HHHmmmm...
semalam tertengok MHI pagi pagi, ada seorang pakar motivasi mengingatkan kita supaya mempunyai simpanan at least sebanyak 6 bulan gaji semasa...ini sebagai bekalan semasa kecemasan sekiranya kita di berhentikan kerja atau sesuatu keadaan yang terpaksa.
HHHmmmmm, so sejak semalam ku asiklah terpikir dan bimbang dengan simpanan ku yang tak berapa nak ada tu, heheheheh!!
Jadinya, ku berazam untuk memenuhkan tabungan seperti yang di sarankan pakar motivasi itu memandangkan keadaan ekonomi sekarang sangatlah tak menentu. Dengan situasi politik yang kurang stabil, masalah ekonomi global yang memeningkan kepala serta huru hara di dunia ini yang entah bila nak amannya!
So, kawan kawan..marilah kita berjimat cermat!! Sekadar mengingati diri sendiri yang selalunya asiklah lupa bila nampak jualan murah merata rata!! huhuhuhu!!