin tu)
2) Baby Carrier - akan cari bila sale MyDear 26hb ini
3) Baby Cloth Detergent
4) Baby toiletteries (syampoo, lotion & baby wipes)
5) Drawer plastik bertingkat
rasanya ini sahaja...yang lain lain tak de kecuali gatal gatal nak beli..(harus dijauhi)
Lepas ni bolehlah pikir pasal nak bersalin di mana???

Monday, February 2, 2009

SeLaMat PeNgAnTiN BarU !!

haaa....
SElamat Pengantin Baru kepada Puan Amyza & En Mohd Remy..
semalam kami ke majlis perkahwinan mereka di Seksyen 17, Shah Alam.
Amy ni kawan lama masa sekolah rendah & menengah..
actually kami taklah rapat sangat..tapi sejak dah habis sekolah ni..selalu jugak contact kawan kawan lama ...tu yang jumpa balik...
oh yerr!! walaupun berlainan kelas..tapi ku ni jenis ramai kawan..hampir semua kelas pun kawan kawanku jugak..cuma rapat & tak sahaja..
gambar ada..tapi card reader tak ado di sini..nanti saja ku upload gambarnya!!
SEMOGA BERBAHAGIA SELALU!!

SaNgAt RaJiN !!

waaahhhh!!
hujung minggu yang lalu....saya sangatlah rajin melayan makan minum keluarga (suami & anak).
Teruja dengan kawan kawan lain yang tak bekerja..dapat sediakan makan minum suami & anak dengan berbagai bagai menu. Sangat jeles ookey!!
Nampak Enyda buat pizza pun teringin..bahan dah beli tapi tak complete lagi..nampak SIS DAR baking kek marble (yummy!!) ..apakan daya ku cuma mampu buat kek batik yang simpan dalam fridge tu (sebab takde oven..huhuhu)
My Feesa suka sangat makan lauk masak lemak, so lunch on Saturday ku masakkan lauk sayur masak lemak untuk dia, makan 2 kali tambah setiap sessi..selalunya dia akan lunch 2 sessi yer!! Sangat hebat bukan??..
Breakfast on Sunday pulak..pagi pagi ku dah bangun goreng cekodok ikan bilis...lunch tak masak sebab pergi kenduri kahwin, tapi dah petang dalam pukul 6 macam tu masak mee kari pulak.
haaaa....tak selalu tau ku macam ni. I wish to be always like this! Cooking cooking...eating eating dengan apa yang ku masak..Walla!!
Rasanya kalau ada kitchen cabinet yang marvelous..ku jadi an extra rajin kot!!
I wish my dream come true!!

Popular Posts