Friday, November 29, 2013

White Gold Ring - Cincin Emas putih sadur semula

Assalammualaikum semua...
okeh, entry ni sambungan daripada entry sebelum ni pasal cincin emas sadur semula..
aku dah ambik cincin yang telah disadur semula tu semalam..
resultnya sangat mempersonakan...riangnya hati dapat cincin macam baru keluar kedai permata ngko..
berkilat2 batu2nya..mereka polish batu2 tu semua dan ia buat cincin lama nampak baru!


It's cost me RM55 only. muahahaha..mula2 tanya Habib mereka kata cost nya RM100, ooii mahal...so pegi balik kedai yang aku tempah cincin ni, dan itulah harga yang aku bayar.
berkilat2 bintang batu delima aku tu...

Tak tau la apasal....aku ni asik tertarik dengan cincin jer, tgh mood gitu kan nak kata apa..tak dapat yang baru..yang lama kita kasik polish la.

ok, salam Jumaat semua.

Rawatan Laser Muka - Kali ke 5

Assalamualaikum semua..
Ramai yang tanya saya pasal rawatan ni dan semua nak tahu keputusannya..
Untuk masalah kecil saya yang cuma ada banyak jerawat dan parut ni rasanya dah 90% settle
Doktor jugak cakap progress muka saya sangat bagus..mungkin faktor usia (ahaks)
Tapi my emak angkat yang buat laser treatment kat sini untuk pudarkan jeragat nampak result secepat selepas rawatan pertama.
Dia happy betul...kalau tak dia bermasalah di bahagian kulit tulang pipi tu...gelap berjeragat...after 1 treatment nampak kesan tu dah pudar, dalam masa sebulan memang ketara perubahannya.Alhamdulillah.

Masalah baru saya sekarang adalah untuk maintain momentum menjaga ,membelai kulit muka ni..
al mak malas la kadang2..hasilnya...facial cleanser dah habis pun buat donno jer...hehehe
so semalam doktor suggest produk facial wash baru untuk saya yang akan control oily tu.
Yang ini product description tapi bukan dari saya ye..dari website :

Obagi Foaming Gel combines a blend of herbs, natural cleansers and Aloe Vera to create this gentle formula. It frees your skin of pollutants and excess oils without damaging the skins own natural moisture content. It leaves even oily skin clean and touchably soft.

Dan bila saya serach kat amazon US, product ini mendapat 5 starts daripada 149 users review.


Obagi Foaming Gel

Walaupun harganya mahal (I mean it)..ada orang cakap yang mahal tak semestinya baik..tapi kalau tak cuba kita tak tahu kan..saya pun berbelah bagi nak membayar harga untuk pencuci muka ni..tapi sebab boleh guna sampai at least more than 6 months..me pejam mata je la..gosok je siang malam tau2 habis.kihkihkih!
Hopefully it goes well with my skin..tiba2 cakap omputih...
iyelah (cakap melayu balik) betapa saya sangat menghargai situasi kulit muka saya sekarang..jauh bezanya daripada apa yang saya alami dulu, saya bukan nak cantik...saya tak boleh nak dapat kulit semulus Nora Danish sebab bapak saya bukan nama Danish (eeehhh tetiba)..
tapi sekurang-kurangnya saya mempunyai kulit muka tahap terbaik yang saya pernah ada (kecuali kulit saya di zaman bayi-jgn bandingkan) Alhamdulillah.

Next appointment - 27/12 saya akan buat CO2 fractional...
till then, tunggu next entry

Wednesday, November 27, 2013

Belanja Keperluan Sekolah - Tips Vol.II

Tips untuk beg sekolah :
Jangan beli yang beroda kerana beg itu sangatlah berat tanpa buku
Roda cepat rosak
harga pun mahal
kalau anak dapat kelas bawah boleh la dipertimbangkan..kalau kelas atas baiklah jangan.

Tip beli baju sekolah :
Brand canggih kualiti kain sangat bagus....me beli Canggih sebelum ni tapi sakit hati jugak sebab anak me lasak yang amat habis bajunya kotor cam kain lap lantai.
kain jenis tahan lasak dan tahan untuk setahun,
kalau nak less bajet,boleh beli 2 pasang canggih, 2 pasang brand biasa.

Tips Beli Stationery:
Stationery elok beli in bulk
beli di Mydin murah dan banyak..
Untuk budak tak perlu beli yang mahal sebab jangka hayat adalah less than 3 months..
kalau pencil mungkin seminggu 2 batang 
pencil kaler kalau anak dah besar boleh lah beli Faber Castell (mahal) atau Luna...dengan harapan ianya tahan at least 6 bulan pertama.
Tapi kalau masuk darjah 1..beli yang murah2 saja dan beli pada belian bundle kat Mydin, murah sket.
sebab sebulan sekali akan hilang semua yang dalam kotak

Tips Simpan Stationery:
Sediakan tupperware 4 segi yang biasa tu..
kegunaannya untuk kumpul semua pencil2 dan pencil warna yang bakal mereka sepahkan di sana sini..kutip dan simpan dalam bekas..insya Allah ianya sangat berguna nanti.

Beli shaperner yang letak atas meja tu...kalau anak nak tajamkan pencil kita buatkan seminggu sekali..
kalau belikan mereka sharperner dan bawak ke sekolah, mereka akan tajamkan pencil sampai kontot!

Belanja Keperluan Sekolah - Tips

Salam semua,
every year bila sekolah start cuti akhir tahun, saya dah berkira2 untuk beli keperluan sekolah anak (seorang,perempuan naik darjah 4 2014)
So nak kongsi beberapa tips untuk kawan2 dan kita berkongsi idea mana2 yang boleh menjimatkan belanja permulaan naik kelas awal tahun yang saya rasa setiap tahun lebih kurang RM700.

Baju sekolah :
Baju kurung 5 helai (tempah atau beli siap dan alter)
Kain kurung : 2 helai kebangsaan,3 helai agama (tempah)
Tudung 4@5 helai
Baju sukan sepasang
Kasut 3 pasang
Beg - 1
BUku sekolah kebangsaan - rm30-35
BUku sekolah agama - RM20-35
Yuran sekolah agama - RM168
Alat tulis - pencil case, pencil pemadam & so on
Pembalut buku teks x 6 roll wajib
Stokin - 5 pasang 

Tips :
Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak bila diberus
Jangan beli jenama barbie ka BEn10 ka...cepat rosak
Saya beli BATA Spark atau Pallas

Kalau beli bag...elok beli SWAN..walau pun mahal dalam RM69.90 ke atas..
boleh pakai sampai thn depan, dah terbukti..setiap tahun memang beli swan.so jimat beli 1 bag sahaja setahun.

Tunggu artikel bajet saya lagi selepas ini.

Thursday, November 21, 2013

Jalan-Jalan Guna Duit

Okeh...
musim cuti sekolah..aku memang takde rancangan nak bawak anak berjalan..
tapi bila tgk muka bosan masing2 yang bangun tidor jer mesti kat Seksyen 17 jugak..kesian sangat!
Okey, aku dah listdown tempat2 kunjungan sekitar KL/Selangor ni yang jadi tumpuan pada cuti sekolah.
Dan....
Semuanya berbayar

Aku tulis harga ni untuk semua kami di bawah
1 Family aku = Aku, Am,Feesa, Umar & Hamzah

Kidzania = RM225
icity waterpark = RM115
Sunway Lagoon = RM275 (2A2C)
Zoo Negara = RM80
Petrosains = RM30 (2A2C)

Aku rasa.....semua aku tak nak.
Aku takde mood la weh nak pegi jalan2 ..kerja ni..kalau aku cuti nanti lepas cuti aku jadik lagi stress.Sengalnya laaaaaaa....

Berkelah tak pakai duit banyak sangat dan pengalamannya pun best...
tapi musim2 hujan tak banyak masa untuk buat aktiviti luar..
aku cadang nak ke Pangkor...tapi mcm leceh sangat nak sewa kereta dan naik feri bagai, kurang2 2 malam baru relax sikit
Nak pegi PD pantainya tak best sungguh...
Kalau ke Fraser Hill hujan2 begini .... pun apalah aktiviti nak dibuat ye tak..memerap lepas tu perut lapor takde dapur nak masak2.

Balik kampung pun best jugak..sebelum sampai kampung kita singgah air sungai kat Kuala Pilah tu..aku pun lupa namanya apa daaa...

Korang pegi mana noks??

Wednesday, November 20, 2013

Koyok Cap Katak - Ubat Bisul

Assalamualaikum semua..
since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya,
ramai yang berkunjung untuk mengetahui apakah ubat yang boleh mengurangkan bengkak bisul.

Masa saya tulis entry tersebut,
mula-mula saya letak kapur makan di sekeliling kawasan bisul itu supaya "mata" bisul cepat keluar..
selagi "mata" bisul tak keluar..rasa sakit tak akan berkurang..akan rasa berdenyut2 sebab bisul tu membengkak dan sakit.
Umar alami bisul yang amat besar pada masa tersebut, benjolannya hampir sebesar sebiji buah rambai.
Kemudian saya tampalkan dengan koyok cap katak..
koyok ini boleh didapati di kedai sinsei cina, belilah 2,3 keping.

Cara nak guna :
Mula-mula bukak pembungkus koyok, koyok  ni ada ubat kaler coklat, ubat tu mcm pejal sikit,
lepas tu korang tepek la koyok tu (yg bahagian putih) kat badan cerek panas atau seterika kasik ubat tu lembut sikit, kemudian bolehlah tepek di tempat bisul. Jangan pulak tepek time panas2..kot lah panas sangat ker kan...agak2 lah suhunya.

Lepas sehari boleh buka dan tukar koyok yang baru, Insya Allah dalam masa 2-3 hari bisul tu dah mengecut, jadi kita tinggal jaga luka bisul tu cuci,keringkan dan tampal plaster.

Selamat mencuba....
btw Umar tak pernah kena bisul lagi ditempat yang sama atau di tempat lain.Alhamdulillah.

Burger Bakar Itu Tidak Sedap

ooohhhh mai..
malam tadi pertama kali aku pegi melayan tekak aku bawak anak makan burger bakar yang femes la sangat tu...
lokasi Seksyen 7 Shah Alam, so orang2 sini sure dah tau burger bakar yang mana aku tuju.
Aku order sejenis burger daging bersama cheese di atasnya 1
burger kambing 1, set meatball 1 dan air gas 3 total RM37.10
Bila sampai jer burger yang di pesan mata aku tertancap pada satu objek seakan-akan udang goreng tempura dalam burger tu...
mak aaaiiii hebat nooooo..dalam burger ada "udang tempura".
nak ngap sekali semua memang tak luas nak nganga mulut aku ni...
maka aku keluarkanlah "udang tempura" tu dulu...
maka terbukalah rahsia "udang tempura" aku itu sebenarnya ialah cendawan goreng tepung!
Aaaiiiiyyoooo...dalam burger ada cendawan goreng tepung..berminyak pulak tu...
hhhmmmmmm.......no turning back!

Tuesday, November 19, 2013

White Gold Harus disadur semula ???

Hello all...
aku pun tak tau yang barangan white gold boleh luntur..
antara pelajaran yang aku baru tau..
mereka kata jangan pakai barang white gold sebelah dengan barang yellow gold, sebab barang white gold akan terkikis.
Yang terbukti..memang cincin white gold aku terluntur bahagian bawah ring tu..
lagi pun memang dah lama aku tak pakai cincin ni.
Bila jenguk2 bahagian bawahnya dah warna cam kuning2 emas pudar..
so aku bawak lah kat kedai tempat aku tempah tu untuk polish aku kata..
rupanya tak boleh di polish yer puan-puan..
ianya perlu disadur semula.
Kos aku menyadur semula di kedai emas Melayu Kelantan di PKNS cuma RM50 dan tambah berlian ciplak kecik2 tu sebijik (dah tanggal) kos RM5.
Tapi itu cuma kos kasar (awal)...kos akhir tak dapat ditentukan lagi.
Tunggu hasil dan kos sebenar 2 minggu lagi.




Monday, November 18, 2013

Pre-Order Dibuka Lagi - Corelle & Friends

Jom join pre-order Corelle ETA Feb 2014
Cuma deposit RM100-150 dan bakinya boleh ansuran selama 3 kali

Cambridge Silversmiths Sienna Mirror 65-Piece Flatware Set with 5-Piece Hostess Set

  • Set includes:
    • 12 salad forks
    • 12 dinner forks
    • 12 dinner knives
    • 12 dinner spoons
    • 12 teaspoons
  • Service for 12
  • Material content: 18/0 stainless steel
  • Dishwasher safe
  • Never needs polishing

Harga kami menarik dan tertarik, berbaloi dengan jumlah dan kualiti barang. Email cepat2cepat, tarikh tutup sebelum 1/12/2013, deposit cuma rm150

Cambridge Silversmiths Swirl Sand 89-Piece Flatware Set with 5-Piece Hostess Set

  • Set includes:
    • 24 salad forks
    • 24 teaspoons
    • 12 dinner forks
    • 12 dinner knives
    • 12 dinner spoons
    • 1 serving spoon
    • 1 slotted serving spoon
    • 1 cold meat fork
    • 1 sugar shell
    • 1 butter knife
  • Service for 12
  • Material content: 18/0 stainless steel
  • Dishwasher safe
  • Never needs polishing

Lagi menarik..lagi banyak jumlahnya...harga pun tak banyak beza, syarat dan waktu sampainya sama..depositnya juga sama RM150 sahaja.

Jom...jangan lambat2 nanti tertinggal kapal, nak beli cash takut nak guna duit ke lain..so boleh bayar ansuran grab ler dulu.

Thursday, November 14, 2013

Cincin Berlian itu .....

Okeh ...
malam tadi aku dengan jaket biru, tshirt kembang merah, seluar pallazo pepel dan selipar jamban biru (rainbow sangat!)pegi Plaza Masalam Seksyen 9 sebab nak tengok apa ke halnya cik Tab aku sebuah ni?
Dah seminggu bila charge ajer tak penuh2 batterynya..kejap nyala kejap padam..
semalam lansung tak boleh recharge terus...
maka senyap sunyi wall FB aku...kikikiki!
Setelah di godek-godek...masalah datang dari wire charger aku yang dah terputus kot urat dalamannya...maka beli wire yang baru yang cost me RM35 sahaja...ingatkan nak kena tukar battery baru...tanya kedai Samseng tu...mula2 cakap seratus lebey..tanya betul2 jadi 200 lebey pulak..tapi kalau nak bagus lagi 300 lebey katanya. PPuuuiiihhh la...nak sebat duit haku terus pelbagai harga keluar...hampeh nyer orang!

Okeh...misi selesai...
tapi misi tak diundang ialah..
menjeling kedai omeh...
apalah penyakit aku ni?? tenat betul dah aku rasa...
vengkrap macam ni...
mula2 try rantai tangan...sib baik bawak anak2 tak cukup umur..melompat sana sini aku suruh SA tu simpan dulu..nanti2 akak datang lagi kata aku ... kalau tak ?? takkan nak beli lagi...laki aku tak terkata...
kang kalau termengata aku suruh dia bayau! Takut kan....so dok diam2 katanya...hahahaha!

Ingatkan habis sampai di situ saja..
aku jeling pulak promosi diamond...dia tulis besor RM699...murah tak noks???


Setiap satu yer..bukan satu set di atas..kalau semua di atas aku rembat dah..tapi sure bukan berlian asli.
Aku suka cincin maka aku pun try ler cincin dia...hamboi manis betul kat jari aku ni...malangnya takde saiz daaaa...yang paling kecik saiz 12, tapi..tapi ..tapi...budak SA tu cakap kalau nak dia boleh tolong carikkan.
OOoooohhhh baiknya hati kau bab2 nak menggoda aku beli kan...
Laki aku tak berapa suka berlian ni sebab no 2nd value..tapi aku punya konsep adalah...
ada 1 sudah memadai...lagi pun murah..harga asal ialah RM1500...tapi cam tak syok jer beli cincin berlian sendiri...lebih afdhal dan bermakna kalau dibelikan laki kan..kan..kan..

Tak boleh..tak boleh...
laki aku dah bayorkan rantai yang beli itu hari...
lepas tu anak nak masuk sekolah next year..banyak belanja...
hhhhmmmmmmm.....tebus duit corelle la gamknya...
jom Corelle....ETA Februari 2014, ansuran sehingga 4 kali.
Email saya amminafeesa@yahoo.com atau sms 018-5704633
Demi mencapai target cincin berlian aku...
jom ramai2..


Wednesday, November 13, 2013

Tahniah Anak Anak Cemerlang Akademik

Cerita akhir tahun apalagi mak bapak ni kan..
semua dok update status anak cemerlang akedemik...
ada yang dok naik pentas tetiap hujung tahun..TAHNIAH belaka!
Anak aku...
kalau naik pentas tu ajaib benor aku rasa...
sebab apa??
Sebab dia adalah seorang kanak kanak perempuan yang malas belajar..
aku rasa selalunya budak lelaki jer yang malas belajar...
tapi anak perempuan aku tergolong pulak dalam kategori tu.
Malas dia sampai aku rasa nak seret2 dia pegi buat kerja sekolah, sampai aku nak punggah semua isi beg sekolah dia suruh susun buku, nak bawak kasut sekolah depan muka dia suruh dia berus,
awal tahun dia masih boleh susun buku ikut jadual...
dah tgh tahun dia bantai bawak semua buku dalam beg dan tak payah tgk jadual lagi..
lagi malas kalau esok ada Pendidikan Seni..sekolah tengah hari...
balik sekolah agama pukul 11 pagi dia pulun bapak dia carik barang untuk seni tu..
hangin jer bapak dia! Selamat aku keja...hehe! Kalau tak...lunyai dia.

Aku dah tak kuasa nak pulun2 dia tetiap hari ,tetiap minggu , tetiap bulan..
dah memang dia gitu...
malas sebab badan dia berat kot...aku bajet la....
Tapi satu hal yang aku perasan nak marah pun tak jadi ....
dia boleh kata excel gak dalam pelajaran dan kelas,
tahun ni ada 2 subjek dia dapat 100%, periksa pulak nombor 9 dalam kelas..
maka takde sebab aku nak bebel lebih2..
paling2 aku bebel sebab matematik dapat 68%..haruslah kan..memang subjek yang paling dia lemah!

Cumanya aku tak nak dia pikir "aku pandai"
tak payah belajar pun bukannya "aku corot"
hheeeiiii...kalau ginilah minda ko Pica ooii...aku tak tau la apa nak jadi ko ni esok besor.
Now nak cuti memang aku bebel2 kan sebab nanti dia akan meleser baring ajer depan tibi...
geram!!

Monday, November 11, 2013

Bukan waktu Untuk bersantai di kala ini ...

sebab aku dijangka akan mengalami beban kerja yang tinggi during this month hingga ke end of the year.
Meeting,meeting yang tiada kesudahannya sehingga awal tahun hadapan..
maklum opis aku nak bukak branch baru yang jauh pulak tu...
kat Penang je pun..tapi disebabkan semua tenaga kerja / kuli bataknya ada kat BJ ni, maka yang kat sini ler yang bertungkus lumus buat kerja kat tempat jauh di mata tu.
Lepas dari Penang...tungkus lumus lagi sebab branch KLIA2 pulak nak menyusul..damn!
Macam lah aku sibuk sangat..
ooohhh secretary okeh..haruslah!

anak-anak...
musim cuti sekolah ni manalah mak nak hangkutkan korang yer..sian nenek atuk kita tu...penat nanti melayan kamu-kamu yang ramai, berpuak2 dan suka bergusti tu.
Marilah meng agenda kan sebuah percutian pendek lagi bantut untuk mereka.
Pilih-pilih tarikh....
Middle Disember ada cuti birthday Sultan Selangor,lepas tu cuti krismas tapi dah nak bukak sekolah pulak.

nanti  ler mak pikir...
alahai nak bikin bajet sekolah untuk Feesa next year pulak.
Nanti mak reveal kat sini okeh..chow!

Friday, November 8, 2013

Eehhhh Dah Jumaat!

assalamualaikum...
salam Jumaat semua..
berdebor-debor la rasa hati hari ni...
petang ni ada meeting pasal company ni nak bukak branch kat Penang Airport,
aku takut aku kena kerja kat sana kejap...
sedey mak..tapi ramai jer yang bujang2 kat sini, eloklah hantar anak2 ikan aku dulu yer..mak ikan menyusul kemudian atau tak perlu pun takpe aku rasa..eheh!

Jumaat lepas aku pegi Hospital Sungai Buloh, nak merujuk kes benjolan kecil di leher aku tu
setelah 6 minggu sempel di ambil dari benjolan leher aku tu.
Keputusannya adalah -ve daripada penyakit berbahaya >>> mereka tak cakap tapi kebarangkaliannya kalau ada simptom begitu ialah KANSER!
Alhamdulillah...
Am adalah orang yang paling gembira dan berdebor-debor cam nak terjun kapal terbang gitu...
aku tau la dia sayang sangat kat bini dia ni..over you bang!
Semua suami pun sama cam tu kot.....untung lah badan kata orang lain!
Gembira sangat hati aku, lagi gembira hati laki aku..dia macam suspek macam2 perkara yang dia tak terjangka mungkin kalau kami di landa ujian yang mungkin tak berapa kuat untuk di tanggung.
Alhamdulillah, walau tidak di uji dengan penyakit, mungkin Allah menguji aku dengan kesenangan..adakah aku akan terus mengingatiNya jika diberi peluang bersenang lenang sentiasa...???
Masya Allah..semoga aku terus menerus menundukkan diriku kepadaMu Ya Allah!

Hasil ujian tu doktor mengesahkan cuma terdapat virus jangkitan biasa pada sampel yang di ambil..dan benjolan tu pun dan hilang benornya sejak 4-5 minggu yang lalu.
Tapi doktor pesan, kalau ada kesakitan atau benjolan lagi boleh datang semula.
Legaaaaaa mendengar, lapang lagi hati ini.

Lepas keluar hospital tu kami terus menuju ke kereta, nak balik cepat-cepat, dah la bawak budak 2 oarng tu...lagi lama kat situ lagi memacam peel mereka keluar.

Ok lah...itu jer nak type..nak buat ingatan untuk aku..yg leher aku pernah benjol kecil, kena ambik darah, sampel dan tunggu keputusan ujian di hospital kerajaan untuk pertama kalinya.
Perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan Hospital Sungai Buloh Department SOPD adalah 5 bintang.
Terima kasih semua!

Wednesday, November 6, 2013

Zakat Emas - Kalau Tak Tahu

Zakat Emas & Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Dalil Wajib Zakat:

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
Surah At-Taubah: (34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:
  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

Aku copypaste daripada website Lembaga Zakat Selangor, sekadar peringatan dan penuhkan ilmu di dada.

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...
okeh..semalam hari yang sangat menyenangkan aku..
walaupun anak-anak lelaki buat kucar kacir dan onar di rumah...
banyak lagi perkara lain yang harus aku gembirakan ....
Semalam ialah ulangtahun kelahiran ayahku tersayang ke 73 tahun...syukur Alhamdulillah ayah masih sihat dan ceria. Kami tak buat apa2 just buat makan-makan adik beradik kat rumah mak...
aku yang paling malas kali ni just masak kari telur dgn lempeng tepung.
GIler pemalas aku ni...hahahah

Semalam jugak mak kampung pulang dari menunaikan ibadat haji...
Alhamdulillah beliau sihat dan pulang dengan cerianya.
Cuma aku tak dapat berjumpa lagi sebab beliau terus balik kampung sejurus pulang...
Mr Am dan adiknya hantar ke kampung malam tadi..
so aku anak beranak tinggal ler kat rumah...takde cuti laaa...
budak2 ni aku suruh ikut bapak dia org balik kampung semua nangis2 tak nak.
Semua tanya...mama nak pegi mana?
Mama nak pegi keje ler...dia org cam tak boleh berenggang ngan aku..
pada mereka aku mesti turut serta ke mana-mana sahaja acara keluarga kecuali aku pergi kerja.
ialah balik kampung tu kira cam acara keluarga la jugak kan.hahaha

dah la apalagi nak cerita...
kang cerita aku beli rantai omeh org bilang aku banyak duit...
tapi memang aku beli pun...hahahaha, tapi duit tak banyak mana pun..sama jer. Beli yang ringan2 sudah la


Cincin tu aku beli sempena ikatan aku dan BFF aku yang lagi 2 orang, ooohhh aku dikurniakan ramai BFF yang sanggup susah senang bersama, Thank you Allah.
Kami beli semua corak yang sama, berat jer yang berbeza..benci betul...kalau tiap kali beli barang kena turn aku jer semua yang paling mahal.
Aku punya cincin paling berat....maka aku ler yang bayor lebih...dasar!
Yang rantai tu beli saja2...eehhh aku ngidam nak rantai gitu...dah masuk kedai kan..rembat jer lah sekali.
Pompuan betul aku nih..nak ber omeh2 cm anak mami pulak..
tak ler..aku benornya menyimpan ler sesikit..takde duit ada jugak yang ku gadai nanti.
Plan aku adalah...meng gazetkan setiap belian barang kemas aku untuk setiap anak, maka mereka bakal....bakal yer tak janji so tak pasti...akan terima set lengkap barang kemas serba satu setiap seorang untuk kegunaan masa depan.
Apa nak buat...nak simpan harta banyak2 kat anak ni kadang tak berbaloi...
tapi at least aku dah allocate la sedikit untuk bekalan mereka masa hadapan..mana tau nak kawin takdak cukup duit ka...
nak belajar tak cukup belanja ker....tetiba dilanda musibah ker...perkara2 begini memang selau aku beringat..beringat sebelum kena...then kalau dah kena (minta2 dijauhkan) at least kita ringan sikit menghadapinya.
Insya Allah.

Salam Maal Hijrah...
berhijrah supaya lebih baik di pandangan Allah.



Popular Posts