Wednesday, April 29, 2015

Jangan suka Bertangguh ....

Satu sikap buruk aku kadang kala ialah suka bertangguh...
Banyak perkara aku dah terlepas  terutama impian aku untuk emak yang aku tangguh-tangguhkan...
banyak benda aku dah niatkan untuk mak tapi aku tangguhkan..
akhirnya bila mak dah takde semua niat2 tu jadi sia-sia...
aku pernah berniat nak belikan mak rantai emas yang sama macam mak pernah ada dulu, rantai mak tu dia  dah jual, ntah masa bila aku pun tak tau..tapi katanya masa tu dia perlukan duit...tapi tak pernah aku tahu masa bila mak kesuntukan duit tu...itulah mak kita,
walau sesusah mana pun mereka takkan sesekali bebankan anak2 dengan masalahnya, malu aku jadi anak tak perasan bila masa ketika mak susah.

Jadi lepas beberapa hari mak meninggal, aku berusaha untuk tidak menangguhkan apa-apa permintaan ayah atau keluarga aku lagi juga permintaan untuk diri sendiri...yang penting dalam kemampuan.
2 bulan sebelum ni ayah selalu cakap, beg duit dia dah tak boleh zip, jadi dia nak yang baru dari aku...itu kegemaran ayah...kalau dia nak sesuatu yang baru macam tali pinggang atau wallet atau selipar, ayah memang akan mintak dengan aku...tapi masa ayah mintak tu aku belum gaji plus belum waktu sales...maka aku tak pegi beli sampai beberapa hari lepas mak meninggal. Masa tu aku tidur penat sangat, tengah hari tu aku bangun dan terus pegi kedai beli wallet utk ayah, aku takut aku tak sempat tunaikan permintaan ayah macam aku pernah angankan nak belikan mak rantai emas dulu.

Tahu tak..Allah maha pemurah dan Maha Pendengar doa-doa kita...
banyak yang aku nak ubah untuk diri aku...dalam hati aku selalu sebut aku nak mula pakai sarung kaki...
tapi asik tertangguh, tak sempat beli la, tak jumpa yang macam aku nak la, nak yang macam ni la..nak macam tu la...
tiba-tiba beberapa hari lepas mak meninggal dalam beg aku selalu bawak telekung masa jaga mak kat hospital aku jumpa sepasang stokin hitam dan aku rasa sesuai sangat stoking tu untuk aku, dan aku suka....jadi sekarang aku mula berjinak-jinak nak pakai stokin walau orang lain sebenarnya dah lama pun pakai...mintak ampun lah Ya Allah, aku ini hamba yang jahil.

Hari ini genap 34 hari mak pergi tinggalkan kami, tak pernah aku lupakan setiap hari mengira berapa hari sudah mak tinggalkan kami...seperti kita mengira berapa hari umur anak yang baru kita lahirkan, begitu juga rasanya kasih yang mak kita curahkan buat kita suatu masa dulu semasa hayatnya untuk anak-anaknya.


Aku mohon maaf kalau dulu aku memandang jauh status2 kawan-kawan yang kerinduan arwah ayah bonda mereka, maklum belum masa kita merasa semua itu, tapi sesungguhnya perasaan itu sangat pilu untuk disimpan sendirian, aku memang suka menulis, dengan cara ini aku dapat luahkan semua isi hati aku, aku tak pandai luahkan perasaan melalui bicara sebab aku ini pemikir orangnya bukan jenis yang petah berbicara...jangan tak tau dengan suami sendiri pun aku tidak berbicara soal hati...


Segunung doa untuk emak dan ayah, semoga perjalan mereka selamat sehingga kita bertemu lagi di akhirat kelak...adik sayang mak & ayah.

Wasalam.

Wednesday, April 22, 2015

Mak Adik nak Bagitahu ....

Adik dapat kerja kat tempat baru, start 6/5/2015 kat seksyen 13. dekat sikit dari rumah nanti, masuk pukul 9 balik pukul 5.30ptg, mak doakan yer>> kalau mak aku masih ada, ini yang aku nak ceritakan pada dia.

Berita gembira ini selalunya aku akan cerita pada mak dulu sebelum cerita pada Am...pagi tadi aku pegi kubur mak, aku cakap gitulah jugak. eerrmmm


Tuesday, April 14, 2015

Shopping dengan Sugarscarf Online - Senang !!


Aku ni bukanlah seorang penggemar fesyen yang setia macam kawan-kawan yang lain. Jika hendak dibandingkan dengan orang lain, aku ni tidak berapa tahu tentang trend fesyen, selalu ketinggalan fesyen muslimah terkini yang sedang hangat dalam pasaran. Malah aku tidak sentiasa keep updated dengan trend fesyen terkini popular macam mereka. Namun beberapa minggu yang lalu, apabila mengemas almari pakaian di rumah I found out I actually need new hijab,hehe!
I can’t even remember when the last time aku beli tudung baru. Daripada situ aku minta pertolongan/pendapat my BFF dan mereka telah berikan bermacam-macam pendapat untuk aku. Daripada senarai jenama fesyen Muslimah terkini popular yang mereka berikan aku agak tertarik dengan jenama Sugarscarf.






I did google about the brand dan terus-terang, aku macam terus jatuh cinta right away! Eehhh kelasss sangat nak jatuh2 cinta senang-senang macam ni kan... Koleksi tudung terkini wanita Sugarscarf online menawarkan pelbagai produk hijab terkini yang sangat menarik untuk dipilih. Apa yang lebih best tentang Sugarscarf ialah mereka menghasilkan tudung moden untuk wanita dengan variasi rekaan yang pada pendapat aku sangat segar dan menawan yang mana ianya sangat bersesuaian dengan trend fesyen Muslimah semasa. Iye lah...tengok semua kakak-kakak adik manis pakai tudung macam ni kan...aku pun nak la jugak try pakai.

Sejujurnya aku juga agak cerewet dalam memilih tudung, sebab tu memang jarang sangat beli tudung baru. Ini kerana tidak banyak jenama tudung yang berpatutan menawarkan kualiti yang aku cari. Namun pencarian itu berakhir dengan jenama hebat ini. Aku rasa antara faktor yang membuatkan mereka sangat popular dalam kalangan wanita yang memakai hijab di Malaysia adalah kerana mereka tidak pernah gagal dalam menghasilkan tudung yang berkualiti. Koleksi tudung terbaru wanita mereka adalah bukti bahawa mereka sentiasa berusaha untuk menawarkan produk fesyen Muslimah yang terbaik untuk pelanggan. Banyak jugak testimony orang lain yang suka dengan produk Sugarscarf ni. Kalau disebut tentang harga pula aku teramatlah berpuas hati sebab harga tudung Sugarscarf adalah yang terbaik dalam pasaran di Malaysia kerana kualiti yang ditawarkan juga adalah sangat baik, harga mampu milik, aku rasa tudung-tudung aku sebelum ni lagi mahal2...so dengan harga macam ni lagi banyak la aku boleh beli...hehe!
Jom tengok tiga gaya padanan tudung Sugarscarf wanita terkini bersama pakaian Muslimah kegemaran aku...ini mode berangan okey, layan!


Aku suka warna ni...purple ke biru cantiknya.


Yang ni pun warna kegemaran...nude colour...relax je nampak.




Yang ini nampak cantik....aku suka tapi tak berani nak pakai...haha jangan tak tau aku ada seluar kaler oren macam ni tau..hah! boleh la beli tudung oren macam ni...barulah sepadan, tudung oren baju putih pun okey & seluar oren.

Till then...jom shopping.

Monday, April 13, 2015

Pre Order dengan iHerb & Harga Promosi


 RM40/botol 355ml
African Black Soap RM25/biji

Pure Rose Hip Oil 30ml - RM38


Promosi Terbaik (stok terhad) cuma RM85 sahaja
 (1 toner rose petal + 1 biji black soap + rosehip oil)

Untuk pre-order sehingga Rabu 15/4/2015 so bolehlah pilih mana jenis toner yang sesuai dengan kulit masing-masing.
Deposit RM50, ETA 10 hari dari tarikh tutup pre-order dan kos penghantaran ke Semananjung ialah RM10, Sabah/Sarawak RM14.
Boleh wasap saya : 0122361090 atau email ke amminafeesa@yahoo.com






Shopping Dengan iHerb.com

Assalamualaikum semua,
lama tak menulis....hari ni rasa bersemangat nak cerita kisah baru, kisah membeli produk Bath & Beauty daripada sebuah website ini  iHerb.com. Lagi best harga barang murah dan charge penghantaran yang agak murah mereka offer untuk pembeli, bayangkan saya order 13 items dengan khidmat DHL Express yang cuma ambik masa 4 hari sahaja dari USA ke Malaysia dan dikenakan bayaran $11.40 sahaja.Murah dan cepat!

Jom nak kongsi apa yang saya dah beli.

Ini ialah rangkaian toner daripada Thayers, seorang kawan yang kenalkan saya dengan produk ini pada mulanya, beliau beli semasa lawatan ke USA hujung tahun 2014. Beliau beli yang warna kuning tu (Lemon), bau dia memang segar dan yang paling best toner ni cepat meresap dalam kulit dan takde effect melekit-lekit pada kulit. Salah satu sebab saya tak suka toner sebab bau yang tak best dan kemudian ada rasa lekit-lekit kesat lepas guna, nyampah sangat. Tapi yang ini memang best, best seller in town you all...orang kita pun dah ramai yang tahu dan guna toner ini...dan kini semakin dikenali. 

So chart ni korang boleh lah buat pilihan ikut kesesuian kulit masing-masing.
So far aku beli hat yang Rose petal tu, anti wrinkle maklum...hahah!



Nubian Heritage - African Black Soap
Yang ini jugak best seller item, digunakan utuk mandi dan boleh juga dijadikan sabun muka. Terbaik untuk menghilangkan jerawat dan sesuai untuk mereka yang punya masalah kulit macam eczema, sabun ni tak mengeringkan kulit sebab kandungan oat,aloe dan Vit E tu. Ini untuk anak buah aku yang memang kena eczema teruk satu badan.
Meh baca testimoni pengguna :

Items 101-105 of 2813 total
Helpful for reducing acne
1 person found the following review helpful
Posted by 5001803721430653456 on Aug 10, 2014
I have finished up a whole bar of this soap and have just reordered more. I was skeptical 




















































as to 
how something so cheap could help me with my chest and back acne. I'm definitely 






































glad I gave
 it ago because I can see a resounding difference. You won't see much in the
























first two weeks of use,
 but be patient and keep using it because soon after that, your acne 











will slowly reduce! I couldn't be
 happier that such an affordable item has made such a

































difference for me.

the best thing for bodywash
2 people found the following review helpful
Posted by sav430 on Jul 02, 2012
After trying it out we now use this exclusively for body&face washing. It seems to 'cause less















































drying
 than the other soaps and I've experienced a lot less problems with my skin. It even




































killed the acne on 
my shoulders. It's cheap so everytime we order, we buy some extras to 
























be used as gifts. However it
 isn't as perfect for repeated hand washing 'cause it is soap.



















Soap does dry your skin a bit and
 obviously you have to wash your hands more often than

your other areas if you're doing a lot of
 cleaning or messy work. For that purpose we ended









up using a professional product
(used in big kitchens, garages etc.) which isn't very natural 
or cheap. Until we have to move again this will be used for our hand washing too 'cause
this is also the best SOAP for hand washing.
















Ada lagi produk lain yang saya beli kali ni...okey yang ini pulak.
Pernah tau tak apa benda ni? Kalau kat farmasi tempat saya kerja ni, produk ni memang selalu orang cari cuma kat sini tak banyak pengeluar yang keluarkan produk ni lagi2 dalam bentuk minyak macam ni. Orang cakap pakai minyak ni waktu malam sebelum nak tidur kat muka untuk bagi muka nakpak cerah.
Meh tengok apa ada dalam botol ni.
  • Contains natural Retinol Acid (Vitamin A)
  • Well sought after for helping to replenish and restore mature or sun-exposed skin
  • Organically grown and cold pressed
A rich, amber colored oil from the ripened fruit of the rose known as hips. Contains natural Retinol Acid (Vitamin A) and is well sought after for helping to replenish and restore mature or sun-exposed skin.
Kemudian cemana nak guna pulak ?
Apply 2-3 drops onto fingertips and massage into cleansed, dry skin. Also can be used as a general body oil or a nourishing hair and scalp massage.
Bahan-bahan kandungannya ?
Organic Rosa Mosqueta (Rose Hip) Seed Oil (99.5%), Tocopherol (Vitamin E) antioxidant to preserve the freshness of the oil.
Jom baca review
Love it
Posted by Mrsfireball on Aug 17, 2014
Best oil ever. I like it being light and even oily face can use for nighttime. I would apply quite
generously after a deep cleansing clay mask. Save money on hydrating mask. :)
The Best
Posted by MirrorAvenue on Dec 09, 2014
I bought it to try out rosehip oil on my skin, I was not expecting much from it and was 
pleasantly surprised. My skin tone is definitely more even and so far no dry patches
(always get those in winter). I am not entirely sure, but I thing my skin is not as oily as it
 was before (wishful thinking?). It instantly become a staple in my evening skincare routine.
 5 drops of it is enough for my whole face so the bottle is certainly going to last for a 










































quite long time.


Okey, sebenarnya saya ada gak beli lebih maklum bila kita beli sekali banyak dapat harga murah sikit dan shipping pun jadi lebih murah. Kalau ada yang berminat nak beli, tengok kat posting lepas ni yer. Dan bagi sesiapa yang nak beli kat website iHerb.com. ni pun boleh, masukkan kupon saya iaitu CKQ802, so nanti untuk pembelian anda yang pertama dapat less $10 untuk pembelian melebihi $40.


Friday, April 3, 2015

Jumaat Datang Lagi

Assalamualaikum...
Jumaat lalu ... waktu ini, emak masih di hospital bersama nafas-nafasnya yang terakhir..
aku tiada di sisi ...
Hari ini, Jumaat itu datang lagi...
aku di sini ...
tapi tiada lagi emak bersama dalam sedar atau pun lena.

Ku titipkan doa buat emak tersayang, semoga rindu ini terubat.

Al Fatihah buat emak...Noriah Hj Samadi 1949-2015

Popular Posts