Monday, May 31, 2010

DoA MaSuk RuMah !


Kadang ada antara kita yang terlupa...
sama jer ngan tuan blog ni, yang asiklah lupa memanjang
tapi InsyaAllah..tak lupa dah lepas ni.
Juga di anjurkan membaca 3 kali Bismillah sebelum memberi salam, sebab ada Jin yang sentiasa menenggek di atas pintu rumah.Maka, jika membaca Bismillah 3 kali..jin itu pun akan cabut lari. InsyaAllah!

HaRi WeSaK Tu ApA ??

haaaaaa...
ini soalan cepuk lemas daripada Feesa masa cuti Hari Wesak yang lepas.
sila menghayati dialog kami anak beranak.

Feesa : Ma...Hari Wesak tu apa Ma??
Mama : Ala....Hari Wesak la....(ini style mak malas nak jawab soalan)
Feesa : Cikgu Feesa cakap, Hari wesak ni...harijadi budak budak CINA!
Mama : Haih la cikgu Picha ni pun...bukan harijadi budak2 Cina la...ini hari sembahyang orang Cina, agama dia nama Budhha!
Feesa : Ooooo..habis tu di orang ni pegi sembahyang kat surau la yer (pulak dah)
Mama : Haaaa,,,sembahyang kat surau laa...tapi surau Cina (ni lagi satu kes mak malas jawab soalan)
Kemudian papa mencelah..sebab mak budak ni merepek meraban.

Papa : Heh! Mana pulak surau Cina....kat kuil Cina

Lagilah..kuil pulak..ingat pandai benor! kakakakakak

Mama : Tokong la..Cina punya tempat sembahyang panggil Tokong! BUkan Kuil!

Akhirnya..terungkai segala kisah...Hari Wesak!

WeSaK DaY !!




haaaa....
hari Jumaat hari tu kami mulakan hari dengan bersarapan di Mc'donald Seksyen 3 Shah Alam.
HHmmmm..kalau tak sebab dapat coupon Chicken Egg Muffin free, takde lah kami berpoyo poyo nak makan kat sana.Jumlah kerugian untuk 3 Chicken Egg Mcmuffin, 3 coffee, 1 milo sejuk & 1 hash brown, tak sampai 10 hengget. sebab Mcmuffin tu semua free.Si boboy makan hash brown sahaja.
Gambar bawah ni pulak....masa makan malam kat Din Tomyam.Mak dia konon2 mengidam nak makan ikan bakar..tapi dapatnya ikan yang di bakar di dalam aluminium foil, makanya macam rupa ikan stim.Sangat buat mak sakit hati hokkey.Dah la ikan kerapu..heiiii..sakit hati den!
Macam biasa..anakku akan ber shuffle di atas meja makan.



Haaa ..pandai kan anakku! ini shuffle ker break dance..muskil jap!
Tangan yang berbulu ni bukan tangan aku!
Sebelum makan kat Din Tom Yam tu..benornya kami ke Jakel dulu, yang baru bukak tu..kat Seksyen 7, berpoyo poyo kami anak beranak sampai sana pukul 830..sekali rupanya nak tutup dah..pukul 845 depa dah tutup pintu depan tu.
Katanya memang setiap hari tutup 830.Huh!! bengong la..malam2 cuti tutup cepat! Selamat kami cepat masuk..haku ni macam biasa..tak berapa nak reti membeli kain, pakai sauk suruh gunting jer.Maka..inilah hasilnya, aku pun tak nak.Nak bagi mak mertua aje lah..



Yang atas ni..kain untuk Feesa...cantik laaa...ku lagi suka hat Feesa ni, nanti nak beli lagi,,nak sedonodon kaedahnya. HHmmm..kem salam..tak boleh pakai di hari dan waktu yang sama okkey.mak bukan team boria!
Jumlah kerugian dengan membeli kain ntah apa2 aje malam tu dah 167 hengget.


Untuk menebus kekecewaan hati, maka masa hari Ahad semalam, ku membeli lagi 2 pasang kain cotton kat pasar Stadium Shah Alam.
Yang kat bawah ni la...murah jer ngko..2 pasang ni cuma 60 hengget, tak payah pegi hendonesia dah macam ni..aku agak orang ni pun ambik dari sana. Murah dan baaanyak pilihan!




Okey dah penat menaip dan upload gambau...masa untuk minum Nescafe tarik dulu.Nanti ada masa akak cerita tentang Feesa, dia ada definisi terbaik untuk Apa itu Hari Wesak!
Bye!

Thursday, May 27, 2010

TeKa..AnAkkU MaSaK ApA LaGi ???

haaaa....2 hari lepas dia masak penguine kan??

malam tadi..ku tanya dia..kesinambungan cerita masak penguin tu...

Mama : Feesa, semalam masak penguin kan??
Feesa : Eh...mana ada??
Mama : Ala....Feesa yang cakap hari tu...masak penguin!
Feesa : Tak lah....Feesa masak

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

sup ekor kepala pengui
n!



Hah!! pengsan mak dia kejap!!

Wednesday, May 26, 2010

BiLa DuIt SuDaH TiDaK BoLeH MeNg HaPPy KaN AkU...

hhmmmm..rasa cam ada duit tapi tak best..
Bila rasa macam banyak benda dah boleh di beli..
semua tu jadi tidak excited lagi..
tiada lagi perasan "teringin" atau "mengidam" bebenor sesuatu itu
tidak ada lagi usaha - usaha yang di buat demi mengejar atau mendapatkan sesuatu itu..
hhhhmmmm..jadi bosan dunia aku!
Bila duit tidak lagi boleh menggembirakan aku..
maknanya..aku....one step a ahead!
sekarang bukan masanya sibuk nak mengumpul dan membelanjakan duit..
tapi???
tak tau lah..masa untuk berkongsi kenikmatan ber "duit" ni kot??
Haruslah di kongsi dengan insan - insan tersayang...semestinya ibu bapa!
blur..blur!!

BiLa FeeSa BuKak MuLuT ....

korang mesti gelak...
kalau tak gelak..aku akan gelak sorang2!
Bila ...

KES 1 :
~ hari Jumaat lepas mak ayah tolong jemput aku kat stesen komuter Padang Jawa, masuk jer kereta mak cakap "anak ngko ni...dia eja P.A.D.A.N.G J.A.WA (Feesa sebut huruf), tapi bunyiknya giraffe!!
Hadoi la, nenek pun gelak tak sudah2..aku pulak..ohhh! la anakku Nafeesa, sukati ngko jer yer nak bunyik apa!

KES 2 :
~ semalam aku belikan buku mengeja untuk Feesa, dengan harapan biarlah Feesa pandai membaca cepat sikit. Lokasi : Pak Li Kopitiam, Ole Ole Seksyen 18.
Dengan semangat wajanya.. dia bukak buku dan mengeja perkataan pertama dalam buku tu.
Baca dengan kuat hokkey..macam bebudak sekolah tadika selalu buat...!
B.A = ba, P.A = pa .....LAPAR !!!
HUwaaaaaa!! lagi satu kes bikin haku malu tak tau nak sorok muka celah mana, dah la kedai tu ada la jugak pengunjungnya..sampai tukang mop yang tengah mop tu pun tergelak.
Haku pulak..terus sergah dia..Haiiih!! takkan la LAPAR...eja balik.
Boleh dan betul pulak bunyiknya BAPA!

KES 3 :
~ semalam petang semasa aku sedang sibuk memasak..dia dah ambik periuk kecik aku dan sudip untuk main masak2 kat tengah umah.
Tiba2 dia berlakon jawab call on HP pulak..dia cakap "haaa, tengah masak ni...masak PENGUIN! Iye lah PENGUIN, (orang dalam phone tu pun terkejut agaknye..kekekeke!) okey lah nak masak dulu, bye!"

OOhhh anak..tak pernah mak ko masak penguin seumur hidup, nak carik celah kutub mana pun haku tak tau..boleh pulak ko ada idea nak mask penguin!

Hadoi la...Feesa ni kadang2 boleh buat mak dia ni pelik sepelik peliknya. Kadang bercakap macam pandai..tapi hentam kromok ajer!

Monday, May 24, 2010

AdA BuNgA aTaS MeJa!!


siapa punya yer??
besar gedabak dan penuh dengan coklat?
Hmmmmmm???



Hahahahaha!


Motif apekah gambar ini???
nak nunjuk screen PC ker??? nak tunjuk cawan kotor tak cuci ker??
OOhhh! Nak tunjuk henpon baru lah beb!
Muahahahah! Henpon murah jer..kalau beli black berry sebijik ...boleh dapat 12 bijik henpon ni.
Lepas tu ada lagi yang best..walaupun murah..hakak ni dapat free ajer..adik hakak yang dah kerja dan bergaji tu yang belikan.
Huuii! banyak duit engko yer Ibet! belikan hakak henpon!
Terima kasih sesangat, sebab hakak ngko ni sangat2 memerlukan henpon baru.Yang lama tu memang dah hazab, puas haku menjerit bila nak jawab call orang. Sian..orang tu tak dengar.Lagi kesian haku ni kalau menjawab call di tempat awam!
Macam nak jerit..tapi malu..ala ala malu2 tapi mau lah gitu! Terseksa haku berlakon tau!

Kenapa tak nak beli henpon canggih manggih wahai Puan Umi Salwa??

Black Berry ker iPhone ker...Nokia canggih manggih ker??

hhmmm.....tak maulah.sebab it's not a brilliant investment!
Kalau nak beli lama dah boleh beli....tapi..itu semua kan kehendak jer..bukan keperluan pun..keperluannya sekarang ialah senang nak buat call dan senang nak sms dan jugak senang nak buat alarm clock!

So, mengapa harus ku membazir duit beli henpon canggih kan. Orang lain tak pelah..semua ada kehendak masing2...kalau tak suka habiskan duit ke sini, mungkin habiskan duit ke sana.
it's up to you!

tata!










SeMaLaM ...

Setelah sekian lama tak jalan2 cuci mata dan excersise sakitkan kaki, semalam kami ke The Curve & Ikea buat julung2 kalinya tahun ini.
Haaa..itu sebab kena sumbat dalam blog ni, sebab boleh kata dah lama benor tak ke The Curve ni. Tujuan utama, nak makan kat Waroeng Penyet, bukan nak makan ayam penyet, tapi nak makan Talapia Bakar, walla..sangat sedap sampai tak mampu nak snap gambo..sebab dah kelaparan benor.Mana taknya..nak pukul 4 petang baru sampai..lepas tu katanya nak makan lunch!
Lantaklah!


Ini namanya Umar Zidan, bukan hidangan utama kat Waroeng Penyet ni.Haaa...macam ni lah..selalu buat mak dia rasa macam nak tercekik nasik. Masa ni makanan tak sampai lagi..boleh la Umar Zidan ni nak break dance ker shuffle atas meja ni. Lepas dah sampai makanan...bolehlah transfer budak ni ke tempat yang paling sehsuai! Highchair takde seat belt! again!!




oohhh!! Sebelum tu..sessi bergurindam sayang ngan cik kakak yang ntah la.....rasa cam nak cubit sampai melalak!! eeeii geram!


Ini jer sempat ku snap...sebab lepas tu, tak sempat dah nak snap2..nak makan sesangat sebelum Umar Zidan buat hal. Kami kena makan cepat2, berhati2 dan jangan sampai tersedak atau tercekik.Huwwaaa! pesen apakah gaya ku makan ni??

Lepas dah habis makan...jalan2 buat sakit kaki kat Ikea kejap..kejap jer..!! tak beli apa2, al maklum...kalau datang nak makan tu, memang makan jer..kalau niat nak shopping, shopping jer! hahahahaha!

Yang penting, kaki aku melecet! dan feel nya..hanya haku yang tahu!

Huuwaaaa !!



NaK PaKaI KaSuT SaNgat !!


Ini budak..sangat sibuk nak berkasut, kalau tak di suakan dengan kasut dia, dia nak pakai kasut papa atau mama. Kasut sekolah kakak pun boleh..asal kasut!


Ehhh! tercabut pulak. Al maklum..kasut ni acik ME yang kasik hadiah maaa birthday Umar, saiznya pun besar, Umar boleh pakai time raya nanti kot.Tapi dah kemaruk nak berkasut, mama sumbatkan je lah!



Ohh Mak!! Terpelecok!

Hahahah! Layan!!




Friday, May 21, 2010

StoCk SaLmoN DaH AdA !!

Oleh itu, kepada pembeli dan pengorder...
boleh lah contact saya untuk buat collection..
esok di Giant Seksyen 13 pukul 11 pagi, sebelah Rabbit Park tu yer..
kita jumpa tepi jalan sahaja.

Bye bye!

TaNda TerKeNa SiHiR !!

Dipetik dari sebuah lama web ~ www.tafsirmimpi.wordpress.com

Tanda2 sihir, saka, histeria, gangguan makhluk halus

TANDA – TANDA KETIKA JAGA
1. Sering sesak nafas terutama diwaktu petang & tengah malam tanpa sebab.
2. Sering sakit kepala yg. luarbiasa, makan ubatan moden pun xsembuh2, doktor kata anda ok je.
3. Kadang2 pengsan tanpa sebab, jumpa doktor, tapi doktor kata anda penat kot.
4. Rasa takut tanpa sebab.
5. Sakit tulang belakang, dah pergi jumpa tukang urut&doktor tapi jawapannya…anda xde masalah..pelik betul kita sakit tapi dia kate kita sihat lak.
6. Fikiran runsing tanpa sebab.
7. Terdengar suara bisikan ditelinga

TANDA2 KETIKA TIDUR
1. Sering mimpi jatuh dari tempat tinggi.
2. Mimpi binatang seperti ular.
3. Mimpi bermain dengan kanak2 kecil.
4. Sukar tidur tanpa sebab.
5. Mimpi terbang, jumpa hantu.
6. Mimpi pergi ke perkuburan

KESAN2 SIHIR
1. MURTAD
2. MAUT
3. GILA
4. SAKIT & MENDERITA BERTERUSAN
5. PERCERAIAN

PaYaH SuNggUh KaLaU MaKaN di KeDai !!

Pernah tak you all alami, ada anak kecik yang tak dok diam time kita makan di kedai??
HHuuwaaaaa...ini Umar Zidan sangatlah seperti ulat, tak dok diam semenit.
Bila dah masuk dalam high chair pun..dia masih boleh panjat berdiri atau lebih ekstrem lagi, bersidaian di atas tempat letak tangan high chair tu seperti duduk di tepi tangga, siap goyang2 kaki lagi!

OOhhhh.....lagi satu hal..kedai2 makan ni, mana peginya belt kat high chair korang? Korang buat ikat plastik sampah ker?? semua high chair yang macam IKEA tu takde belt ker?? Mustahil...moskil tau!!Rasanya mesti ada.

HHmmm...alternativenya...ku mesti kena carik satu high chair booster seperti ini yang senang untuk di bawa ke mana2. Kalau tak sama pun...sipi2 lebih kurang gini pun okey la jugak.
Senang ku nak tambat Umar Zidan dalam tu..dan mak ni boleh la makan dengan aman dan damai.Kalau tak..tak sempat ku nak habis kunyah..terpaksa telan..sebelum Umar Zidan jatuh berlentung kat lantai atau aku mati tercekik makanan...eloklah lah cari jalan penyelesaian.



Semalam pegi makan kat The Crab apa ntah?? lupa, kat Bale 13 tu...dah la budak tu lupa nak masak ikan siakap kami...dengan Umar Zidan pelbagai aksi, sampai naik kering tangan aku makan nasik lauk asparagus, ikan masih tak sampai.Air pun dah tinggal suku gelas.Lepas jer budak hensem waiter tu (muka ala2 Joe Flizzow versi kurus) letak ikan siakap kami..ku terus mintak air watermelon juice. Dengan pesanan terakhir yang buat dia menyesal mendengarnya "tapi akak nak free yer!"
Muahahahaha..sesambil terkedu sesaat..dia kata okey!
Beres!!

Thursday, May 20, 2010

WhY So BoRiNg ??

Don't know...??
so boring today..!!
FBo is so boring, Blogging also boring
reading others blog also boring
surfing the ie also boring
window shopping tru ie pun boring jugak??
buat kerja...dah siap..tu yang boring!

HHmmmmm..kalau makan2 boring tak??
entah...asik tempat yg sama..boring jugak.Nak makan KFC lah! Kena jalan kaki jauh..oohh boring sesangat!
Nak pegi shopping barang pantry kat K4 lah...sebab semalam boss dah kasik note 100! Tapi boring, kereta takde!!

OOhh boring everywhere!

Tuesday, May 18, 2010

DoLL HOuSE !!






Bestnya kalau boleh dapatkan a doll house untuk Feesa.
Masa zaman ku kecik2..memang teringin sangat nak ada menda doll house ni..tapi kerana nak duduk rumah selesa pun jenuh nak mengumpul duit..terkubur je lah impian tu.
HHmmmm..tapi tak sangka la ni ada lagi macam2 bentuk doll house ni.
tunggulah , satu hari nanti...kalau ada rezeki mesti dapatkan satu doll house untuk emak & anak.
(hikhikhik..mak nyer yg nak sangat benornya)
Takpe..yang penting..wishlist kena berjela..bukan kena bayar pon!!!

Monday, May 17, 2010

SeLaMaT HaRi GuRu !!

ini gambar pagi tadi..sebelum pergi kerja..kami ronda2 naik motor bawak Umar Zidan melawat kawasan kaedahnya.
Sekali terdengar lagu ABBA - see that girls, (tak tau tajuknya) dari perkarangan sekolah rendah, haaaa..baru teringat, Feesa ada buat persembahan sempena sambutan Hari Guru.
Mak dia ni pun apa lagi..ambik camera..cepat2 snap gambor anak debab tu menari.
Sekali angkat camera jer..persembahan pun dah nak habis..
so ini je lah yang ku dapat snap!






Nampak ker??
hahahahah...lantaklah..asal boleh tunjuk kat Feesa bukti yang mama ni dok skodeng dia buat persembahan tadi.

Kepada guru2 saya semasa sekolah rendah dan sekolah menengah,
(sorry saya tak masuk tadika)
Selamat Hari Guru di ucapkan.
Saya amat menyanjungi budi baik dan keikhlasan cikgu mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama 11 tahun saya di alam persekolahan.
Walaupun saya tak pandai mana, itu semua bukan salah cikgu, memang saya di takdirkan sedikit lembap, namun saya masih mampu mendapat perkejaan dengan berkat usaha saya sendiri.
Kalau lah saya jumpa cikgu2 lagi, saya nak salam dan cium tangan cikgu dan tunjukkan.,,saya dah ada anak!! muahahahahah!
Dan ketahuilah cikgu2 ku sekelian, saya sentiasa mendoakan agar dosa2 semua guru2ku diampunkan Allah setiap kali selepas solat.

Amin !!



PaN GriLL LaMb ShOuLDeR !


ini hasil main masak2 hari Ahad, untuk lunch ku masak lamb shoulder gituk.walaupun tak nampak macam lamb shoulder, iyelah sebab serupa jer..bak kata anak dara haku.."mama masak hitam belegam"..rasanya sangat sedap kalah hotel 5 bintang.
Walaupun haku ni suku abad sekali jer pegi hotel 5 bintang, still boleh la nak bandingkan masakan sendiri dengan masakan orang lain..mana lagi best kan!
Yang penting..licin! Makan dengan nasik panas..atas tu ialah mushroom gravy kaedahnya!

DaH TrY Ker??


Dah try ker belum??
ini dia Ambi Pur Gel Fresh..wangian Rose!
Harga cuma RM6.99
dulu saya tak suka nak beli wangian untuk rumah ni, sebab tak long lasting.
Tapi yang ini tidak..sangat wangi menusuk hidung..sampai kena tutup kejap..sebab wangi bebenor, lebih2 lagi kalau dalam bilik air cond!
Hmmmm..ter jadi romantik la pulak dengan wangian rose tu..lepas ni nak cuma wangian lemon la pulak.mesti fresh jer bau nya!


Friday, May 14, 2010

SaLmOn SaMPaI PuTrA JaYa !!

hai...
kepada sesiapa lagi yang nak beli salmon..
esok ada penghantaran istimewa ke Putrajaya sekitar pukul 3 petang, so
kepada sesiapa yang berhajat nak membeli..lebih2 lagi orang2 sekitar Putrajaya dan Puchong..bolehlah self pick up di Alamanda. Terima kasih.

Harga RM33/kg..untuk kali ini sahaja!
contact 012-2361090

Thursday, May 13, 2010

TaG LeSeN MeMaNDu !!

Mari menjawab tag daripada Kak Neisya!



Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Ya


Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Tahun 1999



Berapa lamakah pengalaman memandu anda
11 tahun lerrr



Pengalaman pahit ketika memandu
Takde lah yang pahit....kena honk ngan orang kot!



Pengalaman manis
Manis?? ada ker....sorry takde sebab aii jarang memandu benornya!



3 tabiat ketika memandu.
1. Mesti pakai seat belt
2. Mesti betulkan cermin pandang belakang dan sisi
3.Mesti adjust tempat duduk dulu..
sebab selalunya..cik Am yang bawak..so semua tu kena adjust custome made dulu baru selesa nak memandu.


3 pantang ketika i memandu?
1.Telefon berbunyi - macam gelabah nak menjawab tapi tak boleh nak jawab, bahaya tau!
2. Orang guna HP ketika memandu...kalau aii nampak jer, aii mesti honk!
3. pantang kalau drive kat highway...mesti mengantuk, lepas tu dalam hati cakap..eeehhh kereta ni jalan sendiri ker..macam tak tekan minyak jer!


I tag kepada pemegang lesen kereta
Tak payah la tag..orang lain pun dah dapt kot!

NaSi GoReNg UdAnG XXL!!


Hi all..
malam tadi saya masakkan nasi goreng ini untuk santapan segera kami sekeluarga.
Walaupun simple, al maklum nak masak rancak2 hari kerja ni penat la sikit..yang penting ianya hidangan air tangan sendiri.
Iye lah..dah berkeluarga ni, kenalah jaga makan minum suami dan anak2..lagi pulak dapat anak macam Feesa tu..kalau silap haribulan dia asik bukak tutup tudung saji jer cari makanan.
Sebelum dia buat hal..baiklah masak dulu.

Benornya kalau malas masak pun kami makan je lah apa yang ada kat rumah tu, takkan nak mintak lauk jiran sebelah pulak kan??
Makan lauk dari kedai selalu pun macam tak best jer! Kenapa ntah??
Lagi satu yang buat saya mesti masak kalau balik keje lambat mana pun ialah bila ianya permintaan daripada suami atau anak.
Terasa sangat di hargai!!

Kepada yang lain :
Selamat menjamu keluarga anda...besar pahalanya!


Wednesday, May 12, 2010

BiLa AkU JaDi LuaR BiaSa ...

baru ada yang terkejut..
kalau tak...aku ni memang pesen selalu kena perli je lah...
apa aku bikin semua tak bagus untuk aku...katanya!
apa aku belanja semua di kata tak ukur kat badan sendiri...katanya lagi.
Come on la people...
aku shopping setiap hari pun sebab aku ada duit..
(beli nasik pun aku panggil shopping jugak)
ada aku buat loan kat bank sebab nak pegi shopping..??
(jawapan : takde)
ada aku pinjam duit company nak beli smartphone bagai...??
(jawapan : takde)
ada aku rompak bank nak pergi vacation obersee...??
(jawapan :takde)

Sebab aku tahu sedang tak mampu dan bukan keperluan pun..seronok duniawi ni kan kejap jer.
Kalau dah mampu nanti..sure aku jalan2 jugak kot.Pegilah Hendonesia yang selalu you all pegi tu tetiap minggu pun boleh agaknya.

Korang ingat aku ni hamba abdi ke kat opis ni?? keje tak dapat gaji.
aku ada kelulusan lah..walau lah tak tinggi mana...setakat diploma jer...still bergaji la jugakkan.
sedangkan orang takde SPM pun boleh hidup kaya raya..
kalau berusaha mestilah berjaya.


Yang aku kisah....
bila kala kita menulis/bercakap tak toleh dah kanan kiri..
menulis/bercakap janji keluar! kadang sampai sendiri tak dengar..syok bebenor bercakap tak payah pikir ni.wakakakakaka!
Bila kala aku "smash orang lain hidup hidup"..!!
Sentap pulak!!
setakat ni..takdelah tumbuh bulu2 di badan macam serigala jadian..so takde la bezanya aku selama ni pun.
Tapi aku perasan gak bezanya sekarang..
bezanya...aku lebih sensitip pada sindiran dan perlian orang2 sekitar yang suka tunjuk bagus, kalau dulu..ko kutuk sampai mati pun aku tak peduli.
Itu sebab.....jangan suka cabar aku...!!
Jangan ungkit hal menabur budi...
kalau ikhlas buat cara ikhlas...aku dah paham sangat jenis2 kawan yang harus di buat lawan ni..
time senang..anytime boleh call!
Time susah...aku rasa sekali je lah nak mintak tolong...serik weh!
(Macam lah aku susah setiap hari kan??)
Nanti di ungkit sampai aku mati...terpaksa aku keluar kubur pi balas budi dia!

Siapa yang takut????
Bila aku masuk episode Keliwon kat TV3 setiap malam Jumaat!


wakakakakaka!


MOralnya : Jangan cuba main api...akhirnya terbakar diri.Peace!





SaLMoN !

Hello
Hujung minggu ini saya akan ambik stock salmon..
pagi tadi..tokey salmon dah call dah beri saya offer menarik
dengan syarat ambik 1 bulk = 25kg
kepada sesiapa yang nak membeli..
harga offer untuk kali ini ialah
RM33/kg...
harga sebelum ini RM35/kg.

Sekian , terima kasih!

Tuesday, May 11, 2010

SaYa NaK iNi !!

dengan harapan saya boleh membakar tepung menjadi kek!
membakar ayam menjadi ayam panggang!
tak semestinya yang ini..yang mana2 pun boleh.
Lagi murah..lagi saya suka..
nak harap orang kasik hadiah...birthday dah lepas pun..tak dapat jugak.
Hari Ibu..baru jer lepas...bayang pun tak nampak...sah sah la kan?
lepas ni ..haruskah menunggu anniverssary..nak masuk tahun ke 7 dah pun..patut boleh dapat 7 bijik oven kalau mau oven tetiap tahun!

Nampak gaya...keluar duit sendiri lah.Takkan nak suruh mak belikan pulak...??
sampai ke tua nanti di kata makan tanggung berak cangkung! off couse laa..
takkan nak tunggu anak2 belikan pulak..??
itu jam dah tak larat dah nak baking2 ni agaknya
kikikikiki!!

Ada kudrat kerja..dapat duit beli lah sukati hangpa.





SaLaH OrAnG YaNg Di PandaNg DuLu !!

Salah polis dipandang dulu ...
bila anak mati merempit
bila anak mati di tembak polis

Salah cikgu dipandang dulu...
bila anak menjadi kurang ajar
bila anak tak dengar cakap

Salah ustaz dipandang dulu ...
bila anak tak pandai mengaji
bila anak tak pandai sembahyang

salah orang di pandang dulu
bila anak tak macam manusia!!

Habis tu...mana salah kita sebagai mak bapak??

Kalau pandai sangat....ajarlah sendiri..oleh sebab yang ramai sangat pandai ajar anak
macam2 kes hebat kita boleh baca.
Berjaya lah jugak.....masuk suratkhabar beb!

Lu pikir la sendiri.

Monday, May 10, 2010

SeLeRa FeeSa YanG MaCam2 !!

semenjak dua menjak ni..
Feesa asik teringin nak wajik & dodol..
ewaaahh! puasa tak sudah lagi ko nak raya dah yer.
Celah piyok manalah ku nak carik..
ada kot..mak dia ni malas nak layan kan.
Suka2 dia jer tau nak wajik dodol tengah bulan ni.
Kadang nak lemang la..
ko terkenang memori hari raya ker Feesa ooiii??

*inilah ciri2 kanak2 kuat makan*

HiDuP KeNa AdA WiShList!!

Kan???
jangan takde..nanti macam takde cita2 pulak..
bagi yang bekerja...harap dapat kumpul duit sendiri...!
tapi yang mana suami mampu tu..apa salahnya..lagilah seronok berganda2!
Tapi jangan dengki pulak...
orang lain dapat LV...atau bercita2 nak LV..di kutuk cerca pulak.
Kalau betul tak suka ambik tau hal orang...(bagai di canang2 serata alam)
jangan pulak ada yang suka mengata..
sebab tu orang perli...kalau tak makan cili tentu tak merasa pedasnya bagaimana..kan?
Keji betul hati ini..selalu membuat dosa semata nak memuaskan napsu.Kan??
Syaitan memang suka melihat anak2 Adam bergaduhan...bercakaran dan berhasad dengki.
Mari muhasabah diri..minimize kan napsu kehendak dan lebihkan iman di dada.

Amin !

Sunday, May 9, 2010

SeLamaT hArI iBU !!

Hi all..
Happy Mothers Day to all of you.
hhmmmm..hari ini hari Ahad..bukan Hari Ibu
kesian haku. takpe lah..asal Feesa dah bagi kad celoreng dia masa hari Isnin hari tu sudahlah.
Buat ibu ibu yang lain...harap you all semua happy sangat..terutamanya di hari hari begini..
hari hari di mana kita semua menggharapkan supaya di raikan bak ratu.

Cheers!!

Friday, May 7, 2010

Heeeiii GeRaM Tau !!

Feesa baru beli kasut sekolah 3 minggu lepas...
baru masuk sekolah 4 bulan..dah tukar saiz kasut..
la ni kasut dia saiz 13.
Yang buat hakak ngko ni geram..baru seminggu pakai kasut baru..dah tertukar sebelah ngan kasut orang lain. Feesa keluar kelas paling lambat...so, ada anak orang dah terpakai kasut Feesa yang lagi sebelah.
Jadi sekarang..dia pakai kasut sebelah saiz 12, sebelah lagi saiz 13. Yang saiz12 tu dah agak season la jugak..mungkin beli time buakak sekolah hari tu.
Masalahnya..kasut tu saiz kecik.
Setelah mintak tolong Atuk tanyakan pada cikgu..hampir seminggu kasut tu masih tak bertukar lagi.
Maka ini hari hakak ni tulis surat cinta, minta tolong jasa baik cikgu tukarkan or tanyakan pada kawan2 Feesa yang lain.

Malangnya...takde yang mengaku dan takde jugak yang bawak kasut saiz lain2 melainkan anak hakak!

Oiiii..tensen hakak!!!

MeReNuNG NaSiB !!

Buat kali ke-2 nya....
teman sekatilku tak bergaji lagi..
huuwaaaaaa!!
setelah ku bershopping semalam..baru hari ni dapat tau yang gajinya masih tak dapat!!

Huwwwaaaa!! harus nangis sendirian makan ikan bilis goreng!

HaHaHa !!


Semalam saya cuti2 Malaysia dan kami sekeluarga pergi ke Jcard Day di Mid Valley.
Bagi pihak mak ayah..kami "tak beli apa2"
(sebab amount kurang RM30, tak payah mention la kan)..cuma belikan baju Feesa 2 helai dan seluar sehelai.
Anak dara ni...baju kena beli 3 bulan sekali..sebab setiap 3 bulan semua baju2 ketat dan sendat.

Sekarang, saya sangat suka brand RENEW, design2 tees nya sangatlah menawan kalbu..taste aii la kan..hok gini lah!

Baju 70% off..hat seluar tu pulak..aii ingat 70% off jugak..bila dah bayor..nganga jap sebab cuma 50% off. Bongok!! (aku lah tu), tapi..selamat ada voucher 20 hengget, so kuranglah sikit time nak bayor tu.



Cik Feesa dengan gaya ala model tembam terlupa nak diet bersama baju yang baru di beli.

Saiz seluar..7-8Y (standard la tu)
Saiz baju..jangan terkejut .. 11/12...adoi laaa!


SaYA DaPaT AwaRd !!




Thank to Miss Pretty Atul.

Wednesday, May 5, 2010

SeNaNg KeJe MaK DiA Ni KaLaU ..

video


Si kenit ni dah pandai bancuh susu sendiri.

SesUai Tak??


ini baju Umar Zidan..belum pernah pakai, cadangnya nak di pakaikan pada hari Ahad ini, pergi umah orang kawin.
Saje nak tanya..baju kat dalam tu..agak2 sesuai tak ngan shortall (overall) nya itu??
Sebab baju shortall tu orang yang beri hadiah dan baju kat dalam tu ntah stok zaman bila ku beli..bila nak pakai baju baru..mulalah mak dia ni pening2 lalat nak match kan baju..konon!!


Ker nak pakai yang ini??? HHmmm..malulah nak pegi kenduri pakai baju yang gini2 benor..malu kat orang!!





EsOk ....

cadangnya nak cuti...nak kemana tu??
takde ke mana>>>?? sajer mengubat rindu di sebuah tempat.
Hahahaa....
korang ni..macam lah tak tau..
muka ku ni kan dah ala ala macam kena chop.."muka kaki shopping"
tak baik tau..gelaran tu macam tak sesuai jer time2 ni, al maklum..my hubby baru jer trained bini dia ni cara2 nak mengawal napsu shopping. Kesian dia, macam tak berjaya pulak misinya tu!

hik!hik!hik!

Esok..kalau dah balik dari tempat tu...
ku tepek la hasil rampasan yang di perolehi tu.Kot lah ada yang ku kenan.

Tata!!

Tuesday, May 4, 2010

ApA HoBBy SuAMi AnDa ??

hi all...
semalam baru ku terperasan..yang suamiku takde pun hobi.
Ker ada?? Haku jer yang tak perasan..eerrrrrmmmmm???
Rasanya confirmed takde!
Kesian!
Ada orang cakap untung..sebab suami selalu ada bersama. Iye lah kot..untung la jugak.
Tapi macam kesian la jugak kan..ker ramai lagi suami orang yang takde hobi..??
HHmmm...apa yer hobi sesuai yang harus ku introducekan padanya??
Nak suruh dia belajar snap gambor la ..sebab selama ni ku sorang jer yang snap gambor merata..kalau Am, jarang2 nak pegang camera..kalau ada pun..sambil vibrate tangannya tu.So, korang paham2 ler hasilnya cemana kan?

Tapi baru jer ku perasan apa hobi suamiku yang sebenarnya..

Hobinya ialah 'SaYa'. Bangga tau bila suami kita menghobikan kita sebagai hobinya.
Wakakakaka! Mana tak..dah takde mende lain dia nak buat..asik2 kami ni kulu kilir berdua.So ..dia ikut jer mana aii pegi..aii punya hobi ker apa ker...sebab dia punya hobi ialah bini dia ni.

Monday, May 3, 2010

TeRBaRu !!

Nikon CoolPix S8000.
Saya peminat tegar Nikon Camera..so..ini antara camera yang terbaru memasuki pasaran.
Harga pun murah jer! Maka harus menyimpan angan!




DiaLoG FeeSa YanG TerLaMPau !!

ini cerita hari Jumaat..
saya bungkus2 pakaian lama Feesa yang masih cantik untuk di hantar ke pusat charity dan ada jugak yang nak di berikan pada cucu Acik Peah yang berumur 4 tahun.
Saya kumpulkan di satu sudut di dalam rumah sebelum buat final decision..mungkin akan tambah lagi untuk di berikan pada cucu Acik Peah tu, tapi sebelum tu..kenalah jugak informed tuan punya baju tu dulu..sebab kadang kala dia ada angin kus2 yang bikin tsunami melanda.

Tapi..belum sempat saya bertanya..dia dah tanya dulu.

Feesa : Maa....baju Picha yang kecik2 ni nak buat apa kat sini?
Mama : Mama nak kumpul kasi kat Aishah, cucu Acik Peah.
Feesa : (Dengan nada selamba sambil main dengan Umar dia jawab) Umar..jom kita bakar dulu..baru kasi kat dia.

Mama : Dalam hati saya cakap..walla wehh..adoi la..perangai jahat mana lah yang ko ngikut ni..?? keji betul!!

Benornya..nak tergelak sangat..dalam nak menasihati dia tu..tergelak la jugakkan.Kenapalah begitu sekali perangai mu anak oooii!!
Dia dengki lah tu!


..



SoLD OuT !!


saje nak inform kat sini..
itu sterilizer dan helmet sudah SOLD!!

(so..sedang bayangkan berapa duit aku ada untuk shopping kat Jcard MidValley Rabu ini)

DaH PaKai KaSuT !!



Sila layan gambar Umar Zidan pakai kasut..kikikikiki..ini bukan kasut dia, ini kasut Feesa dulu.Saja dok sumbat kaki Umar..jenuh weh nak masukkan kaki dia! Dia asik cengkamkan kaki dia jadi melengkung, tu yang susah nak sumbat.

So..kesimpulan..Umar masih berkaki ayam kalau ke mana2 sebab mama dia takde mood nak beli kasut baru untuk dia.Now dia pakai saiz 3C!
Nanti yer dik..ada rezeki lebih mama beli adik kasut 4-5 pasang!

AyAm PanGGaNg 5 BiNtanG !!



Hi all..
semalam petang...dah tak tau nak buat apa kat umah..kami keluar jalan2 cari makan sampai ke Pantai Dalam. Kami makan di Ayam Panggang 5 Bintang (nama tempat tu..kedai makan).
Lokasi berdekatan Angkasapuri.


Yang ni model ayam panggang! Waalaaa..senyum sampai tersimpul lidah!




Haaa!! inilah ayam panggang tu, rasanya memang superb tradisional! Kami order ayam tu sekor dengan nasi kosong 2 pinggan, air buah 3 gelas!!
Ayam panggang seekor RM18 sahaja. Memandangkan kami 3 beranak dengan perut saiz XL maka boleh jer licin ayam sekor yang cinonet ni.
Wakakakak!
Sila lah cuba kalau nak tau best ker tak?


Popular Posts