Wednesday, November 30, 2011

DiA BuAt HaL LaGi !!!

ooh yer...
lama dah tak tunjuk gambar dak montel ni..
time cuti ni..makin montel ler dia..
tapi dah 2 malam mak tak masak dinner..alasan >>> supaya si montel ni tak bertambah montel!
baju sekolah aku rasa dah beli sampai saiz budak darjah 6 sedangkan tinggi baru cam budak darjah 3..so bajunya dah sampai bawah lutut..so tak fashionable lansung!!
Maka nanti aku nak suruh mak kampung aku potong baju & tangan baju tu kelak bior la sepadan sikit dipakai.





haaaaa...rambut dia dah panjang..boleh di ikat..lebat & tebal pulak tu.Kalah rambut mak yang cam serkap2 jarang ni.Macam nak kena pi Yun Nam Hair Care la pulak!! :))
Tapi korang nampak tak dinding rumah kotak aku kat belakang tu...

meh aku kasik close up..













Kalau susah nak paham tulisan tu..meh aku tulis semula
"Mouse Tikus Allah cipta kan"

haaaa....amekaw!!
ni budak montel nyer keje lah ni..
mak taulah umah kita catnya buruk..tapi boleh tak ko jangan tambah lagi kesenian persekolahan ngko tu.
huwaaaaa...sawan la aku budak ni..kat dinding bilik pun dia tibai sama..siap lukis gambar lagi.Nanti aku snap tepek sini.
Dia me'papanhitamkan' dinding rumah aku..malah di celah2 tangga jugak.
OOOOiiiiiii la anak!!

GiGi PuN TaKdaK..AdA HaTi NaK MaKaN JaGuNg !!




haaaa...ambik ko!!
macam dah bergigi..padahal..sebatang pun takdak.


HoBi UmaR !!


apalagi...
backhoe..bulldozer..dump truck...
& such.







Tuesday, November 29, 2011

MooD - NaK ShOppiNg TaPi TaKdE DuIt !!

Sengal kan??
malam tadi benornya aku pi Jakel kat Shah Alam tu..
asal nak nengok2 jer (ko percaya ker??
sekali aku balik bawak kain buat langsir 6 meter ngan kain buat baju aku 2 pasang
huwaaaa...
sale gile babas sampai 2hb Januari
kalau ikut sawan JAKEL aku yang lepas2..
sekali masuk..aku beli kain sampai 4 pasang paling sikit..
pernah jugak sampai 6 pasang sekali harung.
Memandangkan duit tak berapa nak muncul..
aku pendam je lah hasrat hati ni..
almaklum..nak sekolahkan anak..
selamat dah belanja baju sekolah Feesa lepas gaji hari tu..
kalau tak..memang tak berbaju lah anak aku tu...
mak guna duit buat beli kain dulu.huhuhuhuhu
apa yang best sangat tu?? aku beli cotton viscose yang harga RM24/meter cuma RM40/sepasang!!!

tak lena tidur ku malam tadi....tolong!!

Tuesday, November 22, 2011

TenGoK JeR, JaNgAN TaNyA !!

hahahahaha
demm bolasepak bermula
semalam kami anak beranak semua pakat nengok game Malaysia lwn Indonesia
mula-mula 90 minit tu...aku gagah lagi ..
masuk masa tambahan lagi lagi bertambah-tambah lak masanya..
aku pun naik penat..
cuma ada part2 lawak aku nak kongsi ngan semua..
ada satu part tu..
bila Malaysia jaringkan gol..tapi gol tu di batalkan sebab offside.
aku kaedahnya dah penat menunggu asik tak gol-gol ker..apalagi..
melaunglah cakap "gggoollllllllllll" tak hagak2.
Sekali referee cakap offside.So gol tadi cancel la kan..
si Feesa cakap "ma...kenapa tak gol pulak?"
aku cakap "tak jadi..offside"
Feesa tanya lagi..tak pueh hati sebab dia kan tak paham benor..
"habis tu kenapa mama cakap goolll tadi?"
aku pun...
"ahhh..diam la ko kak...mama bukan tau pun pasal bola..asal gol jer, jerit je lah"

hahahahaha...lawak siol..malu aku!! gggrrrr

lagi satu part..
Feesa ni tak habis2 dok tanya itu ini..
dia tanya "bila Indonesia nak datang sini lawan bola pulak?"
Aku jawab "diaorang takde lawan kat sini..kat sana jer sebab ini sukan SEA"
Dia tanya lagi tak sudah-sudah .."bila pulak nak sukan SEA kat sini?"
Kenalah aku jawab lagik ..."kat sini tak buat dah..dulu dah pernah buat..lama dah"
Lagi sekali dia bukak mulut tanya ..."kalau buat kat Malaysia, namanya sukan apa??"
Penat dah mak nak jawab "sukan SEA lah jugak..mana ada nama lain"
Budak debab ni reply lagi..."Bukan sukan A ker..sebab kat Indonesia panggil sukan C,dia tak pandai"

hhhaaaaaaammpeh tau anak aku ni...gelak guling2 aku malam tadi.Banayak mulut..sakit jiwa aku nak melayan.

Monday, November 21, 2011

ApA AkU BeLi DgN DuIt 100 YaNg PM KaSiK ??

hahahahah...
last Friday status aku kat FB ialah :

so petang Jumaat tu aku bawak la dia pegi Alam Sentral nak beli sikit persiapan dia pergi sekolah plus nak tutup gak mulut dia.Kalau tak nanti asik ngungkit mana duit dia yang 100 tu..ooii la anak zaman sekarang, sentap haku.

Apa yang aku dapat belikan...
aku dapat beli kain ela warna biru 3meter & kain ela warna hijau 4.5meter total RM51.50
lepas tu budak tu tak puas hati lagi...al maklum, kain ela kan tak ghoper kain sekolah katanya..
aku belikan lah dia kasut sekolah!
dia pilih lah sendiri...dah duit ngko kan..
apa yang dia pilih..kasut sekolah jenis slip on jer tu..kasut senang katanya..la ni ada pulak brand Barbie tu yer puan-puan.Mahal lak tu...sepasang 26.90, nak tak nak..aku belikan lah jugak..dah duit ngko kan, esok ko jangan malas basuh kasut tu sudah..sebab kasut tu semuanya kain.
Itu yang paling aku tak gemor.nanti cepat kotor + banyak permukaan yang harus diberus..hahahah!

Lepas tu aku cakap.."okey, duit Feesa semua dah habis"...dia pun cam..."haaaaa...dah habis?"

iyelah ngko ingat banyak sangat ker...?? the balance RM20++ tu aku beli KFC...kakakakakakah..
bukan dia tau..habis dah ngko mintak..mak beli jer lah!!

MaCaM2 MssG AkU DaPaT !!



Hi All...
recently aku dapat macam-macam message kat shoutbox aku..
cam pelik-pelik jer message depa tu
aku rasa blog aku ni tak lah menarik sangat
tapi yang datang tu ala-ala diva dok amerika gamaknya..
nama tak mau kalah..
tapi aku tak beranilah nak masuk link depa..
ada yang masuk terus ke link ntah-apa-apa!
huh!! moskil!

Thursday, November 17, 2011

BaJeT SeKoLaH AnAk ThN DePaN ...

ialah sama seperti awal tahun yang lalu..
aku awal2 letak bajet RM700 all inclusive orang kata.
Tapi dah dapat RM100 so aku awal2 tolak 100 hengget dari bajet asal...hahahaha!
So duit itu terebang semula ke kocek mak.

Untuk tahun depan semua yang nak di beli sama jer..
Baju kurung 5 pasang
Kasut 2 pasang
Tudung 4 set
Stokin 3 pasang
Beg sebijik jer (Feesa request beg beroda..tak payah!!)
Tracksuit 1 pasang
Alat tulis (whole year supply)

apa lagi yer....hujung bulan ni..misi membeli baju sekolah pun bermula.

Senakkk aku..baru anak sorang yang sekolah...4 tahun lagi Umar Zidan pulak...itu pun tetiap hari dah cakap.."Oma nak kolah ma"
Alahai la nak...Umar kecik lagi lah...

TeRiMa KaSiH SeBaB BaGi RM100 !!

kat anak saya,
boleh saya belikan dia kasut sekolah 2 pasang & baju kurung sepasang.
Walau tak lah banyak mana..tapi hakikatnya sangat membantu.
Terima Kasih pada kerajaan Malaysia..
kalau boleh tetiap tahun ler cam ni... (dasar nak meraih simpati..apa kes??)
Tapi memang di akui...
dengan gaji kami yang sama setiap bulan & corak perbelanjaan kami yang lebih kurang sama jer..
sejak 2-3 bulan ni..saya rasa duit gaji tu dah semakin tak cukup!!
Rasanya, harga barang semakin mahal..
oleh itu...bijaklah berbelanja.

Monday, November 14, 2011

SinG-A-Ma-JiGs !!

Salam all...
dah pernah tengok toys ni tak.
aku cadang nak belikan anak-anak aku sorang sekor..
toys ni best giler, dia boleh nyanyi & keluarkan macam2 tone bunyi.
Lawak sesangat!
Kat Toy 'r Us Malaysia harganya
RM69.90/each tapi kalau buy 2 get 1 free.






You all boleh jugak view dari sini.

Aku nak kirim kat US dengan sorang sedara yang nak pi sana..
tunggulah..sebab kat sana cuma $10 jer.Link

Friday, November 11, 2011

DiA 8 BuLaN & DeMaM !!

Salam Jumaat semua.
hari ni..11/11/2011
bersamaan hari Jumaat penghulu segala hari..
bersamaan jugak Hamzah Qayyum genap berumur 8 bulan.
Hamzah dulu masa lahir pun hari Jumaat jugak, kebetuan 11hb, bulan ni jatuh hari yang sama.

Sedikit tak syok..anak mak demam la malam tadi + batuk!
waaaa, mana berjangkit penyakit batuk ni pun mak tak tau..mak tak suka la budak2 batuk ni..sebab dari batuk selalunya akan jadi kahak yang banyak..kang nak kena buat nebulizer bagai.
Harap-harap ler cepat baik yer.

kebijaksanaan sekarang..
wah..sudah boley bernyanyi-nyanyi lagu yang dia compose sendiri..
so mak pun tak paham la yer.
Jugak sudah merayap2 ke segenap ruang rumah kami yang kecik tu sambil mengelap lantai rumah.Hhmmm..patut aku kena beli baju kain mop untuk dia, senang keje mak tak payah mop2 lantai selalu.

Allergic pada makanan kali ni tak berapa nampak sebab mak dah jauhkan makanan yg buat dia allergic,
so nak listkan kat sini apa yg dia tak boleh makan, senang nanti nak buat reference kat anak2 aku yang ke 10 & 11 nanti.

1)susu lembu
2)susu soya
3)roti
4)apam

itu je lah kot yang dah di cubakan, lain2 tiada.Biskut baby & nestum baby yang mak bagi semua yang tanpa susu sebab dia kan allergic susu2 ni kecuali susu mak dia.
Maka dengan ini, Hamzah sudah genap 8 bulan menyusu dari kantung susu ibunya.
Vangga okeh..tak sia2 mak rembat Medela FS..at least sampai setahun pun syukur sangat2.





*eeeiii buah apa ni keluar lampu??*

Thursday, November 10, 2011

PaNDaI AnAk MaK .......


la sangat kan????
kan mak bilang suruh rajin2 baca buku
paham cikgu ajor betul2...
takdelah nanti dapat nombor belas2 lagi..
tengah tahun periksa nombor 18..
akhir tahun bawah 10 ker..bawah 15 ker..mak mahap ler lagi..
sekali ngko..
terus jump nombor 21!!
Terbaeeekkkk!



Aku jadi mak..kadang kala tak suka nak kawal anak keterlaluan..
mesti belajar, mesti baca buku, jangan tengok TV, jangan keluar main.
Tapi sebenarnya..aku adalah jugak suruh semua yang di atas..tapi strictly bila musim peperiksaan nak tiba.
Last semester punya exam..Feesa dapat nombor 18 dengan gred C untuk Matematik..
aku memang tersangat hangen..sebab anak aku ni memang lemah kelembapan bab2 nombor ni.
Ko tau tak betapa pentingnya kita cekap nombor2 ni..senang nak bertolak diskaun nanti bila nak bershopping...tak payah ko nak bukak hendpon guna calculator bagai.
Paling geram...bila aku ajar dia Matematik kat rumah..
soalan senang macam 6+3 pun dia guna semua jari jemari nak buat kira.UUiiiittt! Tak terperi kelembapannya.Memang aku hangen ribut taufan selalu..
Oleh sebab aku selalu buat2 angin ribut taufan..
keputusan Matematiknya meningkat dari C ke B dengan 76 markah.
Itu pun kena marah ler jugak..kalau 80 kan dah A..
so, semua subjek dia pukul rata A cuma Matematik jer yang B.

Dulu kami laki bini janji kalau dia dapat nombor periksa 1 sampai 10 boleh belikan dia basikal,,,sekarang ko dapat nombor 21 kan..jangan kan basikal, brek basikal pon ko tak dapat.

Sayang anak mama..good girl periksa nombor 21!!
Hahahaha.

Wednesday, November 9, 2011

So CoMeL ...


* CARLIE MARY JANE WOMEN (cotton candy/fuchsia)


*photo from Crocs WebSite*

Alahai..
I so want this one la...
I saw @ Crocs Outlet..price about RM169.00
puas I search sana sini...
this one new arrival one..
so don't have any discount loorrr...
I've try this one ..very comfort i tell you,
let dream about it first..
oolalalalalalala..

*mood sengal*

JaLaN LeR MaNa - MaNa ...


Cuti Raya Qurban kan kami tak ke mana-mana..
apak budak2 ni kerja..
so malam hari lepas apak budak2 ni balik..
kami bawak ler mereka lepak2 la konon2 kat taman..
kat depan Muzium tu jer pun..
aloh bukan lama pun..
20 minit jer.



Ini bangunan baru, rasanya cam Pentas Budaya la gitu.Belum bukak lagi..tapi dah siap berlampu..bila ntah nak di guna..nanti bolehlah tengok teater ker kat sini, tak payah pegi KL.



Kat sini adalah jugak 5-6 batang pokok ala-ala ICT gituk..
tengoklah budak bujang ni posing...sukati ko lah anak!



Sesekali boleh lah bawak bebudak ni jalan2 kat sini...
bukan apa...cam tak bagus betul bawak budak kecik keluar malam tanpa hala tuju..lagi2 berpeleseran kat taman2 awam..
tapi ntahlah..ramai orang kita macam membudayakan amalan begini.

Tuesday, November 8, 2011

SaYa NaK Ipad2 - YaNg Free La TaPiNya....

Hari jalan2 kami tu ..benornya temankan Ida menyopping..
makcik tu nak beli iPad..
maka aku ni pun membatak-batak la iPad jugak..
tapi..ko pasti lah..aku mesti nak yang murah jugak.
tapi rata2...worldwide katakau (hahaha) rege dia sama sahaja.
baik US atau UK..
aku dah survey dah..
tak yah la korang susah payah buat keje (survey sana sini)macam aku.




Mengancam tau!


Meh skodeng harga...
makcik Ida tu beli hat paling mahal..Wifi+3G 64GB = RM2499
dia asalnya nak beli yang 32GB = RM2199 tu..tapi takde stok.
So aku suruh jer lah salesman tu bungkus yang 64GB tu..
hahahahaha..aku suruh bungkus jer..Ida yang bayor.





Yang aku boleh... cuma la hadap posing kat kedai orang jer..
itu pun ngan yang hat display.
Gambar ni nanti aku nak print lekat kat peti ais, buat insprirasi kat laki aku biar dia belikan aku ipad tahun depan azamnya.
hahahahaha! bini saper lah ni


Gelak2 brother salesman tu yer..
macam tau2 jer aku nak snap gambor masuk blog..
si Acik Malia tu azam nak beli Galaxy Tab katanya..
tapi sebelum aku dapat beli iPad, aku cadang2 nak beli screen protectornya dulu
boleh??
kikikikiki....layan!

MaRi BeraGoSSiP !!





Tadaaaa...
Panasonic Lumix GF3
Harga : RM1850
Kedai : Fotokem, Subang Parade
Tambahan : Screen protector (free) + lens filter (RM70)

ini jer yang nak bergossip pun..harga camera...bukan pasal orang.Tak minat tau nak gossip2 pasal orang..tak kuasa I!

GirLs DaY OuT !!

Ini cerita Jumaat lepas..
I pegi berhoohaa-hooha bersama kawan2 lama.
shopping2 (la sangat) & makan-makan tak sudah2..
itulah kerja kami kalau bersama..
makan tak cukup setempat..paling sikit 2 tempat..
selalunya 3 tempat...
mau tak ??kalau dah bertenggek kat mall sampai 6 jam.


Ini my best friend Ida...
hari tu kami makan kat TGI sempena meraikan belated birthday Malia (gambar bawah)


Inilah makcik Malia tu..dah 31 pun umur ngko yer.hahahahaha



Ini makanan Ida...pasta ntahapakebendantah ...hahahaha!


Yang ni I yang punya..pilih2 punya pilih..macam la pandai benor kan baca menu..sekali kawan I kata.."ngko makan roti jer?"
hahahaha..I pun benornya tak expect lansung yang di order tu datangnya roti..hampeh tau!!
Roti pun roti la..I bedal jer sampai licin.

Haaaa....nampak sedap kan..
sedap la jugak.
Kecik-2kecik jer cawannya ni..
dessert la katakan..perut pun dah penuh..kalau beli hat portion yang besar mau tak habis agaknya.Jangan membazir..kerana membazir itu amalan syaitan.

Jap lagi sambung..cerita shopping pulak.

Thursday, November 3, 2011

TeKa TeKi

Feesa lately cam pandai buat lawak..ker aku yang over nak bergelak ketawa..
itu hari dia tengok Oprah kat TV..ada orang nyanyi..pas tu ada sarikata...
dia pun nyanyilah ikut cam org tu tapi dalam Bahasa Malaysia.lAwak la pulak haku dengar.

2 hari lepas dia ajak main teka teki..
otak mak ngko ni dah buntu..malas nak mikir jawapan walaupun soalan tu senang giler.
soalannya :
"dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?"

Alah...."mama tak tau ler"

Jawapannya : "ikan kembung" sebab dia asik sakit kembung perut.

Sukati ko lah nak oiii....

banyak main ko yer..periksa sekolah agama dapat nombor 20!!
adoi laaa..

Wednesday, November 2, 2011

MaCaM MaNa NaK SuRvEy HaRgA BaRaNg MuRaH??

Sila join this site..
so you all boleh bandingkan harga barang dari satu kedai ke kedai yang lain.

www.thepricechat.com

So far kat Shah Alam ni..harga barang2 instant macam sardin, kopi 3 in 1 ker, cili sos, kicap ker macam tu..
Di Speed 99 Mart adalah jauh lebih murah dari Tesco.Perbezaan selalunya adalah lebih dari 90 sen.
Kalau kita beli 10 barang dan boleh jimat 10 ringgit kan bijak namanya tu.Lagi pun Kedai Speed ni merata tempat ada.
Ini adalah langkah perbelanjaan bijak yang saya amalkan..bandingkan harga dan beli pada harga yang murah..same item, same brand but in cheaper price.

MaLaS Noorrr NaK MaSaK...

tapi terpaksa gak lah kan...
Ini minggu baru masak sekali..iaitu hari Isnin...
malam tadi tapau nasik goreng 1 bekas..
Aii ni kalau Encik Am keje petang..so malam dia takde
aii pun cam memalas-malas la nak masak2..
tapi malam ni nak masak ler jugak..
aii tak berapa nak boleh jana otak ni nak makan apa kalau order2 kat Encik Am..
macam malam tadi..dia tanya nak makan apa?
Aii asik jawab entah jer....selamat hanak2 pandai menjawab..sorang jawab nasi lemak semedang siang malam..si kakak jawab nasi goreng kampung.
So...jawapan kakak menang malam tadi..makanlah kami anak beranak kongsi sebekas nasi goreng kampung.
oohhh...nak share sikit..
Sekarang aii terpaksa berjinak-minum susu..supaya dapat boost up milk production untuk Hamzah.So sekarang aii consume minum Dutch Lady Instant Filled Milk Honey.Harga 600gm ialah RM13.Yang paling best..susu ni sedddaaaappp la sangat.
Selalunya aii ni malas nak bancuh2 susu & minum..sebab rasa susu ni kan cam ala2 tak berapa nak sedap.Tapi yang ini..serius sedaapp..rasa cam nak beli botol susu dan baring sambil minum susu..waalllaaa..tergamakkah aku??
hahahahaha...sesiapa nak tingkatkan kalsium dalam badan..dan you all tak suka Anlene ker haper..cubalah susu ni.Mesti suka.

Tuesday, November 1, 2011

NaK KaSuT SpOrT !! La SaNgAt ...




Nike Dual Fusion ST2
alahai...mak nak sesangat...
dah tengok kat satu kedai tu..
tak silap regenya nak 400 hengget..
mahai tu...
belum tgk lagi kat Al-Ikhsan
kot less than 200 lagi soker..
tapi Nike ni biasanya less than 300 ada lerrr..
HHmm..asal aku pandang jer..mesti mahal.
High taste betul..nak beli , ko tunggulah jualan pecah gudang.
Kot beli boleh larik laju takpe gak.
HHmm.....nanti kalau ada yg murah baru beli..ataupun kita carik yang kembar seiras ker..atau kembar tak berapa iras kot ada.
Ada jugak nak buat galang gantinya.

Popular Posts