Monday, August 31, 2009
WaRoeNg PeNyEt !!
semalam akhirnya kami memecahkan matlamat nak duduk di rumah tanpa pergi ke tempat awam dengan berbuka puasa di Waroeng Penyet, The Curve.
Cadang memang nak berbuka puasa jer sesambil cuci mata kat BO & FOS, kalau ada baju yang Che Am kenan bolehlah rembat. Tapi itu suami haku agak cerewet jugak dengan baju pilihannya yang setahun sekali jer baru beli. So, tak membeli apalah.
Sampai sana pukul 6.40ptg, jalan jalan masuk BO.Wow!! banyak jugak baju yang cecantik & comel & mahal2 kat sana. Oleh kerana memang dah tetapkan matlamat tidak akan membeli lagi baju kekanak riang berdua ni, maka ku buat mata kelip kelip je lah (supaya antara nampak dengan tak).
Keluar BO, jam dah 7.20mlm..haaa, nak berbuka dah ni, so kami belilah air sahaja untuk berbuka tu, sebab dah tau confirm kat kedai makan tu semua dah penuh. Lepas tu berangkat lah jugak ke Waroeng Penyet tu...fuuuhhhh! manusianya ramai yang amat, lepak kat Baby's Room sebelah Mothercare tu sambil menyusukan si Umar. Akihrnya kami dapat tempat duduk dalam pukul 8.35 lah jugak. Perut dah start melapar time tu.
Makan malam tadi ialah, Ikan bakar, ayam bakar & nasi 3 pinggan. Sekali..ini family kebuluran dari Rwanda order lagi nasik 2 pinggan & keli penyet. Fuuhhh! Sedap sungguh ikan bakar & ayam bakar & keli penyet tu. Teringat2 sampai hari ni. Nak lagi lah. Confirm next week ku ke sana lagi. Kalau kat sana mesti jumpa artis, dulu jumpa JEhan Miskin, semalam jumpa budak AF la pulak, si Zizie & Qhaud.Yang lain mungkin ada kot, tapi haku tak kenal.
Akhirnya malam tadi sampai umah nak pukul 11. Sahur makan nasik dengan ikan goreng cicah kuah asam je. Pun sodap jugak!
Saturday, August 29, 2009
ShOppInG RaYa!!
haaa..part ni mesti ramai yang suka dengar!
tapi ku masih not on the mood untuk shopping raya..walau takde benda lah sangat nak beli kecuali kasut Feesa & baju Am..tapi still kena beli jugak.
Kasut Feesa wajibun kena beli sedetik dah nak raya..kalau tak asiklah di pakai kulu kilir, silap hari bulan nak pakai pi sekolah pulak nanti.Bebudak..bukan boleh harap..kalau kita dulu sayang, tengok hari hari..budak sekarang..suka kasut baru terus lenjan!Huh!!
Baju Am pulak..pun kenalah beli, sian laki den..beli baju setahun sekali jer. Tapi iyelah, baju yang beli setahun sekali tu pun kalau di himpun2 banyaklah jugak, semua masih cantik & elok. Sebab setiap kali raya memang akan beli baju dia yang mahal sikit, supaya nampak cantik sepanjang tahun. Waaaa....bajet cam kedekut jer kan...tapi itu lah hakikatnya..si Am pun ..kalau nak membeli setahun sekali ni...huuiii..demand branded jer ngko!!
Brand pasaraya ni tak nak dia..kalau tak masuk kodai London baik tak payah beli.akekekeke!!
I tak kisah bang..you punya baju..you punya duit..kenkadang duit i jugak!huhuhuhu!! Tapi memang confirmed sehelai je lah..haaa..padan muka.demanding sangat!
Macam tahun lepas, beli kat M&S..cariklah yang paling murah pada haku nih..haaa...hambik lah yer sehelai t-shirt aje 150++. Okey..sebab sehelai je..i redha!
Tahun ni tak membeli lagi sebab ku bawak pi Metrojaya, Jaya Jusco, so nan ado lah yang dia berkenan.Kalau haku, RENOMA tu pun cantik sangat, ada satu helai baju dia ku belikan, dia sarung jugak.
HHmmm...tak kisah lah kan..raya pun setahun sekali..asal semua ikut kemampuan kita..harap hari raya kita diberkati.Amalan kita dihitung sepanjang Ramadhan ni..kumpul2 buat bekalan hari kemudian.
Aku jer tak beli tudung lagi ni..
kasut tak payah..ada dah..tahun ni ..ahkak tinggi in advance 3 inci pakai wedges from Clarks...
daaaa...
Friday, August 28, 2009
KeNaNgAn RaMaDhAn II !!
GaMbAr 2 BeRaDiK!!
Thursday, August 27, 2009
KeNaNgAn RaMaDhAn !!
Setiap kali Ramadhan...terkenang kisah "Rumah Kedai" yang suatu ketika dulu ku nanti nantikan depan kaca TV setiap petang. Dengar intro muziknya saje dah buatkan ku ingat pada bulan Ramadhan, lama dah cerita tu takde..a few actornya pun dah ada yang pergi menyahut seruan Illahi.Zaman tu ku masih kanak kanak lagi..sekolah rendah lagilah kot..iye lah..sekitar late 80's to early 90's kan time tu.
Kenangan Ramadhan waktu kanak kanak paling seronok ku rasa, bukan seronok sebab puasa, tapi seronok time berbuka & time selepas berbuka. Antara 3 orang adik beradik..ku ni ala ala yang paling kuat berjalan kulu kilir lah kiranya, sebab ramai kawan, tak tau lah sebab disukai atau apa (perasan) tapi memang ku ramai sangat kawan. I jenis yang tak memilih taww...!!
Masa bebudak dulu..ku ni ala ala tomboy la sikit..lasak ya amat, sebab tu jangan pening kalau Feesa pun lasak tahap kritikal.
Lepas aje waktu berbuka..haaaa., inilah masa yang di tunggu tunggu, berpeleseran ke rumah kawan kawan atau jiran tetangga...main bunga api, pasang lampu pelita & end up paling teruk bila bunga api dah habis ialah.......bakar surat khabar! hiiisshh!! Nakal tak hengngat!!
Kawan baik masa kecik sampai sekarang ialah INA...now dia dah berkeluarga & menetap di Langkawi. Miss u so much dear!! Tapi sayang, kawan baikku ini buta tuli IT, puas haku mujuknye register broad band...tak masuk2 jugak! Busy kaedahnya sejak jadi tokey kantin. Kawan sorang ni memang happening giler, until now..maybe a bit slow dengan 4 orang anaknya.Ekspress rakyat kau...hat ni tak kongsi pulak kita yer!! Kuang..kuang..kuang..dialah kawan bermain ku sejak kecik lagi..sejak umur 5 tahun okey!
Lepas aje makan berbuka..kalau ku tak pergi rumah Ina, dia akan datang rumah ku & main sama sama....seingat haku lah..kami tak pernah bergaduh...
Paling nakal sekali..bila kami pergi sembahyang terawikh..tapi lepas tu pergi merayau atau lepaks ngan kawan kawan.
Tapi seingat ku jugak..mak jarang marah sebab selalu time puasa jer ku keluar waktu malam, memang time tu bebudak sebaya ku ramai giler...satu lorong rumah tu kiranya adalah kot 10-20 orang budak lebih kurang baya, la ni...mana ada dah..yang sebaya tu pun dah sebaya haku lah jugak jawabnya!! nak 30 beb!!
Okey lah..ada lagi kenangan Ramadhan yang teringat di kepala ni, nanti ada masa kita create lagi.
Tuesday, August 25, 2009
UmAr dAh 5 BuLaN!!
Saturday, August 22, 2009
1st DaY RaMaDhAn !!
Friday, August 21, 2009
PaGi RaYa Di JlN TaR !!
Thursday, August 20, 2009
SaLaM RaMaDhAn KaReeM !!
Monday, August 17, 2009
BNIB Clarks foR GiRL!!
Sunday, August 16, 2009
CeRiTa HuJuNG MinGGu !!
Friday, August 14, 2009
WhAt a BuSy DaY !!
Tuesday, August 11, 2009
KaSuT NaK LeT Go!!
Hah!
Kali ni nak let go kasut kasut ku yang tak berpakai..masa beli konon konon ku ni jenis nak melaram la..sekali bila dah beli..nak pakai pun kena paksa baru sarung! Lemah betul lah ku ni bab bab nak berhias ..asal senang jer ku sauk...la ni cuma sarung sandal BATA jer yang harga RM29. Yang beli beratus ratus regenya..pakai tak sampai 10 kali...5 kali kot.
Beli lah weh..kalau muat (ayat merayu)
kekekekeke! desperate betul!!
ku nak beli selipar BATA bebanyak lepas ni!
Monday, August 10, 2009
DaH BaLiK ShAH aLaM !!
Friday, August 7, 2009
HaaaH!!
Thursday, August 6, 2009
EnTry Yg Ke-200 !!
Tuesday, August 4, 2009
Sunday, August 2, 2009
OuR 6th AnnIVerSary!!
DuRiAn & PuReeN !!
OK.....
semalam lepas balik dari birthday party Mia, kami pun of course la kebosanan kan kalau terus je balik rumah. Mula mula cadang nak ke Pureen Warehouse sale, so..kami menuju ke PJ area! Ohhh...tetiba teringat pulak pada keinginan yang satu ni..DURIAN! Teringat kat seorang kawan yang cakap durian kat sini best! Ia adalah berdekatan Balai Polis Sungai Way!..hhhhhmmm durian punya pasal, ku pusing pusing sampai jumpa. Takde lah nak makan banyak..tapi yang di citakan tu ialah buah durian yang isinya kuning dan tebal. Dalam hati cakap, dapat seulas pun jadik la, belilah yang harga RM6 sekilo tu, hambik ko..betul betul seulas jer yang macam ku idam kan tu.Haaa..makanya aku je lah sorang yang ngap! Kami beli 3 biji = 2kg, isinya cumalah 8-9 ulas. Tapi, kenyang giler & puas hati. So, takde lah nak teringin lagi dalam tempoh terdekat!
Saturday, August 1, 2009
PrOgRaM HaRi iNi !!
Hai..
hari saya pada pada hari ini dimulakan dengan..bermalas malasan di rumah sehingga pukul 11.30 pagi.Kami menuju ke Subang Parade untuk menghadiri party harijadi si Cheeky Mia @ Mcdonald. Sampai la tepat2 pukul 12..tapi nak ke MPH dulu mencari hadiah untuk birthday girl.
Ahkak tak banyak snap pic yer sebab dok pegang hero Malaya yang kenit ni.Selamat angin dia sangatlah baik..sampai tertidur tidur..walla..senang
hati ahkak nak melantak kek & burger!!
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...