Thursday, January 31, 2013

BakEd ChessY Omelette

aku masak ni malam tadi..
yg sebenarnya makanan ni sesuai untuk sarapan pagi..dah tak menahan nak buat..aku bantai jer.
Dalam dia hirisan sosej dan bawang kuning yg sudah di tumis.
Pecah telur 4-5 biji dan perasakan curah then dalam casserole, sebelum tu dah letak la sosej & bawang tumis tadi.
Kemudian letak hirisan tomato dan tabur cheddar atau mozarella.
Bakar 25minit.
siap sedia untuk di makan.

BaLik KamPuNg Jua AkhIrNya ....

 hello all..
lama menyepi...banyak hal buat aku termalas nak update blog.Last weekend kami balik kampung setelah hampir 5 bulan tak balik semenjak hari raya Aidilfitri yg lepas..semua sebab bapak budak2 ni punye hal plus nenek+atok bebudak ni selalu benor dtg Shah Alam...so kami jumpa kat Shah Alam je lah.
Tapi bila lama tak balik..rasa rindu nak balik tu memang ada....si Umar sangat excited sampai dia yang bersiap paling awal dan duduk standby dalam kereta tunggu berlepas (cam naik kapalterbang la pulak).
Last weekend kan cuti..so jalan agak sesak plus cuaca sekarang agak panas berdenting gak.
Untuk menyedapkan badan yg panas..aku suggest bawak budak2 ni mandi kat Sungai Ulu Bendol...hampir 10 thn aku kawin..ini kali pertama aku bawak anak2 mandi sedangkan ini memang laluan kami balik ke kampung setiap kali...Am cuma pernah bawak aku lalu tengok dalam tu pun cuma sekali jer...kalau aku tak ajak dia pun tak teringin nak bawak anak2..sian anakku!






 Sessi sebelum sampai kampung..hahahah benornya OTW nak balik Shah Alam pun kami singgah lagi..kesian anak2..dah lama benor aku tak bawak jalan2, cuti sekolah 6 minggu hujung thn pun kami tak ke mana so ambiklah peluang ni.

Ini pulak gambar sessi sebelum pulang ke Shah Alam, bagi aku tempat ni best jugak sebab tak ramai orang, bersih pun iye jugak.Cuma kami ni mandi kejap ler benor..sessi pertama 30 minit, sessi ke-2 panjang sikit 50minit.Hahahaha...budak Hamzah & Umar baru pertama kali celup kaki dalam sungai..sangat kasihan!
Tapi dia orang happy sangat! See...the happiness of children is priceless...plus you don't need money!


Ok..next time misi balik kampung adalah tidak ada lagi dalam agenda..mungkin cuti sekolah mid year..InsyaAllah.

Monday, January 21, 2013

PRE-ORDER Corelle ETA end April!!

Dibuka sekarang sehingga 15 Februari
sila buat pilihan anda yang mana satu design yg berkenan di hati
deposit serendah RM100/set dan ansuran sehingga 4 kali
jgn lupa klik LIKE! di page Corelle & Friends kami untuk corak pilihan yang lebih banyak.

Offer untuk TFal ada juga...kuantiti terhad...jom buat pilihan sekarang!


Wednesday, January 9, 2013

My NeW SkIn CaRe !!

Hello....
start tahun baru ni aku berazam nak jaga kulit muka aku yang dah usang menjelang mid 30's ni. Seriously aku bukan seorang yg kisah hal-hal penampilan muka aku ni, hari-hari muka aku plain jer, takde bedak, gincu apalagi nak berkrim bagai. Cara aku senang jer, cuma cuci dengan pencuci muka masa mandi dan selesai kerja aku membelai muka....lagi satu tipsnya..aku maleh tengok cermin, jadi aku tak perasan dah muka aku ni dah rupa buruh binaan buat bangunan aku rasa..berkeladak kaedahnya.

So azam aku telah mengakibatkan duit aku habes beli skin care baru...kalau tak sesuai memang aku sagat jer muka aku ngan kertas pasir kasik licin.
So Ahad lepas aku pegi kedai The Body Shop n shopping mopping macamkan free.






 Ini range yang aku beli, tapi memandangkan kulit aku ni jenis combination, kadang kering cam nenek2, tetiba kan berminyak cam nak goreng ayam...mulalah aku pun beli campur2..dengan muka yang tak cukup vitamin ni, aku beli lah set pencuci muka, toner & moisture day cream dari range Vit E.









Bila part night cream pulak aku guna seaweed extract, aku suka kesannya yang tak berminyak, waterbase gitu, bangun pagi takdelah muka aku keluar minyak dagu bagai, lembut jer.




Seaweed night intensive care



Lagi satu yang aku paling suka ialah scrub vit C ni, memang habis di tebasnya semua blackhead & whitehead kat muka aku ni, lepas pakai lembut giler muka jadinya, effectnya cam ko pegi buat facial gitu.Hadoi..ker aku jer yg tak pernah rasa sebab selalu cuci muka biasa2 jer?? Kesian kan...duit dah habis beratus ni jangan aku angan2 taik ayam jer.
Vit c scrub






So far dah masuk hari yang ke-4 aku pakai semua ni kecuali scrub aku pakai 2 hari sekali, nanti pakai hari2 mau nipis kulit muka aku.Dah la boleh tahan mahal gak scrub tu.
Ok, kalau korang nak beli, beli dari online lagi murah, all skincare dapat -10%off.

Korang masuk sini The Body Shop

TaHuN BaRu 2013!

Salam tahun baru...anak debab aku masuk darjah 3 tahun ni.Semoga dia makin slim aku harap....saiz baju dah saiz budak tingkatan 2 pakai, jenuh aku bawak pegi memotong kat tukang jahit Mak Jemah, kain pun sama, saiz 28...apa maknanya tu?? Maknanya saiz perut dia 28 inci..aku pun kalah..mak pakai levi's saiz 27 jer tau..heheheheh!

Jurujual atau orang-orang yang terserempak ngan Feesa with aku mak dia ni selalu dok ingat aku ni kakak dia yang tak cukup zat makanan..tapi kalau tengok Feesa with papanya..semua cakap anak bapak ni. Memang anak bapak poonn!!



Kasut sekolah dia, aku pun boleh sarung sekali, saiz 4 ngko..haih la anak..cepat lah ko selim, sebab takde saiz baju yg cute2 dah untuk mak belikan..yg tak cute pun semua slim cutting, takkan nak beli baju nenek-nenek pulak.
Semoga Feesa jadi anak yang solehah mak dah puas hati tak kisah lah gemok ker debab ker..lagi satu yang penting...mesti sihat!

Popular Posts