Wednesday, March 30, 2011

GaMbAR BuDaK HaRiJaDi !!




hohohooo!

inilah gambarnya...dari siang tadi jenuh nak upload gambar ni.

Sian budak Umar Zidan ni..tahun ni sambutan harijadinya ala kadar sahaja...dengan mama yang dalam pantang.Takpe la..asal mama ada gambar ini buat kenang-kenangan.

~ Semoga Umar Zidan menjadi anak yang soleh, berguna kepada agama, bangsa & negara ~

(Doa yang sugguh patriotik)

~eeeehh..Umar Zidan la ni suka sangat lagu Bunga Raya & lagu 1 Malaysia!~

Monday, March 28, 2011

NaK BeLi StRoLLeR ApA YeR ??

hahahahaha... mak budak ni kalau dah sihat sikit..mulalah angin meroyan shoppingnya datang balik. Tetiba terpikir nak beli stroller apa pulak untuk budak kecik satu lagi ni?? Macam2 brand dah terpikir nak beli, bila nengok rege.,..mak jadi panik! Sayang duit wooo..beli stroller beribu hengget lepas tu nak let go untuk 2nd hand susah mau jual. Dalam hati....mak suka jer brand Sweet Cherry...tapi kalau laki mak dengar mak nak beli Sweet Cherry dia cam "Sweet Cherry'!! bunyik dia cam Sweet Cherry jer..cam takde kelas la.. poodahhhh! Takde kelas konon....meh sini tabur duit kat I biar I beli Stokke ker, Bugaboo ker?? Nak berkira pulak laki mak ni...mencik. Nengok lah...last2 memang mak tak beli stroller la jugak. Puas sangat dok mikir...baik ku seret jer semua bebudak ni.

Saturday, March 26, 2011

UmAr ZiDaN TuRnS 2 !!

Assalamualaikum....
semalam, 25hb Mac..Umar Zidan mencecah umur 2 tahun.
Alhamdulillah anak mama sihat walafiat dan semakin "bijaksana".
Kesian dia..mama tak dapat sediakan majlis untuk dia, sekadar ucapan yang tidak dimengertikan ajer khas untuknya.
Tapi malam tadi auntie dia telah belikan belon & kek buat sambutan kecil-kecilan.
Tapi dah di hancurkan dengan rengekan kakak Feesa...yang asik2 menangis ajer kerjanya.Bengangnya dapat anak macam ni...pening kepala mak asik nak dengar dia merengek & menangis,kalau budak kecik kita paham la lagi...ini dah sekolah bagai, bikin hatiku panas jer.

Nanti bila dah jumpa cable nak masukkan memory card..baru boleh upload gambar terkini & sensasi. Hahahahahaha!

Wednesday, March 23, 2011

SaYa & PeaRL HaYa !!

hhmmmmm...
apa dah jadi ni....dari tak pandai bertudung mahal jadik pandai tak boleh di adjust la pulak saya ni.
Makin parah....suka itu, suka ini tapi nak pakai sayang.
Dah jadi perangai suka mengumpul pulak macam saya suka kumpul baju baru untuk anak-anak.
Seingat saya..saya dah ada 8 helai tudung (ker lebih) PH dan 3 helai masih tersimpan rapi....
dalam hati pulak ada 2 yang sedang ku terkenankan.
OOhhhh tidak!!
Perangai mengumpul ni tak bagus benornya....perangai saperlah yang ku ikut ni??
kihkihkih!
Agak2 kalau jual PH 2nd hand laku tak??

Tuesday, March 22, 2011

HaPPy BiRtHdAy To Me !!


Salam all...
hari ini harijadi saya yang sangat simple.
No cake..no celebration.
Hanya ucapan Selamat Hari Jadi dari semua yang mengingati terutamanya encik Am tersyayang lah sangat!
Nothing to share with....semoga Allah memberi lebih keberkataan kepada kehidupan saya bersama keluarga.
~ Amin ~

Monday, March 21, 2011

10 HaRi SuDaH BeRLaLu ....

Assalamualaikum all..
sekejap rasanya (iye ker) tiba2 dah 10 hari ku berpantang hari ni.
Tali pusat Hamzah pun dah lepas malam tadi kot..anak kali ni tali pusatnya lambat luruh.Tapi clamp nya dah lama tercabut, sejak balik ke rumah dari hospital lagi.Kalau budak berdua tu..4 hari dah luruh tali pusat.
Mana taknya...dengan baby Hamzah ni...hari ke-9 baru ku mandikan..malas dengar baby nangis terjerit2 kena air masa mandi, tu yang dah hari ke-9 baru kenal air mandi.Hambek ko! Selamat tak nangis...bagus! Semakin matang kamu yer nak oiii!
Masa hari ke-9 jugak baby Hamzah start tak bisa tidur lena malam hari...huwaaaa takutnya sebab malam2 sebelum ini lena tidurku.Tetiba dia menangis kuat2 cam terkejut/takutkan sesuatu.
Tetiba jugak ku ketuk2 perutnya bunyik cam tong..aduhaiiii, kembung la pulak.Tapi cabarannya sikit jer..nangis kejap jer...tak sampai seminit...bila dah lepas tu jer..tak berapa nak lelap. Asik2 terjaga, uwek2 sikit, sumbat susu cap gantung, sambung la dia pejam mata.
Alhamdulillah jugak..malam tadi dah start melena semula.

Cabaran yang patut ku catit kat sini sebenarnya ialah cabaran menghandle Umar Zidan bertemu adiknya buat pertama kali.Sangat lah giler mencabar kami nak handle dia..sungguh haru biru!
Nanti ku sambung yer!
Babai!

Tuesday, March 15, 2011

CeRiTa TrAGiK LuAr LR !!

hahahahahah!
kan dah janji nak cerita satu cerita tragik kat luar LR masa pukul 230 ptg tu...
ceritanya tak lah gempak sangat...tapi bikin ku takut beb!

Masa adikku datang tengok ku dalam LR tu sebab ku tertidur kan....
tetiba terdengar jeritan...lolongan seorang wanita yang dalam kesakitan di luar pintu LR ku.
Dia menjerit "sakit..Ya Allah sakitnyaaa".
Huwaaaa...suspeng haku...cam rasa nak terberanak la pulak dengar orang terjerit2 ni.
Dalam hatiku cakap...ewaaahhh..ni dah macam kar sepital gomen la pulak..ada yang terjerit2...(ehh iye ker???sama jer kot)
Tapi memang 1st time la ku dengar orang sakit nak bersalin terjerit2 cam cerita dalam TV!

Hadoi laaaa..terus kontraksi aku di buatnya..
kakakakaka..itu jer ceritanya!

Bila dah lepas2..ku dengar nurse yang temankan doktor yang tengah menjahit ku tu bercerita..
katanya wanita tadi dah diberi Epidural 12ml tapi masih rasa sakit..tapi memang lepas wanita tadi terjerit2 dalam 10 minit dengar suara baby nangis.bersalin sudah!

Monday, March 14, 2011

KrOnOLoGi BeRsALiN PaLiNg TaK TrAgIk !!

Hahahahahaha..tajuk!
Okeh..Assalamualaikum semua.
Mula2 nak ucap ribuan terima kasih pada semua kawan2 yang ucap tahniah kepada saya di atas kejayaan saya melahirkan anak ke-3 pada hari Jumaat yang lalu.
Hihihihihi! Alhamdulillah segalanya dilindungi Allah.

Sebenarnya saya ke hospital memang untuk memenuhi temujanji untuk bersalin..malas dah nak tunggu2 lagi..nanti bikin hati berdebar2 ajer.
So saya ke hospital dengan encik Am pada pukul 950 pagi..kemudian CTG dipasang..kontraksi tanpa sakit datang 11 minit sekali.Saya relax jer sampai nak tidor2 pun ada..tapi pagi tu saya tak pegi breakfast pun..nerves kot!Jadi tak ler berapa nak lelap mata ni.

Yang saya ingat..pukul 1020 pagi doktor masuk bilik dan cek bukaan servik..resultnya zero!
So 1030 pagi dia masukkan ubat induce kat dalam sanun!! Nurse cakap tak boleh bergerak selama 1 jam.So saya relax2 je lah atas katil tu...bosan siot!!
Tunggu lah sambil makan2 coklat.
1130 pagi waktu berbaring pun dah tamat..so bolehlah bangun nak pegi toilet ker ...tapi still kena tunggu kat LR tu..mereka pasang CTG lagi.Adoi laa..bosan betul.
Masa ni dah pukul 12 tgh hari..perut dah lapar...sebelum AM balik untuk solat Jumaat, ku pesan kat Am suruh nurse2 tu hantor makanan untuk saya.Dari pagi tak makan...kang nak bersalin takde energy pulak.Depa hantarlah meehoon goreng hok pagi tadi punye kot..apalagi, bedal ajelah!

Dah lepas tu takde buat apa..sebab memang kena tahan dalam LR jer..ku pun apalagi..bantai ler tidur dulu..sebab perut pun tak sakit haper. Sebelum merasai sakit yang tak terhingga..baiklah ku menikmati napping buat sementara waktu.Bangun2 dah pukul 230 petang..itupun adikku datang jenguk (dia pun admit kat tingkat 5..sakit kulit) sebab HP ku off..mak ku dah call banyak kali apasal tak angkat2.Hehehehehe!
Pukul 3 doktor masuk dan check bukaan dah 3cm!! Pelik sebab tak rasa sakit lansung...
nurse cakap lepas tu nak masuk drip..tapi tup tap tup tap pukul 340 baru masuk drip. Tapi sebelum pukul 3 tu ...ada kesah kat luar LR tu..nanti ku cerita!

Bila start masuk drip air tu..sakit berdenyut datang 10 minit sekali..lama2 makin sakkkiitttt..oohh tak mahu ku ingatinya!!
Sampai kita akan terasa...untuk menikmati saat2 yang tak sakit tu...saat yang sangat membahagiakan bagi orang yang sakit nak bersalin.
Satu hal yang buat ku geram jer kat nurse sorang kat situ..dia asik suruh ku ambik ubat tahan sakit jer..ku benornya tak mau sebab ku tahu...selalunya kalau dah drip air..dalam 1jam lebih mesti bersalin punye...tapi sebab asik di tanya jer..by 420pm ku iyekan ajelah.KAtanya bagi lagi cepat..selamat betul cepat..sebab 440pm baby ku dah selamat keluar pun..dengan bantuan doktor.
Doktor datang 430..dia godek2 jalan bawah tu sebab dah 8cm...
Alhamdulillah babyku lahir bersih tanpa tangisan..lepas dah kena sedut baru nangis.
Walaupun tak kena gunting laluan bawah tu..doktor masih jahit jugak..katanya terkoyak semasa proses baby keluar.Apa2 pun..semuanya selamat..bikin ku leeeeeggaaaa yang berpanjangan!!

SaLaM OrAnG BaRu !!


Alhamdulillah....saya telah selamat melahirkan putera ke-2 = anak ke-3 pada 11/3/2011 yang lalu.
Biodata anak kecil saya :
Nama : Hamzah Qayyum bin Hamdan
Berat lahir : 3.07kg
Panjang : 53cm
Waktu kelahiran : 440pm
Tempat lahir : DEMC, Shah Alam.

Thursday, March 10, 2011

OnLiNe ShOp !!

Sajer nak tanya...sesiapa pernah beli dari kasihkusyangku.com.
Saya ada beli beberapa barang recently..
tapi sangat menghampakan...
service penghantaran barang yang mereka gunakan iaitu syarikat Kanggaroo buat saya geram.
Bayaran dah di buat sejak 2hb MAc..bayangkan sampai hari ni barang masih tak terima.
Geram...banyak kali dah mengadu..sampai hari ni ku masih mengadu lagi. Malas dah nak dengar alasan baik dari penjual mahupun si Kanggaroo tu.
Bencik!!
Bak sini balik duit courier service haku!!

AbAnG UmAR ZiDaN !!


Pejam celik..pejam celik..dah nak masuk 2 tahun usia Umar Zidan 25hb Mac ini.Dah besar tapi mama rasa cam baru jer timang2 Umar dalam kendongan.
Tahun ini jugak..bulan ini jugak Umar Zidan nak jadi abang sudah!
Harap Umar Zidan tak nakal sangat melepuk baby yer nak....kalau tak...???
Pengsan mama nanti!!




Ini gambar pagi semalam.....waaaa, anak mama dah hensem nak pegi umah Opah Peah.Baju ni jugak dia pakai sampai malam tadi, sebab petang semalam dia pegi jalan2 dengan papa & mama ke Sunway Pyramid, dah petang masa nak balik dia pengsan dalam kereta sampai pukul 830 malam.




Kalau nak tahu..inilah aktiviti kegemaran anak bujang sorang ni....pulas stereng kereta, main honk, main lampu, main wiper dan main segala-gala yang ada kat dashboard kereta tu.
Sebab itu setiap kali kami panaskan enjin kereta....gear mestilah di kunci dahulu.
Ini budak banyak buat aksi terlarang!

Okey...itu saja nak update perkembangan Umar Zidan yang dah nak 2 tahun ni.
Semoga dia menjadi anak yang soleh, kepada ibu bapa dan taat perintah Yang Maha Esa!
~Amin~

Tuesday, March 8, 2011

Hai..Hai..Hai..

Cuba teka...kita dah ada baby ker belum???

Hahahahaha..teeeetttt!!
Jawapannya adalah BELUM !!

tunggu dan masih menunggu...tadi pegi checkup, doktor siap seluk lagi...hampanya tiada bukaan serviks.Masih rapat!!
Nampak gaya....saya bolehlah pilih tarikh sendiri...
so..., kita suka tarikh ini..11/3/11!
Best tak??

InsyaAllah! Doakan saya>

Thursday, March 3, 2011

CaK..CaK !!

Assalamualaikum....
hahahahaha...
ku masih sihat di sini.Tak keluar baby lagi pun..bila la yer??
Hari Selasa lepas, seperti yang di janjikan...ku pegi jugak ke DEMC, poyo2 mendaftar macam biasa kat klinik doktor tu...sekali file ku semua dah takde kat klinik..semua dah transfer ke labour room punyer kaunter.
So...nak tak nak kena jugak pegi sana...tapi, tapi, tapi...buat CTG ajer..
hahahahahah! Lega....
sesambil menunggu buat CTG tu...adalah 20 minit kot, anakku punyelah aktif.Jantungnya kedengaran sangat kencang berdegup...sihat ler tu.
Sekali kan..tetiba doktor masuk...waaaaa,,, nerves mama ni...kot lah dia cakap "mari kita bersalin"
mau haku terus naik darah tinggi!

Sekali doktor tu pun explain dengan penuh rasa paham kat diriku ini (paham yang haku ni tak bersedia nak beranak lagi)
Dengan senyum simpul, doktor cakap "it's ok, lagipun ibu masih takde contraction, baby aktif..so kita tunggu sampai next week..datang sini 8hb"

Phhuuuhh...lega...so kita tunggu!!

Popular Posts