Friday, September 30, 2011

NaK BaBy GirL !!


mak ni poyo nak anak ramai...tapi bila menjaganya, banyak letih dari bersabar.Ada hati nak nambah lagi,kui kui kui!

Makanya....
mak cekakkan anak2 bujang mama.
Huh! krissi identiti anak aku nanti..mintak2 dijauhkan Allah ye!
Sekadar menggembirakan hati...bukan dengan niat nak menggigirlkan anak2 jantan ku.



EwaaaH!! Cam posing tepi pantai pulaks!


Yang ini pun..tak padan lasak..dia pun nak nangkap gambor jugak..



Paling kelakar gambar ni...so cute!Ini semua membatak cekak auntie benornya..si Feesa nak melaram hari ni pakai cekak auntie pegi sekolah, so adik2 pun ambik peluang melaram sama.katanya ada majlis jamuan hari raya, apa daa..raya kan dah habis!





kerusi atas ni...
ada hari nanti aku nak let go la jugak..
tak pakai sangat..rumah aku kecik cam kotak mancis,barang pulak bertambah2 cam beli umah banglo 100kaki x 100kaki!!
Encik Am dah berbunyi2 katanya barang dah banyak dalam umah ni..hhhmmmm.....
nampak gaya memang akan kena lelong jugak la kerusi atas ni.

Thursday, September 29, 2011

BaKaT ShOPPiNg Yg MeNjAdI-JaDi !!

semalam..aku keluar opis awal..
satu sebab, kerana Subang Jaya sesak teruk pasal Empire Shopping Gallery meletop la plaks.
Selamat ko meletup time pagi2 buta..kalau time tu aku tgh makan roti kat The Loaf, mesti masuk tajuk akhbar jawabnya.

Okeh...sebab seterusnya kenapa aku balik awal ialah kerana...
aku nak pegi sini..


Sale ni benornya start hari ni..tapi kalau orang cam aku ni siap dapat special invitation lagik, itupun sebab kenal ngan sales manager depa.Tapi bukan aku sorang la..ramai lagi yang lain..cuma make sure orang2 yang dapat pegi preview ni mereka yang invited sahaja...cam aku..hahahaha (giler riak)

Meh sini aku tulis apa yang benor2 murah kat jualan ni.
Avent Sterilizer : RM229
Avent botol saiz 4oz x 3pcs : RM30
Avent Manual Breast Pump : RM100
Avent UNO Breast Pump : RM689 kalau combo ngan sterilizer RM899
Kasut crocs budak : RM30 & RM40
aku belikan bebudak ni style cayman tu ajer..RM30 sepasang, & Feesa punyer Mary Jane style RM30 jugak.
Magic Cup Sippy Avent :RM10 botol kecik, style spotser tu RM27 (yang size besar)

Dan yang utama sekali aku nak carik ialah stroller untuk Hamzah..
dan aku beli lah yang ini..
sebab murah dan aku mampu milik..




Maclaren Quest Sport
display unit, harga RM450 sahaja. Retail biasa RM899 kalau ada diskaun pun tak tentu lagi sampai 50% macam ni.
Condition tip top..macam tak display jer...
aku tak kisah..yang penting dah beli ngan harga murah
Techno XT RM650
Techno XLR RM750
Triumph RM400
Volo RM300
Daytripper RM300
Quest Four Season RM700, retail dia RM2199.amoy tu ajak aku beli..aku tak mau ler..bila masa pulak aku bagi anak aku pakai footmuff tu..
takkan nak pegi Snow House kat ICT..huh tak kena lansung!
Kakakakaka..
yang pasti, semalam aje....
hhhmmmm....tak congak yang masuk IKEA beli meja tulis bebudak ni lagi..
terebang tinggi jugak ler duit mak!!
HUuuwaaaa!

Wednesday, September 28, 2011

HamZaH PeGi InJeCtiOn!!

Semalam...
mak bawak Hamzah Qayyum pegi ambik jab untuk umur 5 bulan..
dah terlewat gamaknya..
mak dia terlebih sedut serdak biskut agaknya.
Bila kerani kat kaunter tu tanya..anak puan berapa bulan??
mak reply : "errrr.....7 bulan..ehh..8 ker,ehhh kejap..cemana lah lupa ni"
sesambil menggaru kepala yang hampir terang rambutnya tetapi bertudung itu.
Hahahaha..
sengal la mak ngko ni Hamzah..lupa dah anak umur berapa..
sebab nak inject untuk umur 5 bulan

tapi pegi bila anak dah nak masuk 7 bulan..
tu yang pening2 tu.
kerani tu pun sengih2 jer tgk mak.




Hamzah Qayyum good boy..masa kena inject tak nangis pun..
berat dia semalam..7.01kg..
semalam jugak..kat klinik tu nampaklah screen scanner doktor tu..so dapatlah tgk gambar scan baby org yang sampai terdahulu..
eeeiiii geramnya..gambar baby tu facing the camera you!!
gerrrammmnya!! rasa macam nak baby lagi...
tapi abang Am cakap..tunggu Hamzah dah besor Feesa..
huwaaaaa!!
mak dah tua la time tu.

Thursday, September 22, 2011

LagI KeSaH UmAr !!



si budak Umar....perangai buruk kembali bersinar..
suatu malam...
dia duduk2 dengan mak sambil selak2 buku..
ada macam2 gambar haiwan dalam buku tu..
dia tunjuk..mak jawab..
ZEBRA..TIGER, LEOPARD...
then mak tanya lah dia pulak..
asik tanya mak jer..mak ngko dah tentu2 pandai..
mula2 aku tunjuklah gambor rimau tu..
aku harap anak aku ni jawap ler TIGER kan..
sekali ngko..
dia bukan jawab TIGER..
dia jawab
;

;

;

;

;

;

;

taik


Samdol betul!!

Wednesday, September 21, 2011

UmAr ooohhh OmAr !!


ini gambar 2 orang anak jantan aku yang bakal menggegarkan dunia aku..
la ni aku sedang berlatih2 cemana nak handle 2 orang anak jantan..
sebab yang kecik tu belum start membuas lagi.
Aku ingat lagi mimpi ngeri aku lebih kurang setahun setengah yang lalu...
time tu Umar Zidan baru pandai merangkak & nak naik tangga ajer kerjanya..
huuwaaaa..nangis mak hari2 dok hadang tangga.




tengok lah Umar..
mana boleh dok diam..nak snap gambar pun susah..lagi laju dari cahaya kaedahnya!


Adik masih kategori beginner...
nak kelip mata pun lambat noorr baru terbukak..
wakakakaka!


Budak berdua ni aku baringkan kat lantai..
sorang aku suruh jogging setempat
lagi sorang aku mintak dia berehat sebentar..
kalau tak memang asik meloncat ajer...

Kalau aku ada anak lagi..aku harap bebenor dapat anak girl..
lepas tu rambut cam kaler coklat2 sikit...hidung biarlah berbatang sikit jangan flat ajer cam bebudak ni...cam bapak merekalah kononnya..
part rambut coklat tu aku tak tau cemana leh jadik kalau mak apaknya dah rambut gelap gulita...apatah lagi kulitnya.
huahuahuahu!

MaK a RoNi DgN Ciss!!


Sempena cuti hari Malaysia yang lepas..
aku masak la spesel sikit ...
tapi masakannya tak bertema keMalaysiaan lansung.
Sungguh la hampeh aku di situ.
Aku buat pertama kalinya dalam hidup masak makaroni & cheese.
Mula-mula buat white sauce dulu...kemudian baru tambah cheese.
Aku kan ala2 sengal terlebih..buat research pun ala kadar..
makanya tersalah beli cheese,,,
yang aku baca-baca resepi tu tulis guna cheddar cheese, yang aku pulak beli Mozarela sampai setengah kilo...
so..relakan aje lah.






Senang jer buat white sauce ni..
guna butter 2 sudu, tepung 2 sudu.
Tapi sebelum tu..aku tumis bawang kuning & salery yg aku potong kecik ngan butter tu..
tumis sampai layu..baru gaulkan tepung..
nanti mereka mesra bergaul bersama...
masukkan 2 cawan susu full cream yang dah di suamkan...jgn ler terus curah susu yang keluar dari peti ais tu..kang terkejut sos ngko.
lepas tu aku campur sikit, serbuk buah pala yang tak mendatangkan apa2 pun pada aku..



Last sekali baru aku letak cheese, nak rasa lebih cheese letaklah lebih.Cam aku kedekut tak boleh blah..aku letak setengah penumbuk jer.
Ikut lah banyak mana..
pada aku guna mozarella ni tak berapa rasa sangat cheesenya..
kalau cheddar lagi power aku rasa.
So stok mozarela aku tak rela tu aku simpan buat stok nak bakor pizza hujung minggu ni pulak.


Inilah hasilnya ....
aku buat ni 3 round la jugak..
1st round makan ngan Feesa
2nd round makan ngan Am
3rd round siap ajak kawan2 & sedara mara..(macamlah ramai benor)
2-3 orang jer pun yang datang.

Nak sedap dan lebih bagus hasilnya..korang rajin2 lah search resepi yer.

Tuesday, September 20, 2011

SiaPa SeBeNaRnYa DuGoNg !!



hhhhmmmmmm.....
kisah ni laki aku yang cerita semalam..
masa tu kami berhenti jap kat stesen minyak..nak isi minyak kereta.
Kami dok borak2 macam2 masa tu..sekali sejurus sebelum dia berhenti tu..
dia cerita pasal seorang kawan dia...si W = watak di rahsiakan atas sebab menjaga imej.wakakakak!
Am : Wak tu pening sikit...dulu dia cakap dugong tu..ayang tau dugong kan?
Mi : Tau ler..takkan tak tau pulak.
Am : Dia cakap dugung tu asalnya KANGGAROO!!
MI : Haaaa......???

aku apalagi..gelak mengekek2 tak sempat malu dah kat stesen minyak tu..
laki aku pulak bukak pintu terus bayar duit minyak kat Bangladesh..
lepas tu, sebelah pam ada mamat 2 oarng naik motor tengok aku terteleng2..risau dia nengok akugelak cam kena sampuk!
wakakakakaka! Mustilah aku gelak...
takkan la...dugung asal dari kanggaroo...
jauh benor keturunannya..
dari dok darat sampai masuk dalam air!!

Bila Am dah masuk dalam kereta balik..aku tanya...betul ke tak kawan abang tu??
dia cakap "ntah la..tapi wak tu cakap penuh confident"!
adoi laaaaa....sampai ke hari ni aku nak tergelak2 jer bila mengenangkan kanggaro tu moyang si dugong.

BerCeRaI BF !!

Salam all..
hahahah....I ada terbaca tulisan seorang blogger yang ramai pembaca tu, hehehehe siapa lagi, si Ana Suzana ler..
dia punya masalah macam mana nak 'bercerai' BF ngan anak bongsunya (buat masa ini), sebab anaknya itu sudah masuk 2 tahun 3 bulan.
So kat sini I sajer nak kongsi kot2 ada orang lain yang ada masalah yang sama lah ngan cik kak kita tu,
As for me...perkara pertama sekali..Mak kena hati kering!
Kalau mak jenis hati cepat rapuh, anak nangis merengek sikit tak boleh nak tahan..lupakan sajer lah hasrat tu..tunggulah anak kamu reject susu kamu tu baru henti gayutannya.
Apa yang I buat...ini dah di praktikkan masa nak 'menceraikan' Umar Zidan dari B saya.. menjelang umurnya 2 tahun...I tak bagi Umar Zidan ni 'bergayutan' bersama sewaktu malam sebelum nak tidor...sebab memang selalunya dia akan mintak "tek' waktu sebelum nak tidor tu.
I sediakan pulak satu botol air kosong bersama...bila budak Umar ni dah start rengek2 tapi tak dapat, I sumbat mulut dia ngan botol air kosong, suruh dia minum air kosong.
Iye lah ngko..dah penat dia rengek kan, mestilah haus! kakakakaka!
Kerjanya memang struggle sikit pada malam pertama..
tapi bila anak tu dah ;etih merengek tak dapat2 jugak..perut pulak dah kembung sumbat air kosng..
lama2 dia tidor la.
Praktikkan sampai at least 3 malam..lepas tu InsyaAllah dia dah penat nak merengek untuk malam ke-4 atau ke-5!
haaaaaa...itu pakej mak sengal cam I ni....jenis akan buat apa saja janji mak bahagia..senang mak nak melayan anak2.
Kalau I tak bahagia..I pun tak senang nak layan anak2!!

*Ingat...hati kena keras+brutal+sengal = baru jadik!*

Thursday, September 15, 2011

HaMZaH DaH 6 BuLaN !!

antara gambar2 Hamzah yang terbaru...
setelah beliau masuk 6 bulan.








Semua gambar2 di atas mak dah print kat kedai, buat simpan dalam album gambar.
kasik kenangan esok2 bila mereka dah besar..
ada gak gambar time kecik2.



ini haaaa....makanan pertama Hamzah.
itu hari mak tak bawak cable nak sumbat gambar dia punya makanan...
kali ni mak masukkan lah sekali..
satu lagi sebelum lupa..
phhuuhhh selamat! HAmzah masih belum lagi merangkak atau maju ke depan...
so tak payah mak buat extra work nak kutip dia di mana2 celah rumah! hahahahaha!

HaRi RaYa LaGi .....


Ini gambar raya last week kat rumah my pakcik...
jalan2 sepetang sampai ke malam...
melangut & meragut seadanya..




Aku pun nak intrepem sama..
tapi anakku Hamzah cam tak redha...
aku pasrah lah kalau gitu..

Wednesday, September 14, 2011

OpEn HoUSe ???

nehi, nehi kalau rumah I!
Masih mengekalkan tradisi berhari raya tanpa rumah terbuka..
kenapa eekkk??
sekarang masyarakat kita nak jalan raya rumah orang/jiran tetangga pun nak tunggu orang ajak open house.
Sepatutnya perkara2 macam tu tak patutlah kan..
tapi now days masyarakat dah membudayakan majlis2 begitu..
sehingga hari raya sudah seperti terlalu private sekali.
kena ada invitation baru datang!
hhhmmmm.....
kawan2 saya ada jugak yang bertanya.."tak buat open house ker?"
kalau ko tanya orang2 yang every year buat open house takpe lah lagi..
ini ko tanya aku...yang memang dah nak kawin masuk 10 thn ni..
masak rendang baru sekali..nak open house tunggu 10 thn lagi...ewaaahh cam pantun pulak!
So...saya maca tak syok la kalau ada orang2 yang tanya begitu pada saya...sebab saya jugak tak bertanya begitu kepada mereka.
Hari raya ialah hari untuk kita merapatkan silaturrahim..janganlah hanya keran di jemput baru nak bertandang...
manalah tau, jiran tetangga/sahabat handai tu...sendang dilanda masalah ker..berhari raya kadar sederhana ker...takkan kita tak nak datang pulak kan??
So..ubah persepsi kita kepada budaya asal kita..kunjung mengunjungi setiap kali hari raya tanpa perlu menunggu open house.

Salam muhibbah di hari raya oleh...
akak Umi!

Tuesday, September 13, 2011

DuiT RaYa AnAk2 - KoRaNG BuaT aPa ???

Hai all...
masih bercerita kisah Syawal..rasanya ramai mak ayah yang dah mula kira duit raya anak2..
Alhamdulillah...rezeki anak2 aku tahun ni...3 orang tu nak jugak 800 gamaknya...
selalunya....kami memang confirmed simpan duit raya anak2 masuk buku simpanan mereka.
Jarang sekali aku buat belanja duit raya mereka tu..
kalau ada pun mungkin pernah jugak kot sekali sekala..buat beli mainan dia orang la jugak..tapi end up bila nak masukkan dalam account, haku tokok ler balik...so sama jer!

Tapi kali ni....Encik Am dah cakap..tak nak simpan duit anak2 masuk acct didik mereka..Encik Am nak invest dalam saham FELDA, khas untuk anak2 FELDA (guna nama Encik Am lerr)
sebab????? dividen yang mereka kasi adalah lebih daripada yang boleh dapat dari simpan kat DIDIk tu..kat DIDIK so far average dalam 7%+ jer lah setahun..
kalau kat FELDA ni..last year 14% beb! dan tak pernah kurang 13%
dan pernah sampai 18%...hahahahaha! aku tak caya..tapi FIL aku berlonggok gak saham dia dalam tu..
aku cuba lah dulu....masuk 5k dulu duit bebudak ni..
kalau betul....
makcik bersyukur ler...FELDA tak bengkrap..muahahahah!

HaMZaH DaH 6 BuLaN !!


Salam all..
lama dah tak tulis kat blog..
hari ni nak masuk info Hamzah yang dah umur 6 bulan ,Ahad yang lalu..
masa hari tu jugak...mak suap dia makan nestum beras.
Reaction pertama...mestilah buat muka 'pelik tetapi benar' dia tu..
semua anak aku sepesen jer reaction dapat rasa suapan nestum pertama dalam hidup.
Hahahahah! Yang pasti...
dia belum terror makan lagi..
tunggu lah sikit hari lagi.





Dan seperti biasa...buat mengisi masa lapangnya..
dia lebih suka menghidap jari jemarinya yang dia rasa cool sangat tu..
hahahaha!

Wednesday, September 7, 2011

Tuesday, September 6, 2011

DoA BuLaN SyaWaL !!

doa aku kepada Allah untuk diriku..
"semoga Allah menutup segala pintu nafsu kebendaan yang aku ada..
supaya aku dapat menundukkan pandangan dari memandang kebendaan semata-mata"

..

susahkan...
aku tak mau menjadi manusia yang terlalu mengikut hawa nafsu..
terlalu mengejar kebendaan,
berkeinginan itu dan ini...
sehingga selalu lupa pada nikmat yang Allah berikan ini hanyalah
ujian semata-mata!
Aku selalu angankan..."kalau aku ada duit"
berjela-jela list benda yang aku nak miliki...
tetapi sekali tu aku akan tersedar dan malu sendiri..
malu pada Allah...
sebab aku tau aku kurang sangat taqwa pada Allah...
dan kalau Allah beri aku rezeki yang melimpah ruah pun..
itu hanyalah ujiannya buat diriku yang selalu alpa...
Jadi lebih eloklah aku begini..
tak mampu itu dan ini..tertutup segala pintu ketakburan & kebongkakkan pada diri aku ini...aku pikir dan selamat satu bab untuk diriku disitu.

Kerana itu jugak..tahun ini, tema hari raya kami adalah
"sederhana raya"....
kerana rugi bagi mereka yang melebihkan Syawal berbanding Ramadhan..
tapi untuk aku jugak kali ni...
sederhana Syawal..,sederhana jugak Ramadhan ku..
hadoi la!

*just a reminder to myself*

SteP iN - KTM StEsEn GeMaS !!


haaaaaa...
tak pernah di buat-buat..
kali ni aku membawak anak beranak ke KTM Stesen Gemas...
dah 8 tahun aku kawin orang sini..baru sekali aku sampai stesen keretapi ni..
semua gara-gara si Umar Zidan yang taksub ngan keretapi!!
Huwaaaaa....dia sangat gemarkan jentera-jentera bergerak ni...
selain backhoe....selalu jentera yang akan di sebutnya ialah keretapi!!





Suka gambar ni..
konon-konon cam zaman dulu ler..nak balik ke kampung berhari raya..
waakakaka!

Ini haaa budaknya....
benornya ada video clip masa Umar tunggu keretapi ni..
tapi mak nak buat sentimental collection la..biar dia nengok perangai dia yang excited sangat tu.
Paling kelakar..
bila keretapi dah start nak jalan semula..keretapi tu bunyikkan lah hon..
mak datuk punyalah kuat..
si Umar sampai "terkeras" kejap dek kerana terkejut..
aku pun sama!!!

Kami sebenarnya sampai stesen tu pukul 4.30 petang..tak tau pun pukul berapa ada keretapi lalu..sekali orang kat stesen tu cakap pukul 5 ada keretapi berhenti..keretapi tu dalam perjalanan nak ke Singapore..makanya setengah jam lah kami dok tunggu.
Si Umar paling tak menahan nak tunggu..asiklah tanya mana ketapi? Mana ketapi?
Bila ketapi dah sampai...dia buat hal la pulak..sibuk nak naik ketapi...
huwaaaaa...penat tunggu ketapi tak sudah lagi..boleh dia bantai nak naik pulak.
Letih mak nak ooiii!


Monday, September 5, 2011

JaLaN2 HaRi RaYa ...


Assalamualaikum all...
Okeh..marilah melayan gambar2 yang di ambil sekitar hari raya ke-3
kami berjalan2 sampai ke Seremban..
dengan mak & ayah kampung..
Selalu memang confirm tak kemana2 di hari raya..
kali ni..kita ubah tradisi, pegi umah ntah..sedara mara yang tidak ku ketahui..
(al maklum sedara mara Am)



Hamzah ngan atuk..mak pajak dia kat atuk..senang mak!!
tak susah nak bergalas jer!



Aii ler ni...yup..saya bersama satu2nya tudung hari raya yang masih HUTANG!!
tukang beli tudung mak ni missing in action..mintak no.acct, jenuh nak bagi!
So, pakai jer lah...sapo pun nak kato den kan..eden sorang yo pakai tudung ropol2!


eee...terselit gambar petang raya pertama..
actually nak gak la tunjuk anak dara yang terseksa hari raya kali ni..
gusi bengkak..gigi bergoyang nak tercabut 2 batang, ulcer 9 lokasi di dalam mulut.
Bila suruh makan ubat..macam mak ngko nak suruh telan racun..Nauzubillah dia punyer nangis!!


Budak ni...
dah pandai berkira duit raya...anak sapolah ni ooiii??
malu den..dah la jumpo sedaro ni baru sekali..tak sompek nak berkirai duit kek tangan orang tu..dah di capainyo.
Adoi laaaaa....!

SaLaM LeBaRaN !!



Assalammualaikum semua...
anda masih dalam mood hari raya??
saya? seperti biasa..yang bersederhana sahaja..
Syukur masih dapat bersama mereka yang di kasihi sepanjang hari raya tahun ini.


Foto raya kami yang konon-konon paling vogue sekali...
nak hantar buat frame ni..walaupun Hamzah berposing ala-ala mau tak mau saja.
Mak mahapkan ler sempena raya kamu yang pertama!




Antara foto yang menjadi kesukaan!



Ini jugak..gambar bersama lelaki2 dalam hidupku....
Ayah & anak comelnya (aku ler tu) dan cucu2 lelakinya

HeLLo RaYa 2011!!


Posted by Picasa



Posted by Picasa



Posted by Picasa

Popular Posts