Monday, November 30, 2009

CasT IrON PaN & PoT

waaaa..dah lama saya mengidam cast iron pan atau pot, baru baru ni jer

baru ternampak benda ni di jual kat Malaysia, itupun kat IKEA. Tempat lain tak pernah jenguk lagi, yang pasti kat luar negara saya rasa banyak kot sebab saya mula nampak cast iron cookware ni dalam rancangan memasak dari oversea tu...alah AFC la, mana lagi! Dan harganya memanggggg mahal, tak boleh nak sangkal.




OOhhh..dan ianya berat jugak, terlebih berat sudah. Cantik kan...i wish...mula dah! kalau saya dah buat dapur baru siap ada cabinet dapur yang comel pun dah cukup, jangan lupa tukar hob sekali..waaaa make sure hakak rembat pan ini 1, 2 atau 3 bijik.
Wakakakaa..la ni pun ada 5 bijik Vision yang tak di guna lagi, semua gara gara nak nunggu dapur baru yang ntah bila bila!

Apa LaH GuNaNya CaR SeAt KalaU .....



anakku duduk begini! Huhuhuhu...
kalau di ikat, dia lentik lentikkan badannya..
kalau gini...senyap pulak!
Ewahhhh!!!

Hehehehe ...

Banyak eehh postingku bulan ni..
asik nak berposting ajer..
now kena slow sikit kat opis sebab ada dateline 3hb...
benornya ada gambar nak masukkan ni, tapi..kat umah lah..
sekarang adalah masa melayan boss haku berborak..a part of my job actually!

Saturday, November 28, 2009

FoR SaLe !!






Baju baju ini saya beli di KL dengan harga yang sangat murah, ianya untuk pakaian saya , al maklum..saya ni kalau bab pakaian sendiri harus yang murah sahaja. Macam nak pegi beli lagi sebab semalam masa pegi tu ada nampak yang berkenan tapi macam kena pendam dulu sebab mereka menjual dengan cara borong, baju yang saya punya ni ada 4 warna, same design! Kalau korang ternampak ahkak ni esok esok dengan baju yang lebih kurang jer..ini lah sebabnya.

Kalau ada sesiapa yang berminat, seperti yang di atas ni saya jual dengan harga RM30 termasuk penghantaran pos laju. Sila email saya dulu yer, cukup korum saya pergi belikan.
1 helai - RM30
2 helai - RM57 sahaja.

FeeDiNg TiMe!!

okey...ini cerita semalam

semalam yang sangat happy..takde buat apa kat rumah

so mama buatkan Umar Zidan Pumpkin Rice Porridge.

Nampak tak gambar dia makan...dia sangat berselera, potion makan nya, setengah mangkuk yang si 'neng' tu pegang!

'Neng" ni tak payah buat permit untuk hire dia, cuma kasi makan yg sedap sedap, tempat tinggal dan melayan kerenah dia yang lain! hehehehehe!

Makan dik!!

auuumm! sedap!

Friday, November 27, 2009

DaTiNg witH FeeSa !!

Semalam saya kerja half day sahaja, so bawak ini anak dares pegi office kemudian kami berpoya poya berduaan ke Sunway Pyramid! ahahahahahah..seronok bunyiknya kan! Iyelah, mana taknya...dah lama tak jalan2 dengan aman kat mall, kalau dengan Umar...oohh...pikir dulu banyak kali!
Hajat utama nak bawak Feesa tengok cerita A Cristmas Carol...
tapi akhirnya kami nengok Senario 2 : Beach Boys! kuang..kuang...kuang! Ntah apa apa ntah, anak punya pasal ku turutkan jua!




Sebelum tu, kenalah isi perut dulu..kita makan di Secret Receipe!
Feesa makan mini burger tu yang akhirnya masuk ke dalam perut mamanya jua!



Ini nasik saya...waaaaa, teringat ingat pulak!




Bergambar kenangan bersama Cristmas decoration di Sunway Pyramid.






Gambar kenangan dalam cinema, tak ramai pun orang, tak sampai 40 orang rasanya.
Kalau ada masa lagi, nanti kita pegi jalan jalan dan tengok film yang lain pulak!














































LayaNzzZ !!



yang atas tu gambar pagi ni, pagi Aidil Adha,
yang bawah tu, heeiii dah tak dok diam...nak bergambar pun bergerak !

Thursday, November 26, 2009

UmAr ZiDaN @ 8 MonThs !!

hahahahaha
semalam 25hb, Umar Zidan dah umur 8 bulan
kejap jer masa berlalu, budak saiz S yang keluar dari perut mama ni dah besar & lasak ya ampun!
Kepandaian sekarang,
* mula nak berdiri sambil memegang
* meniarap dan menjalar macam komando
* sangat pantas bergerak dalam posisi meniarap
* mengada ngada asik nak kat mama jer (nak mandi pun nak nengok jugak)
* pandai angkat badan sendiri
* dah boleh duduk dengan sendiri, mula mula ngendeng kat orang, lepas tu duduk
* mama masih kasi susu max 4 oz sekali walaupun dia boleh minum lebih daripada itu
* sangat suka makan apa saja, tidak memilih...daripada makanan segera Heinz atau pun nestum tepung beras..selera jer!
*baru start di beri bubur nasi hari ni (tapi tak taulah kot Acik Peah dah pernah bagi sebelum ni)

itu sahaja, gambar nanti malam kita masukkan!

SaLaM AiDiL AdHa !!

Assalamualaikum..
Salam Aidil (bukan ostad aidil nur kasih tu yer, hehehee) Adha..
kepada semua pembaca blog ini
kalau ada yang pulang ke kampung, berhati hati di jalanraya
kepada yang membuat ibadah korban...
sedekah ler sikit daging korban tu pada kami di sini..wawawawawa!! tak malu betul!!

Wednesday, November 25, 2009

ThE PrInCEss AnD tHe FrOg!!





Release Date: 3 December 2009
Language: English
Subtitle: Malay, Chinese
Running Time: N/A
Director: John Musker, Ron Clements.
Cast: Anika Noni Rose, Bruno Campos, Jenifer Lewis, Keith David, Oprah Winfrey.
Synopsis:
A prince named Naveen (Bruno Campos) from the land of Maldonia is transformed into a frog by the evil scheming voodoo magician Dr. Facilier (Keith David). The frog prince asks a waitress named Tiana (Anika Noni Rose) to break the spell by kissing him. However, the kiss doesn't break the spell, but instead turns Tiana into a frog as well. Together, the two of them must reach the good voodoo priestess of the Bayou, Mama Odie (Jenifer Lewis), while befriending a trumpet-playing alligator and a hopelessly romantic firefly along the way.

Macam best jer cerita ni, nak jugak bawak Feesa bila dah di tayangkan pada 3 disember 2009.


NuffNang!!

weh!! akak pun serve NuffNang tau!!
benor dah lama register, tapi ala ala ke bluran..
makanya malam tadi adik ku telah memasukkan benda alah itu ke dalam blog ini..
nampak kat blog orang suruk klik nuffnang tu..iye ker..
kalau rajin korang klik lah yer..!

Ke MaNa YeR ??

Esok saya bekerja half day sahaja,
makanya dalam kepala ni dah memikir berbagai bagai tektik untuk bersuka ria dengan Feesa
oohhh! Sang suami bekerja maka saya mengambil kesempatan dengan berjalan jalan dengan Feesa sahaja, si Umar pun dok umah Acik Peah, makanya i'm free to pergi mana mana.

Haaaaaaaaaaaaaaaaa....
selamat teringat, baiklah pergi menonton wayang cerita A Cristmas Carol..kalau anakku nak nengok cerita hantu ker..please say goodbye! Ko duduk luar panggung tu!
Feesa ni pelik teramat...nampak iklan cerita hantu..cerita tu jugak yang nak di tengoknya!
Buat apa nengok cerita hantu kat wayang, sebab hantunya besar! waaaakakakaka! Al maklum screen nya jugak besar, nak tengok cerita hantu malam esok 9.30 TV3, Jangan Tegur Lagi.....(bukan Jangan Tidur Lagi)

OK...sampa ketemu di entry lain!!

Tuesday, November 24, 2009

PaRCeL DaRi USA daH SaMpAi !!



haaaa...dah sampai tadi siang dengan keadaan selamat!
Berita baik jugak, CPU desktop saya jugak okkey !!
So , macam kena buat lah doa selamat malam Jumaat nanti, wakakakaka!
Thanks to my dear forum friend Cik Nur Dar, yang sudi membeli dan mengepostkan barngan kaum kerabat saya di sini.Baju Umar pun ada, sangatlah cute , Thanks ya!!

PC MaSuK AiR !!

tolong! tolong! banjir, banjir!!
rumah ku banjir...
bukan sebab hujan
tapi sebab saluran keluar air mesin basuh tu tercabut..
rumah kalau macam kotak mancis
kat situ lah tidor kat situlah makan
kat situlah jugak mandi dan basuh pakaian..
ooohh lupa, kat situlah jugak main komputer..
so now, selepas mendapat panggilan telefon dari rumah yang mengatakan rumahku syurgaku itu banjir..
hhmmm.stuck kejap otakku di situ!
paling tragis bila ayat ni keluar "habis CPU tu semua masuk air"
agagagagagaga..macam nak nganga ker macam nak nangis??

ku ni tak check lagi apa yang benornya situasi kat umah tu..kalau call sure ada yang perang besar..
kalau malam ni ku tak ada posting baru, makanya sah sah ler CPU tu terndam air, sebab apa tau, sebab CPU tu berada dalam keadaan berbaring di lantai.

Huhuhuhuhuhu! baik aku nangis dulu!!

Monday, November 23, 2009

BaNyaK Tuuuuuu...

wakakakakaka!! ku ni ada satu penyakit sikit
kalau beli baju baju, suka perap lama lama
la ni..asik teringat nak beli "cermin mata dalam" yang baru
sebab yang ku pakai ni semua nya hat untuk Umar minum & senang
sekali bila ku punggah2 almari kat sebelah ni....
maka terbongkarlah semua "harta karun" "cermin mata dalam" ku....
kalau nak tau...ada 8 ookey..LAPAN helai "cermin mata dalam" ku yang baru tak cabut tag lagi....
waaaaaa...sewel ker haper ku perap lama lama dalam lemari ni....
simpan buat tukun..selamat masih muat!

Biru Ada 3, Hijau ada 4 & Merah ada 1.


wawawawawa!!

TeTiBa NaK CLaRks Lagi...!!

ntah..
memang ngade ngade jer bila nak bulan 12..(ker memang aku gini cuma cam tak perasan)
dah aimed 2 pasang dalam web...
kalau jadik..kasut raya hari tu kenalah let go..
ada ker yang nak????

Hi EvERy One!!

haallloooo...
semalam kami tak kemana mana kecuali ke kedai dobi untuk mengeringkan baju basuhan yang bakal tak kering kering kalau ku jemur jer kat luar rumah tu. Makanya, ku cuci 2 round termasuk satu round baju Umar Zidan yang dah zero dalam drawer dia. Kalau tak, tak berbaju lah anak teruna ku pagi ni...

huhuhuh...setiap hari sangat lah lembap ku rasa, mana tak nya..matahari malu malu nak keluar. Kain baju yang bersidai sejak Sabtu, agaknya petang ni kalau sempat angkat sebelum hujan keringlah..kalau petang ni ku balik dah hujan..sure kena jemur lagi sampai esok! adoi laaaa....tak baik merungut di pagi hari!

Cerita sedih, seorang teman di opis ni baru kematian ibunya pagi tadi. Al Fatihah untuk roh ibunya, bila pulak tibanya giliran ibu kita atau kita sendiri??? Hanya Allah yang MAha Mengetahui!! Apa yang boleh ku cakap pada teman ini cumalah...redhakan ibumu pergi kerana dia mungkin lebih tenang di sana, dari menanggung sakit di sini!

Jumpa di coretan akan datang...ahkak nak merayap ke dunia tanpa sempadan kejap!!

Saturday, November 21, 2009

PeGi SaLe Laa, MaNa LaGI !!

hehehehehe..
hari ni , dah petang baru gerak..mula mula ke Philip Warehouse sale kat Seksyen 23 Shah Alam. Waaa...sangat best salenya..LCD TV discount sampai RM1k...yg harga asal RM3999 jadik RM2999.
Lepas tu...hhmmm macam macam lah..periuk nasik harga RM179 jadi RM100 jer...
semua ku tak minat..misi ...mencari blender! Tapi selamat cuma ada satu jenis jer blender yang dia jual...lebih kurang kurang ku punya, harga cuma RM80.So, taklah terkilan benor sebab misi nak carik mini blender tu tak kesampaian.

Tapi kat sana ada jugak jual Avent produk...
Avent Isis Duo BreastPump cuma RM900 instead of RM1.8k..waaa terjua melihat, tapi tak minatlah time ni.
Avent teat cuma RM12/2pcs , Avent starter Feeding set cuma RM70, murah tu.
End up kami keluar tanpa membeli apa apa. Nampak ramai jugak yang mengangkut LCD balik naik kereta, penuh!

Lepas itu,,we are heading tu Pureen Warehouse Sale pulak...
jam sudah pukul 4.40 masa sampai tu...
cepat2 masuk tengok tempat baju, konon2 nak beli kiriman orang jer, tapi tersambar jugak untuk Umar 2 pasang.
Lain lain pembelian, bedak, Heinz baby food, body shower & diapers.

Dah, maleh nak snap2 gambor..camera pulak tu dipinjam orang.

Bye!!

Friday, November 20, 2009

ProGraM CuTi SeKoLaH !!

Dah ada anak yang bersekolah ni...
kenalah buat program bila waktu cuti sekolah tiba untuk Feesa...
hhhmmm....tapi, selalunya, program tu mesti tak menjadik...
sebagai contoh, nak booked hotel thru Berjaya previledge tu pun tak dapat..susah betul nak dapat , kesian kat ahli...!!

So, ai macam tergedik2 nak ke pantai bawak Feesa & Umar, atuk & nenek sama sama mandi pantai, bersantai santai sambil memasak dan memanggang ikan. hoolllaaa..heaven rasanya.
So, kalau jadi...5hb nanti kita ke PD.

Lagi satu program yang ter rencana dalam kepala ai ialah..nak register KUMON class for Feesa, sama ada ambik English atau Matematik. Ai rasa better ambik English..sebab potatoes pun dia tak tau???
What the poor dotter!! Sian anakku...
When i read her an English story book, she when like...what the hell my mother is bubbling??
Then suruh kita baca "cakap Melayu".
Paling kelakar, dalam buku tu adalah watak Tom & Jack..lepas tu bila dia baca sendir..dia tanya siapa budak lelaki tu Ma?? so ai jawablah "Tom and Jack"..
tapi bila dia ulang semula dia sebut "Tom and Anjack"...hadoi la.!!


Tapi, seperti biasa, kerja ai menjadi sibuk bila bulan 12, wth?? sebab time ni orang gomen sibuk nak tutup account, now pun tengah menyusutkan sikit sikit invoice dalam koleksi ai ni.Normally ai memang tak berkesempatan nak cuti lebih2 selagi tak siap kerja kerja itu.

Teringat cerita last 2 years back...
bila boss takde kat sini, time tu kerja melambak2 sebab semua goverment sector nak close account,
ai keluar opis pukul 7.30 malam which is the first time in my working life. You all tau la kan..tempat kerja ai ni bukan lah international company macam you all tu..kekekeke!
Lagi kelakar..from A to Z ai prepared dan ai signed sendiri.
What to do....the director when off to UK ...
ai yang nak pegi Ulu Kelang pun tak dapat ni..tonggang langgang la buat semua kerja..by the time pun ada satu kontrak harga 9M yang nak kena di settlekan..that why la!

Now...semua nya sangat ok...dengan ekonomi yang ala ala tersemput2 i guess...goverment pun dengan budget yang sangat tight..tak dapatlah ai nak sibuk seperti selalu. Tapi masih di tahap bulan paling sibuk sepajang tahun!

Happy Holiday every one!!

SaNa SiNi SaLe !!

huhuhuu..
sana sini sale...
buat kepala ku pening meloya loya..
sebab apa ??? sebab pitis tak dok...

antara yang ku ingat
1) Pureen Warehouse Sale (wajib pegi)
2) Philip Warehouse Clearance (ala ala macam wajib ngade2)
3) MOthercare sale pun start jugak (pun sama lah..tetiba ngade2 jadi wajib)
4) Planete Enfants (tak wajib)
5) Kiko Warehouse Clearance (hat ni tak clear2 over the year)
4) Popular Book Sale (sunat kalau pegi)

lagi...

rasanya kat mall mall semedang sale merata....
what to do?????

MeSTi ToNToN!!

waaaa..
tak sabar rasanya, bila lah saya akan berkesempatan untuk menonton movie ini.
it's a 3D movie film, kalau di sini, kat Sunway Pyramid ada rasanya,
boleh lah pegi dengan Feesa while papa baby sit Umar Zidan.
wkaakakaka!!
Nak pegi yeaay!!

Thursday, November 19, 2009

HAhAhaHAHA!!

sesambil main internet di office...
sesambil jugak melayan "orang" berborak...
tiba tiba..dengan nada yang bersungguh sungguh...
dia mengingat kan...
"OK,SALWA...SAYA PERGI LONDON TAU BULAN 12 NI"..

hahahahahaha...
kenapa saya pulak mendengarnya macam "kalau awak nak krim apa apa, sediakan lah duitmya"

wakakakakaka!! orang kalau dasar kuat shopping, tak dapat pergi pun..dah arif jugak lah part part London tu...
saya memang pandai..saya pandai nyanyi lagu "London Bridge is Fallin down"...
but not this time...tunggu "dia" balik dari sana dulu...









.

sedang memasang angan...
~lalalalalalala ~






beg kertas Burberry ker......
baik mintak kat Ana, kalau dia kasik!!

HaPPy Nya !!

hai..
hari ini saya rasa happy yang lain macam..macam rasa begitu excited sampai berdebar debar..
tapi takde apa pun yang menarik. Biasa saja!

Bila tengok gambar suasana Christmas di mana mana dalam internet ni , saya sure happy! Sejak kecik, saya sangat happy bila dah nak Christmas (bengong ker). Tak tau kenapa?? bila dah tua bangka ni, baru saya tau sebab apa saya happy time nak Christmas, antara sebabnya :

1) sebab banyak sale
2)sebab cuti sekolah (masa kecik lah)
3) sebab musim sejuk (walau tak keluar salji)
4)sebab boleh tengok cerita dongeng kat TV (cerita Santa Claus sgt best!)
5) sebab boleh jalan jalan kat mall sambil tengok Christmas decoration (sangat cantik)

Last year..kalau tak silap, kami satu family 4 beranak (time tu Umar Zidan dalam perut lagi) jalan jalan ke Garden & Mid Valley, sesambil melihat ke ruang lega Centre Court tu yang cantik..tetiba pulak turun salji tiruan, salji hampeh yang buat kami anak beranak terbatuk2 dan bersin.Agaknya cuaca kat Malaysia ni yang berjerebu, buat salji yang turun tu bawak hama ker toxic agaknya! wakakakakaa

kalau lah Malaysia turun salji betul2 kan best..kat belakang rumah aku ker???

Wednesday, November 18, 2009

SeCReT ReCeIpE!!

Frrrozen Hot Chocolate: Serendipity's Best-Kept Secret
by Stephen Bruce


Ingredients
6 half-ounce pieces of a variety of your favorite chocolates
2 teaspoons storebought hot chocolate mix
1 1/2 tablespoons sugar
1 1/2 cups milk
3 cups ice
Whipped cream
Chocolate shavings print a shopping list for this recipe


Preparation
Chop the chocolate into small pieces and place it in the top of a double boiler over simmering water, stirring occasionally until melted. Add the cocoa and sugar, stirring constantly until thoroughly blended. Remove from heat and slowly add 1/2 cup of the milk and stir until smooth. Cool to room temperature.
In a blender place the remaining cup of milk, the room temperature chocolate mixture, and the ice. Blend on high speed until smooth and the consistency of a frozen daiquiri. Pour into a giant goblet and top with whipped cream and chocolate shavings. Enjoy with a spoon or a straw. . . .or both!

saya sedang berusaha nak dapatkan the chocolate mix from the serendipity punyer cafe di NY, kalau tak dapat jugak..inilah alternative nya.Bikin sendiri..blender dah ada!!

NaK BeLi SaLMoN TaK??

Haaa..kuota perkongsian pembelian salmon fillet cuma tinggal 5 keping lagi..
so ..kepada sesiapa yang masih berhajat....
sila penuhkan kuota..sebab saya hanya akan membeli pada hujung bulan ini.
Harganya RM30/kg...sekeping mungkin dalam 1.2kg plus minus.

Mari..mari ..mari..!!

sekian terima kasih.

Tuesday, November 17, 2009

My NeW BLeNDeR !!



hahahahaha..

hari tu kan sibuk buat wishlist nak beli blender baru untuk buat puree or bubur Umar, so..tak dapat menahan rasa gelodak jiwa (hadoi la ayat!!)..maka semalam saya telah membeli blender ini. Brand Philip model HR2000, yang bestnya, dapat dua bijik bekas blend tu, satu hat 1.5L, satu lagi 2.0L, so adalah spare lagi satu. Satu untuk buat makanan Umar, satu lagi untuk buat sesukahati.
Dan tadi..saya telah buat puree sweet potatoes untuk Umar & apple juice ice blended!
Harga??? Murah jer..tak sampai 100 hengget!!

Sunday, November 15, 2009

MU JeRSeY FoR My MaN !





GRaDuaTioN DaY oF NaFeeSa!!




Nampak tak semua kat mana??? Kat Bangunan Persekutuan, Petaling Jaya, asalnya macam tak nak pegi sebab last call cakap Feesa tak masuk menari tu, tapi still boleh la datang untuk ambik sijil. Acara start pukul 2 petang, tapi kami saja datang lewat pukul 3.15 baru sampai.




Ohh, ini orang kuat mama & Feesa! Teleng 2 beranak ni nengok apa ntah?





Cak !
I think she's look so gorgeous wearing the graduation uniform!

Kawan kat depan tu pulak..mama tanya siapa tu??

Dia cakap "ini kakak"..agegegegge, keciknya kakak ko tu!!



Suka mama tengok, harap Feesa besar nanti dapat graduation di universiti pulak, InsyaAllah!!




Time ni naik atas pentas, salam cium tangan & terus jer jalan..sampai salah jalan!kekekeke!


Selamat sempat jugak Feesa attend ambik sijil ni, sebab sekolah dia adalah yang terakhir sekali dalam list tu, fuuhhh! Kalau tak, macam rugi jer, mama dulu tak pergi tadika, nasib Feesa sempat ada kenangan yang macam ni!


Gambar dalm sijil ni lagi cute kan??
heheheheh...tergelak kami laki bini masa tengok sijil dia ni ha!

Saya telah tamat belajar di Tabika Perpaduan Malaysia, Seksyen 17 Shah Alam tahun 2009 (Kelas 5 tahun)

Bye! Bye! Lepas ni Feesa masuk sekolah Pra pulak!










LeMoN CHicKeN RoSeMarY !!

Okey semua, ini lunch kami semalam, ai tempah ayam lazat ni di blogspot ini yer -> www.dj-lrc.blogspot.com

Rasanya..sangat lah okey kat tekak ni..lebih2 lagi baunya..ala ala Kenny Rogers Roaster gituk, tapi KEnny Rogers tu mahal sungguh la ni, so ini lah alternative untuk makan di rumah dengan rasa yang tak kurang sedapnya.Nak pi makan di kedai kalau macam ai ni kena pikir 4-5 kali dengan bawak Umar Zidan, kenkadang dia ok, kenkadang nak buat peel jer! Tak nak pening2 makan je lah kat umah, nak makan pakai seluar pendek jer pun boleh!! kekekekek!

The packaging kelasss!!

Haaa...ini lah ayamnya, Lemon Rosemary Chicken.

Side dishes, baked stuffed potatoes -> satu cuma RM2


Kalau makan ayam jer sure tak kenyang, so ai telah buat pasta de'olio yang telah terlupa letak garam, jadinya tawar meluar!!

Sesiapa yang nak cuba, silalah yer!

Friday, November 13, 2009

MacaM MaNa NaK MaSaK SaLmOn ??

haaaaaa...
sejak sejak ni, blog ni asik keluar cerita salmon jer kan..
sebab ku ni tgh nak membuat perkongsian pembelian salmon fillet ni dengan kawan2 yang lain..
harga sangat murah daripada pasaran iaitu cuma RM30/kg berbanding kat luar yang lebih daripada harga yang ai dapat tu.

Ada yang tanya ..macam mana nak masak...??
kalau ikut ai yang sekolah tak berapa nak tinggi ni...
ai pandai jer nak cari resepi & nak jer belajar benda yang baru..
ooo sebabnya...lupa lupa..sebab ai ni masuk dalam kategori rajin la jugak memasak untuk keluarga tersayang. Ada time memang malas, tapi still kena sempatkan jugak masa tu untuk keluarga!
Lagi satu....ai jugak memang sangat meminati apa juga masakan yang menggunakan ikan salmon ni.
semenjak dua menjak ni jer yang pandai...
sebab ikan ni pun bukan berasal dari laut kat Pantai Timur tu...jadik time kecik2 ai rasa semua orang tak pernah rasa. Sedara mara ai..ai confirmed la begitu..kalau orang lain mungkin ada kot yang dah rasa masa time kecik2.

Kalau dulu...kalau tak pegi makan kat kedai mahal..(time berduit je lah kan)...
ai carik jugak kat Cold Storage..tapi hat yang morah2 la..tak la morah mana pun..makan laki bini pun tak cukup dah 18 hengget!
So , dengan pembelian ini, ai tak payah dah meleleh air liur lagi sebab...satu keping fillet tu ai masak 3 kali untuk 3 kali makan ..3 malam lagik!! (paham ker??) sama jer kot!!

Okey..lepas ni jgn kata tak tau nak masak cemana yer..
kalau nak masak lemak cili api pun boleh...cadangan lakiku yang pure sangat Negeri's nya!!

SaLmOn ReCeIpe!!


Ingredients
2 pounds salmon fillets
1/2 cup vegetable oil
1/2 cup lemon juice
4 green onions, thinly sliced
3 tablespoons minced fresh parsley
1 1/2 teaspoons minced fresh rosemary
1/2 teaspoon salt
1/8 teaspoon pepper
Directions
Place salmon in shallow dish. Combine remaining ingredients and mix well. Set aside 1/4 cup for basting; pour the rest over the salmon. Cover and refrigerate for 30 minutes. Drain, discarding marinade. Grill salmon over medium coals, skin side down, for 15-20 minutes or until fish flakes easily with a fork. Baste occasionally with reserved marinade.






Ingredients
1 1/2 pounds salmon fillets
lemon pepper to taste
garlic powder to taste
salt to taste
1/3 cup soy sauce
1/3 cup brown sugar
1/3 cup water
1/4 cup vegetable oil
Directions
Season salmon fillets with lemon pepper, garlic powder, and salt.
In a small bowl, stir together soy sauce, brown sugar, water, and vegetable oil until sugar is dissolved. Place fish in a large resealable plastic bag with the soy sauce mixture, seal, and turn to coat. Refrigerate for at least 2 hours.
Preheat grill for medium heat.
Lightly oil grill grate. Place salmon on the preheated grill, and discard marinade. Cook salmon for 6 to 8 minutes per side, or until the fish flakes easily with a fork.

My NeW WiSh !! DaTanG LaGi !!










hahahahaha..
korang tau la kan..ku ni kalau dah berlist list bagai..dah tentu la sebab ada yang nak ke "sana" tu....
wakakakakaka!!!
tapi perlu ker yer??? sebab sikit lagi, takkan si Umar ni asik nak makan makanan yang lembik2 ni, cam bubur & puree tu sampai dia dah ada gigi..
tunggul2 gigi memang masih belum berputik...tapi mungkin dalam 2 bulan lagi dah start nak bergigi kot...
hmmmmmm...mari kita renungkan bersama!!

Thursday, November 12, 2009

KeNaPa Laa PuLaK!!

haih....background blog ni still tak muncul ker???
KER pc KAT OFFICE NI TAKBOLEH SUPPORT..KALAU KAT UMAH MACAM OK JER..
ASAL KU ON KAT OFFICE TAK BOLEH PULAK??MUSKIL AKAK...
NI KENAPA PULAK AKAK TER CAPS LOCK PULAK...
GONDOL BETUL!! LANTAK LAH..LAYANZZ!!

Tuesday, November 10, 2009

DiNNer TaDi !!

ini makan malam kami tadi, sebab salmon masih ada, so menunya kenalah ada salmon. Malam ni makan ngan spaghetti pulak, tambahan dengan steam carrot. Hmmmm ..sedap carrot ni, manis!

FrOZeN SaLmoN !!

Haaaaaa..
baca tak entry saya masak salmon tu...kat kilang tempat saya beli tu ada menjual jugak salmon fillet untuk orang2 yang nak beli macam saya ni (org awam lerr) kalau tak dia memang supply kepada hotel2 sekitar Shah Alam & PJ sahaja.
tapi dia jual dalam satu carton yang jumlahnya 25kg..
so, kepada sesiapa yang nak berkongsi pembelian dengan saya.....terutama kepada yg berada di Lembah Klang
bolehlah contact saya...
harganya satu kg RM30 (mahal sikit dari yg saya beli tu)..
kalau yg macam saya beli tu mungkin dalam 1.2kg ++..boleh dapat sebanyak 10 atau ke 11 potongan.

Kalau harga di pasaran biasa (Carrefour) salmon block ialah RM38.90, bukan fillet yer..
kalau filler lagilah mahal!

do not hesitate to contact me!!

email ler : amminafeesa@yahoo.com

SoRRy eeekkk!!

Patutnya background colour blog ni kan warna hitam from the bloggity ke ntah haper benda tu..
tapi ntah pegi mana benda alah tu..tinggal kaler putih jer..
sian kawan2 ku nak baca coretan hampagas haku nih!! Dah lepas ni sispa mata rosak baca blog haku..sila claim kat akhirat nanti!!

BaBy FooD!!

haaaaa..
bila bercerita tentang makanan bayi..
wawawawa..ini mama sudah pening pening nak fikir menu & resepi yang sesuai..selain dari beri Umar Zidan makan Nestum & puree instant dalam botol, kadang kala mama ni buatla jugak puree sweet potato untuk dia. Umar Zidan suka yang amat (mengikut kata acik Peah la kan), makan sambil tergedik2 nak mencapai mangkuk!

So...bila Umar Zidan duduk di rumah Sabtu & Ahad dengan mama..mama pun plan ler nak bikin baby food untuk dia selain nestum biasa tu..cam muak la kan setiap hari makan yang sama..nak la jugak Kentucky Fried Chicken ker..Mekdi ker..tu mama lah kan..Umar mama boleh lagi!!

Hari ni..mama jalan jalan naik kereta google carik resepi makanan untuk Umar..dah jumpa pown!!
Sabtu & Ahad ni kita bikin ini yerkk!!

Honey Banana Porridge
Stage : 2Serves : 2 servingsMark for this recipe : 1
: 20 minutesCooking : :
Utensils : Usual kitchen utensils
Ingredients 160 ml warm water 50 gm NESTLÉ® Infant Cereal Wheat and Honey 50 gm mashed banana
Cooking Instructions1. In a bowl, mix all ingredients. 2. Mix well and serve immediately.
Nutrition count per serving Energy : 70 Kcal Protein : 1g Fat : 0.2g Carbohydrates : 16g Good To Know Banana is a good source of potassium that is needed for regulation of neuromuscular activity Good To Remember Nutritious, tasty and filling, banana is an excellent snack for children

Carrot and Spinach Porridge
Stage : 2Serves : 2 servings0
: 15minutesCooking : :
Utensils : Usual kitchen utensils
Ingredients 50 gm carrot 50 gm spinach 150 ml warm water 50 gm NESTLÉ® Infant Cereal Rice with Milk
Cooking Instructions1. In a saucepan, boil carrot and spinach until softened, then puree. 2. Then stir in pureed vegetables in warm water and add NESTLÉ® Infant Cereal Rice with Milk 3. Serve immediately.
1g Protein, 4g Fat, 17 Carbohydrates, Energy 124 Kcal Good To Know Spinach is a good source of iron and calcium Good To Remember Iron is a component of haemoglobin in red blood cell.

aNy IdEa ??

Macam mana saya nak pastikan barangan yang di post dari luar negara selamat sampai ke tangan saya????
tanpa menjadi mangsa kecurian di pejabat post atau di pejabat kastam Malaysia ni???
aNYONE WITH BRILLIANT IDEA????

Sunday, November 8, 2009

SaLMon & PaSta!!

haaaaaaaaaaaaaaa....
malam ni kita dinner western style gitu..
sebab apa???
sebab dapat beli salmon dengan harga yang sangat murah!! Murah ke??
Murah lah kalau dapat yang sebesar hampir dua tapak tangan & sepanjang tangan ku ini cuma RM30. Oohhh lupa nak tulis..beli kat kilang TCBoy..ala kilang produk buat sardin & bread spread tu, tuna in mayonaise ker haper tu. Itu lah..kilang tu buat warehouse sale masa hari Sabtu, sekali nampak pulak,,kebetulan last day masa tu, apalagi, nyinggah le kejap..ada pulak jual salmon tu. Tak lepas peluang sebab salmon ni memang mahal..mana dapt sebesar itu dengan harga semurah itu.

Makanya malam ini tadi kita semua makan salmon & pasta!
Ntah apa apa resepi..asal jadi sudah!






Nampak tak lemon tu...sangat kecik nampaknya berbanding ngan ikan tu.


Tadaaaa...ini lah yang ku masak..pasta de'olio + grill salmon cik Ammi style!

Ni Haa BaJu SeMaLaM tu!!





saya rasa baju ni sangat cantik di mata saya, harganya tak sampai rm20..sekarang ku suka lah corak corak gini untuk baju Feesa..ada a few lagi yang coraknya ala ala Ed Hardy punyer design label..cantik!!
Nak pakaikan anak Ed Hardy cam melampau pulak kan...
dapat yang ala ala pun jadiklah!

CoNgRaTS NeGri's!!

hahahahaa..
seribu Tahniah kepad apasukan Negeri Sembilan di atas kemenangan sebagai Juara Piala Malaysia tahun ini.

Ohhh..ahkak benornya tak la menyokong benor..tapi memandangkan suami dunia akhirat ku itu is Negri's, maka ahkak ni termalu malu kucing kena jugak bersorak time bola dah masuk goal tu!Kikikiki..
Paling kelakar bila Feesa asik lah mengulang setiap perkataan yang papa nya komen masa tengok match tu..
Hadoi la...dia pun terjebak!

Tapi..letih la pulak bila telepon cik abang ni asik berdering jer..kalau boleh satu kawan pejabat nak call dia ucap tahniah..hamboi..bukan laki ahkak pun yang main..tapi cik abang sangatlah di ingati oleh kawan2 sebab dia memang bercakap loghat Negri's jer walau dah duduk Shah Alam ni nak 11 tahun! Kuat sungguh jatinya!

Apa apa pun..tahniah sekali lagi..

Hobin Jang Hobin!!


*Ikhlas daripada,
Isteri orang Negeri Sembilan...

Saturday, November 7, 2009

Waaaaa....MeReMBeSS HaKak!!

ala..ala..ala..

malam tadi tengok Oprah Show...

tajuk Oprah Favourite Receipe ker Favourite Food...

dia tunjuk minuman ini..

wawawawa...kalau lah boleh order hantar ke sini..memang la best! Tapi mahal giler shipping cost dia walau antara negeri dalam US tu...



errr...ada ker sesiapa yang punyer kenalan kat New York..

bolehlah kirim..

nak sangat!!

Weh..bukan hat yang dah siap gini tau...dia ada dalam peket untuk kita bancuh kat sini.

Ini resepinya..kotlah jadi sesedap ni kalau kita buat sendiri.

Ingredients:
6 pieces (1/2-ounce) chocolate , a variety of your favorites
2 teaspoons store-bought hot chocolate mix
1 1/2 tablespoons sugar
1 1/2 cups milk
3 cups ice
Whipped cream
Chocolate shavings
Chop the chocolate into small pieces. Place it in the top of a double boiler over simmering water. Stir occasionally until melted. Add the hot chocolate mix and sugar. Stir until completely melted. Remove from heat and slowly add ½ cup of milk until smooth. Cool to room temperature.In a blender, place the remaining cup of milk, the room-temperature chocolate mixture and the ice. Blend on high speed until smooth and the consistency of a frozen daiquiri. Pour into a giant goblet and top with whipped cream and chocolate shavings.

Popular Posts