Friday, July 30, 2010

CeRiTa 2-3 HaRi Ni....

adalah sedikit busy menyiapkan tender company yang bernilai almost 41million RM! setelah selesai..maka adalah masa untuk kita bergonjengan di layar internet!hik hik hik!
Malam tadi, malam Jumaat kan?? kami anak beranak tidor di umah mak..lama dah tak tidur umah mak, al maklum dekat benor tu yang malas nak berpindah tempat tidur walau satu malam.Tetapi itu semua bertujuan..bertujuan untuk tidak tidur di rumah sendiri..sebab pagi tu ada jiran yang telah passed away dan mayat beliau berada di rumah beliau semalaman sehingga pagi ini.
hhhmmmm..seram hakak! lagi2 malam jumahat! beliau pulak bukan sedara mara kita, bangsa yg satu lagi....sedikit kelam warna kulitnya!Oh..rumah beliau jugak hanya selang sebuah dengan rumah kami!

Tatut la kan!! Tapi malam ni konpom tidor umah sendiri..sebab tidor umah mak bukan nyenyak pun..si Umar Zidan menyakai nauzubillah!
Pukul 1130 malam bergonjengan sana sini depan belakang umah.Pagi2 buta pukul 615 pulak dah tercegat nak masuk bilik atuk..lepas di halau oleh atuknya, Umar Zidan beralih arah ke bilik air sambil membawa sebatang berus gigi.
alahai..tensen mak!!

Sekarang saya sudah meredhai ketentuan Allah, menerima pemberian rezekiNya yang tak terhingga! On the 1st day confirm pregnant, Am dapat naik gaji..ini hari pulak..acik dapat bonus, tetiba ada pulak wujud bonus 2009, rasanya last year pun dapat tak?? hahahaha lantaklah..orang dah nak kasi takkan ko tak nak tak nak pulak.All in a sudden!

Amin!!

Wednesday, July 28, 2010

PeRaNgAi NgAde2 MaK BuNtInG!!

hah!
mengade giler punye perut!!
dah start nak sebu2 & tekak nak meloya
semalam dah MC satu hari, melepek setengah hari.
Janganlah perangai mengada ni berterusan...
bencik hokkay!! tak raya haku nanti!

Monday, July 26, 2010

BeRiTa GeMBiRa YanG Ku TanGiSi ....

mula-mula ucapkan Alhamdulillah...
berita gembiranya ialah..saya berjaya....
berjaya dengan cemerlang sekali....ini semua gara2 MJ!!!
Buat saya pening kepala sampai tahun depan!
Saya mengesahkan..yang saya sedang hamil anak ke-3 pada waktu ini.
Mengikut tajuk di atas....sepatutnya ia menjadi berita paling gembira..tetapi saya bergenangan air mata tatkala doktor mengesahkan melalui scannya!
Sebab apa nak nangis2?????
Sebab Umar Zidan masih terlalu kecil saya pikir..padahal anak orang lain ada yang lagi kecik dah dapat adik.
Saya cuma perlu motivasi..untuk terus kuat menghadapi alahan pregnant dan tempoh berpantang yang paling saya benci!!!
alahan pregnant ni....kalau ada rezeki tak ada sickness sama macam preggy kan Umar Zidan..tapi...kenalah terima hakikat dapat anak boy!! Tak sanggup lagi nak dapat double boy!!

So..saya terima dengan ketentuan gender baby yang akan datang..EDD 17/3/2011..mengikut sejarah kami..semua ahli keluarga kami lahir pada tarikh yg ada nombor 2.Nafeesa pada 23hb, Umar Zidan 25hb, Maknya 22hb dan Apoknya 2hb.Kalau ada rezeki nombor 2 kali ini..maka 2 @ 12hb bolehlah prepare apa yang patut!!

Sila ucap tahniah buat kejayaan tak dirancang saya ini yer!!

nak nangis jap!

Friday, July 23, 2010

HooRaaayyy!

Ini hari sudah dapat pay cheque!!!
ini malam pulak..omak den dari kampung nak datang.Dio nak bawak durian sobab banyak bonar buah yang gugur sampai takdo orang nak makan.
Nak nunggu anak menantu eeii balik tak balik2.
So dio ambek keputusan turun Shah Alam malam ni.
Kebotulan..esok kelas enopi dak Feesa tak ado..mako eee..selopas bangun yo dari tidur..kami po'ie lah umah akak ipar den kat Seksen 7 tu..sobab eeh..omak den tu tido kek sanun!
Nanti kalau eden ni muko tak malu..eden tangkap la gambor buah durian tu.
Ahaks!!

JaNgaN TaKuT !!

video


hahahahaha! korang jangan cakap ku tak jaga anak betul2 tau! Tangga rumah kami memang daif + very cuuurrrllaasssst gittew! Sebab itu takde pemegang tangga, sejak kami pindah masa umur Feesa 5 bulan..memang tangga tu takde pemegang.Kot lah nanti kami dah tua bangka, tak larat dah nak naik tangga, barulah pasang pemegang tangga tu.

Jangan tak tau..dulu Feesa adalah baby yang sangat sopan santun..tak pernah naik tangga walau sekali.Tapi tidak dengan Umar Zidan..satu petang akan naik berkali2..sampai kena kepung depan tangga tu. Alhamdulillah...tak pernah jatuh dan mintak2 di jauhkan.
Yang penting..utamakan keselamatan.Macam nak belikan helmet untuk dia!

Ini video lama time Umar Zidan batak2 ngan tangga.Sampai setakat tu jer dia naik pun..lepas ambik video...terus cekup bawak turun.
Sekarang..beliau sudah tidak batak tangga lagi.Now on..batak bilik air pulak..asal masuk jer terloncat2 dan berenang2 di lantai sambil sesekali menjilat lantai.Oooiii la anak!Lasaknya anak jantan!

Tuesday, July 20, 2010

CoReTan PoYo ..

hhmmm....apa benda lah nak story ni..nanti saya story pasal supplement terbaru yang saya ambil.
Untuk kesihatan tau..al maklum..bila umur dah cecah 30 ni, baru lah teringat nak makan2 untuk kesihatan.Selama ni mana pandang supplement ni semua.Kalau boleh, jeling pun jangan, nanti duit terebang kaedahnya!

Tapi bila terpikir ..kalau ada duit tapi sakit merengkot pun tak guna jugak.Baiklah bertindak sebelum terlambat kan..anak2 masih muda.Nanti sian kalau kena jaga mak dia yang masih muda ni, asik sakit jerk.Bluuwweeekk!!

Monday, July 19, 2010

DiA PanDaI DaH ....

video

Tak guna lagi nak nangis bila esok lusa anakku bergoling2 kat sopping kompleks nak naik kereta henjut ni. Siapa suruh ajor!
Hat atas dalam gambar ni kat Giant..so meinan henjut2 ni semua free...Si Umar dah paksa kereta ni henjut nak 15 minit nonstop.Sebelum naik ini kereta..dia naik seekor zirafah ku rasa kot..!
Kalau yang berbayor..mau buat loan dah mak ngko nih.

Friday, July 16, 2010

Hi aLL !!

lama tak jenguk blog sendiri..kalau tak memang ku sendiri yang tukang jenguk blog sendiri,kikikikiki!
Dah 2 hari ku pergi kursus eP..Rabu & Khamis, selamat kat Shah Alam jer.Dekat dan cepat nak sampai.Paling best, belajornya sikit, rehatnya lebih.waaaaa heaven sungguh!
Bulan dah nak sampai hujung ni....sikit lagi masuk bulan baru dah nak puasa pulak.
Kepala ligat berangan nak shopping raya (lagi2 shopping!)
Masuk bulan baru..anniversary kami pulak.Plan takde lagi dalam otak.
Nanti lah..ada masa akan ku pikirkan!

Tuesday, July 13, 2010

To LeT Go!!


A few brand new & used baby boy clothes to let go.
Conditions tentulah yang masih perfect!
Originality : 100% authentic..tak payah ragu2!

email me : amminafeesa@yahoo.com



Baju overall sahaja yer.
New - Polo RL Sz 12M (belum pernah pakai lagi)
Ada satu butang kat tepi dah tinggal suku, tak tau mana lagi 3 suku..nanti ku tukar butang baru.Dah too small for Umar Zidan
RM45 + poslaju




New Osh Kosh Overall Sz 18M
RM35 + poslaju
Tak pernah pakai lagi..too big i think.By next year kot baru boleh pakai.





Set romper + seluar cudroy Sz 6-12M Baby Gap
Romper pakai 2-3 kali sebab anakku tak chubby, then the seluar tak pernah pakai lansung sebab pinggang anakku ramping. seluar ni takde adjustable waist band.
Satu set RM35 + poslaju



Polo Tees Baby Gap Sz 6-12M
RM12 + poslaju



Hah! 3 sekawan ni
Shortall Osh Kosh Sz 9M (kuning) Sz 3-6M (biru)
saiz lebih kurang jer.
Polo Tees Old Navy Sz 6-12M
RM25 + poslaju







Yang ini ...nak jual sayang! Simpan je lah..
"saya dah takde baju..mak saya dah jual semua..pakai pampers ajelah jawabnya!



Yang lain akan menyusul!



Monday, July 12, 2010

Aku YaNg PeLik !!

aku suka sangat beli baju baru untuk anakku terutama time baby ni.Sebab baju2 baby sangat cute!
Tapi satu perangai pelik...aku tersangat suka beli dan menatap kecutean baju itu sahaja.Bukan beli semata2 nak bagi anakku pakai! Terasa sayang sangat kat baju2 itu lebih daripada nak menyarungkan baju baru itu kepada mereka.
Tapi kalau dah pakai...maka akan pakai sehingga maksimum pakai lah...sebab tak nak bagi pakai baju baru yang lain pulak!

huhuhuhuhu! aku yang pelik!!
Nanti ku ada nak buat let go item kat sini..sebab dah puas tatap dah semua baju2 itu!

ShoPPiNg RaYa !!

korang dah start ker??
ku nih..baju kurung dah tempah 3 pasang.Satu hat gedoboh ntah saiz saper aku tak tau (salah bagi contoh baju), satu lagi belum siap ntah rupa haper?? lagi satu tak di ambik2 sebab nak korek tabung tak lepas2 lagi nih!
Makanya...baju raya ku beli hat ready made la jugak jawabnya.
Shopping raya??? tak habis lagi...
Baju Melayu hero Malaya yang tak berapa nak Malaya tu belum beli.Kalau nak beli, baik beli gaji hujung bulan ni.Sebab next month dah puasa lorrr..hakak ni kalau puasa habis flet melepek cam orang ngandung!Orang ngandung pun tak macam hakak kot!
Kasut raya???
hakak dah nampak dah macam ala2 wishlist hakak tu..siap ada zip lagik..jangan terzip kulit kaki hakak sudah!Tak raya nanti.
Untuk Feesa mungkin tinggal satu helai skirt dan baju kurung lagi satu dan kasut!
Umar Zidan punya baju Melayu dan baju tak Melayu lagi 2-3 helai!

Hujung minggu lepas tak shopping pun...tapi kami sampai ke Garden nak pegi GAP punya pasal..yg tinggal cuma baju bebi 0-3 bulan.Penat kaki ku jalan!


Sunday, July 11, 2010

BanCi oo BenCi !!

kenapa datang time hakak ni tengah ternganga tido pukul 330 petang? Baru hakak nak ejas mata kasi lentok lama sikit memandangkan askar2 ku semua dah terbongkang..boleh pulak adik banci ni datang.
Nak tak nak hakak paksa abang sayang hakak yang pegi menjawab soalan.hakak nak sambung tido cadangnya..tetapi..abang sayang hakak yang asik failed jer jawab soalan tu..asik mintak jawapan jer kat hakak! Tensen hakak!
Tarikh lahir anak pun ingat2 lupa..terpaksa hakak bagi jawapan..hakak dengar dia sebut tarikh lahir hakak pun tergagap2...kejap 25hb..kejap 22hb.Hentam la bang ooi!

Friday, July 9, 2010

BabY KoRanG TenGok FooTbAll MatCh KeR??

Baby haku..Umar Zidan tengok tau!!
satu kali tu jer lah..kepoh betul mak dia ni!
Masa Germany vs Spain! Siap tepuk tangan goyang2 kaki lagi masa Spain masuk bola dalam GOL!
Bapak dia pulak yang dah terlelap! Hampeh la you abang!
Ajak anak tengok bola..lepas tu you tidur..lepas tu I kena jaga anak you yang sihat cergas macam pukul 9 pagi tu!
I hate you!

Ooiii SaKiT !!

Assalamualaikum...
memula kena bagi salam...
lepas ni baru nak bukak cerita yang tuan punya blog ni dah demam 2 hari setengah yang lalu.
ada apa apa ker???
hhmmmm..............muskil??
bila hari ni mesti kena pegi ke opis selepas cuti suka hati tak tau nak declare apa..terpancit lansung tayar motor Am..berat sangatkah..?? tadi timbang cuma 49.4kg jer (riak tau!!..berdosha), maka ku tau lah..yang berat itu ialah suamiku.kihkihkih!
Bila motor dah pancit..Cik Am ni gagohkan juga bawak motor tu sampai satu tahap..aku rasa dah keluar bunyik cam 'kelepet..pet..pet........plek..plet' dan berbagai bunyi lagi! Maka dengan rela hati..aku pun turun lah dari motor tu walau ku tahu kedai motor yang paling dekat cuma 200 meter.
Apalah sangat..(huhuhuhu ...masa tu air liur dah berkumpul macam rasa nak muntah hijau tu)...200 meter jer kan!
Melalui deretan rumah2 mewah kat Subang Jaya ni..selamat aku tak kena sergah ngan hanjing umah orang kaya..kalau tak..mati keras jadi statue aku kat jalan tu nanti.
Laki aku pun meneruskan perjalananya (tinggalkan aku tanpa nota)..aku pulak dengan tak bukak helmet..jalan jer..sampai satu tahap aku rasa kenapalah leher aku ni sengal sangat..laaa terlupa tanggal helmet pulak.Dah macam robocop berbaju kurung pulak pagi tadi.

Perjalanan yang perlahan tadi akhirnya sampai jugak ku ke destinasi...kedai motor!
Dah selesai..aku rasa nak pingsan..badan dah mengigil sebab masih tak makan...tapi berpeluh2 punya pasal...lepas makan terus jadi sihat!
Sebab tu boleh mengarang blog bagai.
Ok lah..nak urut2 kaki pulak..
hari Ahad kalau free..nak sambung shopping part 2!

Tuesday, July 6, 2010

SaLe SaNa SiNi !!



Hi all
la ni sale sana sini kan?? hhhmmmmm....Sabtu lepas ke OU..bawak lah anak2 + sepupu Feesa (seperti gambar di atas)
Makanya anakku dah tak perangai seperti biasa..macam2 kerenah di spontankan depan haku...kalau ikut hati macam nak cekik2 kat situ jugak.Tapi nanti ku jugak yang kena kasik CPR kan! Supaya tak menyusahkan badan dan sakitkan hati..Am handle itu 2 sepupu dan ku sorong Umar Zidan budak baik tu kulu kilir.




Makanya Umar Zidan dapat baju baru dan selipar baru sedangkan budak berdua tu...terutama Feesa cuma dapat naik keretapi binatang tu pusing satu floor!
Kat rumah ...sesambil menayang baju baru Umar pada Feesa, mak ni cakap "Feesa nakal sangat kat mall tadi..so tak dapat baju baru untuk raya.Nanti hari raya pegi ajak keretapi binatang tu beli baju untuk kau"!!!

~ nakal yang macam mana kalau korang nak tau..berlarian keluar masuk kedai..menjerit1 main berdua sampai si Feesa nak termuntah dalam kedai Gap!~ Kalau you all jadi emak mereka..adakah masih tersenyum lebar dan teruskan berjalan dalam mall tu??
Masa melawat yang dicatatkan hari itu cumalah 1jam 10minit!


gggrrrrrrrr!!

I LiKe ThiS !!


At least sebulan sekali saya mesti beli nescafe pack ini.Ada 6 bungkus sahaja.Cukup untuk minuman saya selama sebulan.Sebab la ni sedang nak menurunkan kadar pengambilan cafein. OOhhh! Am tak minum nescafe, cuma suka teh dan kopi O sahaja, so pack ini yang ada 3 jenis rasa hanya untuk saya seorang.
Kalau dulu saya akan minumat least secawan setiap hari.
Sekarang tidak lagi!


Paling suka yang Tarik tu..sebab bila kita curah air..ia berbuih2 macam nescafe tarik kat kedai.Padahal tak tarik pun!

Monday, July 5, 2010

DEMC NeW HoSpiTaL !!

hi all
semalam kami ke DEMC Hospital yang baru di buka di Shah Alam tu melawat sepupu yang sakit (kanak kanak)
So, berangkatlah kami anak beranak dgn atok, nenek, Pak Long & Irfan.
Sekali bukak lift ajer (tingkat 4 ) dengar suara budak macam main kat taman permainan.Mak aii...macam bukan hospital di buatnya!
Rupanya kat situ disediakan taman untuk pesakit dan pelawat kot.Sebab ku nengok pelawat nya sakan bukan main.
tapi serius cantik hospital tu..terutama wad kanak2 tu ler (sebab situ jer yg kami pergi pun)
Tapi takkan ku bercita2 nak sumbatkan anak2ku masuk sepital pulak kan??
Setakat melawat bolehlah..nak duduk sepital..mintak2 di jauhan.Harap2 anak2ku sihat selalu!






Antara pelawat sakan yang di maksudkan!!
(gggrrrrr!!)




Bila dah bergabung 2 sepupu ni..haku nak pengsan kejap!Perangai dah macam gambar latarbelakang mereka tu!!

iKaN CoD iNi SeRiUS SeDaP !!




Sila nikmati gambar yer..sebab nak jamu tak dapatlah.
Ini cuma setangah bahagian daripada yang saya beli hari tu.
Rasanya..serius sedap..tapi giler bahaya weh!!
Kalau anak2ku di ajar makan ikan ini jer mau bengkok tulang belikat nak membelinya.
Harga sekilo RM60!
Kalau sebulan sekeping boleh lah kot.

Rasa ikan sangat lembut, dan tak hanyir macam salmon.
Saya gorengkan ikan ni sekejap dan curah lemon butter sauce.
Nak cuba ker???




Friday, July 2, 2010

I SeBeNaR NyA ORaNg JaHaT !! PerCaYa TaK ??

hahahahahahaha (orang jahat kena gelak cam hantu syaiton sikit!)
barulah terserlah kejelitaan jahatnya!

Pagi ini...
I dengan jahat tak tau malunya mengaku telah mencengkam tangan my suami hingga terserlah bekas cengkaman kuku itu di lengannya hanya kerana sedikit rasa geram di hati terhadapnya...(lupa dah sebab apa?)
Ohh..sebab dia cubit I dulu..hah, rasakan!

Tetapi...
sebelum I lompat keluar dari kereta nak masuk office...I telah meminta ampun dan maaf zahir batin dari my suami dengan harapan I bleh masuk syurga kalau mati hari ni.(baik kan??)

Tetapi lagi...
my suami macam ala ala eksen kelat nak mengampunkan I...setelah dipaksa..
I guessed my suami dah ampunkan I pun.

Buktinya ???
Tadi masa lunch dia tolong belikan I rojak mamak SS15..yang kena beratur panjang tu.Suami I yang belikan..bukan suami oran lain.eeeiiii..ada kaa??

Okeylah..itu saja nak tulis.

Pesanan ikhlas :
Jangan buat apa yang saya lakukan ini di rumah kecuali jika anda mempunyai suami yang penyabar tahap gunung berslji.Cooooollll ajer!!

iKaN!! iKaN!!

Pepagi tadi sebelum ke office, saya dah pegi ke tempat ambik ikan, almaklum ada yang order salmon. Tapi kali ni saya beli untuk makan sendiri..ikan COD pulak! Kat Giant tu rasanya ada..tak pasti pulak berapa harganya, tapi menurut orang yang
jual...isi ikan ni lebih sedap daripada salmon.
Nanti saya dah masak dan makan..saya review yer.Matlamat utama beli ikan ni, nak kasi anak2 makan.Kalau tak cerdik jugak..biar haku yg telan sekeping besor saiz tapak tangan lelaki dewasa.Bukan tapak tangan lelaki kenit cam Umar Zidan tu yer.
Yang saya beli ni beratnya 540gm.






Thursday, July 1, 2010

eeeiiiii !!!

Korang dah pernah rasa ker???
Ini akibatnya bila mudah benor terpengaruh dengan iklan di televisyen.
Rasa air ini adalah sangat pelik! Macam ada bau yang sangat tak masuk akal...ku nak tulis "macam bau colok" <<---- hanya pendapat peribadi sahaja!
HHmmmm..mana lah nak humban bakinya??
OOhh ya, bawak balik dan hadiahkan pada Feesa, sebelum tu top up ngan air kosong kasik penuh dan set mind untuk berbangga kerana membeli buah tangan kepada anak semasa pulang dari tempat kerja.
Tentu anakku happy!

hahaha!


BaJu RaYa DaH SiaP JaHiT !!

huwaaaaa...nangis la pulak!
patutnya happy la kan?? mana tak nangis beb..ini bulan ada nak guna duit sikit..baju tempah pulak dah siap! Ku budget dia siap gaji hujung bulan 7 ni.
Kalau tak nangis takdelah nak ku blogkan bagai..poyo jer kan..
tadi tailor kedai tu call..cakap baju dah siap jahit.Bila tanya berapa lagi balance? Dia tak tahu pulak.Ku agak dalam 200 hengget lagi kot.Huuwaaaaa!!
Baju apa ngko jahit sampai 200 hengget tu Mi ooii??
Baju pari2 lah beb!! (poyo sioott) Boleh berkepak sayap bagai!
Huhuhuhuhu...nanti ku tepek baju tu eekkk!

Popular Posts